4
pem β β β ina 8 tips of the day Anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan Buletin? Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan, pandangan atau pendapat anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita ke alamat email di bawah: [email protected] Definition of Anger Internal uneasiness which result in losing control of ra- tionale. Symptoms of Anger 1. Feeling uncomfortable on the chest. 2. Heart beats faster and faster. 3. The rate of blood flow increase until feel hot, might as well, sweating. 4. Feeling like throwing things to others. 5. Tendency to speak loudly, or shout. 6. Everything seems to be ugly. P/S : Patient may suffer from other symptoms as well. Please consult the nearest doctor* to be diagnosed thoroughly. Anger Management Oleh: Norhidayah Binti Ismail Prescription for Anger 1. Forgiveness 2. Wudhu' 3. Seek protection from Allah from shaiton the rejected one. 4. Du'a/ supplication 5. Not hurting back for being hurt Note: Repeat medication prescribed if symptoms re- occur Get your free medical treatment at the NEAREST CLINIC *Doktor yang berdekatan boleh ditemui pada lokasi lebih dekat daripada urat leher anda. Return back to Allah, as He provides solutions to all disease! 1 pem β β β ina utama Islam adalah agama fitrah. Di atas fitrah inilah Allah s.w.t mencipta manusia . Agama ini tahu bagaimana untuk memimpin manusia ke arah kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Inilah satu-satunya agama yang lurus. Islam menghimpun segala ramuan kejayaan, sesuai dengan statusnya sebagai sistem kehidupan yang sempurna. Salah satu ramuan Islam dalam resipi kejayaan manusia adalah mempunyai objektif hidup yang jelas. Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu ber- gantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan” Dengan ini, dapat kita fahami bahawa objektif yang jelas itu mengandungi dua paksi; pertama ialah tahu apa yang hendak dicapai (berniat), dan kedua ialah tahu bagaimana hendak mencapai objektif tersebut (beramal). Apa objektif hidup muslim? Alhamdulillah… segala puji bagi Allah! Islam se- laku agama fitrah tidak membiarkan umatnya terumbang- ambing tanpa objektif hidup yang jelas. Islam bukan sa- haja telah menggariskan objektif, malah Islam juga telah menunjukkan cara untuk memenuhi objektif tersebut. Jika kita teliti ayat-ayat 77 dan 78 Al-Hajj, sudah termaktub objektif umat Islam. Allah s.w.t telah memilih kita, umat Islam, sebagai pemimpin yang mentadbir dunia dengan rahmat dan keadilan. Matlamat ini tidak akan terlaksana melainkan wujud di atas muka bumi ini sebuah negara Islam yang mendokong dan memperjuangkannya. Bagaimana caranya? Jalan untuk mencapai matlamat agung ini tidak lain dan tidak bukan, adalah melalui jalan jihad yang se- benar (Haqqa jihadih), berterusan tanpa mengenal letih, didasari ilmu dan kejelasan, bukan didorong desakanan- desakan emosi yang sementara. Jihad yang didokong oleh pejuang-pejuang yang bertakwa. Takwa hanya akan dapat dicapai melalui tarbiah individu yang rapi, yang mampu mengubah ilmu menjadi suluk dan tingkah-laku secara beransur-ansur dan berterusan; berkiblatkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan ke- hidupan salafussoleh; serta menghimpun pengalaman- pengalaman generasi yang terdahulu. Tarbiah inilah yang menjadi asas kepada perubahan dan kebangkitan umat ini. Individu-individu bertakwa yang lahir melalui proses tarbiah ini digabungkan dalam organisasi yang ter- susun, menjadi arus yang mampu mempengaruhi keluarga dan masyarakat kepada Islam. Masyarakat ini merintis kepada penegakkan sebuah negara yang bakal melaksana- kan syari’at Allah. Negara-negara yang diasaskan di atas prinsip-prinsip Islam ini bergabung membentuk empayar Islam yang terus berusaha membebaskan tanahair Islam yang masih terjajah serta berusaha mengembangkan Islam ke wilayah-wilayah yang belum diterokai, sehingga akhirnya, Islam muncul sebagai peneraju dunia dengan rahmat dan keadilan. Penutup Dapatlah kita simpulkan bahawa mempunyai ob- jektif hidup yang jelas adalah penting dalam kehidupan manusia. Kejelasan objektif hanya wujud jika kita tahu bagaimana cara untuk mencapai objektif tersebut. Islam tidak membiarkan umatnya tercari-cari objektif hidup. Setiap individu muslim mesti memahami bahawa Islam mentaklifkan mereka sebagai pemimpin dan pentadbir urusan kehidupan seluruh manusia, melalui jihad yang berterusan. Jihad yang sebenar berhajat kepada individu- individu muslim yang bertakwa, yang lahir daripada proses tarbiah yang rapi. Allahu A’lam. DALAM EDISI INI! buletin SUARA GENERASI BELIA TAHUN 2 BIL. 1 EDISI MUHARAM SAFAR 1430 www.pembina.com.my pem pem pem pem β β β ina ina ina ina Azam Baru 2009: Objektif Hidup 1326-07-SEL -Untuk Ahli Sahaja- Oleh: Dr. Ahmad Kamsani Samingan - Hari Asyura– Kehancuran Firaun - 2 - Motivasi dan ESQ Hijrah - 4 - Anger Management - 8 - Dan lain-lain

Buletin PEMBINA Muharam-Safar 1430

  • Upload
    pembina

  • View
    231

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Edisi 03/01/1430

Citation preview

Page 1: Buletin PEMBINA Muharam-Safar 1430

pemββββina

8

tips of the day

Anda ada sebarang cadangan

untuk menambahbaikkan

Buletin?

Ingin berhubung sesama ahli

Pembina di seluruh Negara?

Hantarkan sebarang cadangan,

pandangan atau pendapat anda

mengenai Buletin Pembina atau

apa-apa isu di sekeliling kita

ke alamat email di bawah:

[email protected]

Definition of Anger

Internal uneasiness which result in losing control of ra-

tionale.

Symptoms of Anger

1. Feeling uncomfortable on the chest.

2. Heart beats faster and faster.

3. The rate of blood flow increase until feel hot, might

as well, sweating.

4. Feeling like throwing things to others.

5. Tendency to speak loudly, or shout.

6. Everything seems to be ugly.

P/S : Patient may suffer from other symptoms as well.

Please consult the nearest doctor* to be diagnosed

thoroughly.

Anger Management

Oleh: Norhidayah Binti Ismail

Prescription for Anger

1. Forgiveness

2. Wudhu'

3. Seek protection from Allah from shaiton the rejected

one.

4. Du'a/ supplication

5. Not hurting back for being hurt

Note: Repeat medication prescribed if symptoms re-

occur

Get your free medical treatment at the NEAREST CLINIC

*Doktor yang berdekatan boleh ditemui pada lokasi

lebih dekat daripada urat leher anda.

Return back to Allah, as He provides solutions to all

disease!

1

pemββββina

utama

Islam adalah agama fitrah. Di atas fitrah inilah

Allah s.w.t mencipta manusia . Agama ini tahu bagaimana

untuk memimpin manusia ke arah kebahagiaan yang

hakiki di dunia dan akhirat. Inilah satu-satunya agama

yang lurus. Islam menghimpun segala ramuan kejayaan,

sesuai dengan statusnya sebagai sistem kehidupan yang

sempurna. Salah satu ramuan Islam dalam resipi kejayaan

manusia adalah mempunyai objektif hidup yang jelas.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu ber-

gantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi

setiap orang apa yang dia niatkan”

Dengan ini, dapat kita fahami bahawa objektif

yang jelas itu mengandungi dua paksi; pertama ialah tahu

apa yang hendak dicapai (berniat), dan kedua ialah tahu

bagaimana hendak mencapai objektif tersebut (beramal).

Apa objektif hidup muslim?

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah! Islam se-

laku agama fitrah tidak membiarkan umatnya terumbang-

ambing tanpa objektif hidup yang jelas. Islam bukan sa-

haja telah menggariskan objektif, malah Islam juga telah

menunjukkan cara untuk memenuhi objektif tersebut.

Jika kita teliti ayat-ayat 77 dan 78 Al-Hajj, sudah

termaktub objektif umat Islam. Allah s.w.t telah memilih

kita, umat Islam, sebagai pemimpin yang mentadbir dunia

dengan rahmat dan keadilan. Matlamat ini tidak akan

terlaksana melainkan wujud di atas muka bumi ini sebuah

negara Islam yang mendokong dan memperjuangkannya.

Bagaimana caranya?

Jalan untuk mencapai matlamat agung ini tidak

lain dan tidak bukan, adalah melalui jalan jihad yang se-

benar (Haqqa jihadih), berterusan tanpa mengenal letih,

didasari ilmu dan kejelasan, bukan didorong desakanan-

desakan emosi yang sementara. Jihad yang didokong oleh

pejuang-pejuang yang bertakwa.

Takwa hanya akan dapat dicapai melalui tarbiah

individu yang rapi, yang mampu mengubah ilmu menjadi

suluk dan tingkah-laku secara beransur-ansur dan

berterusan; berkiblatkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan ke-

hidupan salafussoleh; serta menghimpun pengalaman-

pengalaman generasi yang terdahulu. Tarbiah inilah yang

menjadi asas kepada perubahan dan kebangkitan umat ini.

Individu-individu bertakwa yang lahir melalui

proses tarbiah ini digabungkan dalam organisasi yang ter-

susun, menjadi arus yang mampu mempengaruhi keluarga

dan masyarakat kepada Islam. Masyarakat ini merintis

kepada penegakkan sebuah negara yang bakal melaksana-

kan syari’at Allah. Negara-negara yang diasaskan di atas

prinsip-prinsip Islam ini bergabung membentuk empayar

Islam yang terus berusaha membebaskan tanahair Islam

yang masih terjajah serta berusaha mengembangkan Islam

ke wilayah-wilayah yang belum diterokai, sehingga

akhirnya, Islam muncul sebagai peneraju dunia dengan

rahmat dan keadilan.

Penutup

Dapatlah kita simpulkan bahawa mempunyai ob-

jektif hidup yang jelas adalah penting dalam kehidupan

manusia. Kejelasan objektif hanya wujud jika kita tahu

bagaimana cara untuk mencapai objektif tersebut. Islam

tidak membiarkan umatnya tercari-cari objektif hidup.

Setiap individu muslim mesti memahami bahawa Islam

mentaklifkan mereka sebagai pemimpin dan pentadbir

urusan kehidupan seluruh manusia, melalui jihad yang

berterusan. Jihad yang sebenar berhajat kepada individu-

individu muslim yang bertakwa, yang lahir daripada proses

tarbiah yang rapi.

Allahu A’lam.

DALAM EDIS I IN I !

b u l e t i n

S U A R A G E N E R A S I B E L I A

T A H U N 2 B I L . 1 E D I S I M U H A R A M S A F A R 1 4 3 0

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

pempempempemββββinainainaina

Azam Baru 2009: Objektif Hidup

1326-07-SEL

-Untuk Ahli Sahaja-

Oleh: Dr. Ahmad Kamsani Samingan

- Hari Asyura– Kehancuran Firaun - 2

- Motivasi dan ESQ Hijrah - 4

- Anger Management - 8

- Dan lain-lain

Page 2: Buletin PEMBINA Muharam-Safar 1430

pemββββina

2

fikrah

disogok dengan kepentingan dan habuan, maka ketika itu

mampulah Firaun menjadikan mereka kuda tunggangan

dan mereka terus menurut dan setia, kerana sudah sebati

dengan kefasikan.

"(Musa mengadu:) ...sesungguhnya Engkau telah

memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya

perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya

Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari

jalan Engkau... " [10:88]

Dengan pendustaan dan pelampauan batas oleh Fir-

aun dan konco-konconya yang jelas dan sepakat untuk me-

nentang dakwah, maka Allah memulakan proses kehan-

curan mereka. Namun, sebelum itu Allah selamatkan

orang-orang yang ingin diselamatkanNya dari kalangan

tukang-tukang sihir, tukang sisir, dan isteri Fir'aun. Berun-

tungnya mereka, tepatlah pilihan mereka yang menerima

iman sebagai jalan. Kesudahan mereka kesudahan yang

mulia.

"Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersu-

jud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan

Harun dan Musa" [20:70].

(Boleh rujuk 20:70-73, kisah cantik berimannya tukang

sihir Firaun, dan mendalamnya iman mereka kepada Allah.)

Azab bermula. Musa menyeru kepada Firaun agar

membebaskan Bani Israel, kaum yang telah diperham-

bakan Firaun berkurun-kurun sebagai tulang belakang un-

tuk membina istana-istana dan piramid-piramidnya. Dak-

wah Nabi Musa telah menyebabkan Bani Israel bangkit,

yakin dan menuntut pembebasan. Habislah projek-projek

Firaun. Dengan tulang siapa lagi ingin disiapkan projek-

projeknya? Ke belakang siapa ingin disebat cemetinya?

Dakwah Musa sungguh mengganggu perjalanan Empayar

Firaun yang telah lama bertapak kukuh.

"Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Firaun

dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau

yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya

mereka mengambil pelajaran." [7:130]

Kerana keingkaran Firaun dan kaumnya, Allah menarik

nikmat sumber asasi kaum Firaun, yakni air, melalui kema-

raunya yang berpanjangan, lantas mengurangkan sumber

zat & vitamin mereka, buah-buhan, yang memelihara kesi-

hatan dan kekuatan fizikal mereka selama ini. Krisis ber-

mula; dari segi ekonomi dan kemanusiaan. Sungai Nil

menyurut dan Mesir mengering. Hilang sumber air. Bagai-

mana dengan produk-produk pertanian? Tentunya terjejas

teruk. (Kalau di Malaysia, krisis air merupakan satu isu yang

sering dibesar-besarkan, kerana impaknya yang begitu

sengsara apabila terjadi.) Malah, ditambah pula, dengan

berkurangnya makanan, kebuluran pula tersebar dikalan-

gan rakyat. Inilah azab Allah terhadap kaum yang engkar.

"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, bela-

lang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi

mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah

kaum yang berdosa."[7:133]

Tidak habis dengan itu, disebabkan kekufuran mereka

yang berterusan, Allah hantarkan pula taufannya yang

dahsyat yang tentunya meng-inflict kehancuran material

Hari Asyura: Kehancuran Firaun Oleh: Aizuddin Khalid

Tanggal 10 Muharram. Hari Asyura. Hari di mana Allah

SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir'aun dan me-

nenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu

peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman

dan kekejaman Fir'aun, akhirnya riwayat dan empayarnya

ditamatkan dengan begitu hina sekali. Proses menuju azab

kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-

tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak

kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang

mampu melakukan apa saja.

Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagai-

mana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.

"(Allah berfirman kepada Musa):"Pergilah kamu

kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,"

"dan katakanlah (kepada Firaun): "Adakah keinginan

bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)" "Dan

kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu

takut kepada-Nya?" Lalu Musa memperlihatkan kepadanya

mukjizat yang besar. Tetapi Firaun mendustakan dan men-

durhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menen-

tang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-

pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya)

berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". Maka Allah

mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia.

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran

bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)." [79:17-26]

Struggle ini bermula selepas penolakan Firaun terha-

dap dakwah. Ia berlanjutan lagi apabila Firaun memper-

senda dan mencabar dakwah, memanggil konco-konconya

dari kalangan ahli sihir, Haman & tentera-tenteranya untuk

m e m f i t n a h d a n m e n y e k a t d a k w a h .

"Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada

di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seo-

rang ahli sihir yang pandai," [26:34]

"Dan berkatalah Firaun: "Hai Haman, buatkanlah

bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke

pintu-pintu; (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat

melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku meman-

dangnya seorang pendusta"." [40:36]

Alangkah buruknya perangai dan cercaan Firaun. Dan

Fir'aun pula mencapai ranking taghut No. 1 dalam sejarah

apabila mengaku dirinya kuasa paling mutlak di bumi.

"Akulah tuhanmu yang paling tinggi" [79:24].

Seolah-olah dia menyeru: "Ya, aku berhak melakukan

apa saja; Mendapat semua yang aku mahu. Semua yang tak

selari dengan kehendakku dan melawan kehendakku perlu

ditentang & dihapuskan".

Agak menghairankan bagaimana kaum Firaun boleh

tunduk dan patuh secara rela kepada Firaun yang zalim ini,

bahkan seolah-olah gembira dan memberi sokongan padu

terhadap ketuanannya, yang jelas satu pendustaan. Se-

benarnya, Allah telah pun mendedahkan strategi Firaun

dalam memanipulasi kaumnya.

"Maka Firaun mempengaruhi kaumnya lalu mereka

patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah

kaum yang fasik." [43:54].

Ya, mereka difasikkan, dirosakkan dengan maksiat,

7

pemββββina

Walaubagaimanapun, sehebat mana kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya. Ada

orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalanraya. Ada juga

atlit sukan yang fizikalnya sangat hebat namun menemui ajal dalam usia yang sangat muda. Tragedi yang menimpa Marc

Vivien Foe bekas pemain Manchester City yang hebat yang menemui ajal akibat serangan jantung ketika bermain bo-

lasepak, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia ketika bermain badminton, Allahyarham Hani Mohsin yang

rebah di lapangan terbang serta banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia.

Kematian dan kecacatan boleh datang dalam pelbagai bentuk, mungkin akibat jangkitan kuman di otak, AIDS akibat

pemindahan darah, Denggi, Strok, terjatuh di bilik air, kemalangan jalanraya dan pelbagai lagi sebab yang membawa

kepada kecacatan dan maut. Komponen kedua dalam hadis diatas adalah penting untuk difahami oleh setiap muslim ber-

jiwa hamba, bahawa ketentuan Allah itu mengatasi kudrat manusia, supaya manusia itu tidak kecewa akibat musibah yang

menimpa dirinya. Oleh kerana itulah setiap muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan

ketika. Atas hakikat inilah, setiap individu muslim itu perlu melazimkan dirinya dengan zikir ma’thurat dan doa-doa per-

lindungan kerana sifat manusia yang lemah dan tidak berupaya.

Kefahaman yang jelas terhadap hadis diatas akan membentuk peribadi muslim yang dinamik dan seimbang dunia dan

akhiratnya seperti yang digambarkan dalam satu lagi komponen hadis tersebut:

“Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada

Allah dan janganlah merasa lemah”

Sifat berlumba-lumba, bersungguh-sungguh untuk mengejar kebaikan disamping sentiasa memohon pertolongan dari Al-

lah akan membentuk peribadi muslim yang menakjubkan, seperti yang digambarkan dalam satu lagi hadis :

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang

demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur,

karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar,

karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Umat Islam dituntut untuk bersungguh-sungguh mempersiapkan dirinya, menjaga kesihatan dan memperkuatkan tubuh

badan, namun pada masa yang sama, tawakkalnya bukanlah pada usaha dan tubuhnya tetapi pada tuhannya yang Maha

Esa.

hidup muslim

Page 3: Buletin PEMBINA Muharam-Safar 1430

pemββββina

6

hidup muslim

Sihat Itu Tuntutan, Mati Itu Ketentuan

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun

keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan

pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musi-

bah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi

berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesung-

guhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Hadis diatas adalah mutiara bagi orang yang celik hatinya dan ingin mengambil pengajaran daripadanya. Hakikatnya yang

jelas menggambarkan model kehidupan orang mu’min yang amat menakjubkan. Apabila Rasulullah menyatakan bahawa

orang mu’min yang kuat adalah lebih dicintai oleh Allah, maka pada ketika itu orang mu’min dituntut untuk bersungguh-

sungguh menjadi jaguh dalam segenap bidang kehidupannya.

Antara aspek yang paling penting dalam pembinaan kekuatan adalah penjagaan kesihatan dan aktiviti fizikal yang mampu

meningkatkan tahap stamina, kecergasan dan kekuatan tubuh badan. Islam bukan agama yang rigid dan hanya men-

gongkong umatnya agar beribadah dimasjid semata-mata, akan tetapi umat islam menuntut agar setiap peribadi muslim

menjaga kesihatannya dan meningkatkan kekuatan tubuh badannya.

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki… “ (Al-Anfal : 60)

Penjagaan kesihatan dan tubuh badan dalam islam juga mesti ada matlamat yang jelas, bukan sekadar untuk mendapat

tubuh badan yang berotot sasa atau sekadar matlamat-matlamat keduniaan yang rendah semata-mata akan tetapi

persediaan ini adalah persediaan yang dituntut oleh Allah sebagai persiapan untuk perjuangan dan akan diberikan ganjaran

pahala yang besar. Oleh kerana itulah umat Islam perlu sentiasa melazimkan dirinya dengan latihan-latihan riadhah seperti

berenang, memanah dan menunggang kuda. Jika di Australia, berenang dijadikan sebagai salah satu kurikulum dalam pen-

didikan sekolah maka umat Islam lebih lagi dituntut untuk mempelajarinya. Selain itu sukan-sukan lazim seperti bolasepak,

badminton, ping pong, olahraga dan kaedah-kaedah senaman aerobik yang terbukti baik untuk kesihatan juga perlu men-

jadi kebiasaan umat Islam dan perlaksanaannya hendaklah dalam rangka pematuhan kepada syara’ seperti menutup aurat

dan tidak menggangu waktu solat.

Adalah penting untuk setiap individu muslim menyusun jadual kehidupannya agar ada masa-masa yang diperuntukkan

untuk riadhah, latihan-latihan fizikal dan pemeriksaan kesihatan. Sepertimana kita menyusun urusan pejabat dan

rumahtangga kita maka urusan riadhah dan kesihatan ini perlu juga diselenggara sama penting dengan urusan-urusan

penting yang lain. Hassan Al Banna juga menyatakan kepentingan mempunyai tubuh badan yang kuat dimana ia dinyatakan

sebagai salah satu komponen dalam 10 sifat peribadi muslim unggul. Perlu kita peruntukkan dalam seminggu sekurang-

kurangnya 3 hari untuk riadhah dimana setiap sesi berlangsung selama setengah jam.

Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif

3

pemββββina

fikrah

dan infrastuktur. Kita pada zaman ini juga boleh saja men-

yaksikan akibat serta damage terhadap kawasan yang di-

landa ribut taufan. Sungguh dahsyat.

Seterusnya, muncul pula bala yang sangat tidak di-

ingini mana-mana bangsa. Datanglah belalang, kutu dan

katak yang memusnahkan segala agriculture yakni sumber

ekonomi utama negara. Serta-merta melemahkan ekonomi

& mencacatkan trading dalam dan ke luar negara. Bagi-

mana negara mahu mengharungi kegawatan ini? Bagimana

dengan kareer-kareer rakyatnya dan aktiviti ekonomi

firma-firma yang telah ditubuhkan kerajaan? Bagaimana

dengan kutipan cukai? Mesir dilanda krisis ekonomi paling

dahsyat dalam sejarah negaranya. Hancur sudah kekuatan

ekonomi serta reputasi negara yang selama ini stabil dan

menggerunkan sepanjang beberapa dinasti. Kini, ke mana

lagi kerajaan Firaun boleh bergantung?

Tambah teruk lagi, kutu dan katak bahkan membawa

penyakit-penyakit yang menganggu serta menjijikkan. Kutu

merupakan ektoparasit yang bertindak sebagai agen pen-

yebar penyakit dikalangan manusia. Malang sekali kepada

perumah kutu kerana ia akan membawa kesengsaraan,

gatal, malah bertelur pada perumahnya dan akan terus

membiak dan merebak. Wabak kutu memang sesuatu yang

sengsara. Tambah mengerikan, Mesir dicemari dengan

katak-katak yang menggelikan yang berkeliaran di serata

negeri. Katak-katak pula terkenal dengan membawa fungus

dan penyakit, yang apabila yang bertebaran dengan ban-

yaknya, ditambah dengan pembiakan yang tidak terkawal,

ia menjadi malapetaka kepada

masyarakat pengikut Firaun.

Pencemaran pula berleluasa.

Allah menukarkan air dari sungai

dan telaga-telaga menjadi darah

kemerahan. Tentunya ia tidak

mampu dimanfaatkan untuk

kerja-kerja pertanian, kebersihan

diri dan masyarakat (mandi,

basuh baju, sewage), dan bagai-

mana rakyat Mesir ingin melepas-

kan dahaga, sesudah ditimpa ber-

macam-macam bencana. Bagai-

mana dengan baunya, warnanya, likatnya.. Allahu'a'lam.

Semuanya hancur. Apa lagi yang dimiliki Firaun dan

kerajaannya? Sosio-politiknya berubah, buruh-buruhnya

sudah resign, projek-projek pembangunan terbengkalai, Nil

sudah kering, kebuluran berleluasa, kerosakan material

dan infrastruktur, ekonomi dilumpuhkan, epidemik mere-

bak, pencemaran sumber kehidupan. Collapse sudah ne-

gara tersebut.

Maka mengalahlah mereka: "Dan ketika mereka di-

timpa azab (yang telah diterangkan itu) mereka pun ber-

kata: "Hai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tu-

hanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui

Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat

menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan

beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israel

pergi bersamamu"" [7:134]

"Maka setelah kami hilangkan azab itu dari mereka

hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-

t i b a m e r e k a m e n g i n g k a r i n y a . " [ 7 : 1 3 5 ]

Namun, mereka tetap kufur. Bahkan, kemarahan mereka

terhadap dakwah telah membuak-buak dan memuncak,

walapun sudah jelas bukti-bukti kebenarannya. Lalu men-

dorong golongan pelampau batas ini untuk menjalankan

ultimate execution mereka untuk menghancurkan Bani

Israel yang beriman. Kerana pelampauan batas maximum

ini, berlakukah ultimate execution dari Allah pula di dunia

ini.

"Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami

tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendu-

stakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang

yang melalaikan ayat-ayat Kami itu." [7:136]

Dan taubat Firaun ketika nyawanya dihujung halqum

pastinya tidak berguna lagi, terutama selepas kezali-

mannya yang terdahsyat dalam sejarah manusia.

"..hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam ber-

katalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan me-

lainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya

termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)".

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesung-

guhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu terma-

suk orang-orang yang berbuat kerusakan." [10:90-91]

"..Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun

dan kaumnya dan apa yang telah dibangunkan

mereka." [7:137]

Maka lenyaplah kerajaan Firaun yang zalim lagi

melampaui batas ini sepanjang zaman. Ia tidak mengambil

pengajaran dari mu'jizat-mu'jizat yang disaksikan dan dira-

sainya sendiri. Ia tidak men-

gambil pengajaran dari kekua-

saan Allah yang bahkan di-

pamerkan secara eksklusif

kepada mereka; istimewa, yang

hanya diberitakan secara kalam

kepada generasi-generasi beri-

kutnya. Malang sekali Firaun

dan pengikut-pengikutnya yang

tetap kafir dan zalim.

Hari Asyura sungguh layak

diraikan dan disyukuri. Hari

Asyura menjadi hari kemenan-

gan umat Musa ke atas Firaun yang dihancurkan dengan

sistematik. Ia merupakan peristiwa besar yang menjadi

simbol kepada harapan, kesabaran dan tawakkal kepada

Allah dalam menghadapi Taghut yang kufur dan keter-

laluan. Padanya, ada mukjizat yang memenangkan agama

Allah dan orang-orang beriman serta menghancurkan sis-

tem Jahiliyyah yang zalim dan tak berperi-kemanusiaan.

Ya, inilah sunnah yang menimpa golongan-golongan

taghut dan zalim sepanjang zaman, dari mana-mana gen-

erasi, dari mana-mana bangsa. Siapakah agaknya "Fir'aun"

pada hari ini? Yang sombong, angkuh, dan perasan ia

berkuasa mutlak. Menidakkan dakwah Islam dan berusaha

untk melenyapkannya. Bersiap-sedialah "Fir'aun", kerana

tanda-tanda kejatuhan anda semakin jelas.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pela-

jaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)." [79:26]

Wallahua’lam

Page 4: Buletin PEMBINA Muharam-Safar 1430

pemββββina

4

motivasi

Setelah Khalifah Umar Khattab dapat menyelesaikan masalah bilakah tahun hijrah bermula iaitu hasil permuafaka-

tan para sahabat, beliau bersetuju tahun berpindahnya nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebagai tahun permulaan hijrah.

Timbul pula persoalan akan kaedah penyusunan bulan-bulan yang sudahpun diwarisi oleh masyarakat Arab ketika itu. Ada

kalangan para sahabat yang mencadangkan tahun hijrah itu bermula dengan bulan syaaban iaitu sempena pensyariatan

solat semasa peristiwa israk' mi'raj dan ada yang mencadangkan bulan-bulan lain. Akhirnya bulan muharam yang membawa

maksud bersurai diambil sebagai bulan pertama dalam Islam. Sebelum bulan muharam ialah bulan haji iaitu zulkaedah. Haji

merupakan bulan kejayaan bagi mereka yang beribadah haji dan keampunan dari Allah SWT .Maka permulaannya ialah

bulan muharam iaitu bulan bersurai selepas haji dan bermulanya kehidupan yang baru.

Inilah kehebatan generasi AlQur'an, untuk menetapkan bulan dan tahun hijrah mereka sangat teliti dan sangat

tepat pemilihannya. Ianya penuh dengan makna mujaz (tersirat) yang membawa maksud yang hebat. Ilham yang hebat

kurniaan Allah kepada mereka yang hebat taqwanya.

Hijrah fizikal nabi SAW dengan persediaan rapi. Beberapa tahun sebelum itu Islam mula berkembang dan mula

dikenali oleh penduduk Madinah. Walaupun tidak ada jumlah yang tepat berapakah jumlah sahabat Ansar ( permastautin

Madinah), tetapi bilangan agak ramai mengikut kemeriahan sambutan kedatangan Baginda kebumi Madinah ie Tasyrib.

Baginda SAW berpindah bukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa perancangan awal. Penduduk Tasyrib yang

lebih lembut perwatakkannya dan bertamadun mudah menerima ajaran Islam dimana mereka juga adalah penyembah ba-

hala sebelumnya dan Tasyrib juga banyak puak dan majmuk malah ketika itu orang Yahudi lebih berpengaruh bilamana

mereka menguasai ekonomi Tasyrib.

Sebelum secara fizikal nabi SAW dan sahabatnya berhijrah, kesemua mereka sudahpun berhijrah aqidah ( spiri-

tual) , sudah berhijrah minda, hijrah emosi dan hijrah akhlak dari jahiliyah ke agama Islam ini. Mereka menerima Islam yang

baharu itu secara total dan sebenarnya dari sudut kebendaan, mereka berpindah dari kaya kepada miskin, dari berharta

kepada papa kedana serta ada yang meninggalkan sanak saudara, teman rapat. Dengan kata lain, mereka berpindah men-

inggalkan kesenangan, kedudukan, dan meninggalkan perniagaan seperti Abu Bakar assidik, Abdul Rahman Auf dan sahabat

yang berniaga. Sebaliknya, kita selalu membawa analogi atau pengajaran dari peristiwa hijrah itu iaitu berpindah dari mi-

skin kepada kaya, dari menjadi pengikut menjadi pemimpin, dari perkara negatif ke positif dan sebagainya. Walaupun

analogi itu benar, tetapi apakah keutamaan untuk berhijrah itu?

Itulah pengorbanan hijrah para sahabat, iaitu meninggalkan nikmat dunia yang sementara demi aqidah dan

strategi mengembangkan Islam ketanah yang lebih subur. Iaitu Tsayrib yang biahnya lebih baik dan lokasi yang strategik.

Inilah hijrah yang utama iaitu sentiasa berhijrah atau memperbaharui iman dan taqwa. Memperbaharui sikap, cara

fikir maupun mendapat pendapatan yang lebih baik dari sebelum ini LEBIH MUDAH dari memperbaharui hubungan kita

dengan Allah SWT.

Jika analogi hidup dan iman itu umpama roda, kejap dibawah kejap dibawah, maka kita tidak akan kemana,

berputar pada putaran yang sama malah sehingga jatuh pada tahap yang rendah. Tetapi ambillah perumpamaan hidup

ini bagai satu graf yang mana ianya sentiasa menuju kepuncak .Walaupun ada turun naiknya umpama gelombang, den-

gan ada tolakan dari bawah akan terus melonjakkannya keatas sehinggalah kepuncak. Puncak hidup ini ialah kematian

dan puncak matlamat hakiki ialah syurga Allah.

Oleh kerana hijrah itu satu perbuatan, pasti ada ilmu, kemahiran dan kaedah tertentu. Kita memang hebat dengan

pelbagai ilmu dan kemahiran untuk berubah emosi, minda, ekonomi, kebendaan, membaiki status dan sebagainya. Maka

mengapa tidak kita lebih kreatif untuk berhijrah spiritual dan memperbaharui ilmu bahawa memandang ibadah dan ubudi-

yah kepada Allah dalam konteks yang lebih luas lagi.

Namun masih ketara lagi tahap emosi, minda malah ekonomi umat Islam ini pada tahap yang lama dan sukar un-

tuk diubah.

Jika kaedah dan kekreatifan Rasulullah SAW yang mengalakkan para sahabatnya berniaga ketika di Madinah dan

meminta orang Islam hanya berurusan dengan peniaga Islam sahaja dimana kesannya dalam masa yang singkat ramai peni-

aga Yahudi yang gulung tikar dan akhirnya orang Islam pula menguasai ekonomi.

Sebaliknya, umat Islam yang merupakan pengguna utama di Malaysia ini, masih memilih peniaga bukan Islam

ketika urusan jual-beli. Sudahlah golongan perniaga berjaya dikalangan orang Islam boleh dikira dengan jari, kita pula

menambah kaya peniaga bukan Islam.

Minda yang seronok dengan hiburan media massa, hiburan sukan, berfoya, pergaulan jantina masih menguasai

akal umat Islam dari usia semuda usia tadika sehinggalah warga tua. Inilah rodanya, bertukar generasi, tetapi masalah sosial

ini tetap sama malah lebih parah lagi dengan kemudahan maklumat. Hijrah dan azam itu tinggal nama dan slogan sahaja

pada setiap tahun.

Motivasi Dan ESQ Hijrah

Oleh: Dr Yusof Abas

5

pemββββina

realiti umat

Di sepanjang minggu ini ada beberapa perkara menarik yang mengetuk sanubari saya. Dalam satu wawancara di Radio

24 beberapa hari yang lalu, kanak-kanak pintar, adik Adi Putra secara spontan telah menyeru umat Islam agar bersatu

untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisik mingguan dalam akhbar Mingguan

Malaysia Ahad lepas turut membawa fenomena yang sama. Seorang budak berusia 12 tahun, Ros telah menghubungi

beliau setelah melihat gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di celah runtuhan rumahnya

yang musnah dibom tentera Zionis. “Pakcik, kenapa kita semua tidak boleh selamatkan budak tu? Kenapa dia mesti

mati macam tu? Kenapa adik rasa macam nak ganti tempat dia?” Selepas kata-kata itu, Ros kedengaran menangis tere-

sak-esak dan terdengar juga suara tangisan bapanya. Adakah keperihatinan mereka semua ini hanya satu kebetulan

atau pun fenomena terpinggir ?

Kisah-kisah di atas lebih mengharukan lagi apabila saya sendiri sempat menyaksikan Rapat Umum “Save Gaza” yang

telah berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 10hb Januari 2009 yang lepas. Subhanallah..Adalah amat jelas

sekali bahawa majoriti daripada 10,000 orang hadirin yang hadir adalah mereka yang selayaknya digelar belia.

Satu kesedaran yang timbul dalam diri ialah belia kita bukanlah seburuk yang disangka.Belia yang selama ini dilabelkan

dengan pelbagai masalah. Gejala negatif seperti dadah, pergaulan bebas, mat rempit, keciciran pela-

jaran,pengangguran dan sebagainya bagaikan sudah melekat kuat sebagai “trade mark” kepada manusia yang ber-

nama belia. Yang lebih malang lagi mereka ini adalah mereka yang menganut agama Islam yang sentiasa menyeru

umatnya menjadi manusia yang terbaik dalam masyarakat. Sesungguhnya hari ini membuktikan bahawa tidak semua

yang negatif itu adalah belia.Nun di sana masih ada lagi sekelompok belia yang prihatin terhadap nasib saudara sea-

gama mereka.. Bukankah sikap prihatin itu lambang wujudnya kesedaran mereka untuk memikul beban tanggung-

jawab yang lebih besar??.. Maka benarlah kata-kata Muhammad Ahmad Ar Rasyid di dalam bukunya al-Muntalaq

“Janganlah kamu merasa lemah dan terpedaya apabila melihat kerosakan yang nyata dan kejahatan yang menjalar

di sana-sini.Sesungguhnya masih ramai lagi umat Islam yang baik di antara mereka yang kamu anggap jahat. Tetapi

golongan yang jahat walaupun sedikit, amat berani mengibarkan bendera kejahatan menyebabkan orang jahat dari

umat ini berhimpun di bawah naungannya. Golongan baik pula lari dan tidak bergabung. Sekiranya bendera kebaikan

dikibarkan, tentulah mereka yang baik-baik itu berlumba-lumba mengikutinya. Ini akan mendiamkan suara golongan

jahat, melemahkan kemampuan mereka dan menghapuskan kekuatan mereka.”

Sesungguhnya tiada manusia yang tidak ada kebaikan dalam dirinya. Betapa besar pun kejahatannya, masih ter-

pendam di dalam jiwanya rasa rindu kepada kebenaran dan kebaikan.

Masih ada sinar harapan untukmu Malaysia.!!! Ayuh ahli-ahli PEMBINA, terus kibarkan bendera kebaikan kamu agar

semua manusia bernaung di bawahnya..

Harapan Untukmu Wahai Malaysia

Oleh: Zainuddin Ghafar