Upload
tengku-fauziah
View
222
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
RRR
Citation preview
LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN &PEMBELAJARAN MINGGU 2 (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu/Perkara yang difokus:
Menghantar bola leret berpasangan dalam jarak 10 meter tepat ke sasaran
menggunakan bahagian kaki dominan dengan lakuan yang betul.
2. Analisis isu/perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
- Kaedah latih tubi yang berunsurkan ansur maju iaitu bermula jarak yang dekat
Hingga yang paling jauh (10 meter) dapat memperbaiki lakuan murid.
- Pengurusan dan kawalan semasa PdP berjalan dengan baik kerana kawasan
yang luas tanpa gangguan luar (padang sekolah).
2.2 Kelemahan:
- Segelintir murid masih gunakan kaedah lakuan hantaran yang tidak
betul seperti menggunakan hujung kaki dan atas kaki.
- Penekanan kepada lakuan hantaran sahaja tanpa memberikan tumpuan
kepada kemahiran menampan bola agak merugikan murid semasa aktiviti
berlangsung.
3.Cadangan penambahbaikan:
- Seharusnya guru juga membimbing murid melakukan lakuan menampan bola kerana
aktiviti menghantar bola leret akan melibatkan aktivti menampan bola.
(sila simpan dokumen ini didalam portfolio anda)