5
Tugau: Pahlawan melanau yang kejam Diterbitkan: Jumaat 8 Dis, 2006 Oleh EDWARD SUBEN S!E"#EN Sahari menuan$kan tuak untuk %i$unakan seba$ai &ersembahan ke&a%a seman$at Sun$ai Retus' ()*t* BERNAMA) S+BU: enurut le$en%a -ika !u$au batuk %i ka.asan -a-ahann/a %i Sun$ai Retus, ia ke%en$aran %i &erkam&un$an te&i laut +$an /an$ terletak kira kira 60 kil*meter % tem&atn/a' Demikianlah hebatn/a !u$au, ra-a suku elanau, se&erti /an$ %ikisahkan *leh "en$hulu Sahari Ubu, 81, ketua ke&a%a ,200 an$$*ta k*muniti suku elanau %i 3am&un$ Nan$ka, satu satun/a &enem&atan suku elanau %i Sibu' !ahun le&as, "en$hulu Sahari men$etuai 20 &en$ikutn/a masuk ke ka.asan %i mana sebatan$ tian$ rumah &an-an$ !u$au tertimbus %alam tanah beratus ratus tahun laman/a %i kuala Sun$ai Retus %an Sun$ai +$an (anak sun$ai Ra-an$, sun$ai ter&an-an$ %i ala/sia4'

Cerita org melanau.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Tugau: Pahlawan melanau yang kejamDiterbitkan: Jumaat 8 Dis, 2006 Oleh EDWARD SUBENG STEPHEN

Sahari menuangkan tuak untuk digunakan sebagai persembahan kepada semangat Sungai Retus. (FotoBERNAMA)SIBU: Menurut legenda jika Tugau batuk di kawasan jajahannya di Sungai Retus, ia kedengaran di perkampungan tepi laut Igan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari tempatnya.Demikianlah hebatnya Tugau, raja suku Melanau, seperti yang dikisahkan oleh Penghulu Sahari Ubu, 84, ketua kepada 1,200 anggota komuniti suku Melanau di Kampung Nangka, satu-satunya penempatan suku Melanau di Sibu.Tahun lepas, Penghulu Sahari mengetuai 120 pengikutnya masuk ke kawasan di mana sebatang tiang rumah panjang Tugau tertimbus dalam tanah beratus-ratus tahun lamanya di kuala Sungai Retus dan Sungai Igan (anak sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia)."Menurut kisah yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Tugau adalah seorang lelaki yang memiliki kekuatan dan saiz yang luar biasa. Tiang seri rumah panjangnya amat besar. Jika seorang dewasa mengukurnya dengan sepemeluk, hujung jari pun tidak dapat bertemu," cerita Sahari.Beliau dipercayai hidup 500 tahun sebelum ketibaan Islam di Sarawak iaitu kira-kira 800 tahun yang lalu.Tiang seri itu kini nampak jauh lebih kecil ekoran peredaran masa dan ditegakkan kembali dalam struktur yang lebih ringkas dan ternyata menjadi kebanggaan Sahari.SIAPAKAH TUGAU?"Harapan saya agar pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu seperti membina sebuah tugu peringatan di sana bagi memperingati Tugau. Ini dapat membantu generasi baru Melanau menghargai sejarah dan tradisi mereka selain memperkenalkan Tugau kepada pelancong.Tapi, siapakah Tugau? Terlalu sedikit maklumat mengenai beliau yang diketahui hari ini.Menurut Sahari, terdapat beberapa versi mengikut lokasi yang berlainan mengenai Tugau."Bagi orang lama Melanau yang tinggal di kawasan pesisir, beliau ialah seorang wira yang telah melancarkan perang ke atas Kesultanan Brunei yang memerintah Sarawak pada masa itu."Dan bagi mereka yang tinggal di pedalaman pula, beliau adalah seorang pemimpin yang cekap," katanya.Satu-satunya perwatakan Tugau yang menyebabkan beliau dibenci ialah kekejamannya. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya adalah undang-undang. Sesiapa yang bertindak membelakangkan undang-undangnya akan dihukum mati."Sungai Retus sebenarnya adalah satu terusan yang digali oleh pengikut-pengikut Tugau atas arahan beliau. Itulah sebabnya ia lurus sejauh satu kilometer dari muara," kata Sahari.BERAS KUNYIT DAN TUAKHari ini, apa yang tinggal di kubu Tugau ialah serpihan-serpihan balang dan yang lain."Sehingga ke hari ini, generasi lama Suku Melanau seperti di Igan, Dalat dan Oya masih lagi memuja Tugau."Malah, Sungai Retus juga dinamakan sempena isteri beliau. Mungkin atas rasa hormat, ada juga antara mereka yang masih lagi merujuk sungai itu sebagai Sungai Ayang atau sungai ibu yang dihormati," katanya lagi.Wakil-wakil media di bawa melawat ke kawasan itu oleh Sahari dengan kerjasama Badan Pelancongan Sarawak cawangan Sibu.Sebaik sahaja tiba, Sahari melakukan upacara penghormatan yang dikenali sebagai "Menabur Be'rah Kuneng" (menabur beras kuning) sebagai memohon kebenaran dan restu untuk melawat daripada semangat yang dikatakan menjaga kawasan itu.Beliau menasihatkan kumpulan pelawat supaya menjaga tingkah laku agar tidak menyinggung semangat itu sebelum menabur beras kunyit dan merenjis tuak sambil membaca mantera."Kalau anda bertuah, mungkin boleh lihat sesuatu daripada yang silam ataupun seperti ular dan binatang lain. Tetapi, apa yang dilihat, simpan sahajalah komen anda dalam hati," itulah nasihat beliau.TELUR, AYAM LAGA DAN ULARKebanyakan versi penduduk tempatan mengenai asal usul Tugau adalah lebih kurang sama termasuklah seperti yang dikisahkan oleh Sahari.Tugau dikatakan berasal dari sebiji telur yang ditemui dalam hutan oleh sepasang suami isteri Melanau.Menurut Stephen Morris, penulis buku "The Oya Melanau" yang diterbitkan pada 1991, Tugau adalah anak kepada Rajah Kiangan, pemerintah langit sementara neneknya pula adalah anak kepada Rajah Yang, pemerintah kerajaan di bumi."Beliau dibesarkan oleh pasangan suami isteri dari kalangan manusia yang tinggal berhampiran dengan Sungai Retus. Suami isteri inilah yang menemui telur itu dan apabila ia menetas munculah Tugau, bersama seekor ayam laga berwarna putih dengan satu pelepah hitam pada ekornya dan seekor ular tedung.Sehingga dewasa, Tugau dan ayam laganya tidak pernah tewas dalam sebarang pertandingan. Semasa mengembara untuk bertanding beliau bertemu dengan bakal isterinya, puteri kepada Rajah Kau iaitu raja Sungai Kabeng.Bagaimanapun, Rajah Kau meminta hantaran yang luar biasa mirip kepada kisah Puteri Gunung Ledang sewaktu Sultan Melaka Sultan Mahmud meminangnya.Rajah Kau meminta Tugau menyediakan pedang emas (senjata yang menunjukkan darjat), mangkuk emas (tanda kekayaan pemerintahan) dan sembilan bakul ikan yang dipenuhi emas.Kesemuanya perlu disediakan dalam tempoh tujuh hari atau Tugau akan menemui ajalnya. Sepanjang tempoh itu, ibu angkatnya itu dalam kegelisahan tetapi Tugau pula bersikap seperti biasa.Pada hari ketujuh, Tugau menghantar ibunya untuk menyerahkan kesemua hantaran itu yang dikatakan diperolehi daripada yang maha berkuasa.AKHIRAN YANG MENYEDIHKANCerita Tugau berakhir dengan kesedihan.Morris yang turut menjalankan kajian di kawasan Medong, Dalat, menemui satu versi menarik pada tahun 1950 yang diceritakan kepadanya oleh Teiyah, isteri kepada Sakul bin Tara iaitu ketua di kawasan berkenaan pada masa itu.Tugau berhasrat membina sebuah rumah panjang yang baru di kuala Sungai Retus dan Sungai Igan. Beliau mengerahkan kesemua pengikutnya menebang pokok Belian dan mengangkatnya ke kawasan itu untuk dijadikan tiang seri. Kerana terlalu berat, mereka tidak terdaya menegakkannya.Tugau mengarahkan hambanya Tegiok supaya membawa kedua-dua anak perempuan hamba itu untuk dijadikan korban.Tegiok lantas mengikut arahan itu dengan yang sulung itu dimasukkan dalam lubang yang telah digali untuk menegakkan tiang pertama.Tugau kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikut melepaskan batang belian itu menggelongsor ke dalam lubang tadi. Semasa batang Belian itu turun menghimpit gadis itu ia seolah-olah bernyawa dan naik menegak dengan sendiri. Semua yang ada di situ menjerit kegembiraan termasuklah Tegiok.Kemudiannya, satu lagi lubang digali dan tibalah giliran anak kedua Tegiok. Dia menjerit dan merayu kepada bapanya. Kenapakah ayah sangat gembira melihat saya dibunuh oleh orang yang tidak berperikemanusiaan ini. Tidakkah ayah malu?Tegiok terdiam dan hatinya begitu tersentuh. Sebaik sahaja anaknya mati, dan batang Belian itu naik tegak, suara jeritan kegembiraan memenuhi ruang dan ketika itulah Tegiok mengambil `Sangkoh'(tombak) milik Tugau dan membunuh pemimpin lagenda itu.Menantu lelaki Tugau, Besiong lantas memanggil semua ular yang datang dan memakan Tegiok, isteri dan juga kesemua anggota keluarganya. Apabila Tugau mati, ayam laga dan juga ularnya turut ghaib.Menurut pengembara British, Sir St.John Spencer dalam bukunya "Wild Tribes of North West Coast of Borneo" bertarikh 1863, adat `memberi nyawa' kepada tiang utama semasa pembinan rumah panjang dengan mengorbankan anak perempuan hamba mungkin mempunyai asal-usul dalam lagenda ini.Adat ini berterusan sehinggalah ia diharamkan oleh Raja Putih Sarawak yang pertama James Brooke pada 1840. Tetapi Lagenda Tugau masih segar, terima kasih kepada orang seperti Sahari.