12
Perpaduan Teras Utama Dasar Negara Integriti dan Keselamatan Dokumen BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 Terbitan: Unit Integriti Keselamatan; Isu Yang Tiada Penghujung

BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

  • Upload
    ngodung

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Perpaduan Teras

Utama Dasar Negara

Integriti dan Keselamatan Dokumen

BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016

Terbitan: Unit Integriti

Keselamatan; Isu Yang Tiada Penghujung

Page 2: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT Nazli Rasyid bin Haji Sulong

PENYELARAS / PENGARANG Abdul Majid bin Abdul Rahim

Shahriman bin Ali Pitchay

Mustapa bin Daud

Mohd Rafee bin Mohamad

Sharifah Nurshafazillah binti Rosli

Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad

Wan Muhamad bin Wan Junoh

Burhanuddin bin Mahmud

Nurul Dalila binti Daud

ALAMAT: Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2 dan 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan

62604 Putrajaya

03-88847999

03-88847922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

Buletin diterbitkan oleh Unit Integriti KPM dan

sebarang pandangan serta cadangan adalah

dialu-alukan.

INFO

Tahukah Anda

1

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

Nazli Rasyid bin Haji Sulong

PENYELARAS PENGARANG

Abdul Majid bin Abdul Rahim Shahriman bin Ali Pitchay

Mustapa bin Daud Mohd Rafee bin Mohamad

Sharifah Nurshafazillah binti Rosli Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad

Wan Muhamad bin Wan Junoh Burhanuddin bin Mahmud

Nurul Dalila binti Daud

Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2 dan 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

03 - 8884 7999

03 - 8884 7922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

Buletin ini diterbitkan oleh Unit Integriti KPM dan sebarang pandangan serta cadangan adalah dialu-alukan.

Page 3: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Seorang penjawat awam secara rasminya adalah

terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang wajib

dipatuhi. Lampiran D iaitu Perakuan Untuk

Ditandatangani Oleh Penjawat Awam Berkenaan

Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 telah menyatakan

bahawa penjawat awam tidak boleh

membocorkan, menyiarkan atau

menyampaikan maklumat rasmi sama ada secara lisan atau bertulis kepada sesiapa jua

dalam apa jua bentuk kecuali bagi tugas rasmi.

I N T E G R I T I D A N

K E S E L A M A T A N D O K U M E N

Sering kali kita mendengar mengenai isu

kebocoran maklumat di jabatan dan

agensi kerajaan. Mengapa isu ini berlaku? Adakah

kerana kurangnya rasa integriti dalam kalangan

penjawat awam?

Keselamatan negara dan kerahsiaan kerajaan yang

sepatutnya perlu dijaga agar tidak terlepas ke

tangan musuh kini boleh didedahkan begitu sahaja

tanpa rasa bersalah oleh pihak-pihak tertentu melalui

pelbagai cara. Kebiasaannya, kebocoran maklumat

boleh berpunca daripada penjawat awam sendiri,

badan bukan kerajaan, pengintip dan badan politik

yang boleh menjejaskan sistem pertahanan,

keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa

serta memberi impak negatif terhadap pengurusan

kerajaan.

Sebanyak 4 kes kebocoran maklumat direkodkan

pada tahun 2015 iaitu 1 kes berlaku di laman sosial

serta 3 kes di laman web dan blog. Pada tahun

2014, terdapat 15 kes kebocoran maklumat iaitu

sebanyak 8 kes berlaku di laman sosial, 3 kes di

laman web dan blog, serta 4 kes melalui kenyataan

media.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan,

Nik Azlan Abas menyatakan bahawa Arahan

Keselamatan bagi jabatan

kerajaan akan dipinda dalam

usaha mendidik penjawat awam

melindungi data-data dan

maklumat sulit kerajaan bagi

menangani kebocoran maklumat rahsia di laman-

laman sosial. Lebih 180 arahan akan dimuatkan

berbanding 95 arahan pada masa ini dengan

menekankan kepada bab lima dan enam yang

melibatkan keselamatan siber.

Oleh: Nurul Dalila binti Daud, UI KPM

2

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/arahan-keselamatan-

dipinda-8232-tangani-kebocoran-rahsia-kerajaan-1.134479

Keselamatan dokumen bermaksud

kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen

rasmi daripada pendedahan tanpa kebenaran.

Peringkat atau pengelasan dokumen dan maklumat

Rahsia Rasmi Kerajaan terdiri daripada Rahsia, Rahsia

Besar, Sulit dan Terhad. Pengurusan dan kawalan

keselamatan dokumen terperingkat meliputi menerima,

memproses, menyimpan dan menghantar.

Dokumen haruslah disimpan di dalam tempat yang

selamat dan berkunci mengikut kategori pengelasannya.

Dokumen Terperingkat termasuk buangan, draf, bahan-

bahan lain, disket, filem, pelan dan sebagainya

hendaklah dirincih atau dibakar di tempat yang

dibenarkan dan selamat sekiranya ingin dimusnahkan.

Bagi memastikan keselamatan dokumen dijaga dengan

baik, kerajaan wajar mengubal semula undang-undang

supaya hukuman ke atas mereka yang membocorkan

atau menjual rahsia kerajaan dikenakan tindakan

setimpal tanpa mengira pangkat dan jawatan individu

yang berkenaan.

Page 4: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Dewasa ini, isu keselamatan sering menjadi bualan hangat

dan topik perbincangan masyarakat. Runtuhnya keutuhan

nilai dan berlakunya kebejatan akhlak yang kritikal

mencetuskan pelbagai bentuk isu dan ancaman

keselamatan yang merungsingkan masyarakat.

Ancaman luaran dan dalaman seperti serangan

pengganas, jenayah terancang,

ideologi melampau, ancaman

kimia, ancaman ekonomi dan

jenayah siber merupakan sebahagian daripada

fenomena masa kini yang mendatangkan impak jangka

panjang kepada faktor keselamatan. Lebih menakutkan

lagi apabila pelbagai bentuk ancaman ini telah bertukar

menjadi „satu cara atau trend hidup‟ hingga gagal

dicegah.

Di manakah peranan integriti dalam menangani

fenomena yang semakin meruncing ini? Integriti yang

membawa maksud keutuhan nilai perlu dilihat dengan

lebih holistik dan tidak hanya membabitkan isu rasuah,

penyelewengan atau salah guna kuasa. Integriti sangat

berperanan dalam mengawal dan mengurangkan bahaya,

risiko serta ancaman keselamatan, sama ada terhadap

manusia mahupun sistem.

3

Oleh: Shahriman bin Ali Pitchay, UI KPM

Terdapat beberapa mekanisme dan strategi

yang telah dirintis oleh kerajaan dengan

kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.

Antaranya adalah mekanisme

yang bersifat pencegahan

dan kawalan yang berterusan

berfungsi untuk mengekang sebarang unsur-

unsur yang menyebabkan pelanggaran

integriti.

Mekanisme selanjutnya pula adalah

aktiviti pemulihan bagi yang telah

terjebak dengan pelanggaran integriti.

Pelaksanaan aktiviti pemulihan perlu bersifat

menyeluruh dengan menyentuh dan

menitikberatkan aspek spiritual, emosi, mental

dan fizikal.

Justeru, kedua-dua pendekatan atau

mekanisme ini perlu dipantau pelaksanaannya

dari semasa ke semasa supaya berjalan tanpa

diragui dan berupaya mengekang segala

bentuk pelanggaran integriti serta

ditambahbaik pula aspek kualitinya mengikut

keperluan semasa.

“Runtuhnya keutuhan

nilai dan berlakunya

kebejatan akhlak

yang kritikal

mencetuskan

pelbagai isu dan

ancaman

keselamatan yang

merungsingkan

masyarakat”.

Page 5: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Tidak dapat dinafikan seiring

dengan kedua-dua pendekatan

atau mekanisme tersebut, sasaran

strategik sangat diperlukan

supaya matlamatnya sampai

kepada generasi penerus.

Antara sasarannya adalah

melahirkan modal insan

berintegriti dengan memiliki

pegangan agama yang mantap,

berkeupayaan membudayakan

serta menghayati nilai-nilai luhur

agama dan integriti dalam

kehidupan secara konsisten dan

meningkatkan keberkesanan

sistem penyampaian

perkhidmatan melalui tadbir urus

yang terbaik dan efisyen secara

menyeluruh di segenap peringkat

organisasi.

Walau apapun pendekatan, strategi, pelan atau mekanisme yang disusun atur, ia tetap merupakan satu bentuk

perancangan dan usaha. Akhirnya ia akan berbalik kepada individu tersebut.

Maka di sini tunjangnya adalah memiliki kekuatan ilmu dan

penghayatan agama yang tulen menerusi

pendekatan wasatiyyah (berimbang dan syumul)

dalam segenap bidang kehidupan individu dan masyarakat. Itulah acuannya dalam memastikan isu-isu integriti

dalam konteks keselamatan yang seolah-olah tiada penghujungnya ini sentiasa berada dalam kawalan.

4

Page 6: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM

KITA TIDAK SERIKKEBANYAKAN daripada RAKYAT MALAYSIA sering menjadi mangsa kes penipuan skim cepat kaya. Itu adalah satu

daripada beratus-ratus contoh penipuan nyata yang akhirnya membawa kepada penyesalan yang tiada guna lagi. Walau

bagaimanapun, mungkin perasaan tidak pernah serik dan tidak mengambil iktibar daripada bermacam-macam kes

penipuan skim cepat kaya yang berlaku sebelum ini menyebabkan ia terus diwarisi hingga ke alaf ini. Mereka mudah

terpengaruh dengan skim tersebut yang hanya dikatakan menjanjikan pulangan wang yang lumayan.

Laporan tentang 7,600 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket skim cepat kaya terbaharu dikenali sebagai Federal

Reserve Chicago Bond. Lebih malang lagi, dilaporkan kira-kira RM90 juta wang milik mereka hangus dalam sekelip mata

dalam tempoh empat bulan. Mereka ini telah dijanjikan pulangan lumayan sehingga menjangkau AS$2 bilion (RM8 bilion)

bagi wang yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat. (Sumber: Utusan Malaysia; 19 Mei 2016).

Beberapa tahun yang lalu, negara juga pernah

digemparkan dengan satu skim cepat kaya dikenali sebagai

Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund. Dianggarkan lebih

50,000 pelabur dalam kalangan rakyat Malaysia telah

menjadi mangsa skim berkenaan yang menjanjikan pulangan

wang berganda dalam tempoh 15 bulan.

Tidak dapat dinafikan keadaan itu berlaku disebabkan

“sikap individu yang tamak” dalam mencari kekayaan.

Mereka “suka mengambil jalan mudah” untuk kaya dalam

masa singkat dan di antara jalan mudah adalah dengan

menyertai skim cepat kaya. Mereka langsung tidak

memikirkan kesan serta risiko yang akan dihadapi. Lebih

sadis, bagi Muslim yang dalam fikiran mereka hanyalah duit,

kekayaan dan keuntungan semata-mata, lantas melakukan

pelaburan melalui skim cepat kaya tanpa memikirkan kesan,

halal dan haram di sisi Islam. Adakah penipuan seperti ini

perkara baharu? atau kita tidak serik?

Telah diberi peringatan kepada kita berdasarkan al-Quran

surah al-Munafiqun (ayat 9); yang bermaksud: “Wahai

orang-orang beriman, janganlah harta dan anak-anak

kamu melalaikan kamu daripada mengingat Allah dan

ingatlah sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka

itulah orang-orang yang rugi”. Kita telah diingati

(ditegah) dengan kerugian, agar tidak tamak dalam

mengejar harta benda sehingga sanggup melanggar

perintah-Nya. Sedarlah bahawa sesuatu yang tidak

diberkati itu akan membawa kerugian yang amat besar

dipenghujung akhirnya.

Walau bagaimanapun, dengan tidak menafikan apa yang

berlaku itu boleh disebabkan oleh kurangnya pengetahuan

masyarakat mengenai pelaburan. Mereka mudah

dipengaruhi oleh rakan-rakan yang menyertai skim cepat

kaya tanpa menyelidik kesahihannya. Selepas menyedari

diri telah ditipu barulah mulai ingin sedar dan menyesal.

Amat malang kerana “sesal ketika itu tiada gunanya lagi”.

Masyarakat yang lebih berhati-hati perlu sedar dengan apa

sahaja yang menjanjikan pulangan menguntungkan

sedangkan hakikatnya umpama “menanam tebu di tepi

bibir”. Jika kita tidak mengetahui atau kurang yakin tentang

sesuatu perkara, jangan segan untuk bertanya dan mintalah

penjelasan dengan mereka yang lebih arif tentangnya.

Justeru, sebagai masyarakat yang bertamadun dan menuju

tahap pemikiran tinggi, seharusnya kita tidak lagi

membiarkan sesuatu perkara

yang kadang-kadang “sangat

mudah diatasi” mempengaruhi

kehidupan. Jangan biarkan

pepatah “sudah terhantuk, baru

tengadah” menjadi teman dalam perjalanan

kehidupan kita. Yakinlah, dengan langkah berjaga-jaga dan

berfikir rasional, sudah tentu (dengan izin-Nya) kita akan

terselamat daripada perkara-perkara yang merugikan diri,

keluarga dan masyarakat.

5

Page 7: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Nor Mamat Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM

6

Page 8: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

7

UTAMAKAN INTEGRITI SEMASA MEMANDU

Mengikut statistik, pada 2014 sebanyak 6,674 kes kematian

di jalan raya dicatatkan. Berdasarkan statistik ini, berlaku 18

kematian sehari, bermakna setiap 80 minit seorang rakyat

Malaysia terbunuh di jalan raya. Kajian Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) yang melibatkan semua negara, Malaysia

berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian

tertinggi iaitu seorang bagi setiap 100,000 penduduk.

Berdasarkan 25 kematian bagi setiap 100,000 penduduk

tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia

adalah lima kali lebih tinggi berbanding Singapura, Sweden

dan Belanda. Di Indonesia angka kematian hanyalah 17 bagi

setiap 100,000 penduduk. Kemalangan mengakibatkan

ekonomi Malaysia kehilangan kira-kira RM10 bilion tahun lalu

daripada segi kehilangan nyawa dan cedera. Menurut Institut

Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),

motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60%

dan 20% kematian di jalan raya. Sementara kadar

kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang

berumur antara 16 hingga 25 tahun.

Senarai sebab yang menyumbang kepada kemalangan

memang banyak. Antara faktor utama ialah tidak mengikut

peraturan jalan raya, tidak menghormati atau tidak

berhemah ketika memandu, khususnya di kawasan

persimpangan, melanggar lampu isyarat, memotong di

selekoh, pemanduan melebihi had laju dibenarkan,

memotong di garisan berkembar, memotong barisan,

menggunakan lorong kecemasan, membaca dan

menghantar mesej malah ada yang memandu tanpa lesen

yang sah. Sesetengah pemandu tidak sabar serta tidak

mempunyai integriti apabila memegang stereng kenderaan

di mana ada yang mahu memotong tanpa memberi isyarat

yang betul. Memecut untuk tiba di destinasi. Pemandu yang

memotong di lorong kecemasan selalunya akan terlibat

dalam kemalangan.

Kajian Kementerian Pengangkutan menunjukkan kira-kira

50% pemandu dan penumpang akan selamat jika

menggunakan atau memakai tali pinggang keledar. Tali

pinggang penumpang belakang boleh menyelamatkan

antara 25% hingga 75% nyawa manakala kerusi kanak-

kanak boleh menyelamatkan sehingga 50%. Kebanyakan

kecelakaan jenis ini dianggarkan terjadi kerana anak-anak

kecil ini didukung oleh ibu bapa dan tidak diletakkan di

kerusi keselamatan kanak-kanak. Menurut statistik MIROS,

pada 2013 sahaja sebanyak 59 bayi berusia kurang

setahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami

akibat kemalangan jalan raya. Meskipun Malaysia

mempunyai undang-undang yang ketat mengenai

pemakaian tali pinggang keselamatan tidak kira bagi

pemandu kereta atau penumpang namun tidak ramai yang

peka mengenai kepentingan kerusi keselamatan kanak-

kanak.

Sebagaimana telah dijelaskan, terdapat banyak punca

yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes

kemalangan jalan raya di negara kita. Justeru, langkah

utama dalam mengurangkan angka kemalangan jalan

raya sudah pastilah dengan mendidik para pemandu

khususnya pemandu pengangkutan awam supaya lebih

berdisiplin dan bersopan-santun ketika memandu. Kerajaan

perlu melihat secara mendalam sukatan ujian memandu.

Ujian pada masa akan datang bukan sahaja harus

memberi tumpuan terhadap aspek perundangan, tetapi

juga sikap ketika memandu. Sistem kita perlu ada aspek

yang boleh menguji kesabaran dan sikap tolak ansur

ketika memandu. Perubahan yang dimaksudkan ini

seharusnya memasukkan sukatan yang menekankan

modul adat, berintegriti, berhemah ketika

di jalan raya dan menghormati peraturan.

Sudah tiba masanya kerajaan mengenakan kadar saman

yang maksimum ke atas mereka yang melakukan

kesalahan lalu lintas. Sistem KEJARA perlu diperkenalkan

semula. Pihak berkuasa perlu bertegas ke

atas pemandu yang melakukan

kesalahan terutama sekali repeat

offenders. Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha

mengambil langkah sewajarnya dalam mengurangkan

kadar kemalangan dan memastikan pengguna jalan raya

sentiasa berhemah dan mematuhi undang-undang jalan

raya. Agensi penguat kuasa termasuk Jabatan

Pengangkutan Jalan perlu bertindak tegas ke atas

pemandu-pemandu yang menghulur rasuah bagi mengelak

diambil tindakan. Langkah ini sudah pasti akan

meningkatkan tahap integriti dan mengelak perlakuan

rasuah. Berkenaan dengan perubahan sikap, setiap

pemandu perlu merancang perjalanan mereka. Kini kita

hidup di persekitaran pelbagai kemudahan teknologi yang

membolehkan kita merancang perjalanan dengan baik.

Adakah kita menggunakan kelebihan teknologi bagi tujuan

ini?

Oleh: Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad, UI KPM

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/utamakan-integriti-

semasa-memandu-1.115238

Page 9: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

8

Page 10: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Ayuh kita menyusur titian masa, Dasar Ekonomi Baru,

cetusan idea Allahyarham Tun Abdul Razak. Hasratnya,

untuk mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih

saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian

dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada

pelbagai kumpulan etnik dan agama. Dasar

Pembangunan Nasional cetusan idea Tun Dr. Mahathir

Mohamad yang berfokuskan pembangunan seimbang

dan membawa kepada lahirnya Wawasan 2020 melalui

Dasar Wawasan Negara. Dasar ini, memberi penekanan

kepada pembangunan masyarakat berasaskan

pengetahuan dan mewujudkan bangsa Malaysia yang

bersatu padu, progresif lagi makmur, menuju negara

maju menjelang 2020. Episod bersilih ganti,

diperkukuhkan lagi dengan beberapa gagasan dan misi

oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah

Ahmad Badawi. Di bawah lembayung Dasar

Transformasi Nasional menerusi Rancangan Malaysia ke

11, lahirnya 6 program utama dengan perpaduan adalah

agendanya.

Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi

Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program

Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial dan

Program Transformasi Fiskal. Hakikatnya, menerusi

rancangan Malaysia, kita tidak pernah leka dan alpa,

sentiasa meletakkan perpaduan sebagai teras pembinaan

Negara. Hari ini, kita mampu tersenyum lebar, kerap

bertanya khabar, berkat rancangan Malaysia yang hebat

ditebar, rakyat dan Negara berpisah tiada. Bak kata

pepatah, “ibarat telur dua sebandung, pecah sebiji pecah

keduanya”. Sedarlah wahai rakyat semua, Perpaduan

Negara sentiasa diutama terutama dalam pembentukkan

Rancangan Malaysia.

pabila menyebut Bajrangi Baijaan

pasti kita semua tersenyum. Sebuah

filem arahan Salman Khan yang penuh

dengan mesej perpaduan antara agama,

negeri dan dua negara. Teresak-esak kita

tatkala Munni iaitu Syahida pulang ke

pangkuan keluarga dan Pawan pulang ke

negara tercinta. Buktinya, kita masih cintakan

perpaduan.

Beralih pula ke filem Ola Bola yang

mengetengahkan mesej perpaduan dan

patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mendapat jolokan filem pecah panggung, aksi

Ali, Tauke, Muthu dan Ah Cai yang sangat

menyentuh perasaan terutamanya babak

dalam bilik persalinan. Rakyat Malaysia

tersentuh dan berkobar-kobar dalam

memupuk semangat cintakan negara.

Buktinya, kita masih cintakan perpaduan.

Rentetan daripada bukti-bukti inilah, maka

perlu hadir kepada anda untuk kita sama-

sama berbicara dan beralih cerita dalam

maudhu‟ yang sama “Perpaduan Teras Utama

Dasar Negara”.

Perpaduan bukan sahaja

melibatkan perpaduan

kaum, perpaduan bangsa

mahupun perpaduan

agama tetapi juga

perpaduan negeri,

keluarga mahupun negara.

Dalam membina dasar negara sudah ada

tunjangnya. Bagi negara Malaysia Perpaduan

merupakan tunjang utama. Persoalannya,

bagaimanakah yang dikatakan perpaduan

merupakan teras utama dasar negara?

A “Rancangan Malaysia Ke Arah

Mensejahterakan Rakyat”

9

Oleh: Mohd Rafee bin Mohamad, UI KPM

Pragmatik pertama adalah:

Page 11: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

Atas dasar perpaduan yang dijadikan teras utama

maka cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula

dilaksanakan pada kadar 6% bermula 1 April 2015.

Lihat sudah berkerut muka semua. GST dan

perpaduan? Macam tiada kaitan.

Mari kita imbas kembali ketika perjuangan mencapai

kemerdekaan, Tanah Melayu tidak mempunyai

pendapatan. Tunku Abdul Rahman yang mengetuai

Parti Perikatan tetap teguh dan penuh keberanian.

Maka, atas bukti perpaduan penduduk Tanah Melayu

bersatu hati, emas perhiasan ditabur tanpa sangsi,

wang sara hidup seharian dikorbankan tanpa

mengharap ganti, akhirnya belayarlah Tunku untuk

membuat perjanjian hingga terhasil kedamaian yang

kemudian dirasakan. Kini, negara sudah mempunyai

pendapatan. Kejayaan Petronas dengan menyerahkan

royalti kepada negara akhirnya mampu

menggerakkan bajet tahunan untuk anak watan.

Tapi, sedar atau tidak, Disember 2016, dengan

kejatuhan harga minyak. Royalti mewah tidak lagi

dirasa. Negara terduduk seketika, berfikir bagaimana

untuk tidak mengalah dan rakyat tidak merana.

Dengan royalti yang berkurangan GST hadir

membawa bantuan. Akibat kejatuhan harga minyak,

banyak negara yang merana tetapi tidak Malaysia.

Kita masih merasa bantuan rakyat 1 Malaysia,

kenaikan gaji tahunan kali kedua, juga pendidikan

yang dibiaya. Inilah wadah, apabila perpaduan

dijadikan teras utama dalam dasar negara, walau

rakyat tidak sedari, walau watan tidak fahami, tetapi

kerana niat murni kerajaan yang kita cintai, tuhan hadir

menguji dan di bantu dengan kejayaan yang hakiki.

Perpaduan dirai, negara pertiwi.

“Sesungguhnya, bajet yang diangkat kali ini, merupakan

bahagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11.

Bajet ini adalah yang pertama dalam rantaian lima Bajet,

sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi

sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya‟Allah.”

YAB Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan bajet

2016. Melalui peruntukkan RM267 billion, mengangkat 5

tunjang utama. Memperteguh ketahanan ekonomi negara,

meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau,

mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera,

dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Rakyat yang samar penglihatan pemikiran pasti akan

mempersoalkan di mana letaknya perpaduan? Apa yang

kaum cina inginkan? Apa lagi orang melayu perlukan? Apa

yang kaum india harapkan? Sabah untuk Sabahan? Sarawak

untuk Sarawakian? Hakikatnya, bantuan persekolahan, baucer

buku 1 Malaysia, bantuan rakyat 1 Malaysia, perumahan

rakyat 1 Malaysia, khusus untuk semua rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum dan agama. Klinik Bergerak 1 Malaysia khusus

untuk pendalaman Sarawak dan Sabah, Peruntukkan MARA

khusus untuk Bumiputera, RM115 juta khusus bagi Program

Khas Bumiputera Sarawak dan Sabah. RM100 juta TEKUN

dan RM50 juta SME Bank khusus untuk usahawan kecil India,

RM90 juta pinjaman mikro kredit pula kepada penjaja dan

peniaga kecil kaum Cina, RM300 juta pula tidak dilupa

kepada masyarakat Orang Asli kita. Lihatlah, kerajaan

sentiasa membuktikan, bekerja khusus demi perpaduan, ibarat

“menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung

tidak berselerak”. Akhirnya, rakyat dan negara berpisah

tiada. Perpaduan teras utama bajet tahunan negara.

“Bajet Tahunan Persekutuan

Berpaksikan Rakyat”

10

Kesimpulannya, telah terpacul 1001 langkah dan usaha, inisiatif kerajaan yang berwibawa, peluang dan ruang

yang tersedia khusus untuk perpaduan rakyat tercinta. Seringkali kita dengari, dan kadang kala dari mulut kita

sendiri, apakah sumbangan kerajaan kepada kita? Ke mana pergi wang kita? Apa yang layak kita terima?

Tetapi, tepuklah dada tanyalah minda, apakah sumbangan kita kepada negara? Cukup

sekadar kita sama-sama berusaha, rakyat dan pemimpin bersatu usaha agar tercapai hasrat negara ibarat

“rentak sedegam langkah sepijak”. Diolah berdasarkan karya asal Teks Pidato 1 Malaysia Mohd Rafee bin Mohamad, UI KPM

Page 12: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem pertahanan, keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa ... mungkin perasaan tidak pernah

11