Upload
puspajelite
View
1.253
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Melaka Learning Centre, Open University Malaysia,No. 2.2-1, 2-2, Jalan KPA A3, Kompleks Perniagaan al Azim,
75150 Bandar Bukit Baru, Melaka, Malaysia.
MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013
METODOLOGI PENYELIDIKAN PENDIDIKANHMEF5014
PUSPA BINTI [email protected]
012-6936320
NAMA PENSYARAH
DR. AL MANSOR BIN ABU SAID
TAJUK :
PENGAMALAN SOLAT DAN HUBUNGAN DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR DI SSN SMK SERI KOTA, MELAKA.
PENGHARGAAN
� يِم ِح� ِح�مِن� الَّر� � اللِه� الَّر� ِم �ْس� ِب
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
1
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi
kekuatan dan hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk ‘Pengamalan Solat dan
hubungan dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka’
pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu
memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan
tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga
kepada seluruh warga OUM semester Januari 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit
yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan
tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah yang di hormati, Dr. Al Mansur bin Abu Said kerana telah memberi
panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan
yang dikehendaki. Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin
saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah
dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Wallahu a'lam.
Sekian , terima kasih.
وِباللِه التوفيق والهداية
ISI KANDUNGAN HALAMAN
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
2
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Masalah 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Kesignifikanan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Soalan - Soalan Kajian 5
1.6 Limitasi / Skop Kajian 5
1.7 Definisi Istilah 5
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 6
2.2 Landasan Teori 6
2.3 Hipotesis Kajian 8
2.4 Kajian - Kajian Terkini 9
2.5 ‘Gap’ Antara Teori Sedia Ada Dengan Kajian 9
2.6 Lima Jurnal Berkaitan Dengan Kajian 9
BAB 3 METADOLOGI
3.1 Populasi Kajian 13
3.2 Kaedah Pesampelan 13
3.3 Rekabentuk Kajian 13
3.4 Kaedah Kajian 14
3.5 Prosedur Dan Pelan Kajian 15
3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan 16
3.7 Huraian Kaedah Analisis 17CADANGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
TAJUK KAJIAN
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
3
PENGAMALAN SOLAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR DI SSN SMK SERI KOTA, MELAKA.
Oleh : Puspa binti Adam.Open University Malaysia
Master of Islamic Studies 2013
BAB SATU : PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Solat adalah tiang agama yang merupakan pegangan yang meyakinkan,
penghulu kepada segala amalan ibadah, sebagai mana firman Allah S.W.T :
( Surah al Nisa’, 4 : 103)
Maksudnya :
“ Maka apabila kamu telah menyelesaikan sholat(mu), ingatlah Allah di waktu
berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah
merasa aman, Maka dirikanlah sholat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sholat
itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”
Solat merupakan satu ibadah yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam dan
solat yang sempurna juga dapat menjauhkan manusia dari segala perbuatan mungkar.
Solat dapat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari amalan keji dan
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
4
mungkar. Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah berdosa dan Allah
S.W.T telah mensyariatkan ibadah ini di dalam Al-Quran bahawa barang siapa yang
meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat balasan di dunia dan
di akhirat. Hadis Nabi S.A.W bermaksud :
“ Solat itu adalah tiang agama, barangsiapa mengerjakannya, bererti ia telah
menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya, bererti ia telah
merobohkan agama.” ( Riwayat Baihaqi )
Daripada hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa
betapa pentingnya
peranan solat dalam kehidupan. Solat juga merupakan perintah
Allah S.W.T. yang
paling utama, oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada
Nabi Muhammad
secara langsung tidak melalui perantaraan iaitu tatkala Nabi
Muhammad S.A.W
sedang melaksanakan Israk dan Mikraj. Perintah solat berbeza
dengan perintah yang
lain.( Anisah, 2001)
Selain itu, solat juga merupakan tali yang menghubungkan
dan mengikat seorang hamba dengan penciptaNya. Melalui solat
seorang hamba dapat mengagungkan kebesaran Allah,
mendekatkan diri dan menimbulkan rasa tenteram bagi diri orang
yang solat dalam menempuh berbagai persoalan hidup. Solat juga
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
5
dapat mendisiplinkan diri dan membuat seseorang jujur dan
berpendirian, menampilkan peribadi dan akhlak yang mulia dan
memberi ketenangan jiwa dalam menghadapi berbagai godaan
dunia.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Sedih sekali apabila melihat dan mendengar ramai pelajar
muslim tidak menunaikan solat Subuh, Zohor dan Asar tanpa alasan
yang munasabah. Salah satu punca masalah ini berlaku disebabkan
kurang kesedaran diri untuk melaksanakan solat dan menganggap
solat itu perkara remeh. Mereka juga mengatakan tiada dorongan
daripada segelintir masyarakat sekeliling dan ibu bapa. Menurut
Rosnah (2007), ibu bapa yang kurang memberi penekanan solat di
rumah akan memberi contoh yang kurang baik kepada anak-anak.
Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan
seseorang pelajar dalam semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke
Institusi Pengajian Tinggi. Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan
keputusan yang baik disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk
terus kekal dengan cemerlang. Kecemerlangan tidak akan datang bergolek, ia hanya
dapat dimiliki dengan usaha dan susah payah. Usaha ini termasuklah pengamalan
solat yang boleh menjamin kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
1.3 KESIGNIFIKANAN KAJIAN
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
6
Kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua
umat Islam umumnya. Kajian yang dijalankan ini mempunyai
beberapa kepentingan iaitu:
Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar SSN SMK Seri Kota,
Melaka memandangkan mereka merupakan modal insan atau
aset yang penting penyambung generasi akan datang
terutama dalam bidang sukan.
Memberi pendedahan kepada pelajar akan kepentingan
ibadah solat dalam kehidupan seharian umat Islam disamping
tugas menuntut ilmu dan menjadi atlet negara di masa
hadapan.
Menggalakkan semua pelajar muslim khususnya guru dan
jurulatih untuk melaksanakan solat dalam apa jua keadaan
dan situasi.
Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru-guru agar dapat
membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang
untuk memastikan pelajar-pelajar yang beragama Islam
faham dan melaksanakan solat dengan sempurna bagi
melahirkan pelajar yang seimbang antara keperluan dunia
dan akhirat.
1.4 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN
A) Objektif Umum
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
7
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman
pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka terhadap kepentingan ibadah
solat dalam kehidupan seharian dan tahap pengamalan solat
fardhu.
B) Objektif Khusus
Antara objektif kajian adalah seperti berikut:
Untuk mengenalpasti kefahaman pelajar SSN SMK Seri
Kota, Melaka terhadap kepentingan ibadah solat dalam
kehidupan seharian.
Untuk mengetahui tahap pengamalan solat fardhu
dalam kalangan pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka.
Untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang
mempengaruhi pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka
melaksanakan ibadah solat.
Untuk megetahui hubungan antara solat dan prestasi
akademik pelajar.
1.5 SOALAN – SOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut
adalah seperti berikut :
1. Sejauhmanakah pengetahuan pelajar Islam terhadap tanggungjawab
mendirikan solat ?
2. Sejauhmanakah tahap pengamalan pelajar terhadap kewajipan menunaikan
solat ?
3. Apakah pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan tanggungjawab
solat dalam diri seseorang ?
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
8
4. Adakah solat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ?
1.6 LIMITASI / SKOP KAJIAN
Limitasi Lokasi : SSN SMK Seri Kota , Melaka.
Limitasi Populasi : Pelajar-pelajar tingkatan 4 aliran sains dan sastera.
Limitasi Masa : 2013.
1.7 DEFINISI ISTILAH
Menurut Kamus Dewan, amalan bermaksud sesuatu yang
dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu
kebiasaan padanya. Pengamalan iaitu kekerapan seseorang dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan atau amalan.
Kamus Dewan mentakrifkan solat ialah sembahyang dalam
agama Islam. Manakala menurut Ensiklopedia Islam , solat adalah
suatu yang terdiri atas ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai
dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat
tertentu.
BAB DUA – TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji membuat sorotan kajian literatur yang mempunyai
hubungan dengan permasalahan yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Kajian–kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dibincangkan adalah mengikut
faktor–faktor yang dikaji. Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat,
pandangan serta teori – teori daripada tokoh–tokoh. Model yang sesuai digunakan
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
9
bagi membantu kajian ini dan seterusnya menjadi panduan untuk membina kerangka
ujian.
2.2 LANDASAN TEORI
Heck dan Marcoulides (1996) telah mengesan beberapa faktor yang memberi
kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Peluang untuk belajar dihasilkan
daripada stuktur institusi pendidikan dan proses pengorganisasikan misalnya saiz
institusi pendidikan, kursus ditawarkan dan prosedur kelas dibentuk, pengagihan
sumber institusi pendidikan dan lain- lain. Kemudian model organisasi ini digunakan
untuk mengkaji persekitaran pendidikan dan menentukan aspek bagi struktur
organisasi yang boleh mempengaruhi prestasi pelajar.
Rajah 1 di bawah mempersembahkan Model Heck dan Marcoulides (1996)
yang merangkumi lima aspek yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan
boleh diklasifikasikan kepada tiga sub-sistem iaitu sosio-budaya, proses
pengorganisasian dan kepercayaan individu. Komponen pertama ialah sub-
sistem sosio budaya yang terdiri daripada persepsi terhadap struktur pengorganisasian
dalam sekolah (contohnya struktur kurikulum sosial dalam sekolah, penawaran
kursus, pengumpulan pelajar). Komponen kedua ialah proses pengorganisasian dan
dimensi nilai (contohnya kepercayaan dan penilaian sekolah bagi proses dalam kelas,
kepercayaan terhadap suasana dalam sekolah dan perhubungan sosial). Komponen
terakhir adalah sikap dan pandangan pelajar.
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
10
Rajah 1 : Model pencapaian akademik pelajar Heck dan Marcoulides (1996)
Asas kecemerlangan seseorang itu adalah melalui
pembentukan kerohanian mereka dan pelaksanaan sesuatu ilmu itu
secara zahir atau fizikal. Menurut Ahmad Amri (2009), secara teori,
jiwa manusia mampu membentuk kecerdasan minda dan boleh
mencapai idea yang tidak disedari melalui perasaan dan imaginasi.
Keadaan ini bertepatan dengan pandangan Ibnu Sina bahawa
kebersihan jiwa itu sebagai faktor utama dalam pembentukan
tingkah laku. Selain itu, menurut Borich dan Tombari (1997), tahap
kecerdasan sebenarnya hanya menyumbang 25% kepada
pencapaian akademik, sebaliknya lebih 70% adalah dipengaruhi
oleh kompetensi sosial seperti motivasi, kesihatan, kawalan sosial,
kualiti pengajaran, emosi yang baik dan sokongan keluarga.
2.3 HIPOTESIS KAJIAN
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
11
Hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji
atau saranan sementara penyelesaian masalah. Menurut Mohd. Majid Konting (2005),
hipotesis digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan
menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian. Hipotesis memberi
jangkaan pengkaji mengenai hubungan antara pembolehubah–pembolehubah.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik
seseorang pelajar seperti faktor sosio-ekonomi, tahap pendidikan ibu bapa,
pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran
pelajar itu sendiri (Considine & Zappala,2002; Fraser & Killen, 2003; Harb & El-
Shaarawi, 2006). Menurut Considine dan Zappala (2002), faktor tahap sosio-ekonomi
dan taraf pendidikan keluarga merupakan antara faktor yang sering dibincangkan
dalam kajian prestasi akademik yang mana menjadi faktor penarik bagi mendapatkan
prestasi akademik yang tinggi. Manakala kajian Ishak (2004) membuktikan bahawa
wujudnya perkaitan di antara konsep kendiri pelajar dengan pencapaian akademik
sebagai faktor penolak (push factor).
Namun, kajian juga membuktikan bahawa tahap penglibatan keagamaan dan
spirituality menjadi faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik dalam
kalangan pelajar. Hodge dan Cuddeback (2010) berhujah mengenai kepentingan
faktor spirituality dalam pencapaian akademik. Walau bagaimana pun, solat
dilihat sebagai faktor pemangkin yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar lebih-lebih lagi bagi pelajar Islam.
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
12
2.4 KAJIAN-KAJIAN TERKINI YANG BERKAITAN
Antara kajian yang mengkaji tentang solat ialah :
1. Hubungan solat, warna waktu solat dan kehidupan
manusia.
2. Kajian solat di awal waktu.
3. Kajian solat berjemaah.
4. Kajian di sebalik bilangan rakaat solat.
5. Perbuatan dalam solat dan kaitan dengan sains
2.5 ‘GAP’ DI ANTARA TEORI SEDIA ADA DAN KAJIAN
Kajian-kajian yang sedia ada mengkaji tentang hubungan
solat dan pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar di universiti,
politeknik, sekolah menengah aliran perdana dan sekolah rendah,
tetapi tiada kajian dibuat di sekolah-sekolah sukan di Malaysia.
Sekolah sukan Malaysia yang pertama didirikan adalah Sekolah
Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang terletak di kompleks Sukan Negara di
Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun 1996. Tujuan utama sekolah
sukan didirikan adalah untuk melatih bintang-bintang sukan masa
hadapan. Bagi mencapai tujuan utama ini aspek-aspek keagamaan
terutamanya solat, aurat, batas-batas pergaulan kadang kala
dianggap ringan oleh jurulatih-jurulatih, inilah ‘gap’ yang ingin dikaji
oleh pengkaji pada kali ini.
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
13
2.6 LIMA JURNAL YANG BERKAITAN SECARA LANGSUNG
Dalam kajian ini, pengkaji mengambil beberapa kajian lepas
yang berkaitan dengan tajuk kajian “Pengamalan Solat dan
hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar SSN
SMK Seri Kota, Melaka”. Tujuan pengkaji mengambil kajian lepas
adalah untuk menguatkan kajian yang akan dijalankan dan secara
tidak langsung ia membantu pengkaji menjalankan kajian tersebut.
Menurut kajian Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir
(2009), menyatakan tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti
tahap pengamalan solat sunat di kalangan pelajar Sarjana Muda
Pendidikan Islam (SPI), jenis-jenis solat sunat yang diamalkan dan
faktor-faktor yang mendorong pelajar SPI untuk melaksanakan solat
sunat. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mengetahui
dan memahami tentang solat-solat sunat. Namun tahap
pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat sunat masih kurang
memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan
kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan
tahap kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat
sunat di kalangan pelajar SPI, khususnya di kampus.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Suhardi Bin Mat
Jusoh (2001), beliau mendapati bahawa tahap pengamalan solat
fardhu adalah berbeza-beza di kalangan remaja Islam. Buktinya
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
14
ialah peratusan pelajar remaja yang mengerjakan solat fardhu
secara konsisten hanyalah sebanyak 53.2% manakala bakinya iaitu
sebanyak 46.7% lagi berpendapat mereka tidak konsisten di dalam
mengerjakan solat fardhu. Sifat malas dan sibuk dengan urusan lain
merupakan di antara sebab utama kebanyakan pelajar remaja
meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini terbukti apabila seramai
77.8% responden memberi jawapan bahawa punca utama mereka
meninggalkan solat fardhu adalah kerana malas dan sibuk dengan
urusan lain.
Menurut Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007), kajian yang
dijalankan bertujuan untuk melihat tahap amalan solat dan
hubungannya dengan akhlak pelajar. Hasil utama kajian ini
mendapati bahawa tahap amalan solat dan tahap akhlak pelajar
adalah berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat
berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan
dalam amalan solat berdasarkan pencapaian dalam Pendidikan
Islam untuk SPM. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam akhlak pelajar berdasarkan jantina
dan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. Dapatan kajian
ini juga mendapati wujud hubungan di antara amalan solat dengan
akhlak pelajar-pelajar.
Menurut Norlyana Binti Sulong (2006), kajian yang dijalankan
bertujuan untuk mengkaji tahap pengamalan pelajar terhadap
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
15
tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu
pengetahuan, tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab
solat dan pandangan pelajar terhadap kesan perlaksanaan solat
terhadap diri seseorang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
secara keseluruhan tahap pencapaian min adalah tinggi iaitu 4.73
bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar terhadap
tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan
pengamalan solat terhadap diri seseorang. Daripada kajian ini
diharap dapat memberi panduan kepada semua pihak agar asas
peneguhan agama dititik beratkan di kalangan masyarakat.
Pengkaji bersetuju dengan pendapat beliau dan ingin menambah
peneguhan agama bukan sahaja diterapkan dan ditekankan di
peringkat sekolah sahaja tetapi ibu bapa perlu mengambil peranan
di rumah dalam memberi penekanan agama terhadap anak-anak
mereka.
Manakala dalam kajian Napisah Hj. Humni et.al (2004) pula,
Kajian ini bertujuan meninjau tahap pelaksanaan ibadah solat
fardhu di kalangan guru pelatih Islam, meninjau latar belakang
pendidikan Al Quran responden dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan ibadat Solat Fardhu 5 waktu di
kalangan guru pelatih Islam Maktab Pendidikan Batu Lintang
(MPBL). Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih daripada
separuh (65%) mengatakan pendidikan agama dan pengaruh rakan
mempengaruhi pengamalan solat.
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
16
Setelah meneliti dapatan kajian lepas, pengkaji dapat
merumuskan bahawa pengamalan solat fardhu dalam kalangan
pelajar khususnya dan umumnya dalam msyarakat Malaysia masih
kurang memuaskan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dato’ Dr.
Mohd Fadzilah Kamsah, sejumlah 80% umat Islam di Malaysia masih
tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan
angka ini diperolehi melalui tinjauan beliau menerusi program-
program ceramah dan motivasi yang dijalankan di seluruh negara
serta pemerhatian terhadap gaya hidup.
Kadar pelaksanaan solat yang rendah mungkin dapat
dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan rasa tanggungjawab
mereka terhadap penciptaNya. Apakah faktor yang menyebabkan
sejumlah besar rakyat Malaysia umumnya dan pelajar khususnya
tidak dapat diselesaikan dengan mengatakan bahawa mereka tidak
tahu untuk melaksanakan solat. Sebenarnya banyak faktor yang
menyebabkan mereka tidak melaksanakan perintah Allah ini. Dalam
kajian ini, pengkaji hendak mengetahui apakah tahap kefahaman
pelajar terhadap kepentingan solat, tahap pengamalan dan faktor-
faktor yang mempengaruhi pelajar untuk melaksanakan solat serta
hubungan solat dengan pencapaian akademik.
BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN
3.1 POPULASI KAJIAN
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
17
Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar muslim tingkatan
empat. Jumlah keseluruhannya seramai 50 orang, Tujuan pengkaji memilih pelajar-
pelajar tingkatan 4 ini sebagai sampel adalah berdasarkan kepada faktor bahawa
mereka merupakan pelajar-pelajar aliran sukan pertama di sekolah sukan negeri
Melaka. Mereka juga dipilih kerana mereka telah 4 tahun berada di asrama dan telah
menjalani program-program sukan yang diaturkan oleh kementarian pelajaran dan
jabatan pelajaran negeri Melaka.
3.2 KAEDAH PERSAMPELAN
Responden dalam kajian ini hanya dipilih secara rawak seramai 50 orang
responden sahaja. Kajian ini menggunakan sampel yang dipilih daripada sejumlah
populasi 500 orang pelajar muslim di SSN SMK Seri Kota, Melaka.
3.3 REKABENTUK KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif.
Menurut Mohd Majid Konting (2004), penyelidikan deskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana tahap
kefahaman pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka terhadap kepentingan ibadah solat.
Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengamalan solat fardhu dan
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
18
faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar-pelajar untuk menunaikan solat.
Pengkaji cuba untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai perkara di atas
melalui sampel yang diperolehi daripada responden serta hubungan solat dengan
pencapaian akademik pelajar-pelajar.
3.4 KAEDAH KAJIAN
Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan
yang dikehendaki diperolehi oleh pengkaji. Kaedah dapat menentukan keberkesanan
sesuatu kajian dan mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah
yang digunakan dalam kajian “ Pengamalan solat dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar-pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka ” ini ialah kaedah
soal selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan
pendidikan ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta
– fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya.
Menurut Mohd. Majid Konting ( 2004 ), soal selidik lebih pratikal dan
berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa
dengan menggunakan kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan.
Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel kajian.
Menurut Mohd. Najib Ghafar (1999), instrumen kajian juga menentukan jenis data
yang diperoleh dan ini mempengaruhi jenis analisis pengkaji. Teknik pengumpulan
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
19
data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik.
Soal selidik adalah kaedah yang paling banyak dan popular digunakan dalam kajian
sains sosial. Beliau juga menyatakan soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat terutamanya
dalam fakta-fakta kepercayaan, perasaan dan sebagainya.
Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk soalan berstruktur yang
memerlukan sampel untuk menjawab persoalan yang diberikan sahaja mengikut
kesesuaiannya. Soalan soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A
(Demografi Responden), bahagian B (Kepentingan Solat), bahagian C (Pengamalan
Solat), bahagian D (Faktor-faktor pelajar melaksanakan solat) dan bahagian E
(Pencapaian dalam keputusan PMR). Kelebihan soalan berbentuk ini adalah
memudahkan pengkaji untuk memasukkan data atau jawapan. Manakala bagi pihak
respondan pula mereka tidak memerlukan penulisan yang penuh untuk menjawab
sebaliknya hanya menandakan jawapan yang sesuai dengan masa yang singkat sahaja.
3.5 PROSEDUR DAN PELAN ANALISIS KAJIAN
Sebaga i panduan un tuk menyed i akan j adua l ke r j a , be r i ku t
ada l ah angga ran masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti dalam kajian
berbentuk jangka pendek iaitu dilakukan dalam tempoh 6 bulan (24 minggu).
AKTIVITI ANGGARAN MASA
Menyediakan cadangan kajian 3 minggu
Meneliti kajian lalu / teori / metodologi 3 - 4 minggu
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
20
Merangka instrument kajian 3 minggu
Menjalankan pilot test 2 minggu
Mengumpul data 4 - 5 minggu
Menganalisis data 2 minggu
Menulis laporan 3 – 4 minggu
Jumlah minggu 20 - 23 minggu
Anggaran masa yang diberikan tersebut adalah sekadar panduan supaya
pengkaji dapat memberi tumpuan seimbang kepada semua aktiviti dan proses yang
terlibat dalam kajian mereka.
3.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Menurut Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989) menyatakan kesahan
menunjukkan kepada setakat mana sesuatu ujian dapat memenuhi tujuan menguji.
Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Berdasarkan
pernyataan ini, dapat dinyatakan bahawa kesahan dalam ujian adalah merujuk kepada
kualiti ujian yang betul-betul mengukur dan menilai dengan tepat sesuatu yang
hendak diukur. Ianya dikatakan sah kerana ia dapat menjamin bahawa ujian itu benar-
benar menguji perkara-perkara yang harus diuji dan tidak lebih dari itu.
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan
ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. Mok
Soon Sang, menyatakan ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
21
pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam
satu jangka masa. Pengkaji perlu mengambil kira secara serius tentang kesahan dalam
kajian kualitatif. Tanpa bukti kesahan yang mantap kajian kualitatif mungkin tidak
sah. Dalam kajian ini , pengkaji menggunakan kebolehpercayaan - kebolehpercayaan
komposit dan Cronbach Alpha.
3.7 HURAIAN KAEDAH ANALISIS
Maklumat dan data yang diperolehi adalah berbentuk kuantitatif.
Penganalisisan data dalam kajian ini dilakukan dengan bantuan komputer. Data yang
diperolehi daripada soal selidik dimasukkan ke dalam komputer dan diproses dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version
19.0. Data kemudiannya dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif dan
statistik inferensi kolerasi Pearson. Statistik deskriptif yang digunakan ialah pencarian
nilai min dan peratus.
BIBLIOGRAFI
Al Quran al Karim
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
22
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dawama
Sdn. Bhd.
Anisah Ab.Ghani ( 2001). Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers.
Ahmad Amri Zainal Adnan. (2009) Rahsia Personaliti Unggul. Kuala Lumpur: PTS
Millennia Sdn Bhd.
Borich & Tombari. (1997). Psychosocial Aspect of Academic Failure in Children.
Retrieved from http://medind.nic.in/haa/t05/i2/haat05i2p34.pdf.
Lee Shok Mee dan Mook Soon Sang (1989). Pengujian dan penilaian dalam
pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.
Mohd. Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohamad Najib Abdul Ghafar .(1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai; Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia
Mahyuddin Syaf. (1981). Fikh Sunnah. Terj. Bandung. Penerbit al Maarif. 162.
Salasiah Hanin Hamjah. Ermy Azziaty Rozali. Rosmawati Mohamad Rasit. Zainab
Ismail. (2012). Perkaitan amalan spiritual dengan pencapaian akademik
pelajar. AJTLHE Vol. 4, No.2, July 2012, 51-60. UKM, Malaysia. Retrieved
from http://myais.fsktm.um.edu.my/12658/1/4_AJTLHE_93_.pdf
Ishak Mad Shah. 2004. Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja:
melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal
Teknologi, 40(E): 33-44.
Sharifah Nur Binti Abu. Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Jabatan Pengajian Am,Politeknik Kuching Sarawak. fromhttp://dspace.poliku.edu.my/xmlui/bitstream/handle/123456789/636/Pengamalan%20 solat%20fardhu%20di%20PKS.pdf?sequence=1
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
23
Ramli Awang & Rosmaziah Abdul Kadir (2009). Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja. UTM.
Mohd Suhardi Mat Jusoh (2001). Pengabaian Solat di Kalangan Remaja: Kajian di Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Pasir Puteh Kelantan. Tesis Sarjana Kuala Lumpur . Universiti Malaya.
Siti Rokiah Abd Ghani (2007). Amalan Solat Di Kalangan Pelajar: Kajian Di Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (Ciast), Shah Alam, Selangor. Tesis Sarjana Muda. Bangi: UKM.
Norlyana Sulong (2006). Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat: Satu Kajian Di Kolej 11. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Napisah Humni et.al (2004). Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5. Kuching Sarawak.
Cadangan Penyelidikan Pendidikan : Hubungan Solat dan pencapaian Akademik di SSN SMK Seri Kota, Melaka [2013]– Puspa Adam
24