23
BUKU PERATURAN PELAJAR MADRASAH AL-QURRA’ LOT 404, MUKIM TABOH NANING, 78000 ALOR GAJAH, ,MELAKA MENJANA GENERASI HUFFAZ

BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

BUKU PERATURAN

PELAJAR

MADRASAH AL-QURRA’

LOT 404, MUKIM TABOH NANING,

78000 ALOR GAJAH, ,MELAKA

MENJANA GENERASI HUFFAZ

Page 2: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

1

ISI KANDUNGAN

UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF .......................................................................................... 2

BAHAGIAN A ............................................................................................................................... 3

1.0 PERATURAN-PERATURAN AM ................................................................................. 3

BAHAGIAN B – DISIPLIN PELAJAR ......................................................................................... 4

1.0 KEHADIRAN .................................................................................................................. 4

2.0 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PELAJAR .................................... 4

3.0 URUSAN PENAMATAN PENGAJIAN ........................................................................ 5

4.0 KEBERSIHAN................................................................................................................. 5

5.0 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG ................................................................. 6

6.0 ETIKA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI ....................................................... 6

BAHAGIAN C – KEMUDAHAN DI MAQ .................................................................................. 8

1.0 PENGGUNAAN BANGUNAN, KAWASAN DAN PERALATAN ............................. 8

2.0 KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER ..................................................................... 9

3.0 KEMUDAHAN KOKORIKULUM ................................................................................ 9

BAHAGIAN D – PELAWAT/TETAMU .................................................................................... 10

BAHAGIAN E – KESELAMATAN PELAJAR .......................................................................... 10

BAHAGIAN F – HUBUNGAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN ............. 10

BAHAGIAN G – HUKUMAN DAN TINDAKAN TATATERTIB ........................................... 10

LAMPIRAN .................................................................................................................................. 12

A – JADUAL HARIAN DAN PEMBELAJARAN .................................................................. 12

B – SAHSIAH RUPA DIRI ...................................................................................................... 18

C – KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MAQ ............................................................................ 19

D – DOKUMEN BERKAITAN TINDAKAN TATATERTIB ................................................ 20

Page 3: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

2

UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF

MADRASAH AL-QURRA’

Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah

memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal, menganugerahkan

kesihatan jasad, memberi keupayaan sehingga dapat menubuhkan dan

membangunkan Madrasah Al-Qurra’ (MAQ) sehingga kehari ini.

Adalah amat penting, aspek peraturan dan displin dititik beratkan sejak awal proses

latihan di MAQ. Diharapkan agar dengan adaya Buku Peraturan MAQ ini, ianya

akan menjadi panduan kepada para pelajar untuk mengikuti program-progam dengan lebih efektif dan efisien.

Sebagai pelajar MAQ, adalah amat penting bagi pelajar-pelajar untuk dapat membina sahsiah dan keterampilan bagi

menyediakan diri untuk menempuh arus gobalisasi masa kini. Jadikan MAQ sebagai pemagkin atau batu loncatan

bagi para pelajar untuk lebih maju, berdaya saing dan progresif.

Buatlah yang terbaik, dengan penuh kerelaan dan keikhlasan hati agar segala hasrat dari pihak kerajaan, Ibubapa,

MAQ serta para pelajar sendiri akan dapat dicapai dengan jayanya.

Sekian

Yang Benar

PROF. MADYA HAJI MUSA BIN AHMAD

Pengerusi Eksekutif

Madrasah Al-Qurra’

Page 4: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

3

MADRASAH AL-QURRA’

BUKU PERATURAN PELAJAR

BAHAGIAN A

1.0 PERATURAN-PERATURAN AM

1.1 Pelajar dikehendaki sentiasa berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar kawasan MAQ

demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara

langsung dengan MAQ.

1.2 Pelajar dikehendaki sentiasa berada didalam kawasan MAQ kecuali mendapat kebenaran daripada

pihak pentadbiran MAQ.

1.3 Atas faktor-faktor keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai melebihi RM 10

semasa berada di dalam kawasan MAQ.

1.4 Para pelajar yang meninggalkan pengajian dengan sebab-sebab yang tidak munasabah ataupun tidak

memenuhi syarat perjanjian akan dikenakan tindakan seperti yang dinyatakan dalam surat

perjanjian.

Page 5: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

4

BAHAGIAN B – DISIPLIN PELAJAR

1.0 KEHADIRAN

1.1 Pelajar WAJIB menghadiri kelas dan segala program rasmi yang telah ditetapkan oleh pengurusan

MAQ. Waktu kelas adalah seperti berikut:

Isnin Hingga Jumaat : 6.30 pagi hingga 5.00 petang

(**tertakluk kepada perubahan/pindaan)

Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kelas 10 minit awal dari masa yang telah ditetapkan.

Jadual harian beserta jadual pembelajaran adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran A.

1.2 Setiap pelajar bertanggungjawab bagi menepati masa ketika menghadiri kelas serta program-

program rasmi kendalian MAQ.

1.3 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memohon cuti ketika mengikuti pengajian di MAQ ini, melainkan

atas factor-faktor kecemasan serta mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran MAQ.

1.4 Kehadiran ke kelas pengajian hendaklah MELEBIHI 80% dari jumalah keseluruhan untuk

melayakkan pelajar menduduki Ujian serta Peperiksaan. Pelajar yang mempunyai jumlah kehadiran

dibawah 60% akan diberi surat tunjuk sebab dan tidak akan dibenarkan menduduki ujian

peperiksaan sekiranya jumalah kehadiran kurang dari 80%.

1.5 Pelatih yang tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti sakit dari pegawai perubatan akan di ambil

tindakan seperti yang dinyatakan di Bahagian G.

1.6 Kelewatan lebih daripada 10 minit dari bermulanya waktu kelas dikira tidak hadir bagi kelas

berkenaan. Pelajar yang lewat 3 kali ke kelas di anggap tidak hadir 1 hari kelas manakala jika

didapati tidak hadir separuh dari kelas pada hari berkenaan dikira 1 hari tidak hadir.

2.0 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PELAJAR

2.1 Semua pelajar wajib hadir semua “ujian bulanan/peperiksaan.

2.2 Pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun dikira melakukan kesalahan

berat.

2.3 Pelajar-pelajar mestilah menjauhkan diri dari sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam

peperiksaan/ujian.

2.4 Memalsukan “tandatangan atau memindah markah atau apa jua catatan guru”di dalam kad/buku

kemajuan adalah kesalahan berat.

Page 6: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

5

2.5 Pelajar hendaklah mematuhi setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh guru Penyelaras

Peperiksaan dalam menjalankan peperiksaan.

3.0 URUSAN PENAMATAN PENGAJIAN

3.1 Pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 Juz Al-Quran serta pengajian di MAQ akan diberikan

surat/ sijil berhenti disamping sijil khatam Hafazan Al-Quran setelah menduduki

imtihan/shahadah pada masa yang telah ditetapkan.

3.2 Sijil Berhenti akan mula diproses setelah mendapat pengesahan oleh Pengetua/Timb.Pengetua

berdasarkan rekod:

a) Penamatan hafazan 30 Juz Al-Quran atau ;

b) Penamatan pengajian SLDN mengikut tahap.

c) Keputusan imtihan/peperiksaan akhir.

d) Prestasi hafazan.

e) Kesalahan disipin/tatatertib.

3.3 Sijil Berhenti akan dikeluarkan setelah pelajar selesai menjelaskan yuran pengajian yang masih

tertunggak.

3.4 Mana-mana ibubapa yang putuskan untuk menamatkan pengajian / memberhentkan anaki ketika

masih dalam proses pengajian, hendaklah mengemukakan surat Penamatan dengan memberikan

sebab yang munasabah.

3.5 Surat Permohonan Penamatan/Pemberhentian Pengajian daripada ibubapa hendaklah diserahkan

kepada Pengetua/Timb.Pengetua untuk dibincang di dalam mesyuarat pentadbiran MAQ.

3.6 Perbincangan mengenai isi kandunag surat permohonan penamatan pengajian akan diadakan

antara pihak ibuabapa dengan pihak pentadbir MAQ.

4.0 KEBERSIHAN

4.1 Pelajar perlu memastikan sentiasa menjaga kebersihan surau, wakaf, perpustakaan serta di dalam

tandas

4.2 pelajar hendaklah menjalankan tugas menjaga kebersihan seperti yang telah di tetapkan dalam

Jadual Bertugas Menjaga Kebersihan. Pelajar yang gagal menjalankan tugas akan di kenakan

tindakan.

Page 7: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

6

5.0 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

5.1 Pelajar DILARANG membawa telefon bimbit semasa berada di dalam kawasan MAQ.

5.2 Pelajar DILARANG keluar dari kawasan MAQ melainkan mendapat kebenaran daripada pihak

pengurusan. Tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan di Bahagian G akan diambil sekiranya

pelajar didapati keluar tanpa kebenaran.

5.3 Pelajar DILARANG merokok di dalam kawasan MAQ, ini termasuk Surau, Tandas, Wakaf,

Perpustakaan, Asrama serta Dewan Makan. Pelajar yang didapati merokok di dalam kawasan MAQ

akan dikenakan tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan di Bahagian G.

5.4 Pelajar DILARANG melakukan segala bentuk pergaduhan kerana ianya adalah di anggap sebagai

kesalahan berat dan boleh diambil tindakan tatatertib termasuk penyingkiran dari MAQ.

5.5 Pelajar-pelajar adalah dilarang mengambil bahagian dalam “aktiviti-aktiviti politik”. Pelajar-

pelajar yang ingin menjadi “ahli atau menyertai aktiviti Badan Luar” hendaklah mendapat

kebenaran Pengetua.

5.6 Pelajar-pelajar juga DILARANG:

(a) menyertai sebarang bentuk aktiviti atau pertandingan yang menyalahi Hukum Islam.

(b) Membeli,menganjur atau bermain sebarang bentuk perjudian.

(c) Membawa bahan bacaan yang berunsur lucah,cinta dan yang berkaitan dengannya.

(d) Mencuri Memeras ugut. Membawa senjata merbahaya

(e) Menyalahgunaan dadah dan mengedar dadah.

(f) Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru.

(g) Menghadiri mana-mana kelas memandu dan membawa kenderaan

(h) Lain-lain yang tidak tercatat di atas yang menjadi kesalahan dalam Hukum-hukum Agama

Islam dan Undang-undang Awam.

6.0 ETIKA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI

Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, kegiatan

kelab dan persatuan, kegiatan-kegiatan lain sekolah, menyertai rombongan anjuran madrasah dan sepanjang

masa peperiksaan. Pakaian Pengawas/ Majlis Perwakilan Pelajar MAQ mestilah sesuai dengan syarat yang

telah ditetapkan sekolah.

Etika pemakaian ketika waktu pembelajaran dan sebarang aktiviti luar madrasah adalah seperti Lampiran B.

Page 8: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

7

6.1 PELAJAR LELAKI

(a) Jubah bewarna putih, berbutang putih, berlengan panjang (tidak boleh dilipat), berpoket

satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat, dan berkolar.

(b) Berserban putih

(c) Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis

bellbottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu

lantai.

(d) Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai

dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.

(e) Dilarang berpakaian:

i. seluar jeans

ii. tudung pendek tidak menutupi paras dada

iii. baju ‘T’ yang mempunyai gambar berunsur keganasan

(f) Pakaian bagi aktiviti kokorikulum adalah :

i. Seluar trek panjang.

ii. Baju ‘T’.

iii. Berstokin dan berkasut.

6.2 PELAJAR PEREMPUAN

(a) Jubah (gelap) serta labuh melebihi buku lali. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat.

Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin. Jubah bercorak adalah tidak dibenarkan.

(b) Jubah berwarna biru gelap adalah pakaian rasmi ketika menghadiri kelas (tertakluk kepada

sebarang pindaan) manakala jubah berwarna hitam adalah untuk sebarang aktiviti luar

madrasah.

(b) Anak tudung berbentuk “bulat” dan bewarna “putih”.

(c) Tudung labuh putih bahagian hadapan sejengkal daripada pusat, menutupi bahagian siku

dan labuh bahagian belakang melebihi “paras punggung”.

(d) Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci, dipakai

dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.

(e) Semua jenis pakaian yang ketat adalah tidak dibenarkan

(f) Dilarang berpakaian:

i. baju ‘T’ berlengan pendek

ii. seluar jeans

Page 9: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

8

iii. tudung pendek tidak menutupi paras dada

iv. baju ‘T’ yang mempunyai gambar berunsur keganasan

(g) Pakaian bagi aktiviti kokorikulum adalah :

i. Seluar trek panjang.

ii. Baju ‘T’.

iii. Berstokin dan berkasut.

6.3 KEKEMASAN DAN PENAMPILAN DIRI

(a) Pelajar DILARANG berambut panjang. Istilah berambut panjang adalah seperti berikut:

Di Belakang – Rambut panjang jatuh melebihi garisan dibawah cuping kedua telinga

Di Hadapan – Rambut panjang menutupi garisan tengah dahi

Di Sisi – Rambut melebihi daripada 6 inci panjang

(b) Pelajar yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan kemas.

(c) Semua pelajar TIDAK DIBENARKAN mewarnakan rambut.

(d) Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.

(e) Bagi pelajar perempuan, dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang,

rantai leher dan rantai kaki. Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.

(f) Pelajar dilarang memakai contact lens dan tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun

glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. Pelajar yang memakai cermin mata kerana

kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo

grey.

BAHAGIAN C – KEMUDAHAN DI MAQ

1.0 PENGGUNAAN BANGUNAN, KAWASAN DAN PERALATAN

(a) Penggunaan bagunan, kawasan serta peratan MAQ pada masa cuti atau bagi orang luar hendaklah

mendapat kebenaran bertulis daripada pengerusi MAQ atau pihak pentadbiran. Permohonan

hendaklah menggunakan borang khas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan MAQ.

(b) Bagunan: Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau

mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali

dengan kebenaran.

(c) Surau dan wakaf: Beradab sopan, tidak berbuat bising, tidak melakukan sesuatu perbuatan yang

tidak sopan dan sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rak Al-Quran, rehal dan sejadah.

Page 10: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

9

Mengisi masa lapang dengan membaca Al-Quran, mengulangkaji dan mendalami isi kandungan Al-

Quran.

(d) Segala kemudahan yang disediakan di MAQ (Lampiran C) hendaklah digunakan dengan penuh

tanggungjawab, cermat dan selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air serta

bahan-bahan yang digunakan. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua suis lampu, kipas dan

alatan-alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan permis berkenaan.

(e) Pelajar hendaklah menjaga dan memelihara semua kemudahan yang terdapat di MAQ supaya

kepentingan pelajar lain juga terpelihara. Segala kerosakan yang dilakukan oleh pelajar akan

dituntut ganti rugi.

2.0 KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER

MAQ menyediakan kemudahan makmal komputer bagi meningkatkan kemahiran ICT pelajar. Pelajar perlu

memohon kebenaran dari pihak pengurusan MAQ dengan menigisi borang yang disediakan serta

bertanggungjawab memastikan keadaan peralatan serta makmal komputer adalah didalam keadaan baik

semasa meninggalkan makmal. Ini demi memastikan keadaan makmal sentiasa berada dalam keadaan

kondusif.

Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, pelajar perlu melaporkannya kepada pihak pengurusan agar tindakan

segera dapat diambil.

3.0 KEMUDAHAN KOKORIKULUM

Pihak MAQ menyediakan beberapa kemudahan bagi aktiviti kokorikulum pelajar seperti meja ping-pong,

gelanggangbadminton serta gelanggang futsal (Lampiran C). Adalah menjadi tanggungjawab pelajar bagi

memastikan kumudahan yang disediakan sentiasa berada didalam keadaan baik.

Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, pelajar perlu melaporkannya kepada pihak pengurusan agar tindakan

segera dapat diambil. Sekiranya pelajar didapati merosakan kemudahan yang disediakan dengan sengaja,

tindakan tatatertib akan diambil.

Page 11: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

10

BAHAGIAN D – PELAWAT/TETAMU

(a) Semua pelawat atau tetamu dikehendaki mendapat kelulusan melawat dengan membuat temu janji

terlebih dahulu dari pihak pengurusan MAQ sebelum dibenarkan masuk ke kawasan MAQ. Pelawat

atau tetamu TIDAK DIBENARKAN merokok atau membawa barangan terlarang masuk ke

kawasan MAQ.

(b) Keizinan Pengetua / Timb.pengetua / Guru berkenaan adalah juga wajib jika

pelawat/ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa pelajar berkenaan keluar kerana sesuatu

hal/bab yang sangat mustahak.

BAHAGIAN E – KESELAMATAN PELAJAR

Semua pelajar hendaklah melaporkan kepada warden atau pihak pengurusan MAQ jika terdapat sebarang

kecederaan atau masalah kesihatan semasa berada di kawasan MAQ sebelum dirujuk kepada Pegawai

Perubatan.

BAHAGIAN F – HUBUNGAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Bersopan adalah amalan kita di timur, batas pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dititik beratkan.

Adalah DILARANG sama sekali bagi pelajar lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duaan di tempat

yang mendatangkan syak wasangka.

BAHAGIAN G – HUKUMAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

Seorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan disiplin boleh dikenakan mana-mana satu

daripada hukuman tatatertib yang berikut atau kesemua tindakan diambil sekaligus.

Pelajar yang tidak hadir tanpa sebarang kebenaran atau kelulusan pihak pentadbiran MAQ semasa kelas

dijalankan sebagaimana jadual waktu yang telah ditetapkan adalah ditafsirkan telah melakukan kesalahan

tatatertib.Satu tindakan tatatertib akan diambil kepada pelajar yang tidak menghadiri kelas sebagaimana yang

telah ditetapkan dibawah:

i. Pelajar yang mempunyai peratus kehadiran kurang dari 80%dari jumlah kehadiran keseluruhan akan

ditahan dari menduduki Ujian dan Peperiksaan.

Page 12: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

11

ii. Pelajar yang telah dikenal pasti tidak hadir akan diberi satu surat tunjuk sebab (Lampiran D) yang

perlu dikembalikan kepada pihak pentadbiran dalam masa 24 jam dari masa surat dikeluarkan.

(IbuBapa/ Penjaga akan diberi salinan).

iii. Jika pelajar gagal menggembalikan surat tunjuk sebab dalam tempoh yang ditetapkan atau sekiranya

pihak pengurusan tidak berpuas hati dengan alas an yang telah diberikan tindakan seterusnya akan

diambil:

a) Pelajar akan diberi surat amaran pertama (Lampiran D)

b) Selepas menerima amaran pertama, jika didapati pelajar tidak hadir 1 kali berikutnya, surat

amaran kedua akan dikeluarkan (Lampiran D)

c) Selepas amaran kedua dikeluarkan, jika pelajar didapati mengulangi kesalahan yang sama,

pelajar adalah layak digantung dari program selama 14 hari.

iv. Setelah tindakan penggantungan dilaksanakan, tindakan penyingkiran akan dilakukan terhadap

pelajar yang masih melakukan kesalahan yang sama.

Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan disiplin seperti merokok, keluar dari kawasan MAQ tanpa

kebenaran, membawa barangan larangan, bergaduh atau mencederakan pelajar lain, atau mana-mana keslahan

disiplin, tindakan berikut akan diambil:

a) Pelajar akan diberi surat amaran pertama

b) Selepas menerima amaran pertama, jika didapati pelajar melakukan mana-mana kesalahan

disiplin 1 kali berikutnya, surat amaran kedua akan dikeluarkan

c) Selepas amaran kedua dikeluarkan, jika pelajar didapati mengulangi kesalahan yang sama,

pelajar adalah layak digantung dari program selama 14 hari.

d) Setelah tindakan penggantungan dilaksanakan, tindakan penyingkiran akan

dilakukan terhadap pelajar yang masih melakukan kesalahan yang sama.

Page 13: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

12

LAMPIRAN

A – JADUAL HARIAN DAN PEMBELAJARAN

Page 14: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

13

Page 15: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

14

Page 16: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

15

Page 17: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

16

Page 18: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

17

Page 19: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

18

B – SAHSIAH RUPA DIRI

*Pemakaian niqab adalah tidak diwajibkan (bukan uniform rasmi sekolah).

Page 20: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

19

C – KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MAQ

Page 21: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

20

D – DOKUMEN BERKAITAN TINDAKAN TATATERTIB

1) SURAT AKUJANJI

Page 22: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

21

2) BORANG SALAHLAKU DISIPLIN

Page 23: BUKU PERATURAN PELAJAR - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara langsung dengan MAQ. 1.2 Pelajar dikehendaki

MADRASAH AL-QURRA’

22

3) SURAT PEMBERITAHUAN TINDAKAN TATATERTIB KEPADA

IBUBAPA/PENJAGA