13
CERITA LEGENDA

CERITA LEGENDA

  • Upload
    ladyrozy

  • View
    5.558

  • Download
    31

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu 1 untuk STPM

Citation preview

Page 1: CERITA LEGENDA

CERITA LEGENDA

Page 2: CERITA LEGENDA

DEFINISICerita prosa rakyat yang ditokohi manusia yang ada kalanya memiliki sifat-sifat luar biasa dan dibantu oleh kuasa atau makhluk ajaib

Cerita legenda juga dipercayai pernah benar-benar terjadi oleh penuturnya dan masyarakatnya tetapi tidak diannggap suci

Legenda bersifat keduniawi, terjadi pada masa yang belum begitu lama dan bertempat di dunia.

Legenda juga dianggap sebagai “sejarah rakyat” kerana legenda memangnya mempunyai latar belakang sejarah.

Page 3: CERITA LEGENDA

Pembahagian atau penggolongan Karya-karya LegendaLegenda terbahagi kepada dua jenis, iaitu;

1.Legenda yang bercorak setempat / tempatan.2.legenda yang bercorah menjelajah / pendatang.

1. Legenda bercorak setempat.

Legenda bercorak setempat ialah cerita-cerita mengenai tokoh-tokoh yang pernah hidup dalam sejarah dari sesuatu negeri yang dipercyai benar-benar berlaku dan tidak ada hubungan dengan cerita-cerita luar negeri.

Contohnya, di Eropah cerita-cerita legenda terkenal seperti Robin Hood dan King Arthur.

Page 4: CERITA LEGENDA

Cerita legenda setempat kekadang berkembang menjadi legenda bercorak kebangsaan

Contohnya, Hang Tuah yang merupakan legenda negeri Melaka tetapi berkembang menjadi legenda kebangsaan begitu juga dengan Tok Janggut dan Datuk Bahaman

2. Legenda bercorak menjelajah .

Legenda bercorak menjelajah ialah cerita-cerita sejarah yang wujud dari sesuatu negeri yang berpindah ke suatu negeri yang lain. Cerita tokoh-tokoh tersebut disesuaikan dengan persekitaran.

Contohnya, Seri Rama dan Nabi Sulaiman

Page 5: CERITA LEGENDA

Selain daripada itu, terdapat legenda yang tersebar di kalangan masyarakat Melayu dan ianya boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu; .

1. Tokoh Islam,2. Tokoh kepahlawanan dan pejuang bangsa,3. Legenda pendosa.

Contohnya, Seri Rama dan Nabi Sulaiman

1. Tokoh Islam

2. Tokoh kepahlawanan dan pejuang bangsa

Tokoh-tokoh kepahlawanan dan pejuang bangsa yang menjadi sebutan masyarakat Melayu merupakan tokoh yang berani, bijaksana dalam pentadbiran negeri, pencipta tanahair dan sanggup berjuang bermati-matian menentang penjajahan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah Hang Tuah, Tun Perak, Dato Bahaman, Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya.

Page 6: CERITA LEGENDA

Legenda pendosa.

Legenda pendosa termasuk dalam legenda pendatang kerana ia terdapat di pelbagai tempat di Nusantara tetapi telah menerima perwarnaan tempatan. Legenda pendosa menampilkan watak utama yang derhaka kepada ibu bapa dan akhirnya menerima balasan.

Contohnya Si Tanggang yang derhaka telah di sumpah oleh ibunya lalu menjadi batu. Peristiwa yang sama berlaku juga ke atas Malim Kundang di Sumatera, Indonesia dan juga Nakhoda Manis di Brunei.

Page 7: CERITA LEGENDA

Ciri-ciri Cerita legenda1. Kepercayaan masyarakat Kepada Tokoh

- Masyarakat telah meletak/menempatkan tokoh tersebut sebagai tokoh yang disanjung iaitu di tempat istimewa seperti benar-benar dalam sejarah2. Latar Masa

- Lebih dekat dengan pra sejarah jika dibandingkan dengan cerita mitos. Dipercayai berlaku pada masa yang belum begitu lama.

Page 8: CERITA LEGENDA

3. Latar tempat

Cerita legenda berdasarkan tempat-tempat di alam nyata dan kebanyakkan mempunyai bukti kewujudannya di dalam sejarah sebenar.4. Watak-watak cerita lagenda

Terdiri daripada watak manusia biasa, tetapi mempunyai keistimewaan tertentu seperti alim, seorang pahlawan dan sebagainya yang menyebabkan tokph itu disanjung masyarakat.5. Tidak dianggap kudus atau suci seperti mana cerita mitos

Page 9: CERITA LEGENDA

Peranan Cerita-cerita Legenda

1. Untuk menguatkan kepercayaan anggota-anggota masyarakat terhadap sesuatu peristiwa yang bercorak sejarah2. Tujuan untuk berbangga dan untuk dijadikan sebagai teladan dan panduan kepada masyarakat mengenai kepahlawanan dan kegagahannya, Misalnya Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu.3. Untuk menyanjung keturunan tokoh-

tokoh legenda sebagai orang yang gagah dan mulia

Page 10: CERITA LEGENDA

4. Untuk mengingatkan dan mengenangkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam masyarakat Melayu seperti keangungan kesultanan Melayu Melaka.

5. Untuk menjadi sebagai model seorang pahlawan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.

6. Untuk menguatkan keyakinan orang-orang Melayu terhadap agama Islam. Di samping itu untuk menggantikan legenda yang bersumber daripada kepercayaan Hindu-Buddha.

Page 11: CERITA LEGENDA

7. Sebagai media untuk pendidikan bagi masyarakat Melayu Tradisional, khasnya cerita-cerita legenda pendosa. Biasanya cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk menjadikan teladan dan ingatan kepada anak-anak supaya tidak melakukan penderhakaan kepada ibubapa.

Page 12: CERITA LEGENDA

FUNGSI CERITA LAGENDA

1. Sebagai “alat” pengekalan norma dan sistem masyarakat. Iaitu menyemaikan sikap menghormati ibu bapa. Contohnya, Legenda Pendosa, misalnya Si Tenggang mengajar masyarakat Melayu supaya menghormati ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka kerana mereka yang menderhaka akan menerima balasanya.2. Membina rasa hormat kepada tokoh budaya.3. Mengekalkan semangat patriotik dan rasa sayang kepada bangsa dan negara. Dengan mengetahui cerita-cerita tentang tokoh-tokoh legenda yang berjuang mempertahankan bangsa dan tanah air seperti Dato’ bahaman, Tok janggut dan sebagainya.

Page 13: CERITA LEGENDA

4. Menyampaikan nilai didaktik , contohnya dalam cerita Sumpah Mahsuri.

5. Sebagai “bahan” gambaran masyarakat Melayu Tradisional

6. Keyakinan kepada Tuhan. Misalnya, cerita legenda yang memfokuskan tokoh pahlawan Islam, wali-wali dan sebagainya dapat menyemaikan keyakinan kepada kekuasaan Tuhan. Mereka yang yakin akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Nya.7. Menyemaikan semangat keberanian

Tokoh-tokoh yang berani dan setia di dalam cerita legenda menjadi sebutan masyarakat Melayu dan ini secara tidak langsung dapat menyemaikan semangat keberanian kepada pendengar atau pembaca. Contohnya, Hang Tuah dan saudara-saudaranya semasa kecil menentang lanun