1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Oktober 28, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Wei Wei pelajar China pertama peroleh Bacelor Bahasa Arab di UPM Oleh Azman Zakaria Foto oleh Mohd Hasrul Hamdan SERDANG, 25 Okt - hang Wei Wei menjadi pelajar dari China yang pertama memperoleh ijazah Bacelor Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia (UPM), apabila beliau menerimanya pada Majlis Konvokesyen ke-40 UPM d sini hari ini. Wei Wei, 27, dari wilayah Tian Jin tidak jauh dari Beijing berkata mempelajari bahasa Arab memerlukan ketekuan dan kesungguhan terutama yang membabitkan tatabahasa. Kita perlu banyak berinteraksi dengan rakan sekuliah, mengulang kaji dan berbincangbagi saya tatabahasanya agak sukar. Tapi ia seronok dipelajari, lebih-lebih lagi ia bahasa Al-Quran,katanya ketika ditemui. Sebelum melanjutkan pelajaran ke UPM pada 2012, anak tunggal daripada keluarga Islam ini, memiliki diploma bahasa Arab ketika menuntut di negaranya. Saya mahu terus mendalami bahasa Arab, sebab itu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama. Saya juga sudah mula mengikut pengajian peringkat Master dalam bahasa Arab di UPM, iaitu sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat bacelor,katanya. Katanya, beliau mempelajari bahasa Arab juga kerana akan memudahkannya memperoleh pekerjaan kelak di negaranya. Banyak peluang pekerjaan di China seperti menjadi guru atau penterjemah kerana kini semakin ramai pelancong dan pelabur Arab datang ke China, tentunya majikan memerlukan penterjemah,katanya. Menurutnya, kedua ibu bapanya adalah pendorong kuat untuknya belajar bahasa Arab dan melanjutkan pelajaran di luar China. Mereka mahu minda saya lebih terbuka ketika di negara luar dan menimba pengalaman bergaul dengan masyarakat Islam dan bukan Islam seperti yang terdapat di Malaysia,katanya. Beliau berkata, kedua ibu bapanya tidak hadir pada konvokesyen ini tetapi gembira dengan kejayaannya, dan akan datang ke Malaysia pada konvokesyen apabila beliau memperoleh Master nanti. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 28/10/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/cinagraduanarabbm

cinagraduanarabbmpsasir.upm.edu.my/49422/1/Wei Wei pelajar China pertama...Wei Wei pelajar China pertama peroleh Bacelor Bahasa Arab di UPM Oleh Azman Zakaria Foto oleh Mohd Hasrul

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

    .CARI .

    Jumaat, Oktober 28, 2016

    | A- | A | A+| EN | RU | AR

    BERITA »

    Wei Wei pelajar China pertama peroleh Bacelor Bahasa Arab di UPM

    Oleh Azman ZakariaFoto oleh Mohd Hasrul Hamdan

    SERDANG, 25 Okt - hang Wei Wei menjadi pelajar dari China yang pertama memperoleh ijazah Bacelor Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia (UPM), apabila beliau menerimanya pada Majlis Konvokesyen ke-40 UPM d sini hari ini.

    Wei Wei, 27, dari wilayah Tian Jin tidak jauh dari Beijing berkata mempelajari bahasa Arab memerlukan ketekuan dan kesungguhan terutama yang membabitkan tatabahasa.

    “Kita perlu banyak berinteraksi dengan rakan sekuliah, mengulang kaji dan berbincang… bagi saya tatabahasanya agak sukar.

    “Tapi ia seronok dipelajari, lebih-lebih lagi ia bahasa Al-Quran,” katanya ketika ditemui.

    Sebelum melanjutkan pelajaran ke UPM pada 2012, anak tunggal daripada keluarga Islam ini, memiliki diploma bahasa Arab ketika menuntut di negaranya.

    “Saya mahu terus mendalami bahasa Arab, sebab itu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama.

    “Saya juga sudah mula mengikut pengajian peringkat Master dalam bahasa Arab di UPM, iaitu sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat bacelor,” katanya.

    Katanya, beliau mempelajari bahasa Arab juga kerana akan memudahkannya memperoleh pekerjaan kelak di negaranya.

    “Banyak peluang pekerjaan di China seperti menjadi guru atau penterjemah kerana kini semakin ramai pelancong dan pelabur Arab datang ke China, tentunya majikan memerlukan penterjemah,” katanya.

    Menurutnya, kedua ibu bapanya adalah pendorong kuat untuknya belajar bahasa Arab dan melanjutkan pelajaran di luar China.

    “Mereka mahu minda saya lebih terbuka ketika di negara luar dan menimba pengalaman bergaul dengan masyarakat Islam dan bukan Islam seperti yang terdapat di Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata, kedua ibu bapanya tidak hadir pada konvokesyen ini tetapi gembira dengan kejayaannya, dan akan datang ke Malaysia pada konvokesyen apabila beliau memperoleh Master nanti. - UPM

    RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016

    MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

    Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

    28/10/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/cinagraduanarabbm