Cerita Sang Kancil Dan Buaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cerita Sang Kancil Dan Buaya

Citation preview

Latihan Pemahaman:

1. Apakah yang dibuat oleh Sang Kancil di tepi sungai itu?

2. Mengapakah Sang Kancil ingin ke seberang sungai?

3. Bagaimanakah caranya Sang Kancil pergi ke seberang sungai itu?

4.Adakah Sang Kancil berjaya mendapatkan buah-buahan yang diingininya?

5.Nyatakan nilai yang terdapat di dalam cerita ini.

KISAH SANG KANCIL DAN BUAYADalam sebuah hutan, tinggal seekor kancil dan buaya. Pada suatu hari, sedang kancil bermain-main ditepi sungai, tiba-tiba dia terasa sungguh dahaga dan juga lapar. Di seberang sungai, sang kancil ternampak sepohon pokok dengaan buah buahan yang ranum. Tapi sang kancil tidak pandai berenang.erm, lapar sungguh rasanya. Apa yang perlu aku buat untuk menyeberangi sungai ini sang kancil mula mencari akal. Sang kancil ternampak buaya dan adik beradiknya sedang mandi manda di tepi sungai. Tanpa membuang masa dia meminta buaya-buaya di sungai itu beratur menjadi jambatan supaya ia dapat menyeberangi sungai itu dengan alas an hendak membilang jumlah buaya di dalam sungai dengan titah Raja Sulaiman.

Sang kancil pun berpura-pura membilang kepala sang buaya. satu,dua,tiga,. Dan seterusnya. Setelah sampai ditebing sungai, sang kancil pun terus memakan buah yang masak ranum itu tanpa menghiraukan sang buaya. Sang buaya merasa tertipu dan ingin membalas dendam. Buaya-buaya itu mula berpakat untuk mengenakan sang kancil. Keesokan harinya, sang kancil berasa dahaga. Dia pun meminum air di sungai itu. Sang buaya sudah lama memerhatikan sang kancil. Tanpa membuang masa, sang buaya terus menangkap kaki sang kancil. Walaupun cemas, sang kancil cuba bertenang. Ia mencari akal. Akhirnya ia memberitahu buaya bahawa yang ditangkap si buaya bukan kakinya melainkan ranting kayu. Sang buaya terus percaya dan melepaskan kaki sang kancil yang disangkanya ranting kayu. Maka terlepaslah sang kancil dari dibaham buaya.

Begitulah cerita tentang sang kancil dan buaya. Walaupun sang kancil hanyalah seekor haiwan yang kecil dan lemah tapi dek kerana kebijaksanaan dan kecerdasan akalnya, dia selalu selamat daripada masalah. Hanya dengan menggunakan akal, dia dapat terus hidup dan memperdayakan banyak binatang lain yang lebih besar dan gagah.