Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 124 – 137
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),
Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,
Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011
CADANGAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI
MALAYSIA: PERANAN INSTITUSI MASJID1
Localization of Zakat Distribution in Malaysia: The Role of Masjid
Hairunnizam Wahid ([email protected])
Sanep Ahmad ([email protected])
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Radiah Abdul Kader ([email protected])
Jabatan Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya
ABSTRAK
Kajian ini berkaitan dengan cadangan kajian Muhammad Syukri (2006) berkenaan cadangan
perlaksanaan kaedah melokalisasikan zakat sebagai satu alternatif penyelesaian kepada permasalahan
pengagihan zakat di Malaysia. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa mengagih dan
memungut zakat dan dilaksanakan oleh amil dan kakitangan institusi zakat di mukim tertentu kepada
asnaf di mukim tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu dilihat kepada
aspek peranan institusi masjid sebagai satu institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam
setempat. Beberapa pemboleh ubah diuji menganalisis persepsi amil dan penerima zakat terhadap
institusi masjid terutamanya memartabatkan peranan institusi masjid dalam aspek pengurusan zakat.
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara peranan masjid dan cadangan
lokalisasi pengagihan zakat dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah amat
kuat dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata Kunci: lokalisasi pengagihan zakat, institusi masjid, amil dan penerima zakat.
ABSTRACT
This study is related to the study done by Muhammad Syukri (2006) on the concept of localization of
zakat management as an alternative solution to overcome the problem of zakat distribution in
Malaysia. Localization involves the decentralization process of distributing and collecting zakat,
conducted by the amil to serve the zakat recipient in the specific area or territory. However the
successful implementation of that concept needs to be associated to the role of the mosque as an
important Islamic institution that has a very close relationship to the local Muslim community. Several
variables were tested and the results showed a significant relationship between the roles of the mosque
and the proposed concept of localization. The study also showed that the role of the mosque is
statistically significant influencing the perception of localization. Some policy implications and
recommendations are discussed in this study.
Keywords: localization of zakat management, the mosque, amil, zakat recipient
PENGENALAN
Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Ia bukan sekadar merupakan
satu tempat bagi umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-Qur’an,
berzikir dan seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih
menyeluruh. Oleh kerana itulah usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk membentuk
masyarakat dan negara Islam di Madinah ialah mendirikan masjid. Bahkan pada zaman tersebut,
1 Merupakan sebahagian hasil penyelidikan di bawah geran UKM-GUP-JKKBG-08-03-009
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 125
menurut Ibnu Hisham, masjid telah berkembang sehingga mencapai 18 buah dan terus meningkat
selepas itu (Mokhtar, 2003). Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada segala kegiatan
penting di zaman Rasulullah, di mana baginda mendidik umatnya supaya dapat mengatur urusan hidup
dan urusan agama pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Lantaran itu, masjid telah
memainkan peranan yang amat luas yang mencakupi aspek-aspek ibadat, ilmu, politik, ekonomi,
ketenteraan, pentadbiran, pembentukan dasar negara, perhubungan antara negara dan sebagainya.
(Lokman dan Musa, 1996)
Dalam memastikan segala aktiviti masjid berjalan dengan lancar, pihak pengurusan masjid
yang diketuai oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid perlu menyusun berbagai bentuk aktiviti
seperti aktiviti keagamaan, aktiviti sosial dan juga ekonomi seperti menubuhkan koperasi, mengadakan
kedai, rumah sewa dan sebagainya. Segala aktiviti ini akan membentuk satu modal sosial yang akan
menyumbang kepada kecemerlangan peradaban masyarakat Islam. Walau bagaimanapun aktiviti
masjid yang telah dilaksanakan dikatakan masih belum mantap (Roslan, 2003) Antara kelemahan yang
dikenal pasti adalah skop aktiviti masjid yang masih sempit, pengurusan tidak sepadu dan selaras dan
kedudukan kewangan masjid yang tidak mantap. Kesannya, kebanyakan masjid hanya berperanan
sebagai tempat sembahyang Jumaat dan sembahyang berjemaah sahaja. Sudah tentu suasana
sedemikian amat berbeza dari peranan masjid yang diasaskan oleh Rasulullah seperti dinyatakan di
atas. Namun sejak akhir-akhir ini, usaha untuk mengembalikan peranan masjid yang komprehensif
telah digerakkan semula dalam banyak negara Islam. Di Malaysia contohnya, berberapa forum,
bengkel dan seminar telah di adakan sejak dua dekad yang lalu untuk menganjurkan supaya pihak
pengurusan masjid di seluruh negara dapat mengembangkan peranan dan aktiviti masjid masing-
masing di samping mempertingkatkan mutu pengurusan. (Jaafar et. al 2001).
Persoalannya adakah peranan masjid dapat diperluaskan lagi kepada aspek pengurusan zakat
dan bagaimana persepsi amil sebagai individu yang bertanggungjawab mengutip zakat dan penerima
zakat terhadap meluaskan peranan masjid sebagai institusi yang terlibat dalam sistem pengurusan
zakat. Kajian ini percaya institusi masjid dapat melaksanakan tanggungjawab ini majoriti amil dan
penerima zakat amat bersetuju terhadap pelaksanaan konsep lokalisasi pengagihan zakat (Radiah et.al,
2010a; 2010b dan 2010c). Perkara ini akan dibincangkan dan dibahaskan di bahagian seterusnya.
KAJIAN LEPAS
Perkataan masjid secara literalnya berasaskan kepada tiga perkataan Arab iaitu misjad bermaksud
tempat untuk sujud, masjad bermaksud dahi lelaki yang menyentuh ketika sujud dan misjid bermaksud
tikar yang kecil. Namun Al-Zarkasyi berpendapat perkataan masjid dipilih disebabkan perbuatan sujud
adalah suatu amalan dalam solat yang paling mulia berbanding perbuatan rukuk yang menghampirkan
seorang hamba kepada tuhan (Mokhtar, 2003). Manakala perkataan zakat secara literalnya diambil
daripada perkataan asas bahara Arab yang bermaksud penyucian dan berkembang (Mannan, 1986). Ia
juga membawa konotasi lain seperti pertambahan, kebajikan dan juga memberi.
Perkataan zakat banyak dinyatakan dalam al-Quran bersama perkataan lain seperti sadaqat
dan solat yang juga merupakan konotasi yang membawa maksud memberi atau kebajikan. Al-Quran
sendiri menyebut tentang zakat sebanyak 82 kali bersama kewajipan mendirikan solat menunjukkan
betapa pentingnya amalan rukun Islam yang keempat ini. Oleh kerana perkataan solat dan zakat banyak
dinyatakan secara seiring dalam Al-Quran, kedua-dua ibadah khusus ini amat signifikan dikaitkan
dengan institusi masjid bersandarkan firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 18 bermaksud;
Sesungguhnya orang yang wajar mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang
yang beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat, mendirikan solat dan
menunaikan zakat dan ia tidak takut kecuali Allah, semoga mereka termasuk dalam
golongan orang-orang yang mendapat hidayat. (Tafsir Fi Zilalil Qur’an, h. 355)
Pengajaran ayat ini membuktikan tanda seseorang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat ialah
orang yang sentiasa memakmurkan masjid. Ini juga menunjukkan memakmurkan masjid adalah usaha
atau kerja dan beriman adalah kesan daripada usaha (Nasoha, 2001; h.19). Kesan iman akan membawa
kepada amalan peribadatan iaitu solat dan zakat yang merupakan antara rukun Islam yang lima.
Manakala menurut Qutb (2000), ayat ini hanya menyebut “takut kepada Allah” selepas menyebut dua
syarat keimanan dalaman dan amalan luaran yang akhirnya amalan itu akan dibalas oleh Allah dengan
hidayat, pencapaian matlamat dan kejayaan. Ini menjelaskan sifat takut kepada Allah wujud selepas
teguhnya iman dan diterjemahkan kepada amalan solat dan menunaikan zakat yang dilakukan oleh
mereka yang sentiasa mengimarahkan masjid. Mereka yang tidak sembahyang dan orang yang bakhil
126 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader
menunaikan zakat tidak akan mendekati masjid (Hamka, 1984; h. 128). Ibn Kathir (2005) pula
menjelaskan Allah s.w.t mempersaksikan keimanan orang-orang yang mengimarahkan masjid. Malah
beliau menambah lagi mereka yang telah mengimarahkan masjid akan dihindarkan azab oleh Allah
s.w.t. ke atas sesebuah kampung (Al-Hafiz Al-Bahai dalam kitab Al-Mustaqsa) dan tidak berpecah
belah serta berpegang kepada jamaah, masyarakat dan masjid (Hadith diriwayatkan oleh Imam
Ahmad). Hamka (1984) berpendapat memakmurkan masjid bermaksud meramaikan dan
menghidupkan berjemaah di dalam masjid. Hanya mereka yang memakmurkan masjid beriman kepada
Allah, percaya kewujudan Allah s.w.t dan hari akhirat, mereka menunaikan solat dan berzakat di
masjid, mendirikan solat berjemaah di saf-saf belakang imam bersama-sama golongan kaya dan
golongan miskin, sehingga habis bersembahyang berkesempatan mengeluarkan zakat kepada yang
berhak menerimanya. Ini menunjukkan segala kegiatan masyarakat termasuklah ekonomi, politik dan
sosial dapat berkembang dengan subur sekiranya ramainya manusia yang mengimarahkan masjid tidak
kira saiz masjid sama ada yang kecil atau masjid yang besar.
Perbahasan di atas jelas menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dalam
kehidupan individu dan masyarakat. Sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ Al-Rasyidin telah
menggambarkan peranan masjid sebagai tempat berlakunya majlis syura berkaitan urusan peperangan,
berlangsungnya perjanjian-perjanjian, persetujuan damai, mengadakan bai’ah kepada pemimpin Islam,
menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab
mereka menunaikan zakat serta sedekah dan membahagikan kutipan zakat kepada yang berhak dan
pelbagai aktiviti lain. (Mokhtar, 2003; h. 73). Ini juga menjelaskan peranan masjid yang signifikan
dalam aspek pengurusan zakat sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Jika dilihat kepada sejarah pada
zaman Rasulullah s.a.w dalam urusan pengurusan zakat, kutipan dan pengagihan zakat secara
prinsipnya dilaksanakan dalam lokaliti yang sama, bermaksud zakat dikutip dan diagihkan juga di
kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat di bawa kepada kerajaan pusat. Menurut Khaf (1999;
h.17), tiada fakta atau laporan menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain
ketika zaman Rasullullah s.a.w. Pada zaman tersebut, Rasullullah s.a.w sebagai ketua negara di
Madinah yang pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kecil telah menggunakan khidmat amil
untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Malah pada ketika itu, terdapat ramai tenaga manusia bersifat
sukarela berkhidmat dan sumbangan kewangan oleh masyarakat adalah sangat baik kerana masyarakat
Islam pada ketika itu sangat tinggi kepercayaan dan keimanannya. Ini menjadikan sistem zakat pada
zaman tersebut sangat berjaya dan berkesan (Khaf, 1999; h.4).
Khaf (1999) berpendapat peristiwa ini memberikan implikasi penting berkaitan dengan konsep
lokalisasi atau lokaliti yang telah dilaksanakan pada zaman tersebut. Hasil kerajaan telah dibelanjakan
dan diagihkan secara cekap dan efisien dalam sistem zakat dan juga percukaian. Walaupun pada ketika
itu, kerajaan Islam adalah kecil, namun didapati zakat contohnya bukan sahaja telah diagihkan dengan
cekap malah ia telah diagihkan dengan cepat dan pantas selepas zakat dikutip. Khaf (1999) telah
menyatakan pada zaman tersebut, ramai amil setelah kembali daripada misi mengutip zakat pulang
dengan tangan kosong iaitu bermaksud tiada lebihan zakat dibawa pulang kerana mereka telah
mengagihkan zakat tersebut pada masa itu juga selepas mengutip zakat. Keadaan ini menunjukkan
keperluan menerima zakat oleh asnaf adalah mengikut saiz jumlah zakat yang dikutip dan hanya sedikit
jika ada disimpan di baitulmal untuk tujuan awasan masa hadapan. Rumusannya, kejayaan ini adalah
hasil daripada peranan penting institusi masjid dan institusi zakat melalui baitulmal dalam mengutip
dan mengagihkan zakat dan dikuatkan lagi pelaksanaan konsep lokalisasi dalam pengurusan zakat pada
zaman Rasulullah s.a.w.
Adakah peranan institusi masjid dan konsep lokalisasi dapat digabungkan untuk
penambahbaikan sistem pengurusan zakat di Malaysia? Muhammad Syukri (2006) contohnya telah
mencadangkan satu cadangan teoretis lokalisasi zakat dilaksanakan di Malaysia berikutan kewujudan
masalah pengagihkan zakat oleh institusi zakat. Ini berdasarkan jumlah lebihan zakat yang tidak
diagihkan setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia (Muhammad Syukri, 2006; h. 215 dan
Hairunnizam et. al, 2010; h.151). Menurut Muhammad Syukri (2006), ia berlaku disebabkan antaranya
adalah wujudnya jurang perhubungan antara pusat pengurusan zakat dengan asnaf. Pihak pengurusan
zakat dikatakan tidak dapat mengenal pasti asnaf secara tepat terutamanya fakir dan miskin. Ini adalah
kerana terlalu luasnya kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat pengurusan zakat.
Semakin besar kawasan dipertanggungjawabkan, semakin luaslah jurang perhubungan antara pusat
pengurusan zakat dengan pembayar zakat. Fenomena ini menjadi semakin bermasalah sekiranya
pengurusan zakat sendiri diurus secara berpusat (Muhammad Syukri, 2006; h.219). Satu kajian telah
dilakukan untuk mengukur tahap penerimaan masyarakat Islam terhadap konsep ini. Kajian oleh
Radiah et.al (2010b, 2010c) telah menunjukkan tahap penerimaan amil serta penerima zakat adalah
tinggi terhadap cadangan lokalisasi pengagihan zakat. Kajian tersebut juga menunjukkan secara
relatifnya tahap persetujuan amil amat tinggi berbanding penerima zakat menunjukkan mereka sebagai
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 127
pelaksana amat bersetuju cadangan ini dilaksanakan untuk meningkat imej pusat zakat. Namun begitu
peranan masjid sebagai institusi menggerakkan konsep ini tidak dibincangkan dengan jelas
memandangkan kebanyakan amil adalah mereka yang memegang jawatankuasa masjid serta mengutip
zakat di masjid kariah mereka. Ini sebenarnya menjadi motivasi utama kepada kajian ini mengiktiraf
peranan masjid menguruskan zakat. Ini berkemungkinan dapat menyelesaikan masalah geografi yang
luas dan masalah perhubungan antara amil dan penerima zakat memandangkan kedudukan masjid yang
strategik, menjadi tempat pertemuan umat Islam setiap masa dan setiap hari dalam menunaikan ibadah
terutamanya ibadah solat secara berjemaah.
Sebenarnya sejarah telah menunjukkan, konsep lokalisasi telah dilaksanakan di Malaysia
sebelum zaman kolonial lagi. Muhammad Aziz (1993) contohnya telah menjelaskan mengikut
sejarahnya pengurusan zakat sebelum zaman kolonial, umumnya zakat telah dikutip dan diagihkan di
peringkat kampung. Beliau berpendapat, desentralisasi pengurusan zakat adalah tidak bertentangan
dengan syariat Islam malahan kaedah ini akan menjaga kepentingan golongan fakir dan miskin serta
asnaf yang lain (Abdul Aziz, 1993; h.179). Terdapat beberapa kajian lain yang mencadangkan institusi
zakat perlu diadakan sehingga di peringkat kampung, di dalam kawasan masyarakat Islam dan institusi
masjid juga berperanan menjalankan tanggungjawab menguruskan zakat. Institusi masjid yang
dicadangkan adalah masjid berstatus masjid jami’ yang dapat menghimpunkan ramai masyarakat Islam
pada satu-satu masa (Khaf, 1995b dan Zayas, 2003). Persoalannya jika kaedah lokalisasi dilaksanakan,
siapakah yang bertanggungjawab mengutip atau mengagihkan zakat tersebut? Sejarah juga telah
menunjukkan pada zaman sebelum kolonial, para ustaz atau imam di masjid telah berperanan sebagai
amil memandangkan masyarakat Islam amat menghormati dan mempercayai mereka dapat
mengagihkan zakat secara adil (Abdul Wahab, 1995; dan Muhammad Aziz, 1993). Di negara muslim
yang lain seperti Pakistan dan Kuwait, satu jawatankuasa diketuai oleh pemimpin agama diyakini dapat
mengagihkan zakat terutamanya golongan fakir dan miskin (Khaf, 1995b dan Ajeel, 1995). Apabila
masyarakat dapat menerima jawatankuasa ini atau kepercayaan kepada ustaz atau imam mengutip dan
mengagihkan zakat, maka masyarakat Islam mungkin dapat bekerjasasama secara aktif dalam sebarang
kegiatan masyarakat terutamanya membantu masyarakat yang miskin dan membenteras kemiskinan di
kampung mereka (Alatas et.al, 2003).
Rumusnya kajian-kajian terdahulu hanya mencadangkan dan membentangkan konsep
lokalisasi melalui peranan aktif oleh institusi masjid berdasarkan fakta sejarah lampau dan tiada kajian
semasa yang mengkaji kemungkinan ia dapat dilaksanakan pada masa kini berdasarkan penerimaan dan
persepsi masyarakat Islam terhadap konsep lokalisasi pengurusan zakat serta peranan yang sepatutnya
dimainkan oleh institusi masjid. Kajian ini adalah penting bagi memberi cadangan kepada pembuat
dasar terutamanya institusi zakat untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan zakat di
Malaysia dan menguatkan lagi keberkesanan perlaksanaan konsep lokalisasi.
METODOLOGI KAJIAN
Kutipan Data dan Pensampelan
Unit analisis kajian ini ialah amil iaitu melibatkan amil tetap dan amil sementara yang mengutip zakat
fitrah khususnya di bulan Ramadan serta asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan kewangan
bulanan dan makanan bulanan mewakili sampel penerima zakat. Asnaf ini dipilih kerana ia mewakili
asnaf zakat yang terbesar iaitu hampir 50 peratus berbanding asnaf yang lain (Hairunnizam et.al, 2010).
Kajian ini tertumpu di negeri Selangor, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan
Kedah (Lihat JADUAL 1). Kajian ini akan mengkategorikan institusi zakat seperti berikut; Selangor
dan Pulau Pinang yang merupakan negeri yang telah mengkorporatkan institusi zakat dalam aspek
kutipan dan pengagihan zakat; WP Kuala Lumpur dan Melaka yang telah mengkorporatkan institusi
zakat dalam aspek kutipan zakat sahaja dan pengagihan masih di bawah pengurusan baitulmal negeri;
Terengganu dan Kedah mewakili negeri yang pengurusan kutipan dan pengagihan zakat yang masih di
bawah tanggungjawab baitulmal negeri. (Laporan Zakat 2008). Perbezaan struktur institusi pengurusan
zakat antara kesemua negeri adalah dijangkakan memberikan hasil keputusan kajian yang seimbang
dan valid.
Spesifikasi Model
Kajian ini cuba menganggar kebarangkalian wujud hubungan antara peranan institusi masjid dan
kelebihan lokalisasi zakat yang melibatkan persepsi pelaksana (amil) dan penerima akhir perkhidmatan
zakat (golongan fakir dan miskin) dalam satu sistem zakat. Setiap pemboleh ubah dalam model adalah
128 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader
pembolehubah pendam dan akan diuji menggunakan structural equation model (SEM) seperti
cadangan Bryne (2001). Definisi setiap pembolehubah adalah seperti berikut:
1. Cadangan lokalisasi pengagihan zakat.
Cadangan ini telah dibincangkan dengan panjang lebar di bahagian sebelumnya di mana ia merupakan
cadangan Muhammad Syukri (2006). Tiga faktor utama telah dikenal pasti daripada analisis CFA iaitu
perhubungan dan politik, kenal pasti asnaf dan transparensi dan akhirnya kepercayaan kepada institusi.
Lima skala likert telah digunakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana, setuju dan sangat
setuju. Nilai purata telah digunakan mewakili setiap faktor memandangkan setiap faktor dipengaruhi
oleh tiga faktor lain (menggunakan pendekatan confirmatory factor analysis (CFA) peringkat kedua)
seperti dalam kajian Radiah et. al. (2010a).
2. Peranan Institusi masjid
Peranan institusi masjid adalah amat luas. Kajian ini mengecilkan skop kepada peranan menguruskan
zakat oleh pihak masjid (lihat Hamka, 1984 dan Mokhtar, 2003). Dua faktor utama telah dikenal pasti
daripada analisis exploratory factor analysis (EFA) dan CFA iaitu program dan aktiviti anjuran masjid
serta pengurusan dan nilai murni kesan daripada kekerapan mengikuti aktiviti masjid. Lima skala likert
juga telah digunakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana, setuju dan sangat setuju. Nilai
purata telah digunakan mewakili setiap faktor memandangkan setiap faktor dipengaruhi oleh dua faktor
lain (lihat JADUAL 3 )
Model
Seperti perbincangan sebelum ini, kajian ini menggunakan teknik SEM di RAJAH 1. Ia melibatkan tiga
analisis utama iaitu korelasi dan kovarian kedua-dua pembolehbah bertujuan memastikan wujud
hubungan yang signifikan antara pembolehubah. Model kedua dan ketiga akhirnya melihat pengaruh
pembolehubah peranan masjid terhadap lokalisasi atau sebaliknya untuk menentukan pembolehubah
manakah yang kuat mempengaruhi terhadap pembolehubah lain berdasarkan nilai koefisien. Analisis
akan dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu amil, penerima zakat dan keseluruhan yang
melibatkan kedua-dua kumpulan tersebut.
Analisis Data
Data kajian dianalisis bermula dengan beberapa langkah. Pertamanya analisis faktor telah dilakukan
dengan menggunakan pendekatan EFA dan CFA untuk menguji kesahan (validity) setiap pemboleh
ubah untuk membentuk dan memilih beberapa faktor yang mewakili pembolehubah pendam (latent).
Kedua mengaplikasikan SEM dengan menggunakan perisian AMOS (Bryne, 2001). SEM merupakan
satu teknik pengesahan bagi analisis data yang menjadi perhatian oleh para penyelidik pada masa kini
(Hair et al., 2006). Berbagai-bagai indeks kebagusuaian padanan (goodness of fit-GOF) digunakan bagi
menilai padanan model yang dicadangkan dalam kajian dengan data. Literatur melaporkan terdapat
beberapa indeks ukuran padanan yang selalu digunakan sebagai tanda aras dalam menentukan
kebagusuaian padanan sesuatu model, antaranya chi-square (χ2); root mean-square error of
approximation (RMSEA) (Bollen, 1986; Browne & Cudeck, 1993; Hair et al., 2006; Hu & Bentler,
1999), The tucker-lewis index (TLI) dan normed fit index (NFI) (Hair et al., 2006; Hu & Bentler,
1999), dan comparative fit index CFI) dan normed chi-square (χ2/df) (Hair et al., 2006). Bagi
memantapkan kedudukan konstruk dalam kedua-dua teori tersebut, ujian kebolehpercayaan dan
kesahan konstruk dilakukan. Kebolehpercayaan konstruk juga dilakukan berpandukan
kebolehpercayaan komposit (Cornbach & Meehl, 1955; Bonett, 2002).
Kesahan konstruk pula melibatkan kesahan memusat berdasarkan nilai normed fit index (NFI):
nilai menghampiri 0.9 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik (Bentler dan Bonett,
1980); (CFI): nilai menghampiri 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik (Bentler,
1990); (RFI): nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagus penyusuaian yang baik (Bollen, 1986); (TLI)
merupakan analisis struktur momen: Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang
baik (Bentler dan Bonett, 1980) dan akhirnya (RMSEA): nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk
RMSEA menunjukkan kesesuaian penganggaran ralat (Bollen, 1989; Browne & Cudeck, 1993; Hair et
al., 2006; Hu & Bentler, 1999). Kajian ini akan menggunakan kesemua indeks tersebut sebagai syarat
utama sesuatu model SEM diterima dan seterusnya dianalisis secara empirikal.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 129
DAPATAN KAJIAN
JADUAL 2 menunjukkan majoriti responden termasuklah amil dan penerima zakat memilih masjid
sebagai institusi yang bertanggungjawab menguruskan zakat di peringkat lokaliti dan mukim tertentu
berbanding tempat lain seperti dewan orang ramai atau pejabat rukun tetangga. Namun begitu ramai
juga responden memilih pejabat khas zakat di masjid. Sebenarnya kajian ini berpendapat, pejabat
cawangan pusat zakat perlu dibina di masjid tertentu terutamanya masjid jami’ yang mewakili sesuatu
mukim tertentu kerana saiznya yang besar serta jemaahnya yang ramai.
JADUAL 3 pula menunjukkan analisis EFA untuk menentukan kelompok faktor utama
pemboleh peranan masjid. Namun sebelum itu, ia perlu dirujuk kepada keseluruhan padanan
berdasarkan kriteria scree test dan latent root criterion. Ujian kesahan menunjukkan nilai keseluruhan
alpha Cronbach bersamaan 0.865 menunjukkan ia skala kesahan yang baik. Kajian ini mendapati
kriteria scree test adalah 2 iaitu menunjukkan kesemua pemboleh ubah cerapan terbahagi kepada 2
faktor utama. Manakala kriteria latent root criterion berdasarkan peratusan variasi keseluruhan
menunjukkan 58.96 peratus dan pembahagian kedua-dua variasi untuk ketiga-tiga faktor adalah
seimbang masing-masing ialah 32.23 dan 26.72. Oleh itu kesemua faktor adalah sesuai untuk analisis
seterusnya setelah meneliti nilai kecukupan pengukuran pensampelan (measure of sampling adequacy-
MSA), muatan faktor dan faktor communalities. Kajian mendapati kesemua faktor tersebut melebihi
nilai tahap yang sesuai iaitu 0.5 (lihat Hair et.al 2006 h. 144-162). JADUAL 4 pula menunjukkan hasil
analisis CFA dengan menggunakan SEM. Perbezaan yang jelas berbeza adalah jumlah faktor bagi
setiap kelompok faktor telah berkurangan kepada 2 faktor bagi setiap kelompok. Namun apa yang
penting dalam teknik CFA, kebagusuaian padanan sesuatu model (GOF) adalah amat penting untuk
dilihat sebelum meneruskan analisis sesuatu faktor. Didapati nilai χ2 = 2.52; CFI = 0.998; RFI = 0.973;
NFI = 0.997; TLI = 0.984; RMSEA = 0.037. Oleh itu pembentukan pembolehubah peranan masjid
(pembolehubah pendam) akan diproksikan oleh pembolehubah cerapan daripada analisis CFA tersebut.
JADUAL 5 pula menunjukkan analisis EFA iaitu langkah menentukan kelompok faktor utama
penentu terhadap pemboleh ubah lokalisasi. Keseluruhan padanan berdasarkan kriteria scree test dan
latent root criterion. Ujian kesahan menunjukkan nilai keseluruhan alpha Cronbach bersamaan 0.946
menunjukkan skala kesahan yang baik. Kriteria Scree test adalah 3 iaitu menunjukkan kesemua
pemboleh ubah cerapan terbahagi kepada 3 faktor utama. Manakala kriteria latent root criterion
berdasarkan peratusan variasi keseluruhan menunjukkan 60.56 peratus dan pembahagian ketiga-tiga
variasi untuk ketiga-tiga faktor adalah seimbang masing-masing ialah 24.96, 18.23 dan 13.37. Oleh itu
ia adalah sesuai kesemua faktor sesuai untuk analisis seterusnya. Nilai kecukupan pengukuran
pensampelan (MSA), muatan faktor dan faktor communalities pula didapati melebihi nilai tahap yang
sesuai iaitu 0.5. Berdasarkan JADUAL 5, sebanyak 3 kelompok faktor telah dibentuk berdasarkan
EFA. Ketiga kelompok faktor tersebut ialah perhubungan dan transparensi, asnaf mudah dikenal pasti
dan efisien, dan akhirnya kepercayaan kepada sistem dan institusi. JADUAL 6 pula menunjukkan hasil
analisis CFA dengan menggunakan SEM. Perbezaan yang jelas berbeza adalah jumlah faktor bagi
setiap kelompok faktor telah berkurangan kepada 3 faktor bagi setiap kelompok. Namun apa yang
penting dalam teknik CFA, kebagusuaian padanan sesuatu model (GOF) adalah amat penting untuk
dilihat sebelum meneruskan analisis sesuatu faktor. Didapati nilai χ2 =179.4; CFI = 0.965; RFI = 0.926;
NFI = 0.960; TLI = 0.935; RMSEA = 0.077. Oleh itu pembentukan pemboleh ubah lokalisasi
(pemboleh ubah pendam) akan diproksikan oleh 3 kelompok faktor yang terdiri daripada pemboleh
ubah cerapan daripada analisis CFA tersebut.
JADUAL 7 menunjukkan korelasi dan kovarian antara pemboleh ubah peranan masjid dan
lokalisasi. Kajian mendapati kedua-dua pemboleh ubah mempunyai nilai kolerasi yang sederhana bagi
penerima zakat (0.567) dan keseluruhan (0.599) tetapi agak tinggi bagi amil (0.825). Hubungan antara
kedua-dua pemboleh ubah ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi kesemua model
pada aras ke ertian 1 peratus. Ini menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah pendam boleh dianalisis
untuk peringkat seterusnya iaitu analisis regresi. Manakala bagi kriteria kebagusuaian padanan sesuatu
model (GOF) adalah amat penting untuk dilihat sebelum meneruskan analisis sesuatu faktor. Didapati
nilai χ2 = 96.93; p=0.000; χ
2/df = 8.07; CFI = 0.975; RFI = 0.893; NFI = 0.971; TLI = 0.905; RMSEA
= 0.057 menunjukkan model yang baik. Akhirnya JADUAL 8 adalah hasil regresi untuk menguji
adakah institusi lebih dominan berbanding persepsi terhadap lokalisasi atau sebaliknya. Hasil kajian
menunjukkan peranan institusi masjid adalah signifikan dan lebih dominan mempengaruhi lokalisasi
daripada perspektif amil dan secara keseluruhan amil dan penerima zakat. Contohnya untuk amil,
apabila institusi masjid meningkat satu unit, persetujuan cadangan lokalisasi meningkat 1.370 unit.
Manakala bagi keseluruhan responden, apabila institusi masjid meningkat 1 unit, lokalisasi akan
meningkat 0.633 unit. Namun sekiranya dilihat pengaruh persetujuan cadangan lokalisasi terhadap
institusi masjid, bagi amil, satu unit kenaikan dalam lokalisasi akan meningkatkan persetujuan peranan
130 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader
institusi masjid hanya sebanyak 0.496 unit dan keseluruhan responden pula peningkatan hanya 0.567
unit. Dalam aspek kriteria kebagusuaian padanan model ini, model ini adalah baik kerana kajian ini
mendapati nilai χ2 = 96.93; p=0.000; χ
2/df = 8.07; CFI = 0.975; RFI = 0.893; NFI = 0.971; TLI = 0.905;
RMSEA = 0.057 yang secara keseluruhannya menunjukkan satu model yang baik.
JADUAL 9 menunjukkan kekerapan responden ke masjid menunaikan solat secara berjemaah
dan mendapati amil adalah responden yang paling kerap ke masjid berbanding penerima zakat. Hampir
81 peratus amil menunaikan solat secara berjemaah melebihi 4 waktu di masjid berbanding penerima
zakat hanya 26 peratus. Namun begitu, sebanyak 18.4 peratus penerima zakat langsung tidak ke masjid
setiap hari berbanding amil yang tidak sampai 1 peratus. Dapatan ini jelas menunjukkan komitmen
yang tinggi amil sebagai pelaksana dalam sistem pengurusan zakat dan kemungkinan pelaksanaan
konsep lokalisasi di masjid dapat dilaksanakan dengan jayanya.
CADANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Masjid adalah institusi Islam yang amat penting bermula zaman Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini.
Malah pada hari ini dan pada zaman ini, peranan institusi masjid perlu diperluaskan dan diperhebatkan
lagi kerana banyak masalah telah muncul dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di dalam masyarakat
adalah disebabkan antaranya masyarakat semakin menjauhi masjid. Perlu diperhatikan bahawa ciri
tegaknya syi’ar Islam itu dengan melihat telah fungsinya masjid. Masjid, di samping sebagai pusat
kegiatan ibadah, juga sebagai pusat kegiatan sosial ekonomi. (Mutiara & Muchtar, 2010). Allah s.w.t
telah berjanji bahawa mereka yang mengimarahkan masjid akan mendapat pertunjuk dan kejayaan di
dunia dan akhirat (At-Taubah:18) tetapi masyarakat Islam masih lagi kurang meyakininya. Sidi
Gazalba (1976; h.153-159) berpendapat masjid sebagai pusat ibadah melaksanakan sembahyang fardu,
pusat peningkatan ibadah puasa, tempat i’tikaf, tempat paling sesuai untuk membaca al-Quran malahan
juga tempat paling sesuai untuk membayar dan menerima zakat.
Kajian ini percaya permasalahan pengurusan zakat sepatutnya diselesaikan bermula di masjid
sebagai institusi utama komuniti Islam seiring dengan konsep lokalisasi pengurusan dan pentadbiran
zakat. Banyak rintihan penerima zakat yang mengeluh amat sukar dan jauh untuk memohon bantuan
zakat terutamanya asnaf yang sudah uzur dan mereka telah memberikan respons yang kuat agar amil
perlu mendekati mereka atau kedudukan institusi zakat perlu hampir dengan mereka. Walaupun agak
sukar namun sebenarnya langkah ini memberi peluang kepada pusat zakat mendekati asnaf secara
langsung (sebagai pelanggan dalam sistem perkhidmatan zakat) dengan menjadikan masjid atau
sekurang-kurangnya surau untuk dijadikan satu pejabat cawangan zakat. Ini secara tidak langsung akan
menggalakkan mereka datang ke masjid bukan sahaja memohon zakat, malah boleh mengagihkan zakat
kepada asnaf sekiranya layak. Tambahan lagi pihak zakat perlu perbanyakan program dan aktiviti
bersama pihak masjid untuk menggalakkan asnaf khasnya dan masyarakat amnya berterusan
mengimarahkan masjid kerana kesannya amat besar kepada iman dan Islam individu Muslim (At-
Taubah:18). Konsep zakat itu adalah penyucian harta dan penyucian harta sepatutnya dilakukan di
masjid dan masyarakat sebenarnya majoritinya amat berminat membayar zakat fitrah dan harta di
masjid berbanding di pejabat baitulmal mahupun pusat membeli- belah (Mutiara & Muchtar, 2010,
h.16 & Marlina, 2010).
Peranan imam masjid perlu diperluaskan lagi dan dimartabatkan. Jika dilihat sejarah pre-
kolonial, imam amat dihormati oleh masyarakat kerana beliau juga merupakan seorang ustaz yang
membimbing masyarakat dalam hal-ehwal ibadah seperti solat Jumaat, solat jenazah, nikah kahwin
serta menguruskan zakat. Namun kajian ini berpendapat, peranan imam boleh diteruskan kerana
peribadinya yang dapat diterima oleh masyarakat setempat (Mutiara & Muchtar, 2010). Jika di
sesetengah masjid terutamanya masjid jami’dapat dijadikan cawangan pusat zakat, mana lantiklah
imam menjadi amilnya dengan bergaji penuh, berjawatan tetap dan profesional. Ini sekurang-
kurangnya dapat mengatasi masalah tanggapan masyarakat bahawa amil yang dilantik adalah tidak
profesional (Abdul-Wahab et.al, 1995). Di Selangor, terutamanya di masjid jami’, jawatan imam
pertama adalah jawatan lantikan dari kerajaan negeri. Oleh itu dicadangkan jawatan imam kedua juga
adalah jawatan lantikan yang fokus menguruskan hal-ehwal perekonomian terutamanya zakat (di
samping bergilir menjadi imam) manakala imam pertama hanya fokus kepada hal-ehwal ibadat
terutamanya solat. Ini seiring dengan ayat dalam surah At-Taubah, ayat 18 yang telah dibincangkan
sebelumnya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan masyarakat di lokaliti tertentu
membayar zakat fitrah dan harta. Ini juga akan meluaskan lagi peranan imam di lokaliti tertentu
terlibat dalam proses pengagihan zakat berbanding amalan kini yang kuasa meluluskan bantuan zakat
di pusatkan di peringkat institusi zakat negeri. Ini boleh dilaksanakan secara terus tanpa melalui proses
birokrasi kerana amil yang merupakan amil orang tempatan dan menjadi imam. Ini akan memudahkan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 131
proses penyiasatan permohonan bantuan zakat kerana beliau kenal secara rapat dan langsung kepada
masyarakat setempat. Ini akhirnya akan meningkatkan imej dan keyakinan pembayar dan penerima
zakat terhadap pengurusan zakat oleh institusi zakat.
Melalui cadangan lokalisasi pengurusan zakat, pengimarahan masjid oleh asnaf secara
khususnya dan masyarakat sekeliling secara umumnya di peringkat mukim mungkin boleh ditingkatkan
melalui penglibatan amil secara aktif di peringkat mukim. Amil mukim dicadangkan berperanan bukan
sahaja mengutip zakat dan mengenal pasti potensi asnaf di kariah dan kampung masing-masing, malah
lebih penting lagi mendekati asnaf dengan lebih dekat melalui program yang telah dicadangkan tetapi
kali ini di peringkat mukim atau kampung. Ini akan menggalakkan penerima zakat bukan sahaja perlu
ke masjid untuk memohon atau menerima bantuan, malah dapat memastikan asnaf dapat dipantau
dengan lebih dekat, malah lebih penting aspek keagamaan dan sosial dapat dipertingkatkan kerana ia
merupakan asas falsafah zakat itu sendiri. Nilai-nilai keagamaan yang berkaitan dengan latar belakang
pendidikan, budaya dan sebagainya antara asnaf mungkin berbeza antara kawasan, kampung atau
negeri yang memerlukan pengalaman amil mukim tersebut menangani dan mengatasi isu tersebut. Ini
akan meningkatkan lagi kualiti pengagihan zakat yang bukan sahaja mengagihkan bantuan zakat malah
mengadakan program-program keagamaan melalui dana zakat yang dikutip. Adalah diharapkan nilai
keagamaan penerima zakat terutamanya asnaf fakir dan miskin terus meningkat.
KESIMPULAN
Pencapaian matlamat kejayaan di dunia dan akhirat perlulah bermula dengan meningkatkan peranan
institusi masjid. Masjid adalah institusi menyuburkan ibadah solat di mana ibadah ini membentuk
hubungan kepada Allah s.w.t manakala zakat pula adalah ibadah yang membentuk hubungan sesama
manusia dan alat mengatasi masalah sosio-ekonomi masyarakat. Jika peranan masjid diperluaskan dan
digiatkan kepada secara berterusan kepada masyarakat, maka segala penyakit masyarakat Islam
termasuklah aspek ekonomi akan dapat diselesaikan. Masjid sebenarnya berperanan sebagai jantung
dan nadi masyarakat (Nasoha, 2001), oleh itu ia perlu dipelihara dengan baik dan berkesan. Apa yang
penting masyarakat Islam perlu terlebih dahulu mengimarahkan masjid tidak kira golongan tua atau
muda, miskin ataupun kaya dan sebagainya agar segala kejayaan di dunia mahupun akhirat akan
tercapai. Mudah-mudahan kejayaan ini akan meningkatkan lagi imej Islam terutamanya imej masjid
dan imej institusi zakat di Malaysia.
RUJUKAN
Abdul Aziz Muhammad. (1993). Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur: Berita
Publishing.
Abdul-Wahab, Mohamed et al. (1995). “Malaysia” (A Case study of Zakat Management), in: el-Ashker
and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of Zakat: Dimensions and Implications,
Jeddah, IRTI/IDB, p. 297-378.
Ajeel, Abd Al Qader Dahi. (1995). Kuwait. In in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional
Framework of Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB p. 259-295
Alatas V, Pritchett L and Wetterberg A. (2003). Voice lessons: Local Government Organizations,
Social organizations, and the quality of Local Governance. Policy Research Working Paper
2981 The World Bank. 2003.
Bentler, P.M. & Bonett, D.G. (1980). Significance tests and goodness of fit in the analysis of
covariance structures. Psychological Bulletin, 88, 588–606.
Bentler, P.M. (1990). Comparative Fit Indexes in Structural Models. Psychological Bulletin,
107(2):238-246
Bentler, P.M. & Bonett, D.G. (1980). Significance tests and goodness of fit in the analysis of
covariance structures. Psychological Bulletin, 88, 588–606.
Bollen, K.A. (1986). Sample size and Bentler and Bonett’s nonnormed fit index. Psychometrika, 51,
375–377.
Bonett, D.G. (2002). Sample Size Requirements for Testing and Estimating Coefficient Alpha. Journal
of Educational and Behavioral Statistics, Vol. 27, No. 4 (Winter, 2002), pp. 335 -340
Browne, M.W., & Cudeck, R. (1993). Alternative ways of assessing model fit, in Testing structural
equation models. K.A. Bollen and J.S. Long, (Eds.) Newbury Park, CA: Sage, 136-62.
Bryne, B.M. (2001). Structural Equation Modeling with AMOS: Basic Concepts, Applications and
Programming. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
132 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader
Cronbach L.J And Meehl P.E. (1955). Construct Validity In Psychological Tests. Psychological
Bulletin, 52, 281-302.
Hair F.J, Black W.C, Babin B.J, Anderson, R.E & Tatham, R.L. (2006). Multivariate Data Analysis. 6th
edition. United States: Prentice Hall
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad and Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi
Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah. 17 (1)
2009: 89-112 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan Zakat oleh Institusi
Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4(1) 2010: 141-
170.
Hamka. (1984). Tafsir Al-Azhar Juzuk X. Surabaya: H. Abdul Karim.
Hu, L., & Bentler, P. M. (1999). Cut off criteria for fi t indexes in covariance structure analysis:
Conventional criteria versus new alternatives. Structural Equation Modeling, 6(1), 1-55.
Ibn Kathir, Isma'il ibn 'Umar. (2005). tafsir Ibnu Kasir. (terj.) Bahrun Abu Bakar. Bandung : Sinar Baru
Algensindo.
Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Majid & Hairunnizam Wahid. (2001). Dana dan Harta Masjid di
Malaysia: Ke arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards
Excellance in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Anjuran Fakulti
Ekonomi UKM dan UUM.
Khaf, Monzer. (1995a). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. In Sadeq et. al (eds.)
Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd.
Khaf, Monzer. (1995b). Applied Institutional Models For Zakat Collection and Distribution in Islamic
Countries and Communities. in: el-Ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of
Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB p. 197-228
Khaf, Monzer. (1999). The performance of the institution of zakat in Theory and practice. International
conference on Islamic economics towards the 21st Century, Kuala Lumpur, April 26-30, 1999.
Laporan Zakat. (2008).
Lokman & Musa. (1996). Pengantar Sains Pengurusan Masjid. Melaka: Majlis Agama Islam Melaka
dan Kolej Islam Melaka.
Mannan M.A. (1986). Islamic economics: Theory and practice. Cambridge : Hodder and Stroughton
Marlina Ekawaty. (2010). Memperkasakan Pengurusan Zakat Di Institusi: Isu Dan Cabaran. The 4th
Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2010): Zakat
Transformation: From Subsistence To Productive. 21– 22 Disember 2010. Anjuran Centre For
Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Mokhtar, Shaik Ali Mohammad. (2003). Peranan Masjid dalam Islam.(Terj.) Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh. (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam
Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Mutiara Dwi Sari dan Muchtar Ahmad. (2010). Memperkasakan Zakat: Dari Pengumpulan Terus Ke
Pengagihan. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference
(IDMAC 2010): Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. 21– 22 Disember
2010. Anjuran Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Nasoha Saabin. (2001). Siri Islam dan Masyarakat: Memartabatkan Masjid. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Nik Mustapha Nik Hassan. (1991). Zakat in Malaysia: Present and Future Status. In Sadeq et. al (eds.)
Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd
Qutb, Sayid. (2000). Tafsir Fi Zilalil Qur’an. (terj.) Yusoff Zaky Hj Yacob. Kelantan: Pustaka Aman
Press Sdn Bhd.
Roslan Mohamed. (2003). Keberkesanan Program Masjid: Kajian Umum Masjid-Masjid di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam Norrodzoh Siren & Yusmini Md Yusof. Membangun
Institusi Masjid. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication
Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010a). Faktor Penentu Terhadap
Cadangan Lokalisasi pengagihan Zakat: Pendekatan Analisis Pengesahan Faktor (CFA).
dalam Mariani Abdul Majid et.al (penyt.) Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia ke V 2010: Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi. Jilid II pp. 88-103.
Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010b). Cadangan Melokalisasikan
Pengagihan Zakat: Persepsi Amil dan penerima Zakat. Seminar SEBUMI 3 2010. Penjanaan
Ilmu Serumpun Ke arah Kelestarian Penyelidikan dan Kecemerlangan Akademik
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 133
Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010c). Cadangan Melokalisasikan
Pengagihan Zakat Di Malaysia: Satu Kajian Empirik The 4th ISDEV International Islamic
Development Management Conference (IDMAC, 2010) Zakat Transformation: From
Subsistence to Productive 21st-22nd December 2010. Organized by: Centre for Islamic
Development Management Studies (ISDEV) and Universiti Sains Malaysia
Sidi Gazalba. (1976). Masyarakat Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Zayas F.G. (2003). The Law and Institution of Zakat.(Terj).Kuala Lumpur: The Other Press.
Nota: pengaruh
kovarian
RAJAH 1: Hipotesis hubungan antara peranan masjid dan cadangan lokalisasi
JADUAL 1: Responden Kajian
Responden
Negeri Amil Asnaf
Selangor 112
(27.50)
69
(10.00)
Pulau Pinang 51
(12.50)
101
(14.70)
Wilayah Persekutuan 68
(16.70)
130
(18.90)
Melaka 37
(9.10)
113
(16.40)
Terengganu
Kedah
88
(21.60)
51
(12.50)
171
(24.90)
103
(15.0)
Jumlah 407
(100.00)
687
(100.00)
Nota: ( ) peratusan daripada Jumlah keseluruhan
JADUAL 2: Cadangan tempat menguruskan zakat di peringkat lokaliti
Responden
masjid
dewan
orang ramai
pejabat rukun
tetangga
pejabat khas
zakat lain-lain
Asnaf
Amil
Jumlah
705
181
886
27
3
30
15
0
15
59
10
69
1
0
1
1
1
1
Institusi
Masjid
Lokalisasi
Pengagihan
Zakat
Pengagihan
cekap dan efisien
Perhubungan dan
politik e
e
Kepercayaan
e
Program &
aktiviti
Nilai murni &
Pengurusan
e
e
134 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader
JADUAL 3 : Analisis EFA terhadap konstruk pemboleh ubah peranan Masjid
Kelompok Pembolehubah
Item2
MSA1
Muatan Faktor Komunaliti
1 2
Program dan aktiviti ( 6 item)
Peranan masjid mengagih zakat
Peranan kegiatan ekonomi
Bersolat jemaah ikuti aktiviti
Majlis ilmu menambah pengetahuan
cepat dan cekap menguruskan zakat
Hubungan erat dengan ahli kariah
Nilai murni & pengurusan (4 item)
Masjid menggalakkan kegiatan ekonomi
Masjid jami’ sesuai jadi cawangan ins zakat
Pengurusan masjid cekap
nilai-nilai murni kesan aktiviti masjid
X2
X5
X6
X7
X9
X10
X1
X3
X4
X8
.835
.751
.755
.731
.846
.881
.857
.798
.738
.832
.763
.762
.834
.579
.533
.700
.668
.827
.845
.533
.613
.598
.706
.500
.738
.443
.565
.516
.705
.723
.527
Hasil tambah Kuasa Dua (eigenvalue)
Peratusan varians
3.223
32.23
2.673
26.72
Jumlah
5.896
58.96
Nota: Kaedah Penyarian: Analsis Komponen Utama. Kaedah Putaran: Varimax dengan Normalisasi
Kaiser. Putaran bertumpu pada 3 lelaran.
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy = 0.798
Bartlett's Test of Sphericity : signifikan pada aras ke ertian 1% 1 (MSA) mengukur kecukupan pensampelan. Nilai = 0.50 dan lebih adalah dalam julat yang diterima.
2 Cronbach Alpha (α) keseluruhan= 0.865; nilai= 0.70 dan lebih menjelaskan keutuhan skala.
JADUAL 4: CFA peringkat pertama terhadap pemboleh ubah peranan masjid
Kelompok Pembolehubah
Item Muatan Faktor
1 2
Program & aktiviti (2 item)
Bersolat jemaah ikuti aktiviti
Hubungan erat dengan ahli kariah
Nilai murni & pengurusan (2 item)
Pengurusan masjid cekap
nilai-nilai murni kesan aktiviti masjid
χ2 (df=48)
Comparative fit index (CFI)a
Bollen Relative fit index (RFI)b
Bentler Bonett coefficient (NFI)c
Tucker-Lewis coefficient (TLI)d
Root Mean Square Error of approximation
(RMSEA)e
X6
X10
X4
X8
2.520
.998
.973
.997
.984
.037
.715
.766
.544
.938
Nota: a nilai CFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik.
b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik.
c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik.
d TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian
yang baik.
e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian
penganggaran ralat.
* signifikan pada aras ke ertian 1%.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 135
JADUAL 5: Analisis EFA terhadap konstruk pemboleh ubah lokalisasi
Kelompok Pemboleh ubah2
Item
MSA1
Muatan Faktor Komunaliti
1 2 3
Perhubungan & transparensi (9 item)
Hubungan rapat
Mudah dihubungi
Pemantauan kerap
Menggalakkan penyertaan masyarakat
Segera selesaikan masalah
Kos permohonan yang rendah
Mengenal pasti potensi ekonomi
Pengagihan yang telus
Proses birokrasi dikurangkan
Mudah kenal pasti & efisien (6 item)
Lebih kenali potensi asnaf
Pengagihan yang cekap & efisien
Menggalakkan ekonomi setempat
Pengagihan cepat
Tiada kecenderungan politik
Meningkatkan imej institusi
kepercayaan kepada sistem dan institusi
(5 item)
Lebih dekat mengenali asnaf
Lebih dipercayai
Tidak malu memohon
Memahami masalah asnaf
Amil di kalangan penduduk tempatan
X2
X5
X6
X9
X10
X13
X14
X17
X18
X7
X11
X12
X15
X19
X20
X1
X3
X4
X8
X16
.935
.914
.914
.949
.955
.908
.928
.923
.932
.927
.914
.931
.956
.947
.960
.936
.943
.888
.927
.914
.631
.680
.681
.608
.732
.611
.730
.643
.712
.537
.768
.631
.659
.606
.480
.689
.617
.730
.517
.590
.625
.664
.642
.594
.694
.594
.623
.547
.673
.537
.694
.607
.607
.540
.443
.630
.660
.631
.515
.593
Hasil tambah Kuasa Dua (eigenvalue)
Peratusan varians
4.991
24.96
3.646
18.23
3.474
17.37
Jumlah
12.11
60.56
Nota: Kaedah Penyarian: Analsis Komponen Utama. Kaedah Putaran: Varimax dengan Normalisasi
Kaiser. Putaran bertumpu pada 14 lelaran.
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy = 0.930
Bartlett's Test of Sphericity : signifikan pada aras ke ertian 1% 1 (MSA) mengukur kecukupan pensampelan. Nilai = 0.50 dan lebih adalah dalam julat yang diterima.
2 Cronbach Alpha (α) keseluruhan= 0.946; nilai= 0.70 dan lebih menjelaskan keutuhan skala.
JADUAL 6: CFA peringkat pertama terhadap pemboleh ubah lokalisasi
Kelompok Pemboleh ubah
Item Muatan Faktor
1 2 3
Perhubungan & transparensi (3 item)
Segera selesaikan masalah
Mengenal pasti potensi ekonomi
Proses birokrasi dikurangkan
Mudah kenal pasti & efisien (3 item)
Pengagihan yang cekap & efisien
Menggalakkan ekonomi setempat
Pengagihan cepat
kepercayaan kepada sistem (3 item)
Lebih dekat mengenali asnaf
Lebih dipercayai
Tidak malu memohon
X10
X14
X17
X11
X12
X15
X1
X3
X4
.821
.730
.786
.774
.720
.696
.732
.826
.733
136 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader
χ2 (df=48)
Comparative fit index (CFI)a
Bollen Relative fit index (RFI)b
Bentler Bonett coefficient (NFI)c
Tucker-Lewis coefficient (TLI)d
Root Mean Square Error of approximation
(RMSEA)e
179.4*
.965
.926
.960
.935
.077
Nota: a nilai CFI= 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik
b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik
c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik.
d TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan
penyuaian yang baik.
e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian
penganggaran ralat.
* p=.000; χ2/df = 7.47; signifikan pada aras ke ertian 1%.
JADUAL 7: Korelasi dan Kovarian antara peranan Masjid dan Lokalisasi
Responden
Korelasi Kovarian
Amil
Penerima Zakat
Keseluruhan
.825
.567
.599
.123*
(.018)
.119*
(.013)
.071*
(.008)
χ2 (df=12)
Comparative fit index (CFI)a
Bollen Relative fit index (RFI)b
Bentler Bonett coefficient (NFI)c
Tucker-Lewis coefficient (TLI)d
Root Mean Square Error of approximation
(RMSEA)e
96.931
.975
.893
.971
.905
.057
Nota: ( ) ralat piawai 1 p=.000; χ
2/df = 8.07; signifikan pada aras ke ertian 1%.
a nilai CFI= 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik
b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik
c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik
d TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian
yang baik.
e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian
penganggaran ralat
* signifikan pada aras ke ertian 1%
JADUAL 8: Hasil Regresi
Responden
Koefisien1
Institusi Lokalisasi
Amil
Penerima Zakat
Keseluruhan
1.370*
(.436)
.537*
(.055)
.633*
(.063)
Lokalisasi Institusi
Amil
Penerima Zakat
Keseluruhan
.496*
(.063)
.598*
(.058)
.567*
(.043)
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 137
χ2 (df=51)
Comparative fit index (CFI)a
Bollen Relative fit index (RFI)b
Bentler Bonett coefficient (NFI)c
Tucker-Lewis coefficient (TLI)d
Root Mean Square Error of approximation
(RMSEA)e
96.93*
.975
.893
.971
.905
.057
Nota: ( ) ralat piawai 1 koefisien tidak terpiawai
a nilai CFI= 0.90 dan lebih menunjukkan skala sedimensi yang baik
b nilai RFI menghampiri 1 menunjukkan kebagusan penyuaian yang baik
c nilai NFI = 0.90 dan lebih menunjukkan skala kesahan menumpu yang baik
d
TLI analisis struktur momen. Nilai menghampiri 1 menunjukkan kebagusan
penyuaian yang baik.
e nilai menghampiri 0.08 atau kurang untuk RMSEA menunjukkan kesesuaian
penganggaran ralat.
* p=.000; χ2/df = 8.07; signifikan pada aras ke ertian 1%
JADUAL 9: Kekerapan responden ke masjid setiap hari menunaikan solat berjemaah di Masjid
Negeri tiada 1 kali 2 kali 3 kali 4 kali 5 kali Jumlah
Amil
Selangor 0 0 0 11 53 48 112
Pulau Pinang 0 0 0 10 31 10 51
WP Kuala Lumpur 0 1 1 6 9 19 36
Melaka 0 2 5 9 12 12 40
Terengganu 2 2 4 17 14 48 87
Kedah 0 0 0 0 38 13 51
Jumlah 2
(0.53)
5
(1.33)
10
(2.65)
53
(14.06)
157
(41.64)
150
(39.79)
377
(100.0)
Penerima Zakat
Selangor 0 4 19 29 16 1 69
Pulau Pinang 9 0 40 17 35 0 101
WP Kuala Lumpur 29 25 60 10 1 4 129
Melaka 44 12 44 9 0 1 110
Terengganu 44 14 39 25 16 33 171
Kedah 0 0 15 23 64 1 103
Jumlah 126
(18.45)
55
(8.05)
217
(31.77)
113
(16.54)
132
(19.32)
40
(5.86)
683
(100.0)