46
960515-13-5253 1.0 PENGENALAN Menurut Sicco van Gelder dalam karyanya, “Strategi Jenama Global (diterjemah oleh Haniza Lockman)”, campuran pemasaran melibatkan perumusan dasar bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baharu, pilihan saluran agihan, strategi penetapan harga, komunikasi pemasaran dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Menurut Darinah Ahmad. (1988) dalam ”Pengiklanan dan Promosi Jualan, Campuran pemasaran adalah satu set elemen- elemen pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklum balas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion). Kepentingan campuran pemasaran adalah salah satu strategi dalam pemasaran di persada dunia. Selain itu, campuran pemasaran juga dapat memastikan pengurusan perniagaan lebih sistematik dan berdaya saing dalam dunia perniagaan. Oleh hal yang demikian kaedah campuran pemasaran boleh membantu pengurus untuk meningkat ekonomi dalam bidang perniagaan. Seterusnya, campuran pemasaran yang berkesan juga dapat menarik minat pelanggan dan pelabur. 1

Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kerja kursus tingkatan 6

Citation preview

Page 1: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

1.0 PENGENALAN

Menurut Sicco van Gelder dalam karyanya, “Strategi Jenama Global (diterjemah oleh

Haniza Lockman)”, campuran pemasaran melibatkan perumusan dasar bagi pembangunan

produk dan perkhidmatan baharu, pilihan saluran agihan, strategi penetapan harga,

komunikasi pemasaran dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Menurut Darinah Ahmad. (1988) dalam ”Pengiklanan dan Promosi Jualan”,

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan

berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklum balas yang

dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam

campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk

mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk,

harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and

promotion).

Kepentingan campuran pemasaran adalah salah satu strategi dalam pemasaran di

persada dunia. Selain itu, campuran pemasaran juga dapat memastikan pengurusan

perniagaan lebih sistematik dan berdaya saing dalam dunia perniagaan. Oleh hal yang

demikian kaedah campuran pemasaran boleh membantu pengurus untuk meningkat ekonomi

dalam bidang perniagaan. Seterusnya, campuran pemasaran yang berkesan juga dapat

menarik minat pelanggan dan pelabur.

Kajian ini menitikberatkan mengenai Syarikat Air Asia Berhad di Malaysia. Kajian

ini dilakukan bagi mengkaji campuran pemasaran Air Asia Berhad iaitu daripada promosi,

penetapan harga dan produk. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen

produk. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti pendekatan yang diamalkan dalam

penetapan harga. Selain itu, kajian ini turut bertujuan mengenal pasti campuran promosi yang

diamalkan oleh Air Asia Berhad.

1

Page 2: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

2.0 Objektif Kajian

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan dengan

campuran pemasaraan yang diamalkan oleh AirAsia Berhad. Objektif-objektif tersebut

adalah:

2.1 Mengenal pasti elemen-elemen produk berdasarkan:

2.1.1 Ciri-ciri perkhidmatan

2.1.2 Kedalaman dan Kelebaran Produk

2.1.3 Aktribut produk, penjenamaan,pelabelan dn khidmat sokongan

2.2 Mengenal pasti pendekatan yang diamalkan dalam penetapan harga.

2.3 Mengenal pasti campuran promosi yang diamalkan oleh Air Asia Berhad.

2

Page 3: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 SEJARAH

Air Asia ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996.

Ia pada asalnya diasaskan oleh syarikat kepunyaan kerajaan Malaysia iaitu DRB-HICOM.

Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani dengan hutang yang amat banyak dibeli oleh

syarikat Tony Fernandes, Tune Air Sdn Bhd dengan jumlah RM1 bersama hutang berjumlah

USD 11 juta bersamaan dengan RM 40 juta.

Misi syarikat Air Asia Berhad pula ialah pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga

besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja. Air Asia turut ingin memcipta jenama

ASEAN yang dikenali dunia. Air Asia juga mahu mencapai kos terendah yang menjadikan

sesiapapun boleh terbang dengan Air Asia. Syarikat Air Asia juga mahu mengekalkan produk

berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap

perkhidmatan.

Visi syarikat Air Asia Berhad ialah menjadi syarikat tambang rendah terbesar di Asia

dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang terkini tidak mendapat

perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.

Hub pertama yang dilancarkan oleh Air Asia ialah di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di hub pertama, Air Asia memperkenal banyak laluan

penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula

beroperasi pada tahun 2003 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan

dengan Singapura. Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh Air Asia berjaya

melonjakkan namanya di sana. Namun jika cabaran untuk bersaing tidak disahut dengan

formula yang bersesuaian untuk berjaya, Air Asia pasti akan kecundang. Tony Fernandes

merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Air Asia kekal berjaya di

Asia dan mula menempah nama di rantau yang lain.

Air Asia Berhad telah mendapat pencapaian yang amat memberangsangkan dari tahun

2003 sehingga 2015. Antaranya ialah:

3

Page 4: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Tahun 2003

Syarikat Penerbangan Sedang Membangun Terbaik Tahun

2003

oleh Jurnal Airfinance

Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahun 2003 (Tony

Fernandes)

oleh Business Times dan American Express

Antara 100 Penerima Utama Anugerah CIO untuk

kecemerlangan dalam pelaksanaan strategik IT

Memperoleh status Superbrand Malaysia

oleh Superbrands International

www.airasia.com diundi sebagai laman web paling popular

untuk pembelian dalam talian menurut Tinjauan ke-11 Pengguna

Internet Malaysia yang telah dikendalikan oleh AC Nielsen

Consult

Tahun 2004

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik

Tahun 2004

Oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik  (CAPA)

Eksekutif Penerbangan Terbaik Asia Pasifik Tahun 2004

dianugerahkan kepada Tony Fernandes, CEO Kumpulan

oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik  (CAPA)

Anugerah Iklan Kos Rendah Asia Pasifik untuk Iklan Cetak

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik /

Timur Tengah 2004

oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik  (CAPA)

Syarikat Terurus Terbaik Asia dalam Sektor Talian Udara dan

Penerbangan

oleh Euromoney

Syarikat Terbaik yang Baru Tersenarai Dalam Bursa Saham

4

Page 5: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

(Tempat ketiga)

oleh Euromoney

Anugerah Serantau Triple A untuk Tawaran Awam Permulaan

(IPO) Syarikat Penerbangan Terbaik bagi tahun 2004

oleh Majalah The Asset

Tawaran Awam Permulaan Terbaik Tahun 2004

oleh The Edge Singapore

Senarai penerima anugerah 25 Bintang Asia (Tony Fernandes)

oleh Business Week

‘Pakaian Seragam Terbaik’ untuk Pertandingan Ratu Cantik

Syarikat Penerbangan Antarabangsa 2004

Pertunjukan Udara ke-5 China, Zhuhai

Anugerah Kepimpinan Pasaran, Anugerah Pencapaian Syarikat

Penerbangan 2005

oleh Majalah Pengangkutan Udara Dunia (ATW)

 

Tahun 2005

Eksekutif Penerbangan Terbaik CAPA Tahun 2005

dianugerahkan kepada YBhg. Dato' Tony Fernandes

Anugerah Kepimpinan Kos Rendah/Serantau dalam

Anugerah Strategi Perniagaan Syarikat Penerbangan

2005

oleh Airline Business – dianugerahkan kepada YBhg.

Dato' Tony Fernandes

Anugerah Kepimpinan Pasaran Penerbangan

oleh Pengangkutan Udara Sedunia (ATW)

5

Page 6: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Pengangkutan

oleh Ports World Sdn. Bhd

Antara 200 Syarikat “Best Under A Billion" Terbaik

Asia

oleh Forbes Asia

Kad Kredit AirAsia RHB

oleh Superbrands

Program Cip Terbaik untuk Anugerah Kepimpinan

Pemasaran MasterCard 2005

oleh MasterCard

Tahun 2006

Usahawan Terbaik Malaysia Tahun 2006 oleh Ernst & Young

dianugerahkan kepada YBhg. Dato' Tony Fernandes

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Tahun 2006

dalam Anugerah KLIA

oleh Malaysia Airports Holdings Berhad

Anugerah Merit bagi Syarikat Penerbangan Terbaik CAPA

Tahun 2006

oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik  (CAPA)

Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian

Terbaik dalam Industri Pelancongan 2006

oleh SmartTravelAsia.com

Syarikat Terurus Terbaik, Tadbir Urus Korporat Terbaik,

Hubungan Pelabur Terbaik, dan Paling Komited Terhadap Dasar

Dividen Kukuh menurut Undian Pelabur Tahunan

oleh FinanceAsia.com

Tahun 2007

Syarikat Penerbangan Terbaik Tahun 2007

oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik  (CAPA)

6

Page 7: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian

Terbaik dalam Industri Pelancongan 2007

oleh SmartTravelAsia.com

Anugerah Strategi Perkembangan Modal Insan Syarikat

Penerbangan

oleh Frost & Sullivan

Syarikat Baru Muncul Terbaik Asia dari segi Tadbir Urus

Korporat

oleh The Asset

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Asia

oleh Skytrax

Anugerah The BrandLaureate 2006-07

kerana kecemerlangan jenama dalam Kategori Syarikat

Penerbangan – Pengangkut Tambang Murah

Tahun 2008

Anugerah Kehormat untuk Pengangkutan Komersial Terbaik

ke Lapangan Terbang

daripada Aviation Week

Tony dianugerahkan Anugerah Ikon Jenama Malaysia oleh

Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Tun Razak di

Forum Jenama Global Malaysia

AirAsia – Antara 30 Jenama Paling Bernilai di Malaysia

Tahun 2008

oleh Jenama-jenama Malaysia Paling Bernilai (MMVB)

Anugerah Kecemerlangan Organisasi PIKOM ICT

oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM)

AirAsia X –Syarikat Penerbangan Baru Terbaik Tahun 2008

oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik  (CAPA)

7

Page 8: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia

oleh TTG Travel Awards 2008

Jenama Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik & Jenama

Korporat Ketiga Terbaik di Malaysia

oleh Tinjauan Kumpulan Pulse

Syarikat Penerbangan Baru Terbaik Dunia (AirAsia X)

oleh Anugerah Sistem Penerbangan Tambang Murah Dunia

Budgie 2008

Anugerah Rakan Negara Thai 2008

oleh Lembaga Pelancongan Thailand

Tinjauan 1000 Jenama Terbaik di Asia Pasifik 2008

(AirAsia- Antara 5 Syarikat Penerbangan Terbaik)

oleh Taylor Nelson Sofres

Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian

Terbaik dalam Industri Pelancongan 2008

oleh SmartTravelAsia.com

AirAsia meraih Anugerah Strategi Syarikat Penerbangan

dalam Kategori Kewangan

oleh Airline Business

AirAsia diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 Syarikat

Paling Inovatif di Dunia

oleh FastCompany.com

Kepimpinan Penembusan Pasaran Penerbangan Terbaik

Tahun 2008

oleh Frost & Sullivan

Pemimpin yang Semakin Menonjol dalam 10 Tahun Akan

Datang

oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) dengan

8

Page 9: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

kerjasama AXN Asia

Anugerah Kepujian Prestij atas sumbangan cemerlang di

Macau

oleh Wilayah Pentadbiran Khas Macau

Tahun 2009

Syarikat Penerbangan Terbaik Tahunan

oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)

Tony telah menerima Anugerah Kecemerlangan dalam

Kepemimpinan Frost & Sullivan 2009

oleh Frost & Sullivan

Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia

oleh TTG Travel Awards 2009

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

oleh Skytrax

Tahun 2010

CEO Terbaik Global Masterclass dianugerahkan kepada

Y.Bhg. Dato' Tony Fernandes

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

oleh Skytrax

AirAsia diundi sebagai Anugerah Pendatang Baru Industri

Kargo Udara di Anugerah Kargo Udara Dunia ACW 2010

oleh Air Cargo Week

Tahun 2011

9

Page 10: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia

oleh TTG Travel Awards 2011

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia

oleh Skytrax

Syarikat Terbaik untuk Hubungan Pelabur – Saiz Sederhana

Laman Web Hubungan Pelabur Terbaik – Saiz Sederhana

oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA)

Anugerah Pengangkut Kargo Tambang Murah Terbaik Asia

oleh Anugerah Penerbangan Asia 2011

Syarikat Penerbangan Asing Paling Pesat Berkembang bagi

Kargo

oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou

Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Asiamoney 2010

Tahun 2012

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

oleh Skytrax

Syarikat Penerbangan Berharga Terbaik ATW Tahun 2012

Tahun 2013

Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia oleh

World Travel Awards 2013

10

Page 11: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

oleh Skytrax

Tahun 2014

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

oleh Skytrax

Tahun 2015

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia

oleh Skytrax

3.2 CAMPURAN PEMASARAAN

11

Page 12: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Menurut Sharifah Yuhayu S. dan Suzana M. dalam “Kajian Sorotan Kepentingan

Pengetahuan Campuran Pemasaran Di Dalam Bidang Keusahawanan”, campuran pemasaran

adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif pemasaran, pengurus

operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional :

empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Produk merupakan

tawaran pemasar untuk dilihat atau peragaan, dicuba dan digunakan untuk tujuan peribadi, isi

rumah, pengeluaran atau jual semula. Terdapat dua kategori utama dalam produk iaitu,

produk ketara atau tangible dan tidak ketara atau intangible. Produk ketara dikenali sebagai

’barangan’ manakala produk tidak ketara dikenali sebagai ’perkhidmatan’.

Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan penumpuan usaha

pemasar untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna. Apabila sesuatu kumpulan

pengguna telah dikenal pasti, pemasar haruslah dapat memenuhi keperluan pengguna supaya

pemasar mendapat keuntungan daripada aktiviti pemasaran yang telah dilaksanakan. Aktiviti

pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah yang

menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah perniagaan. Melalui

pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaraan untuk mengenal pasti

sasaran yang boleh membantu organisasi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran

dan boleh menguasai keseluruhan pasaran.

Campuran pemasaran terdiri daripada empat pemboleh ubah, iaitu penetapan harga,

promosi, produk dan pengedaran atau pengagihan.

Menurut Darmawan dan Ferrinadewi (1996), produk merupakan sesuatu yang

memiliki nilai dan ditawarkan untuk memenuhi kerperluan semasa. Menurut Kotler dan

Armstrong (2003), produk ialah sesuatu yang ditawarkan kepada pembeli untuk perhatian,

dimiliki, dan kegunaan untuk memuaskan keinginan atau keperluan pembeli.

Menurut Gronroos (1990), perkhidmatan juga merupakan aktiviti atau siri aktiviti

yang lebih kurang tidak ketara sifat yang biasanya, tetapi tidak semestinya, mengambil kadar

dalam interaksi antara pelanggan dan perkhidmatan pekerja atau sumber fizikal atau barang-

barang atau sistem pembekal perkhidmatan, yang disediakan sebagai penyelesaian kepada

masalah pelanggan. Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan ini juga melibatkan

penawaran barang tidak nampak kepada pelanggan dan juga merujuk kepada aktiviti yang

dijalankan di peringkat pemasaran dalam memasarkan produk ataupun perkhidmatan mereka

kepada pengguna.

12

Page 13: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Ciri-ciri perkhidmatan AirAsia Berhad terbahagi kepada perkhidmatan intangibiliti dan

perkhidmatan kebolehubahan. Menurut Md. Alias B. Hj. Khalil (2011), perkhidmatan

intangibiliti merupakan perkhidmatan tidak nampak, tidak boleh disentuh, tidak boleh dihidu,

dan tidak boleh didengar sebelum digunakan dan tidak pula boleh dipamerkan di dalam

sesuatu rak seperti produk fizikal. Menurut (Md. Alias B. Hj. Khalil (2011) pula

perkhidmatan kebolehubahan merupakan perkhidmatan dengan kualiti yang berbeza

bergantung kepada bila, di mana dan bagaimana sesuatu perkhidmatan diberi. Antara

perkhidmatan intangibiliti yang ditawarkan ialah perkhidmatan kargo, kad kredit, dan Tune

hotel. Perkhidmatan kebolehubahan pula ialah tempat duduk yang selesa dan harga yang

menarik.

Setiap produk mempunyai kelebaran dan kedalaman. Menurut Mohd Kamal Mustaffa

(2012), kelebaran campuran produk merujuk kepada bilangan atau lini produk yang

ditawarkan kepada pengguna. Mohd Kamal Mustaffa (2012) juga menyatakan bahawa

kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan lini item produk yang terdapat dalam

satu barisan produk.

Atribut produk menurut Tjiptono (2007) merupakan unsur-unsur produk yang

dipandang penting oleh konsumen dan dijadikan dasar pengambilan keputusan pembelian.

Manakala menurut Kotler dan Armstrong (2003) pula atribut produk adalah pengembangan

suatu produk atau jasa yang melibatkan penentuan manfaat yang akan diberikan. Sebagai

contoh, AirAsia Berhad menawarkan perkhidmatan dan produk seperti penerbangan tambang

murah, hidangan panas (makanan), perkhidmatan penyewaan kereta, minuman, perkhidmatan

kargo dan kad kredit.

Seterusnya, menurut Sabri (2002), penjenamaan merupakan satu elemen penting

dalam sesebuah perniagaan. Jenama merupakan istilah, tanda nama atau simbol yang

dikaitkan dengan identiti sesebuah produk. Sebagai contoh, AirAsia mengamalkan kaedah

kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu

terbang dengan AirAsia.

Selanjutnya, menurut Kotlar & Amstrong (2011), penawaran khidmat sokongan dapat

menambahkan nilai produk sedia ada. Sebagai contoh, terdapat pelbagai jenis khidmat

sokongan yang ada dalam syarikat Air \Asia Berhad seperti laman sesawang rasmi Air Asia

Berhad tersendiri iaitu www.airasia.com.

13

Page 14: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Penetapan harga merujuk Kotlar & Amstrong (2011) kepada harga merupakan

sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk. Penetapan harga juga ialah nilai yang

ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang

sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut. Penetapan harga yang

dilakukan oleh Air Asia Berhad adalah berdasarkan Teori Pengurusan Antarabangsa.

Menurut Jamal Ali (2008), penentuan harga berasaskan nilai ialah satu strategi

meletakkan harga yang berlainan bagi produk yang sama dalam pasaran yang berlainan

dengan mengambil kira persepsi pengguna tanpa mengambi kira kos pengeluaran.

Hairul Nizam Hassan (2014) menyatakan bahawa penentuan harga lini ialah firma

menetapkan harga berdasarkan harga pesaing dan kurang menumpukan kepada kos atau

permintaannya sendiri. Sebagai contoh, AirAsia telah menetapkan harga berdasarkan

pendekatan harga secara umum. Pendekatan secara umum tersebut terbahagi kepada dua iaitu

penentuan harga berasaskan nilai dan penentuan harga berasaskan persaingan.

Menurut Yudha Trisyah Putra (2010), promosi menggunakan kaedah pengiklanan

untuk mempromosikan produk yang digunakan. Ia boleh ditakrifkan sebagai sebarang bentuk

persembahan maklumat yang terkawal dan bukan secara peribadi, mengenai keluaran yang

ditaja oleh organisasi tertentu untuk memberitahu dan meyakinkan sasaran pasaran.

Pengiklanan adalah satu bentuk komunikasi yang bebas daripada unsur-unsur peribadi dan

dibayar oleh pihak tertentu untuk menyebarkan maklumat berkaitan produk. Iklan boleh

disalurkan kepada pengguna melalui beberapa media. Media pengiklanan adalah pengantara

atau alat yang akan digunakan untuk mengiklan produk. Dalam pasaran terdapat pelbagai

bentuk media pengiklanan yang merangkumi media cetak dan media elektronik seperti

majalah, televisyen, pengiklanan luar, internet, pengiklanan maya dan sebagainya. Sebagai

contoh, AirAsia Berhad telah membuat promosi secara besar-besaran dengan menggunakan

kaedah melalui pengiklanan, promosi jualan, jualan bersemuka serta publisiti dan

perhubungan awam.

Menurut Yudha Trisyah Putra (2010), promosi ditakrifkan sebagai satu proses

memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan  menyedarkan pengguna tentang

barangan menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan. Sebagai contoh,

AirAsia melakukan aktiviti promosi melalui laman sosial seperti Facebook untuk

menyebarkan segala maklumat mengenai promosi mengikut musim mahupun potongan harga

yang telah di buat oleh pihak AirAsia.

14

Page 15: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Menurut Harlym Yeo (2009), publisiti dan perhubungan awam pula merujuk kepada

membina hubungan baik dengan pelbagai pihak awam syarikat dengan mewujudkan publisiti

serta imej korporat yang baik dan menangani sebarang khabar angin, cerita serta peristiwa

yang tidak baik. Sebagai contoh, mereka mengadakan aktiviti gotong-royong bersama

masyarakat setempat dan menjana Queen Park Ranger (QPR).

Menurut Jagathiswary Jga (2001), jualan bersemuka merupakan komunikasi secara

langsung dengan pengguna individu yang telah disasarkan dengan teliti untuk memperolehi

respon segera.Ia membenarkan pemasar memfokus secara berkesan ke atas sub pasaran

dengan menawarkan keluaran yang seragam yang memenuhi keperluan segmen pasaran

dengan lebih baik. Ia juga boleh mewujudkan hubungan baik dan berterusan dengan

pelanggan. Sebagai contoh, pelnggan boleh pergi ke kaunter jualan beli di lapangan terbang

untuk mengetahui maklumat mengenai kos tambang AirAsia dengan lebih lanjut.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan langkah atau prosedur bagi mencapai segala objektif kajian

yang telah ditetapkan.

4.1 Pengumpulan Data

15

Page 16: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Kaedah kajian ini iaitu pengumpulan data adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan

data berbentuk kualitatif ialah sebarang keputusan yang dibuat mempunyai unsur subjektif

kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pada pandangan dan pengetahuan.

4.2 Data Sekunder

Data sekundar merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh

diperolehi melalui rujukan. Antaranya ialah rujukan perpustakaan, internet, analisis data dan

dokumentasi.

4.2.1 Rujukan Perpustakaan

Pengkaji menggunakan kaedah rujukan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan

data. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada :

i. Perpustakaan sekolah, SMK Matang Jaya

ii. Pustaka Negeri Sarawak

Antara buku yang digunakan yang terdapat di perpustakaan ialah buku rujukan dan buku

ilmiah. Sebagai contoh, buku yang bertajuk “Principles Of Marketing”.

4.2.2 Internet

Internet merupakan satu jaringan komputer yang meliputi beribu-ribu jaringan dan

menghubungkan berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Pengkaji menggunakan internet bagi

mencari maklumat dan data dalam melaksanakan kerja kursus ini.

4.3 Analisis Data

Tujuan analisis data dijalankan adalah bagi mengetahui kelemahan dan kelebihan

perniagaan yang dikajian. Analisis data juga bertujuan untuk membaiki kelemahan yang

dialami oleh perniagaan yang dikaji. Sebagai contoh, pengkali boleh melayari laman web Air

Asia Berhad iaitu www.airasia.com untuk mencari maklumat.

4.2.3 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah

diterbitkan seperti buku, jurnal, tesis, akhbar, dan majalah bagi mendapatkan maklumat

dalam melaksanakan kerja kursus ini. Kaedah yang dikenal pasti diharapkan dapat menjamin

16

Page 17: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan

mengikut tatacara kajian yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrumen

yang telah dikenal pasti.

4.3 Analisis Data

Tujuan analisis data dijalankan adalah bagi mengetahui kelemahan dan kelebihan

perniagaan yang di kaji. Analisis data juga bertujuan untuk membaiki kelemahan yang

dialami oleh perniagaan yang dikaji.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan dirumuskan dengan dapatan kajian yang telah diperolehi daripada

maklumat-maklumat yang terkumpul. Perbincangan dalam bahagian ini adalah berkaitan

17

Page 18: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

dengan campuran pemasaran yang diamalkan oleh AirAsia Berhad. Laporan dapatan kajian

ini dipersembahkan mengikut objektif kajian.

5.1 PRODUK

5.1.1 Ciri-ciri Perkhidmatan

Ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan oleh Air Asia Berhad ialah perkhidmatan.

Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan ini melibatkan penawaran barang tidak nampak

kepada pelanggan dan juga merujuk kepada aktiviti yang dijalankan di peringkat pemasaran

dalam memasarkan produk ataupun perkhidmatan mereka kepada pengguna. Terdapat dua

ciri perkhidmatan yang ditawarkan oleh AirAsia iaitu perkhidmatan intangibiliti dan

perkhidmatan kebolehubahan.

5.1.1.1 Perkhidmatan Intangibiliti

Perkhidmatan intangibiliti merupakan perkhidmatan tidak dapat dilihat sebelum

digunakan dan tidak boleh dipamer di dalam sesuatu shelf seperti produk fizikal. Antara

perkhidmatan intangibiliti yang ditawarkan oleh AirAsia Berhad ialah perkhidmatan kargo,

kad kredit dan Tune hotel.

Selain itu, AirAsia Berhad menyediakan perkhidmatan kargo untuk para pelanggan.

AirAsia Cargo bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan kargo ini. Perkhidmatan-

perkhidmatan kargo ini dijalankan oleh beberapa kapal terbang seperti Airbus A330-300 dan

Airbus A320-200. Airbus A330-300 digunakan untuk penerbangan jarak jauh iaitu Australia,

China, Taiwan, Japan dan Korea. Manakala bagi Airbus A320-200 pula digunakan untuk

penerbangan jarak yang dekat seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura,

Brunei, Hong Kong, dan Filipina.

AirAsia juga menawarkan perkhidmatan kad kredit yang juga bekerjasama dengan

Citibank. Antara kad kredit yang digunakan atau ditawarkan ialah kad kredit Platinum dan

Gold Vista serta kad kredit Platinum dan Gold Master.

Selain itu, hotel yang dibawah Syarikat AirAsia iaitu Tune Hotel disediakan

berdekatan dengan lapangan kapal terbang untuk pelanggan menginap dan hotel tersebut

mempunyai perkhidmatan yang berbeza daripada hotel-hotel yang lain iaitu mempunyai

kawalan yang ketat selama 24 jam, suasana yang bersih, mempunyai katil 5 bintang, dan

berdekatan dengan tempat membeli-belah.

18

Page 19: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

(Gambar 1 : Tune Hotel Air Asia Berhad)

5.1.1.2 Perkhidmatan Kebolehubahan

Perkhidmatan kebolehubahan merupakan perkhidmatan dengan kualiti yang berbeza

bergantung kepada di mana, bila dan bagaimana sesuatu perkhidmatan diberi. Sebagai

contoh, AirAsia menyediakan menyediakan bas-bas kepada pelanggan untuk pergi ke

destinasi yang hendak dituju. Bagi menggunakan perkhidmatan bas ini, pelanggan haruslah

membeli tiket di kaunter yang telah disediakan oleh Syarikat AirAsia Berhad.

Perkhidmatan kebolehubahan juga merupakan perkhidmatan dengan kualiti yang berbeza

bergantung kepada bila, di mana dan bagaimana sesuatu perkhidmatan diberi. Sebagai

contoh, Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AirAsia Berhad adalah berbeza dengan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines (MAS).

AirAsia Berhad juga mempunyai kawasan katil rata premium untuk pelanggan. Tempat

duduknya sangat luas dan kerusi tersebut boleh direbahkan sepenuhnya seterusnya menjadi

sebuah katil. Katil premium ini mempunyai reka bentuk yang dinamik iaitu bercirikan seperti

soket kuasa universal, mempunyai lampu bacaan peribadi, dan terdapat simpanan meja lipat.

19

Page 20: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Selain itu, perkhidmatan kebolehubahan yang ditawarkan oleh pihak AirAsia

Berhad kepada pelanggan ialah tempat duduk yang selesa dan ditawarkan harga yang

menarik. Sebagai contoh, tempat duduk ekonomi terbahagi kepada dua iaitu tempat duduk

biasa dan tempat duduk popular. Bagi yang tidak mahu gangguan, para pelanggan boleh

menempah tempat duduk biasa. Oleh hal demikian kerana di kawasan tersebut tiada

gangguan, senyap dan mempunyai pencahayaan yang istimewa untuk pelanggan.

Dari segi harga yang menarik pula, AirAsia menawarkan tiga jenis tambang iaitu,

tambang rendah, premium flex dan katil rata premium. Tambang rendah boleh menukarkan

tarikh atau waktu selewat-lewatnya 48 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan dan

tertakluk kepada sebarang perbezaan tambang dan yuran penukaran. Bagi premium flex dan

katil rata premium pula, tarikh atau waktu boleh ditukar selewat-lewatnya 2 jam sebelum

waktu perlepasan yang dijadualkan dan tidak tertakluk bagi tempahan baharu yang dilakukan

dalam tempoh 4 jam.

5.1.2 Kelebaran Dan Kedalaman Campuran Produk

5.1.2.1 Kelebaran Campuran Produk

Kelebaran merujuk kepada bilangan lini produk yang berlainan ditawarkan oleh

pengeluar. Sebagai contoh, AirAsia menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang

berasaskan kelebaran iaitu penerbangan tambang murah, makanan, minuman, cenderamara,

perkhidmatan penyewaan kereta, perkhidmatan kargo dan kad kredit.

5.1.2.2 Kedalaman Campuran Produk

Kedalaman menurut Azizah Hamzah (2010) ialah bilangan versi yang ditawarkan

bagi setiap produk dalam lini produk.

AirAsia telah menawarkan pelbagai jenis hidangan panas atau makanan kepada

pelanggan mereka. Syarikat AirAsia menyediakan mengikut persepsi Negara iaitu Malaysia

dengan hidangan yang memukau hati pelanggan. Antara makanan yang disediakan ialah nasi

ayam, nasi briyani ayam Bukhari, nasi lemak Pak Nasser, nasi briyani sayuran, ayam

panggang dengan sos berkrim, pasta sayuran dengan ayam panggang, nasi dagang dengan

kari ayam, dan balutan sate ayam.

20

Page 21: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

(Gambar 2 : Nasi Lemak Pak Nasser)

Seterusnya, AirAsia Berhad juga menyediakan pelbagai jenis minuman untuk

pelanggan mereka. Antara produk minuman yang ditawarkan ialah Nestle dan Spritzer.

Produk minuman Nestle iaitu Coka Cola dan Milo sering ditawarkan kepada pelanggan.

Manakala syarikat AirAsia Berhad menawarkan air mineral Spritzer dan minuman jus yang

lain seperti jus epal, oren, dan mangga.

Selanjutnya, AirAsia juga menawarkan pelbagai barangan cenderamata untuk para

penumpangnya. Antaranya ialah rantai kunci (key chain), buku nota, fon kepala (headphone),

fon telinga (earphones), topi dan baju jenama AirAsia, permainan kanak-kanak dan bantal-

bantal untuk leher.

21

Page 22: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

(Gambar 3 : Barang Dagangan AirAsia Berhad)

AirAsia juga menyediakan perkhidmatan penyewaan kenderaan untuk para

pelanggan. Oleh hal yang demikian, terdapat sebuah laman sesawang yang menjadi ejen

dalam menyediakan perkhidmatan ini. Para pelanggan boleh menyewa kereta menerusi

internet. Antara kenderaan yang disewakan ialah Europcar, AVIS, dan Mayflower Car

Rental.

5.1.3 Atribut Produk, Penjenamaan Dan Khidmat Sokongan.

5.1.3.1 Antribut Produk

Atribut produk merupakan ciri-ciri produk sama ada fizikal ataupun psikologikal. Elemen

ini merupakan keputusan utama yang harus dibuat dalam pembangunan sesebuah produk.

Keputusan dibuat terhadap produk tersebut dari segi ciri.

Ciri produk yang menarik dan unik mampu menonjolkan keistimewaan produk pengeluar

daripada produk pesaing. Ciri produk AirAsia Berhad yang menarik dan unik ialah harga

tambang tiket penerbangan yang rendah. AirAsia Berhad merupakan syarikat penerbangan

yang pertama menawarkan harga tambang tiket penerbangan yang rendah di Malaysia dan

Asia. AirAsia juaga menawarkan pakej prepaid panggilan murah dan sms murah melalui

produk Tunetalk. Sebagai contoh, panggilan hanya 16 sen seminit dan 5 sen persms ke

seluruh dunia. Selain itu, AirAsia turut menawarkan makanan yang menarik yang lain

daripada syarikat pesaing. Sebagai contoh, nasi lemak, nasi dagang, pasta dan roti canai.

22

Page 23: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

5.1.3.2 Penjenamaan

Penjenamaan merupakan satu elemen penting dalam sesebuah perniagaan. Jenama

merupakan tanda nama atau simbol yang dikaitkan dengan identiti sesebuah produk. Air

Asia mengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap

orang supaya mereka mampu terbang dengan AirAsia. Ianya bermula dengan misi

menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai.

Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Sebagai

contoh, jika membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan

besar dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan

yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket. Seterusnya, AirAsia Berhad juga memegang

motto “Now Everyone Can Fly” yang melambangkan imej syarikat tersebut.

( Gambar 4 : Menunjukkan logo AirAsia Berhad dan Slogan mereka

“Now Everyone Can Fly” )

23

Page 24: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

5.1.3.3 Khidmat Sokongan

Penawaran khidmat sokongan dapat menambahkan nilai produk sedia ada. Terdapat

pelbagai jenis khidmat sokongan yang ada dalam syarikat AirAsia Berhad seperti laman

sesawang rasmi AirAsia Berhad tersendiri iaitu www.airasia.com. Melalui laman sesawang

ini, pelanggan boleh menempah tiket mahupun mengetahui maklumat mengenai penerbangan

ke destinasi-destinasi yang hendak dijelajahi. Sebagai contoh, mengetahui terdapatnya

promosi yang telah dibuat, jenis tambang yang sesuai digunakan dan sebagainya. Laman web

tersebut juga ada ruangan untuk membuat aduan terhadap apa yang pelanggan ingin tahu

mengenai destinasi mahupun perkhidmatan yang digunakan.

AirAsia mempunyai kemudahan seperti aplikasi mudah alih yang boleh membuat

pelanggan untuk menempah, menyimpan butiran perjalanan dan menaik taraf mendaftar

masuk.

5.2 Penetapan Harga

Penetapan harga yang telah diterapkan oleh AirAsia ialah berlandaskan pendekatan

harga secara umum. Pendekatan ini terbahagi kepada dua iaitu penentuan harga berasaskan

kos dan penentuan harga berdasarkan persaingan.

5.2.1 Penentuan Harga Berasaskan Kos

Penentuan harga berasaskan kos ialah harga sesuatu produk yang boleh mengaut

keuntungan dengan menambah margin ke atas pengeluaran. Setiap harga produk dan

perkhidmatan yang telah di tetapkan oleh syarikat AirAsia Berhad mengambil kira kos-kos

seperti upah pekerja, bayaraan kapal terbang mendarat dan kos untuk penyelengaraan kapal

terbang. Oleh itu, penentuan harga berasaskan kos digunakan dalam syarikat ini bagi

mengelak kerugian yang besar

5.2.2 Penentuan Harga Berasaskan Nilai

Penentuan harga berasaskan nilai menurut Mah Boon Keit (2015) ialah harga

ditetapkan berdasarkan kepada persepsi terhadap nilai produk pada persepsi pengguna.

Melalui penentuan harga berasaskan nilai, AirAsia mempunyai perkhidmatan yang sama

tetapi harga yang berbeza. Sebagai contoh, AirAsia menawarkan penerbangan kelas ekonomi

dan kelas premium. Bagi kelas ekonomi, tempat duduknya biasa dan mempunyai layanan

yang biasa sahaja berbanding kelas premium. Manakala bagi kelas premium pula, terdapat

24

Page 25: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

tempat duduk yang selesa malah mempunyai tempat duduk yang boleh dijadikan sebuah

katil. Layanan istimewa diberikan oleh krew AirAsia kepada pelanggan kelas premium.

5.2.3 Penentuan Harga Berasaskan Persaingan

Penentuan harga berasaskan persaingan dalam syarikat AirAsia Berhad. Pendekatan

ini membuat pemasar mengkaji harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

pesaingan. AirAsia Berhad menggunakan kaedah penentuan harga lini dalam menetapkan

harga produk dan perkhidmatan mereka. AirAsia Berhad telah menawarkan kos tambang

murah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Sebagai contoh, kos tambang bagi

AirAsia Berhad lebih murah berbanding dengan Syarikat Malaysian Airlines (MAS).

5.3 Promosi

5.3.1 Campuran Promosi

AirAsia Berhad menggunakan campuran promosi bagi meningkatkan keuntungan

organisasi perniagaan mereka. Antara campuran promosi yang digunakan ialah pengiklanan,

promosi jualan, jualan bersemuka serta publisiti dan perhubungan awam.

5.3.1.1 Pengiklanan

Pengiklanan ditakrifkan sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan barangan,

perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.

sebagai satu proses. Ia juga merupakan komunikasi secara tidak langsung yang dikenakan

bayaran kepada pihak pemasar. Saluran media massa sesuai digunakan dalam pengiklanan

sama ada melalui media cetak atau media elektronik. AirAsia Berhad telah melakukan

promosi pengiklanan di televisyen. Media cetak yang digunakan oleh AirAsia Berhad dalam

menjalankan promosi ialah poster dan surat khabar.

25

Page 26: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

(Gambar 5 : Pengiklanan AirAsia melalui papan iklan)

5.3.1.2 Promosi Jualan

Promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jualan pemasar

dalam jangka pendek. Ia juga merupakan satu proses memberitahu , memujuk dan

mempengaruhi pelanggan. AirAsia Berhad telah harga tambang yang murah mengikut masa

promosi seperti pada hari raya, hari kebangsaan, sambutan tahun baru cina dan lain-lain

kepada pelanggan dan masyarakat setempat. Promosi potongan harga ini diiklankan di media

massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.

5.3.1.3 Publisiti Dan Perhubungan Awam

Dari segi publisiti dan perhubungan awam pula, AirAsia Berhad telah membina laman

sesawang perniagaan mereka sendiri. Melalui laman web rasmi AirAsia Berhad, masyarakat

setempat mahupun dunia dapat mengetahui lebih lanjut tentang AirAsia Berhad. Antara yang

terdapat dalam laman web rasmi AirAsia Berhad ialah perkhidmatan yang ditawarkan,

pengiktirafan yang diterima dan promosi yang ditawarkan. Sebagai contoh, mereka boleh

melayari laman sesawang AirAsia Berhad iaitu www.airasia.com untuk menempah atau

mengetahui lebih lanjut mengenai AirAsia Berhad. AirAsia juga telah menaja Queen Park

Ranger (QPR) iaitu kelab bola sepak. AirAsia Berhad telah menaja QPR untuk dua musim

perlawanan bola sepak. Logo AirAsia Berhad juga terdapat pada baju jersi QPR.

26

Page 27: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

( Gambar 6 : Jersi Queen Park Ranger yang mempunyai logo AirAsia)

Perhubungan awam merupakan asuatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan

dirancang dimana sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan

persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Dalam

perhubungan awam, AirAsia telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai

Timur pada tahun 2015. AirAsia telah menyediakan ruang kargo percuma bagi menghantar

bantuan kemanusian seperti makanan, bekalan perubatan, pakaian dan keperluan lain. Selain

itu, AirAsia juga menyokong bantuan sukarelawan dengan menyediakan penerbangan kepada

mereka seperti doctor perubatan, jururawat dan kaunselor ke kawasan terjejas akibat banjir.

AirAsia Foundation dengan kerjasama Mercy Malaysia telah melancarkan kempen kutipan

derma di dalam semua penerbangan AirAsia.

5.3.1.4 Jualan Bersemuka

AirAsia Berhad juga menjalankan jualan bersemuka. Jualan bersemuka dijalankan di

kaunter jualan beli di lapangan terbang. Pelanggan yang ingin mengetahui sesuatu maklumat

tentang perkhidmatan oleh AirAsia Berhad boleh ke kaunter untuk bertanya bagi membentuk

keyakinan untuk membeli.

27

Page 28: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

6.0 PENUTUP

Bahagian ini meliputi rumusan kajian dan cadangan pengkaji kepada syarikat Air

Asia Berhad.

6.1 Rumusan Kajian

Hasil daripada kajian yang diperolehi, pengkaji telah Berjaya memenuhi objektif-

objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti elemen-elemen produk, mengenal

pasti pendekatan yang diamalkan dalam penetapan harga dan mengenal pasti campurasan

promosi yang diamalkan oleh AirAsia Berhad.

Syarikat AirAsia menawarkan perkhidmatan intangibility dan kebolehubahan kepada

pelanggan-pelanggan mereka. Air Asia menggunakan kaedah kelebaran dan kedalaman bagi

produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pelanggan.

AirAsia menggunakan kaedah atribut, penjenamaan dan khidmat sokongan yang

tersendiri dan mempunyai kelainan berbanding syarikat pesaing.

AirAsia Berhad juga menggunakan penetapan harga yang berasaskan kos, nilai dan

persaingan. Air Asia telah menggunakan titik pulang modal bagi penetapan harga yang

berasaskan kos. Selain itu, AirAsia menggunakan penentuan harga lini untuk penetapan harga

berasaskan persaingan.

AirAsia mempunyai beberapa cara bagi menarik minat pelanggan untuk

meningkatkan keuntungan syarikat adalah dengan menggunakan beberapa campuran

promosi. Antaranya ialah seperti pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan perhubungan

awam, dan jualan bersemuka.

6.2 Cadangan Kajian

Cadangan kajian ini dilakukan bertujuan bagi memberi cadangan supaya

penambahbaikan dapat dilakukan.

Pengkaji mencadangkan agar syarikat AirAsia Berhad menawarkan lebih banyak laluan

penerbangan domestik dan luar negara. Hal ini demikian supaya dapat menarik lebih ramai

pengguna menggunakan perkhidmatan Air Asia. Dengan ini mereka dapat meningkatkan

keuntungan.

28

Page 29: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Seterusnya, harga perkhidmatan penerbangan Air Asia direndahkan kepada tahap mampu

milik kepada semua golongan masyarakat. Hal ini kerana masih banyak masyarakat yang

tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar promosi kerap dilakukan seperti

menggunakan surat akhbar. Hal ini demikian kerana surat akhbar lebih murah dan

penggunaannya ramai. Oleh itu, orang ramai dapat mengetahui promosi yang dijalankan.

Semoga cadangan yang dicadangkan dapat dipertimbangkan dalam menambahbaikan

perkhidmatan yang ditawarkan.

29

Page 30: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

7.0 Rujukan

Ashok Jain, 2014. Principles of Marketing.

Azizah Hamzah, 2010. “Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya”.

Clark K.B dan Whee Iwright, 1993. Managing New Product and Process Development.

http://www.merriam-webster.com/dictionary/book. 17 Ogos 2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33169-airasia-hulur-bantuan-kepada-

mangsa-banjir-pantai-timur. 17 Ogos 2015

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-kejayaan-air-asia.html. 20 Ogos 2015

https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-

8#q=penajaan+airasia 20 Ogos 2015

http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-produk.html

25 Ogos 2015

https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/

penentuan-harga/ 25 Ogos 2015

http://petuapaje.blogspot.my/2011/09/pemasaran-produk.html. 27 Ogos 2015

http://www.academia.edu/5703447/Tan_Sri_Tony_Fernandes_-_Air_Asia 27 Ogos 2015

http://hero-bussiness.blogspot.my/?m=1 27 Ogos 2015

http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-6-campuran-pemasaran-promosi.html.

1 September 2015

http://www.scribd.com/doc/90639042/Maksud-Perkhidmatan#scribd 1 Septemer 2015

http://radzihamid.blogspot.my/2012/01/airasia-berhad-kini-sesiapapun-boleh.html

1 September 2015

http://www.businessdictionary.com/definition/services.html#examples. 2 September 2015

https://anaksuluhbudiman.wordpress.com/nota-t5/bab-6-promosi/ 2 September 2015

30

Page 31: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

http://www.kualalumpurpost.net/air-asia-mencorak-sejarah/ 3 September 2015

http://mohamadisamuddin.blogspot.my/2013/05/air-asia-sejarah-penubuhan.html.

5 September 2015

http://www.slideshare.net/VedoYudistira/profil-perusahaan-airasia-14600769?related=1.

7 September 2015

http://blog.airasia.com/category/airport-stories/ 7 September 2015

Kamarul Azmi Jasmi. “Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial”

Kotler, 1996. Principle of Marketing.

Kotler, P, Amstrong Wong, 2008. Principles of Marketing.

Mah Boon Keit, 2015, Cetakan Pertama, Teks Pengajian Perniagaan, Penerbitan Pelangi

Sdn. Bhd. Selangor, Malaysia.

Neil Borden, 1964. The Concept of the Marketing Mix.

Rafidah Manap, 2014, Cetakan Pertama, Teks Pengajian Perniagaan, Penerbitan

OxfordFajar. Selangor, Malaysia.

31

Page 32: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Lampiran 1

( Gambar 7 : Menu yang disediakan dalam Kapal Terbang AirAsia kepada penumpang)

( Gambar 8 : Jersi Queen Park Ranger yang mempunyai logo AirAsia)

32

Page 33: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Lampiran 2

( Gambar 9 : Tempat Duduk Kelas Ekonomi )

( Gambar 10 : Ruangan “VIP” atau Bahagian “Business”

33

Page 34: Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete

960515-13-5253

Lampiran 3

( Gambar 11 : Bahagian perkhidmatan bagasi AirAsia di lapangan terbang )

34