43
Busana Sarawak Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. 1 Tapok Tunjang dan bulu burung Sirat Lampit Selampai Marek Empang KainKebat Syiling

Busana Sarawak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Busana Sarawak

Busana Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias

yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya.

Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari

tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik

yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat

serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok

tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan

loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak

seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

1

Tapok Tunjang dan bulu burung

Sirat

Lampit

Selampai

Marek Empang

KainKebat

Syiling

Page 2: Busana Sarawak

G2- Pakaian Iban dan kain tenun pua

Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat

atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak.

Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Wanita

memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil

atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan

diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sugu tinggi.

G 3 – Pakaian Iban

Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang

dipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak

dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian istiadat lengkap, bidang,

selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri

barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.

2

Page 3: Busana Sarawak

G4- Baju wanita orang Ulu

Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri

pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga.

Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi

kebanggaan bagi wanitanya.

G 5 – Pakaian pasangan orang Ulu

Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat

satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita

menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

3

Page 4: Busana Sarawak

G6- Pakaian lelaki Bidayuh semasa keraian

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan

putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi

beruang.

G7 – Pakaian Bidayuh

Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan

dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki

Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan

menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

4

Page 5: Busana Sarawak

G8- Pakaian wanita Bidayuh

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik

satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada

syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam,

merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

G9- Pakaian pasangan Melayu Sarawak

Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki

5

Page 6: Busana Sarawak

berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju

Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung

di bahu. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi

lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan

Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung

songket serta tudung kerengkam

G10 – Pakaian wanita Melayu Sarawak

Wanita Melayu Sarawak menggayakan Baju Kurung broked, sarung

songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.

6

Page 7: Busana Sarawak

G11 – Pakaian lelaki Melanau

Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain

songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki.

G12 – Pakaian wanita Melanau

Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Baju Baban ini digayakan

wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau

baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung

songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.

7

Page 8: Busana Sarawak

G13- Pakaian wanita Melanau

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket

Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh

dan perhiasan kepala kepih sanggul.

G14 – Pakaian Lelaki Melanau

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden

bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon

berkopiah Jawa.

8

Page 9: Busana Sarawak

G15- Pakaian pengantin wanita Melanau

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin

Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain

songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri

kepih dada dan kepih sanggul.

G16 – Pakiaan wanita orang Ulu

Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian tradisi lengkap dengan topi

9

Page 10: Busana Sarawak

hiasan kepala.

G17- Pakaian lelaki orang Ulu

Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang menggayakan jaket sunong dan

cawat bah berhias manik dan tali berwarna-warni penyeri tangan dan

kaki. Perhiasan kepala lavung kirieng dari manik berhias bulu kenyalang.

G18- Pakaian pasangan orang Ulu

10

Page 11: Busana Sarawak

Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta

perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita

Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias

labuci dan hiasan kepala lavung indu.

G19- Pakaian bomoh

Pakaian Bayuh Borih atau bomoh wanita digayakan semasa Kumang

Gawai. Jipo dan bidang dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik.

Memakai sipiah sebagai hiasan kepala dan tali pinggang gobeng dari

untaian syiling-syiling.

 

11

Page 12: Busana Sarawak

Busana Sabah

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya

adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus,

Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana,

Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara

terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan

pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua

sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik,

pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual,

hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula

pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang

tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan

(kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara

kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian

traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada

kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna

ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-

makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan

bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup

dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Hiasan Diri

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri,

butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga

digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini,

12

Page 13: Busana Sarawak

kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan

bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan

benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai

dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti

manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam

lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk

mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada

berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga

dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.

Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan

wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada

majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah

dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian

dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa

apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki

masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah

sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk

mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik,

sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang

dilakukan

Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan

seperti tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta

pelbagai hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher

‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot

pangkat’ juga selendang.

Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik

menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik

perhatian.

13

Page 14: Busana Sarawak

G20- Kaum Suluk

Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.

G21- Kaum Lotud

Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau

kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai

sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas

yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.

14

Page 15: Busana Sarawak

G22- Kaun Irranum

Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional

yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah.

G23- Kaum Bajau

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu

sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan

perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan

Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

15

Page 16: Busana Sarawak

G24- Wanita Kokos

Pakaian tradisional suku kaum Kokos. Gandingan blaus organza beropol

dipadankan sengan kain batik atau songket dan perhiasan kepala.

G25 – Kadazan Penampang

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya

memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala

yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh

tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

16

Page 17: Busana Sarawak

G26- Kaum Rungus

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu,

seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis.

Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan

kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-

manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

G27- Kaum Murut

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat

17

Page 18: Busana Sarawak

dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna.

Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita

menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat

dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti

rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

G28- Kaum Dusun Lotud

Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran menggayakan baju dan seluar baldu

bersulam, berikat bengkung serta destar. Wanita Murut pula

menggayakan baju tanpa lengan dan kain bersulam manik halus

berwarna-warni.

18

Page 19: Busana Sarawak

G29- Kaum Bajau

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan

kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita

juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

G30- Pakaian wanita Brunei

Pakaian petani wanita dari suku kaum Brunei. Bajunya Kebaya Pendek

yang dipakai dengan kain pelekat yang diikat paras betis. Pakain kepala

seharusnya dari kain batik sarung melindungi dari bahang matahari.

19

Page 20: Busana Sarawak

G31- Pakaian lelaki Melayu Sabah

Pakaian nelayan lelaki Melayu. Bajunya potongan Baju Melayu ringkas

yang dipakai dengan seluar dari kain pelikat ikat kepala dari kain batik

berserta seraung dari anyaman buluh.

G31- Pakaian pasangan Kadazan Papar

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam

berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari

kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus

bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali

pinggang syiling perak.

20

Page 21: Busana Sarawak

G32

Lelaki suku kaum Suluk daerah Sampoerna memakai pakaian adat yang

telah dipermodenkan. Baju dan seluar dari satin dihiasi sulaman benang

emas.

G33

Lelaki Lotud Tuaran menggayakan pakaian istiadat dari baldu yang

diperindah dengan manik dan labuci. Bengkungnya dari kain batik atau

kain tenun dan memakai pakaian kepala dari kain destar yang disebut

sundi.

21

Page 22: Busana Sarawak

 

Busana Tradisional Melayu

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau

biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga

dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih

terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di

kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada

cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk

seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya

bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya

hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang

dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden

atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut

disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di

jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu

Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu

Cekak Musang baju di dalam sampin.

Baju Melayu Cekak Musang

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk

‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’

merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri

(2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang

dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai

di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

22

Page 23: Busana Sarawak

G34

Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar

luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan

sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar

pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk

Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini

akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut

selengkapnya ‘Baju Melayu’.

G35 – Baju Teluk Belanga

23

Page 24: Busana Sarawak

Baju Riau

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut

'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang

Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya

baju tradisional Melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan

kain Songket.

G36 – Pakaian Melayu Riau

24

Page 25: Busana Sarawak

Baju Kebaya

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita

Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan

dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket

dengan motif warna-warni.

Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju

kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu.

Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah

penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu

diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya

dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman

penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan

kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya

menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan

sulaman warna-warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali

oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya

dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut

manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga

terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara

majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan

daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota

badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma

bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai

sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini

terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah

25

Page 26: Busana Sarawak

ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’.

Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak

lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan

kancing atau kerongsang tiga.

G37- Baju Kebaya Panjang

Baju Kurung

26

Page 27: Busana Sarawak

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan.

Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga

kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan

daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah

membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini

menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam,

sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan

longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai

nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai

nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

G38- Baju Kurung

Busana Kaum India

27

Page 28: Busana Sarawak

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya

pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-

Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali

dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman

benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban

manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.

Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan

baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan

wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju

labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai

pakaian gadis kampung Punjabi.

28

Page 29: Busana Sarawak

G39- Gujerat

Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan

baju dari sutera. Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan

skirt bersulam benang emas dan labuci.

G40- Sari

Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

29

Page 30: Busana Sarawak

G41- Pavadai Choli

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju

pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

G42- Kurta Pyjama

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala

wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak.

30

Page 31: Busana Sarawak

G42- Lehenge( i)

Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau

perak berhias permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.

Lehenge (ii)

Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang

panjang.

31

Page 32: Busana Sarawak

Lehenge (iii)

Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang

dan gaun kembang biru sedondon dipadankan dengan selendang

panjang.

G44- Gujerat

Pakaian orang lelaki kebanyakan dari Gujerat.

32

Page 33: Busana Sarawak

G45- Bangsawan

Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung

dan memakai 'turban'.

G46- Pakaian masyarakat Utara India

Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban

mundas. Wanita memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan

taburan labuci.

33

Page 34: Busana Sarawak

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat

daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat

di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat

dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut

dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian

disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-

manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna

kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan

ceti.

  G46- Dhoti

 

34

Page 35: Busana Sarawak

Busana Tradisional Cina

CHEONGSAM

Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. .Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.

Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

 

SAMFOO

Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar. Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

35

Page 36: Busana Sarawak

Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

JUBAH LABUH

Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan

dalam majlis dan upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih

dihasilkan di China. Selalunya dipakai sebagai pakaian pengantin.

Menggunakan kain sutera atau broked yang berwarna terang dan disulam

dengan warna emas atau kuning. Mempunyai pengaruh Arab.

BAJU SHANGHAI

Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.

Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

G47- Baju Shanghai

36

Page 39: Busana Sarawak

39