11
CADANGAN JAWAPAN PERAK Huraikan tiga nilai yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan anda berdasarkan salah satu novel yang tersebut SKEMA JAWAPAN Tingkatan 3 (6:20) 1. Nilai Keberanian (1m) Contoh peristiwa; ( 2m) Sukma berani menyiasat aktiviti yang berlaku di kelab WX2 seorang diri walaupun tempat itu asing baginya. 2. Nilai tolong- menolong (1m) Contoh peristiwa (2m) Rafiq sanggup memantau Sukma dari jauh kerana Sukma berseorangan berhampiran kelab WX2. 3. Nilai tanggungjawab (1m) Contoh peristiwa (2m) Tuan Haji Syaqir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat yang diwakilinya. Beliau sentiasa mengambil berat akan masalah penduduk. Tingkatan 2( Novel Erti Pengorbanan) 1. Nilai Kasih Sayang ( 1m) Contoh Peristiwa; · Meskipun ibu dan bapa Iman bercerai, kedua-dua mereka tidak mengabaikan Iman malah menyayangi Iman. (2m) · Datuk dan nenek Iman menjaga Iman dengan penuh kasih sayang setelah kedua-dua ibu bapa Iman berpisah.(2m) 2. Nilai Kerjasama ( 1m) Contoh Peristiwa; · Iman dan rakan-rakannya, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif saling bekerjasama dalam perbincangan kumpulan sebagai persiapan menghadapi peperiksaan.(2m). 1 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

Citation preview

Page 1: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

CADANGAN JAWAPAN

PERAK

Huraikan tiga nilai yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan anda berdasarkan salah satu novelyang tersebut

SKEMA JAWAPANTingkatan 3 (6:20)

1. Nilai Keberanian (1m)Contoh peristiwa; ( 2m)Sukma berani menyiasat aktiviti yang berlaku di kelab WX2 seorang diri walaupun tempat itu asing baginya.

2. Nilai tolong- menolong (1m)Contoh peristiwa (2m)Rafiq sanggup memantau Sukma dari jauh kerana Sukma berseorangan berhampiran kelab WX2.

3. Nilai tanggungjawab (1m)Contoh peristiwa (2m)Tuan Haji Syaqir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat yang diwakilinya. Beliau sentiasa mengambil berat akan masalah penduduk.

Tingkatan 2( Novel Erti Pengorbanan)

1. Nilai Kasih Sayang ( 1m)Contoh Peristiwa;· Meskipun ibu dan bapa Iman bercerai, kedua-dua mereka tidak mengabaikan Iman malahmenyayangi Iman. (2m)· Datuk dan nenek Iman menjaga Iman dengan penuh kasih sayang setelah kedua-dua ibu bapaIman berpisah.(2m)

2. Nilai Kerjasama ( 1m)Contoh Peristiwa;· Iman dan rakan-rakannya, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif saling bekerjasama dalam perbincangan kumpulan sebagai persiapan menghadapi peperiksaan.(2m).· Pei Wen, Zulkarnain dan Adif bersama-sama menemani Iman berlatih pidato selepas tamatsesi persekolahan .(2m)

3. Nilai BersimpatiContoh : Iman amat bersimpati dengan Pei Wen yang kurang mesra dengan ibu tirinya.(2m)

1 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 2: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

KEDAH

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.

2 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 3: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

SBP

Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, huraikan tiga persoalan berserta dengan contoh yang sesuai bagi menggambarkan persoalan-persoalan tersebut.

Hikmah karya Mohd Faris Ikmal

1. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya - Walaupun Amri seorang murid yang nakal di sekolah, namun dia seorang yang taat dan sayang akan ibunya. Dia sanggup menggunakan wang simpanannya dan berbasikal ke pekan untuk membeli ubat ibunya. dia juga turut mengalirkan air mata ketika ubat yang dibeli untuk ibunya dicurahkan oleh penyamun sedangkan dia sudah tidak ada duit untuk membeli ubat yang lain.

2. Salah laku murid di sekolah. - Amri suka membuli dan memeras ugut pelajar junior di sekolahnya. Setiap pelajar harus membayar wang perlindungan diri kepada Amri dan kawan-kawannya.

3. Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan - Pak Dollah, jiran Amri seorang yang baik hati dan prihatin terhadap kesusahan Amri dan ibunya. Dia bersimpati dengan kesusahan mereka dan sanggup membenarkan ibu Amri berhutang dengannya.

4. Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup - Ibu Amri digambarkan sebagai seorang yang tabah dan sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup sejak suaminya berubah sikap. Suaminya sering meminta wang dan mengasarinya jika tidak mendapat wang yang dimintanya. Namun, dia tetap yakin suaminya akan berubah satu hari nanti. Dia turut menasihati Amri supaya tidak mendendami bapanya.

5. Keinsafan yang timbul setelah berhadapan dengan masalah. - Amri berasa insaf terhadap kesalahannya selama ini selepas peristiwa dia dibelasah dan diperas ugut oleh dua orang pemuda.Dia bertekad untuk mengubah sikap dan menjadi pelindung kepada pelajar-pelajar yang lemah di sekolahnya.

- Bapa Amri juga telah insaf apabila dipenjarakan dan Amri juga telah memaafkan kesalahan ayahnya.

(6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim )

1) Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. - Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 pagi kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

2) Konflik dalam keluarga. - Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu Sukma menganggap Sukma mengalami tekanan jiwa kerana terlalu ingin mengetahui tentang tetamu-tetamu misteri yang muncul di hadapan rumahnya pada pukul 6.20 pagi. Manakala Sukma pula menganggap ibunya terlalu mengongkong hidupnya.

3) Tanggungjawab seorang sahabat. - Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

3 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 4: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

4) Berani menegakkan kebenaran - Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

5) Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan. - Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. . 6) Tangungjawab pemimpin anggota masyarakat. - Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

7) Remaja yang mudah terpengaruh. - Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat

TERENGGANU

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga persoalan beserta contoh yang sesuai.

4 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 5: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

PERLIS

Contoh PersoalanTingkatan 1Novel Hikmah

1. Tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.Contohnya:Sebagai ketua keluarga, bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan buat keluarganya. Namun, kegagalan melaksanakannya akan menyebabkan keluarga porak-peranda. Dalam novel ini, bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam sehingga sanggup memukul ibunya. Keadaan itumenyebabkan Amri berubah sikap dan menjadi nakal di sekolah.

2. Kasih sayang ibu terhadap anaknya.Contohnya:Emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri. Segala keperluan Amri, sedaya upaya dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan lemah.

3. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.Contohnya:Amri sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh kilometer semata-mata untuk membeli ubat buat ibunya di pekan.

4. Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah.Contoh:

5 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 6: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

Sapura dilambangkan sebagai pengawas yang amanah dan berani dalam melaksanakan tugasnya. Dia tidak takut akan ugutan dan ancaman. Dia berani melaporkan kegiatan Amri memeras ugut Saleh kepada guru disiplin.

5. Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan.Contoh:Sapura dan ayahnya bersimpati akan nasib yang menimpa Amri dan ibunya. Mereka sekeluarga menghantar ibu Amri yang cedera di dahi dan Amri yang cedera dipukul penyamun ke hospital.

6. Saling memaafkan atas kesilapan lampauContoh: Amri sedar dan insaf akan kesalahannya terhadap Sapura. Sapura memaafkan kesalahan Amri. Begitu juga dengan bapa Amri yang sudah dihukum dan insaf atas kesilapannya. Amri dan emaknya sudah memaafkannya dan akan menunggu kepulangannya

Tingkatan 2Novel Erti Sebuah Pengorbanan

1. Perasaan anak yang menjadi mangsa penceraian ibu bapaContohnya:Iman Zulaikha sering berasa tidak tenteram sejak ibu dan bapanya bercerai. Walaupun begitu, dia sentiasa berusaha untuk menyatukan ibu bapanya kembali.

2. Pemilihan kawan yang baik dapat membimbing kea rah kebaikanContoh :Iman berkawan dengan Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya. Mereka sentiasa berfikir secara positif apabila menghadapi masalah.

3. Perbezaan kaum tidak menghalang persahabatan.Contohnya:Pei Wen dan Iman merupakan sahabat baik. Mereka saling membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama-sama. Malah Pei Wen amat menggemari masakan orang Melayu.

4. Teknologi komunikasi mampu mendekatkan hubungan dengan orang yangjauh.Contoh:Iman dan ibunya berhubung melalui e-mail. Bapa Iman juga sering menelefon Iman walau di mana-mana sahaja dia berada.

5. Setiap anak wajar menghormati ibunya dan tidak menaruh prasangka.Contoh:Iman akhirnya sedar bahawa dia tidak wajar berprasangka bahawa ibunya sudah melupakannya hanya kerana ibunya tidak membalas e-mailnya dan mempunyai rakan lelaki berbangsa Inggeris.

6. Setiap perbuatan buruk pasti akan terbongkar dan menerima padahnya.Contohnya:Linda merancang kejadian mencuri diari Iman. Namun akhirnya, perbuatan buruknya itu terbongkar. Linda malu dan menangis apabila guru disiplin mahu membawa perkara tersebut ke pengetahuan pengetua.

7. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga khususnya terhadapanak-anak.Contoh:

6 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 7: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

Ibu Adif Danial mahu membawa Adif Danial tinggal bersama dengannya di Kuala Lumpur. Dia mahu memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Alif Danial.

8. Usaha yang gigih mampu memacu kejayaan yang cemerlang dalam pelbagaibidang.Contoh: Berkat kegigihannya belajar dan mengulang kaji pelajaran, Iman Berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan pertengahan tahun. Iman juga berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah hasil usaha gigihnya berlatih bersungguh-sungguh di bawah bimbingan Cikgu Julia.

9. Kemenangan bagi insan bersabar.Contoh:Iman sentiasa bersabar terhadap dugaan yang menimpanya. Dia tidak mudah marah walaupun Linda sering menyindirnya, malah berlaku kasar terhadapnya. Berkat kesabarannya Linda insaf

Tingkatan 3Novel : 6:20

Persoalan

1. Dedikasi terhadap tanggungjawab sebagai seorang pemimpinContoh:Haji Syakir merupakan wakil rakyat yang berdedikasi terhadap tugasnya. Beliau terlibat dalam kerja-kerja amal membantu penduduk yang memerlukan bantuan dan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Puan Delia juga yang suatu ketika dulu merupakan seorang pemimpinwanita yang disegani dan dihormati di tempat kerjanya kerana kerajinan dan dedikasinya dalam menjalankan tugas.

2. Rasa curiga dan perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri.Contoh:Sukma terkesan dengan kehadiran tetamu-tetamu misteri yang tidak dikenali muncul di hadapan pintu pagar rumahnya pada pukul 6:20 pagi. Perncarian yang berpunca daripada rasa curiga itu membawa Sukma menemukan kisah silam keluarganya yang mempunyai tragedi yang tersendiri dan kini berkaitan dengan segala yang berlaku di daerahnya.

3. Ketidaksefahaman antara generasi tua dengan generasi muda.Contoh:Sukma dan ibunya sering berselisih pendapat kerana ibunya sentiasa memikirkan hal yang tidak baik akan berlaku kepada anaknya. Sebaliknya, Sukma melihat melihat ibunya suka merungut, berfikiran negatif dan mementingkan nama serta taraf sebagai isteri wakil rakyat semata-mata. Jerry pula tertekan kerana dia merasakan ibu bapanya asyik mengongkong hidupnya sementara ibu bapa Jerry hanya mahukan yang terbaik untuk kejayaan hidup anak mereka.

4. Nilai persahabatan yang kukuh akan melahirkan rasa ingin membantu dalamapa-apa jua keadaan.Contoh:Sukma berusaha mahu membebaskan Jerry daripada pengaruh negative akibat kemunculan Kelab WX2. Sementara itu, Rafiq tidak sampai hati dan bimbang mahu meninggalkan Sukma sendirian ketika menunggu Jerry di luar Kelab WX2 lalu dia menunggu Sukma di sekitar kawasan tersebut.Rafiq dan Teja turut sama membantu Sukma mendapatkan maklumat tentang tetamu-tetamu misteri.

5. Pengorbanan yang dilakukan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan.

7 Disediakan oleh Cikgu Kesavan

Page 8: Cadangan Jawapan. Novel Pmr2012 (1)

Contoh:Ibu Sukma sanggup merahsiakan tugas berat yamg sedang digalasnya daripada pengetahuan orang lain termasuk suami dan anak kesayangannya. Lelaki bernama Aim dicemuh masyarakat kerana menyangka dia lelaki yang jahat kerana menghidap panyakit AIDS, sedangkan dia dianiaya dandiberi dadah yang menjadi punca dia menghidap penyakit tersebut.

6. Kesakitan dan kesusahan hidup terubat dengan adanya orang yang dikasihi.Contoh:Nenek yang menjaga cucunya yang kecil bernama Aim, reda menghadapi segala ujian dan hidup dalam segala kekurangan kerana cucunya yang semakin membesar dan bijak itu begitu menyayanginya. Kanak-kanak yang bernama Ehsan pula begitu tabah meneruskan kehidupan bersama dengan keluarga dan masyarakat yang prihatin terhadap dirinya meskipun dia menderita penyakit jantung dan kulit yang serius.

7. Bersedia memaafkan kesalahan mereka yang tersayang dan menerimakembali kehadiran mereka dengan hati yang terbuka.Contoh:Sukma berasa bersalah terhadap tuduhan yang telah dilemparkan terhadap ibunya sedangkan ibunya telah banyak berkorban demi tugas, malah menerima kembali ibunya dengan penuh rasa kasih sayang.Ibu dan ayah Jerry yang mulanya terkejut akan perubahan anak mereka yang terlibat dalam Kelab WX2, telah menerima Jerry dengan hati yang terbuka apabila Jerry sedar akan kesalahannya dan kembali ke pengkuan mereka.

8. Pengaruh budaya dan cara berfikir dari luar boleh membuatkan remajatersalah membuat pilihan hidup.Contoh:Muzik black metal, yang terdapat dalam Kelab WX2 mempengaruhi cara nremaja berpakaian dan menunjukkan citra atau imej budaya barat seperti cara Jerry berpakaian di luar kampus. Muzik dan segala maklumat daripada internet begitu mudah mempengaruhi fikiran remaja apabila wujudnya ajaran baru yang disampaikan terutamanya tentang makna kebebasan hidup dalammengejar kemodenan seperti yang diajarkan dalam ‘ruang sepi’ Kelab WX2.

8 Disediakan oleh Cikgu Kesavan