26
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com 1

CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

  • Upload
    hatram

  • View
    226

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

1

Page 2: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

2

 

[Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi

dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada

elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin secara

bertulis daripada penerbit http://www.kacangsoya.com

[Anda TIDAK BOLEH] menjual  e‐book  ini  untuk  mendapat  sebarang 

keuntungan. 

[Anda TIDAK BOLEH ] mengubahsuai  mana‐mana  kandungan  dalam  e‐

book inI. 

[Anda TIDAK BOLEH] mengedarkan e‐book ini secara percuma kepada 

sesiapa pun jua. 

 

 

 

[Anda BOLEH] mencetak untuk kegunaan anda sendiri.

HAKCIPTA TERPELIHARA 

WALAU BAGAIMANAPUN

Page 3: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

3

PENAFIAN PENULIS

Segala maklumat yang terkandung dalam report ini adalah untuk

tujuan pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan untuk

sebarang diagnosis atau rawatan. Segala kandungan dalam ebook ini

bukanlah nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa yang dinyatakan.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor

lain yang mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Penulis

sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada

kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar

jangkauan penulis. Report ini tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat

nasihat dan konsultansi oleh doktor. Oleh itu, sebarang gangguan kesihatan,

kesan sampingan, komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa pendek atau

jangkamasa panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan

dalam report ini adalah di luar tanggungjawab penulis.

Page 4: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

4

PENYATA HAKCIPTA……………………….…………………………..……………….…. 2

PENAFIAN PENULIS..……………………….…………………………..……………….…. 4 RAHSIA KACANG SOYA………………………………………………..……………....…..5

Pengenalan…………...........…………..…………………..……………………….…6

Pemakanan Berkhasiat………… ….…………………………………………...……7

Kos Yang Rendah Berbanding Khasiat..………………………………………..…10

KAEDAH PENYEDIAAN SUSU KACANG SOYA………………………….……………11

Cara-cara Penyediaan Secara Umum……………………………………….…….12 Penyedian Langkah Demi Langkah .…………….…………………….……….….15

PENUTUP …………………………….……….……………………………………………..23

KANDUNGAN                                                                                   

ISI KANDUNGAN

Page 5: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

5

RAHSIA KACANG SOYA

Page 6: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

6

PENGENALAN

Nama botani: Glycine max

Kacang soya terdiri dari keluarga kekacang, justeru ianya terkenal dengan

sejenis makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Kacang soya adalah antara tanaman yang tertua ditanam di dunia. Ianya

dipercayai berasal dari Asia Timur dan merupakan jenis kekacang yang paling

banyak dimakan oleh orang ramai berbanding dari jenis kekacang yang lain.

Penduduk di benua timur menggunakan kacang soya sebagai makanan

kesihatan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kini, berbagai produk daripada kacang

soya boleh didapati dengan mudah di mana-mana.

Kacang soya boleh digunakan dalam pelbagai cara dan sehingga kini

kacang soya telah dihasilkan dalam bentuk susu kacang soya, tauhu, tauhu

manis (taufu fah), kicap, fucuk, tauchu, tempe, malah ada yang menjadikan

bahan sampingan kacang soya sebagai bahan mentah membuat kuih dan

sebagainya.

Manakala tauhu dan susu kacang soya merupakan makanan yang sangat

popular di kalangan masyarakat Cina.

RAHSIA KACANG SOYA

Page 7: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

7

PEMAKANAN BERKHASIAT

Kacang soya merupakan makanan berfungsi yang kaya dengan protein

berkualiti tinggi. Ianya menyumbang 30-40% sumber protein. Kacang soya kaya

dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron,

fosforus serta lesitin. Kacang soya juga kaya dengan vitamin seperti vitamin A, B,

C dan D yang penting bagi pertumbuhan normal kanak-kanak.

1. Kehadiran unsur-unsur nutrient yang bernilai tinggi di dalam kacang

soya menyumbang kepada membantu perkembangan otak kanak-

kanak

2. Sumber protien lengkap yang membekalkan semua asid amino penting

yang diperlukan untuk keperluan tubuh.

3. Sumber daripada kacang soya mengandungi serat dan isoflavon yang

terbukti berfaedah untuk kesihatan tubuh.

4. Protein soya mempertingkatkan kadar metabolisma badan

5. Protein soya menunjukkan kejadian alahan yang rendah, menjadikan ianya

sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan terhadap

makanan.

6. Kacang soya merupakan sumber protein lengkap yang penting untuk

pertumbuhan kanak-kanak

Page 8: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

8

7. Susu kacang soya baik untuk kesihatan jantung, yang mana mempunyai

lemak tepu yang rendah serta tanpa kolesterol.

8. Produk yangdiperbuat daripada kacang soya boleh membantu

pertumbuhan tulang dan gigi.

9 . Produk kacang soya mudah dicerna, mengandungi semua asid amino yang

diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak

10. Membantu perkembangan sistem imun yang diperlukan oleh tubuh bagi

melawan penyakit.

11. Kandungan serat yang tinggi yang terkandung di dalamnya membantu

mengawal berat badan.

12. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai

untuk pesakit jantung dan kencing manis.

13. Lesitin soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan

buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan,

mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati, awet muda dan

mencegah pigmentasi kulit.

14. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras

kolesterol dalam tubuh.

Page 9: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

9

15. Susu kacang soya sangat sesuai sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.

16. Susu kacang soya mempunyai kadar lemak yang rendah, tanpa kolesterol

dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan pesakit

kencing manis.

P/s : Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang

soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan.

P/p/s : Susu kacang soya yang disediakan sendiri bebas daripada

pengawet, pewarna dan perasa. Ini bermakna ianya lebih menjamin

kesihatan berbanding dengan susu kacang soya yang banyak terdapat di

pasaran.

Page 10: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

10

KOS YANG RENDAH BERBANDING KHASIAT

Bagi setiap 100 gram, khasiat protein kacang soya boleh disamakan

dengan dua kali ganda protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, 5-6

kali roti dan 12 kali susu. Kacang soya bukan sahaja mengandungi kandungan

protein yang tinggi berbanding makanan lain tetapi juga mempunyai kualiti yang

tinggi.

Susu kacang soya adalah sangat murah jika dibandingkan dengan sumber

protein yang lain dengan jumlah yang sama. Kacang soya merupakan makanan

seimbang yang sangat murah jika dibandingkan dengan daging, susu dan telur

dengan kadar protein yang sama.

Page 11: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

11

KAEDAH PENYEDIAAN

SUSU KACANG SOYA

Page 12: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

12

BAHAN-BAHAN

►Bahan-bahan Untuk Penyediaan Susu Kacang Soya:-

500 gram kacang soya

5000 ml air

2 helai daun pandan ( siat dan simpul)

►Bahan-bahan Untuk Penyediaan Sirap (Air Gula)

1000 ml air

400 g gula

2 helai daun pandan (siat dan simpul)

KAEDAH PENYEDIAAN AIR SUSU KACANG SOYA

Page 13: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

13

CARA-CARA PENYEDIAAN

►Cara-cara Penyediaan Susu Kacang Soya

1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau semalaman.

2. Buangkan kulit kacang soya yang telah kembang dan cuci. Kemudian

toskan kacang soya.

3. Kisar kacang soya dengan menggunakan air yang telah disukat sedikit

demi sedikit. Ulangi proses kisar sehigga kacang soya habis.

4. Tapiskan susu kacang soya dengan menggunakan kain bersih. Pastikan

susu ditapis dengan sempurna. Asingkan susu dan hampas kacang soya.

5. Masukkan susu kacang soya dan daun pandan yang telah disimpul

kedalam periuk yang bersesuaian supaya susu tidak melimpah keluar

semasa mendidih.

6. Susu kacang soya yang dididihkan hendaklah sentiasa di kacau agar tidak

melekit pada dasar periuk (susu mudah hangit dan ini akan merosakkan

keseluruhan susu dengan bau serta rasa yang tidak enak).

7. Setelah mendidih, angkat dan kacau lagi buat seketika. Akhir sekali

biarkan susu kacang soya sejuk.

Page 14: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

14

►Cara Penyediaan Air Gula (Sirap):

1. Masukkan kesemua bahan sirap (gula, air dan daun pandan) ke dalam

periuk untuk dijadikan air gula.

2. Masak sehingga gula larut dan mendidih.

3. Angkat dan sejukkan.( simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama)

Page 15: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

15

►Cara-cara Penyediaan Susu Kacang Soya

Timbang kacang soya mengikut sukatan.

Buang bendasing dan cuci kacang soya sehingga bersih.

Rendam kacang soya selama 4 -5 jam atau

semalaman.

Buangkan kulit kacang soya yang telah kembang dan

cuci semula sehingga bersih.

# kulit kacang soya perlu dibuang bagi

mendapatkan susu kacang soya yang putih dan

mengelakkan rasa susu yang pahit atau payau.

1

2

3

4

PENYEDIAAN LANGKAH DEMI LANGKAH

Page 16: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

16

Setelah dicuci sehingga bersih, toskan kacang soya.

Sediakan bahan-bahan dan peralatan untuk memproses

susu kacang soya.

Masukkan kacang soya dan air yang telah disukat

sedikit demi sedikit ke dalam pengisar.

Kisar campuran tersebut sehingga halus.

5

6

7

8

Page 17: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

17

Tapiskan susu kacang soya dengan menggunakan kain

bersih atau penapis kopi (yang bersih).

Asingkan susu dan hampasnya. Pastikan susu ditapis

dengan sempurna. Ulangi proses 7 hingga 10 sehingga

kacang soya habis.

Susu kacang soya tersebut hendaklah di tapis berulang-

ulang kali (3 kali atau lebih) untuk mendapatkan hasil

susu yang halus.

Hampas kacang soya yang telah di asingkan.

9

10

11

12

Page 18: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

18

Masukkan susu kacang soya dan daun pandan yang

telah dismpul ke dalam periuk yang bersesuaian supaya

susu tidak melimpah keluar semasa mendidih.

Susu kacang soya yang dididihkan hendaklah sentiasa

di kacau agar susu tidak melekit pada dasar periuk

(hangit).

# Susu soya yang hangit akan merosakkan bau dan

rasa susu kacang soya.

Setelah mendidih, tutup api dan kacau buat seketika.

Biarkan sejuk.

13

14

15

Page 19: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

19

►Cara-cara Penyediaan Air Gula (Sirap) :

Masukkan air yang telah disukat ke dalam periuk yang

sesuai. Kemudian, masukkan pula gula.

Campuran gula dan air dimasak bersama-sama dengan

daun pandan yang telah disimpul. Masak sehingga gula

larut dan mendidih.

Setelah mendidih, tutup api dan biarkan air gula (sirap)

sejuk.

1

2

3

Page 20: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

20

►Cara-cara Penyediaan Air Susu Kacang Soya :

Masukkan susu kacang soya (setelah sejuk) ke

dalam jag.

Campurkan susu kacang soya dengan air gula.

Campuran mengikut cita rasa anda.

Tambahkan ais untuk rasa yang lebih enak dan

menyegarkan.

1

2

3

Page 21: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

21

AIR SUSU KACANG SOYA SEDIA UNTUK DIMINUM

Page 22: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

22

PENUTUP

Page 23: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

23

Makanan yang diperbuat daripada kacang soya mempunyai nilai

pemakanan yang tinggi. Harganya yang murah dan boleh digunakan sebagai

bahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular

di segenap lapisan masyarakat.

Kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai dijadikan makanan

harian. Minuman daripada kacang soya mempunyai nilai yang tinggi berkali

ganda berbanding minuman berkarbonat yang banyak terdapat di pasaran.

Namun masih ramai yang tidak menyedari hakikat ini, lantaran membeli

minuman dari jenis yang berisiko seperti minuman berkarbonat yang

mengandungi asid dan gula yang tinggi.

Gunakan resipi penyediaan susu kacang soya ini untuk menjadikan susu

kacang soya sebagai minuman kesihan anda sekeluarga. Peluang menjana

pendapatan tambahan juga terbuka luas bagi memenuhi permintaan yang sedia

ada terhadap minuman susu kacang soya.

“Murah Dan Berkhasiat Tinggi”

PENUTUP

Page 24: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

24

BIODATA PENULIS

Nama : Hjh Nor Azlina Sidek

Tarikh Lahir : 10.12.1969

Tempat Lahir : Selangor, Malaysia.

Page 25: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

25

Dapatkan ebook Rahsia Anak Pintar, membongkar kaedah menjana

kepintaran anak sejak dalam kandungan sehingga ke peringkat remaja di

www.rahsiaanakpintar.com

www.RahsiaAnakPintar.com

www.blog.RahsiaAnakPintar.com

www.Anakpintar2u.com

Page 26: CARA PENYEDIAAN AIR KACANG SOYA - Pendidikan · PDF filebahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat

                                                                                                  Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya 

Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com

Terokai potensi buat duit melalui kuih raya. Dapatkan ebook

Rahsia Kuih Raya di www.rahsiakuihraya.com

www.RahsiaKuihRaya.com www.lubukresipi.blogspot.com

26