1
CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Tiada jalan mudah untuk senang SAYA pernah terbaca satu ko- mentar di Facebook, seorang pelabur menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masa untuk membuat kajian saham. Justeru, dia sanggup memba- yar sesiapa sahaja yang menjadi ‘penganalisis saham’ yang tidak bertauliah untuk membuat kaji- an saham. Bagi pelabur terbabit, ini merupakan situasi menang- menang bagi kedua-dua pihak. Saya tidak merasa hairan de ng- an perkara ini kerana masyarakat kita memang gemar menceburi skim cepat kaya atau skim ponzi yang mempunyai konsep seolah- olah kita tidak perlu bekerja keras untuk memperoleh kesenangan dan kekayaan boleh diperoleh dengan jalan mudah. Secara logiknya, sekiranya kita melihat kepada konsep tidak perlu bekerja keras untuk memperoleh kemewahan atau kesenangan, kita lihat bagaima- na sesuatu empayar atau per- niagaan yang besar lagi gah yang mana pemilik syarikat tersebut telah bekerja keras bertahun-ta- hun lamanya untuk mengecapi keuntungan yang menjadikan pemilik perniagaan tersebut kaya raya. Maka, tidak dapat dinafikan tiada istilah ‘duduk diam-diam dapat duit.’ Saya belum pernah mende- ngar orang yang mengikuti saranan atau buy call sentiasa membuat keuntungan yang lu- mayan. Mungkin sekali dua sa- haja keuntungan yang diperoleh dan dicanangkan tetapi apabila mereka menanggung kerugian kerana buy call tidak menjadi, mereka akan berdiam diri dan tidak menghebahkannya. Perkara ini amat lumrah dalam dunia saham di alam maya dan jika ia tidak dibendung, ditakuti akan menjadi satu virus yang menyerang setiap pelabur dan pedagang saham yang baru meli- batkan diri dalam dunia saham. Justeru, pelabur dan pedagang saham baharu perlu berwaspa- da dan perlu mempunyai ilmu pelaburan saham. Juga, kebanyakan status di me- dia sosial lebih kepada pengiklanan kelas atau pembelajaran saham serta kisah-kisah manis sahaja tan- pa memberi tunjuk ajar atau pan- duan kepada orang ramai. Ada status di Facebook hanya dipenuhi dengan iklan seminar saham tanpa memberi sedikit input atau maklumat tentang pasaran saham lebih-lebih lagi pembelajaran saham yang dian- jurkan oleh individu. Ia seolah-seolah no money no talk atau tiada konsep memberi ilmu yang bermanfaat sebagai sumbangan kepada masyarakat. Sehinggakan untuk membuka akaun CDS juga perlu meng- hadiri kelas untuk belajar cara bagaimana ingin mula melabur. Walhal, 20 tahun dahulu orang ramai tidak perlu membayar un- tuk belajar cara membuka akaun CDS atau untuk mengetahui cara bagaimana memohon saham IPO. Orang ramai di waktu itu terus pergi ke broker saham dan remisier atau dealer yang akan menguruskannya terma- suk mengajar bagaimana untuk memohon saham IPO. Dengan hanya mempamerkan iklan tanpa panduan atau mak- lumat berkenaan saham, orang ramai tidak didedahkan dengan risiko kejatuhan harga saham. Mereka disuapkan dengan keun- tungan demi keuntungan serta memberikan cerita yang menarik mengenai dunia saham. Juga, persepsi masyarakat yang menganggap sekiranya seminar atau kelas saham itu diberikan secara percuma atau dikenakan yuran yang murah, mereka ber- anggapan bahawa seminar atau kelas tersebut tidak mempunyai pengisian atau merupakan satu kelas pengenalan sahaja. Sebaliknya, sekiranya yuran seminar atau kelas saham dikenakan agak mahal atau beri- bu-ribu ringgit, mereka sanggup membayarnya dan sememang- nya kelas yang mahal ini se- lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Inilah persepsi masyarakat kita. Tidak dinafikan masyarakat Melayu masih ketinggalan di dalam bidang pelaburan saham dan masih ramai yang tidak me- nyedari peluang-peluang untuk menjana pendapatan di pasaran saham Bursa Malaysia. Golongan yang tidak mampu untuk membayar yuran yang mahal menyalahkan pula pihak penganjur kerana mengenakan yuran mahal dengan alasan ra- mai yang tidak berpeluang men- dapatkan pembelajaran saham kerana faktor kewangan. Bursa Malaysia, Suruhan- jaya Sekuriti, syarikat broker saham serta syarikat-syarikat pengeluar perisian carta ba- nyak mengadakan siri seminar sepanjang tahun tetapi ia masih tidak dapat mengubah persepsi masyarakat kita. Walau bagaimanapun, semi- nar-seminar sedemikian kurang mendapat sambutan daripada dalam kalangan masyarakat Me- layu berbanding kaum lain yang sentiasa memperkemaskan diri dengan maklumat saham. Dari segi ilmu pengetahuan juga, masyarakat Melayu jauh ke- tinggalan walaupun pihak-pihak tertentu menyediakan kemudah- an untuk belajar secara percuma. Kepada yang ingin menda- patkan pembelajaran saham se- cara percuma boleh mendaftar di http://bit.ly/simposiumsaha- mutusan2017

Celcom tawar EasyPhone serendah RM74 sebulanwordpress1.rm7mills.com/.../sites/3/2017/09/30082017CIKGUSAHAM.pdf · bagaimana memohon saham IPO. Orang ramai di waktu itu terus pergi

  • Upload
    vantruc

  • View
    217

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

19UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 30 OGOS 2017

Celcom tawar EasyPhone serendah RM74 sebulan Oleh ZUNAIDAH [email protected]

� KUALA LUMPUR 29 OGOS

CELCOM Xpax menawarkan Easy Phone untuk pelang­gan prabayar dengan pel­

bagai tele fon pintar melalui skim ansuran 24 bulan pada harga se­rendah RM74 sebulan.

Ketua Pegawai Pemasaran Cel­com Axiata Berhad, Zalman Ae­fendy Zainal Abidin berkata, Easy­Phone adalah prabayar eksklusif dan pertama seumpamanya dalam pasaran yang membolehkan pemi­likan mudah telefon pintar.

Katanya, EasyPhone untuk pra­bayar adalah unik kerana menawar­kan pilihan untuk lebih daripada 30 siri model terkini Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi, iPhone 6 dan iPhone 7.

“Sebelum ini, pelan ansuran ini hanya dapat dinikmati peng­guna pascabayar, namun kini Cel­com menjadi yang pertama dalam memperkenalkan pelan ansuran pembelian telefon pintar kepada pengguna prabayar.

“Malah, kerjasama dengan AEON

Credit Service (M) Berhad, Easy­Phone untuk prabayar adalah perintis bagi pelan pembiayaan ansuran telefon pintar yang me­nyediakan pengalaman terbaik ke­pada pengguna,” katanya selepas me lancarkan Celcom Xpax Easy­Phone di sini hari ini.

EasyPhone memudahkan peng­guna memiliki telefon pintar tanpa kad kredit atau bayaran pendahuluan.

Selain itu, dengan setiap pen­daftaran EasyPhone untuk pra­bayar, pengguna akan menikmati

masa berbual bernilai RM30 yang disertakan sebagai sebahagian da­ripada jumlah ansuran bulanan se­lama 24 bulan.

Menurut Zalman Aefendy, me­lalui tawaran tersebut, pengguna boleh memperolehinya melalui portal aplikasi digital atau ber­kunjung ke cawangan Blue Cube untuk mendaftar.

“Kami mahu pengguna menikma­ti pengalaman digital terbaik yang dipacu oleh rangkaian Lightning Fast LTE Celcom,” katanya.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Tiada jalan mudah untuk senangSAYA pernah terbaca satu ko­mentar di Facebook, seorang pelabur menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masa untuk membuat kajian saham.

Justeru, dia sanggup memba­yar sesiapa sahaja yang menjadi ‘penganalisis saham’ yang tidak bertauliah untuk membuat kaji­an saham. Bagi pelabur terbabit, ini merupakan situasi menang­menang bagi kedua­dua pihak.

Saya tidak merasa hairan de ng­an perkara ini kerana masyarakat kita memang gemar menceburi skim cepat kaya atau skim ponzi yang mempunyai konsep seolah­olah kita tidak perlu bekerja keras untuk memperoleh kesenangan dan kekayaan boleh diperoleh dengan jalan mudah.

Secara logiknya, sekiranya kita melihat kepada konsep tidak perlu bekerja keras untuk memperoleh kemewahan atau kesenangan, kita lihat bagaima­na sesuatu empayar atau per­niagaan yang besar lagi gah yang mana pemilik syarikat tersebut telah bekerja keras bertahun­ta­hun lamanya untuk mengecapi keuntungan yang menjadikan pemilik perniagaan tersebut kaya raya. Maka, tidak dapat dinafikan tiada istilah ‘duduk diam­diam dapat duit.’

Saya belum pernah mende­ngar orang yang mengikuti saranan atau buy call sentiasa membuat keuntungan yang lu­mayan. Mungkin sekali dua sa­haja keuntungan yang diperoleh dan dicanangkan tetapi apabila mereka menanggung kerugian kerana buy call tidak menjadi, mereka akan berdiam diri dan tidak menghebahkannya.

Perkara ini amat lumrah dalam dunia saham di alam maya dan jika ia tidak dibendung, ditakuti akan menjadi satu virus yang menyerang setiap pelabur dan pedagang saham yang baru meli­batkan diri dalam dunia saham. Justeru, pelabur dan pedagang

saham baharu perlu berwaspa­da dan perlu mempunyai ilmu pelaburan saham.

Juga, kebanyakan status di me­dia sosial lebih kepada pengiklanan kelas atau pembelajaran saham serta kisah­kisah manis sahaja tan­pa memberi tunjuk ajar atau pan­duan kepada orang ramai.

Ada status di Facebook hanya dipenuhi dengan iklan seminar saham tanpa memberi sedikit input atau maklumat tentang pasaran saham lebih­lebih lagi pembelajaran saham yang dian­jurkan oleh individu.

Ia seolah­seolah no money no talk atau tiada konsep memberi ilmu yang bermanfaat sebagai sumbangan kepada masyarakat. Sehinggakan untuk membuka akaun CDS juga perlu meng­hadiri kelas untuk belajar cara bagaimana ingin mula melabur.

Walhal, 20 tahun dahulu orang ramai tidak perlu membayar un­tuk belajar cara membuka akaun CDS atau untuk mengetahui cara bagaimana memohon saham IPO.

Orang ramai di waktu itu terus pergi ke broker saham dan remisier atau dealer yang akan menguruskannya terma­suk mengajar bagaimana untuk memohon saham IPO.

Dengan hanya mempamerkan iklan tanpa panduan atau mak­lumat berkenaan saham, orang ramai tidak didedahkan dengan risiko kejatuhan harga saham. Mereka disuapkan dengan keun­tungan demi keuntungan serta memberikan cerita yang menarik mengenai dunia saham.

Juga, persepsi masyarakat yang menganggap sekiranya seminar atau kelas saham itu diberikan

secara percuma atau dikenakan yuran yang murah, mereka ber­anggapan bahawa seminar atau kelas tersebut tidak mempunyai pengisian atau merupakan satu kelas pengenalan sahaja.

Sebaliknya, sekiranya yuran seminar atau kelas saham dikenakan agak mahal atau beri­bu­ribu ringgit, mereka sanggup membayarnya dan sememang­nya kelas yang mahal ini se­lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Inilah persepsi masyarakat kita.

Tidak dinafikan masyarakat Melayu masih ketinggalan di dalam bidang pelaburan saham dan masih ramai yang tidak me­nyedari peluang­peluang untuk menjana pendapatan di pasaran saham Bursa Malaysia.

Golongan yang tidak mampu untuk membayar yuran yang mahal menyalahkan pula pihak penganjur kerana mengenakan yuran mahal dengan alasan ra­mai yang tidak berpeluang men­dapatkan pembelajaran saham kerana faktor kewangan.

Bursa Malaysia, Suruhan­jaya Sekuriti, syarikat broker saham serta syarikat­syarikat pengeluar perisian carta ba­nyak mengadakan siri seminar sepanjang tahun tetapi ia masih tidak dapat mengubah persepsi masyarakat kita.

Walau bagaimanapun, semi­nar­seminar sedemikian kurang mendapat sambutan daripada dalam kalangan masyarakat Me­layu berbanding kaum lain yang sentiasa memperkemaskan diri dengan maklumat saham.

Dari segi ilmu pengetahuan juga, masyarakat Melayu jauh ke­tinggalan walaupun pihak­pihak tertentu menyediakan kemudah­an untuk belajar secara percuma.

Kepada yang ingin menda­patkan pembelajaran saham se­cara percuma boleh mendaftar di http://bit.ly/simposiumsaha-mutusan2017

ZALMAN AEFENDY ZAINAL ABIDIN (dua dari kiri) memegang poster EasyPhone For Prepaid dalam majlis pelancaran Celcom Xpax EasyPhone di Kuala Lumpur, semalam.– UTUSAN/GHAZALI BASRI

Malaysia tidak tipu dalam perdagangan

SHAH ALAM 29 Ogos – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang berdaya saing dan tidak menipu dalam perdagangan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia juga menganggap perdagangan dua hala sebagai penting dan negara ini menyokong konsep perdagangan bebas.

“Kita tidak menipu dalam perdagangan. Menipu bermakna kita jual barang pada harga di bawah pasaran.

“Namun, terdapat juga peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang membolehkan sesebuah negara itu melaksanakan duti penalti atau perlindungan kerana ia telah dipersetujui oleh nagara­negara terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan klinik Top Glove Global Doctors dan Pusat Penyelidikan Top Glove di sini hari ini.

Mustapa dalam pada itu menyuarakan keyakinan bahawa Amerika Syarikat (AS) faham mengenai perbezaan nilai perdagangan antara Malasyia dan AS selepas penjelasan mengenainya diberikan pihak Malaysia.

Katanya, penjelasan tersebut akan diberikan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menemui Presiden AS, Donald Trump pada bulan depan.

“Kita memang ada perbezaan besar dalam jumlah perdagangan apabila negara meletakkan AS$5 bilion (RM21.34 bilion) lebihan perdagangan dengan AS, manakala AS meletakkannya kira­kira AS$25 bilion (RM106.69 bilion).

Segmen automotif jadi penyumbang utama peningkatan hasil UWM KUALA LUMPUR 29 Ogos – UWM Holdings Berhad mencatatkan hasil sebanyak RM2.925 bilion pada suku kedua 2017, pening­katan sebanyak RM78.8 juta atau 2.8 peratus lebih tinggi ber­banding suku yang sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pen­garah Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal Abdul Rahim berkata, peningkatan hasil banyak disumbangkan oleh segmen automotif yang mencatatkan hasil lebih baik sebanyak RM2.26 bi­lion pada suku kedua 2017, naik RM83.2 juta atau 3.8 peratus ber­banding suku sama 2016.

Beliau berkata, kumpulan ba­gaima napun mencatatkan keru gian sebelum cukai sebanyak RM189.5 juta berbanding keuntungan sebe­lum cukai sebanyak RM44.8 juta pada suku sama tahun lalu.

“Ini adalah disebabkan oleh kerugian dalam kedua­dua seg­men minyak dan gas (O&G) yang tersenarai dan tidak tersenarai. Turut termasuk dalam kepu­tusan suku ini adalah kerugian daripada penyahgabungan UMW

Oil & Gas Corporation Berhad se­banyak RM126.9 juta.

“Selaras dengan strategi kami, penyahgabungan telah berjaya dilaksanakan dalam jangka masa

ditetapkan dan ini akan menjadi platform buat kumpulan untuk muncul sebagai konglomerat per­industrian yang lebih ber­daya saing dengan pening­katan kapasiti untuk terus berkembang,” katanya da­lam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Badrul Fei­sal, hasil yang lebih tinggi

segmen automotif dirangsang oleh kenaikan permintaan untuk Toyo ta Innova dan Fortuner.

Walau bagaimanapun kata­nya, keuntungan sebelum cukai segmen berkenaan adalah lebih rendah dengan jumlah sebanyak RM99 juta akibat daripada pening­katan mata wang dolar Amerika Syarikat dan kenaikan kos import.

“Bahagian pasaran untuk Toyo­ta termasuk Lexus untuk setengah tahun pertama 2017 adalah 12 pe­ratus berbanding 10.1 peratus pada setengah tahun pertama 2016 dan dijangka meningkat dengan mo­

del­model yang akan dilancarkan pada tahun ini,” tambahnya.

Mengenai segmen jentera, beli­au berkata, hasil segmen berkenaan stabil dengan jumlah RM351.4 juta, tetapi keuntungan sebelum cukai turun sebanyak RM11.2 juta kepada RM32.2 juta daripada RM43.3 juta suku sama tahun lalu.

Segmen O&G tidak tersenarai pula katanya, mencatatkan hasil lebih rendah sebanyak RM31.7 juta berbanding hasil RM42.3 juta suku sama tahun lepas ekoran permintaan yang berkurangan.

Jelasnya, kerugian sebelum cukai segmen O&G mencecah RM70.6 juta pada suku dilapor­kan disebabkan hasil dan perbe­lanjaan lebih rendah yang di­tanggung akibat pemberhentian operasi penggerudian di Oman.

“Prestasi keseluruhan kum­pulan akan terus mencabar pada tahun ini tetapi kami tetap komited untuk keluar dari seg­men minyak dan gas tidak ter­senarai. Oleh itu, prestasi kese­luruhan kumpulan akan terus dipengaruhi oleh kelembapan sektor minyak dan gas sehingga semua aset minyak dan gas ber­jaya dilupuskan,” katanya.

BHPetrol umum 60 pemenang bertuahKUALA LUMPUR 29 Ogos – Bou­stead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) mengumum­kan 60 pemenang bertuah sem­pena Peraduan Syiling Emas Merdeka.

Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam berkata, setiap peme­nang bertuah menerima syiling emas 999.9 bernilai RM4,000.

Katanya, syiling emas berke­naan mempunyai corak unik berkaitan perkhidmatan BHPet­rol digabungkan dengan elemen Hari Kebangsaan yang ke­60.

Jelas beliau, peraduan yang dijalankan sejak 15 Mei sehingga

31 Julai 2017 telah menerima dua juta penyertaan.

“Peraduan ini bertujuan meng­hargai pelanggan setia BHPetrol yang membantu syarikat untuk menjadi pemasar serta penge­dar bahan api dan pelincir yang utama di Malaysia.

“Ini juga merupakan cara kami untuk meraikan kemer­dekaan bersama orang ramai,” katanya kepada pemberita sempena majlis penyampaian hadiah Peraduan Syiling Emas Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Perun­

citan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.

Antara pemenang bertuah itu adalah Meor Abdul Radzak Meor Hamzah dari Bota Kiri, Perak; Ooi Pei Ling dari Bukit Merta­jam, Pulau Pinang dan M. Iswary dari Batu Caves, Selangor.

Dalam tempoh peraduan itu berlangsung, pelanggan hanya per­lu mengisi petrol atau Euro5 Diesel dengan jumlah minimum RM30.

Para pelanggan BHPetrol se­terusnya akan menerima satu kotak tisu yang mempunyai bo­rang penyertaan di dalamnya.

PARA pemenang Peraduan Syiling Emas Merdeka BHPetrol menerima syiling emas 999.9 bernilai RM4,000 di Kuala Lumpur, semalam.

Pemimpin ikon perlu signifikan KUALA LUMPUR 29 Ogos – Seorang pemimpin ikon perlu menjadi sig­nifikan kepada masyarakat agar setiap sumbangan dan kejayaan yang dicapai mereka terus diingati.

Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan berkata, semua individu boleh berjaya dengan mengecapi pelbagai kejayaan, namun ia masih belum cukup untuk meninggalkan kesan mendalam kepada orang ra­mai.

Beliau berkata, setiap pemimpin ikon mempunyai faktor istimewa yang dapat membezakan mereka dengan pemimpin lain serta berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi ikon sama ada ahli politik, atlet su­kan, tokoh korporat dan selebriti. Apa yang penting adalah mereka mempunyai daya tarikan untuk mendapatkan perhatian orang di sekeliling sekali gus membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Selain itu, kejayaan dapat diukur dan diberi nilai melalui pelbagai cara seperti jumlah kekayaan dan pangkat, bagaimanapun untuk me­nentukan kejayaan tersebut sama ada signifikan atau tidak amatlah su­kar,” katanya dalam ucapan di maj­lis Anugerah Ikon Kepimpinan The BrandLaureate 2017 di sini semalam.

Yang turut hadir bekas Perdana Menteri dan Penaung Asia Pacific Brands Foundation (APBF), Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengeru­si APBF, Tan Sri Rainer Althoff dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Tambah Johan, penganjuran Anugerah Ikon Kepimpinan The BrandLaureate yang memasuki ta­hun ketujuh telah memilih tema

Icons - A life of significance.Katanya, kesemua penerima

anuge rah telah memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat serta menunjukkan ketokohan dal­am bidang masing­masing.

Bagi anugerah utama iaitu The BrandLaureate Royal Quintessential Brand Icon Leadership diberikan ke­pada Tun Jeanne Abdullah semen­tara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein me­nerima The BrandLaureate Nation Building Brand Icon.

Dalam pada itu, antara tokoh kor­porat yang menerima The Brand-Laureate Most Eminent Brand Icon adalah Pengarah Urusan Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali; Pres­iden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Datuk Izham Yusoff.

RAINER ALTHOFF (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah The BrandLaureate Royal Quintessential Brand Icon Leadership kepada Jeanne Abdullah (dua dari kanan) sambil disaksikan Abdullah Ahmad Badawi (kanan) di Kuala Lumpur, kelmarin. – UTUSAN/GHAZALI BASRI

KUALA LUMPUR 29 Ogos – AirAsia Bhd. merekodkan peningkat an ke­untungan sebelum cukai sebanyak 52.4 peratus kepada RM386.8 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017 berbanding RM253.81 juta pada tempoh sama ta­hun lepas.

Menurut AirAsia, per ­o leh an turut mening­kat 19 peratus kepada RM2.37 bilion daripada RM1.99 bilion sebelum ini didorong terutamanya oleh peningkatan jumlah pe­numpang seba nyak 10 peratus.

Katanya, ia juga berikutan fak­tor muatan tempat duduk lebih kukuh sebanyak 89 peratus ber­banding 87 peratus bagi suku

sama tahun lepas.“Purata tambang untuk setiap

penumpang mening kat seba nyak 11 peratus kepada RM177 seorang

daripada RM160 seorang pada suku kedua tahun lepas

manakala pendapatan ke seluruhan untuk tem­pat duduk bagi setiap kilo meter juga me­nokok 11 peratus kepa­da 15.35 sen pada suku

ke dua 2017 berban ding 13.89 sen pada suku sama

tahun lepas,” katanya.“Bagaimanapun, keuntu ngan

bersih bagi suku semasanya susut 53 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM139.9 juta,” katanya dalam makluman kepada Bursa

Malaysia hari ini.Bagi tempoh enam bulan, ke­

untungan sebelum cukai syarikat pe nerbangan itu susut kepada RM1.02 bilion daripada RM1.34 bilion sebelum ini manakala per­olehan mencatat RM4.6 bilion ber­banding RM3.23 bilion sebelum ini.

Jumlah hutang kumpulan untuk tempoh setakat Jun 2017 adalah sebanyak RM9.8 bilion manakala hutang bersih selepas mengimbangi baki tunai adalah RM7.7 bilion.

Mengulas prospek masa de­pan, kumpulan itu menyasarkan untuk mencapai faktor muatan purata sebanyak 88 peratus pada suku ketiga 2017 berdasarkan ali­ran semasa.

AirAsia catat prestasi membanggakan

Kejayaan dapat diukur dan diberi nilai melalui pelbagai cara seperti jumlah kekayaan dan pangkat, bagaimanapun untuk menentukan kejayaan tersebut sama ada signifikan atau tidak amatlah sukar,”

DR. KK JOHANPresiden The BrandLaureate

.

.