12
http://muziumpahang.com.my/web/image_category/PERMAINAN %20TRADISIONAL.pdf bmpermainantradisional-111116225340-phpapp01.ppt http://www.mpob.gov.my/mpic/img/pdf/peraturan/peraturanCongkak.pdf http://congkakumie.blogspot.com/2009/12/pengenalan-congkak.html Pengenalan Congkak Pengenalan Permainan Congkak Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Di utara Semenanjung, congkak dipanggil Jongkok. Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana.Lama-kelamaan,permainan ini berkembang kepada rakyat jelata.Pada hari ini,congkak dimainkan oleh semua penduduk di seluruh dunia. Asal -Usul Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang berasal daripada negara Arab.Hal ini demikian kerana satu bukti tertua dijumpai

Cogkak Http

Embed Size (px)

DESCRIPTION

congkak

Citation preview

Page 1: Cogkak Http

http://muziumpahang.com.my/web/image_category/PERMAINAN%20TRADISIONAL.pdf

bmpermainantradisional-111116225340-phpapp01.ppt

http://www.mpob.gov.my/mpic/img/pdf/peraturan/peraturanCongkak.pdf

http://congkakumie.blogspot.com/2009/12/pengenalan-congkak.html

Pengenalan CongkakPengenalan Permainan Congkak 

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah

lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Di utara

Semenanjung, congkak dipanggil Jongkok.

Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana.Lama-

kelamaan,permainan ini berkembang kepada rakyat jelata.Pada hari

ini,congkak dimainkan oleh semua penduduk di seluruh dunia.

Asal -Usul 

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah

lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Congkak

merupakan sejenis permainan yang berasal daripada negara Arab.Hal ini

demikian kerana satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari gali

“National Geography” yang menjumpai kepingan batu kapur yang

Page 2: Cogkak Http

mempunyai dua liang selari yang bentuknya seperti papan congkak

bertarikh 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara Arab.

Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh

pedagang-pedagang arab yang berdagang ke negeri Melaka yang

merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman Kesultanan

Melaka dulu.

Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan dengan

menggunakan kulit kerang atau digelar “congkak”.Dari situlah bermulanya

nama congkak ini.

Alat Permainan

Dalam permainan congkak,peralatan utama yang diperlukan untuk vermain

prmainan ini ialah papan congkak dan buah congkak.Papan congkak

biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu tebal yang mempunyai

antara 80 cm hingga 20 cm lebar.

Papan ini berbentuk seperti perahu dan bahagian atasnya terdapat dua baris

lubang.Setiap baris mempunyai lima atau tujuh lubang yang mana setiapnya

berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-lubang ini diknali sebagai

“kampung”.Pada setiap hujung barisan lubang ini terdapat lubang yang lebih

besar yang berukuran 14 cm garis pusat yang dinamakan “rumah”.

Buah congkak pula terdiri daripada beberapa jenis buah yang sesuai untuk

dimainkan.Antara buah yang sering digunakan ialah kulit kerang,biji saga,biji

getah,guli dan ketul-ketul batu kelikir.Buah-buah congkak bersaiz sederhana

supaya mudah memegangnya semasa bermain.Tambahan pula,lubang

kampung yang brsaiz kecil memerlukan buah yang kecil juga untuk

memenuhi lubang tersebut.

Page 3: Cogkak Http

Jumlah buah adalah bergantung kepada jumlah lubang kampung.Semakin

banyak lubang kampung,semakin banyak buah yang diperlukan.Namun

begitu,buah dalam setiap lubang kampung haruslah dalam jumlah yang

ganjil seperti 7,9,11,13 atau sebagainya.

Cara Bermain

Congkak dimainkan secara pusingan dan jumlah pusingan bergantung

kepada ketepatan yang dibuat antara kedua-dua pemain.Matlamat

permainan congkak ialah menamatkan permainan lebih awal daripada

lawan,menghalang atau memastikan terus lawan daripada meneruskan

permainan.

Permainan congkak dimainkan pada masa lapang.Pada permulaan

permainan,setiap kampung hendaklah dipenuhi dengan tujuh biji buah

congkak,permainan bermula dengan kedua-dua pemain memulakan

permainan secara serentak.

Pemain akanmengambil semua buah daripada salah satu kampungnya dan

memasukkan sebiji demi sebiji buah tersebut ke dalam setiap kampung yang

dilaluinya,termasuklah sebiji ke dalam rumah congkak sendiri.

Jika buah terakhir berhenti di dalam kampung yang mempunyai buah di

dalamnya,pemain boleh meneruskan permainan tersebut.Jika buah itu

berhenti di rumah,pemain boleh memilih mana-mana kampung untuk

meneruskan permainan.Tetapi,jika buah terakhir singgah di kampung yang

tiada buah,pemain dikira”mati” dan tidak boleh meneruskan permainan.Jika

pemain mati di kampung sendiri dan bertentangan dengan kamung pihak

lawan,pemain berhak mengambil buah di kampung pihak lawan

tersebut(bertentangan sahaja)dan memasukkan ke dalam rumah

sendiri.Taktik ini digelar “tikam”.Sekiranya mati di tempat lawan,pemain

tidak dibenarkan berbuat demikian.

Page 4: Cogkak Http

Apabila buah di kampung masing-masing tinggal beberapa biji sahaja

lagi,maka mereka hendaklah berjalan setapak atau sekampung demi

sekampung hingga ke rumah masing-masing.Sekiranya salah seorang

pemain kehabisan buah di kampungnya sendiri,dia dikira kalah pada

pusingan tersebut.

Pada pusingan kedua,pemain akan mengisi buah ke dalam kampung sendiri

daripada buah yang terdapat pada rumah masing-masnig.Setiap kampung

perlu diisikan dengan tujuh buah.Jika seorang pemain kekurangan buah dan

tidak cukup untuk diisi ke dalam kampung,dikira terbakar dan tidak boleh

digunakan dalam pusingan tersebut.Buah berlebihan hendaklah disimpan ke

dalam rumah sendiri.

Pemain yang memenangi pusingan pertama akan memulakan permainan

dalam pusingan kedua.Cara bermain adalah sama seperti pusingan

pertama.Jika pemain yang mempunyai kampung yang terbakar,dapat

mengisi semula kampung tersebut dalam pusingan seterusnya dan boleh

digunakan semula kampung tersebut.

Dalam permainan ini,mereka dikehendaki berusaha menambah bilangan

buah seberapa banyak yang boleh ke dalam rumah masing-masing

supayapihak lawan hilang kesemua buah di dalam rumahnya.Sesiapa yang

memperolehi kesemua buah termasuk daripada kampung lawan dikira

menang dalam permainan itu.

Pemenang

Terdapat beberapa cara untuk menentukan kemenangan dalam permainan

congkak.Antaranya adalah dengan mengira jumlah buah congkak yang

diperoleh.

Sekiranya terdapat banyak buah di dalam lubang rumah,sehingga berlebihan

walaupun telah dimasukkan lubang kampung,bermakna pemain telah

Page 5: Cogkak Http

memenangi permainan tersebut.Ini disebabkan pemain telah berjaya

mendapatkan buah lawan sehingga mampu meletakkan buah ke dalam

rumahnya.

Cara lain untuk mendapatkan kemenangan ialah dengan menapak.

Sekiranya seorang pemain lambat memasukkan buah ke dalam lubang

rumah,dia akan dianggap pemenang.Ini bermaksud kelambatan

memasukkan buah congkak ke dalam lubang rumah disebabkan buah di

lubang kampung banyak.Oleh itu,pemain mngambil masa yang lebih lama

untuk memasukkan buah ke dalam lubang kampung.

http://ixoratldm.blogspot.com/2012/09/permainan-congkak.html

PERMAINAN CONGKAK

Tujuan permainan

Page 6: Cogkak Http

Permaianan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan.Senarai keperluani) bahan: kayu congkak, guli atau biji getah atau biji kelapa sawit sebanyak 98 biji.ii) Bilangan pemain : 2 orang.

Peraturan dan Cara untuk bermain. 

1. Buah diisi mengikut bilangan rumah. Contohnya, jumlah lubang atau rumah adalah 7, jadi bilangan buah adalah 7 bagi setiap rumah.2. Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. 3. Pemain akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama.4. Mereka akan memasukkan satu buah ke dalam setiap lubang kecuali rumah pemain lawan.5. Pergerakan permainan mengikut pusingan jam.6. Buah yang diambil akan diisikan ke dalam semua rumah yang dilalui termasuk rumah ibu sendiri.7. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir yang dilalui termasuk dalam rumah kosong.8. Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri, pemian layak mengambil isi rumah yang setentang dengannya dan dimasukkan ke dalam ibu rumah sendiri sebagai ganjaran. Proses ini dinamakan ‘memembak’.9. Menembak hanya boleh dilakukan sekiranya pemain selesai membuat satu pusingan pertama ataupun lebih. Sekiranya berhenti di rumah kosong lawan pemain tidak berhak menembak.10. Pemain yang mempunyai bilangan buah yang banyak dalam ibu rumah dikira sebagai pemenang.11. Bagi pusingan yang kedua, buah yang terkumpul dalam ibu diagihkan semula ke dalam rumah sendiri. Rumah yang tidak cukup buahnya di kira ‘terbakar’ dn tidak boleh digunakan lagi dalam pusingan itu.12. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan 7 buah.  Pemain akan memasukkan semua lebihan buah kedalam rumah ibu.13. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulaka  permainan pusingan itu.14. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.15. Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’.16.  Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua tetapi jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan menghabiskan buahnya.

Page 7: Cogkak Http

Tetapi dulu, ada juga boleh main 4 orang (suka-suka) kiranya satu line tuh doa orang lah yang main, kiranya ada seorang menjadi mastermind untuk rancang strategi ataupun bergilir-gilir.Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7×7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan “lubang ibu” (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

Strategi bermain. 

Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa pandai math nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang yang selalu main congkak akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh) untuk mengkaji pergerakan “buah” sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam perlawanan yang seterusnya. Jika 1st games kalah.Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah namun:Terdapat dua kaedah untuk menentukan pemenang iaitu:• Pemain yang mempunyai jumlah buah congkak yang banyak.• ‘Menapak’ iaitu Pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam ‘rumah’ dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah congkak yang banyak.Dalam permainanini, semua buah yang berada dalam lubang tersebut akan diambil dan dimasukkan ke dalam ‘rumah’ atau “kampung”Pergerakkan permainan “mati” apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain “mati” itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya.Ia dipanggil strategi tembak . Iaitu, pemain berjaya menembak jika buah congkak yang terakhir, dimasukkan ke dalam lubang yang tidak berisi dan terdapat buah di lubang bertentangan yang berada di barisan pihak lawan.

Page 8: Cogkak Http

Takda limit masa. Permainan congkak dimainkan pada bila-bila masa sahaja. Tak macam main bola sepak, ada masanya dalam 90 minit siap ada masa tambahan. Begitu juga dengan jangka masa untuk menghabiskan permainan ini. Permainan akan tamat jika buah congkak dalam lubang salah satu pihak telah habis tetapi jangka masa permainan akan menjadi singkat sekiranya pemain tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi.

Perbezaan Peraturan.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji daya pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak boleh ditinggalkan dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan ini tidak terkubur begitu sahaja.

http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/tradisional-congkak.html

Tradisional CongkakASAL USUL

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli

Page 9: Cogkak Http

yang diisi sama banyak. Terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Sebanyak lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai “kampung”dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai “rumah”.Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya 80 cm dan lebarnya 18 cm. Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang berkedudukan menghadap satu sama lain. 

Congkak

Latar Belakang

Congkak dipercayai berasal dari Afrika atau Arab. Walaubagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh ahli kaji purba ialah kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh 5000 SM hingga 7000 SM di Jordan. Dari Timur Tengah permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara congkak berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada ketika itu. 

Nama congkak berasal daripada perkataan Bahasa Melayu “congkak” yang bermaksud pengiraan mental.Di kepulauan Caribbean, congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba dan di sana permainan ini dikenali sebagai warri atau awari. Manakala di Indonesia pula, congkak dikenali dengan nama congklak dan di Filipina dipanggil sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara dalam kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.

Kini,terdapat pelbagai jenis congkak yang diperbuat daripada bahan plastik. Penggunaannya lebih selamat,ringan dan selesa. Selain itu, terdapat juga congkak digital yang boleh dimainkan terus daripada internet. Kemudahan teknologi zaman ini telah membantu dalam menarik minat golongan muda tentang pernainan congkak. 

Page 10: Cogkak Http

Permainan yang digemari zaman dahulu

Cara Bermain

1.Dua orang pemain duduk menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain serentak mencapai buah masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu ke dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2.Gerakan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau pihak lawan dan pemain hendaklah berhenti sekiranya buah jatuh atau mati di kampung sendiri.Pemain boleh menembak kampung lawan iaitu mengaut semua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh ke dalam rumah sendiri,pemain boleh meneruskan permainan. Jika buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan maka permainan mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh meneruskan permainan sehingga mati.

4.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain walaupun giliran berada di pihaknya, maka giliran menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap “terbakar”. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya sehingga pihak lawan mengaku kalah.

6.Pada akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah terbanyak. Jika jumlah buah sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.