23
ISI KANDUNGAN BI L TAJUK MUKA SURAT 1. Pendahuluan 3 - 4 2. Punca-punca Jerebu 5 - 7 3. Kesan Terhadap Kesihatan 8 – 10 4 Langkah-langkah untuk mengatasi 11-14 5 Penutup 15 6 Rujukan 16

ceramah jerebu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Masalah Jerebu Di Malaysia

Citation preview

Type text] HBHE 3103

ISI KANDUNGANBILTAJUKMUKA SURAT

1. Pendahuluan 3 - 4

2.Punca-punca Jerebu 5 - 7

3. Kesan Terhadap Kesihatan8 10

4Langkah-langkah untuk mengatasi11-14

5Penutup15

6Rujukan16

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SJKC Chun Yin, Titi, Jelebu, guru-guru dan murid-murid sekalian.Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan ceramah tentang isu Jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini kepada semua warga sekolah dan ibu bapa sekalian.Para hadiri yang dihormati, Apakah jerebu?MenurutKamus DewanDBP, jerebu bermaksudfenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asapdan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini disebabkan kewujudanpartikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak dan terapung-apung di udara.

Jerebu bukan sekadarasapbiasa ! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru dan kesihatakan tubuh badan seseorang. .

Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyakpartikelkecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan matakasar.

Para hadirin yang dikasihi,

IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikronke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

Nilai IPU StatusNilai IPUKualiti udara

0 - 50Baik

51 - 100Sederhana

101 - 200Tidak sihat

201 - 300Sangat tidak sihat

301 - 400Berbahaya

401 - 500Sangat berbahaya

Lebih 501Darurat

Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang .

Keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu? Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripadakegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Asap daripada kenderaanTambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yangbagaikan cendawan tumbuh selepas hujanjuga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Asap daripada kilangSelain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialahpengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yangbagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingmenyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.

Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global.

Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.

Para hadirin sekalian ,

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakitasma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaaniniberlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahanpula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyatMalaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebihseriusakan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikanmasalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalahtersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama 20 tahun, sudah pasti negara Malaysia dapatberkembang maju dalam banyak bidang.

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakitasma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risikokemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Para hadirin yang dihormati,Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadiduri dalam dagingbagi negara kita?

Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Selain itu,bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Seterusnya,jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat.Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi kehidupan yang sihat.Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu : orang tua , kanak-kanak, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah, golongan berpenyakit seperti asma, bronchitis, radang paru-paru ,penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung, alahanUntuk maklumat para hadirin , kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan sakit-sakit dadaJusteru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.Hadirin yang dikasihi, Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Semua pihak perlu berganding bahubagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan sesebuah negara kerana'Rakyat Sihat Negara Maju'. Sekian ,terima kasih. Sampai disinilah ucapan ceramah saya pada pagi yang mulia ini.

Bahan Rujukan Internet :Aifen (2011) Koleksi karangan Jerebu . Dicapai dari laman web http://bmngaifen.blogspot.com/2011/10/koleksi-internet-karangan-jerebu.html

Azhar Salleh (2009) Punca fenomena jerebu. Dicapai dari laman web http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/03/karangan-punca-fenomena- jerebu.html

Bencana Jerebu; Kesan pembakaran terbuka (2009) Dicapai dari laman web http://institutsmat.blogspot.com/2009/12/jerebu_15.html Geografi STPM , Jerebu . Dicapai dari laman web http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html

Kalsom Binti Haron .( 2013) Langkah-langkah mengatasi jerebu . Dicapai dari laman web http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkah-langkah.html

Kalsom Binti Haron .( 2013) Kesan-kesan negatif jerebu . Dicapai dari laman web http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-16-kesan-kesan-negatif-jerebu.html

Ng Ai Fen.(2011) Bencana alam di Malaysia. Dicapai dari laman web http://forum.engkabang.net/index.php?topic=47221.0

Tempoyak Ma Sin.(2013) Jerebu. Dicapai dari laman web http://tempoyakduriangoreng.blogspot.com/2013/06/jerebu.html

Ust.Kazim. (2011) Apakah jerebu. Dicapai dari laman web http://bernama548.blogspot.com/2011/07/apakah-jerebu.html

2