Chew mininava - Refleksi Pbs Ros

  • Upload
    chew

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Chew mininava - Refleksi Pbs Ros

    1/3

    Penulisan RefleksiElemen Pemikiran

    Refleksi

    Pemerhatian dibuat oleh saya ke atas pengurusan keadaan

    fizikal bengkel, peraturan bengkel, jenis-jenis disiplin yang

    diaplikasi, jenis interaksi dalam bilik darjah, kepimpinan guru

    dan model pengajaran yang digunakan oleh guru.

    Dari segi keadaan fizikal bengkel, terdapat almari dengan

    projek murid yang disusun, empat bakul sampah, dua bulu

    ayam, gmbar alatan sebagai hiasan pada dinding, kain

    pengelap untuk membersih, kapur papan hitam, papan hitam,

    pemadam papan hitam, kerusi dan meja guru dan murid yang

    mencukupi, empat kipas yang berfungsi, lapan lampu yang

    berfungsi, papan kenyataan yang dilengkapi dengan

    Peraturan Bengkel yang harus dipatuhi, tiga penyapu, empat

    penyodok sampah, satu pintu keluar-masuk, tiga power

    suppy socket dan satu wayar extension, satu skrin projektor,

    satu First AID kit yang boleh digunakan dan tidak tamat tarih

    luput, tempat letak alatan secara gantung yang tersusun,

    almari alatan yang disusun kemas, stor kecil untuk

    penyimpanan alatan, empat basin basuh tangan dn cecair

    pencuci. Secara umunya, keadaan kebersihan,

    penyelenggaraan dn penyusunan peralatan bengkel adalah

    baik. Sistem pengudaraan dalam bengkel adalah baik kerana

    semasa kelas diadakan, semua tingkap dibuka dan bilangan

    tingkap adalah banyak. Akan tetapi, terdapat satu sahaja

    pintu untuk keluar dan masuk. Pintu belakang telah ditutup

    kerana stor telah dibina di kawasan itu. Ini adalah tidak

    menggalakkan sebab selain keluar masuk, fungsi pintu yang

    lain adalah untuk memudahkan pelepasan diri semasa

    berlaku kecemasan. Keceriaan bengkal adalah baik dan

    cahaya yang dapat memasuki bengkel adalah baik sebab ia

    dapat menggalakkan P&P yang baik. Selain itu, terdapat dua

    papan peraturan bengkel yan besar dan mudah dilihat oleh

    murid. Peraturan bengkel adalah penting dalam menyediakan

    keadaan keselematan murid-murid dan untuk melatih murid-

    Pengurusan

    Keadaan Fizikal Bilik

    Darjah dan

    Peraturan Bengkel

  • 8/14/2019 Chew mininava - Refleksi Pbs Ros

    2/3

    murid dalam aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti

    dalam bengkel.

    Guru mengamalkan Disiplin Arahan Kerja dan Disiplin

    Arahan Kumpulan. Semasa pengajaran, Disiplin Arahan

    Kerja terlihat apabila guru memberi salah satu aktiviti tugasan

    yang terdapat dalam buku teks dan murid perlu

    menjawabnya dalam masa tertentu yang diperuntukkan.

    Tugasan yang telah siap dalam buku latihan perlulah dihantar

    pada pengakhiran kelas. Dalam Disipin Arahan Kumpulan

    pula, boleh terlihat apabila salah satu murid membuat bising

    semasa aktiviti tugasan berlaku dan rakan sekelas

    memberitahu murid tadi agar tidak bising dan mengganggu

    serta tugasan tersebut perlulah dihantar. Amalan Disiplin

    Arahan Kumpuan bukan sahaja boleh dilihat dan dialami

    dalam kelas Kemahiran Hidup sahaja, malah dalam kelas-

    kelas lain juga boleh dialami samasa saya bertugas sebagai

    guru ganti kelas. Pendek kata, sekolah ini mengamalkan

    Disiplin Arahan Kumpulan secara umumnya. Selain itu, untuk

    mengawal keadaan disiplin kelas, guru juga mengamalkan

    pengajaran yang mempunyai banyak soal-jawab dalam

    bahan bantu mengajar. Dalam kelas ini, flash cardadalah

    bahan bantu mengajar.

    Bentuk susunan bengkel ini adalah dalam bentuk modular

    dimana bentuk susunan ini selain interaksi di antara murid

    dengan guru, susunan ini juga amat sesuai dalam

    menggalakkan interaksi di antara murid dengan muridsemasa aktiviti kumpulan dijalankan. Semasa pengajaran

    dijalankan, pendekatan yang digunakan adalah jenis interaksi

    pelbagai hala. Dalam interaksi di antara guru dengan murid,

    guru menggunakan flash cardsebagai bahan bantu mengajar

    dan soalan ditujukan kepada murid untuk mengenalpastikan

    jenis sayuran yang ditunjukkan dan murid secara aktif

    mengambil bahagian dalam menjawab soalan. Dalam

    interaksi di antara murid dengan murid pula, boleh dilihat

    apabila murid berbincang sesama lain dalam meja masing-

    Jenis-jenis disiplin

    yang diapikasikan

    Jenis Interaksi

    Dalam Bilik Darjah

    dan Kepimpinan

    Guru

  • 8/14/2019 Chew mininava - Refleksi Pbs Ros

    3/3

    masing sebelum mejawab. Di akhir pengajaran, untuk

    memastikan semua murid faham dan kenal jenis-jenis

    tanaman serta kategorinya, guru meminta semua murid

    berdiri dan murid hanya boleh duduk apabila soalan dapat

    dijawab. Bagi murid terakhir yang tidak dapat menjawab

    soalan, guru meminta murid lain agar menolong murid

    tersebut dalam menjawab soalan guru. Dalam erti kata lain,

    sesi P&P ini juga dapat menerapkan nilai moral seperti

    tolong-menolong dalam pembentukan sikap murid secara

    tidak langsung. Sesi P&P ini boleh diperbaiki jika terdapat

    selingan penggunaan projektor. Ini lebih menggalakkan murid

    dalam kesedaran kepentingan IT dalam dunia yang

    berkembang pesat.

    Model yang digunakan oleh guru tersebut adalah jenis

    Model Schramm III. Ini jelas terlihat apabila guru banyak

    menggunakan aktiviti soal jawab di antara guru dengan murid

    serta aktiviti perbincangan di antara murid dengan murid

    dalam perbincangan sebelum menjawab soalan pada awal

    sesi P&P seperti yang dinyatakan dengan teliti di atas.

    Secara kesimpulan, keadaan fizikal dan persekitaran P&P

    adalah kondusif dan ini menggalakkan murid melibatan diri

    serta menjadi sebahagian dalam proses P&P.

    Model Pengajaran

    Yang Digunakan

    Oleh Guru

    Disediakan oleh:KH Chew