Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
BULETIN METEOROLOGI PERTANIAN 10 HARI
DEKAD KEDUA MEI 2021
(11hb – 20hb Mei 2021)
10 DAYS AGROMETEOROLOGICAL BULLETIN
SECOND DECADE OF MAY 2021
(11th – 20th May 2021)
PENDAHULUAN / INTRODUCTION Pada dekad kedua Mei (11hb – 20hb Mei 2021), Negara sedang mengalami fasa Monsun
Barat Daya yang telah bermula pada 19 Mei 2021 dan dijangka berterusan sehingga
pertengahan September 2021. Dalam tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah
barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih
stabil menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan. Keadaan ini
menyebabkan taburan hujan yang rendah di seluruh Negara. Walau bagaimanapun, ribut
petir, hujan lebat dan angin kencang berikutan fenomena garis badai (squall line) masih
boleh berlaku terutama di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.
In the second decade of May (11th – 20th May 2021), the country is in the Southwest
Monsoon phase which has started on 19 May 2021 and is expected to continue until
September 2021. During this period, wind is consistently blowing from the southwest with
lower air humidity which typically results in more stable atmospheric conditions resulting in
less cloud formation producing rain. This situation results in low rainfall distribution
throughout the country. However, thunderstorms, heavy rain and strong winds due to the
squall line phenomenon can still occur, especially on the west coast of the Peninsular and
west Sabah in the early morning.
HUJAN / RAINFALL Merujuk Rajah 1, secara umumnya kebanyakan kawasan di Semenanjung merekodkan
peratusan anomali hujan dari purata hingga 60 % di atas purata kecuali Jengka (Pahang)
2
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
yang merekodkan peratusan anomali hujan 60 % di bawah purata. Di Sarawak, kebanyakan
kawasan merekodkan peratusan anomali hujan dari purata hingga 60 % di atas purata
kecuali Kuching yang merekodkan peratusan anomali hujan 20 – 40 % di bawah purata. Di
Sabah, kebanyakan kawasa merekodkan peratusan anomali hujan dari purata hingga 60 %
di atas purata kecuali Kudat yang merekodkan peratusan anomali hujan 20 % di bawah
purata.
Berdasarkan Rajah 2, terdapat enam (6) kawasan yang merekodkan bacaan jumlah hujan
melebihi 150mm iaitu Ipoh (189mm) di Perak, Melaka (189mm) di Melaka, Johor Bahru
(150mm) dan Stesen Pertanian Sungai Sudah (172mm) di Johor serta Petaling Jaya
(198mm) dan Subang (206mm) di Selangor yang merekodkan jumlah hujan tertinggi
dengan 7 hari pencerapan hujan. Kluang pula merekodkan jumlah hujan harian tertinggi
pada dekad ini dengan bacaan sebanyak 112.0 mm yang dicerap pada 12 haribulan.
Terdapat hanya satu (1) kawasan yang merekodkan jumlah hujan yang kurang iaitu di
Stesen P. P. P Tun Razak (8mm) di Pahang.
Di Sarawak, terdapat dua kawasan yang merekodkan bacaan jumlah hujan melebihi
120mm iaitu di Sibu (138mm) dan Bintulu (141mm) yang merekodkan jumlah hujan tertinggi
dengan 6 hari pencerapan hujan. Sri Aman merekodkan hujan harian tertinggi dengan
bacaan sebanyak 98.2 mm yang dicerap pada 12 haribulan.
Di Sabah, terdapat dua kawasan yang merekodkan bacaan jumlah hujan melebihi 150mm
iaitu di Kota Kinabalu (160mm) dan Labuan (253mm) yang merekodkan jumlah hujan
tertinggi dengan 9 hari pencerapan hujan. Kota Kinabalu merekodkan hujan harian tertinggi
dengan bacaan sebanyak 132.6 mm yang dicerap pada 19 haribulan.
Referring to Figure 1, in general, most areas in the Peninsula recorded a percentage of
rainfall anomalies from average to 60 % above average except Jengka (Pahang) which
recorded a percentage of rainfall anomalies 60 % below average. In Sarawak, most areas
recorded a percentage of rainfall anomalies from average to 60 % above average except
Kuching which recorded a percentage of rainfall anomalies 20 – 40 % below average. In
Sabah, most areas recorded a percentage of rainfall anomalies from average to 60 % above
average except Kudat which recorded a percentage of rainfall anomalies 20 % below
average.
3
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Based on Figure 2, there were six (6) areas that recorded rainfall readings exceeding
150mm, namely Ipoh (189mm) in Perak, Malacca (189mm) in Malacca, Johore Bahru
(150mm) and Pertanian Sungai Sudah Station (172mm) di Johore and also Petaling Jaya
(198mm) and Subang (206mm) which recorded the highest amount of rainfall with 7 days
of rain observation. Kluang, on the other hand, recorded the highest daily rainfall in this
decade with a reading of 112.0 mm which was observed on 12th. There were only one (1)
areas that recorded less rainfall, namely in P. P. P Tun Razak Station (8mm) in Pahang.
In Sarawak, there are two areas that recorded rainfall readings exceeding 120mm, namely
in Sibu (138mm) and Bintulu (141mm) which recorded the highest rainfall with 6 days of
rainfall observations. Sri Aman recorded the highest daily rainfall with a reading of 98.2 mm
observed on the 12th day of the month.
In Sabah, there are two areas that recorded rainfall readings exceeding 150mm, namely in
Kota Kinabalu (160mm) and Labuan (253mm) which recorded the highest rainfall with 9
days of rainfall observations. Kota Kinabalu recorded the highest daily rainfall with a reading
of 132.6 mm observed on the 19th of the month.
SUHU / TEMPERATURE Merujuk kepada Rajah 3 dan 4, kebanyakan kawasan tanah rendah menerima purata suhu
harian antara 26.8 ºC hingga 29.4 ºC. Pada dekad ini, bacaan suhu tertinggi direkodkan di
Stesen Haiwan Machang (Kelantan) dengan bacaan 35.7 ºC manakala bacaan suhu
terendah direkodkan di Stesen MARDI Pontian (Johor) dengan bacaan 22.1 ºC. Bagi
kawasan tanah tinggi pula, julat suhu purata telah direkodkan di antara 16.3 ºC hingga 23.8
ºC di Cameron Highlands.
Referring to Figure 3 and 4, most lowland areas received an average daily temperatures
ranging from 26.8 ºC to 29.4 ºC. In this decade, the highest temperature reading was
recorded in Haiwan Machang Station (Kelantan) with a reading of 35.7 ºC while the lowest
temperature reading was recorded at the MARDI Pontian Station (Johore) with a reading of
22.1 ºC. For the highlands, the average temperature range has been recorded between 16.3
ºC to 23.8 ºC in Cameron Highlands.
4
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
SEJATAN / EVAPORATION Kebanyakan kawasan di Semenanjung secara umumnya merekodkan kadar purata sejatan
harian antara 3.0 mm hingga 4.5 mm di mana Chuping (Perlis) mencatatkan bacaan
tertinggi dengan bacaan sebanyak 5.8 mm manakala Muadzam Shah (Pahang)
mencatatkan bacaan terendah iaitu 2.4 mm. Manakala di Sabah dan Sarawak pula,
kebanyakan stesen merekodkan bacaan dari 3.5 mm hingga 4.5 mm di mana Sandakan
(Sabah) mencatatkan bacaan tertinggi dengan bacaan sebanyak 5.4 mm manakala Sri
Aman mencatatkan bacaan terendah iaitu 3.1 mm. Cameron Highlands pula telah
merekodkan purata bacaan sejatan 1.7 mm (Rujuk Rajah 5). Pada dekad ini, Chuping
merekodkan kadar purata sejatan harian dengan nilai sisihan purata tertinggi iaitu +2.2mm
manakala Bintulu mencatatkan bacaan nilai sisihan purata harian terendah iaitu -2.4mm.
Most areas in the Peninsula generally recorded an average daily evaporation rates ranging
from 3.0 mm to 4.5 mm where Chuping (Perlis) recorded the highest reading with a reading
of 5.8 mm while Muadzam Shah (Pahang) recorded the lowest reading with a reading of 2.4
mm. In Sabah and Sarawak, most stations recorded readings from 3.5 mm to 4.5 mm where
Sandakan (Sabah) recorded the highest reading with a reading of 5.4 mm while Sri Aman
recorded the lowest reading with a reading of 3.1 mm. Cameron Highlands recorded 1.7
mm an average evaporation reading (Refer to Figure 5). In this decade, Chuping recorded
an average daily evaporation rate with the highest average deviation value of +2.2mm while
Bintulu recorded the lowest daily average deviation value reading of -2.4mm.
SINARAN SOLAR / SOLAR RADIATION Pada dekad ini, kebanyakan tempat di Semenanjung merekodkan purata sinaran solar
harian antara 15.0 sehingga 19.0 MJm-2 di mana Kota Bharu (Kelantan) mencatatkan
bacaan tertinggi dengan bacaan sebanyak 21.1 MJm-2 manakala Johor Bahru mencatatkan
bacaan terendah iaitu 13.0 MJm-2. Bagi Sabah dan Sarawak pula, purata bacaan harian
direkodkan antara 17.0 MJm-2 hingga 19.0 MJm-2 di mana Kota Kinabalu mencatatkan
bacaan tertinggi sebanyak 20.2 MJm-2 manakala Kuching dan Tawau mencatatkan bacaan
terendah sebanyak 15.0 MJm-2. Bagi kawasan tanah tinggi, Cameron Highlands
mencatatkan bacaan sebanyak 14.6 MJm-2 (Rujuk Rajah 6).
5
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
In this decade, most places in the Peninsula recorded average daily solar radiation between
15.0 to 19.0 MJm-2 where Kota Bharu (Kelantan) recorded the highest reading with a reading
of 21.1 MJm-2 while Johor Bahru recorded the lowest reading with a reading of 13.0 MJm-2.
For Sabah and Sarawak, the average daily reading was recorded between 17.0 MJm-2 to
19.0 MJm-2 where Kota Kinabalu recorded the highest reading of 20.2 MJm-2 while Kuching
and Tawau recorded the lowest reading of 15.0 MJm-2. For the highlands, Cameron
Highlands recorded a reading of 14.6 MJm-2 (Refer to Figure 6).
Rajah 1: Anomali Hujan
Figure 1: Rainfall Anomaly
6
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Rajah 2: Jumlah Hujan
Figure 2: Rainfall Amount
Rajah 3: Suhu Purata Minimum
Figure 3: Mean Minimum Temperature
7
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Rajah 4: Suhu Purata Maksimum
Figure 4: Mean Maximum Temperature
Rajah 5: Kadar Sejatan
Figure 5: Evaporation Rate
8
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Rajah 6: Sinaran Solar
Figure 6: Solar Radiation
Disediakan oleh / Prepared by: Pusat Iklim Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia Jul-2021