Documentc

Embed Size (px)

Citation preview

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Ringkasan Eksekutif1 PengenalanAcacia Cellulose International Sdn Bhd (Acacell), penggerak Projek, bercadang untuk membina sebuah kilang palpa berkeupayaan menghasilkan 750,000 tan palpa di Tatau, Bintulu, Sarawak. Kilang ini akan dibina di Lot No.1, Blok 15, Sangan, Tatau, di Bahagian Bintulu. Keluasan kawasan bagi kilang yang dicadangkan ialah lebih kurang 200 hektar 1 manakala keluasan seluruh tapak Projek dianggarkan 800 hektar. Lokasi tapak Projek 0 0 ialah di 2 48.5 Timur, 113 00.5 Utara. Tapak Projek ini terletak di dalam kawasan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk projek penanaman pokok di bawah Jabatan Perhutanan Sarawak (FD). Projek penanaman pokok tersebut bertujuan menembusi industri pembekalan palpa dan kertas. Palpa dari kilang ini akan dipasarkan di peringkat antarabangsa dan juga di pasaran domestik.

2

Tujuan Laporan Terperinci Kesan Kepada Alam Sekeliling (DEIA)DEIA ini disediakan untuk memenuhi keperluan perundangan alam sekitar di Malaysia. Pembangunan kilang palpa/kertas dan kemudahan berkaitan yang dicadangkan ini dikategorikan sebagai prescribed activity di bawah item 8(g), Jadual Kualiti Alam Sekitar (Prescribed Activity). (Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar) Arahan, 1987 yang dibuat di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974, mendefinisikan item 8(g) sebagai industri palpa dan kertas kapasiti pengeluaran lebih daripada 50 tan sehari. Oleh itu, satu laporan terperinci kesan kepada alam sekeliling diperlukan dan dibentang kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya untuk kelulusan sebelum perlaksanaan projek. Laporan DEIA ini akan menjadi asas di mana isu-isu alam sekitar yang berkaitan dengan implementasi Projek akan dikaji dengan mendalam agar semua impak yang mungkin berlaku akibat Projek ini boleh diawasi dan dikawal secara efektif bagi memastikan keadaan yang sihat dan selamat untuk pekerja dan juga komuniti di sekitarnya.

3

Kepentingan ProjekHutan dan penghasilan produk-produk hutan merupakan komponen-komponen penting untuk ekonomi Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak berhasrat untuk memajukan Projek kilang palpa Acacell dalam usaha melengkapkan kitar pembangunan industri produk-

1

Tapak kilang palpa = 200 hektar (anggaran), seluruh tapak projek = 800 hektar (anggaran). Keluasan berlebihan sebanyak 600 hektar adalah peruntukkan zon penampan atau buffer zone untuk komuniti rumah-rumah panjang di kawasan itu. Kawasn tanah selebihnya adalah untuk pembinaan tapak pelupusan sampah dari kilang palpa, kawasan perumahan pekerja-pekerja dan juga peningkatan kadar produktiviti kilang palpa di masa akan datang.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-1

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

produk hutan di Sarawak. Lokasi kilang tersebut di Sarawak juga memberikan Projek Acacell beberapa kelebihan seperti:

Lokasi strategic di rantau Asia-Pasifik Kestabilan politik Pelaburan yang terjaminProjek Acacell akan memperolehi kos fiber yang rendah berikutan kenaikan nilai penanaman pokok-pokok akasia ynag dimiliki and diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Ini merupakan kelebihan utama memandangkan kos untuk kayu ialah kos utama industri palpa (dianggarkan 50 60 % adalah jumlah kos penghantaran untuk setiap tan palpa), dan kos kayu yang rendah akan memberi kelebihan daya saingan di pasaran. Projek 2 Hutan Tanaman Semula (Planted Forests Project) oleh Jabatan Perhutanan Sarawak telahpun menanam sejumlah 70,000 hektar dan kadar penanaman ialah 24,000 hektar setahun. Projek ini telah diperuntukkan dengan kawasan penanaman yang agak luas untuk memastikan kesinambungan projek. Ini memberi keyakinan kepada pihak pemaju palpa bahawa bekalan bahan mentah utama, iaitu kayu akasia, sentiasa wujud untuk keperluan industri ini. Pasaran utama untuk palpa keluaran Acacell ialah dari Negeri Cina. Permintaan yang tinggi untuk Bleached Acacia Kraft Pulp (BAKP) di Negeri Cina diramal akan berkembang pada kadar 8.1% setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang, seiring dengan rantau Asia-Pasifik kecuali Jepun yang mengalami kadar pertumbuhan 3.1% setahun. Permintaan secara menyeluruh untuk pasaran BAKP di rantau ini diramal akan berkembang pada kadar 8.6 juta tan pada tahun 2004, kepada 12 juta tan pada tahun 2010. Kilang palpa ini terletak di kawasan yang mempunyai rangkaian perhubungan yang baik. Pelabuhan laut dalam di Bintulu dihubungi dengan tapak projak oleh rangkaian jalan dan juga laluan sungai iaitu Batang Tatau. Ini membolehkan laluan perhubungan yang cepat dan berkesan terus kepada pasaran utama di rantau ini Negeri Cina dan Korea Selatan. Kilang palpa in akan menggunakan Best Available Technology (BAT) iaitu teknologi terbaik dan terkini yang telah terbukti keberkesanannya pada tahap industri. Ini akan memberi kos operasi yang rendah dan mutu keluaran yang tinggi. Kemampuan kilang palpa sebanyak 750,000 tan setahun telah dipilih berdasarkan ciri-ciri tersebut:

Sumber kayu yang sedia ada Kemampuan maksima yang konsisten dengan operasi sebaris Teknologi yang terbuki keberkesanannya

2

Kajian EIA untuk Projek Hutan Tanaman Semula (Planted Forests Project) bertajuk Planted Forests (Pulp and Paper) Project in Bintulu, Sarawak. Penggerak projek ialah Jabatan Perhutanan Sarawak. Kajian ini dibuat pada tahun 2005 dan telah diluluskan oleh Lembaga SUmber Asli dan Persekitaran (NREB) Sarawak pada Ogos 2006.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-2

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Kesemua ciri-ciri ini membolehkan kilang palpa meningkatkan kadar produktiviti kepada 850,000 tan setahun pada masa akan datang. Satu cadangan untuk memajukan sebuah bandar baru yang terletak lebih kurang 14 km di utara tapak projek, iaitu Bandar Baru Samarakan, telahpun diambil kira dalam usaha menaikkan taraf kehidupan di kawasan tersebut. Ini akan memberi kebaikan dari segi sosio-ekonomi kepada penduduk-penduduk tempatan di kawasan itu.

4

Deskripsi ProjekCadangan projek kilang palpa ini berkemampuan menghasilkan 750,000 tan Bleached Acacia Kraft Pulp (BAKP). Meminimakan impak alam sekitar ialah objektif utama dalam konsep Projek ini memandangkan sentimen am yang negatif (walaupun tidak mempunyai kesimpulan yang kukuh) terhadap kesan alam sekitar yang diakibatkan oleh operasi kilang palpa di negara lain. Langkah utama yang diambil oleh Acacell Sdn. Bhd. untuk memastikan objektif ini boleh dicapai sebaik mungkin dengan memfokuskan kepada penggunaan teknologi terbaik dan terkini atau Best Available Technology (BAT) untuk proses utama, logi dan/atau peralatan yang digunakan. Dua sektor utama di mana fokus dan pengurangan impak alam sekitar telah digunakan ialah:-

1. 2.

Proses utama yang digunakan untuk penghasilan palpa Penggunaan peralatan yang mempunyai kebolehan menggunasemula/ mengkitarsemula

Proses yang akan digunakan dalam penghasilan palpa ialah:

Proses membuat palpa Kraft sebagia proses utama Elemental Chlorine Free (ECF) untuk proses pelunturan Loji Chlor-Alkali untuk menghasilkan klorin dioksida yang digunakan di dalam proses pelunturan

Terdapat lima peringkat utama di dalam aliran proses aktiviti penghasilan palpa iaitu:

Penyediaan kayu Proses memasak (digesting process) Proses pencucian, penapisan dan pembersihan (pemisahan selulosa daripada lignin) Proses pelunturan (menggunakan proses Elemental Chlorine Free, ECF) Penyediaan stok dan pembentukan palpa / pengeringan palpa

Peralatan utama yang mempunyai kebolehan mengkitarsemula (proses yang berasaskan pengkitaransemula bahan kimia dan buangan) ialah:

Recovery Boiler

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-3

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Lime Kiln Evaporator Causticiser Digester (untuk memasak kepingan kayu acacia)

Tapak Projek yang dicadangkan berada lebih kurang 60 km ke selatan bandar Bintulu dan dihubungi melalui jalan ke bandar baru Samarakan / Sg. Emas yang simpangnya terletak di Km-25 Jalan Bintulu-Sibu. Kawasan sekitarnya secara am adalah sebahagian daripada Zon Hutan Penanaman Semula (Planted Forests Zone) yang meliputi kawasan seluas 400,000 hektar. Untuk pergi ke tapak projek, anda perlu menaiki bot dari pekan/kem terdekat di Kelebu, dikenali juga sebagai Kem Kelebu di hujung jalan Sg. Emas, dan berbot sejauh 5 km ke selatan sebelum tiba di tapak projek. Sebelum bermulanya pembinaan projek kilang palpa ini, sebuah jalan raya sepanjang 5 km akan dibina terus ke tapak projek dari jalan di Samarakan (38 km panjang).

4.14.1.1

Deskripsi ProsesProses Fiber (Fibre Line) PENYEDIAAN KEPINGAN KAYU, MEMASAK DAN MENCUCI / MENAPISBahan mentah untuk pengeluaran kilang palpa ialah dalam bentuk kepingan kayu lembut yang diperolehi daripada Zon Hutan Penanaman Semula acacia mangium, milik Jabatan Perhutanan Sarawak. Di dalam loji pemprosesan kayu, kayu-kayu balak acacia akan dibuang kulit dan dipotong menjadi kepingan-kepingan kayu. Kepingan-kepingan kayu ini kemudiannya dihantar ke chip screening system melalui sistem conveyor untuk diasingkan mengikut saiz dan pembuangan kotoran, sebelum dihantar ke Proses Fiber, iaitu ke loji digester. Kulit-kulit kayu terbuang akan diproses untuk menyingkirkan batu-batu dan bahan-bahan berkarat. Kemudian ia akan dihiris dan dihantar ke tempat penyimpanan kulit kayu. Proses Fiber pula terdiri daripada digester atau loji memasak, bilik screen termasuk peralatan untuk membuang knot, screening atau pengasingan dan bahan terbuang, pencucian brown stock, loji oxygen delignification dan loji pelunturan. Di dalam digester atau loji memasak, serat-serat kepingan kayu dibebaskan daripada struktur kayu dengan melarutkan organic binding dan bahan-bahan seperti lignin dan hemicellulose menggunakan bahan-bahan kimia pada suhu tinggi. Loji memasak terdiri daripada chip feeding system, chip bin dan loji memasak berteknologi moden. Di dalam proses oxygen delignification, penyingkiran kompaun-kompaun organik daripada struktur fiber diteruskan.

PELUNTURAN (BLEACHING)Kilang yang dicadangkan akan menggunakan proses pelunturan Elemental Chlorine Free (ECF) yang biasa dipraktikkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 75% kilang palpa dan kertas. Proses ini lebih mesra alam dan menghasilkan palpa yang lebih baik kualitinya. Proses lima peringkat pelunturan yang digunakan ialah A - Do EO D1 D2 atau A D0 EOP D1 P.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-4

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

4.1.2

Pembuatan PalpaPalpa dihasilkan dengan menggunakan mesin jenis dwi-wayar, yang mempunyai bahagian menekan dengan dua penekan, pengering palpa terapung, pemotong, layboy dan garisan penggulung. Di dalam proses pembersihan palpa selepas pelunturan, kotoran-kotoran seperti pasir, cebisan-cebisan fiber dan kayu-kayuan akan disingkirkan. Semasa proses pengeringan, palpa fiber dibentuk menjadi gumpalan dengan mengeluarkan kandungan air menggnakan mesin penekan dan melalui proses sejatan. Gumpalan tadi akan dipotong menjadi helaian, yang kemudiannya digulung dan dibungkus untuk dipasarkan. Terdapat dua proses penggulungan iaitu:

Gulungan seberat 250 kg (diikat dan dibungkus) yang dikumpulkan menjadi unit-unit 2000 kg Gulungan seberat 1000 kg (tanpa ikatan atau bungkusan) yang dikumpulkan menjadi unit-unit 2000 kg

Stok simpanan palpa di kilang ialah penghasilan operasi untuk seminggu. Palpa yang telah siap akan dihantar ke pelabuhan laut dalam Bintulu menggunakan trak. Di pelabuhan tempat penyimpanan palpa ada diperuntukan.

4.1.3

Logi Ancillary & PeralatanKilang palpa yang dicadangkan akan mengadakan satu sistem untuk mendapatkan semula bahan kimia dan tenaga yang membakar pepejal liquor hitam dan menggunakan haba yang dihasilkan dalam sistem boiler untuk menghasilkan stim dan tenaga. Selepas pembakaran kuat liquor hitam pekat, debu soda (Natrium karbonat) diperolehi semula dalam bentuk pepejal dan digunakan untuk mendapatkan soda caustic bagi kegunaan proses memasak. Kemudahan yang membentuk sistem ini ialah:

Penyejat (Evaporator) Recovery boiler Lime Kiln Causticizer Digester

Loji chlor-alkali bertujuan untuk menghasilkan kedua-dua natrium hidroksida dan klorin untuk penghasilan asid hidroklorik, yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan klorin dioksida dan sebagai agen pelunturan. Klorin berlebihan akan dihasilkan untuk proses penghasilan asid hidroklorik yang digunakan di loji pelunturan berkawalan pH, yang akan menggantikan asid sulfurik. Untuk menghasilkan klorin dioksida yang akan digunakan di dalam proses pelunturan, kilang palpa ini akan menggunakan natrium klorat (dihasilkan di loji chlor-alkali), asid hidroklorik dan methanol.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-5

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

4.1.4

Keperluan AirAir diperolehi dari Btg. Tatau di bahagian barat tapak Projek. Air tawar mentah ini akan dipam serta disalur dengan paip ke kolam simpanan di tapak kilang. Isipadu air tawar 3 mentah yang dipam dari sungai ialah lebih kurang 6,000 m /hari, bersamaan dengan 40 3 m /tan palpa yang telah diproses. Loji rawatan air yang bakal dibina akan mempunyaia 3 kapasiti tamhbahan sebanyak 25%, iaitu berkemampuan menghasilkan 110,000 m /hari air terawat.

4.1.5

Keperluan TenagaJumlah tenaga elekrik yang diperlukan untuk operasi kilang palpa ialah 112 MW untuk keseluruhan operasi. 2 unit 70 MW janakuasa turbo extraction-back-pressure akan dipasang, salah satu akan dibekalkan dengan 21 MW condensing tail. 3 unit 3 MW janakuasa disel akan juga disediakan sebagai unit standby semasa tempoh penutupan kilang dan untuk permulaan operasi. Stim akan dihasilkan di kedua-dua recovery boiler dan power boiler. Stim akan dihasilkan pada tekanan 94 bar(a) selepas melalui turbin-turbin untuk menjana kuasa. Stim akan dikeluarkan pada kedua-dua tekanan 12 bar(a) dan 4..5 bar(a) untuk kegunaan proses dan stim berlebihan akan dialirkan melalui condensing tail. Lignin di dalam liquor hitam, kulit kayu dan bahan buangan kayu akan menjadi sumber bahanapi utama untuk kilang palpa ini. Minyak lazimnya akan digunakan sebagai bahanapi di lime kiln sahaja dan untuk menghidupkan recovery boiler dan power boiler. Pada masa lain, recovery boiler dan power boiler akan menggunakan bahanapi dari liquor hitam, kulit kayu dan bahan buangan kayu.

4.1.6

Bahan Mentah & Bahan Kimia yang digunakan BAHAN MENTAHBahan mentah utama yang digunakan dalam proses ialah kayu lembut dari pokok acacia mangium (untuk penyediaan kepingan kayu dan pembuatan palpa), batu kapur dan heavy fuel oil (untuk operasi lime kiln dan menghidupkan recovery boiler dan power boiler).

BAHAN KIMIABahan kimia utama yang digunakan dalam proses ialah Natrium Hidroksida atau soda kaustik (NaOH), garam (NaCl), Asid Sulfurik (H2SO4), Natrium Sulfat (Na2SO4), batu kapur (CaCO3), metanol, Hydrogen Peroksida (H2O2), Aluminium Sulfat (Al2(SO4)3, Asid Fosforik (H3PO4), Urea, Defoamer dan Talc.

4.1.7

Jadual Pembangunan ProjekProjek yang dicadangkan akan mengambil masa 24 bulan bermula suku ketiga tahun 2007 sehingga suku ketiga 2009, iaitu daripada peringkat conceptual dan rekaan terperinci kepada persiapan projek dan commissioning.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-6

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

4.1.8

Operasi dan Pentadbiran KilangKilang dan loji-loji yang berkaitan akan ditadbir dan dioperasi oleh Acacia Cellulose International Sdn. Bhd. Seperti yang telah dinyatakan, kilang tersebut akan mendapatkan bahan mentah berupa kayu lembut acacia mangium dari Zon Hutan Penanaman Semula.

4.1.9

Pilihan ProjekKilang palpa yang dicadangkan mengambil kira beberapa pilihan sebelum menentukan proses yang sesuai untuk tujuan mereka. Proses yang dianalisa adalah berkaitan dengan:

1. 2. 3. 4.

Proses pempalpaan (proses Thermomechanical (C)TMP)

Kraft,

proses

Sulfit,

Mekanikal,

Chemo-

Proses pelunturan (elemental chlorine bleaching, TCF, ECF) Penghasilan klorin dioksida (proses R2, proses Solvay, proses Mathieson) Proses mendapatkan semula bahan kimia

55.1

Persekitaran Sedia AdaTopografiTapak Project terletak di kawasan yang rata dan sedikit beralun. Ketinggian permukaan mukabumi berubah-ubah di antara 10 sehingga 30 kaki di atas aras laut. Pada masa ini, tapak Projek berkeadaan separa lapang dan ditumbuhi saki-baki hutan sekondari dan juga semak-samun dan rumput-rumput.

5.2

Geologi dan Keadaan TanahBatu-batuan di kawasan tapak projek adalah daripada formasi batu-batu sedimentari Nyalau. Formasi Nyalau ini terdiri daripada yang lemah ke sederhana keras, ketebalan berlamina, siltstone dan mudstone berselang-seli dengan ketebalan nipis ke sederhana, agak mampat, sandstone yang halus ke sederhana saiznya. Kebanyakan daripada batubatu di Batang Tatau emmpunyai tahap hakisan tinggi ke sederhana, siltstone yang lemah ke sederhana keras dan mengandungi sandstone. Tanah di kawasan tapak Projek diklasifikasikan sebagai Bekenu, Merit dan Bijat tak terasing di kawasan tanah tinggi, dan Anderson Merit dan Bijat di kawasan alluvial yang rendah, konsisten dengan hasil kajian geoteknik di kawasan itu. Dari segi kestabilan, kebanyakan daripada cerun-cerun bukit terdiri daripada cerun landai ke cerun sederhana curam, oleh itu tidak menampakkan adanya masalah kestabilan cerun.

5.3

MeteorologiKawasan Projek yang terletak di daerah Bintulu, utara Sarawak pada amnya mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, kelembapan tahunan tinggi

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-7

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

dan angin sederhana . Hujan tahunan untuk Bintulu berdasarkan rekod tahun 1952-2004 ialah di antara 2900 mm dan 4500 mm. Pada amnya, suhu harian iala di antara 23 C to 31 C di Bintulu. Kelembapan tahunan purata adalah melebihi 80% dan hampir seragam sepanjang tahun.

3

5.4

HydrologiTapak projek terletak di kawasan tadahan Tatau, di mana keluasan kawsan tadahannya 2 ialah 5,350 km . Sungai utama yang mengalir merentasi tapak Projek ialah Btg. Tatau, yang juga merupakan laluan pengangkutan utama untuk kebanyakan penduduk-penduduk tempatan dI kawasan ini. Dua cabang utama Btg. Tatau ialah Sg. Kakaus dan Sg. Anap. Penempatan utama yang terbesar dan juga yang terdekat dengan tapak Projek ialah Bandar Tatau. Sebuah lagi penempatan yang terletak berdekatan dengan tapak Projek ialah pekan Sangan, lebih kurang 7.5 km ke hulu Sg. Anap. Kawasan tadahan air Sangan telah ditanda untuk tujuan gazet.

5.5

Kualiti AirSejumlah 9 sampel air telah diambil di stesen W1 ke W9 di Btg. Tatau dan juga di sungaisungai kecil di kawasan tapak Projek. Parameter yang diuji termasuk suhu, oksigen terlarut (DO), pH, Jumlah Pepejal Terampai (TSS), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Minyak dan Gris, Faecal Coliform, Total Coliform, Ammoniacal Nitrogen, Total Nitrogen, free residual chlorine, Phenol, Boron, logam berat dan dioksin dan furan (PCDD/PCDF). Secara keseluruhannya, Indeks Kualiti Air (WQI) untuk Btg, Tatau ialah 90 pada musim kering dan 82 pada musim hujan/monsoon. Ia adalah sungai yang agak bersih pada amnya, dan boleh dikelaskan sebagai sungai Kelas II (Class II).

5.6

Sedimen / MendakanSampel mendakan dasar sungai telah diambil di 2 lokasi, SD1 dan SD2, satu di hulu dan satu lagi di hilir tapak Projek, jarak lebih kurang 1 km antara satu sama lain. Analisa telah dibuat untuk logam berat dan dioksin dan furan (PCDD/PCDF). Keputusanny telah dibandingkan dengan piawai kualiti mendakan Kanada (sebahagian daripada Canadian Environmental Quality Guidelines 2003) yang memberi gambaran tentang kesan-kesan buruk terhadap persekitaran biologi disebabkan oleh kandungan bahan-bahan kimia terlarang (CCME, 2003). Hanya tahap untuk zink dan merkuri sahaja yang boelh diperolehi daripada CCME, dan untuk kedua-dua sample tahapnya adalah di bawah paras yang disarankan. Unuk dioksin dan furan, tahap yang diberi untuk PCDD/PCDF di dalam persekitaran air tawar ialah 21.5 ng TEQ/kg berat kering. Tahap di kedua-dua SD1 dan SD2 berada di atas tahap ini.

3

Data dari stesyen Jabatan Meteorological Malaysia (MMS) yang terletak di Lapangan Terbang Bintulu (latitud 3 12N, longitud 113 02E, ketinggian 3.1m di atas paras laut) lebih kurang 35 km di utara tapak Projek telah digunakan untuk kajian EIA ini kerana ketiadaan data kajicuaca di tapak Projek sebenar. Data iklim, kadar kelembapan dan hujan untuk Bintulu juga diperolehi daripada Buku LaporanTahunan Hydrologi Sarawak yang diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak (DID).

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-8

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

5.7

Kualiti Udara dan BunyiUntuk kualiti udara, 4 buah stesen A1 ke A4 telah diambil untuk menentukan tahap Jumlah Partikel Terampai (TSP), SO2, NO2 dan juga gas HCl. Daripada keputusan analisa, didapati bahawa tahap TSP di kesemua stesen persampelan adalah di antara 11.4 42.9 3 3 g/m dan mematuhi had 260 g/m yang disarankan dalam Garispanduan Kualiti Udara Malaysia (MAAQG). Untuk HCl, tahap pada keempat-empat stesen adalah di bawah 0.2 g 3 HCl/Nm (Stack Gas Emission Standards, Garispanduan Kualiti Udara Malaysia 1978). Untuk SO2 dan NO2, tahap pada keempat-empat stesyen adalah di bawah Garispanduan Kualiti Udara Malaysia pada 350 g/m3 (1 jam purata) untuk SO2 dan 320 g/m3 untuk NO2 (1 jam purata). Ini menunjukkan bahwa kualiti udara di kawasan sekitar tapak projek adalah bagus. Untuk bunyi, 4 stesen N1 ke N4 untuk sampel bunyi telah diambil, di mana tahap bunyi pada setiap stesen telah direkodkan dua kali sehari, iaitu di waktu siang dan juga di waktu malam untuk tempoh sejam setiap kali. Keputusannya menunjukkan tahap bunyi sedia ada di kesemua stesen, kecuali N1, pada waktu siang dan waktu malam adalah di bawah tahap yang disarankan oleh WHO setinggi 55 dB(A) untuk siang dan 45 dB(A) untuk malam, dan juga tahap Jabatan Alam Sekitar (DOE) iaitu 65 dB(A) untuk siang dan 55 dB(A) untuk malam. Dua punca bunyi utama yang direkodkan ialah: a) Bunyi-bunyi semulajadi seperti bunyi angin bertiup, serangga, burung, ayam berkokok and anjing. b) Bunyi-bunyi dari aktiviti-aktiviti seperti memotong kayu, tongkang-tongkang, bot ekspres yang berlayar di Btg. Tatau, dan dari rumah-rumah panjang.

5.8

Guna TanahPada keseluruhannnya, kawasan tapak Projek ditumbuhi oleh hutan sekondari yang telah dibalak dahulu. Tidak ada sebarang kesan kerja-kerja pembangunan di kawasan Projek ini. Kawasan tapak Projek ini juga dikelilingi Zon Hutan Penanaman Semula (PFZ) untuk daerah Anap dan Tatau, di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Sarawak. 15 buah rumah panjang terletak di dalam lingkungan 5 km dari tapak Projek, di mana kebanyakannya terletak di sepanjang Btg. Tatau. Kebanyakan penduduk rumah panjang terdiri daripada golongan petani. Mereka memiliki tanah sendiri di bawah Native Customary Reserve (NCR) di mana meereka mengamalkan pertanian pindah.

5.9

Infrastruktur & UtilitiTapak Projek terletak lebih kurang 60 km ke selatan Bandar Bintulu. Ia dihubungi melalui jalan ke bandar baru Samarakan / Sg. Emas yang simpangnya terletak di Km-25 Jalan Bintulu-Sibu. Kawasan sekitarnya secara am adalah sebahagian daripada Zon Hutan Penanaman Semula (Planted Forests Zone) yang meliputi kawasan seluas 400,000 hektar. Untuk pergi ke tapak projek, anda perlu menaiki bot dari pekan/kem terdekat di Kelebu, dikenali juga sebagai Kem Kelebu di hujung jalan Sg. Emas, dan berbot sejauh 5 km ke selatan sebelum tiba di tapak projek. Sebelum bermulanya pembinaan projek kilang

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-9

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

palpa ini, sebuah jalan raya sepanjang 5 km akan dibina terus ke tapak projek dari jalan di Samarakan (38 km panjang). Penempatan rumah-rumah panjang dan Kem Kelebu memperolehi sumber tenaga elektrik daripada janakuasa sendiri dan/atau lampu kerosin. Di pekan-pekan seperti Sangan dan Tatau, sumber tenaga diperolehi daripada Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak, SESCO. Berkenaan sumber bekalan air, kebanyakan rumah-rumah panjang di sekitar kawasan tapak Projek bergantung kepada air tidak terawat dari sistem punca graviti yang diperuntukkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, dan juga air hujan. Air sungai digunakan juga untuk basuhan dan sebagai air mandi. Berkenaan komunikasi, Kem Kelebu dan juga sebuah rumah panjang (Rh. Ngumbang) ada peruntukan talian telefon yang dibekalkan oleh Telekom Malaysia (TM), dan juga rangkaian operator telefon mudahalih. Walaubagaimanapun keadaan geografi yang kurang sesuai menghadkan liputan sesetengah rangkaian telefon mudah-alih yang hanya boleh dikesan di kawasan tanah tinggi. Penduduk-penduduk rumah panjang melupuskan sampah-sarap mereka dengan menggali lubang dan menimbus sampah, membakar dan juga membuang ke dalam sungai (untuk sisa makanan sahaja).

5.10

TrafikSurvei untuk keadaan trafik sedia-ada telah dijalankan dan analisa kapasiti jalanraya dan simpang-T di Jalan Bintulu-Sibu / Jalan Samarakan telah juga dibuat untuk mengenalpasti level-of-service jalan-jalan dan simpang-simpang berdasarkan projeksi trafik masa akan datang. Survei trafik sungai juga telah dibuat untuk Btg. Tatau bagi mendapatkan data tentang aktiviti trafik sungai di kawasan itu. Data trafik dari tahun 1996 ke tahun 2005 diperolehi daripada JKR untuk bancian trafik di SR303 dan SR401 untuk mengenalpasti trend pertumbuhan trafik bagi projeksi trafik. Berdasarkan kadar pengeluaran sebanyak 850,000 tan palpa setahun, dianggarkan sebanyak 30 perjalanan trak setiap jam (sehala) atau 90 pcph akan diperlukan olen kilang palpa ini. Dianggarkan bahan mentah memerlukan lebih kurang 30 perjalanan trak setiap jam (sehala) atau 90 pcph, berdasarkan andaian yang bahan mentah akan dihantar ke tapak Projek setiap bulan dan pada hari yang sama setiap kali. Dari kajian yang dibuat, kapasiti sedia-ada Jalan Bintulu-Sibu boleh menampung pertumbuhan trafik masa akan datang sehingga tahun 2020. Jumlah perjalanan trak dari kilang palpa termasuk pertumbuhan trafik sedia ada akan meningkatkan tahap tepu Jalan Bintulu-Sibu ke 50% pada tahun 2010, dan meningkat ke 60% pada tahun 2020. Survei trafik sungai telah dibuat di Kem Kelebu untuk mengenalpasti jenis dan jumlah botbot atau kapal-kapal yang menggunakan Btg. Tatau. Jumlah kesemua bot-bot yang direkod di dalam jangkamasa survey selama 12 jam ialah 95 buah. Jenis-jenis yang biasa dilihat ialah perahu panjang / sampan, diikuti dengan bot laju. Pada amnya, impak ke atas trafik sungai adalah minima sekiranya logistic untuk setiap aktiviti sungai yang berkaitan dengan Projek dirancang dengan betul dan sempurna, dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai telah diambilkira untuk memastikan keadaan yang selamat untuk penggunapengguna sungai yang lain.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-10

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Perlu dinyatakan bahawa kajian traifk ini tidak mengambilkira impak trafik dari Bandar Baru Samarakan, yang pada masa akan datang akan menempatkan kawasan-kawasan perumahan, komersial, bangunan-bangunan pejabat dan kawasan-kawasan industri. Kemudahan-kemudahan asas dan awam akan juga ditempatkan di sini untuk kegunaan penduduk-penduduk di Samarakan.

5.11

Sosio-EkonomiBahagian Bintulu terdiri daripada dua daerah pentadbiran iaitu daerah Bintulu dan daerah 2 Tatau. Denga keluasan kawasan berjumlah 12,166.2 km , bahagian Bintulu meliputi 9.8% keluasan kawasan tanah di Sarawak. Jumlah penduduk bahagian Bintulu ialah 162,253 pada tahun 2000. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik utama dengan statistik 43%. Ini diikuti kaum Cina (18%), kaum Melanau (11%) dan Melayu (9%). Secara tradisinya, kaum Iban menetap di rumah panjang yang mempunyai kurang daripada 10 ataupun mencapai 100 buah pintu atau bilik. Lima belas (15) buah rumah panjang terletak di dalam lingkungan 5-km dari tapak Projek, dan kebanyakan daripadanya terletak di sepanjang Btg. Tatau. Kebanyakan penduduk rumah panjang ialah petani. Mereka memiliki tanah sendiri di bawah undang-undang Native Customary Reserve (NCR) di mana mereka mengamalkan pertanian pindah. Selain itu, mereka juga menggunakan sebahagian tanah untuk tanaman-tanaman seperti getah dan lada. Menangkap ikan, memburu dan mengumpul hasil-hasil hutan juga merupakan aktiviti-aktiviti yang masih diamalkan oleh sebilangan daripada mereka. Hasil-hasil ini akan dijual di kalangan penduduk-penduduk setempat ataupun di pasar. Pusat servis utama di kawasan ini ialah Tatau dan Sangan. Penempatan-penempatan lain terdiri daripada penempatan pedalaman (kebanyakannya rumah panjang) yang terletak di sepanjang Btg. Tatau dan cabang utamanya, Sg. Anap dan Sg. Kakus. Penduduk di kawasan ini masih memiliki tanah NCR di sekitar kawasan tapak Projek. Walaupun tapak Projek telah diambil untuk kegunaan Projek ini, lebih daripada 70% responden survei telah memaklumkan bahawa mereka ada memiliki tanah di dalam kawasan Projek. Walaubagaimanapun tuntutan penduduk-penduduk ini perlu diperiksa kesahihannya terlebih dahulu. Temuramah dan survei telah dibuat untuk menilai persepsi, sikap dan harapan pendudukpenduduk yang menetap di sekitar kawasan tapak Projek. Komuniti yang telah ditemuramah ialah:

Komuniti yang mempunyai rumah panjang di sekitar 5-km dari tapak Projek. Komuniti di sekitar kawasan Projek.

Ada di antara penduduk-penduduk yang tidak inginkan Projek ini dibangunkan di kawasan yang telah dipilih. Salah satu daripadanya ialah Rh. Joshua yang telah menolak sama sekali temubual pihak konsultan untuk kajian ini. Mereka memberitahu bahawa mereka hanya akan bekerjasama dalan temubual sekiranya mereka dibayar jumlah wang yang tertentu.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-11

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Keputusan temubual-temubual yang telah dijalankan boleh dibahagi kepada:

Pengetahuan komuniti mengenai Projek Hakmilik tanah Kebaikan dan keuntungan Projek Isu-isu penting dari segi alam sekitar dan sosial Respons komuniti terhadap kesan Projek ke atas diri dan keluarga mereka Komen-komen lain

HAKMILIK TANAHHakmilik tanah di bawah Native Costmary Right Land (NCR) sememangnya satu isu yang sensitif untuk Projek yang dibangunkan di Sarawak. Walaupun tapak Projek ini telah diambil milik oleh pihak yang berkenaan untuk tujuan pembangunan Projek, namun masih ada sebilangan responden-responden yang ditemuramah yang mengatakan mereka memilik tanah di dalam kawasan Projek (77.5% responden yang ditemuramah). Tuntutan seperti ini perlu diperiksa kesahihannya terlebih dahulu.

KEUNTUNGAN EKONOMI DARI PROJEKKebanyakan responden-responden yang ditemuramah bersetuju yang Projek ini akan membawa keuntungan dari segi ekonomi melalui peluang pekerjaan dan kerja-kerja berupa kontrak. Ada sebilangan kecil juga berpendapat yang Projek ini akan memberi pasaran untuk produk-produk pertanian dan membuka peluang perniagaan untuk komuniti setempat.

ISU-ISU PENTING DARI SEGI ALAM SEKITARDi antara soalan yang diajukan kepada responden ialah sama ada Projek akan memberi kesan kepada alam sekitar dan sumber-sumber asli, dan kemudiannya memberi senarai isu-isu yang membimbangkan mereka. Ada di antara responden yang tidak begitu bimbang mengenai Projek ini, tapi ada juga yang berpendapat Projek ini boleh mengganggu cara hidup mereka. Hasil survei telah memberi keputusan bahawa untuk komuniti yang ditemuramah, kesan-kesan yang paling membimbangkan ialah pencemaran air minuman, pencemaran udara, pencemaran sungai-sungai, pencemaran bunyi dan kesan ke atas populasi ikan (80% daripada kebimbangan mereka). Pencemaran bau dan kesan ke atas populasi hidupan liar pula mempunyai tahap kebimbangan yang rendah di kalangan komuniti yang ditemuramah.

ISU-ISU SOSIALDi antara isu-isu yang mempunyai kepentingan social yang tinggi di kalangan responden ialah kehilangan hakmilik tanah (82.5%), saingan pekerjaan dengan orang-orang asing (82.5%), bayaran pampasan yang tidak mencukupi (77.5%), penempatan semula rumahrumah panjang (72.5%) dan gangguan kepada kawasan-kawasan sensitif (70%).

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-12

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

KEUNTUNGAN PROJEKResponden-responden juga diajukan soalan berkenaan sama ada Projek akan memanfaatkan diri mereka, keluarga ataupun Negeri. Lebih kurang 80% responden mengatakan yang mereka tidak pasti sama ada Projek akan menguntungkan mereka.

5.12

Kesihatan AwamData daripada kes-kes penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara, pencemaran air, penyakit vektor dan air simpanan dan penyakit kulit telah diperolehi daripada rekodrekod pesakit di dua pusat kesihatan di sekitar kawasan tapak projek, iaitu Klinik Kesihatan Sangan dan Hospital Bintulu untuk tempoh setahun dari Januari ke Disember 2005. Data daripada kes-kes penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara diperolehi di Klinik Kesihatan Sangan penyakit mata dan saluran pernafasan diwakili oleh conjunctivitis, Upper Respiratory Track Infection (URTI), asma dan emphysema; 14.9% adalah kes dewasa dan 31.7% adalah kes kanak-kanak. Data daripada kes-kes penyakit berkaitan dengan pencemaran udara diperolehi di Hospital Bintulu penyakit mata dan saluran pernafasan diwakili oleh conjunctivitis, URTI, asma, tuberculosis, pneumonia, chronic bronchitis dan kanse paru-paru; 4.2% adalah kes dewasa dan 15.8% adalah kes kanak-kanak. Penyakit-penyakit cardiovaskular diwakili oleh lemah jantung, hypertension, penyakit jantung ischaemic dan kemalangan cerebrovaskular yang boleh menjadi teruk disebabkan pencemaran udara; 3.6% kes adalah dewasa dan 0.2% kes adalah kanak-kanak. Kes-kes penyakit berkaitan dengan pencemaran air di Hospital Bintulu Kes-kes yang dilaporkan ialah dysenteries, typhoid dan paratyphoid dan keracunan makanan. Kes-kes ini kerap dialami oleh kanak-kanak (9.6%) berbanding dewasa. Tidak ada kes penyakit berkaitan pencemaran air di Klinik Kesihatan Sangan. Kes-kes penyakit berkaitan dengan vektor haiwan dan air simpanan di Hospital Bintulu Kes-kes yang dilaporkan ialah demam denggi, deman denggi berdarah dan malaria, mempunyai peratusan 2.5% daripada kes-kes dewasa dan 1.2% kes kanak-kanak. Tiada kes-kes penyakit berkaitan vektor haiwan dan air simpanan di Klinik Kesihatan Sangan. Penyakit kulit di Klinik Kesihatan Sangan - Cutaneous abscess atau furuncle dan carbuncle, cellulitis, dermatitis dan eczema, dan urticaria., di mana 0.6% kes melibatkan orang dewasa dan 4.3% kes ialah kanak-kanak.

5.135.13.1

EkologiFauna AkuatikSurvei di sungai telah dibuat di Btg. Tatau, di cabang-cabang sungai utama dan kualakuala sungai yang mungkin akan mengalami kesan dari Projek. Beberapa kaedah penangkapan ikan telah digunakan untuk mengambil sample ikan dan udang berbagai saiz dan juga untuk spesis bentik dan demersal. Kaedah pukat insang, jala dan pancing telah

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-13

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

digunakan. Untuk tempat persampelan, bahagian sungai yang dipilih telah dibahagikan kepada 3 bahagian:

Seksyen F1 Di hulu tapak Projek; Seksyen F2 - Di kawasan tapak Projek (di sini merupakan kawasan berimpak tinggi hasil daripada pelepasan kilang dan air kumbahan (suhu lebih tinggi dan pencemaran daripada air kumbahan); dan Seksyen F3 Di hilir tapak Projek.

Ini membenarkan pergerakan pukat-pukat atau jaring dari satu kawasan yang tiada ikan ke kawasan lain yang berdekatan. Dari aktiviti persampelan yang dibuat, spesis-spesis yang sering ditangkap ialah Udang Galah (Machrobrachium rosenbergii), Lais (Kryptopterus sp.), Baong (Bagrid Catfish Mystus sp.), ikan keli air masin Kudit (Arius sp.) dan Pitang (Ambassis sp.). Maklumatmaklumat daripada penangkap-penangkap ikan tempatan menyatakan yang spesis seperti Bantak (Puntius sp.), Baong (Mystus sp.), Boeing (Cyclocheilichthys spp.), Tengadak (Puntius schwanenfeldii), Haruan (Channa striata) dan Kaloi (Osphronemus goramy) juga seringkali ditemui.

5.13.2

Flora & Fauna TerrestrialSpesis-spesis tumbuh-tumbuhan dan habitatnya telah dikenalpasti dengan melakukan laluan garisan transact. Spesis yang dijumpai ialah seperti spesis pokok, herba, semak, pokok-panjat, nipah, paku-pakis, aroids dan tumbuhan air. Tumpuan khas telah diberikan kepada spesis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kepentingan dari segi saintifik atau konservasi. Survei ke atas mamalia dan burung juag dibuat berdasarkan pemerhatian, observasi dan mengenalpasti kesan-kesan tapak kaki, najis buangan dan kaedah panggilan. Untuk burung, kaedah observasi telah digunakan dan dibuat di beberapa kedudukan di sepanjang garisan transact. Maklumat-maklumat juga telah diperolehi dari rumah panjang berdekatan berkenaan spesis-spesis hidupan liar yang lain. Tapak Projek kebanyakannya diliputi pokok-pokok Acacia mangium. Bahagian dasar hutan ditumbuhi oleh rumput-rumput, semak-samun, tumbuhan herba dan pokok kecil yang berselerak. Bersebelahan dengan kawasan Acacia, terdapat saki-baki hutan sekondari yang juga tumbuh di kawasan tapak Projek. Pertanian kecil-kecilan seperti koko, getah dan pokok-pokok buah-buahan dapat dilihat di kawasan luar tapak Projek dan di sepanjang tebing sungai. Dua puluh satu spesis mamalia telah dikenalpasti semasa survei dijalankan. Kajian menunjukkan yang tidak banyak spesis haiwan akan dijumpai di kawasan ini memandangkan kawsan in isering dikunjungi penduduk tempatan dan pekerja-pekerja dari ladang Acacia. Enam belas spesis burung telah dikenalpasti semasa survei dibuat. Spesis-spesis init telah dikenalpasti dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan panggilan.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-14

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

6

Kesan-kesan Alam Sekitar dan Langkah-langkah PengawalanKesan-kesan alam sekitar dan langkah-langkah pengawalan yang disarankan adalah seeprti yang disenaraikan di Jadual 1: Ringkasan Kesan-kesan dan Langkah-langkah Pengawalan.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-15

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Jadual 1 : Ringkasan Kesan-kesan dan Langkah-langkah PengawalanAktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar 1. Pencemaran Udara Fasa Pembinaan: Tiada impak yang signifikan. Walaubagaimanapun, impakimpak kecil mungkin timbul daripada yang berikut: Pembuangan sisa tumbuhan dan sisa bahan binaan. Penghasilan fugitive dust daripada aktivit pengangkutan. Habuk daripada aktiviti pembinaan serta habuk dari tiupan angin yang berasal daripada kawasan terdedah di tapak pembinaan. Pergerakan kenderaan terutama sekali semasa penyediaan tapak dan kerja-tanah bila keadaan permukaan kering. Impak Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan Program Pengawasan

Operasi pembasahan permukaan jalan perlu dilakukan pada kesemua jalan-jalan yang tidak berturap. Kemudahan pembersihan tayar perlu disediakan di kesemua pintu masuk-keluar dan juga ke arah jalanraya awam (lebuhraya Bintulu-Sibu). Kelajuan kenderaan di atas jalan tidak berturap ataupan kawasan terbuka perlu dihadkan kepada 20 km/j sahaja di dalam kawasan Projek. Pembakaran terbuka adalah dilarang.. Muatan lori dan trak yang dibawa masuk ke dalam kawasan pembinaan harus ditutup. Peralatan pembinaan harus dikekalkan di dalm keadaan yang baik / sempurna. Pemasangan Best Available Technology (BAT) yang berkemampuan dan system scrubber yang 99% efisyen, dilengkapi dengan electrostatic precipitator (ESP) untuk memerangkap habuk di udara. Untuk habuk dari Recovery Boiler, sekiranya tahap KCl (kalium klorida) tinggi, ia boleh digunakan sebagai baja (perlu dijalankan ujian kimia terlebih dahulu sebelum digunakan). Untuk Lime Kiln, system scrubber dilengkapi dengan ESP yang akan memerangkap habuk di udara. Habuk-habuk ini akan disalurkan kembali ke slakers (untuk kegunaan semula CaO) di dalam system tertutup.

Pengawasan tahap TSP di tapak Projek semasa fasa pembinaan. Kekerapan: Setiap 3 bulan atau menurut keperluan DOE. Lokasi: Seperti disarankan di dalam EMP.

Fasa Operasi: Pelepasan gas-gas daripada peralatan di dalam kilang palpa. Penyumbang utama ialah gas-gas ekzos dari garisan Fiber 3 (260 Nm /jam) Recovery Boiler (10 - 15 tan sehari, diperangkap oleh ESP), Power Boiler (10 15 tan sehari, 3 diperangkap oleh ESP) dan Lime Kiln (150 mg/m sehari, diperangkap oleh ESP). Gas-gas adalah terdiri daripada CO2, SOx, NOx, habuk, gas cerobong, as-gas berasid (HCl). Punca-punca lain ialah fugitive emissions.

Pengawasan tahap TSP, PM10, SOx, NOx, HCl pada fasa operasi. Kekerapan: Setiap 3 bulan atau menurut keperluan DOE. Lokasi: Seperti disarankan di dalam EMP.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-16

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar 2. Pencemaran Air Fasa Pembinaan:

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan

Program Pengawasan

Mendakan daripada kesan hakisan tanah semasa pembinaan jalan-jalan masuk dan aliran perparitan. Sisa buangan cecair yang dihasilkan semasa fasa pembinaan termasuk air kumbahan dan tumpahan bahanbahan merbahaya (seperti mnyak dan petrol) dari mesinmesin dan peralatan lain.

Pelan pengurusan bahan buangan (di dalam EMP) perlu dilaksanakan pada permulaan fasa pembinaan. Penanaman semula kawasan-kawasan cerun di sekitar tapak projek (sekiranya ada). Tumbuhan-tumbuhan sedia ada di kawasan sungaisungai berhampiran perlu dikekalkan. Pembuangan sisa-sisa minyak dan sludge dikategorikan sebagai bahan buangan merbahaya di dalam EQA 1974. Oleh itu, pembuangan yang diluluskan diperlukan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar, JAS.

Pengawasan parameter kualiti air yang spesifik (senarai Kelas IIB) di kawasan tapak projek pada fasa pembinaan. Kekerapan: Setiap 3 bulan atau menurut keperluan DOE. Lokasi: Seperti disarankan di dalam EMP. Pengawasan parameter kualiti air yang spesifik (senarai Kelas IIB) di kawasan tapak projek pada fasa operasi. Kekerapan: Setiap 3 bulan atau menurut keperluan DOE. Lokasi: Seperti disarankan di dalam EMP.

Fasa Operasi: Analisa keadaan sedia ada berdasarkan bacaan di kawasan kajian dan modelling mendapati bahawa kualiti air Btg. Tatau baik dan memuaskan (sungai Kelas II). Model kualiti air menunjukkan keputusan yang sekiranya air kumbahan yang belum dirawat dari kilang mengalir masuk ke dalam Btg. Tatau, impaknya ke atas kualit air adalah minima sahaja. Walaupun dengan tahap pelepasan COD pada 1400 mg/L (belum dirawat) yang 5 kali lebih tinggi daripada tahap COD 300 mg/L (tahap Standard B berada pada 100 mg/L), impak ke atas tahap COD di dalam sungai masih minima. Tahap semulajadi COD di Btg. Tatau berada di tahap yang agak rendah (purata pada 10 mg/L). Kebanyakan sungai air tawar mempunyai tahap COD di antara 20 50 mg/L.

Penggunaan kaedah ECF untuk menghasilkan klorin dioksida akan mengurangkan kandungan AOX di dalam air kumbahan, kerana gas klorin tidak digunakan di dalam proses tersebut. Mengurangkan penghasilan air kumbahan melalui modifikasi kepada proses dan mengguna-semula air buangan, dengan tujuan untuk penggunaan semual secara keseluruhan. Ini dicapai dengan menggunakan proses closed-loop cycle Acacell untuk kebanyakan daripada proses-proses tersebut. Mengguna-semula kebanyakan daripada bahanbahan kimia dan bahan buangan seperti black liquor, smelt (green liquor) dan menggunakan system pembersihan dan pelunturan yang efisyen. Langkah utama dalam menghadapi masalah tumpahan air kumbahan, sebuah emergency basin atau kolam kecemasan perlu dibina di lokasi pengeluaran akhir air kumbahan daripada loji rawatan

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-17

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan air kumbahan (WWTP). Isipadu kolam ini mesti boleh 3 menampung tumpahan selama 2 jam (5,917 m minima pada kadar pengeluaran air kumbahan purata 3 sebanyak 71,000 m sehari) sekiranya loji itu gagal berfungsi. Sistem rawatan air kumbahan yang disediakan oleh Penggerak Projek ada memasang sebuah emergency basin atau kolam kecemasan di dalam sistemnya khas untuk tujuan ini. Kapasiti kolam kecemasan ini 3 ialah 12,000 m (ukuran dimensi: 80m x 75m x 2m kedalaman) yang memberikan kapasiti dua kali ganda berbanding kapasiti minima yang diperlukan, 5,917 3 m. Menghadkan kerja pembinaan kepada waktu siang sahaja (jam 0700 1900). Penggunaan peralatan pelindung pendengaran seperti penyumbat telinga oleh pekerja-pekerja. Pengawasan bunyi semasa fasa pembinaan.

Program Pengawasan

3.

Kesan Bunyi Hingar

Fasa Pembinaan: Bunyi hingar yang dihasilkan semasa fasa pembinaan berpunca daripada berbagai aktiviti pembinaan seperti daripada jentera pengorek tanah, jentera pembinaan jalan, mesin-mesin binaan seperti pam air, generator elektrik berkuasa tinggi, pam udara, mesin untuk piling.

Pengawasan tahap bunyi hingar di tapak Projek semasa fasa pembinaan. Kekerapan: Setiap 3 bulan atau menurut keperluan DOE. Lokasi: Seperti disarankan di dalam EMP.

Fasa Operasi: Kontur bunyi menunjukkan tahap bunyi hingar daripada peralatan-peralatan di kilang mempunyai kadar penyerapan bunyi yang agak baik. Kontur untuk tahap bunyi hingar daripada sumber-sumber seperti proses penyediaan kayu, digester, recovery boiler, dll. ialah pada tahap 60 dB(A) dan 70 dB(A) di dalam lingkungan kawasan kilang palpa. Oleh itu tahap yang

Tiada.

Tiada.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-18

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar

Impak ditetapkan oleh garsipanduan JAS telah dipatuhi. Oleh itu, tiada impak yang signifikan kepada penerima sensitive terdekat, iaitu Rh. Suran dan Rh. Entika.

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan

Program Pengawasan

4.

Impak kepada Trafik

Fasa Pembinaan: Berdasarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 850,000 tan palpa kering setahun, dianggarkan sebanyak 30 perjalanan trak setiap jam (sehala) atau 90 pcph akan diperlukan oleh kilang palpa ini. Dianggarkan juga yang bahan-bahan mentah akan menjana 30 perjalanan trak setiap jam atau 90 pcph (sehala).

Pengambilan pemandu-pemandu trak yang berpengalaman dan bertauliah sahaja untuk tugas membawa bahan-bahan mentah untuk pembinaan. Penggunaan dadah atau pengambilan alkohol sebelum atau semasa memandu dilarang sama sekali. Had kelajuan dan peraturan-peraturan trafik yang lain mesti dipatuhi. Dilarang memandu sekiranya keadaan cuaca atau tahap penglihatan tidak mengizinkan pemanduan yang selamat, seperti hujan lebat, keadaan jerebu tebal, embun tebal atau di waktu malam. Dilarang membawa muatan berlebihan. Semua kontraktor dan sub-kontraktor perlu mematuhi prosedur-prosedur keselamatan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebarang aktiviti di sungai hendaklah dibuat dengan mematuhi undang-undang dan peraturan oleh Undang-Undang Trafik Sungai Negeri Sarawak, 1993. Pengawasan ke atas jalanraya-jalanraya dan keadaan trafik akan dibuat terutama sekali di persimpangan-T di Jalan Bintulu-Sibu / Jalan Samarakan. Pengambilan pemandu-pemandu trak yang berpengalaman dan bertauliah sahaja untuk tugas membawa bahan-bahan mentah untuk pembinaan.

Tiada.

Fasa Operasi: Keadaan trafik sedia-ada di Jalan Bintulu-Sibu di sekitar kawasan Projek boleh menampung kadar trafik pada masa akan datang sehingga tahun 2020. Perjalanan trak hasil daripada operasi kilang palpa, dengan

Tiada.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-19

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar

Impak peningkatan trafik sedia-ada akan menaikkan tahap tepu di Jalan Bintulu-Sibu ke 50% pada tahun 2010, dan ke 60% pada tahun 2020. Trafik sungai Jumlah pengangkutan sungai yang dicatat di dalam tempoh survei 12 jam ialah 95 buah. Jenis-jenis yang biasa dilihat ialah sampan dan bot laju.

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan Pemandu utama perlu ditemani oleh pemandu simpanan setiap masa bekerja. Penggunaan dadah atau pengambilan alkohol sebelum atau semasa memandu dilarang sama sekali. Had kelajuan dan peraturan-peraturan trafik yang lain mesti dipatuhi. Dilarang memotong kenderaan kecuali jika keadaan membenarkan dan selamat untuk berbuat demikian. Dilarang memandu sekiranya keadaan cuaca atau tahap penglihatan tidak mengizinkan pemanduan yang selamat, seperti hujan lebat, keadaan jerebu tebal, embun tebal atau di waktu malam. Kenderaan harus berhienti atau diletak di tempat letak kenderaan yang sesuai supaya tidak mengganggu laluan kenderaan-kenderaan lain, sekiranya pemandu perlu berhenti untuk menggunakan telefon, berehat, dsb. Kenderaan perlu diservis mengikut ketetapan masa dan diperiksa sebelum setiap perjalanan. Dilarang membawa muatan berlebihan. Semua kontraktor dan sub-kontraktor perlu mematuhi prosedur-prosedur keselamatan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebarang aktiviti di sungai hendaklah dibuat dengan mematuhi undang-undang dan peraturan oleh Undang-Undang Trafik Sungai Negeri Sarawak, 1993.

Program Pengawasan

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-20

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar 5. Impak kepada Ekologi Fasa Pembinaan: Fauna Aquatik:

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan Fauna Aquatik: Pembinaan system perparitan tanah untuk mengalirkan air hujan daripada kawasan binaan untuk mengelak terjadinya banjir setempat dan air bertakung. Pemasangan perangkap mendak dan kolam mendakan perlu dilakukan agar air larian pada permukaan tidak mencemarkan sungai-sungai di kawasan tersebut.

Program Pengawasan Tiada.

Pembuangan sisa tumbuh-tumbuhan dari hasil penebangan hutan ke dalan sungai akan menyebabkan kandungan oksigen terlarut (DO) di dalam air turun oleh kerana proses pereputan sisa tumbun-tumbuhan Potensi kenaikan tahap pepejal terampai larut (TSS) di dalam sungai disebabkan oleh hakisan tanah permukaan semasa dan selepas pembersihan tapak Projek, dan terutama sekal semasa hujan lebat. Sisa-sisa produk petroleum seperti minyak kenderaan dan gris ke kawasan tapak Projek. Sisa-sisa ini berkemungkinan akan mengalir ke dalam sistem sungai apabila hari hujan.

Flora & Fauna Terrestrial: Aktiviti-aktiviti pembersihan dihadkan di kawasan Projek sahaja. Ini akan mengurangkan kemusnahan populasi tumbuh-tumbuhan. Aktiviti pembersihan dan pembinaan harus dilakukan pada musim kering / panas sahaja untuk mengurangkan hakisan tanah.

Flora & Fauna Terrestrial: Aktiviti-aktivit pembersihan / penebangan tapak menyebabkan kehilangan kekal sebahagian kecil habitathabitat sedia ada. Penebangan keseluruhan mungkin menyebabkan kadar takungan air yang rendah yang boleh mengganggu habitat aquatik, disebabkan oleh hakisan tanah.

Fasa Operasi: Fauna Aquatik: Pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang berkurangan menyebabkan pertukaran sifat-sifat komuniti tumbuhtumbuhan di sekitar kawasan pelepasan air di mana suhunya lebih tinggi. Pertukaran sifat-sifat dan perangai ikan-ikan yang berhijrah sekiranya penghijrahan mereka bergantung kepada suhu

Fauna Aquatik: Langkah-langkah pemantauan adalah serupa dengan langkah-langkah untuk Pencemaran Air. Langakahlangkah tambahan di bawah adalah bagi memperbaiki operasi proses di kilang palpa ini: Mengamalkan kitaran semula air proses di dalam bleaching plant. Kilang palpa ini akan mempraktikkan kaedah ini.

Tiada.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-21

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar air.

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan Mengadakan penulenan dan penggunaan semula kondensasi. Mengamalkan pengumpulan dan penggunaan semula air bersih daripada sistem penyejuk.

Program Pengawasan

Tahap oksigen terlarut (DO) yang berkurangan di dalam air dengan kenaikan suhu air. Gangguan kepada fungsi enzim dan fisiologi organisma akuatik, contohnya dengan kenaikan suhu, kadar metabolisma juga meningkat. Kadar respirasi juga akan meningkat dengan peningkatan suhu; ini boleh mengubah kadar kegunaan tenaga sesuatu organisma sekiranya makananadalah terhad.

Flora & Fauna Terrestrial: Sebaik sahaja Projek siap dibina, kawasan-kawasan yang tidak digunakan harus ditanam semula dan direhabilitasikan dengan spesis tumbuh-tumbuhan yang sesuai seperti tumbuhan legum.

Flora & Fauna Terrestrial: 6. Impak SosioEkonomi Tiada impak yang ketara.

Fasa Pembinaan: Untuk impak berpunca daripada pencemaran udara, air dan kesan bunyi hingar kepada manusia, rujuk kepada Perkara 1, 2 dan 3 di dalam Jadual ini. Kem-kem pekerja binaan Pembuangan sampah-sarap dan air buangan yang tidak diselenggarakan dengan sempurna akan mengakibatkan penyakit berjangkit dari haiwan-haiwan atau serangga dan penyakit vektor yang lain untuk merebak. Ini akan mewujudkan persekitaran yang boleh menjejaskan keadaan kesihatan pekerja-pekerja dan komuniti di sekitar kawasan ini.

Peruntukan untuk tong-tong sampah untuk pembuangan sampah-sarap; sampah-sampah ini kemudiannya perlu dikutip dan dilupuskan di kawasan yang telah ditetapkan oleh BDA. Pengawasan tahap kesihatan para pekerja dan kawasam kem pekerja perlu dilakukan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjaga.

Tiada.

Fasa Operasi: Impak berpunca daripada pencemaran udara, air dan kesihatan dan keselamatan semasa operasi kilang palpa ini. Sila rujuk kepada Perkara 1 dan 2 di dalam Jadual ini.

Untuk langkah-langkah kawalan berpunca daripada pencemaran udara, air dan kesihatan dan keselamatan semasa operasi, rujuk kepada Perkara 1 dan 2 di dalam Jadual ini.

Tiada.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-22

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar Impak Positif:

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan

Program Pengawasan

Peluang pekerjaan sementara akan dibuka semasa fasa pembinaan; 1,000 orang pekerja akan diambil. Projek ini akan membuka peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan, dan juga membawa pembangunan dari segi pembangunan infrastruktur, pengangkutan, bekalan dan perkhidmatan yang akan membuka peluang utuk perkembangan perniagaan. In akan menjadi insentif untuk usahawan tempatan terutama sekali di kawasan Bandar Baru Samarakan. Dengan bertambahnya populasi terutama sekali pada fasa pembinaan, permintaan untuk perkhidmatan dan keperluan am akan miningkat juga. Pekerja-pekerja binaan harus diberi peralatan keselamatan dan perlindungan diri yang mencukupi. Rawatan kecemasan (first aid) dan program tindakan keselamatan (Emergency Response Plan atau ERP) perlu dirancangkan dan diimplementasikan. Untuk fasa operasi, sebuah program keselamatan pekerjaan dan kesihatan (OSH) perlu disediakan oleh pihak pengurusan projek. Rawatan kecemasan (first aid) dan program tindakan keselamatan (Emergency Response Plan atau ERP) perlu dirancangkan dan diimplementasikan. Tiada. Tiada.

7.

Impak Alam Sekitar kepada Kesihatan

Fasa Pembinaan: Tiada impak yang signifikan. Impak kecil berpunca daripada akitiviti-aktiviti pembinaan yang bersifat sementara sahaja dan hanya di sekitar tapak projek.

Fasa Operasi: Pencemaran air: Berdasarkan data yang sedia ada, tidak ada kesan impak yang mendalam ke atas kesihatan dari air kumbahan loji rawatan kumbahan yang dialirkan ke dalam Btg. Tatau.

Pencemaran udara: Untuk pendedahan maksima di dalam scenario pelepasan with control, tahap pendedahan harian PM10 tambahan 3 sebanyak 22.7 g/m menunjukkan perubahan kadar kematian yang minima, dengan peratusan perubahan kadar

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-23

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar

Impak kematian pada 7.7% untuk kematian system respirasi dan kes-kes asma. Untuk pendedahan komuniti di dalam scenario pelepasan with control, tahap pendedahan harian PM10 tambahan 3 ialah sebanyak 5.1 g/m , dengan peratusan perubahan kadar kematian pada 1.7% untuk kematian system respirasi dan kes-kes asma. Untuk scenario with control, kadar serangan asma ialah pada tahap tiada untuk komuniti dan kadar pendedahan maksima. Hazard Index (HIs) untuk nitrogen dioksida untuk pendedahan maksima dan pendedahan komuniti di bawah scenario without control memberi tahap yang kurang daripada 1. Ini menunjukkan keadaan pendedahan yang tidak merbahaya, tidak bersifat karsinogen selama pendedahan jangka hayat 70 tahun kepada nitrogen dioksida.

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan

Program Pengawasan

8.

Analisa Risiko

Fasa Pembinaan: Tiada impak signifikan. Walaubagaimanapun, perkara-perkara berkenaan dengan risiko pekerjaan di dalam fasa pembinaan harus diambilkira; langkah-langkah kawalan diberikan seperti yang tercatit.

Pemantauan berjadual perlu dijalankan untuk memastikan pematuhan kepada syarat-syarat EQA. Penyediaan tapak harus dilakukan dengan prosedurprosedur yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kemalangan kerana aktivit-aktiviti ini melibatkan kenderaan dan jentera-jentera berat. Semua kren-kren yang digunakan di dalam fasa penbinaan mesti mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh DOSH. Pekerja-pekerja yang bekerja di tempat tinggi harus dilengkapi dengan tali keselamatan dan diberi tunjuk ajar untuk meggunakannya dengan betul.

Tiada.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-24

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar Fasa Operasi:

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan

Program Pengawasan Tiada.

Senario paling teruk ialah kejadian bola api (fire ball) yang berasal daripada tempat penyimpanan methanol di loji penyejatan black liquor. Walaubagaimanapun keadaan ini hanya akan dialami di dalam kawasan kilang sahaja dan tidak akan memberi impak ke atas kawasan di luar tapak kilang, iaitu di luar tapak Projek. Senario-senario lain yang telah dinilaikan hanya akan mempunyai impak di kawasan kilang sahaja. Tahap risiko individu Kedua-dua kontur 1 x 10 and 1 x -6 10 setahun bearad di dalam lingkungan kawasan tapak Projek, oelh itu tidak mamberikan sebarang impak ke kawasan berdekatan. Kriteria-kriteria risiko yang disarankan oleh JAS telah dipatuhi.-5

Penyimpanan dan pengasingan bahan-bahan kimia (strong oxidizers) terutama sekali hidrogen peroksida dan oksigen akan dibuat menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh JAS. Kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan loji-loji di mana oksigen digunakan akan dibuat menurut prosedur-prosedur yang menekankan langkahlangkah pengasingan yang betul. Lokasi untuk alat- alat pelindung kebakaran akan dipasang seperti yang dinyatakan oleh undangundang. Sebuah Pelan Respons Kecemasan (ERP) yang merangkumi kedua-dua proses operasi dan bahaya luaran perlu dibuat sebagai langkah untuk memantau sebarang kejadian kecemasan dan yang tak diingini. Pengurusan kilang perlu memastikan adanya system pengurusan kesihatan dan keselamatan yang efektif (HSEMS) untuk menjamin keadaan operasi kilang yang selamat. Menyarankan Kajian Risiko Kesihatan Kimia (CHRA) dibuat di kilang palpa ini untuk membuat penilaian ke atas risiko pendedahan kimia ke atas pekerja-pekerja kilang dan juga tindakan susulan. Biomass akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah terdekat di Bintulu.

9.

Pengurusan Sisa Pepejal

Fasa Penbinaan: Sisa pepejal ialah kebanyakannya terdiri daripada sisa tumbuh-tumbuhan daripada kerja-kerja pembersihan, iaitu biomass. Kandungan biomass dianggarkan sebanyak 800 tan. Sisa-sisa lain merupakan sisa buangan pembinaan dan kerja-kerja sisa konkrit.

Tiada.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-25

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar Fasa Operasi:

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan Untuk sisa-sisa yang boleh dikitar semula atau digunakan di luar tapak Projek, sama ada dijual secara komersil (untuk industri binaan atau ladang akua-kultur), sisa-sisa pepejal ini perlu menjalankan ujian Toxicity Characteristic Leaching Procedure (TCLP) sebelum digunakan. Sisa bukan buangan terjadual dari garisan Fiber / Digester dikembalikan kepada proses dan digunakan sebagai bahanapi untuk Power Boiler. Semua buangan terjadual akan dilupuskan di tapak pelupusan di dalam kawasan Projek. Sisa dari Recovery Boiler abu soda (Na2CO3) dilarutkan di dalam tangki pelarutan (Dissolving Tanks) untuk menghasilkan Green Liquor. Ini dicampurkan dengan Milk of Lime (Ca(OH)2) dan dikonsentrasikan semual di dalam Causticizer untuk menghasilkan White Liquor, iaitu Caustic Soda yang digunakan di dalam Digester (system tertutup). Sisa dari Power Boiler dihantar ke tapak pelupusan di dalam kawasan Projek. Sisa dari Lime Kiln Pengitaran semula separa di dalam Lime Kiln. CaCO3 juga dijual kepada industri akuakultur dan industri pembinaan. Sisa dari Slakers Terdiri daripada silica yang dijual kepada industri pembinaan. Silika merupakan bahan yang tidak merbahaya. Sisa dari Recaustisizing Plant - Pengitaran semula separa di dalam Lime Kiln. CaCO3 juga dijual kepada industri akuakultur dan industri pembinaan. Sisa dari loji-loji kimia dihantar ke tapak pelupusan di dalam kawasan Projek.

Program Pengawasan

Sumber-sumber sisa pepejal kebanyakannya dari proses itu sendiri, iaitu sisa-sisa yang diperangkap oleh alat perangkap pencemaran yang dipasang pada setiap peralatan yang mempunyai sumber sisa. Peralatan dan sisa yang diperangkap adalah seperti berikut: a) Garisan Fiber (penyediaan kayu, digester, pencucian brown pulp) sisa-sisa kayu dan bahan buangan, kotoran organic, sisa buangan terjadual yang lain b) Recovery Boiler abu soda (Na2CO3) c) Power Boiler abu d) Lime Kiln tanah liat kapur e) Slakers buangan dregs f) Recausticizing Plant - tanah liat kapur

Ujian berupa sludge characteristics analysis perlu dilakukan pada sisa tersebut untuk mengenalpasti kandungan kimianya sebelum ianya diguna semula atau dibakar.

g) Loji Kimia (Chlor-Alkali Plant) Sisa pepejal yang mengandungi sisa asid, sisa hidroksida, sisa logam h) Loji Rawatan Air Kumbahan (WWTP) sisa kumbahan

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-26

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

Aktiviti Projek dan Isu-Isu Alam Sekitar

Impak

Langkah-langkah Pengawalan yang Dicadangkan Sisa dari WWTP Sisa kumbahan ini dicadangkan untuk pembakaran di dalam Power Boiler. Sebelum ini boleh dilakukan, ujian berupa sludge characteristics analysis perlu dilakukan pada sisa tersebut untuk mengenalpasti kandungan kimianya. Salah satu ujian yang boleh dijalankan ialah Toxicity Characteristic Leaching Procedure (TCLP), yang lebih berkaitan dengan kandungan kimai untuk sisa buangan merbahaya.

Program Pengawasan

10. Ekonomi Alam Sekitar

Fasa Pembinaan: Tiada impak yang signifikan

Tiada.

Tiada.

Fasa Operasi: Analisa Kos-Keuntungan Net present value (NPV) = RM 3.44 billion Nibah kos-keuntunga, benefit cost ratio (BCR) = 1.84

Tiada.

Tiada.

Sesebuah Projek itu dianggap menguntungkan apabila NPV 0 dan BCR 1, yang meramalkan Projek ini adalah bermanfaat dari pandangan social. Internal Rate of Return (IRR) sebanyak 49 adalah tinggi, dan ini melebihi kos sosial kapital di Malaysia. Perkara ini berkaitan dengan pengaliran pelaburan, di mana pelaburan adalah terhad kepada kapasiti pengeluaran kilang palpa ini tanpa penambahan kos tetap pada pelaburan tinggi, iaitu memajukan sebuah ladang hutan tanaman semula tersendiri.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-27

Detailed Environmental Impact Assessment Proposed Pulp Mill at Sangan, Tatau, Bintulu, Sarawak

Ringkasan Eksekutif

7

Impak Jangka Panjang dan CadanganHasil daripada kajian kesan-kesan alam sekitar di Bab 5, tidak terdapat apa-apa impak jangka panjang atau residual impacts yang signifikan dengan adanya cadangan projek ini. Bagi kesemua isu-isu yang telah dibincangkan seperti pencemaran udara, pencemaran air, analisa risiko dan pengurusan sisa pepejal, impak-impak yang dikaji adalah signifikan dan perlu diambilkira dengan teliti semasa projek ini dilaksanakan. Sebagai contoh, isu seperti tahap COD yang tinggi tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 5, perlu ditekankan bahawa rawatan air kumbahan yang dicadangkan untuk kilang ini akan menggunakan teknologi paling canggih dan terkini, dan yang sedia ada pada masa ini di dalam penghasilan palpa. Impak-impak jangka panjang yang berkemungkinan ialah isu-isu berkaitan dengan pencemaran udara, risiko impak, impak ke atas kesihatan dan sosio-ekonomi.

8

KesimpulanKerajaan negeri Sarawak berhasrat untuk memajukan Projek kilang palpa Acacell dalam usaha melengkapkan kitar pembangunan industri produk-produk hutan di Sarawak. Projek Acacell akan memperolehi kos fiber yang rendah berikutan kenaikan nilai penanaman pokok-pokok akasia yang dimiliki and diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Pasaran utama untuk palpa keluaran Acacell ialah dari Negeri Cina. Permintaan yang tinggi untuk Bleached Acacia Kraft Pulp (BAKP) di Negeri Cina diramal akan berkembang pada kadar 8.1% setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang, seiring dengan rantau Asia-Pasifik kecuali Jepun yang mengalami kadar pertumbuhan 3.1% setahun. Permintaan secara menyeluruh untuk pasaran BAKP di rantau ini diramal akan berkembang pada kadar 8.6 juta tan pada tahun 2004, kepada 12 juta tan pada tahun 2010. Dengan adanya permintaan yang tinggi untuk palpa dari Negeri Cina, ini akan menghasilkan pertukaran keuntungan dari luar negara, memberi peluang pekerjaan dan lain-lain keuntungan signifikan untuk Negara. Ini juga akan menggalakkan perniagaanperniagaan bercawangan berasaskan palpa bukan sahaja di Negeri Cina malah di Sarawak juga, dengan wujudnya bahan mentah sedia ada untuk penghasilan produk yang berasaskan palpa. Ini akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur dalam kebolehan mereka untuk membekalkan negara ini dengan produk dan khidmat mereka. Kajian EIA ini telah menunjukkan bahawa, dengan adanya langkah-langkah pengawalan alam sekitar yang telah dicadangkan untuk dipraktikkan oleh Penggerak Projek, maka Projek ini boleh diimplementasikan dengan risiko kesan dan impak alam sekitar yang terkawal.

Chemsain Konsultant Sdn.Bhd CK/EV103/417/06

RE-28