9
1 Mulakan 2013 dengan 1M4U 5 MyInovasi 2012 6 - 7 Portal PSP 5 Bintang! 9

Buletin PSP - Bil 1

  • Upload
    haduong

  • View
    267

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin PSP - Bil 1

1

Mulakan 2013 dengan 1M4U 5

MyInovasi 2012 6 - 7

Portal PSP 5 Bintang! 9

Page 2: Buletin PSP - Bil 1

2 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia;

Selamat Tahun Baru 2013 saya ucapkan kepada semua warga PSP yang dikasihi. Pemulaan

tahun 2013 ini sangat baik yang mana PSP telah memulakannya dengan program iM4U di Kuala Sungai, Kota Kuala Muda, Kedah. Kita bersama-sama meraikan masyakat di sana, bergotong royong serta makan bersama. Itulah lambang keutuhan silaturrahim antara warga politeknik dengan masyarakat setempat. Lebih penting lagi, itulah bukti para pelajar politeknik khususnya PSP yang cemerlang dan prihatin.

Tahun 2012 yang lalu telah kita lalui dengan penuh gemilang. Pelbagai kejayaan telah ditempa

membuktikan kecemerlangan warganya. Kejayaan besar PSP dalam Pertandingan MyInovasi 2012 sebagai hos Peringkat Zon Utara serta para pelajar kita sebagai peserta pertandingan sememangnya amat membanggakan. Kejayaan inovasi staf dilonjakkan lagi dengan anugerah 3 bintang dalam KIK peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam aspek pengurusan maklumat, PSP turut mempamerkan kecemerlangan dengan menerima anugerah 5 Bintang untuk Portal PSP dan Perpustakaan Paling Aktif bagi Program Galakan Membaca. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha gigih semua warga PSP yang sangat komited dengan bidang tugas masing-masing.

Dalam halatuju Transformasi Politeknik, kita kini telah mula melangkah dalam Fasa II iaitu

Peningkatan. Hasil yang diharapkan dalam Fasa I adalah halatuju dan peranan baharu Politeknik, akses yang lebih luas kepada pengajian berkualiti, Bidang Tujahan mengikut kekuatan masing-masing, kemajuan kerjaya berdasarkan Kriteria Kecemerlangan, budaya kerja serta pembinaan imej baharu dan cemerlang. Segala data pencapaian perlu direkod dan disimpan sebagai bukti dan rujukan. Oleh itu, kita menyediakan ‘War Room’ yang berperanan sebagai medan informasi untuk memaparkan maklumat terkini status program yang dilaksanakan. Ia juga sebagai medan diskusi dan cetusan idea bagi tujuan perkongsian ilmu untuk warga PSP.

Sebagai Pengarah, saya berperanan menentukan halatuju PSP serta memimpin ke arah mencapai

visi, misi dan objektif PSP. Saya akan sentiasa memberi galakan dan motivasi bagi mengukuhkan organisasi serta memupuk semangat kekitaan dan sayangkan PSP.

Sebagai warga PSP, para pensyarah khususnya perlu mempunyai nilai diri sebagai seorang

pendidik yang benar-benar mendidik. Disiplin, rupadiri dan akhlak pelajar adalah cerminan para pendidiknya. Maka, sama-samalah kita mendidik diri untuk menjadi individu cemerlang bagi memastikan para pelajar kita turut cemerlang. Kepada semua warga PSP, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan memainkan peranan masing-masing dengan cepat dan tepat - seperti anggota di Pit Stop perlumbaan Formula 1. Setiap individu ada peranannya yang tersendiri dan ia perlu mengikut aturan yang betul.

Cuba anda lihat pendekatan AirAsia yang mengamalkan kaedah menyelesaikan sesuatu

perkara secara Betul, Efektif dan Efisien. Mereka menyatakan matlamat, hasil, output dan objektif dan kemudiannya merancang strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Seterusnya, cabaran semasa dan masa depan juga harus difahami oleh semua pihak. Mereka juga mencari titik persamaan dan kesefahaman. Semua halangan perlu dihapuskan dan urusan perlu dilakukan dengan individu yang betul dan relevan. Untuk memastikan kesempurnaan sesuatu perkara, kejayaan atau kelemahan perlu di lihat dan di analisa di setiap bahagian. Amalan kerjasama yang kukuh dan kaedah penyelesaian masalah yang efisyen memastikan hasil yang positif.

Peribahasa Cina ada menyatakan bahawa, ‘Orang yang berkata sesuatu perkara itu tidak

boleh dilakukan tidak sepatutnya menghalang orang lain daripada melakukannya.” Oleh itu, kenalpasti apa yang kita ada sekarang, di mana kekuatan dan kelemahannya. Gunakan ia untuk kebaikan. Semoga kita menjadi manusia yang bermanfaat.

Tinta Pengarah...

PenaungTN HJ ZULKIFLI ARIFFIN

Editor & GrafikRAFIZAH SHAHARUDDIN

Sumbangan BeritaNORISNIYATI ABDUL HAMID WAKIL JABATAN URUSETIA PROGRAM

FotografiAHMAD YUSOFROSWADA AHMADHASRUL ABDUL HALIM

Pengurus Edaran dan PromosiAZAHAR YAHAYA

VISIPENERAJU

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN

LATIHAN MENJELANG 2015

MISIMENGHASILKAN MODAL INSAN CEMERLANG

BAGI MEMACU EKONOMI NEGARA

SELARAS PELAN TRANSFORMASI

POLITEKNIK

Selamat Tahun Baru 2013. Semoga kejayaan-kejayaan tahun 2102 menjadi inspirasi untuk kita mencapai kecemerlangan di 2013. ~ sidang redaksi Buletin PSP

TN HJ ZULKIFLI ARIFFINPengarah PSP

Page 3: Buletin PSP - Bil 1

4 5

Politeknik Seberang Perai memulakan tahun 2013 dengan mendekati masyarakat dalam program 1M4U di Kampung Masjid, Kuala Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 hingga 6 Januari yang lalu. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Seberang Jaya dan Kolej Komuniti Sungai Petani bersama-sama JKKKP Kampung Masjid, Kuala Sungai Muda. Peserta yang terdiri daripada pelajar PSP dan Kolej Komuniti dapat berinteraksi lebih dekat dengan masyarakat terutama dengan keluarga angkat masing-masing. Pelbagai aktiviti khidmat komuniti telah dijalankan seperti pendawaian elektrik di beberapa buah rumah, projek mengecat semula Dewan Padang Salim, Kursus Masakan, Forum Perdana serta Program Motivasi Pelajar. Program ini turut dimeriahkan dengan acara gotong royong memasak serta Jamuan Rakyat. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Mejar (K) Hj.Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT.

PSP mulakan tahun baru dengan iM4U

Politeknik Seberang Perai Jalin Kerjasama dengan Politeknik Piksi Ganesha, Bandung, Indonesia

Pada 28 November 2012, satu upacara menandatangani Surat Hasrat (LOI) antara Politeknik Seberang Perai (PSP) dengan Politeknik Piksi Ganesha, Bandung, Indonesia telah berlangsung di Bilik Persidangan PSP.

Majlis ini telah dihadiri oleh pihak PSP yang terdiri daripada pengarah dan pengurusan PSP serta pihak Politeknik Piksi Ganesha yang juga diwakili oleh pengarah dan beberapa orang wakil. Perbincangan melibatkan isu penambahbaikan hubungan antara kedua-dua belah pihak dan hubungan antara dua negara, disamping bertukar-tukar pandangan untuk kepentingan bersama.

Semoga majlis ini menjadi titik permulaan hubungan baik PSP dengan Politeknik Piksi Ganesha untuk satu kerjasama yang positif ke arah kecemerlangan bidang TVET.

Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM telah berlangsung pada 22 dan 23 November 2012. Ini adalah audit pematuhan kali kedua setelah semakan dokumen dijalankan pada audit sebelum ini.

Proses audit kali ini melibatkan pemerhatian ke atas operasi, penilaian dokumen dan rekod serta proses lawatan dan temubual. Semua staf telah memberikan komitmen yang padu semasa proses audit demi kecemerlangan PSP.

Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008

Quality Begins From Me

Page 4: Buletin PSP - Bil 1

6 7

PROGRAM PROGRAM PERTANDINGANPERTANDINGANMEMASYARAKATKAN MEMASYARAKATKAN INOVASI PELAJAR INOVASI PELAJAR IPT 2012IPT 2012

Pada 1 dan 2 Oktober 2012, PSP telah menjadi hos Pertandingan MyINOVASI 2012 Kemuncak Zon Utara. Bertemakan “Inovasi Berbudi, Masyarakat Lestari”, pertandingan ini telah disertai oleh para pelajar dari IPTA dan IPTS. Sebanyak 53 kumpulan telah berjaya memasuki pertandingan peringkat zon utara untuk merebut peluang mendapat geran bernilai RM5000 seterusnya bertanding di peringkat kebangsaan.

Di peringkat zon, proses penjurian pertandingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Paparan Poster dan Pembentangan Lisan. Juri yang hadir adalah Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff, Dr TS Yeoh dan Prof MadyaSelain proses penjurian, PSP selaku hos telah menyediakan pelbagai aktiviti yang turut dihadiri oleh para pelajar IPT dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Antaranya ialah syarahan inovator, pameran projek pelajar serta persembahan kebudayaan.

Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Ghaus Ab Kadir pastinya menjadi kenangan indah apabila sembilan tempat di peringkat akhir menjadi milik warga PSP. Ternyata PSP bukan sekadar hos yang cemerlang, tapi juga penggerak inovasi yang terbilang!

BukanSekadarHosPSP BOLOT 9 TEMPAT DI PERINGKAT KEBANGSAAN

BIL PENYELIA PELAJAR NAMA PROJEK

1. EN. KHAIRUL ANUAR BIN ISHAK

MUHAMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD SHUKRI NOOR AZUWAN BIN MOHAMAD MUHAMAD SHAHRUL IZWAN BIN HAMIRIZZUAN BIN BAHARUDINMUHAMMAD FITRI BIN OMRI

GLASS BOTTLE

CLEANER

2. EN. KAMARUL HISYAM BIN OSMAN @ OTHMAN

AZMAN BIN NORDINMUHAMMAD FAIZ BIN ABD MAJID KHAIR HADRI BIN HAIDIRMUHAMED KHALIF SHAHRIMAN

WATER TANK CLEANER

3. EN. LEE CHEE ME

NANTHISWARA A/L RADAKRISHNANPRAKASH A/L VENGEDASENSATHISH VAREN A/L SIVALINGAMBALAMURUGAN A/L KRISHNASAMYHARISH KUMAR A/L SELVANATHAN

FLOOR CLEANER MACHINE

4. EN. MD NAJIP BIN TALIBIN

MUHAMAD FAUZI BIN ZULFAKHARNURUL HUSNA BINTI JALANI SAIFUL ASHRAF BIN MOHD HISHAMMUHAMMAD BISRULHAFIZ BIN ABDUL RAHMANAZAN ASRIE BIN MD YUSOF

MODERN REMPEYEK

MAKER

5. EN. MOHAMAD SALIM BIN ABDUL WAHAB

TUAN MOHD RAHIMI BIN TUAN ABDULLAHMOHAMMAD YUNUS BIN MOHD JAFFARMOHD FAIZ BIN ABD RAZAKZULFADLISYAH B. ZULKIFLIRAZNAN BIN ABD RASHIDMOHD ERSAN BIN BASARUDIN

HERBICIDE SPRAYING MACHINE

6. EN. KAMIL BIN SAHIDIN

SYLVIA SULAU WANNOORASYMAWI BIN NOORSHAHROM HISHAMUDIN BIN MOHD MISRANSYUFLI FIKRI BIN SUHAIMINMOHAMMAD FARIZ BIN RAMLIMUHAMMAD HANAFI BIN SYAMSUAR

ENERGY GENERATING

SYSTEM

7. PN. RASHIDAH BINTI IBRAHIM

AHMAD IQBAL BIN SUKRIMUHAMMAD SYAHRUL BIN ROSLANNUR AZZRAFF AZZUAN BIN AZHARMUHAMMAD HELME BIN AZNANSHARUL NAIM BIN MOHAMAD FUAD

CEMENT REMOVER

8. EN. MOHD ROSLI BIN SAAD

NIVANENDIRAN A/L NADARAJANMUHAMAD AMIRUL BIN AMINUDDINSITI NUR MADAIYEZIE BT NOR ADIWAN NUR FAR AIN BT WAN UMARVIKNESWARAN A/L RAVEINDARAN

REMOTE-CONTROLLED

GARBAGE COLLECTOR

9. PN. WAN NORAINI BINTI USOH

LINGESWARAN A/L KUNESEGARAN MOHAMMAD HADZRIN B. ABD WAHABNAVIN RAO A/L PRAKASA RAONOR AINI BINTI AHMAD HASHIMMUHAMMAD FAIQ IZAAN BIN ALIAS

MANUAL GEAR BOX LUBRICANT REFILLING MACHINE

Berikut senarai projek dari PSP yang berjaya diperingkat Zon Utara:

Page 5: Buletin PSP - Bil 1

8 9

cuba serta penambahbaikan produk selari dengan value creation. Penjimatan hasil projek inovasi ini sebanyak RM810,000 setahun jika produk ini digunakan oleh 30 Politeknik seluruh Malaysia. Sehingga kini sebanyak 6 buah Politeknik Malaysia menggunakan i2P.

Di peringkat kebangsaan pula, Pasukan X Fac-10 pula telah dianugerahkan Emas 3 bintang di pertandingan National Innovative and Creative Circle Convention (NICC) 2012 yang berlangsung pada 16-17 Oktober 2012 di tempat yang sama. NICC adalah acara tahunan anjuran MPC dan kumpulan yang beraksi cemerlang akan dijemput untuk mewakili negara ke pertandingan ICQCC pada tahun hadapan.

Pencapaian ini ternyata amat membanggakan seluruh warga PSP. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga PSP terus cemerlang dalam membudayakan inovasi pada tahun 2013.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Seberang Perai meneruskan kecemerlangan dalam mengharumkan nama institusi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat antarabangsa, Kumpulan FM6 telah dianugerahkan Emas 3 bintang iaitu penarafan bintang tertinggi di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center pada 15-16 Oktober 2012.

Bertemakan “From Ideas to Reality”, konvensyen ini telah disertai oleh 220 kumpulan daripada 12 buah negara. Kumpulan FM6 dengan projek i2P adalah Kumpulan KIK pertama Politeknik Malaysia yang bertanding diperingkat antarabangsa. Projek i2P ini telah menjalani 2 proses uji

KIK PSP MAKIN MENYERLAH

Oleh : Noor Alia Md Ali

Perpustakaan PSP terima Anugerah Perpustakaan Paling Aktif Melaksanakan Program Galakan Membaca 2011

Politeknik Seberang Perai (PSP) telah menerima penarafan 5 bintang dalam Penilaian Portal/ Laman Web Sektor Awam (Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) ) 2012 oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDEC). Menurut Sharizal Yusoff, Ketua Unit ICT, sebanyak 1349 Portal/Laman Web Kerajaan telah dinilai pada tahun ini. Portal Rasmi Politeknik Seberang Perai merupakan salah satu daripada 281 agensi kerajaan yang berjaya mencapai tahap 5 bintang. Sebanyak 354 telah memperolehi 4 bintang, 448 mendapat 3 bintang, 177 memperolehi 2 bintang, 8 memperolehi 1 bintang dan 81 tidak boleh dilayari. Kejayaan ini telah menempatkan Portal PSP berada dikedudukan ketiga bagi kategori Portal Politeknik Malaysia. Pengarah PSP amat menghargai usaha Jawatankuasa Laman Web/Portal PSP serta warga PSP atas komitmen serta usaha melaksanakan penambahbaikan daripada laman web ke portal serta dengan penambahbaikan modul-modul baharu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak MDEC. Semoga PSP akan terus mengukir kejayaan pada tahun 2013.

Portal PSP bertaraf LIMA BINTANG!

Oleh : Noor Alia Md Ali

Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan Politeknik Seberang Perai bagi menggalakkan penglibatan warga PSP dalam aktiviti perpustakaan telah mendapat penghargaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan PSP telah menerima Anugerah Perpustakaan Paling Aktif Melaksanakan Program Galakan Membaca 2011 yang telah disampaikan sempena Mesyuarat Ikhtisas Perpustakaan Gunasama Kumpulan Pengurusan dan Profesional 2012. Semoga semua warga PSP dapat memberi sokongan yang berterusan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan PSP pada masa hadapan.

Kumpulan X-Fac 10

Page 6: Buletin PSP - Bil 1

10 11

Bagi meningkatkan keyakinan diri, melahirkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, inovatif dan cemerlang, Jabatan Perdagangan telah mengadakan satu program yang dinamakan “Commerce Day” pada 16 dan 17 Oktober yang lalu . Program yang dirasmikan oleh Dato Haji Abdul Jalil bin Abd Majid, Penyelaras Parlimen Permatang Pauh ini, dikendalikan sepenuhnya oleh para pensyarah, industri luar dan para pelajar Jabatan Perdagangan PSP. Di antara aktiviti yang menarik dan mendapat sambutan termasuklah pameran, perkongsian informasi, gerai jualan, pertandingan Rancangan Perniagaan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bidang perniagaan, perakaunan, perbankan Islam dan logistik.

Program ini memberikan impak yang tinggi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kerana berjaya melibatkan industri luar sebagai panel juri pertandingan Rancangan Perniagaan. Di antara panel juri tersebut termasuklah Encik Mohd Zumar bin Zainudin, Pengarah Negeri, SME Corp Malaysia, En.Norsiden bin Ahmad, Pegawai MARA Daerah, Pejabat Mara Daerah Seberang Perai Tengah, Dr. Baderisang bin Mohamed, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Uitm P.Pinang dan beberapa panel luar yang lain. Mereka antara lain telah memberikan komen yang sangat positif terhadap program yang dijalankan.

Commerce Day Oleh : Azahar bin Mohammed

Secara keseluruhan, program ini telah berjaya memberikan informasi tambahan dan pengalaman yang baru kepada pelajar dan pensyarah. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan keyakinan diri para pelajar.

Paluan gong tanda simbolik perasmian

Penerangan tentang logistik oleh pensyarah

Catur Bistari

FIRE EXTINGUISHER TOPIC

GROUP 2

SAFETY AWARENESS

PROGRAM

PSP REPRESANTATIVE

Satu program kesedaran keselamatan telah diadakan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) PSP bertempat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Ia telah disampaikan oleh En. Ken, penceramah dari syarikat keselamatan dan kesihatan pekerjaandan telah dihadiri oleh para pelajar JKM. Di akhir program, para peserta mencuba amali memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dengan kaedah yang betul. WE CAN DO IT!!!!!!

Page 7: Buletin PSP - Bil 1

12 13

Rakan Perpustakaan Politeknik Seberang telah mengadakan Team Building pada 7 Oktober 2012 bertempat di Sedim, Kedah. Program ini merupakan satu wadah untuk merapatkan hubungan ahli dan meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin. Aktiviti ini menjadi pemangkin dalam pembentukan semangat muhibah dan menyemai nilai-nilai murni. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan semangat ukhwah serta sahsiah diri sesama Rakan Perpustakaaan. Aktiviti ini juga membuka minda Rakan Perpustakaan dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dalam kerja berpasukan sekaligus meningkatkan kefahaman tentang rasa tanggungjawab dan cabaran serta peranan dalam menyertai Rakan Perpustakaan. Seramai 34 orang Rakan Perpustakaan dan 4 orang staf perpustakaan telah menghadiri program ini. Secara kesimpulannya program ini telah berjaya melahirkan semangat kerjasama dan mewujudkan kemesraan dan perasaan hormat-menghormati di kalangan ahli Rakan Perpustakaan.

TEAM BUILDING RAKAN PERPUSTAKAAN

Oleh : Zuraidah Omar

IPMARACE & FORMULA VARSITY

IPMARACE 2012 telah berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) Ayer Keroh, Melaka pada 27 hingga 30 September 2012. PSP telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori Rekabentuk & Inovasi.

Pada 12 hingga 14 Oktober 2012 pula, Formula Varsiti telah dianjurkan oleh Universiti Teknikal Kebangsaan Melaka (UTEM) juga di MIMC Ayer Keroh. En Zul Azri Razuan melaporkan bahawa PSP telah berjaya menduduki tempat ke empat dalam perlumbaan ini.

IPMARACE 2012

FORMULA VARSITY

ENGLISH LANGUAGE CARNIVALBy : Sabariah Mohd Farouk

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah mengadakan Kursus Aplikasi Komputer Siri 1: Pembangunan Blog pada 4 Januari 2013 yang lalu. Kursus ini bertujuan memantapkan penguasaan para pensyarah dalam pembangunan blog yang menjadi salah satu topik dalam subjek BC101- Aplikasi Komputer yang ditawarkan oleh JMSK. Ia telah dihadiri oleh semua staf JMSK yang mana hampir keseluruhannya adalah pensyarah kursus BC101. Kursus ini dikendalikan oleh empat orang fasilitator yang berpengalaman iaitu Pn Hawariah Kamaruddin, Pn Rafizah Shaharuddin, Pn Shu Haila Mohd Yusof dan Pn Leila Adja Radjeman@Radjiman.

Semasa kursus, para peserta telah menerokai dua penyedia blog utama iaitu Wordpress.com dan Blogger.com. Seterusnya diskusi tentang penyedia blog dilakukan bagi memilih yang terbaik untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil diskusi semasa kursus ini telah digunakan untuk proses penambahbaikan Lembaran Kerja BC101- Aplikasi Komputer.

Kursus Aplikasi Komputer : Pembangunan Blog

Kursus Pemantapan Staf

Kursus Pemantapan Staf untuk semua staf beragama Islam telah berlangsung pada 20 Disember 2012 bertempat di Dewan Seri Mutiara. Ceramah bertajuk “Pemantapan Akidah” telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Haji Abd Aziz bin Haji Hanafi dari Fakulti Kuliah Syariah, Kolej Insaniah Kedah. Semoga semua warga PSP mendapat input berguna daripada ceramah yang disampaikan.

On the 26th and 27th September 2012, the PPBI (Portfolio Pengukuhan Bahasa Inggeris) committees together with English Language Unit of General Studies Department had successfully organized the English Language Carnival 2012 at Dewan Sri Mutiara, PSP.

The program involved about 560 semester 3 students and 50 schoolchildren from neighbouring schools as the participants. The participants were exposed to a variety of interesting language games and exciting activities where they had fun and experienced a lot of new things.As a conclusion, the programme received positive responses from the participants. Such programme should be conducted again to help participants to improve their English particularly their oral communication skills.

Page 8: Buletin PSP - Bil 1

14 15

Kejohanan Liga Hoki Politeknik 2012 telah berlangsung sepanjang tahun 2012 di 2 venue berbeza iaitu di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, dan Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Liga divisyen 1 telah disertai oleh PUO, PSP, PJB, PSMZA, PMM, POLISAS, PKB dan PSAS. PSP Berjaya menjadi NAIB JOHAN KESELURUHAN dan kekal di Divisyen 1 Liga Hoki Politeknik 2013.

Piala Ketua Pengarah 2012 telah berlangsung pada 7 hingga 10 Disember 2012 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Kejohanan telah disertai oleh 8 buah politeknik yang telah layak ke divisyen 1 Liga Hoki Politeknik 2013 iaitu PUO, PSP, PJB, PSMZA, PMM, PKB, POLIMAS dan PTSB . Pasukan Hoki PSP telah berjaya hingga ke peringkat SEPARUH AKHIR setelah tewas kepada PUO.

LAPORAN KEJOHANAN LIGA HOKI POLITEKNIK 2012 DAN HOKI PIALA KETUA PENGARAH 2012

Oleh : Mohd Sazali Bin Ismail

Kejohanan Ragbi 7 Sebelah, Persatuan Ragbi Pulau Pinang telah berlangsung di Padang Rugbi Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam pada 4 November 2012. Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah BM RHINO, PENANG BARBARIAN, PENANG ALL BLUES dan USM A yang di undi dalam kumpulan A manakala PSP-POPEYE , SRC dan USM B diundi dalam kumpulan B. Cabaran kumpulan B bermula PSP-POPEYE menentang SRC berkesudahan menang 12 berbalas 5, dan cabaran kedua PSP-POPEYE menentang USM B berkesudahan menang 19 berbalas 12. PSP-POPEYE telah menjadi juara kumpulan dengan 6 mata penuh.PSP-POPEYE seterusnya telah mendapat tempat kedua (Naib Johan) Kategori PLATE. Tiga orang pelajar PSP telah dipilih untuk menyertai Pasukan Pulau Pinang dalan National 7’s yang berlangsung pada bulan Disember 2012 iaitu Mohamad Adib bin Mohd Jamil(DLS), Mohammad Ismail bin Nordin(DAT) dan Muhammad Kamal bin Zulkifli(DEP).

Kejohanan 7 Sebelah 2012 Persatuan Ragbi

Pulau PinangOleh : Suhaimi Bin Hassan

Barisan Pemain dan Pegawai Pasukan Hoki PSP

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik 2012

Dua orang pelajar PSP telah menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik (AKEPP 2012) yang telah berlangsung di PSA pada 30 November 2012 yang lalu. Saudara Satiyaseelan A/L Mahalingam telah menerima Anugerah Kecemerlangan Olahragawan Peringkat Zon Utara dan Saudara Mohd Khairul Annuar Asharruddin telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Zon Utara.

Atlet PSP Satiyaseelan A/L Mahalingam berjaya mendapat pingat emas dalam acara 10,000m Berjalan Kaki pada Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) di MSN, Bukit Jalil pada 28 Oktober – 11 November 2012

Atlet PSP Raih Pingat Emas

Pemenang pingat acara 10,000km Jalan Kaki bergambar kenangan.Aksi Sathiaseelan sebaik menamatkan perlumbaan

Pemenang Anugerah bersama Pegawai

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi, PSP di bawah naungan JSKK PSP dalam program "Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat Kebangsaan 2012“ di AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 15 -16 September 2012 anjuran Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi,Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara serta Jabatan Perdana Menteri.Dua peserta PSP mewakili Kontijen dari Pulau Pinang memenangi Naib Johan dalam kategori persembahan penerangan. Peserta PSP terdiri dari Mohd Khairul Annuar Bin Asharruddin dari JTMK (kanan) dan Mohamad Zulkifli Bin Azami dari JP (kiri).

Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat

Kebangsaan 2012

Wakil dari Pulau Pinang

Dua pelajar PSP yang mewakili Pulau Pinang. Naib Johan dalam kategori persembahan penerangan

Pelajar PSP menerima anugerah kecemerlangan.

Page 9: Buletin PSP - Bil 1

16

PSP

di m

edia

....