2
Cadangan mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Melalui penguasaan kemahiran menulis, murid dapat menguasai kemahiran lain secara tidak langsung. Justeru, guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi meningkatkan penguasaaan murid dalam kemahiran menulis. Cadangan yang pertama ialah mempraktikkan percakapan seharian dalam bahasa arab. Dengan menggunakan bahasa Arab dalam percakapan seharian, murid dapat menambahkan kosa kata dan dapat melatih murid untuk menulis perkataan-perkataan yang baru. Guru juga seharusnya menyediakan bacaan yang sesuai kepada murid daripada pelbagai sumber.oleh itu, murid akan memperoleh perkataan-perkataan baru dan dapat menulis perkataan-perkataan tersebut. Disamping itu, guru juga boleh menayangkan cerita animasi bagi memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada murid. guru boleh mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian murid berkenaan dalam kemahiran menulis. bagi murid yang terlalu lemah, guru boleh memperkenalkan huruf hijaiyah . kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata hingga seterusnya murid boleh menulis kalimah mudah dan kalimah melebihi dari dua sukukata.

Cadangan Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cadangan Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

Cadangan mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah

rendah.

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh

setiap murid. Melalui penguasaan kemahiran menulis, murid dapat menguasai

kemahiran lain secara tidak langsung. Justeru, guru harus mempelbagaikan kaedah

pengajaran bagi meningkatkan penguasaaan murid dalam kemahiran menulis.

Cadangan yang pertama ialah mempraktikkan percakapan seharian dalam

bahasa arab. Dengan menggunakan bahasa Arab dalam percakapan seharian, murid

dapat menambahkan kosa kata dan dapat melatih murid untuk menulis perkataan-

perkataan yang baru.

Guru juga seharusnya menyediakan bacaan yang sesuai kepada murid daripada

pelbagai sumber.oleh itu, murid akan memperoleh perkataan-perkataan baru dan dapat

menulis perkataan-perkataan tersebut. Disamping itu, guru juga boleh menayangkan

cerita animasi bagi memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada murid.

guru boleh mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian

murid berkenaan dalam kemahiran menulis. bagi murid yang terlalu lemah, guru boleh

memperkenalkan huruf hijaiyah . kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata

hingga seterusnya murid boleh menulis kalimah mudah dan kalimah melebihi dari dua

sukukata.

Kaedah yang seterusnya ialah guru menggunakan kaedah tunjuk cara. Kaedah

ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan pelajar

dalam penulisan. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru akan mengajar pelajar

menulis jhuruf-huruf di udara. Guru akan menunjukan cara menulis dengan cara yang

betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar mengangkat tangan

sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis huruf itu di udara. Di

samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di hadapan kelas secara bergilir-gilir.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mempamerkan kata-kata hikmat di papan

tanda sekolah. Oleh itu, murid dapat membaca dan secara tidak langsung dapat

Page 2: Cadangan Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

memahami perkataan. Melalui cara ini juga murid dapat meningkatkan kemahiran

menulis mereka.