Cerita Kanak-Kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Anak Ikan Yang Nakal

Citation preview

Cerita Kanak-kanak: Anak Ikan Yang Suka MenipuTema: Keinsafan & Persahabatan

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony dan ia sentiasa menipu dan mempermain-mainkan rakan-rakannya. Oleh itu, Tony tidak disenangi oleh mereka. Ikan-ikan lain berasa Tony tidak boleh dipercayai. Namun begitu, Tony tetap tidak mengubah sikapnya kerana ia berasa sangat seronok menipu rakan-rakannya dan mempermain-mainkan mereka.Semasa ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit Jerung! Jerung! Bersembuyi cepat! Sebenarnya, tiada jerung pun yang dinampak olehnya. Ia hanya berasa bosan dan ingin melihat rakan-rakannya berasa gelisah dan dalam ketakutan. Ikan-ikan itu akan segera menyembunyikan diri di celah-celah batu.Tony berasa gembira melihat reaksi rakan-rakannya yang berlari lintang-pukang. Ia akan mentertawakan rakan-rakannya itu. Kenapa ikan-ikan takut dengan jerung? Sebenanya, jerung adalah sejenis ikan yang ganas dan garang. Ia akan memakan ikan-ikan kecil yang lain tanpa belas kasihan. Kalau ikan-ikan kecil lain terdengar jerung sahaja, mereka akan meggigil kerana mereka tersangat takut pada jerung itu.Apabila rakan-rakan Tony melihat ia ketawa terbahak-bahak, mereka pun tahulah bahawa mereka telah dipermainkan lagi. Mereka sangat marah pada Si Tony itu. Jangan kamu membuat gurauan ini sekali lagi! Kalau tidak, kami tidak akan menghiraukan kamu lagi! rakan-rakannya berteriak. Namun, Tony tetap berdegil dengan sikapnya kerana ia tidak berasa bahawa ia bersalah.Pada suatu hari, Tony sedang berenang seorang-seorang di lautan. Dalam benak fikirannya, ia sedang merancang cara baharu untuk menipu rakan-rakannya. Tiba-tiba, seekor jerung muncul di belakangnya. Tanpa disedari Tony, jerung itu semakin mengampirinya. Ia ingin memakan Tony!Aaaaaaaaah! Ketika Tony menyedari jerung itu, ia cuba sedaya upaya untuk melarikan diri tetapi sudah terlewat. Jerung itu telah berjaya menangkap Tony. Tolong jangan makan saya! Tony merayu sambil menagis. Hahaha! Jangan mimpilah! Jerung ketawa lalu membuka rahangnya yang penuh dengan gigi tajam.Tolong! Tony menjerit. Tiba-tiba, rakan-rakannya muncul dari celah batu. Mereka memukul jerung itu dengan sekuat-kuatnya. Jerung itu melepaskan Tony dalam kesakitan dan berlari kerana mengalami kecederaan.Tony! Kamu cederakah? Rakan-rakannya bertanya. Tony sangat gembira kerana rakan-rakannya telah menyelamatkannya daripada jerung itu. Maafkan saya, rakan-rakan. Saya janji tidak akan menipu atau mempermain-mainkan kamu lagi. Tonya meminta maaf dan rakan-rakannya pun memaafkannya. Sejak hari itu, Tony dan rakan-rakannya hidup gembira dan harmoni dalam lautan luas.