Casse Study(SUHAKAM)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

doc

Citation preview

Nama saya Peh Hsi

Nama saya Peh Hsi. Saya berumur 12 tahun. Saya datang dari sebuah keluarga yang sangat miskin. Kami tinggal jauh di pedalaman. Ayah saya bekerja di ladang.

Suatu hari, jiran kami yang bekerja di Bandar telah menemui keluarga saya. Dia bertanya sekiranya saya ingin pergi ke Bandar dengannya. Saya menerima pelawaan itu apabila memikirkan yang saya akan mendapat wang yang banyak untuk keluarga saya.

Kehidupan di Bandar sangat susah. Saya tidak mempunyai masa langsung untuk berehat kerana saya terpaksa bangun awal untuk memulakan kerja saya dan kerja saya hanya berakhir pada pukul 8.30 malam. Kadang-kadang, saya terpkasa membuat semua kerja rumah untuk keluarga jiran saya itu. Saya keseorangan dan tiada siapa yang mengambil kisah tentang saya. Simpanan wang saya juga amat sedikit.

Setiap kali saya nampak kanak-kanak pergi sekolah, saya mencemburui mereka. Saya selalu mengimpikan untuk bersama-sama mereka ke sekolah!

Saya hendak pulang!

Artikel UDHR yang relevanArtikel 26

Artikel CRC yang relevanArtikel 32 Artikel 26

Gopal berusia 10 tahun dan mempunyai tubuh yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan usianya. Dia mempunyai penyaki kulit dan badannya juga melecur. Katanya, ayahnya meninggal kerana uzur beberapa tahun yang lalu. Ibunya pula terpaksa menyara 7 orang anak seorang diri dengan bergantung kepada jualan sayur di pasar.

Dia menceritakan pada suatu hari, seorang lelaki yang tidak dikenali membawanya menaiki kereta dan terus menuju ke Bandar. Dia telah dibawa menaiki kereta tersebut oleh seorang nenek tua.

Nenek itu memaksanya beliau meminta sedekah dari subuh sehingga tengah malam. Dia telah dibawa ke merata-rata tempat untuk meminta sedekah. Beliau terpaksa mendapatkan RM250.00 setiap hari jika tidak beliau akan dipukul oleh nenek tersebut. Katanya lagi, nenek itu Menggunakan wang tersebut untuk berjudi.

Gopal pernah ditangkap oleh polis bersama-sama dengan nenek tersebut.Mereka telah dihantar pulang ke kampung. Tidak lama kemudian, nenek itu membawa Gopal ke bandar semula dan Gopal terpaksa meminta sedekah semula.

Artikel UDHR yang relevanArtikel 5 & 4

Artikel CRC yang relevanArtikel 36 Artikel 37 Artikel 19

Nama saya David dan saya berumur 15 tahun. Ayah saya seorang ahli perniagaan manakala emak saya pula seorang suri rumah tangga.

Setiap hari, ayah akan pulang lewat ke rumah. Setiap kali pulang, ayah sering dalam keadaan mabuk dan mudah melenting. Ayah sering melepaskan kemarahannya kepada emak. Kasihan emak! Setiap hari, emak akan dipukul dengan teruk oleh ayah. Apabila saya cuba melindungi emak dan menyuruh ayah berhenti memukul emak, ayah akan memukul saya juga.

Ayah kata, saya tidak boleh mempersoalkan tingkah-lakunya kerana beliaulah bos dalam rumah ini. Ayah turut berkata yang rumah ini adalah rumahnya dan saya tidak berhak masuk campur dalam urusan orang dewasa. Saya merasa yang kata-kata ayah itu salah tetapi saya tidak berani bersuara.

Saya amat kecewa dengan Tindakan ayah dan bercadang untuk lari dari rumah apabila saya telah berumur 17 tahun. Saya tidak mahu berjumpa dengan ayah lagi.

Artikel UDHR yang relevanArtikel 19

Artikel CRC yang relevanArtikel 12Artikel 19

Cikgu Kalsom,

Keluarga saya sangat miskin. Ayah saya adalah seorang buruh binaan. Ibu saya mengambil upah membasuh pakaian. Rumah kami terletak di dalam kawasan setinggan. Di kawasan ini, dadah mudah diperolehi walaupun ianya dilarang keras oleh undang-undang. Kanak-kanak boleh terpengaruh untuk mencubanya. Saya telah berhenti sekolah apabila saya mengetahui cara menggunakan dadah.

Saya berumur 12 tahun apabila saya mula menghidu gam. Ia bermula apabila rakan-rakan saya mengajak saya untuk mencubanya. Pada mulanya saya berasa pening untuk mencubanya. Pada mulanya saya berasa pening tetapi kemudian, saya mulai biasa dengan tabiat itu. Saya turut Menggunakan ganja dan dadah lain. Saya menjadi seorang penagih dadah. Sekarang saya berada di dalam penjara. Kenapa? Kerana untuk mencari duit bagi membeli dadah, saya terpaksa menjadi seorang perompak. Saya baru berumur 17 tahun. Saya sepatutnya sedang menunggu Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sekarang.

Yang benar,Razif

Artikel UDHR yang relevanArtikel 3

Artikel CRC yang relevanArtikel 33Artikel 28