Upload
lamdieu
View
253
Download
0
Embed Size (px)
BULETIN OSH BIL. 2/2018
BULETIN OSHBULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SIDANG EDITOR
Penaung:Puan Hjh Rosnah Bt Awang
Penasihat:Tuan Hj Mohamad Bin Safie
Ketua Editor:Amir Firdaus Bin Shuhaimi
Editor:Farizsya Hani HammimNurhayati BasharuddinSyed Mustafa Syed AzmanShahrulnizahana Mohammad DinMuhammad Hafiy Daud@Laudek
WORLD OSH DAY 2018
UJIAN SARINGAN
HEPATITIS B
MINGGU OSH 2018
JKM NEGERI JOHOR
LATIHAN TUMPAHAN
BAHAN KIMIA DI
SELAT JOHOR (MSJCE)
LATIHAN MENYELAMAT
MANGSA TERPERANGKAP
DI DALAM LIF
Apa itu Penyakit
tangan, kaki dan mulut (HFMD) ?
Apa ItuRadiasi?
Apa ituergonomik?
Sumathy RajendranNazila TalibAzlin Mat SamanNorfadillah Talib
2
Pada 2 Mei 2018 yang
lepas, Ibu Pejabat
Jabatan Kimia Malaysia,
Petaling Jaya telah
menyertai program “MEGA
OSH TOOL BOX”. Program
ini yang julung kali
diadakan turut mengukir
sejarah dalam “The
Malaysia Book of Records”.
Seramai 15 orang
kakitangan Pusat Analisis
Industri dan Tarif Kastam
telah terlibat dalam
program ini. Program ini
telah diselaras oleh Seksyen
OSH, Bahagian
Keselamatan Kimia.
APAKAH “OSH TOOL BOX”?
Satu perjumpaan tidak rasmi yang dikhususkan
terhadap topik keselamatan di kawasan pekerjaan
tersebut.
FAEDAH “OSH TOOL BOX”?
Mengingatkan kakitangan berkaitan
keselamatan dan sesi perkongsian ilmu
bersama pekerja yang lebih
berkemahiran dan berpengalaman.
WORLD OSH DAY 20182 MEI 2018 | Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya
BULETIN OSH BIL. 2/2018
3 BULETIN OSH BIL. 2/2018
Sijil Penyertaan Mega OSH Tool Box 2018Sempena World OSH Day 2018
Semakan nama kakitangan di kaunter pendaftaran
Kakitangan yang hadir sabar menunggu giliranmasing-masing
Antara kakitangan yang hadiruntuk menjalani ujian
Apakah Hepatitis B?Hepatitis B adalah sejenis penyakithepar yang disebabkan olehjangkitan virus Hepatitis B. Ia bolehmenyebabkan jangkitan sepanjanghayat serta boleh mengakibatkancirrhosis hepar, kanser hepar, kegagalan hepar dan kematian.
Sumber:Garis Panduan PelaksanaanProgram Imunisasi Hepatitis B bagiAnggota Kementerian KesihatanMalaysia
PROGRAM UJIAN SARINGAN HEPATITIS B22-23 MEI 2018 | JABATAN KIMIA MALAYSIA, PETALING JAYA
Program ujian saringan Hepatitis B inidiselaras oleh Seksyen OSH danmelibatkan seramai 150 orangkakitangan Ibu Pejabat Jabatan KimiaMalaysia, Petaling Jaya. Kakitanganyang dipilih adalah mereka yangmengendalikan sampel biologi yangterdedah kepada jangkitan Hepatitis B.
Kakitangan yang terlibat adalah daripada:
1. Pusat Analisis Sains Forensik2. Pusat Analisis Keselamatan Air Minum,
Makanan dan Alam Sekitar 3. Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam4. Pusat Pengurusan Kualiti dan
Penyelidikan
BULETIN OSH BIL. 2/20184
1. Latihamal Kecemasan Radiologikal,Kebakaran dan Tumpahan BahanKimia telah dijalankan sempenaMinggu OSH 2018 Jabatan KimiaMalaysia Negeri Johor.
2. Lokasi terlibat adalah di garajkenderaan dengan senario kebakarandan tumpahan bahan kimia dan di BilikInstrumen Blok B Jabatan KimiaMalaysia Negeri Johor dangan senariokebocoran sinaran radiologikal.
3. Latihamal ini melibatkan ahli-ahliPasukan NOVAChem, semuakakitangan Jabatan dan 4 orangpekerja kontraktor pembersihan.
4. Kakitangan bergerak dengan lancardan berkumpul di dataran Galaktika,sementara ahli-ahli Novachem yangterdiri dari Unit Radiologikal dan RPS,Pasukan Kebakaran, Unit tumpahandan Unit Pertolongan Cemasmelakukan kerja-kerja mengawalkecemasan di lokasi-lokasi kejadiandengan cekap, dan pantas di bawaharahan Incident Controller.
Pasukan Melawan Kebakaran bertindak
PasukanPertolongan
Cemasbertindak
PasukanTumpahan BahanKimia mengeluarkanmangsa daritempat kejadian
Incident Controller membuat pemeriksaan kakitangan
Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasiterhadap mangsa
BULETIN OSH BIL. 2/20185
Latihamal Kecemasan Radiologikal, Kebakaran& Tumpahan Bahan Kimia | 14 Mei 2018
1. Aktiviti demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api telah
diadakan sempena Minggu OSH 2018 Jabatan Kimia
Malaysia Negeri Johor.
2. Taklimat dan cara penggunaan
Alat Pemadam Api yang betul
dilakukan terlebih dahulu oleh
Taklimat Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) | 15 Mei 2018
Taklimat berinfomatif bertajuk Penggunaan Alat
Perlindungan Diri (PPE) telah dijalankan di JKM Johor.
Penceramah dari Permula Sdn Bhd, En Mohd Faiz Zulkifli
memberikan taklimat yang komprehensif tentang
penggunaan PPE.
Ia merangkumi cara-cara penggunaan face
mask yang betul, jenis- jenis catridge dalam
respirator, kasut yang sesuai di pakai di dalam
makmal dan PPE yang perlu digunakan semasa
menjalankan analisis.
Demontrasi Penggunaan Alat Pemadam Api | 14 Mei 2018
pengajar terlatih dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor
sendiri, dan diikuti oleh kakitangan-kakitangan lain Jabatan.
Program OSH Explorace| 14 Mei 2018
Aktiviti ‘OSH Explorace’ telah dijalankan sempenaMinggu OSH 2018. Aktiviti tersebut melibatkan 8 pasukanyang mewakili setiap seksyen di Jabatan Kimia MalaysiaNegeri Johor.
6 BULETIN OSH BIL. 2/2018
Aktiviti ini memerlukan setiap pasukan menjawab soalan-soalan berkaitan OHSAS 18001 pada setiap check point
yang ditetapkan danpermarkahan diberikan bagisetiap soalan dan pemenangdikira dari segi kepantasanpasukan menjawab soalan. Masatamat bagi setiap pasukandicatat bagi menentukanpemenang.
Tn Hj Mohamad Safie menyampaicenderahati kepada penceramah
Program Pemeriksaan Kesihatan (KOSPEN)15 Mei 2018
1. Satu program PemeriksaanKesihatan dikalangan kakitanganJKMN Johor di bawah ProgramKomuniti Sihat Perkasa Negara(KOSPEN) telah dijalankan di bilikMesyuarat Blok B JKMN Johor pada15 Mei 2018 yang lalu.
2. Seramai 60 orang kakitangan telahmenjalani pemeriksaan kesihatanasas seperti pemeriksaan tekanandarah, pemeriksaan kandunganglukosa dalam darah danpemeriksaan indeks jisim badan(BMI).
3. Pemeriksaan tersebut telah dijalankanoleh AJK pemeriksaan kesihatanjabatan yang terlatih di bawahProgram Komuniti Sihat PerkasaNegara (KOSPEN) dan dipantau olehseorang Matron dan seorangJururawat dari Klinik Kesihatan Ibu danAnak Johor Bahru.
4. Majoriti kakitangan yang telahmenjalani pemeriksaan tersebutdidapati pada tahap kesihatan yangnormal dan baik.
Pemeriksaan tinggi dan berat bagi pengiraan BMI
Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan kandungan glukosa dalam darahMatron dan jururawat daripada Klinik Kesihatan
Johor Bahru yang memantau program ini.
BULETIN OSH BIL. 2/20187
8
LATIHAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA DI LAUT DI SELAT JOHOR TIMUR | 12 Julai 2018di bawah kerjasamaMalaysia-Singapore Joint Committee on Enviroment (MSJCE)
Senario Latihan:
Pada 12 Julai 2018, selepas memuatkankira-kira 3000MT Benzene, kapal tangki MTBenz yang belayar sepanjang Selat JohorTimur untuk operasi pemunggahan kargo diSingapura telah mengalami kegagalanstereng mengakibatkan perlanggarandengan kapal tangki MT Produk,berhampiran Tanjung Tajam.
Akibat pelanggaran tersebut Kapal MT Benz mengalami kerosakan pada tangki kargoNo.3P dan No.4P dan kira-kira 500 tan Benzene tumpah ke laut. Kapal MT Produkmengalami kerosakan ringan
Kesan perlanggaran itu juga menyebabkan 2anak kapal MT Benz yang bekerja di atas dekjatuh. Salah seorang mangsa tidak sedarkan dirimanakala seorang lagi cedera.
Angin Selatan-Barat meniup pada kelajuankira-kira 6 knot. Beberapa laporan bau anehditerima daripada kakitangan Sekolah OutBound (Pulau Ubin) dan penduduk sekitarkawasan perumahan Kampung Pasir Putih, PasirGudang
Pasukan Emergency Response daripada Malaysiadan Singapura telah bertindak dalam menanganitumpahan bahan Kimia dan menyelamat mangsa.Agensi Malaysia yang terlibat ialah Jabatan Laut,Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pelabuhan Johor,APMM, Polis Marin dan Jabatan Kimia Malaysia.
Jabatan Kimia MalaysiaNegeri Johor terlibatdalam memantau tahapkandungan gasberbahaya di laut dan didarat. Tahap kandungangas akan di laporkan kepusat kawalan setiap 15minit sehingga kawasantumpahan dapat di kawalsepenuhnya
En Nor Hidayat di dalam Bot Al Tairbersama Pasukan HAZMAT Bomba
En Syed Mustafa di dalamBot ‘Penggalang 15’ bersama Pasukan APMM En Ezzad dan En Hamid
memantau kualiti udara di Kg Pasir Putih, Pasir Gudang.
BULETIN OSH BIL. 2/2018
9
Pengawal keselamatan memaklumkanSyarikat Lif (Sigma) untuk menghantarCompetent Person (CP) dengan segera.
CP tiba dan membuka pintu lif dengan segera
Mangsa segera dikeluarkan dandiberikan bantuan kecemasanoleh pasukan PBSM.
Mesyuarat pascalatihan (post-mortem)
GA
RIS
M
AS
A P
RO
GR
AM
Mangsa membunyikanpenggera keselamatan
Pengawal keselamatan mendapatkanmaklumat daripada mangsa yangterperangkap melalui intercom.
Penyelaras Program : Seksyen OSHPemerhati : Encik Ameyrullah bin Arshad
(JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor)Pegawai yang terlibat : Unit Selenggara, Pegawai Keselamatan dan ahli PBSM Unit 84,
Cabang Petaling.
Latihan ini telah diadakan di Bangunan Utama, Ibu Pejabat
Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan telah dijalankan
dengan lancar. Program ini diadakan untuk:
1. Menguji keberkesanan arahan kerja berkaitan keselamatan lif
yang telah disediakan pada tahun 2018.
2. Menutup penemuan Audit Luaran OHSAS 18001:2007 Tahun
2017
LATIHAN MENYELAMAT MANGSA TERPERANGKAP DI DALAM LIF
18 Julai 2018 | Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya
BULETIN OSH BIL. 2/2018
10
Apa itu Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ?Bahagian 1
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat peningkatanbilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease”(HFMD) di Malaysia. Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak21644 kes berbanding hanya 9,398 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017.Bilangan kes dikebanyakan negeri telah melepasi paras amaran.
Cara Jangkitan
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premistempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bagi tahun 2018, sehingga kini,sebanyak 316 buah taska/ tadika/pra-sekolah melaporkan cluster HFMD di premismereka, iaitu 52% dari jumlah wabak yang dilaporkan. Survelan virus HFMD jugamendapati peningkatan aktiviti enterovirus-71 (EV71) dalam persekitaran semenjak bulanMac 2018.
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yangdikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie VirusA16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularanpenyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhanlangsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh(blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti sertasentuhan pada permukaan dan alatan permainanyang tercemar dengan virus HFMD.
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkansatu atau lebih tanda seperti demam, luka(ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapaktangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkanjangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yangdisebabkan oleh jangkitan EV71 bolehmenyebabkan komplikasi seperti radang otakdan jantung.
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unikmunculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatansihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan.Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demamdisebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam)boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpamenelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Situasi semasa kejadian penyakit tangan,
kaki dan mulut (HFMD) di Malaysia
BULETIN OSH BIL. 2/2018
11
Apa itu Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ?Bahagian 2
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluargadinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasukkerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
• Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabunsebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin danmencuci najis.
• Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.• Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta
mainan.• Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum
menguruskan anak atau bayi mereka.• Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.• Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah,
pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya merekamempunyai tanda-tanda jangkitan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalahdiminta mendapatkan nasihatdaripada doktor secepatnyajika anak mereka mendapattanda-tanda HFMD. Merekaseharusnya peka kepadasebarang perubahantingkahlaku anak-anak merekaseperti kerengsaan danmengantuk. Jika mereka tidakmahu minum atau makan,muntah berterusan, ataumengantuk, ibu bapa /penjaga hendaklah segeramembawa anak mereka kehospital. Elakkan menghantaranak yang mempunyai gejalaseperti di atas ke sekolah, prasekolah atau nurseri. Sapu danbersihkan hidung serta mulutanak dengan tisu dan buangtisu yang telah digunakandengan sempurna.
BULETIN OSH BIL. 2/2018
Sumber : Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
12
Apa Itu Radiasi?Bahagian 1
Pengenalan
Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasibersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripadagelombang-gelombang elektromagnet dan tenagamagnet yang bergerak seiringan melalui ruang padakelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinarUltraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombangmikro, dan gelombang radio.
Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahanradioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan,produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.
Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi,perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan menggunapakai radiasi,doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikandengan rawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untukmembunuh sel-sel kanser.
Jenis Radiasi
1. Radiasi Pengion (Ionizing Radiation- IR)
Ia mengandungi tenaga yang secukupnyauntuk menghasilkan pengionan. Pengionanadalah proses di mana elektron-electron
dilucutkan daripada atom dan molekulnya.
2. Radiasi Bukan Pengion (Non-Ionizing Radiation- NIR)
Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirimhidup. Ia menyebabkan sedikit kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untukmenyebabkan sebarang kerosakan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga radiofrekuensi, cahaya nampak dan radiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan yang sama, radiasi mengion lebih mampu memberi kesan keatas kesihatan berbanding radiasi bukan-mengion disebabkan oleh proses pengionan.
Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan yangmembawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asiddeoksiribonuklei) atau bahan genetik. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinargamma adalah contoh radiasi pengion.
Punca Radiasi
1. Secara Semulajadi: seperti dalam Bumidan dari Kosmik
2. Buatan Manusia: seperti digunakandalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan,Perubatan Nuklear dan Radioterapi)
3. Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahanbakar nuklear
Punca-punca Radiasi
BULETIN OSH BIL. 2/2018
13
Apa Itu Radiasi?Bahagian 2
Pengkelasan Radiasi
Pengkelasan radiasi adalah bergantungkepada tenaga, frekuensi dan panjanggelombang yang dimilikinya. Bahan radiasiyang memiliki tenaga rendah, frekuensirendah tetapi panjang gelombang yangtinggi dipanggil gelombang elektromagnetyang tidak mengion (electromagnatic wave).TV, Radio, telefon bimbit dan microwavetergolong dalam gelombang elektromagnet.
Spektrum Elektomagnet
Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapat gelombang tersebut tidakmembahayakan kesihatan manusia. Ini kerana tenaga yang dimiliki oleh gelombangelektromagnet adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan.
Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbandinggelombang elektromagnet. Kemudian diikuti oleh cahaya nampak (visible light) danultraviolet. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinargamma dan tergolong dalam sinaran mengion. Radiasi seperti ini boleh mengancamkesihatan manusia jika dos yang diterima melebihi hadnya.
Kesan Radiasi
1. Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangkamasa singkat dan jangka masa panjang. Bagaimanapun ia bergantung sebanyakmanakah kita terdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kitaterdedah kepada radiasi iaitu stochastic effect dan deterministic effect.
2. Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaunradiasi yang sedikit dan tidak ada had. Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akanmeningkat dengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik ini tidakdapat dilihat dalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasapanjang seperti pertumbuhan sel kanser dalam badan.
3. Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masasingkat selepas terdedah kepada radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalahtinggi untuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang. Sebagai contoh kepadamereka yang menerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi deterministic effect inimempunyai tahap dipanggil threshold level yang mana kesannya tidak dapat dilihat dibawah dos 0.5 Sv (Sievert).
4. Secara jelasnya, sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedahkepada radiasi walaupun dengan amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akanmendapat stochastic effect yang membawa kepada pembentukan sel kanser dalambadan. Kesan ini tidak dapat dilihat sekarang tetapi mungkin dalam masa yang akandatang.
Sumber : Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
BULETIN OSH BIL. 2/2018
14
Apa itu Ergonomik ?Ergonomik merupakan sains yang menyesuaikantugas dan persekitaran kerja terhadap pekerja.
Faktor Risiko Ergonomik?
Faktor risiko ergonomik adalah sebarangfaktor atau pendedahan yang bolehmenyebabkan atau menyumbangkepada kecederaan muscular.
Faktor RisikoErgonomik
Force Exertion
Repetitive Motion
Hands arm and
whole body
vibrationEnvironmental risk Factor (Lighting,
Temperature, Ventilation,
Noise)
Awkward posture
Static & Sustained
Work Posture
Pengurusan Ergonomik di Tempat Kerja
Merujuk kepada Akta Keselamatan danKesihatan Pekerjaan 1994 di bawahSeksyen 15 (2)(e) ; adalah menjaditanggungjawab majikan bagi membuatpengadaan dan penyenggaraanpersekitaran pekerjaan bagi pekerja –pekerjanya yang, setakat yang praktik,selamat, tanpa risiko kepada kesihatan,dan memadai berkenaan dengankemudahan bagi kebajikan mereka yangsedang bekerja.
BULETIN OSH BIL. 2/2018
Statistik Penyakit Pekerjaan berkaitanErgonomik ?
Penyakit yang disebabkan oleh masalahergonomik adalah penyakit OccupationalMuscular Skeletal Disorders (OMSD).Sebanyak 127 kes OMSD telah diterima bagitahun 2017 berdasarkan statistik penyakitdan keracunan pekerjaan 2017.
10 PRINSIP ERGONOMIK
Kesan Penyakit OMSD ?
• Kesan penyakit OMSD adalah suatukeadaan yang mengganggu fungsisendi, ligamen, otot, saraf dan tendon,serta tulang belakang.
• Hasil daripada kesan penyakit ini akanmengakibatkan rasa sakit danmengurangkan kemampuan untukbergerak dalam melakukan kerja rutinsetiap hari.
• Gangguan penyakit OMSD dapatmempengaruhi setiap anggota dalamtubuh. Bahagian utama termasuk leher,bahu, pergelangan tangan, punggung,pinggul, lutut, dan kaki.
Pastikan semuabenda kerja
senang untukdicapai
Menambahbaikpersekitaran kerjayang selesa dan
kondusif
Meminimakan titiktekanan
Meminimakankelesuan danbeban statik
Menyediakanruang bekerja
yang sesuai
Bekerja dalampostur badan
natural
Mengekalkanpersekitaran kerjayang selesa dan
kondusif
Kurangkanpenggunaantenaga/daya
berlebihan/tiadanilai tambah
Kurangkanpergerakan
berlebihan/tiadanilai tambah
Bekerja dalamketinggian/aras
yang sesuai
Sumber : www.dosh.gov.my