21
Kumpulan 8

Cabaran Dan Isu mdksfop,f,riejfmdsimcz ,mcekkkkfm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dsisadvnkdsmck,aqlw,dfrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrp[mfwneda

Citation preview

  • Kumpulan 8

  • 4.1 Isu Keganasan AntarabangsaPengenalan- Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. -Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah.- Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

  • FAKTOR-FAKTOR KEGANASAN ANTARABANGSA BELAKU1. Terlalu mengikut perasaan marah dalam diri. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

  • 2. Sikap tamak yang menguasai diri.Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu,memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara,hal ini turut menyebabkan keganasan berlaku. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

  • 3. Lambang kemegahan. Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut.Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia

  • KESAN-KESAN1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan dan menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

  • 2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari negara. Akibatnya, bukan sahaja ekonomi negara tersebut akan terjejas teruk,malah ekonomi dunia turut terlibat. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

  • 3.Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.Perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

  • 4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Mangsa perang sentiasa dibayangi maut dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas atau melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal,orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian,tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang

  • LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI1. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

  • 2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan,tetapi harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak,malah mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

  • 3. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan bagi mengelakkan keganasan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara.

  • PERMEDAGANGAN ORANGPengenalanAktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kegiatan jenayah terancang rentas sempadan.Masalah pemerdagangan manusia merupakan jenayah kemanusiaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa,tidak kira lelaki, wanita, remaja perempuan mahupun kanak-kanak. Mangsa akan diugut, dipaksa,didera dan ditahan untuk dieksploitasikan. Isu pemerdagangan manusia merupakan satu jenayahyang kian meningkat pada abad ke-21 dan menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keturunan.

  • FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMERDAGANGAN MANUSIA1.Kemiskinan/ kesempitan hidupKini, masalah jurang pendapatan semakin serius di Asia Tenggara.Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit.Oleh hal yang demikian mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mengaut keuntugan yang lumayan dalam masa yang singkat dan menyalahi undang-undang.Faktor ni telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini turut menyebabkan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat

  • 2.Terpengaruh tawaran kerjaProses globalisasi telah meningkatkan 'push-pull' faktor-faktor yang mendorong keinginan para migran untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan di luar negeri.Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji

  • 3.Kurang didikan moral/agamaIndividu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak

  • 4.Materialistik dan Taraf pendidikan mangsa yang rendahMangsa yang kekurangan ajaran pendidikan tidak jelas tentang pemerdangan manusia.Mereka bersikap naif dan tidak ambil tahu tentang isu-isu yang berlaku di sekelilingnya.Sikap materialistik juga turut menyebabkan kes pemerdagang manusia turut bertambah.Sesetengah ibu bapa akan memberi wang saku kepada anak-anak mereka secara berlebihan,semasa anak-anak mereka menginginkan sesuatu,mereka tidak berfikiran rasional.Mereka akan berbelanja secara tidak terkawal.Hal ini menyebabkan mereka ingin bercuba atau percaya kata-kata peniaga manusia akibat kekurangan sumber kewangan.

  • 5.Penguatkuasaan undang-undang yang lemahPenguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia.

  • KESAN-KESAN1. Mencemarkan imej negara di mata duniaMalaysia menduduki tempat ke-16 dalam senarai negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia Hal ini turut mencemarkan imej negara di mata dunia dengan menunjukkan kelemahan negara dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.Negara turut akan dianggaap sebagai sarang jenayah.

    2. Mengancam keselamatan dan keamanan negaraJenayah yang semakin berleluasa akan mengancam keselamatan terutamanya terhadap kaum wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.

  • 3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negaraPenyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku akan menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

    4. Peningkatan masalah sosialMasalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.Penularan penyakit berjangkit.Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

  • LANGKAH-LANGKAH MENYELESAIKANNYA(i) Penguatkuasaan undang-undang -Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 -Akta Antipermerdagangan Orang 2007

    (ii) Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti -Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku. Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram. (iii) Koordinasi antara kementerian -Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.