28
1 CTU 151 CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM BAB 1 KONSEP TAMADUN ISLAM

Chapter 1 - Konsep Tamadun Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota ctu151 - disiapkan oleh ustaz zaki razaly

Citation preview

  • *CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAMBAB 1

    KONSEP TAMADUN

    ISLAM

  • *Kamus Dewan: Tamadun ditakrifkan sebagai keadaan manusia yang dicirikan oleh taraf pemikiran yang tinggi, budaya atau cara hidup orang-orang yang tertentu dan keadaan pemikiran yang halus.

    Peradaban merupakan keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat.

    Terdapat beberapa istilah yang pernah diguna oleh sejarawan Islam bagi menghuraikan makna Tamadun iaitu:

    PENGERTIAN TAMADUN

  • *Umran yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun merujuk kepada maksud pembangunan dan kuantiti penduduk hasil daripada kewujudan tamadun.

    Hadarah juga dinyatakan oleh Ibn Khaldun merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.

    Madaniyyah menurut Muhammad Abduh bermaksud bandar atau kota merupakan asas perkembangansesuatu tamadun.

    Istilah civilization bermaksud penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

  • *Sayid Qutb: Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariah Allah SWT serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas mengatakan bahawa istilah tamadun berasal dari perkataan al-Din. Ia merujuk kepada kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

    Rumusan: Tamadun adalah manifestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang merangkumi unsur kerohanian, pemikiran dan kebendaan yang seimbang, yang terkesan secara langsung daripada penghayatan Islam itu sendiri.

  • *Kemajuan teknologi.Sistem pemerintahan dan ekonomi teratur.Urbanisasi (perbandaran).Organisasi sosial yang tersusun.Sistem kepercayaan dan agama.Tulisan dan bahasa.Budaya dan kesenian.

    Masyarakat hadhari mempunyai ciri dan karekter tersendiri yang terbina di atas asas-asas akidah, syariah dan akhlak.Masyarakat hadhari mempunyai sistem hidup yang teratur, komprehensif dan dinamik yang merangkumi pelbagai aspek seperti ibadat, ekonomi, perkahwinan, politik, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

    CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

  • *Tamadun Islam berpaksi kepada 4 aspek utama iaitu Akidah, Syariah, Akhlak dan Ilmu.Akidah:Konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah SWT, para rasul, malaikat, kitab, hari akhirat serta qada dan qadar.Dasar akidah Islam membentuk sistem nilai yang mengawal sifat dan bentuk ketamadunan itu sendiri. Ia berperanan sebagai sumber aspirasi dan motif penggerak kepada tamadun Islam.

    Syariah:Himpunan peraturan dan sistem perundangan yang mencakupi pelbagai lapangan hidup antaranya ibadah dan muamalah.

    ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

  • *Dasar Syariah Islam menjadi penunjuk jalan, penentu kaedah dan pelaksanaan tamadun Islam.

    Akhlak:Imam al-Ghazali mendefinisikan ia sebagai sifat tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil daripada pancaran hati sanubari dalamannya.Dasar akhlak Islam menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan tamadun Islam. Ilmu:Ilmu merupakan pelengkap kepada kejayaan pembinaan tamadun Islam. Konsep ilmu dalam tamadun Islam mempunyai kaitan dengan nilai ketuhanan (rabbani) dari segi sumber, penggunaan dan matlamat ilmu.

  • *Al-QuranAl-Quran adalah kalam Allah SWT yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi sama ada dari sudut akidah, syariah, akhlak, bahasa, sejarah, pemikiran, ketamadunan rahsia alam dan sebagainya.Al-Quran telah memberikan garis panduan dalam pembinaan tamadun dan menjadi sumber penentuan nilai-nilai seperti iman dan kufur, makruf dan mungkar dan sebagainya.

    Sunnah/HadisSunnah merupakan setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang hidupnya yang meliputi tutur bicara, praktik dan persetujuan baginda terhadap sesuatu tindakan yang berlaku di hadapannya.

    SUMBER TAMADUN ISLAM

  • *Sunnah bertindak sebagai pentafsir yang autentik mengenai kandungan al-Quran.Mengenai Sunnah ketamadunan, ia tidak mengikat umat Islam masa kini untuk mengikutnya secara literal sehingga mengabaikan matlamat sebenar di sebalik Sunnah-Sunnah tersebut.

    IjtihadBermaksud usaha, kreativiti dan inovasi para ilmuan dan pemikir Islam dalam menangani keperluan Umat Islam terutamanya dalam bidang-bidang berkaitan dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga pembangunan sosial.Persoalan-persoalan baru yang tidak ada hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah, umat Islam hendaklah berijtihad untuk menentukan sesuatu hukum.

  • *Peranan Ijtihad dalam pembangunan tamadun Islam contohnya dalam institusi politik yang membenarkan umat Islam untuk mencari bentuk kerajaan terbaik dan sistem politik yang sesuai untuk melaksanakan segala dasar politik dan perundangan Islam dengan mengambil kira realiti politik semasa dan kepentingan masyarakat pada waktu ini.

    Tamadun-tamadun AsingIslam bersifat terbuka kepada semua tamadun dan tidak menolak segala kebaikan yang dihasilkan oleh tamadun-tamadun lain asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam.Contohnya dalam bidang matematik, astronomi dan perubatan daripada tamadun India dan teknologi pembuatan kertas, percetakan dan kompas daripada tamadun China.

  • *

    Mengangkat Islam sebagai al-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif dalam pelbagai aspek merangkumi aspek ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, kenegaraan dan kehakiman.

    Menjaga hubungan manusia dengan Allah pencipta alam melalui keimanan, akidah yang lurus serta teguh, pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan perintah dan larangan Allah.

    Menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan. Umat Islam adalah umat yang satu dan tidak disempitkan oleh batas geografi dan politik. Islam mewajibkan

    MATLAMAT TAMADUN ISLAM

  • *kepada pemerintah Islam untuk menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya di samping menjaga kebajikan umat Islam.

    Menjaga hubungan antara manusia dan alam sekitar dengan memanfaatkan segala anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah dan hasil serta pencapaiannya hendaklah ditujukan kepada kemaslahatan seluruh manusia.

  • *CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAMRabbaniyahTamadun Islam menjadikan sumber naqli sebagai sumber asasi di samping tidak menafikan kepentingan sumber aqli.

    UniversalIa tidak bersifat eksklusif kepada sesuatu bangsa sahaja bahkan ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada din al-Islam.

    MenyeluruhMeliputi seluruh kehidupan manusia merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Ia juga merupakan seruan keadilan untuk semua, sama ada Islam atau bukan Islam.

  • *Ideal dan realistikIslam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah.

    Tetap dan anjalTetap dan tidak berubah pada tujuan dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.

    Sepadu dan seimbangKeseimbangan di antara dua keadaan yang bertentangan. Contohnya keseimbangan dalam aspek kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat.

  • *AkhlaqiyahMenekankan pemurniaan dan pemupukan nilai akhlak yang mulia.

    InsaniyahMementingkan pemeliharaan kehormatan dan keturunan insan.

    TasamuhMemberi dan menerima asalkan ia tidak bercanggah dengan syarak. Contohnya sumbangan daripada golongan Kristian dan Yahudi dalam pembinaan tamadun Islam pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah.

  • *TanawwuWujudnya kepelbagaian dalam kesatuan. Maksudnya penyumbang kepada tamadun Islam ini adalah pelbagai.

    TakamulMenerima mana-mana unsur luar yang positif dan tidak bercanggah dengan Islam. Misalnya amalan tradisi masyarakat arab jahiliyyah yang amat menghormati tetamu dan diperkukuhkan dengan tradisi ketamadunan Islam.

    WasatiyahKesederhanaan contohnya melihat secara adil persoalan dunia dan akhirat, individu dan masyarakat dan sebagainya.

  • *FAKTOR KEMUNCULAN DAN KEJAYAAN SESEBUAH TAMADUNPolitikKestabilan politik menjamin keutuhan sesebuah tamadun. Contohnya tamadun Mesopotamia yang mempunyai sistem politik dan pentadbiran yang sistematik.

    EkonomiPerdagangan, perniagaan dan pertanian menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi kebanyakan tamadun.Peranan lembah sungai dan kawasan subur seperti sungai Tigris dan Euphrates, Nil, Indus dan Selat Melaka amat penting kepada perkembangan ekonomi sesebuah tamadun.

  • *SosialTamadun Islam memperkenalkan konsep Ummah yang menyatupadukan seluruh masyarakat yang berbeza bangsa atas ikatan Islam dan turut melibatkan penyertaan masyarakat bukan Islam seperti Yahudi dan Arab musyrik.

    Pembebasan diri daripada kesengsaraan hidupPenderitaan yang dihadapi menjadi momentum untuk mereka memajukan masyarakat mereka. Contohnya kebangkitan Jepun setelah peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

    Kedudukan yang strategikKedudukan yang strategik dari segi logistik, iklim dan sumber alam. Contohnya Sungai Nil dan Selat Melaka.

  • *Dorongan aspirasi keagamaan dan kerohanianAjaran Islam berjaya menghapuskan kejahilan dari sudut ilmu pengetahuan, semangat asabiah, pertelingkahan antara puak, penindasan terhadap golongan miskin, hamba dan wanita serta pembunuhan anak-anak perempuan.

    Toleransi dan sifat keterbukaan terhadap dunia luarTamadun Islam bersikap terbuka dalam menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Greek, Parsi, India dan China.

    Sanjungan terhadap bidang keilmuanPenghayatan terhadap ilmu wujud dalam diri tokoh-tokoh terkemuka tamadun silam antaranya Ibn Khaldun, al-Farabi, Kung Fu Tze, Plato, Aristotle.

  • *Hijrah dan migrasiContohnya penghijrahan sekelompok manusia dari Sumatera membuka Melaka dan seterusnya menjadi pusat perdagangan, kebudayaan dan aktiviti keilmuan di seluruh gugusan Nusantara ini.

    FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUNKetidakadilanBerlaku ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan besar antara golongan kaya dan miskin.

    Penindasan dan kezalimanBerleluasa penindasan dan kezaliman contohnya wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun barat telah tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.

  • *Keruntuhan moral dan nilaiTerutamanya di kalangan pemimpin contohnya kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam.

    Sikap tertutupTidak mahu menerima perubahan dari segi teknologi, ekonomi dan sosial. Contohnya tamadun Uthmaniah mengalami keruntuhan disebabkan tidak mahu menerima perubahan dari segi sosial dan politik.

    Malapetaka dan Bencana alamContohnya keruntuhan kerajaan Saba.

  • *KONSEP TAMADUN BARATSejarah dan falsafah Tamadun BaratPemikiran dan falsafah barat adalah berteraskan kepada pemikiran dan falsafah sejarah Yunani dan Rumawi.Kebudayaan mereka antaranya tidak mempunyai agama yang khusus, kepercayaan, cara hidup yang bersifat materialistik yang terpisah daripada unsur kerohanian dan segala sesuatu termasuk tuhan boleh digambar dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat.Setelah Maharaja Constantine memeluk Kristian, ia telah menjadi agama rasmi empayar Rom. Mereka lebih menumpukan kepada bidang kerohanian dari bidang keduniaan.

  • *Penyalahgunaan kuasa oleh pihak gereja menyebabkan berlakunya pemberontakan, terhadap institusi gereja dan agama Kristian di Eropah.Mereka mula meneroka bidang sains dengan membelakangkan falsafah agama yang berbentuk spiritual. Bermulalah pemisahan keilmuan antara kehidupan dan beragama dalam kehidupan masyarakat barat.Justeru unsur sekularisme, rasionalisme, materialisme, humanisme dan nasionalisme yang mempengaruhi perkembangan masyarakat Eropah pada waktu itu.

  • *Dasar Tamadun BaratCiri-ciri tamadun barat menurut Prof Muhamad Kamal Hassan:Wujudnya pemisahan antara undang-undang dan akhlak, dunia dan akhirat.Tidak ada ukuran baik buruk yang mutlak. Semua nilai moral-agama bersifat relatif.Kelakuan bermoral mesti mengikut keadaan, tempat, masa dan lingkungan.Hidup hanya sekali, jadi sebelum mati biarlah berjaya menikmati kemewahan dan kemegahan dunia.Agama dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan dan ia mesti dipisahkan dari segi politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.Agama adalah urusan peribadi yang berkaitan hanya dengan upacara ritual di tempat dan masa tertentu untuk tujuan kerohaniaan semata-mata.

  • *Ciri-ciri tamadun barat menurut Dr Yusof al-Qardhawi:Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan.Kecenderungan kebendaan.Aliran sekularisme.Perbalahan dan pertelingkahan.Barat juga merasakan mereka lebih tinggi daripada masyarakat lain dan menganggap diri mereka sebagai polis dunia.

    Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas:Tamadun barat diikat dengan pengaruh adat Inggeris klasik.Berasaskan falsafah kemanusiaan mutlak dan bukan agama.Bersifat humanisme iaitu manusia sebagai penentu nilai.Dualisme dalam kehidupan iaitu memisahkan antara rohani dan jasmani, antara wahyu dan sains.Tiada konsep tauhid dan pengabdian diri kepada tuhan.

  • *Perbezaan Tamadun Islam dan Barat

    Tamadun IslamTamadun BaratKedudukan agama Islam sebagai cara hidup.Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama dan bukan agama mengikut pembaharuan.Kedudukan agamaAgama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan agama juga dicorak oleh perubahan.Konsep kesepaduan dan pengawalanSegala bentuk pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian.Konsep kesepaduan dan pengawalanSegala urusan tidak berkaitan dengan agama.Bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada iman yang kukuh.Konsep KemajuanKemajuan diperolehi dengan cara yang betul dan dibenarkan agama.Konsep KemajuanKonsep kemajuan menjurus kepada meraih keuntungan

  • *

    Tamadun IslamTamadun BaratKonsep KemajuanKemajuan diperolehi dengan cara yang betul dan dibenarkan agama.Untuk mencapai matlamat, kaedah yang diguna mesti tidak bercanggah dengan hukum syarak.Matlamat tidak menghalalkan cara.Konsep KemajuanKonsep kemajuan menjurus kepada meraih keuntungan.Tidak mementingkan bentuk pembaharuan, matlamat dan cara memperolehinya.Matlamat menghalalkan cara.Penekanan sudut kemajuanMemberi penekanan kepada akhlak rohani, jasmani dan aqliah.Pembangunan kebendaan adalah sebagai alat untuk menyempurnakan tuntutan keagamaan dan kerohaniaan.Penekanan sudut kemajuanPenekanan kepada pembangunan kebendaan semata-mata.Kemajuan tanpa keseimbangan rohani dan jasmani memusnahkan masyarakat itu sendiri.

  • *

    DISEDIAKAN OLEH:

    MOHAMAD ZAKI RAZALY

    ****************************