26
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YUK CHAI 18000 Kuala Krai, Kelantan. Tel: 09-9666608 Faks: 099664670 E-Mail : [email protected] Web : sjkcyukchai.blogspot.com 3K 2015

buku pengurusan 3k.docx

Embed Size (px)

Citation preview

SKOP DAN BIDANG TUGAS

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YUK CHAI18000 Kuala Krai, Kelantan.Tel: 09-9666608Faks: 099664670E-Mail : [email protected] : sjkcyukchai.blogspot.com

BUKU PENGURUSAN

3K

2015

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA 3K

PENGERUSICIK LOO AI CHENG(GURU BESAR)

KEBERSIHANCIK TEO BEE CHEEMKESELAMATANPN. WEE PEK SIOKSETIAUSAHACIK TEO BEE CHEEMPENYELARASPN. ONG KAR LOOIPN. LEE FA NYETN. PENGERUSIPN. TAY LEI YEAN(PK.HEM)

KECERIAANPN. SIOW MEE LEEKESIHATAN PN. LIM CHUI EAN

JAWATANKUASA KERJA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YUK CHAI, KUALA KRAI, KELANTAN

PENASIHATCIK LOO AI CHENG (GURU BESAR)

PENGERUSIPN. TAY LEI YEAN (PK.HEM)

PENYELARASPN. ONG KAR LOOI ( PKP)PN. LEE FA NYET ( PK.KO)

SETIAUSAHACIK TEO BEE CHEEM

AHLI JAWATANKUASAKEBERSIHAN KELAS / TANDASPn. Sadiah Bt Chi Pn. Wi Lee YeenPn. Ng Swee LeePn. MariamUst. ZakariaPn. Wan SalmahKebersihan padang / dewanEn. Ooi Thian TinPn. Ng Swee LeePn. Chin Chui PinKeceriaan PentasPn. Siow Mee LeeKeceriaan Taman orkidPn. Mariam

KONSEP ASAS KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

Program kebersihan sekolah didefinisikan sebagai lanjutan pendedahan awal tentang kebersihan yang bermula dari rumah, pengukuhan dan perkembangan di sekolah dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hidup setiap insan.

INSAN YANG BERSIH

DIAMALKAN SEPANJANG HAYAT

PENGUKUHAN DAN PENGEMBANGAN DI SEKOLAH

DISEMAI DAN DIPUPUK DARI AWAL DI RUMAH

MATLAMAT UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN1.Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.2. Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.3. Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.4. Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual Tugas untuk murid, guru dan pekerja swasta.5. Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan.6. Melaksanakan tindakan susulan

MATLAMAT UNIT KECERIAAN1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.

2. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.

3. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selaras dengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

4. Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam panggilan biasa dan saintifik serta nilai perubatan yang terkandung.

5. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.

6. Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerja-kerja keceriaan.

7. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan nilai bertanggungjawab.

SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK KEBERSIHAN PERINGKAT SEKOLAH

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan. 1.1Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah. 1.2Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan. 1.3Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah. 1.4Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan. 1.5Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. 1.6Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian / kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah. 2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah.3.1Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.3.2Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.4. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.6. Menyedia dan membuat laporan berkala.

JAWATANKUASA KERJA UNIT KESIHATANSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YUK CHAI,KUALA KRAI, KELANTAN

PENASIHATCIK LOO AI CHENG (GURU BESAR)

PENGERUSIPN. TAY LEI YEAN (PK.HEM)

PENYELARASPN. ONG KAR LOOI ( PKP)PN. LEE FA NYET ( PK.KO)

SETIAUSAHACIK TEO BEE CHEEM

AHLI JAWATANKUASAPN. LIM CHUI EANPN. WAN SALMAH

KONSEP ASAS KESIHATANAktiviti-aktiviti kesihatan yang semakin berkembang memerlukan strategi dan perlaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-ciri baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi membentuk satu model amalan gaya hidup sihat. Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peraturan dan garis panduan, akan memberi impak kepada kesihatan murid-murid. Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di sekolah.

MATLAMAT UNIT KESIHATAN1.Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.2. Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.3. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.4. Menjalankan aktiviti suntikan Imunisasi kepada murid Tahun 1 dan 65. Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

OBJEKTIF PENUBUHAN UNIT KESIHATAN1.Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengatahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan.2.Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.3.Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah.SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK KESIHATAN SEKOLAH

1.Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan1.1Menentukan halatuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid.1.2Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah.1.3Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan pejabat kesihatan dilaksanakan di sekolah.1.4Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah.1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam program kesihatan Sekolah.1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien. 1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan murid dan situasi setempat.2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.3.Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Murid dan program Kesihatan Sekolah.4.Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.5.Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.6.Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KESIHATAN i) Kesihatan diri a. Pengetahuan kesihatan / kit kesihatan b. Pemakanan sihat dan selamat c. Kesihatan mental / emosi, kerohanian, reproduktif dan seksual d. Gaya hidup sihat e. Kawalan penyakit berjangkit / tidak berjangkit f. Pertolongan cemas ii) Kesihatan Persekitaran a. Kantin sekolah sihat b. Bilik darjah sihat c. Tandas sekolah sihat d. Bilik kesihatan sekolah e. Peti pertolonganb cemas f. Sekolah bebas denggi g. Sekolah bebas dadah h. Sekolah bebas asap rokok i. Bekalan air yang bersih dan selamat

AKTIVITI DAN PROGRAM UNIT KESIHATAN1.Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia ( Program Bersepadu Sekolah Sihat)a) Ceramah Kesihatan secara individu atau kumpulanb) Penyaringan pertumbuhan kesihatan murid sekolahc) Penyaringan kesihatan seperti pemeriksaan ketajaman penglihatan, masalah pendengaran dan lain-lain.d) Imunisasi i) BCG (sekiranya tiada parut) bagi tahun 1 dan 6 ii) Imunisasi mencegah penyakit Diptheria dan Tetanus (DT) bagi tahun 1 iii) Imunasasi mencegah polioe) Menerima rujukan kes daripada guru dan dari sekolahf) Memberi rawatan ringan di sekolahg) Merujuk murid ke Klinik Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian2.Ceramah Kesihatan3.Pameran Kesihatan4.Kuiz Kesihatan

JAWATANKUASA KERJA UNIT KESELAMATANSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YUK CHAI,KUALA KRAI, KELANTAN

PENASIHATCIK LOO AI CHENG (GURU BESAR)

PENGERUSIPN. TAY LEI YEAN (PK.HEM)

PENYELARASPN. ONG KAR LOOI ( PKP)PN. LEE FA NYET ( PK.KO)

SETIAUSAHACIK TEO BEE CHEEM

AHLI JAWATANKUASAPN. WEE PEK SIOK

SKOP DAN BIDANG TUGAS

KONSEP KESELAMATAN

Program Keselamtan Sekolah didefinisikan sebagai suasana yang selamat di dalam dan di luar sekolah bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri (jati diri) murid untuk membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah

SEKOLAH SELAMATMURID SELAMATKOMUNITI SELAMATKELUARGA SELAMAT

MODEL KESELAMATAN SEKOLAH UNTUK MENJADIKANMURID SELAMAT

MATLAMAT UNIT KESELAMATANMewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komunikasi setempat

OBJEKTIF UNIT KESELAMATAN1.Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.2.Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.3.Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK UNIT KESELAMATAN SEKOLAH1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan. 1.1Menyediakan polisi, manual, dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah.1.2Menyediakan pelan tindakan kontigensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.1.3Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah.1.4Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam pendidikan Keselamatan.1.5Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan.1.6Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.4.Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.5.Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.

PELAKSANAAN MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH1.Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut : a) Bidang aktiviti muridi) Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. ii) Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan. iii) Kegiatan luar sekolah b) Bidang bencana alam i) Kebakaran ii) Banjir iii) Perubahan cuaca iv) Wabak penyakit v) Tsunami vi) Ribut petir vii) Kemarau viii) Gempa bumi ix) Jerebu c) Bidang keselamatan fizikal sekolah i) Pejabat sekolah ii) Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik iii) Kawalan keselamatan sekolah iv) Tandas sekolah v) Peralatan loose handrails dan tingkap sekolah vi) Perabot sekolah vii) Semua jenis makmal viii) Bengkel ix) Pusat sumber / perpustakaan x) Padang dan gelanggang permainan xi) Stor, landskap xii) Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah xiii) Pondok pengawal keselamatan xiv) Kantxv) Tempat menunggu kenderaan xvi) Bilik-bilik khas

d) Bidang sosial i) Penderaan ii) Gangguan seksual iii) rokok iv) Gangguan emosi, mental dan rohani v) Pergaduhan antara kaum vi) Buli vii) Peras ugut viii) Tingkah laku lucah ix) Penyalahgunaan dadah e) Bidang persekitaran dan lokasi sekolahi) Kawasan air bergerak, statik: sungai, lombong, tasik, kawasan air terjun dan lain-lain ii) `Sekolah berhampiran dengan jalan raya / lebuh raya / landasan keretapi / lapangan terbang / kilang / kawasan perkuburan iii) Kawasan bukit, cerun curam iv) Loji kumbahan v) Pencawang elektrik 2. Mengenal pasti, memantau dan mengambiL tindakan dalam menangani pemasalahan premis dan kawasan sekitar sekolah yang berkaitan perkara-perkara berikut : a) Bangunan lama dan uzur b) Sistem Perdawaian c) Serangan anai-anai dan bubuk d) Pintu pagar dan pagar sekolah e) Lereng bukit f) Padang, gelanggang dan peralatan sukan g) Tangki air h) Bonggol keselamatan jalan raya, garisan kuning3. Menyedia dan melengkapkan peralatan Sistem Kawalan Keselamatan di sekolah dengan kemudahan berikut : a) CCTV b) Alat penggera c) Sistem komunikasi ketika kecemasan, talian bomba / polis / hospital

1

CARTA GANTT 3K

BILAKTIVITIBULANCATATAN

JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOV

1Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas///////////

2Aktiviti gotong-royong//

3Program Bumi Hijau/

4Kempen Kitar semula////

5Keceriaan Tandas/

6Program Gosok Gigi///////////

7Ceramah Kesihatan/

8Pemeriksaan Gigi /

9Pemeriksaan Kesihatan/

10Program Bebas Denggi///////////

11Latihan Kecemasan dan Kebakaran

//

12Ceramah Jalan Raya dan Keselamatan Sekolah/

13Simulasi dan Taklimat Bomba/

CARTA GANTT KEBERSIHAN DAN KECERIAANBILAKTIVITIBULANCATATAN

JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOV

1Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas///////////

2Aktiviti gotong-royong//

3Program Bumi Hijau/

4Kempen Kitar semula////

5Keceriaan Tandas/

CARTA GANTT KESIHATAN

BILAKTIVITIBULANCATATAN

JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOV

1Program Gosok Gigi///////////

2Ceramah Kesihatan/

3Pemeriksaan Gigi /

4Pemeriksaan Kesihatan/

5Program Bebas Denggi///////////

CARTA GANTT KESELAMATAN

BILAKTIVITIBULANCATATAN

JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOV

1Latihan Kecemasan dan Kebakaran

//

2Ceramah Jalan Raya dan Keselamatan Sekolah/

3Simulasi dan Taklimat Bomba/