Upload
leque
View
254
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
BULETIN 5S April 2017
Dato’ TNC HEMA Sokong 5S
Sokongan padu daripada pengurusan
tertinggi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
(HEMA) dalam menggalakkan Amalan
Persekitaran Berkualiti (QE) merupakan
salah satu kunci utama dalam men-
jayakan 5S.
Ini dibuktikan apabila Y.Bhg. Prof.
Dato’ Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz, Tim-
balan Naib Canselor (HEMA) sendiri
turun padang merasmikan Majlis Kick
Off Ke Arah Persijilan Amalan Perseki-
taran Berkualiti dan Gotong Royong Per-
dana Pejabat Am HEMA pada 2 April
2017 di Lobi Pejabat Am HEMA.
Pada majlis yang sama, Y.Bhg. Prof.
Dato TNC HEMA telah menandatangani
Polisi dan Objektif Kualiti 5S yang ba-
haru. Y.Bhg. Prof. Dato’ turut menyam-
paikan fail sebagai simbolik penyerahan
tugas kepada Jawatankuasa Pemandu
5S (Jawatankuasa Induk 5S, Jawa-
tankuasa Audit, Jawatankuasa Promosi
dan Jawatankuasa Latihan) dan empat
Ketua Zon 5S Pejabat Am HEMA iaitu
Zon BOS, Zon SYNERGY, Zon SIGMA
dan Zon DNA.
Komitmen yang ditunjukkan oleh
Y.Bhg. Dato’ TNC HEMA dapat mening-
katkan semangat dan motivasi kepada
staf untuk terus menggerakkan budaya
kualiti di dalam Pejabat HEMA.
Terima Kasih Dato’.
PEJABAT AM HEMA GUNA KHIDMAT
MPC SEBAGAI KONSULTAN 5S
Pejabat Am Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) sedang mengorak
langkah menuju ke arah persijilan amalan persekitaran berkualiti
(QE) menerusi amalan 5S.
Justeru, Pejabat HEMA telah melantik pegawai perunding da-
ripada Malaysia Productivity Corporation iaitu Encik Mazuan bin
Salih bagi membimbing dan memastikan hasrat Pejabat Am HE-
MA untuk persijilan 5S tercapai.
Beliau akan membimbing dan memberi khidmat nasihat ten-
tang keperluan ke arah persijilan 5S yang dijangka pada bulan
September 2017.
Pada 16 Mac 2017, taklimat lawatan perundingan pertama
di antara Encik Mazuan dengan Jawatankuasa Pemandu 5S Pe-
jabat Am HEMA telah diadakan.
Dalam perjumpaan tersebut, Encik Mazwan menerangkan
tentang tugas-tugas jawatankuasa pemandu dan pelaksana 5S
Pejabat Am HEMA di samping dokumen-dokumen yang perlu
dimasukkan ke dalam Fail Induk, Pelaksana dan Zon masing-
masing. Encik Mazwan turut membincangkan tentang carta per-
batuan dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan.
Selepas sesi perbincangan tersebut, Encik Mazuan telah
membuat lawatan ke setiap zon 5S. Beberapa penambahbaikan
perlu dibuat di ruang kerja staf, ruang guna sama dan bilik fail.
Encik Mazuan akan membuat lawatan perundingan kedua ke
Pejabat Am HEMA pada 17 April 2017 bagi melihat perkem-
bangan perjalanan 5S Pejabat Am HEMA berdasarkan penam-
bahbaikan yang telah dicadangkan.
Encik Mazuan sedang membentangkan perancangan aktiviti 5S kepada
penggerak utama 5S Pejabat Am HEMA
PEJABAT AM HAL EHWAL MAHASISWA
Photo Caption
MAJLIS KICK OFF
KE ARAH PERSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI &
GOTONG ROYONG PERDANA PEJABAT AM HEMA
* 2 April 2017 * Lobi Pejabat Am HEMA *
YBhg. Prof. Dato’ TNC HEMA menyampaikan Fail sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Jawatankuasa Pemandu 5S.
Dari kiri: Cik Asyakireen Samsudin (Penyelaras 5S), Puan Nur Ainamardiah Zainal (Ketua Jawatankuasa Audit), Puan Nazli Jalil (Ketua
Jawatankuasa Promosi dan Encik Nazam Isa (Ketua Jawatankuasa Latihan)
Y.Bhg. Prof. Dato’ TNC HEMA menyampaikan Fail sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Ketua Zon 5S Pejabat Am HEMA.
Dari kiri: Puan Salmah Ujang (Zon BOS), Encik Miswan Md Zin (Zon DNA), Puan Nor Sita Zakirai @ Zakaria (Zon SYNERGY) dan
Encik Nazam Isa (Zon SIGMA)
Staf Pejabat Am HEMA berganding bahu membersihkan kawasan yang telah ditetapkan.
LAWATAN PERUNDINGAN PERTAMA
KONSULTAN MPC KE ZON 5S PEJABAT AM HEMA
* 16 MAC 2017 * BILIK MESYUARAT BAIDURI & ZON 5S*
Zon BOS
Zon SYNERGY
Zon SIGMA
Zon DNA
LABEL yang bersesuaian di laci, pantry,
bilik fail, bilik fotokopi, siaraya
GANTUNG PETI UBAT di tempat yang mudah dilihat.
Wujudkan PELAN LANTAI SUIS
Wujudkan TATACARA PENGGUNAAN MESIN
FOTOKOPI
Wujudkan TEMPAT SIMPAN ALAT TULIS YANG
TERSUSUN
Wujudkan PELAN LANTAI BILIK UTILITI
DI ANTARA PENAMBAHBAIKAN YANG DICADANGKAN
1
2
3
4
5
6
POLISI & OBJEKTIF KUALITI 5S