Cabaran Pluraliti Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

  • Upload
    nas93

  • View
    253

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Cabaran Pluraliti Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    1/4

    CABARAN PLURALITI DAN HUBUNGAN ETNIK

    DI MALAYSIA - WAJ3106

    Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian dari segicara hidup, adat, dan kepercayaan yang berlainan antara satu kaum dengan kaumyang lain tidak dinafikan mempunyai cabarannya yang tersendiri disebalikkeharmonian masyarakat yang kita lihat pada masa sekarang ini. Prosesmengasimilasikan pluraliti budaya seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hal inidemikian kerana, setiap aspek perbezaan antara kaum perlu diambil kira supayatidak mengguris hati mana-mana pihak.

    Cabaran yang pertama dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik diMalaysia adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amatpenting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu

    jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. DiMalaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya persefahaman antararakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa (2000:288-289). Hal ini kerana, masyarakatyang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada peranan tradisionaldan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan kaum itu sendiri. Dalam pada itu,

    dasar-dasar British pada zaman kolonial juga merupakan penyumbang kepadaberlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak ada satu pun dasaryang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan Britishbertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomiyang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikapcuriga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orangIndia seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan prosesperpaduan antara etnik-etnik ini.

    Selain perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan satudaripada cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. MenurutKamus Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik danistimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras danlambang keperibadian sesuatu bangsa (2010:613) atau dalam bahasa mudahnya

  • 8/17/2019 Cabaran Pluraliti Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    2/4

    jati diri adalah identiti sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, jati diri bangsa ini bolehkita terjemahkan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Antara cabaran dalam memupukdan membina jati diri bangsa Malaysia ini adalah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.Peristiwa ini telah mencerminkan bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itumasih belum memiliki budaya atau jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru,adalah menjadi cabaran buat semua untuk menyemai jati diri bangsa Malaysiadalam memelihara serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.

    Cabaran seterusnya adalah wujudnya pemisahan petempatan yang dilakukanoleh British semasa zaman kolonial. Situasi ini dilihat amat tidak positif terhadapperkembagan pembentukan masyarakat majmuk di negara ini kerana situasi inibukan sahaja mengehadkan interaksi pelbagai etnik malahan memperkuatkan lagi

    perasaan kekitaan dan etnisentrisme dalam kalangan sesuatu etnik. Perkara iniseterusnya akan membawa natijah yang lebih serius seperti menimbulkanprasangka, stereotaip serta mengekalkan kejahilan sesebuah etnik terhadap sebuahlagi etnik yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini telah menjadi suatu cabaranbesar dalam usaha mewujudkan hubungan etnik yang harmoni dalam usahameraikan pluraliti budaya secara bersama.

    Berikutnya, yang menjadi cabaran seterusnya adalah adanya pemisahan

    dalam sistem pendidikan. Seperti pengasingan petempatan juga, pemisahan dalamsistem pendidikan telah menyebabkan interaksi hanya berkisar dalam kalanganetnik yang sama sahaja. Sebagai contoh, orang Melayu pada waktu belajar disekolah-sekolah pondok, orang Cina pula belajar di sekolah-sekolah Cina,manakala bagi orang india belajar di sekolah-sekolah Tamil (Ismail bin Said,2012:16-17). Perkara ini jelas sekali menyekat integrasi antara kaum kerana kaum-kaum ini hanya hidup dalam kelompok masing-masing sahaja. Secara tidaklangsung, situasi ini telah mewujudkan kesan sama seperti kesan pengasingan

    petempatan iaitu mewujudkan masyarakat yang berprasangka serta stereotaipterhadap kaum yang lain.

    Dalam pada itu, kewujudan pengkhususan pekerjaan mengikut kaum olehBritish juga merupakan satu daripada cabaran yang perlu kita hadapi.Pengkhususan ini wujud ekoran dari revolusi perindustrian yang berkembang

  • 8/17/2019 Cabaran Pluraliti Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    3/4

    dengan rancaknya sehingga memaksa British untuk mengambil buruh-buruh dariluar negara untuk mengusahakan perusahaan mereka. British telah menetapkanbahawa orang Cina berkerja di lombong-lombong bijih timah manakala orang Indiaberkerja di ladang-ladang bagi mengusahakan tanaman getah untuk memenuhikeperluan industri automobil suatu ketika dahulu. Keadaan ini telah mengasingkankaum-kaum imigran ini daripada hidup bergaul antara satu-sama lain. Hal ini telahmendatangkan keuntungan kepada pihak British kerana, dengan tidak bersatunyakaum-kaum ini, maka akan lebih mudah untuk British kekal menjajah Tanah Melayu.Hal ini begitu jelas sekali menggambarkan bahawa untuk memperoleh kedaulatansesebuah negara itu, rakyat perlulah memainkan peranan selaras dengan prinsipnegara bangsa. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Oleh yangdemikian, perlulah untuk kita sentiasa bersatu padu untuk mempertahankan

    kedaulatan negara kita ini.

    Akhir sekali adalah cabaran globalisasi. Cabaran globalisasi ini boleh kitarumuskan sebagai satu anasir luar yang mampu untuk memecahbelahkanperpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi ini boleh terdiri dari bermacam-macam perkara, antaranya secara fizikal iaitu ketenteraan atau serangan,seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga wujudnya hasutan supayaberpaling tadah terhadap negara sendiri. Antara ketiga-tiga perkara ini, serangan

    pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana, kebanyakkan dari kita lebihsuka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang paling ketara sekali adalah dari segipemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut. Disamping itu juga, rakyatnegara ini suka terikut-ikut tanpa mempelajari dengan lebih dalam tentang sesuatuperkara. Contohnya, dalam budaya Punk yang dibawa oleh barat sebenarnya wujudsatu falsafah yang boleh kita adaptasi bagi meningkatkan semangan patriotik, akantetapi menyedihkan bagi rakyat Malaysia terutamanya golongan muda, merekahanya mengikut penampilan Punk itu sahaja tanpa mengikuti falsafah dalam Punk

    itu sendiri. Bak kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikansempadan. Tidak salah kita menjadikan barat sebagai rujukan kita, namun perlulahmelihat kepada aspek yang berkait dengan nilai-nilai murni bangsa Malaysia.

    Konklusinya, kesemua cabaran ini perlulah ditangani secara berhikmahkerana kita tidak mahu ada antara kaum yang akan terluka hasil daripada tindak

  • 8/17/2019 Cabaran Pluraliti Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    4/4

    tanduk kita dalam usaha mengatasi masalah-masalah tersebut. Bak kata pepatah,ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak terurai. Justerukita perlulah mencari jalan penyelesaian yang paling relevan tanpa wujud sebarangpenindasan atau berat sebelah terhadap mana-mana kaum.

    Bibliografi: Abang Asyraff