35
SUNDAY, JULY 26, 2009 Wacana Bahasa Melayu WACANA 1.0 PENGENALAN Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran. 2.0 Definisi wacana

Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ciri

Citation preview

Page 1: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

S U N D A Y , J U L Y 2 6 , 2 0 0 9

Wacana Bahasa Melayu

WACANA 

1.0 PENGENALAN 

Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit

tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana

dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa.

Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu

melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi

bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.

Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,

maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi

ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi

kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah

wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan

pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang

disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis

dengan pembicara.

Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda

wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan,

penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta

berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana.

Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda

wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan

tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya

penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal,

penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda

elipsis atau pengguguran.

2.0 Definisi wacana

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris.

Page 2: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran

dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan.

Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok

bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah.

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud

ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu

kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi

komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan

cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan

maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan

beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada

heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah

berikut :

Perkataan -->Frasa --> Klausa--> Ayat --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti

perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama

dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang

utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh

kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: 

a. Pendahuluan

b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik

(tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. Penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif

(pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau

penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana

telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini,

antaranya ialah :

Page 3: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang

melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan

dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian,

perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan

sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat

yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran

ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem

secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana.

Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks

wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang

betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian

Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit

bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat,

sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di

dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang

berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang

lengkap.

Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat

menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung

(verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana

seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna

tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk

kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk

wacana.

Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang

lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan

unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti

pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang

disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.

Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan

Page 4: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa

tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang

utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata

yang membawa amanat yang lengkap.

Anton M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat

yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang

terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan

koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan

akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana

yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya

persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana

yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis.

Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala

tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan

juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan

maklumat. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan

makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa,

terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi,

berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata. 

3.0 Konsep wacana

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa

wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa

Inggeris, discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna

‘larian ke dan dari’. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud

oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu

yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks

digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa

yang lebih besar daripada ayat. Wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada

Page 5: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang

lain seperti morfologi atau sintaksis.

Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh

seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik

merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat.

Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai

status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada

peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook

mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk

perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana

kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau

suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi.

Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang

sempurna yang mempunyai awal dan akhir.

Selain itu, menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh

sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk

kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana

demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi

dan dipengaruhi. Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempunyai makna

yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana

biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi

wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang

melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan

linguistik dan bukan tentu bahasa. Mereka melihat wacana dan analisis wacana

sebagai sama.

Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang

melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang

tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi

peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi

bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses

memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria

Page 6: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur

bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau,

analisis wacana sekadar metodologi.

Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis se-

bagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan

kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan

dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis

wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan

sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya.

Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana.

Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132).

Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris

yang melihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar

dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna

subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan

dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi aturan

tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.

Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang

memisahkan subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam

kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk

men guasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana

dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna

tertentu daripada penyataan subjek.

Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif

kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan

institusional. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang

berpe-ranan dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu,

mahupun strategi di dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk

membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa.

Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama

ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana,

Page 7: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau

membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses

bahasa.

Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang

mencakupi unit tertinggi bahasa, iaitu wacana, juga mengambil kira asas

penggunaan bahasa yang mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas

sehingga memungkinkan pengguna peka teks, koteks, dan konteks amalan

sosial dan amalan agama. Dengan kata lain, tatabahasa seperti ini dikenali

sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat, 2005 dan 2006).

Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan

pada wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi.

Metodologi analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johns-tone, B.

(2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara eksplisit, sama ada mental

atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian kecil.

4.0 Latar belakang wacana

Menurut Sanat Md. Nasir (2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian

mempunyai sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban

keagamaan yang mengkaji kitab agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M.

Malah, jika disorot lagi, zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih

awal, seawal Nabi Adam.

Dalam tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik

klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam

aliran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya,

aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M.

Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan

perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural

yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada

Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat

tugasan oleh Mathesius (1939). Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema

dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks.

Page 8: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Di Great Britain, telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan

bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di

Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis

wacana oleh Harris (1952). Beliau menggunakan prosedur formal tentang

penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat.

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya

analisis struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran

tagmemik yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran

tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks

oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional oleh

Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Halliday (1962)

dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”, dikatakan telah

membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada pemahaman

struktur wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.Dnya memperkukuh

konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran stratifikasi. 

Gleason (1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen

semologi, iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada

dalam jalur peserta. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal

analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap

genre wacana popular atau peribumi. Aliran ini bergerak bebas dan

bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi

generatif.

Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis

dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan

tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi

generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan

(1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule

(1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan.

Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah

disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah

daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English.

Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan

Page 9: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

berkembang, dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara

terbitan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler

(1981), Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of

Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional Grammar, Martin

(1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse.

Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21,

didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough

(1995,2001 dan 2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal

daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang

dinyatakan di atas, analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha

membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat

sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna

5.0 Latar belakang wacana bahasa Melayu

Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru.

Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan

perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik

keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.

Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah

beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis

kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel

dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai

salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh

dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik

digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978).

Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun

1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di

Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel,

disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel

dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana”

dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”.

Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis

Page 10: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan

Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo

(1985).

Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara

serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi

latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga

1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul

mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak

tahun tersebut hinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang

tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong

(1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik.

Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982),

Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus

pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan

bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa

Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula

meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan

menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan,

keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di

peringkat sekolah dasar.

Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian

daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks

saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa

Indonesia (1988: 334-360).

Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana

bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991)

menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu

Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan

antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga

diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan

hubungan tersebut.

Page 11: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai

profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam

syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis

wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan

tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur,

presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan

tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh

analisis wacana.

Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti

Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat

(1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail

(1993;1994) dan Zahrah (1995).

Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh

1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan

Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan

Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada

Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994),

“Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut

menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam

penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab.

Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di

Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu

antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran

transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga

kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh

itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut.

Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di

universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985)

telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi

konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan

Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut.

Page 12: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik

tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan

wacana, seperti tranformasi generatif.

Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di

Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di

peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National

University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian

Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis

Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa

Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya

dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa

Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian

Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/

6.0 Ciri – ciri wacana

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan

yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan,

runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang

bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam

wacana iaitu :

I. satuan bahasa

II. terlengkap

III. mengatasi ayat atau klausa

IV. teratur atau tersusun rapi

V. berkesinambungan

VI. kohesi

VII. lisan atau tulisan

VIII. awal dan akhir yang nyata.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat

dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan

koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain

Page 13: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca,

maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks

atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca

memahaminapa yang didengar atau dibaca.

6.1 Tautan atau kohesi

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik

dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan

wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui

hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa

atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana

tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang

lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau

esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah

ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud

kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama

ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan

dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana

yang baik.

“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk

menjadikan suatu teks itu berkesatuan”

(Halliday dan Hasan:1976)

Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata

organization of language. Language can be explained as a multiple coding

system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the

lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression).

Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn

(recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put

into wording and wording into sound or writing." 

Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu

Page 14: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu

kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam

bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan

makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan,

tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:

1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.

2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut.

Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur,

sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang

mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua

ayat ini bermakna dan difahami.

6.1.1 Jenis-jenis kohesi

6.1.1.1 Kohesi Leksikal 

Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua

cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi. 

i) Reiterasi (Pernyataan Semula)

Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara, iaitu pengulangan

kata, sinonim, superordinat dan kata-kata umum.

a) Pengulangan Kata

Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Kata yang sering kali

diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata

yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks

ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang

pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang

tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam

intipati teks. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang

maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. 

Page 15: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Dalam bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari

segi ataupun sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan

kata ini, jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah. 

b) Sinonim

Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata

seerti'. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi

pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan

variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah

disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama. 

c) Superordinat

Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada

kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.

Contoh :

Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam,

harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua Kampung mengarahkan

penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing.

(Tarigan, H.G. 1995: 146) 

Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing,

kerbau, biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah

kata khusus yang juga dikenali hiponim. 

d) Kata-kata Umum

Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya.

Contoh :

Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang,

sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya…

(Harun Aminurrashid. 2001:25) 

ii) Kolokasi

Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut, iaitu

a) dari sudut sintaksis

b) dari sudut semantik.

Page 16: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

a) Dari Sudut Sintaksis

Contoh :

Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni.

Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah

Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.

(Harun Aminurrashid. 2001:19)

b) Dari Sudut Semantik

Contoh :

Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air

kita, iaitu perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat

telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan

ini meliputi kereta, motosikal dan lain-lain.

(Tarigan, H.G. 1995: 136)

6.2 Runtutan atau koheren

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam

sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu,

runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu

dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Contohnya:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu.

Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun

bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak

dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids,

gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-

ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang

bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut.

Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut.

Contohnya:

Page 17: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna

kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah

sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut

tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak

difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau

tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah

koheren atau runtutan.

6.3 Tujuan

Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu

mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana

tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu

mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini

akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah

untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya,

tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat

yang digunakan ialah ayat penyata.

6.4 Penerimaan

Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau

pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca

memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan

atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama

dengan tahap penerimaan.

6.5 Maklumat

Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu

maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang

telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru

Page 18: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui

maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:

(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.

(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan

dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu

kerana baru disebutkan dalam ayat itu.

6.6 Keadaan

Ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu

digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu

wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam

keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau

rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya

latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar

berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar

menghasilkan wacana tersendiri.

Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat

secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau

tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih

berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru.

Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan.

Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.

Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika

tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang

terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk

mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya.

Page 19: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar

dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap

wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan

maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat,

waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai

urutan yang berkait rapat. Misalnya:

“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada

guru besar.”

Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama

dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.

Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan.

Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi

tekanan suara yang tinggi. Misalnya:

6.7 Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain.

Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk

membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau

didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap

sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang

dibaca atau didengarnya itu.

7.0 Jenis-jenis wacana

Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan

Page 20: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

wacana tulisan.

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan

pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah

komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara

dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan

menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya

untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam

wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada

ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu

ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana

tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang

terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak

berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu,

penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana

tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang

berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang

ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang

pengarang atau penulis.

Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam

akhbar, majalah dan buku. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu

contoh wacana tulisan.

Contoh wacana tulisan : Rencana

Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.

Oleh : Siti Aminah bt Kasim

Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan

peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga

buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga

dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan

Page 21: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

pelbagai masalah sosial.

Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar

belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk

mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing ini

datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Justeru

itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan. Golongan

jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian

rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati.

Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari

dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka

melakukan jenayah. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu

dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita kerapkali dikejutkan oleh

pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang

datang dari Indonesia dan Filipina.

Selain itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan

untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka

bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai.

Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga

tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka berupaya menjual

barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai

masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang

tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini

menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu.

Di samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya

tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan

daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah

mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan

meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Fenomena ini jika tidak dikawal

sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara.

Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak

pembinaan, ladang-ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah

Page 22: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

yang berat. Andainya, pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang

ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib.

(+348 patah perkataan)

8.0 PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi

mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis

ataupun berucap. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana

penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara

sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi

dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk

kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam

bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu

8.1 Penanda Leksikal

Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan

atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal

melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang

terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan

kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara

penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti:

Ibu amat menyayangi Ahmad.

Kami juga amat menyayanginya.

Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan

menyayangi.

Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai

makna yang hampir sama seperti:

Page 23: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.

Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim

iaitu sama makna.

Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara

makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang

khusus. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna

khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya ikan merangkumi makna yang

khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan kembung.

Contohnya:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya

Honda, Nissan, Toyota dan Volvo.

Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling

berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan

kolokasi melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari,

meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana

perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Selain

itu pula, apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma, kita akan

menggambarkan situasi permainan bola sepak, dengan kata lain tendangan

percuma berkolokasi dengan permainan bola sepak.

Contohnya:

Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran

air. Oleh itu, banyak ikan dan udang yang mati.

Dalam ayat di atas, ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi

kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air.

8.2 Penanda rujukan

Page 24: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama

tunjuk. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama,

kedua dan ketiga. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur.

Kami bertolak pada pukul empat petang.

Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan

benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada

perkataan ini, itu, sini dan situ. Contohnya:

Di manakah awak tinggal?

Saya tinggal di sana.

8.3 Penanda penghubung

Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti

perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda

penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab dan

tempoh.

Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat

tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara

penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan

pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya :

Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar

member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar

Bandar. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti

Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu.

Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan

maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya

Page 25: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

dalam sesebuah wacana. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah

tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun.

Contohnya :

Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan

berambut perang. Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang

dan hitam.

Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab

berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan oleh

itu.

Contohnya:

Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat

mungkin.

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan

urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh

ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.

Contohnya:

Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan.

Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas

itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi

kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.

1. Tambahan

dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di

samping.

2. Urutan

Pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,

akhirnya.

3. Penyataan semula

Page 26: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.

4. Contoh

contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.

5. Rumusan

rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul

kata

6. Tempat

berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.

7. Waktu

apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan,

lambat-laun, akhirnya.

8. Sebab dan kesan

oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.

9. Bandingan

seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.

10. Pertentangan

tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu,

bertentangan dengan.

11. Pengesahan

sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

8.4 Penanda penggantian.

Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. Penggantian adalah pengambilan

alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata

ganti yang lainnya.

Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan

klausal. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata

nama tau frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian

terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan

penggantian sebahagian daripada ayat. Contohnya :

Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu.

Nanti baru saya lakukan.

Dalam contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat

sebelumnya, iaitu menebang pokok durian itu. Penggantian seperti ini

Page 27: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

merupakan penggantian klausa.

8.5 Elipsis

Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam

ayat sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat

yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.

Contoh 1 :

Pemuda itu kelihatan resah.

Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

Dalam contoh di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua.

Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama,

tetapi ayat kedua ini masih difahami.

Contoh 2 :

Ah Meng suka baju berwarna merah.

Adiknya suka baju putih.

Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam

ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi

kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami.

8.5.1 Jenis elipsis.

Terdapat tiga jenis elipsis , iaitu

a) Pengguguran nomina

Contoh :

A: " Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …"

B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?"

(Leman Ahmad. 1984: 24)

Page 28: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

b) Pengguguran verbal

Contoh :

A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?"

B: "ya, pernah ^ "

(Tarigan, H.G. 1995:166)

c) Pengguguran klausa

Contoh :

Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?"

Pelajar: "Ya tentu"

(Tarigan, H.G. 1995:147)

11.0 KESIMPULAN

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri

yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan,

penerimaan, maklumat, keadaan dan juga interteks. Selain itu, penanda wacana

pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal, rujukan,

penghubung, penggantian dan juga ellips.

Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana

jenis tulisan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara

penutur dan juga pendengar. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang

bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. Manakala wacana tulisan

pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan. Sebagai contohnya ialah

surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya.

Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab,

buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan

wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan.

Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan

kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar

antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang,

bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk

memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.

Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada

Page 29: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

boleh menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan

menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan

menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Hal ini kerana

seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa

dengan betul ketika bercakap.

POSTED BY MYA AFIFI AT FRIDAY, JULY 03, 2009 0 COMMENTS 

KEUTUHAN WACANA 

Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan

apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan

kumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga kita dapat memahami

hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.

Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan

menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks

itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui

analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa

dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.

Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan esei. Dicirikan oleh sifat kohesi dan

koheren. Kohesi merujuk kepada idea atau isi esei yang dijalin rapi hingga

menjadi bersepadu. Koheren merujuk kesinambungan ayat-ayat dan merujuk

perenggan-perenggan yang membawa idea-idea tertentu. Keutuhan wacana

bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu berkualiti atau tidak. Ia dapat

dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi

semantik, leksikal, gramatik dan fonologi.

9.1 Hubungan Dari Segi Aspek Semantik

Jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan-perenggan

lain.

a) Hubungan sebab dan akibat:

Dia sangat malas. Dia bodoh.

b) Hubungan sebab dan hasil:

Page 30: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Ali rajin bekerja. Dia kaya.

c) Hubungan sebab dan tujuan:

Hassan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah.

d) Hubungan syarat dan hasil:

Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan.

e) Hubungan latar dan kesimpulan:

Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.

f) Hubungan perbandingan:

Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi.

g) Hubungan sampingan:

Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih jadi saya hendak tidur.

h) Hubungan memperkuat isi:

Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan berhidung

mancung.

9.2 Hubungan Dari Segi Aspek Fonologi

Dilihat daripada segi hentian suara, nada suara dan intonasi suara. Ini dapat

menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Intonasi suara

berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur

ayat, contohnya seperti ayat di bawah:

a. Malaysia negara yang aman.

b. Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)

c. Aman negara Malaysia?. (ayat tanya)

9.3 Hubungan Dari Segi Leksikal

Page 31: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

Hubungan wacana berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang

sesuai dengan makna yang ingin disampaikan.

i. Antonim:

Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.

ii. Sinonim”

Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan

pelajaran ke universiti.

iii. Hiponim:

Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman

rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga

tersebut.

iv. Himonim:

Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku bersa sangat letih kerana

mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki.

9.4 Hubungan Dari Segi Tatabahasa

Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.

Ini dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatik seperti:

a. Kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan

dengan perenggan yang lain.

i. Berfungsi sebagai penghuraian:

Seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain dan sebaliknya.

ii. Berfungsi sebagai pengembangan idea:

Seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana dan dengan.

iii. Berfungsi sebagai penambahan:

Sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa dan ketika itu.

Page 32: Ciri-ciri Dan Kepentingan Wacana

b. Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau

manusia.

i Kata ganti nama:

Saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini dan siapa.

c. Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap

sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan.

Contoh:

Ali menendang bola dengan laju manakala Hassan menendang dengan perlahan.

POSTED BY KILLER   AT 8:34 PM  

http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html