Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Vitamin adalah bahan organik yang
diperlukan oleh badan manusia dengan
jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan
yang normal. Terdapat 13 jenis vitamin
utama iaitu vitamin A, B1, B2, B3, B6,
B7, B11, B12, C, D, E, H, dan K. Setiap
jenis vitamin mempunyai peranan
tertentu dalam tubuh badan manusia
termasuklah menjaga kesihatan kulit dan
mata, melancarkan sistem
penghadaman, menaikkan selera makan,
membentuk sel-sel darah merah dan se-
bagainya.
Seperti manusia, ikan juga
memerlukan vitamin C untuk tumbesaran
yang sihat. Kebanyakkan ikan tidak
dapat menghasilkan vitamin C sendiri di
dalam badannya. Oleh yang demikian,
vitamin C haruslah diberikan kepada ikan
melalui makanan mereka (pellet ikan).
Kekurangan vitamin C boleh
menyebabkan pertumbuhan ikan
terbantut, mudah dijangkiti penyakit,
mengambil masa yang lama untuk
sembuh apabila dijangkiti penyakit,
kecacatan pada pertumbuhan dan
pembentukkan tulang, pendarahan
dalaman, dan yang lebih serius, boleh
menyebabkan kematian. Keadaan ini
secara tidak langsung, boleh
menyebabkan kerugian kepada
penternak.
Di alam semulajadi, ikan
mendapatkan sumber vitamin C dengan
memakan alga ataupun hidupan air yang
memakan alga. Namun, ikan yang
diternak di dalam sangkar atau hatcheri
bergantung sepenuhnya pada makanan
yang diberikan kepada mereka. Oleh itu,
adalah penting bagi kita untuk
memasukkan vitamin C dalam makanan
ikan mengikut keperluan.
Kajian menunjukkan keperluan
vitamin C pada ikan adalah berbeza
mengikut spesies, saiz, dan kondisi
penternakan. Sebagai contoh, ikan tilapia
yang diternak dalam air tawar
memerlukan vitamin C sebanyak 37-63
mg bagi setiap kilogram makanan ikan.
Manakala, ikan tilapia yang diternak di
dalam air masin memerlukan kuantiti
vitamin C yang lebih tinggi iaitu 100-200
mg bagi setiap kilogram makanan ikan.
Anak ikan memerlukan kuantiti vitamin C
yang lebih banyak berbanding ikan
dewasa. Ini adalah kerana metaboslisma
dan pertumbuhan anak ikan lebih tinggi
berbanding ikan dewasa.
PEMAKANAN IKAN: Vitamin C Oleh: ISABELLA EBI
EDISI PERTAMA
JANUARI 2016
KANDUNGAN Idea Penyelidikan 1
Komuniti Akuakultur 2
Kultur Ikan Laut 3
Kultur Ikan Air Tawar 5
Kultur Invertebrata 6
Sistem Hatceri 7
Global 8
Aktiviti Pelajar 11
Dalam Kampus 12
Lain-lain 13
Kesedaran Awam 14
Pascasiswa Pilihan 15
Pakar Pilihan 16
PENAUNG: PROF. DR. ROSSITA
SHAPAWI
PENASIHAT: 1. ASSOC. PROF. DR JULIAN RANSANGAN
2. ASSOC. PROF. DR. SITTI RAEHANAH MUHD. SHALEH
3. DR. RAFIDAH OTHMAN
EDITOR:
1. NASIHIN SETH 2. LYN ZAMHARI 3. PRESSLY M.
IDEA PENYELIDIKAN
2
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA)
dari Kota Belud telah diasaskan
oleh Encik Juman Hj. Osoh pada
tahun 2003, dan didaftarkan di
bawah Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM). Bermula
dengan hanya 30 orang ahli di
awal penubuhannya, KUBENA
kini telah berkembang dengan
ahli seramai lebih kurang 70
orang belia. Tujuan asal
penubuhan KUBENA ialah untuk
meningkatkan taraf ekonomi,
pendididkan dan latar belakang
sosial penduduk Kampung
Ambong, Kota Belud, lebih-lebih
lagi dalam kalangan para
belianya. Pada awal penubuhan
KUBENA, segala kelengkapan,
bahan dan pengangkutan adalah ditanggung oleh para
penduduk Kampung Ambong. Misalnya, Encik Juman Hj.
Osoh telah mendermakan sangkar ikan dan bagang beliau
untuk tujuan penternakan ikan, manakala Encik Ajuh Deris
meminjamkan bot beliau untuk aktiviti memancing di laut
dalam. Bagang merupakan sebuah alat untuk menangkap
ikan yang menggunakan jaring dan alat pencahayaan
yang dipasang bersama di persisiran laut untuk menarik
perhatian ikan. Dengan adanya sangkar ikan dan
kemudahan bagang ini, ahli KUBENA sedikit sebanyak
dapat mengembangkan aktiviti penternakan ikan mereka.
KUBENA Mengorak Langkah dalam Sektor Akuakultur Oleh: MERCYLLA SARA AK JOSHUA
Ikan Kerapu dan Siakap. Melalui kerjasama ini, KUBENA boleh
mendapatkan khidmat perundingan daripada UMS,
terutamanya bagi penternakan ikan dalam sangkar. Selain itu,
KUBENA juga boleh mendapatkan benih ikan daripada UMS.
Jalinan kerjasama ini amatlah penting bagi KUBENA sebagai
sebuah kumpulan yang masih lagi baru dan mempunyai
potensi untuk terus berkembang dalam sektor akuakultur.
KUBENA kini diketuai oleh
Encik Mat Sah bin Ajuh dengan
kerjasama LKIM dan juga
Persatuan Nelayan Kota Belud.
Sehingga kini, pendapatan
utama KUBENA diperoleh
daripada beberapa aktiviti
akuakultur seperti penternakan
ikan dalam sangkar,
pemprosesan hasil perikanan,
penjualan ikan hidup, dan
beberapa aktiviti sampingan
seperti servis pengangkutan,
memancing laut dalam dan
sewaan bagi kanopi.
Pendapatan tahunan KUBENA
kini mencecah RM 292,800. Di
samping itu, KUBENA telah
menjalin kerjasama dengan
Universiti Malaysia Sabah
(UMS) melalui beberapa aktiviti
seperti Rakan Akuakultur,
Bengkel Kelestarian Akuakultur
dan Rakan Niaga Pembelian
Produk perikanan akuakultur yang
dihasilkan & aktiviti KUBENA
„„KUBENA sedikit
sebanyak dapat
mengembangkan
aktiviti penternakan
ikan mereka‟‟
▲ Ahli KUBENA menjual produk perikanan di tamu tempatan
► Lawatan ahli KUBENA ke Hatceri
Ikan UMS
Ikan
bilis
Ikan salai
Tempura
ikan
Udang kering
Hinava
KOMUNITI AKUAKULTUR
3
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Pada tahun 2006, hatceri ikan marin Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah telah
berjaya menghasilkan kerapu hibrid. Terdapat beberapa jenis kerapu hibrid yang berjaya dihasilkan, antaranya ialah
Kerapu Harimau X Kerapu Keratang (2006), Kerapu Pinang X Kerapu Keratang (2007), Kerapu Pinang X Kerapu
Harimau (2007) dan Kerapu Tikus X Kerapu Harimau (2008). Kerapu hibrid ini dihasilkan melalui persenyawaan
tiruan. Kerapu hibrid dikatakan lebih baik berbanding baka yang terdahulu kerana ia mempamerkan pertumbuhan
yang luar biasa, tahan penyakit, dan mempunyai rasa yang enak berbanding induk asal.
Langkah pertama pembenihan secara tiruan ialah pemilihan induk ikan yang sesuai. Kerapu betina yang
matang mempunyai abdomen yang menggelembung dan lembut. Selalunya pemerhatian pada telur tidak dilakukan
ketika ini. Namun sekiranya perlu, proses kanulasi boleh dipraktikan dengan memasukkan tiub plastik berdiameter
1mm secara perlahan dan berhati-hati ke dalam sistem pembiakan ikan. Tiub plastik tersebut disedut perlahan untuk
mendapatkan sampel telur. Telur betina akan kelihatan putih bersinar sekiranya matang. Proses kanulasi dihentikan
dengan segera sekiranya tiub tidak dapat masuk ke sistem pembiakan ikan untuk mengelakkan kecederaan pada ikan.
Pemilihan kerapu jantan dilakukan dengan melurut perlahan bahagian abdomen (perut) ikan untuk memastikan ikan
cukup matang dan menghasilkan sperma.
Pembenihan Kerapu Hibrid Oleh: SANDRA NATALIE GUDID
▲ Kerapu Tikus X Kerapu Harimau
▲ Kerapu Harimau X Kerapu Keratang
‘‘Kerapu hibrid dikatakan
lebih baik berbanding baka
yang terdahulu kerana ia
mempamerkan pertumbuhan
yang luar biasa, tahan
penyakit, dan mempunyai rasa
yang enak’’
Pemilihan Induk Ikan
▲ Kerapu Pinang X Kerapu Keratang
KULTUR IKAN LAUT
4
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
◄ Suntikan Hormon Langkah seterusnya ialah suntikan hormon.
Sebelum induk ikan disuntik, pelali akan
diberikan kepada induk ikan pada dos 200
ppm. Hormon HCG (Human Chorionic
Gonadotrophin) digunakan pada dos 500 IU/kg
untuk induk kerapu betina. Manakala, induk
kerapu jantan disuntik separuh dos. Lazimnya,
kerapu jantan tidak perlu disuntik sekiranya
cukup matang.
Inkubasi dan Penetasan Telur yang disenyawakan
dimasukkan ke dalam tangki inkubasi 1 ton.
Pemerhatian telur dilaksanakan selang 1 jam
untuk menentukan peringkat perkembangan
telur.
Pengumpulan telur dan sperma Proses kanula dijalankan sekali lagi dalam 7-8 jam selepas disuntik. Perkembangan telur dapat dilihat di bawah mikroskop
bagi menentukan masa untuk mengeluarkan telur daripada abdomen induk ikan. Selepas 42 jam 15 minit dari masa suntikan, telur boleh dilurutkan dari abdomen induk kerapu betina dan masuk ke dalam mangkuk bulat. Manakala, sperma
induk kerapu jantan dikumpul menggunakan pemungut sperma yang dibuat khas.
Pembenihan Kerapu Hibrid
Persenyawaan Sperma yang dikumpulkan dicampur dengan telur dalam mangkuk bulat. Campuran tersebut kemudian digaul rata menggunakan berus lembut atau bulu dan dibiarkan selama 2-3 minit. Kemudian, air laut bertapis digunakan untuk membuang lendir menggunakan jaring yang mempunyai saiz mesh 100 mikron.
▲ Sperma dikumpul menggunakan
pemungut sperma yang dibuat khas. ▲ Telur kerapu betina diperolehi dari
abdomen.
▲ Telur dan sperma digaul sekata ▲ Peringkat perkembangan telur dibawah
mikroskop
5
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Di Malaysia, ikan tilapia merah merangkumi 90% daripada jumlah keseluruhan penternakan ikan tilapia. Di
kolam yang kedalaman tidak melebihi 1 meter, induk jantan akan membuat sarang bagi induk betina
bertelur. Setelah telur tersebut disenyawa oleh sperma dari induk jantan, induk betina akan menyimpan telur
di dalam mulut. Telur menetas dalam lingkungan tiga ke lima hari, anak-anak ikan akan dijaga oleh induk
betina selama lapan sehingga sepuluh hari. Nisbah induk jantan dan betina adalah seekor jantan bagi empat
ke enam ekor induk betina (1:4-6).
Pemilihan dan pengendalian induk Pemilihan saiz induk tilapia yang disyorkan kepada penternak adalah sekitar 300 –
500g kerana kesuburan induk yang optimal. Ciri-ciri fizikal induk yang bagus adalah mempunyai
bentuk badan yang normal tanpa kecacatan atau kecederaan pada badan ikan. Selain itu, induk
juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat, nisbah penukaran makanan yang rendah dan
ketahanan penyakit yang tinggi. Pengurusan induk yang terancang dapat mengurangkan risiko
kerugian. Induk betina dielakkan berdekatan dengan tempat yang bising kerana telur yang
disimpan dalam mulut akan dilepaskan sebelum penetasan berlaku akibat daripada kejutan bun-
yi bising. Kecurian akan mengakibatkan kehilangan induk jika kawalan keselamatan di tempat
penternakan tidak ketat. Apabila hujan lebat, sistem kolam yang tidak terancang menyebabkan
induk terlepas kerana air melimpah keluar dari kolam atau pencampuran dengan induk liar yang
tidak berkualiti mungkin berlaku sekiranya air sungai melimpah masuk ke dalam kolam dan
membawa bersama induk liar. Tangki atau kolam yang mencukupi penting untuk mengasingkan
induk yang berlainan ciri, umur dan jantina, bagi mengelakkan pembiakbakaan dikalangan ke-
lompok ikan induk yang sama keluarga berlaku.
Ikan Tilapia Merah
Ikan tilapia merah dapat diterima oleh semua masyarakat yang berlainan bangsa,
agama dan status. Dalam dunia masakan, ikan tilapia merah dapat disediakan
dengan pelbagai jenis cara masakan yang enak. Ikan tilapia mendapat nama „ayam
akuatik‟ atau aquatic chicken untuk menggambarkan ikan ini umpama ayam yang
hidup dalam air kerana rasanya tidak banyak berbeza dengan daging ayam tetapi
lebih sihat kerana kurang kolesterol. Selain itu, ikan tilapia merah mendapat
sambutan yang baik oleh kaum Cina kerana warna kemerahan yang dipercayai
membawa tuah. Di sesetengah tempat, polikultur antara ikan tilapia merah dengan
ikan kap atau udang berjaya membawa hasil yang lumayan kepada penternak.
Masalah yang sering
dihadapi oleh penternak
Pembiakan dalam kelompok ikan induk yang sama keluarga atau inbreeding
berlaku apabila benih ikan yang berasal dari induk yang sama dipelihara dan dijadikan sebagai induk. Hal ini akan
mengurangkan hasil pengeluaran benih oleh induk atau benih ikan tilapia merah
yang dihasilkan lambat membesar. Selain itu, warna kemerahan ikan tilapia akan terjejas dengan campuran warna hitam. Hal ini akan menyebabkan ikan
tilapia tersebut susah dipasarkan kerana warnanya yang tidak menarik
berbanding dengan warna kemerahan.
Fakta sejarah yang menarik:
Ikan tilapia digelar ‘ikan
Jepun’ atau
Japanese fish semasa
zaman penjajahan Jepun
(1941 – 1945) kerana
banyak ikan tilapia
dibawa dari Jawa
sebagai
sumber protein kepada
askar-askar Jepun.
Penjagaan benih ikan
Benih ikan tilapia membesar dengan cepat dan sihat dalam air hijau yang penuh
dengan fitoplankton dan zooplankton sebagai sumber makanan. Untuk tiga minggu yang
pertama selepas penetasan, makanan dalam bentuk serbuk boleh diberi kepada benih ikan.
Pemberian serbuk ikan seharusnya tidak keterlaluan supaya kualiti air terjaga. Benih yang
berumur tiga minggu boleh diberi makan pelet hancur untuk menggantikan serbuk. Saiz
makanan pelet patut sesuai dengan saiz mulut ikan. Oleh itu, pemerhatian terhadap fizikal ikan
perlu dilakukan dengan teliti supaya benih ikan sihat membesar dengan saiz makanan pelet
yang betul.
Kenapa ikan tilapia merah popular di kalangan masyarakat?
TILAPIA MERAH
Oleh: HEE YEEK TSIN @ ANTHONY
KULTUR IKAN AIR TAWAR
6
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Timun laut dikenali sebagai balat putih, putian atau bat dalam
kalangan masyarakat tempatan. Di Sabah, timun laut boleh didapati di beberapa daerah seperti Kunak, Kudat, Semporna dan Pitas. Timun laut mempunyai nilai komersial yang tinggi terutamanya di pasaran luar negara seperti China dan Singapura. Timun laut kebiasaannya akan diproses menjadi timun laut kering yang juga dikenali sebagai trepang. Harga trepang di pasaran boleh mencecah RM800-1,000 sekilogram. Timun laut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana mengandungi banyak khasiat. Namun, spesis timun laut kini hampir diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi secara berlebihan. Eksploitasi timun laut ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi turut dialami oleh negara lain. Oleh itu, pembenihan timun laut di hatceri amat penting bagi melindungi spesis timun laut dari diancam kepupusan. Pembenihan timun laut di hatceri boleh dijalankan menggunakan teknik aruhan seperti pengeringan, renjatan suhu dan
mandian Spirulina. Pembenihan timun laut di hatceri boleh meningkatkan penghasilan benih timun laut. Justeru itu, taraf ekonomi dan sektor akuakultur juga mampu ditingkatkan.
Pembenihan Timun Laut (Holothuria scabra) di Hatceri;
Langkah Mengatasi Ekploitasi Berlebihan Oleh: NOOR ADZLINA ABDIN
◄ Pengeringan Induk timun laut diletakkan di dalam bekas kosong
sebelum dipindahkan semula ke tangki peneluran.
► Renjatan suhu Induk timun laut diletakkan di dalam tangki yang
mengandungi air laut yang telah dinaikkan suhu (3-5°C).
◄ Mandian Spirulina Serbuk Spirulina dibancuh dan dituang ke
dalam tangki yang mengandungi induk.
▼ Benih timun laut yang dihasilkan di hatceri UMS KULTUR INVERTEBRATA
7
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
RAS selalunya terdiri daripada tangki penternakan ikan dan tangki penapis. Dalam tangki
penapis, terdapat 2 komponen penapis iaitu penapis mekanikal dan penapis biologikal. Dalam penapisan
mekanikal, sisa-sisa pepejal seperti sisa makanan dan najis ikan akan ditapis manakala untuk
penapisan biologikal, ammonia yang terhasil didalam tangki penternakan akan diserap dan digunakan
oleh bakteria sebagai makanan. Contoh-contoh penapis yang selalu digunakan dan mudah didapati
adalah batu kelikir dan batu karang.
Sistem RAS ini boleh dibangunkan dalam pelbagai skala, dari skala kecil (20000 kg setahun)
ke skala besar (500000 kg setahun). RAS boleh digunakan untuk tujuan pembesaran ikan ataupun
untuk pembenihan ikan. Kesimpulannya, RAS mempunyai banyak potensi dalam bidang akuakultur.
Penggunaan RAS ternyata boleh meningkatkan lagi produktiviti dan penghasilan ikan.
Air masuk
Air keluar
Tangki penapis
Tangki
penternakan
ikan
Akuakultur adalah antara industri yang berkembang pesat di Malaysia. Ianya melibatkan
penternakan ikan dalam keadaan yang terkawal. Industri akuakultur bakal menjadi sektor yang penting
di mana untuk menggantikan tangkapan ikan dari habitat semulajadi sebagai sumber makanan untuk
manusia. Penurunan jumlah tangkapan daripada penangkapan ikan yang berlebihan dan pencemaran air
juga telah menggalakkan penternakan ikan yang segar di dalam sistem air yang tertutup. Justeru itu,
sistem penternakan yang baik perlu direka dan dicipta supaya kelangsungan hidup ikan lebih tinggi dan
juga dapat menghasilkan lebih banyak ikan untuk memenuhi kehendak pasaran.
Sistem resirkulasi akuakultur (Recirculation aquaculture system, RAS) adalah merupakan kaedah
terkini dalam penternakan ikan. Sebelum ini, ikan diternak menggunakan kaedah tradisional iaitu
menggunakan sistem kolam terbuka atau tangki litar. Walau bagaimanapun, RAS mempunyai kelebihan
seperti, boleh menternak ikan dalam kepadatan yang tinggi, di dalam tangki tertutup bersama dengan
persekitaran air yang terkawal, fleksibel dalam pemindahan tangki dan penjimatan dalam penggunaan air.
Recirculating Aquaculture System (RAS)
Oleh: MOHD. HAFIZZIE HAJINI
▲ Contoh proses sistem resirkulasi akuakultur, RAS
SISTEM HATCERI
8
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Indonesia Miliki Potensi Produser Terbesar Akuakultur Dunia Oleh : NUR SUHAILAH BINTI SYED MUBARAK
Indonesia dikenali sebagai negara maritim yang mempunyai garis pantai terpanjang kedua di dunia,
selain kedudukannya yang terletak di perairan yang kaya dengan ikan. Di samping itu, negara Indonesia juga
merupakan salah satu negara yang paling produktif dalam bidang akuakultur. Negara kepulauan yang terdiri
daripada populasi keempat terbesar di dunia ini juga merupakan konsumer makanan laut yang besar.
Dengan permintaan domestik dan eksport yang tinggi ini telah membuka lebih banyak peluang bisnes
kepada para penternak ikan, kerang, dan rumpai laut. Ini secara tidak langsung membuatkan Indonesia memiliki
potensi untuk mejadi pegeluar terbesar akuakultur di dunia (67.7 juta Metrik Tan per tahun) yang terdiri dari
sektor ikan laut (47 juta MT), sektor ikan air payau (15 juta MT), dan sektor ikan air tawar (5.7 juta MT) pada
tahun 2014.
Walaubagaimanapun, Indonesia masih jauh dari mewujudkan pontensi yang maksimum dalam produksi
perikanan, terutamanya dalam hal eksport. Ini kerana kebanyakan makanan laut datang dari nelayan tradisonal
yang menggunakan cara tradisional.
Cara ternak ikan keli menggunakan sistem bioflok
Pelbagai cara, peralatan dan teknologi yang moden telah dipertingkat untuk memajukan industri akuakultur secara
luas. Saban hari teknologi perikanan air tawar terutamanya ikan keli terus berkembang dengan pelbagai inovasi,
disebabkan peningkatan permintaan ikan keli di pasaran. Jumlah produksi ikan keli merupakan tertinggi berbanding
ikan air tawar yang lain. Pada tahun 2004, tidak ada orang berminat untuk menternak ikan keli, kerana khuatir ikan
tersebut akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan sehingga menggangu masyarakat lain, tetapi kini
jumlah penternak ikan keli telah bertambah.
Salah satu teknologi atau cara yang sedang dipraktiskan di Indonesia ialah menternak ikan keli
menggunakan sistem bioflok. Sistem bioflok merupakan teknologi yang memiliki proses nutrifikasi-sendiri dalam
akuakultur tanpa penukaran air. Sistem bioflok sebenarnya dikembangkan untuk para penternak yang mempunyai
masalah seperti keterbatasan tanah, dan masalah untuk mendapatkan air tawar atau air masin. Ini secara tidak
langsung menyebabkan penerapan sistem ini lebih efektif. Di samping itu, sistem ini diterapkan bagi mencengah
pelbagai penyakit yang masuk melalui air atau dari benih ikan.
Penternakan ikan keli di sistem bioflok ini adalah satu sistem pemeliharaan ikan dengan cara
menumbuhkan microorganisma yang berfungsi menukar sisa kotoran menjadi gumpalan-gumpalan kecil (flok) yang
bermanfaat sebagai makanan kepada ikan ternakan tersebut. Pertumbuhan microorganisma didorong dengan
memberikan kultur bakteria (probiotik) serta pemasangan aerator yang akan menyerupai oksigen di dalam kolam
tersebut.
GLOBAL
9
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Hari pertama isi kolam dengan air
setinggi 80-100 cm.
Hari ke-2 masukkan probiotik (bakteri
pathogen) 5 ml/m3 .
Hari ke-3 massukan probiotik (Molase) 250
ml/ m3 .
Malam – letak dolomite 150-200 gram/m 3
(air sahaja),
Biarkan air selama 7-10 hari.
luas - 1 m3 - 1000 ekor ikan keli .
kolam beratap – menghindari matahari dan
hujan
kekalkan suhu 28 0 C
(2)
Persiapan air
pembesaran
Perawatan benih ikan keli ialah setiap 10
hari sekali :
Probiotik 5 ml/m3,
Ragi 1 susu makan/m3
Waktu malam tambahkan dolomite 200-300
gr/m3 (diambil airnya saja)
(3)
Pelepasan dan perawatan
benih ikan keli
(1)
Pembuatan kolam ikan
keli bioflok
‘‘Kolam Sistem Bioflok ‟‟
Peringkat pengkulturan ikan keli di
sistem bioflok
10
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Dua minggu yang lalu bersamaan 30
November 2015, semua pelajar Tahun 3
Program Akuakultur telah terlibat dalam amali
subjek rumpai laut di kawasan ODEC UMS.
Dalam amali tersebut, mereka telah diajar cara
untuk mengkultur rumpai laut dengan
menggunakan teknik “Long Line”.
Teknik “Long Line” ialah satu teknik penanaman rumpai
laut yang banyak digunakan di Semporna, Sabah. Teknik
ini telah melalui proses inovasi oleh penyelidik UMS dan
dikenali sebagai Eco-Friendly Tie-Tie (EFT). Pengusaha
yang menanam rumpai laut amat digalakkan untuk
menggunakan EFT kerana ia dapat menjimatkan masa dan
lebih efisyen dalam penyediaan benih dan juga semasa
menuai rumpai laut. Oleh kerana EFT lebih tahan lasak dan
boleh digunakan berulang-ulang kali, ia lebih ekonomik dan
dapat mengurangkan kesan pencemaran sisa tali rafia yang
digunakan secara tradisional.
Amali Penanaman Rumpai Laut oleh: NOR ANGGERIANI BINTI ARSAD
Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan laut yang boleh didapati di dasar lautan. Ia juga boleh dijumpai di pesisiran
pantai yang dibawa oleh arus ombak yang kuat. Terdapat tiga warna rumpai laut yang boleh didapati iaitu rumpai
laut merah, hijau dan perang.
Kultur rumpai laut adalah lebih mudah berbanding kultur hidupan yang lain. Ia juga lebih produktif dan tidak
memerlukan kos yang tinggi serta teknologi yang canggih. Penanaman rumpai laut secara komersial dapat
menyumbang kepada ekonomi negara dan memberikan peluang pekerjaan kepadaa komuniti pantai yang hanya
bergantung kepada aktiviti tangkapan ikan. Rumpai laut kering mempunyai nilai pasaran yang besar di peringkat
antarabangsa kerana kegunaannya yang meluas dalam industri makanan, kosmetik, farrmaseutikal dan lain-lain.
▲ Pemilihan benih rumpai laut yang akan diikat ke tali
▲ Penyediaan tali EFT berdiameter 25 mm
dengan panjang 25 m
AKTIVITI PELAJAR
11
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengkultur rumpai laut menggunakan teknik “Long Line”.
Antaranya ialah;
Penyediaan tali EFT
Tali berdiameter 25 mm disediakan sepanjang 25 m
untuk setiap tali.
Pelampung diikat di setiap 5 m tali supaya tali dapat
terapung.
Benih rumpai diikat pada tali50-100 g rumpai laut
matang akan diikat pada tali yang telah disediakan
dengan menggunakan Teknik “Tie-Tie”.
Benih rumpai laut diikat pada tali yang berdiameter 25
mm dengan menggunakan tali yang lebih kecil iaitu tali
berdiameter 2 mm.
Benih diikat dengan kemas agar tidak terlepas dan tidak
diikat terlalu ketat bagi menggelakkan benih terbantut
untuk tumbuh.
Tali yang telah lengkap diikat dengan rumpai laut dibawa ke
ladang dan diikatkan pada tali utama yang disambung kepada
sauh dan pelampung besar.
► Benih rumpai laut yang diikat dengan kaedah tradisi
Tie-Tie menggunakan tali rafia
▼ Pelajar sedang mengikat benih rumpai laut menggunakan EFT
▲ Tali yang telah lengkap diikat dengan benih rumpai laut
berserta pelampung ▲ Tali sedia untuk diturunkan ke tempat
penanaman rumpai laut yang sesuai
12
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)
telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi
(PPI), di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak tahun
2008. Acara dua hari ini merupakan acara tahunan
dalam kalendar PPI UMS. Fokus acara ini
mengetengahkan hal penyelidikan dan inovasi bagi
menggalakkan penyelidik dan innovator untuk
mempertandingkan bakat mereka.
Institut Penyelidikan Marin Borneo telah menghantar sebanyak 27 penyertaan, 19 penyertaan dalam kategori Penyelidikan dan
selebihnya 7 kategori bagi kategori Inovasi .
PEREKA Oleh: IAN LEVI JACKERY
DALAM KAMPUS
Institut Penyelidikan Marin Borneo berjaya menggondol 2 emas bagi kategori
penyelidikan dan 2 emas bagi kategori inovasi. Selain daripada itu, kategori
penyelidikan turut menyumbangkan 11 pingat perak dan 3 pingat gangsa serta 3sijil
penyertaaan. Manakala kategori inovasi mendapat 1 perak, 2 gangsa dan 3 sijil
13
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Seagrass atau dalam Bahasa Melayu, rumput laut,
adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri seperti
rumput di darat. Bertuahnya Malaysia kerana populasi rumput
laut adalah tertinggi di sekeliling pantai Negara kita dan
Negara jiran yang mana dikelilingi perairan Laut Cina Selatan,
Laut Sulu dan Selat Melaka. Antara spesies yang terdapat di
Malaysia ialah Halodule uninervis, Thalassia hemprichii,
Enhalus halophila, Cymodocea rotundata dan sebagainya.
Kehadiran rumput laut ini di perairan kita adalah
sangat penting kepada hidupan laut yang lain seperti penyu,
dugong, kuda laut dan ikan.
Rumput laut adalah antara makanan utama
kepada penyu dan dugong dan juga tempat tinggal bagi
kuda laut, anak-anak ikan dan pelbagai jenis hidupan laut
lain yang bergantung hidup di permukaan daunnya.
Manakala rumput laut yang sudah reput pula akan
menjadi makanan hidupan laut yang hidup di dasar laut
seperti balat, ketam dan udang.
Selain itu, rumput laut juga mampu mengekalkan
kebersihan dan kejernihan air laut di sekitar kawasannya
dengan memerangkap pasir yang terapung dalam air. Ia
juga menapis aliran permukaan dari darat agar tidak
mencemarkan laut dan membahayakan hidupan laut
yang sensitif kepada perubahan persekitaran seperti
terumbu karang yang menjadi rumah kepada beratus-ratus species flora dan fauna unik yang mengindahkan pemandangan
permukaan laut.
Seperti tumbuhan di darat, akar tumbuhan ini juga mencengkam substrat bagi menolong menstabilkan permukaan
dasar laut. Ini membantu menghalang hakisan dengan memperlahakan pergerakan arus air di bahagian bawah atau dasar
laut.
RUMPUT LAUT
Oleh: WAN ARINA AZRINOR
LAIN-LAIN
14
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Paya Bakau, Akuakultur, dan Kita Oleh: MUHAMMAD RASHID BIN ABDUL RAHIM
Kawasan paya bakau merupakan kawasan aset semula jadi yang penting kerana kawasan ini dapat membantu
melestarikan kawasan persisiran pantai di negara kita. Bakau juga mampu menjana ekonomi negara dengan hasil
arang, kayu kayan dan sumber protin kepada manusia. Selain daripada itu, bakau juga mampu melindungi kawasan
persisiran pantai daripada cuaca buruk seperti ribut, tsunami dan hakisan di persisiran pantai. Hal ini kerana, bakau
berupaya mengurangkan tenaga sebagai contohnya, ombak tsunami dan angin ribut. Kawasan bakau juga merupakan
kawasan air tawar dan air masin bertemu dan mempunyai permukaan yang berlumpur. Kawasan ini sangat penting
sebagai tempat tinggal bagi kebanyakkan spesis
haiwan seperti udang, anak-anak ikan, kerang, ketam
bakau dan lain-lain.
Ramai yang masih kurang pasti akan
kepentingan bakau terhadap kita. Mari kita imbas
kembali inisiatif kerajaan negeri dikawasan Bagai
Serai dengan menubuhkan Sahabat Hutan Bakau
pada Jun 2005. Hasil inisiatif ini, penduduk di Teluk
Rubiah, Kuala Gula Bagai Serai telah berjaya
menanam sejumlah 80,000 anak pokok bakau. Hasil
dari penanaman anak pokok bakau ini, nelayan di
kawasan Teluk Rubiah meraih hasil lumayan dengan
jumlah hasil tangkapan meningkat sebanyak 70% dari
tahun sebelum pelaksanaan program tersebut. Kawasan
bakau yang seimbang dan sihat dapat meningkatkan
jumlah kawasan pembiakan hidupan marin. Dengan
peningkatan kawasan pembiakan ini, bilangan ikan dan
hidupan marin yang lain turun meningkat dan dapat
memastikan sumber protin yang berterusan kepada
penduduk sekitar.
Bidang akuakultur juga mempunyai jalan yang
tersendiri dalam melestarikan bidang tersebut tanpa
mengancam kawasan bakau. Antara jalan
penyelesaiannya adalah dengan mempromosikan
pendekatan poli-akuakultur dan perikanan-silvo dimana
penanaman semula bakau dijalankan berhampiran dan di dalam kolam udang dan ikan. Pendekatan ini bukan sahaja
dapat mengekalkan hasil udang dan ikan tetapi dapat mengurangkan kesan pada persisiran pantai seperti angin
kencang, banjir akibat pasang surut and limpahan kawasan air masin. Malah ianya dapat meningkatkan kepelbagaian
biodiversiti hidupan marin di kawasan bakau.
Kesedaran akan kepentingan hutan bakau harus dipupuk sejak dari bangku sekolah. Kempen
kesedaran yang berterusan dapat melahirkan generasi muda yang celik akan kepentingan ekosistem bakau.
▲ Kayu bakau turut dijadikan sebagai kayu arang bakau
▲ Paya bakau penting sebagai pusat untuk sumber rezeki penduduk tempatan
KESEDARAN AWAM
15
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Myron Pang Jyan Yu Oleh: CHRISTINE ANTHONIUS
Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) di Universiti
Malaysia Sabah menyediakan pelbagai peluang kepada
masyarakat awam terutamanya dari segi pembelajaran dan
penyelidikan kepada warga pelajar. Salah seorang pelajar
pascasiswazah yang menjadi pilihan untuk isu Rakan Akuakultur
bagi Januari 2016 adalah Encik Myron Pang Jyan Yu. Beliau
yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mendapat pendidikan
awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shan Tao dan
kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Tinggi Kota
Kinabalu. Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),
beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia
Sabah (UMS) dalam bidang Sains Marin pada tahun 2009.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan menerusi emel beliau iaitu [email protected]
Selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda pada tahun 2012, Myron meneruskan pengajiannya ke
peringkat Sarjana dengan topik utama mengenai kajian kimia produk semulajadi timun laut iaitu glikomik marin.
Glikomik secara amnya merupakan kajian tentang seluruh pelengkap gula yang wujud secara bebas atau kompleks
dalam sesuatu organisma yakni hidupan seperti timun laut. Menurut beliau, kajian tersebut merangkumi bidang
kimia analitikal dan ekologi marin. Beliau mendapat idea untuk melakukan kajian tersebut setelah membaca jurnal
sains dari Brazil yang menyatakan bahawa suatu sebatian baharu telah berjaya ditemui daripada sejenis timun laut
komersil (Ludwigothuria grisea). Penemuan sebatian itu dikatakan mampu melambatkan pembekuan darah manusia.
Maklumat ini sekaligus menarik minat beliau untuk menjawab persoalannya jika sebatian yang sama wujud dalam
spesies timun laut tempatan yang boleh dijumpai di kawasan tropika.
Dilahirkan pada tanggal 28 Mac 1989, Myron juga menyatakan bahawa beliau telah mendapatkan kesemua
maklumat tentang biokimia produk semulajadi timun laut dan peralatan yang digunakan untuk mengenalpasti
struktur kimianya merangkumi lebih daripada 3 dekad. “Saya telah mencuba untuk membuat ulasan sebanyak yang
boleh mengenai kepelbagaian struktur yang berbeza oleh timun laut dari seluruh dunia untuk menghasilkan sesuatu
yang boleh menjadi panduan untuk saya dalam mengenalpasti jurang pengetahuan untuk topik ini.”
PASCASISWAZAH
PILIHAN
Cita-cita;
„„Saya ingin melanjutkan pelajaran
ketahap doktor falsafah dalam
bidang kimia untuk lebih menghayati
ciptaan tuhan dan jika berpeluang, saya
berharap boleh berkhidmat sebagai
pensyarah di mana-mana universiti
Harapan kepada Negara dan
bidang yang diceburi ; ‘‘Bidang kimia bukan sesuatu bidang yang glamor
seperti bidang kejuruteraan, perubatan, dan
sebagainya, namun ia adalah asas bagi setiap
cabangan sains. Justeru, penguasaan pengetahuan
kimia perlu dititik berat oleh kerajaan Malaysia.’’
16
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Beliau yang dilahirkan pada 24 Mei 1971 di Kg. Pantai,
Sipitang, Sabah telah mendapat pendidikan awal di S.R.K. Pantai,
Sipitang dan menjejakkan kaki ke persekolahan menengah di
S.M. Pengiran Omar, Sipitang. Beliau kemudian melanjutkan
pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan mendapat Ijazah
Sarjana Muda Sains Perikanan (Hons) pada tahun 1997 sebelum
ditawarkan berkhidmat sebagai tutor di Institut Penyelidikan
Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada
Februari 1999. Semasa berkhidmat di UMS, beliau telah
berjaya melengkapkan pendidikan lanjutan dengan Ijazah
Sarjana Sains Gunaan (Akuakultur) di University of Tasmania,
Australia pada tahun 2001 dan Doktor Falsafah (Akuakultur) di
UMS pada tahun 2008.
Prof. Dr. Rossita Shapawi Oleh: RIAN FREDDIE BIN FIRDAUS
Sebagai penyelidik dan juga pensyarah beliau juga telah mengetuai pelbagai projek penyelidikan
berkaitan pemakanan organisma akuatik, pembangunan makanan ikan, penternakan rumpai laut dan juga
pemuliharaan dan pengkulturan kuda laut. Beliau telah meraih beberapa pengiktirafan penyelidikan hasil
penyelidikan beliau baik di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Terkini, beliau telah berjaya
memenangi 2 pingat emas, 2 gangsa dan 5 perak dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)
2015 anjuran Universiti Malaysia Sabah.
Dari segi pentadbiran, beliau juga telah banyak menyumbang kepada institut ini di mana pada awal
kerjayanya, beliau telah dilantik sebagai penolong pengurus hatcheri IPMB pada tahun 2008 sehingga 2011.
Pada masa yang sama juga beliau dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Program Akuakultur dari tahun 2009
sehingga 2011 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPMB pada tahun 2011 sehingga 2014. Hasil daripada
pengalaman bersama IPMB selama lebih 15 tahun, beliau dilantik sebagai Pengarah IPMB pada Disember 2014.
Pada Disember 2015, beliau telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Kinki University, Jepun.
Sebagai Pengarah IPMB, beliau menggalas tanggungjawab yang berat untuk merealisasikan objektif
IPMB sebagai pusat pemuliharaan dan pembangunan mampan sumber marin di Sabah. Pada masa ini, fokus beliau
ialah menjalinkan kerjasama pintar dengan industri dan komuniti dalam memastikan ilmu dan pengetahuan yang
dijana di universiti dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.
PAKAR PILIHAN