4
Ciri-ciri Kepentingan Peribahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu Peribahasa merupakan salah satu unsur Bahasa Melayu yang unik kerana ia merupakan ungkapan indah di mana perkataan-perkataan dalam ungkapan tersebut telah disusun aturkan dengan cantik yang berupaya menyerlahkan maksud di sebalik perkataan tersebut dengan lebih bermakna dan sedap didengar. Oleh yang demikian, kepentingan pertama peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah meningkatkan keupaya penilaian estetika pada pelajar. Perkataan-perkataan yang mendirikan sesuatu peribahasa selalunya saling berkaitan tetapi menpunyai corak padanan perkataan yang tersendiri. Contohnya peribahasa “cincin dengan permata”. Cincin merupakan barang kemas dan permata juga merupakan barang kemas yang amat berharga. Padanan kedua-dua bahan ini telah menonjolkan maksud peribahasa ini iaitu jodoh yang paling sesuai antara satu sama lain. Kecantikkan padanan perkataan peribahasa ini adalah aspek estetika yang harus dinilai oleh para pelajar kerana tidak berkemungkinan untuk memadankan cincin dengan lembu atau cincin dengan baju. Oleh itu, semasa pelajar mengaji maksud yang dibawa oleh peribahasa mereka juga boleh mengaji perhubungkaitan antara perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu peribahasa. Ini secara tidak langsung juga boleh mendidik para pelajar mengenai kecantikkan bahasa yang terkandung dalam peribahasa tersebut.

ciri kepentingan perinahsa dalam pengajaran BM

  • Upload
    sky

  • View
    102

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ciri kepentingan perinahsa dalam pengajaran BM

Ciri-ciri Kepentingan Peribahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Peribahasa merupakan salah satu unsur Bahasa Melayu yang unik

kerana ia merupakan ungkapan indah di mana perkataan-perkataan dalam

ungkapan tersebut telah disusun aturkan dengan cantik yang berupaya

menyerlahkan maksud di sebalik perkataan tersebut dengan lebih bermakna

dan sedap didengar. Oleh yang demikian, kepentingan pertama peribahasa

dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah meningkatkan keupaya penilaian

estetika pada pelajar. Perkataan-perkataan yang mendirikan sesuatu

peribahasa selalunya saling berkaitan tetapi menpunyai corak padanan

perkataan yang tersendiri. Contohnya peribahasa “cincin dengan permata”.

Cincin merupakan barang kemas dan permata juga merupakan barang

kemas yang amat berharga. Padanan kedua-dua bahan ini telah menonjolkan

maksud peribahasa ini iaitu jodoh yang paling sesuai antara satu sama lain.

Kecantikkan padanan perkataan peribahasa ini adalah aspek estetika yang

harus dinilai oleh para pelajar kerana tidak berkemungkinan untuk

memadankan cincin dengan lembu atau cincin dengan baju. Oleh itu, semasa

pelajar mengaji maksud yang dibawa oleh peribahasa mereka juga boleh

mengaji perhubungkaitan antara perkataan-perkataan yang terdapat dalam

sesuatu peribahasa. Ini secara tidak langsung juga boleh mendidik para

pelajar mengenai kecantikkan bahasa yang terkandung dalam peribahasa

tersebut.

Kepentingan kedua peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu

ialah meningkatkan tahap keupayaan berbahas dalam kalangan pelajar.

Keupayaan berbahas ini merangkumi kebolehan pelajar membaca, menulis

dan menggunakan tatabahasa dengan betul dalam kehidupan seharian

mereka. Biasanya untuk meningkatkan keindahan penulisan karangan, kita

sering menitikberatkan penggunaan gaya bahasa serta penggunaan

peribahasa. Hal ini kerana peribahasa juga menpunyai gaya bahasa yang

tertentu seperti simile, metafora dan sebagainya dengan pembawaan maksud

yang benar dan logik. Oleh yang demikian, jika pelajar berupaya menguasai

peribahasa dan mengaplikasikannya, maka ini akan menjadikan tuturan dan

penulisan mereka lebih bermutu dan sedap didengar. Ini secara tidak

Page 2: ciri kepentingan perinahsa dalam pengajaran BM

langsung telah menunjukkan bahawa pelajar tersebut telah menguasai dan

menghayati keindahan Bahasa Melayu dengan baik sekali.

Kepentingan ketiga ialah penggunaan peribahasa dapat membantu

meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar. Hal ini disebabkan mereka

berupaya meluahkan pandangan mereka dengan lebih tepat dan ringkas jika

mereka mengaplikasikan peribahasa. Contohnya, apabila seseorang pelajar

telah menguasai peribahasa, jadi apabila dia bertanggungjawab sebagai

ketua kumpulan untuk menyelesaikan perselisihan fahaman antara rakan

sekumpulan, dia boleh menyedarkan rakan sekumpulannya bertapa

pentingnya untuk mengekalkan perpaduan untuk menca[ai kemenangan

dengan peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana

muafakat”. Dengan ini rakan sekumpulan akan memahami mesej yang ingin

disampaikan oleh ketua kumpulan mereka tanpa perlu beliau memberi

penjelasan yang berpanjang lebar.

Ciri kepentingan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu yang

keempat ialah menperkembangkan daya pemikiran pelajar. Hal ini kerana

dalam setiap ungkapan peribahasa menpunyai maksud-maksud yang tersirat

di sebalik perkataannya. Pelajar cuba untuk menghubungkaitakan perkataan-

perkataan dalam ungkapan peribahasa tersebut dan cuba untuk memahami

apa yang ingin dimaksudkan di sebalik peribahasa tersebut. contohnya,

peribahasa “bagai aur dengan tebing”. Pelajar terlebih dahulu perlu

mengetahui perkaitan antara aur dan tebing, pelajar juga perlu mengetahui

mengapakah pencipta peribahasa memadankan aur dengan tebing tetapi

bukannya aur dengan rumput atau tebing dengan batu. Hal ini kerana aur

perlu menumpang pada tebing untuk mendapatkan sumber air dan tebing

memerlukan gengaman akar aur supaya tebing tidak mudah terhakis.

Akhirnya barulah pelajar memahami maksud yang dibawa oleh peribahasa ini

iaitu tolong-menolong antara satu sama lain.

Ciri kepentingan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah

sebagai suatu usaha untuk mendekatkan pelajar dengan warisan budaya

sendiri seterusnya pelajar akan mencintai dan menpertahankan warisan

budaya sendiri. Biasanya peribahasa yang telah dicipta adalah mendasarkan

Page 3: ciri kepentingan perinahsa dalam pengajaran BM

kepada pengalaman kehidupan terutamanya kehidupan rakyat biasa. Oleh

itu, guru mengajar pelajar mengenai peribahasa, ini secara tidak langsung

telah memberi peluang tambahan untuk pelajar lebih mengetahui corak-corak

kehidupan nenek moyang serta corak pemikiran rakyat pada zaman tertentu.

Contohnya peribahasa “yang lama dikelek, yang baharu didukung”. Ini telah

menunjukkan masyarakat yang sedang mengalami perubahan budaya hidup

dalam kehidupan mereka tetapi masyarakat pada masa tersebut masih tekat

menpertahankan adat lama mereka yang tersendiri.