Coke n Sundae

  • Upload
    kelabk

  • View
    335

  • Download
    15

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    1/140

    Ilya Abdullah

    1

    RAMBUTNYA bertocang tinggi,

    bak ekor kuda. Bercermin mata

    berbingkai tebal hitam. Bila

    buka mulut jelas kelihatan pendakap gigi yang dipakai.

    Dari segi berpakaian pula entah esyen mana yang

    diikutnya. Berseluar jeans dengan kemeja lengan panjang

    yang dibutang hingga ke pangkal leher.

    Tiada lelaki yang mahu dekat dengan gadis

    sepertinya. Namun dia langsung tidak kisah. Lagipun ayah

    dan dua abangnya tetap memuji dia cantik dan comel dengangaya sedemikian. Pujian dari ayah sudah cukup buat Azyan.

    Apa yang penting dalam hidupnya adalah belajar.

    Belajar! Belajar! Dan belajar! Itu moto hidupnya. Azyan tidak

    kisah soal cinta-cinta ini. Menyusahkan sahaja!

    Itu belum tengok lagi ayah Azyan, Encik Idris yang

    misainya melentik macam misai Laksamana Pa So La dalamcerita Do Re Mi. Tetapi ada juga yang menyatakan misai

    Encik Idris lebih mirip kepada watak Shari Dol dalam cerita

    Musang Berjanggut.

    Bab

    1

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    2/140

    Coke and Sundae

    2

    Entahlah tidak tahu yang mana lebih tepat. Azyan

    sendiri tidak dapat memberikan kepastian perihal misai lentik

    ayahnya itu.

    Tengok muka Encik Idris dari jauh sahaja, budak-

    budak sudah lari menyorokkan diri. Memang sah! Encik Idris

    memang ada aura yang menakutkan....

    Sejak isterinya meninggal dunia, Encik Idris yang

    mengasuh ketiga-tiga anaknya dari kecil. Mengasuh anak-

    anak dengan disiplin cara tentera. Tegas dan padat denganperaturan.

    Azyan tidak kisah dengan didikan ketat ayahnya. Itu

    sebab Azyan juga ada aura yang menakutkan persis si ayah.

    Aura itu menyebabkan Azyan menjadi juara dalam tae kwan

    do di peringkat sekolah dan di peringkat daerah. Siapa boleh

    lawan dia. Lelaki pun tertewas. Betapa gagahnya anakperempuan tunggal Encik Idris ini!

    Itu cerita Azyan sepuluh tahun yang lepas. Kini kita

    buka cerita Azyan sepuluh tahun ke depan.

    Sepanjang hidup dua puluh tahun ini, Azyan tidak

    pernah merasai kegembiraan seperti gadis-gadis lain. Kerana

    itulah Azyan bertekad ingin mengubah dirinya menjadi

    seorang gadis ayu yang penuh kesopanan dan kesusilaan

    setelah umurnya genap dua puluh tahun meskipun

    diketawakan oleh dua orang abangnya.

    Azuan dan Anuar memang suka Azyan sama seperti

    mereka. Kasar dan ganas, persis pahlawan zaman dahulu.

    Azyan tidak mahu orang mengatakan dia adalah

    gadis yang lebih gagah dan maskulin daripada lelaki dengangelaran Shes The Man.

    Saya, Nur Azyan binti Idris. Berusia dua puluh

    tahun. Jantina... mestilah perempuan, takkan lelaki kut.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    3/140

    Ilya Abdullah

    3

    Sebelum ini berperwatakan maskulin dan gagah. Bakat yang

    dimiliki tentulah ilmu mempertahankan diri! Hobi

    menonton wrestling atau singkatannya WWE. Tentulah

    pujaan hatiku adalah The Rock is cooking! He he he... The

    Rock gagah dan handsome apa. Tapi selepas ini saya akan

    menjadi gadis yang lebih eminin dan disukai ramai.

    Kekuatan dan kegagahan tiada lagi dalam kamus hidup saya.

    Heh heh heh.

    Azyan berbicara sendiri. Dia membelek-belek wajahnya di depan cermin. Dia tersenyum, bangga sekali

    dengan perubahan pada dirinya itu. Barulah nampak eminin.

    Azuan sudah ketawa mengekek melihat gelagat adik

    perempuannya itu. Ketawa sampai bergolek-golek,gitu.

    Ada yang kena belasah nanti, desis Azyan

    perlahan.Aik! Tadi kata nak jadi lebih eminin. Apa pulak

    nak belasah orang ni?

    Azuan bingkas bangun dari birai katil. Dia

    meletakkan telapak tangan atas kepala Azyan. Diusap-usap

    kepala adiknya itu. Tak sangka bila Yan berubah begini

    nampak lebih cun dari Yan yang asal. Lebih eminin gitu,

    ya.

    Perkataan eminin itu ditekan sedikit.

    Azyan mencebik. Dikepal-kepal buku limanya.

    Berapa kali Yan dah pesan jangan panggil Yan lagi. Panggil

    Azyan. Azyan. A-Z-Y-A-N!

    Hah, siap mengeja lagi. Bengap betul abang aku

    yang seorang ini. Masih tak reti-reti bahasa.

    Azuan ketawa. Tawanya semakin kuat apabila

    melihat wajah cemberut Azyan.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    4/140

    Coke and Sundae

    4

    Apa lagi dush!

    Azyan menumbuk bahu Azuan.Mengaduh kesakitan kawan tu. Azyan tetap gagah

    macam lelaki! hati Azuan mendesis.

    Apa kecoh-kecoh ni?

    Muka Anuar tertonjol di hadapan pintu bilik Azyan.

    Mulutnya sedang mengunyah keropok Double Decker yang

    dulu-dulu iklannyaamous di televisyen.Azyan jegilkan biji matanya melihat plastik keropok

    yang dipegang oleh Anuar. Alamak! Keropok Double Decker

    aku! Meluru Azyan ke arah Anuar yang masik dok sedap

    mengunyah keropoknya. Dia merampas keropok Double

    Deckernya. Apa ni, makan orang punya keropok!

    Azyan mula merungut. Mukanya sudah berkerut-

    kerut macam nenek kebayan.

    Anuar sengaja menggigit jari. Bukannya dia tidak

    tahu tuan yang empunya keropok Double Decker tu! Saja

    mahu mencari nahas.

    Nak kena smack down abang aku yang seorang ni!

    Azyan menggerutu di dalam hati.

    Lain kali bubuh nama Yan kat keropok ni. Dah

    takde namaso, aham-aham ajelah.

    Abang memang sengaja, kan? Eee geramnya!

    Ala, makan sikit pun dah marah. Kau ni cepat naik

    baranlah, Yan.

    Anuar memuncung. Dapat adik yang comel tapi

    lasak dan berkira sangat. Mata Anuar terpaku seketika. Tidakberkelip dia pandang Azyan atas bawah. Anuar menekup

    mulutnya. Hanya sekejap. Kemudian terburai ketawanya.

    Sampai berterabur keropok di dalam mulut.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    5/140

    Ilya Abdullah

    5

    Dua kali lima! Azuan dan Anuar memang satu

    kepala. Kalau bab ketawakan orang, serahkan pada mereka.

    Itu belum sampai bab mengenakan adik mereka yang cantik

    ni. Alahai, perasan cantik lagi. Apa pun aku ada jugak rupa

    yang comel. Cuma bila masuk bab dressing... hancur!

    Hai sejak bila si gorilla dalam hutan nak jadi

    gorilla dalam zoo pulak ni? Hancus hancus. Anuar

    menahan senak di perut.

    Dia nak jadi lebih eminin, gitu kau tak tahu lagike Nuar? Adik kita ni nak jadi gadis pujaan ramai. Nakkan

    lelaki lebih gagah dari dia. Gagah macam The Rock tu la.

    Azuan mengangkat sebelah keningnya. Saja

    menyindir Azyan.

    Makin kuatlah ketawa Anuar dibuatnya.

    Kalau Azuan ketawa bergolek-golek, Anuar pulasiap ketawa berguling-guling.Fuh! Hebat betul!

    Tapi Azuan lawak abang tu tak kelakar

    langsunglah pada adikmu ini. Azyan sudah hangin satu

    badan. Ini sudah mendatangkan marah, macam kata Sadiq

    Segaraga dalam cerita Tiga Abdul.

    Azyan mengepal-ngepalkan penumbuknya sambilmenjeling tajam ke arah abang-abangnya.

    Jelingan yang menakutkan itu dirasai oleh kedua-

    dua abang itu. Azuan dan Anuar memeluk tubuh.

    Nuar kau rasa tak apa yang aku rasa?

    Sudah semestinya. Aura gorilla menggigilnya

    aku, Zuan. Makin giat Anuar mengusik.Mereka ketawa lagi.

    Warghhhh!

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    6/140

    Coke and Sundae

    6

    Azyan menjerit lantang. Dia paut leher kedua-dua

    abang kesayangannya itu. Paut ala The Rock dalam WWE itu.

    Inilah hasilnya bila menonton WWE. Pelbagai gaya dan aksi

    ganas dapat dipraktikkan. Adik-adik, jangan meniru aksi ini

    di rumah.

    Ayah! Gorilla mengamuk lagi! laung Azuan dan

    Anuar serentak.

    Laungan si anak membuatkan Encik Idris bergegas

    ke bilik Azyan. Dia bercekak pinggang di hadapan ketiga-tigaanak terunanya.

    Ops! Kesilapan teknikal sedikit.

    Aku bukan anak terunanya. Aku satu-satunya anak

    dara dalam keluarga ini. Anak dara yang sudah mula kemaruk

    nak bercinta, gitu. Bukan apa, saja nak ubah haluan angin

    macam angin barat daya, angin timur laut dan segalaanginlah.

    Apa hal ni, Yan? Siap bergusti dengan abang-abang

    kau ni. Ayah tahulah Yan minat pada gusti tapi jangan la

    sampai praktikkan kat abang-abang Yanpulak.

    Mereka yang mulakan dulu, sape (siapa) suruh.

    Azyan menuding jari ke muka Azuan dan Anuar.

    Encik Idris menjeling tajam kedua-dua anak

    lelakinya itu.

    Huh! Kalau asyik mengamuk jadi gorilla, macam

    mana nak jadi eminin, kan Nuar? sahut Azuan.

    Betul, betul. Malang sungguh lelaki yang akan

    memperisterikan adik kita yang macam gorilla ni. Hari-hari

    kena smack down... lunyai laki kau, Yan. Anuar menahan

    tawanya dari terburai. Tak baik ketawa terbahak-bahak depan

    ayah.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    7/140

    Ilya Abdullah

    7

    Azyan mengetap bibir. Depan ayah pun mereka

    boleh buat lawak tak kelakar tu lagi. Cinabeng punya abang!

    Feminin?

    Encik Idris mengerutkan dahinya. Lain pula reaksi

    wajahnya apabila dia mendengar Azuan menyebut perkataan

    eminin itu.

    Alahai ayahku sayang, janganlah kau pun buat

    muka macam dua anak terunamu itu. Anak gadismu ini

    hanya ingin berubah menjadi lebih keperempuanan dari

    maskulin.

    Tangan ayah mula meraba dahi Azyan.

    Azyan mengeluh kecil.

    Ayah pun macam Azuan dan Anuarjugak. Terkejut

    beruk kerana anak gadis dia yang macam lelaki ini ingin jadi

    lebih eminin.

    Yan tak demamlah, ayah. Azyan mencebik.

    Yan, Yan siapa yang dah pengaruh anak dara

    ayah ni?

    Ayah tepuk dahi. Nampak sangat dia tak mau anak

    dara dia seorang ini jadi lebih eminin.

    Ayah, bukalah matamu besar-besar sikit. Anakmu

    ini tidak mahu jadi anak dara sampai ke tua. Si Bedah yang

    gemuk gedempol tu pun dah ada boyriend, tau. Tapi anak

    gadismu ini tiada seorang lelaki pun yang berani dekat. Dia

    nak hulurkan salam perkenalan, seorang lelaki pun tak ingin

    nak sambut. Malah, lari lintang pukang!

    Ayah Yan cuma nak berubah sikit aje. Yan nak jadi lebih eminin, kata Azyan sambil memandang tepat ke

    wajah ayahnya.

    Ayah yang serius bukan mudah nak memberikan

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    8/140

    Coke and Sundae

    8

    senyuman, tau. Macamlah berharga sangat senyuman dia tu.

    Mahal sangat!

    Biarlah ayah, dia nak jadi eminin. Diakan

    pompuan. Anuar menyampuk. Dia kerdipkan mata kanannya

    pada Azyan.

    Azyan tersenyum. Thanks bro!

    Yelah ayah. Zuan pun teringin nak tengok adik

    Zuan yang cantik ni nampak lebih eminin.

    Perkataan eminin itu tetap ditekankan oleh Azuan.

    Apa lagi, tarik naas panjanglah si ayah. Tidak lama

    lepas itu baru ayah nak tersenyum.

    Azuan dan Anuar bingkas bangun. Dah tengah hari

    macam ni perut mulalah berkeroncong lagu dangdut. Masa

    untuk buka tudung saji di dapur.

    Azyan pun nak tumpang sekaki. Dia ikut langkah

    dua abang itu.

    Nak ke mana tu? tanya ayah dengan wajah yang

    sudah kembali serius.

    Ini yang tak best bila ayah buat wajah begitu.

    Lunch hourlah ayah. Masa untuk mencekik

    (makan), jawab mereka serentak.

    Amboi! Kalau pasal makan, laju aje korang ye.

    Berbaris tiga-tiga ke sini balik.

    Ah, sudah! Ayah dah mula mengarah macam

    tentera. Cuma tiada tabik hormatnya aja.

    Apa lagi ni tuan mejar perut Yan dah lapar ni...

    rengek Azyan. Dia yang paling suka melawan cakap dengan

    ayah. Paling berani berdepan dengan ayah!

    Semalam siapa yang hambat (kejar) anak Mak

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    9/140

    Ilya Abdullah

    9

    Timah Radio dengan penyapu? Berbalau badan kawan tu

    dibuatnya. Bukan itu aje, lebam sebelah mata anak teruna

    orang tu sampai seminggu dia kena cuti kuliah.

    Bulat mata ayah merenung satu per satu muka

    anak-anak yang terlalu baik ini.

    Azyan tersengih.

    Azuan dan Anuar menuding jari telunjuk mereka ke

    arah Azyan. Memang tiada orang lain yang akan disyaki jika

    bukan Cik Nur Azyan binti Idris ini atau lebih mesra dengan

    panggilan Yan.

    Kalau bab membelasah orang ni... kami serahkan

    pada Yan, ayah. Dia lebih terror, kan Nuar? kata Azuan.

    Anuar anggukkan kepala, mengiakan kata-kata

    Azuan itu.

    Yannn!

    Azyan mengetap bibir. Alahai tak sangkapulak

    mamat sewel tu mengadu. Dia sudah memberi amaran pada

    Fadhil agar jangan sesekali membuka mulut. Nahas jawabnya.

    Mamat tak guna! Berani ya kau report pada mak kau yang

    mulutnya mengalahkan radio tu! Huh! Dasar mulut

    tempayan!Imbasan semula apa yang telah berlaku. Begini

    ceritanya.

    Aku tengah sibuk menyapu di halaman rumah

    dengan penyapu lidi. Sedang best-best aku menyapu, si

    mamat sewel tu sergah aku dari belakang. Terperanjat

    beruklah aku. Dia boleh bantaiketawa pulak. Faham-aham

    ajelah anak gadis Encik Idris yang bernama Nur Azyan ni

    panas baran orangnya. Aku hambat la dia dengan penyapu

    lidi ni. Puas hati!

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    10/140

    Coke and Sundae

    10

    Mamat sewel tu tak mengalah rupa-rupanya. Dia

    bengang. Dia boleh pergi hempas pasu bunga kesayangan

    ayah aku tu. Berkecai pasu bunga tu, beb. Macam mana

    bunga dalam pasu tu nak hidup? Makin mendidihlah darah

    panas yang dah sedia panas dalam badan aku ni.

    So, lekat buku lima aku kat mata dia. Lebam biji

    mata dia!

    Aku siap bagiwarning padamamat sewel tu supaya

    dia tidak mengadu pada sesiapa. Kalau tidak, lagilah terukaku kerjakan dia. Dengan aku jangan main-main. Silap hari

    bulanmamat sewel tu boleh masuk ICU!

    Begitulah ceritanya.

    Azyan dengan lagak selamba menceritakan kisah

    sebenar kepada si ayah. Dah tak boleh tutup lubang dah. Dah

    kantoi.Nanti kau, Fadhil! Kau akan terima pembalasannya!

    Ayah tepuk dahi lagi. Mesti dia pening dengan

    perangai anak gadis tunggalnya ini.

    Azuan dan Anuar buat mukapoyo masing-masing.

    Menyampah sungguh! Bukan nak membantu adik

    mereka yang dalam kesusahan ini.

    Kawallah sikit baran Yan tu. Macam mana nak jadi

    eminin gini kalau kena sergah sikit pun buku lima naik ke

    muka orang.

    Dalam nadaslow tapi tegas si ayah berkata-kata.

    Azuan dan Anuar bantaiketawa lagi. Tapi bila ayah

    dah menjeling, mereka cepat-cepat tutup mulut.Yan minta maa ayah.

    Azyan dengan muka kesian memohon maa. Malas

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    11/140

    Ilya Abdullah

    11

    nak panjangkan cerita. Nanti perut yang tengah berkeroncong

    ni masuk angin.

    Maa saja tak cukup, Yan. Ayah kena denda Yan.

    Denda? Denda pun dendalah, ayah. Janji Yan dapat

    makan. Lapar ni.

    Bagus! Ayah dah siapkan denda untuk Yan. Jadi

    Yan bacalah apa yang tertulis dalam kertas ni,ye. Lepas itu

    Yan pergi makan.

    Sehelai kertas bersaiz A4 diserahkan pada Azyan.

    Terlopong mulut Azyan apabila membaca isi kandungan

    dalam kertas berkenaan.

    Ayah!!!!

    Azyan meraung macam anak kecil yang tidak dapat

    gula-gula.

    Sampai hati ayah mendera anak gadismu ini

    sebegini teruk. Azyan bukan kuli untuk kerja-kerja amal ni!

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    12/140

    Coke and Sundae

    12

    A

    DUH!

    Sebiji bola

    menghentam tepat-tepat

    atas kepala Azyan. Terduduk kawan tu dibuatnya. Timbul

    bintang-bintang atas kepala Azyan. Dah macam cerita kartun

    dalam televisyenpulak.

    Salwa mencangkung di sisi Azyan yang sudah

    hangin satu badan. Kesian pada teman baiknya itu. Entah

    siapalah yang bermain hingga bola boleh melantun ke luar

    kawasan. Tepat kena target pulak tu. Nasib baik tak kenanyonya-nyonya atau mak cik-mak cik. Kalau tidak, mahu ada

    yang pengsan tepi jalan. Siapa yang susah? Mereka dan

    keluarga mereka.

    Nasib baik kepala kau keras, Yan. Kalau tak, mau

    ada kesan benjol kat situ, suara Salwa.

    Ye, nasib baik aku dilahirkan dengan kepala yangtahan lasak ni. Siapa la punya kerja ni? Sepak bola target

    kepala orang! Dengki sungguh pada aku yang comel ni,

    gerutu Azyan.

    Bab

    2

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    13/140

    Ilya Abdullah

    13

    Agaknya ada orang berkenan dengan kau, Yan.

    Berkenan otak kau! Mana ada orang yang suka katperempuan, sepak bola target kepala orang yang dia suka?

    Gila ke!

    Mana tahu, taktik mengurat ala baru. Salwa

    tersengih.

    Ini bukan nak mengurat, tapi nak cari bala! Azyan

    mendengus.

    Salwa jongket bahu. Azyan kalau dah naik hantu,

    muka sebiji macamgorilla!

    Seorang pemuda berlari ala-ala pelari marathon

    menghampiri mereka berdua. Dia bercekak pinggang sambil

    memandang kedua-dua gadis yang bolehlah dikatakan dalam

    kategori cun-melecun itu.

    Salwa membantu Azyan bangun.

    Azyan menyapu kotoran yang melekat pada

    belakang seluarnya.

    Assalamualaikum.

    Siap bagi salam tu.

    Waalaikumsalam.

    Azyan menjeling tajam pemuda itu. Dia pandang

    pemuda itu atas bawah. Sah! Memang sah! Sahlah bola yang

    bedebuk atas kepala dia milik pemuda depan matanya itu.

    Kalau sudah pakai jersi Chelsea FC dengan seluar

    pendek paras lulut, stoking hampir paras lulut dan kasut

    yang dipakainya memang dahsah-sah (pasti) kasut bola,

    maka bola ini adalah milik mamat yang tengah buat mukapoyonya tu.

    Sakit ke?

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    14/140

    Coke and Sundae

    14

    Apa yang sakit?

    Kepala kau tu?Jarinya ditudingkan pada kepala Azyan.

    Sengal punya mamat. Kalau dah bola itu hentam

    kuat kat kepala ni, tentulah sakit. Boleh pulak dia tanya

    soalan bodoh tu.Huh! Tak sekolah punya orang!

    Taklah! Sedap sangat. Rasa macam kena cium

    dengan Dennis Oh aje. Teringin nak kena lagi sekali! perliAzyan, sinis dan pedas.

    Untuk pengetahuan semua, aku memang suka

    dengan hero Korea ni. Kalau nak tengok macam mana rupa

    dia ni, korang cari la VCD atau DVD drama bersiri Korea

    bertajuk Yue Hee The Witch. Dia berlakon sebagai second

    hero. Yang jadi che tu. Dia ni handsome... sebab dia anak

    kacukan. Meleleh air liur dibuatnya salah seorang calonlelaki yang bakal jadi boyriend yang aku cari selain The

    Rock.

    Susah nak cari lelaki pilihan aku ni. Memang

    cerewet. Perempuan biasalah. Nak yang handsome aje,

    kan?

    Oh! Baguslah kalau bola itu sedap kena kepala cikadik ni. Tak perlulah saya risau.

    Pemuda itu ketawa kecil.

    Kurang asam gelugor! Boleh pulak dia ketawa

    sakan. Merah menyala muka Azyan.

    Salwa jongket bahu. Tak tahu nak kata apa. Begini

    kau nak jadi gadis yang lemah lembut dan penuh kesusilaan?Azyan Azyan mana azam baru kau tu? Kata nak jadi lebih

    eminin. Sekadar omong kosong, tak guna kawan. Patutlah

    kau dapat gelarangorillatime sekolah dulu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    15/140

    Ilya Abdullah

    15

    Apa yang kau pandang-pandang aku? Nak kena

    bedal(pukul) ke?

    Mak oi! Kasarnya bahasa. Muka aje comel awek

    seorang ni! Tertelan air liur pemuda itu. Dia tunjuk pada bola

    yang berada dalam tangan Azyan.

    Azyan baru perasan yang bolamamat tu ada dalam

    tangannya. Ini peluang baik kalau nak balas dendam. Azyan

    memalit senyuman di bibir.

    Awak nak bola awakye? tanya Azyan.

    Akal jahat mula menjalar dalam otak. Siaplah kau

    mamat sengal!

    Yelah cik adik oiii!

    Apesal minah ni sengih semacam aje aku tengok?

    Seram sejuk dibuatnya. Macam aku pernah tengok senyuman

    macam tu. Tapi, di mana ya? Pemuda itu mengusap-usap

    dagunya yang licin.

    Yan sudahlah tu. Maakan aje dia, bisik Salwa.

    Risau dia apabila melihat muka Azyan senyum

    menakutkan itu. Tiba-tiba dia teringat kisah dua budak lelaki

    yang kononnya ala-ala nakal di sekolah mereka dulu.

    Budak-budak itu junior mereka. Diorang (dia

    orang) lemparkan batu pada kepala Azyan hingga berdarah

    sebab marahkan Azyan yangreport pada guru disiplin kerana

    merokok dalam tandas.

    Azyan tak balas tapi dia hanya tersenyum-senyum

    kucing, gitu.

    Mereka tak tahu itu senyuman untuk membalasdendam.

    Balik sekolah memang budak dua orang tu kena

    hentam teruk dengan Azyan. Lepas itu mereka terus beri

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    16/140

    Coke and Sundae

    16

    tabik hormat pada Azyan. Dah rupa macam maa pulak bila

    budak-budak itu jadi anak buah Azyan.

    Cikgu-cikgu pun naik hairan.

    Tiada sesiapa yang tahu hal tersebut kecuali Salwa.

    Memang Azyan layak memegang jawatan ketua

    pengawas di sekolah. Ramai pelajar yang takutkan dia.

    Kau ke tepi Wawa. Aku nak kasi ajarmamat sengal

    ni. Berbintang kepala aku kena bola, tau.Jangan rosakkan program kita, Yan. Kau kan nak

    jadi eminin. Nanti laripulak buah hati pengarang jantung

    kau bila dia tengok kau ganas macam ni. Kau pun tahu Haziq

    selalu joging kat kawasan sini.

    Salwa cuba memujuk Azyan. Harap-harap

    menjadilah. Bilagorilla mengamuk, ingat senang ke nak kasi

    dia coolbalik? Payah!

    Emmm betul jugak kata kau. Malu aku kalau

    Haziq tengok aku jadigorilla depan mata dia. Melepaslah aku

    nanti. Aku kan dalam proses dan nak jadi awek dia. Turun

    peratusan markah aku nanti.

    Termakan juga Azyan dengan kata-kata Salwa.

    Salwa menarik naas lega. Keadaan sudah selamat.

    Sebut nama Haziq akan buat Azyan menukar kiran. Apalah

    yang menarik sangat pada Haziq yang nampak bagus sangat

    pada pandangan mata Azyan tu? Hipokrit, ada la! Azyan pun

    boleh tersangkut. Gagah ke Haziq tu depan mata Azyan?

    Rasa-rasanya Azyan lagi gagah dari mamat yang konon

    perasanmacho tu.

    Si pemuda masih terkebil-kebil melihat gelagat

    gadis cun depan matanya itu. Entah apalah yang

    dibincangkan oleh kedua-dua gadis cun itu. Bola dia masih

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    17/140

    Ilya Abdullah

    17

    belum dipulangkan. Teman-teman sepermainan tengah

    menunggu. Game masih berjalan.

    Cik adik bola saya, kata pemuda itu. Dia sudah

    menadah tangannya.

    Ambiklah! kata Azyan sambil melontar kasar bola

    di tangannya kepada pemuda tersebut.

    Betullah macam pernah jumpa, bisik hati kecil

    pemuda itu. Dia masih cuba mengingati wajah gadis comel di

    sebelah gadis yang bertudung itu. Otaknya tidak berungsi

    dengan baik. Antena masih mencari saluran yang betul, itu

    sebab imej pun kabur.

    Wawa jom blah, ajak Azyan seraya menarik

    lengan Salwa.

    Awak bernasib kali ini, suara Salwa perlahan

    sewaktu melepasi pemuda terbabit.

    Pemuda itu garu kepala. Tidak mengerti apa yang

    dimaksudkan oleh Salwa itu. Bola sudah berada di dalam

    tangan. Dia berlari mendapatkan kawan-kawannya semula.

    Handsome, kan mamat tadi tu? Salwa bersuara

    ketika mereka sedang menghadap teh tarik di kedai mamak.

    Handsome ke? balas Azyan acuh tak acuh.

    Hatinya membengkak. Wajah Haziq tidak kelihatan

    hari ini. Ponteng pulak mamat tu berjoging. Penat saja dia

    bersiap cantik-cantik untuk menarik perhatian Haziq.

    Handsome la dia. Aku suka kat rambut dia yang

    ala-ala Korea Jepun tu. Kau kan suka hero-hero cerita Korea

    Jepun tu. Dia lebih handsome dan cute dari Haziq, apa...desis Salwa.

    Alahai apesal la kau ni buta sangat Azyan oi!

    Mamat tadi memang lebih handsome daripada Haziq. Ada

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    18/140

    Coke and Sundae

    18

    iras-iras Eiji Wentz, pelakon Jepun tu. Sedap jugak mata

    memandang. Aduhai... bertuahlah perempuan yang jadi

    girlriend dia tu nanti. Berdegup kencang jantungku

    dibuatnya!

    Kau ni kenapa, Wawa? Merah muka kau. Dah mula

    naik mianglah ni. Aku tengah tension, kau boleh buat muka

    menggatal kau tu, marah Azyan. Tangannya laju menarik

    cuping telinga Salwa.

    Menjerit kecil Salwa dibuatnya. Salwa memuncung.Kemudian dia tersengih.

    Relaks, Yan. Kenapa nak tension-tension gini? Kau

    takut sangat tak dapat pikat Si Haziq tu, kenapa? Kau tu lebih

    comel daripada budak-budak perempuan kat kolej kita la.

    Peluang kau lebih cerah Yan. Kalau kau risau sangat, kau

    bagilah surat cinta kau pada Haziq. Bak kata pepatah, siapacepat, dia dapat.

    Salwa menghirup perlahan gelas teh tarik mamak

    kegemarannya. Kalau dah sejuk tak rasa dah nikmat teh yang

    sudah ditarik-tarik oleh Abang Ravi tu tadi.

    Azyan menongkat dagu. Tak berkerdip mata dia

    pandang cara Salwa menghirup teh tarik. Control ayu Si

    Salwa ni. Aku tahulah kau tengah curi perhatian mamat

    duduk selang dua meja dari kita tu. Menggatal betul kau,

    Salwa!

    Mamat bermisai lebat itu pun kau berkenan,

    Wawa, komen Azyan.

    Taste Salwa memang agak pelik. Lelaki yang botak

    licin pun dia boleh katamacho.Tu taste akulah, Yan. Aku suka. Lagi-lagi kalau ada

    misai melentik macam ayah kau.Macho.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    19/140

    Ilya Abdullah

    19

    Suka hati kaulah, Wawa.

    Azyan memulas penutup botol Coke yang dipesan.Minuman kesukaannya sejak azali lagi. Wajah kacak Haziq

    terbayang di ruang mata Azyan.

    Azyan pun mulalah imbas kembali pertemuan

    pertama dia dengan Si Haziq tu. Jika tidak kerana peristiwa

    dia selamatkan seekor kucing dari dilanggar motosikal Haziq,

    dia tidak berpeluang berkenalan denganmamat tu.

    Awak tak apa-apa?

    Suara yang ada nada kerisauan itu berjaya

    membuatkan hati Azyan cair. Haziq tidak kisah dengan

    motosikalnya yang sudah terbabas masuk ke dalam longkang.

    Dia lebih pentingkan keadaan Azyan, tu yang best. Juga tidak

    hiraukan luka-luka kecil di tubuhnya. Itu buat Haziq nampak

    gagah pada Azyan.Azyan bingkas bangun sambil memaut kucing yang

    diselamatkan tadi.

    Apa lagi buatlah muka yang lemah lembut seorang

    gadis ayu. Hipokrit sungguh!

    Tak apa-apa. Sikit aje, balas Azyan dengan

    selembut-lembut suaranya. Ala Azyan bukannya kisah sangat dengan luka-

    luka kecil. Kan ke dia gadis yang gagah. Takrocklah luka sikit

    dah menangis, beb. Ini Nur Azyan, anak Tuan Mejar Idris.

    Sikit awak cakap? Tengok lengan awak tu,

    berdarahlah.

    Haziq keluarkan sapu tangan dari poket seluarnya.Dengan berhati-hati, dia membalut luka pada lengan Azyan.

    Aduh! Hati Azyan dah dicuit dek keprihatinan

    Haziq. Timbul simbol love dalam anak mata Azyan.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    20/140

    Coke and Sundae

    20

    Terima kasih.

    Saya yang patut ucapkan terima kasih pada awak.Kalau bukan kerana awak, mesti saya dah langgar kucing

    yang comel ini.

    Haziq tersenyum. Dia usap lembut bulu kucing

    yang berada dalam pegangan Azyan itu.

    Memang cantik senyuman Haziq. Merah padam

    wajah Azyan. Kelu lidah Azyan nak bersuara.

    Awak pun comel macam kucing ni, sambung

    Haziq lagi. Alamak! Saya dah lewat ni. Saya gerak dululah,

    ye.

    Dia berlari-lari anak ke arah motosikalnya.

    Mengangkat motosikal yang jatuh.

    Seketika Haziq hilang dari pandangan mata Azyan.

    Azyan terpaku. Rasa terawang-awang dengan pujian Haziq

    tadi. Dia kata aku comel yes! Aku dah jumpa! Aku dah

    jumpa bakal permaisuri hatiku!

    Apapulak permaisuri hati kau, Cik Nur Azyan oiii!

    Lelaki mana boleh jadi permaisuri. Raja yang bertakhta di

    hatiku, barulah betul.

    Azyan tersenyum-senyum sampai lupa air Cokeyang dituang sudah berbuih-buih keluar dari gelasnya.

    Salwa geleng kepala. Berangan teman seorang ni.

    Dia ketuk perlahan kepala Azyan.

    Adei! Kau nak kena belasah dengan aku ke Wawa?

    gerutu Azyan.

    Kau tu berangan sampai ke planet mana? Tengokair kau dah tumpah atas meja ni, desis Salwa.

    Azyan tersentak. Cepat-cepat dia berhenti dari

    menuang. Dia tarik naas panjang.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    21/140

    Ilya Abdullah

    21

    Kau berangankan Haziq lagi, ya?

    Sibuklah kau ni Wawa.YanYan.

    Salwa mencuit-cuit bahu Azyan.

    Apa lagi ni?

    Abang Zuan kauand the geng.

    Lantak pi dengan dialah. Abang Zuan memang

    penduduk tetap (selalu lepak) kat kedai mamak corner ni.Kau nak hairan apanya?

    Yang aku hairan sebab mamat tadi tu ada dengan

    abang kau sekalilah.

    Salwa tudingkan jari ke arah Azuan dan geng-

    gengnya.

    Lantas Azyan berpaling. Memang betul kata Salwa.Mamat tadi tu satu kumpulan dengan abangnya, Azuan.

    Azyan hentak tangan atas meja. Dia bingkas bangun, tak puas

    hati! Bukan dengan mamat tu, tapi dengan abangnya.

    Kebelakangan ini Azuan tidak lagi ajak dia main bola

    bersama.

    Yan.

    Salwa menurut langkah Azyan merapati meja Azuan

    and the geng.

    Ehem ehem! Azyan berdehem.

    Azuan yang asyik berborak angkat kepala. Dia buat

    muka poyo. Adik kesayangannya pun ada minum di sini

    jugak. Dia pandang Salwa di sebelah Azyan.

    Salwa tersengih sambil jongket bahu.

    Ya ada apa yang abang boleh bantu adik

    kesayanganku? soal Azuan.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    22/140

    Coke and Sundae

    22

    Azyan mencebik. Jangan buat-buat tidak tahu,ye.

    Azyan menunjukkan kepalanya.Azuan menjuihkan bibirnya. Ala... kena sikit aje tu.

    Kepala Yan kan keras? Takde hal, kan?

    Mamat tadi tu hanya membisu sambilmencekik mi

    goreng yang telah terhidang di atas meja. Malas nak ambil

    port dalam perbualan adik-beradik tu. Tak sangka pulak

    jumpa minah cun ni lagi. Dan lebih tak disangka-sangka,

    minah tu adik Azuan.

    Orang main bola tuju tiang gol, bukan tuju kepala

    orang. Reti ke tak reti main bola ni? Kalau tak reti, Yan boleh

    ajarkan. Nak skill siapa? Kaka? Ronaldo? Lampard? perli

    Azyan.

    Mamat tu senyap aje. Ligat menyuap mi gorengnya.

    Yan bukan main bola tapi hentak kaki orang. Itu

    sebab abang tak ajak Yan main bola dengan abang lagi dah.

    Abang boleh kira berapa orangmemberabang yang kakinya

    lebam Yan tackle.

    Mamat itu masih senyap sambil meneruskan

    suapan.

    Teman-teman Azuan ketawa. Kenal sangat merekadengan adik Azuan ni. Comel tapi ganas. Nak mengurat kena

    kir seratus kali!

    Argh! Siapa suruh dia orang kawal Yan ketat-ketat?

    Salah dioranglah, bukan salah Yan tau! protes Azyan.

    Memang dah sahlah ni, celah mamat tadi yang

    dok mencekik mi goreng.Dia angkat kepala. Lebar senyuman di bibirnya. Mi

    goreng satu pinggan dah habis dia pulun (makan) kasi licin.

    Lapar lepas main tadi.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    23/140

    Ilya Abdullah

    23

    Tak berkerdip mata Azyan melihat pemuda itu.

    Betul kata Salwa yang mamat ni ada stail ala-ala Korea

    Jepun. Kacak jugak tu. Apa ni, Yan? Kau nak menduakan

    Haziq ke? Azyan cepat-cepat membuang anasir yang ingin

    meracuni kirannya. Haziq tetap yang terbaik. Hanya Haziq

    yang bertakhta di hati.

    Apa yang sahnya, Syakir? soal Azuan.

    Ooo mamat ni namanya Syakir. Aik! Macam

    pernah kudengar namanya ini. Tapi di mana ya? Azyan garukepalanya. Seketika dia bulatkan biji matanya. Alamak!

    Syakir yang tu ke?

    Mereka saling bertentangan mata.

    Azuan kerutkan dahi, begitujugak dengan budak-

    budak yang lain. Apa hal pulak ni? Syakir dan Azyan saling

    mengenalikah?Cicakkobeng! Azyan bersuara lantang.

    Azuan dan yang lain-lain tersentak.

    Syakir genggam penumbuk. Dunia ini memang

    kecil. Patutlah muka awek cun niamiliarsemacam. Hampir

    dia tidak kenali kerana imej awek ni dah banyak berubah.

    Gorilla, tak sangka kau dah banyak berubah ye.Patutlah aku tak berapa cam masa mula-mula jumpa kau

    tadi. Syakir tersengih.

    Senyuman yang paling menyampah untuk dijadikan

    tatapan.

    Apa kau peduli cicak kobeng? Itu aku punya

    pasallah!Elok kita dah berjumpa ni maka aku akan

    menuntut balik barang yang kau dah curi dari aku dulu.

    Setahun aku menunggu untuk bertentang dua mata dengan

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    24/140

    Coke and Sundae

    24

    kau, tau! Kita memang ada jodoh, kata Syakir. Terangkat-

    angkat keningnya.

    Azyan cebikkan bibir. Ada jodoh?Sorrylah Encik

    Muhammad Syakir bin Ilyas oiii! Hatiku sudah berpunya.

    Lagi satu, aku tidak pernah mencuri barang milik kau. Sedap-

    sedap hati aje tuduh aku curi barang dia.

    Dasar cicak kobeng! Hidup lagi rupa-rupanya.

    Ingatkan danmelingkup (hilang) entah ke mana lepas STPM.

    Tak pun dah meninggal dunia!

    Cik Nur Azyan tak baik cakap begitu. Ya Allah!

    Jahatnya mulut aku ni.

    Hey! Aku tak pernah curi apa-apa dari kau, tau!

    Kau ingat aku kebulur nak ambik barang berharga kau tu!

    Ayah aku berduit, tau! Dia tak ajar aku mencuri!Porahhhh!

    Dengan cicakkobeng ni, Azyan memang tak pernahcakap elok-elok. Hentam sama menghentam! Pastinya cicak

    kobeng ini satu kolej dengan abang-abang aku termasuklah

    dengan aku sekali. Parah!

    Kau kenal dengan adik aku ni ke, Syakir? Azuan

    mencelah.

    Agaknya Syakirlah yang selalu Azyan cerita masa Azyan sekolah menengah dulu. Kalau bercerita tak pernah

    yang baik-baik. Asyik mengutuk aje kerjanya.

    Itu sudah pasti. Kalau dah benci, mana ada main

    puji-puji, kan?

    Lebih dari kenal. Musuh tradisi masa aku orm six

    dulu, balas Syakir.

    La kau ke Syakir? Makinhandsome kauye. Dulu

    kat sekolah kau selekeh aje. Selalu buat hal dengan Azyan.

    Budak paling nakal katakan. Salwa menyampuk pula.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    25/140

    Ilya Abdullah

    25

    Banyak perubahan dilihat pada Syakir. Dulu kurus

    melidi sekarang dah agak tough. Handsomenya.

    Excuse me. Aku ni budak nakal terhormat, tau.

    Nakal-nakal aku tetapnumber one dalam carta sekolah. Mana

    gorilla tu boleh challenge, balas Syakir. Dia menjeling Azyan

    dengan ekor matanya.

    Seram sejuk Azyan. Jelingan yang boleh

    menegakkan bulu roma Azyan.

    Yan tak perlulah kau susah-susah nak cari jejaka

    tampan lagi gagah. Depan mata kau dah ada ni, ha. Syakir ni

    ada ciri-ciri yang kau inginkan. Budak pintar ni. Azuan

    menepuk-nepuk bahu Syakir.

    Uwek! Nak muntah aku. Geli geleman bila dikirkan

    aku dipadankan dengan Si Syakir ini. Dulu aku ada jugak

    menaruh hati pada Syakir, tapi bila dah tahu siapa Syakir tu,minta maafah! Syakir lelaki yang berbahaya. Kalau boleh aku

    mahu menjauhkan diri dari Syakir. Argh! Mengapakah aku

    harus dipertemukan dengan Syakir semula?! Azyan menjerit-

    jerit di dalam hati.

    Lelaki inilah yang paling aku nak elakkan!

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    26/140

    Coke and Sundae

    26

    AZYAN ketap bibir melihatkan

    skuter kesayangan dihimpit

    oleh sebuah motosikal berkuasa

    tinggi. Cagiva pulak tu. Tahu sangat dia milik siapakah

    motosikal besar yang megah sangat menghimpit skuternya.

    Milik Muhammad Syakir bin Ilyas. Pelajarseniorterhangat di

    pasaran. Hangat sangatlah tu konon!

    Amboimamat ni! Siap adastickerChelsea FC pada

    motosikal dia.

    Kalau korang nak tahu, aku ni peminat sejatiChelsea FC. Kelab kegemaran aku tu! Aku paling anti dengan

    kelab Manchester United. Berlagak bagus, konon. Entah apa

    yang menarik sangat dengan Christiano Ronaldo tu? Rambut

    macam burung belatuk! Sekarang dah masuk kelab Real

    Madrid pulak. Konon-konon dia pemain yang bagus

    sangatlah tu. Apa taknya, dia pemain termahal yang dijual

    oleh Manchester United.

    Tapi kalau kelab liga Sepanyol... aku sokong

    Barcelona, beb. Lionel Messi terrortackle bola kat padang.

    Bab

    3

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    27/140

    Ilya Abdullah

    27

    Si cicak kobeng ni apa yang aku minat, itulah

    juga yang dia minat. Hairan benor(benar) aku dibuatnya.

    Tapi ada ura-ura yang aku dengar dulu dia

    penyokong kelab Manchester United. Patutlah aku tak boleh

    ngam dengan dia sebab awal-awal lagi memang dia tu

    musuh aku. Beralih anginlah tu.

    Azyan mengenakan helmetnya. Bukan helmet yang

    bentuk kura-kura tu, tau. Dia ni jenis yang ikut peraturan

    kerajaan. Bukannya apa, Tuan Mejar Idris siap bagi pesananpenaja setiap kali dia keluar rumah dengan menaiki skuter.

    Yan bawa skuter tu elok-elok. Ikut peraturan

    jalan raya. Kau kalau jadi minah rempit ayah rempit kau

    sekali. Jangan sesekali kau cuba merempit, Yan. Nahas Yan

    ayah kerjakan nanti. Ingat, Yan. Pandu cermat jiwa pun

    selamat.Itu pesanan penaja daripada Tuan Mejar Idris buat

    anak dara tersayang setiap hari.

    Naik boring telinga Azyan mendengarnya. Kalau tak

    dengar nasihat pulak, berbalau merah satu badan. Tak pun

    kena tekan tubi dua ratus kali. Boleh pengsan dibuatnya!

    Apa tidaknya, Tuan Mejar Idris hampir pitam bila

    anak daranya ini pernah ditahan polis kerana turut serta

    dalam kumpulanmat rempit.

    Ala bukan sengaja nakmerempit dengan budak-

    budak motor tu. Kebetulan saja terjoin group dia orang masa

    itu. Apa lagi,rempitlah sekali.

    Alih-alih kantoi dengan Tok Janggut. Nasib baik

    kenal dengan Tok Janggut. Takdelah kena tahan kat lokap. Itupun setelah dikasi sedikit ceramah dan bebelan daripada Tuan

    Mejar Idris.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    28/140

    Coke and Sundae

    28

    Balik rumah memang dahsah-sah kena rotan. Sapu

    minyak gamat kat belakang badan. Kalau diingatkan balik

    insiden ni, mesti Azyan ketawa sendiri.

    Mana pulak melaun (malaun) ni? Aku tengah

    kelaparan ni, desis Azyan.

    Ala bukan Azyan tak larat nak tolak motosikal

    besar Si Syakir ni. Dia cuma malas nak menghabiskan tenaga.

    Perut tengah lapar. Malas nak isi perut kat Kak Min Ca.

    Menu tak best! Bazir duit aje. Ayah pun dah masak katrumah. Lagi sedap.

    Dua jam kemudian, muka Azyan dah berasap. Muka

    mamat tu masih tidak muncul-muncul lagi. Azyan dengan

    selamba menendang motosikal besar Syakir. Berkali-kali dia

    tendang motosikal Syakir, melepaskan geram. Tak dapat tuan,

    motosikal pun jadilah!Kemik sikit kau ganti!

    Kedengaran suara Syakir dari jauh.

    Azyan bercekak pinggang. Aku tak nak ganti!

    Motosikal ni mahal, tau. Hadiah birthday dari abah

    aku. Aku sayang dia macam isteri aku sendiri. Macam aku

    sayang kat akujugaklah! kata Syakir sambil mengusap-usapmotosikalnya.

    Uwek! Gelinya aku!

    Aik! Belum nikah dah berisi (mengandung).

    Cepatnya kau, Yan.

    Cakap baik-baik sikit cicak kobeng. Aku bagi

    sebijik nanti! Azyan kepal penumbuknya.Syakir ketawa. Kau bagi, aku ambik aje.

    Azyan tidak banyak berubahnya. Kasar! Dia saja

    yang berani menyakat dan bergurau dengan anak gadis itu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    29/140

    Ilya Abdullah

    29

    Loyar buruk kau ye. Ei, kenapalah aku

    dipertemukan dengan kau lagi? Macam takde muka lain kat

    dunia ni.

    Apa salahnya? Aku ni lagihandsome dari buah hati

    pengarang jantung kau tu. Macamlah aku tak tahu kau

    tengah nak mengurat Haziq, budak dari akulti kejuruteraan

    tu. Dari kau mengurat dia, baik kau mengurat aku.

    Makin giat Syakir mengusik Azyan.

    Jangan menyibuk hal luar dan dalam kain orang!

    Itu aku punya sukalah. Kau patut jaga aje luar dan dalam

    kain kau tu!

    Aku tak pakai kainlah, Yan. Aku pakai seluar.

    Syakir ketawa besar.

    Azyan mencebik. Kurang asam punya lelaki. Lawak

    kau tak kelakarlah!

    Aku tak cakap lawak aku kelakar. Yan tak boleh

    ke kita berdamai sekejap? Aku belanja kau sundae. Kau nak

    tak?

    Syakir sudah mengalihkan motosikalnya. Saja dia

    menghimpit skuter Azyan. Bukan ada apa-apa niat pun. Dia

    cuma ingin melengahkan Azyan daripada terus pulang kerumah.

    Aiyer aku tak suka sundae la. Manis. Kau

    memang sengaja nak kenakan aku ke?

    Sundae lebih sedap dari Coke, apa. Coke tu tak

    elok minum selalu, Yan. Bahaya untuk kesihatan.

    Lantak akulah! Dah Coke tu minuman kegemaranaku. Dahlah! Bertekak dengan kau ni buang masa aku aje.

    Aku nak blah. Lapar ni. Nak balik rumah makan nasi.

    Azyan sudah bertenggek di atas skuternya. Masa

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    30/140

    Coke and Sundae

    30

    untuk beredar setelah berjam-jam memanaskan punggung

    dalam dewan kuliah.

    Akujoin sekali, boleh?

    Kau nampak ni? Azyan tunjukkan penumbuknya.

    Eee... takutnya. Syakir mengacah.

    Bertambah-tambah kerut muka Azyan. Aku debik

    jugak mamat ni nanti. Makin dilayan, makin dia loyar buruk!

    Syakir! Syakir! Tunggu kejap!Terkocoh-kocoh Haziq berlari mendapatkan Syakir

    yang masih berada di tempat parkir motosikal.

    Kehadiran Haziq disambut dengan senyuman manis

    di bibir Azyan.

    Senyuman berbalas senyuman.

    Syakir jadi pemerhati. Bila masa pulak Azyan jadiperempuan yang menggeletis? Tidak seperti Azyan yang

    dikenalinya sebelum ini. Azyan yang serius ke hulur ke hilir

    dengan buku.

    Baru balik, Yan? soal Haziq lembut.

    Haah. Awak kenal dia ni ke? tanya Azyan sambil

    menudingkan jarinya pada Syakir.Kenal sangat! Aku abang sepupu dialah. Syakir

    menjawab bagi pihak Haziq.

    Berubah air muka Azyan. Biar betul! Ah, sudah!

    Habis aku kalau gini.

    Ya Syakir ni abang sepupu saya. Awak kenal dia

    ye?Perlahan-lahan Azyan anggukkan kepala.

    Syakir tersengih. Dia memang dah tahu Azyan

    minat pada Haziq, sepupunya itu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    31/140

    Ilya Abdullah

    31

    Haziq ada bercerita tentang seorang pelajar junior

    yang menjadi sebutan di kolej. Seorang gadis comel yang

    sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki sebab

    kecomelannya.

    Bila Syakir selidik, gadis itu adalah Azyan. Gadis

    yang begitu memusuhinya ketika di sekolah menengah dulu.

    Gadis yang selalu buat Syakir menjadi bengang. Nai sangat

    dan slow dalam menggunakan otak walaupun dia seorang

    gadis pintar.Agaknya dia gadis yang abang sukakan dulu, tak?

    tukas Haziq.

    Tajam dia meneliti wajah Azyan. Rasa-rasanya

    bukan kut. Gadis dalam gambar yang Syakir tunjukkan pada

    dia nampak berbeza sekali. Gadis dalam gambar itu tampak

    garang dan tegas.Kau merepek apa, Ziq? Bukan dia nilah! Gadis yang

    abang minat tu lagi cantik dari dia, gerutu Syakir.

    Azyan mencebik. Macam aku tak tahu siapa yang

    kau maksudkan tu, Syakir. Aku tahulah Emelda tu lebih cun

    dari aku. Si gedik tu memang jadi pujaan hati kau dari

    sekolah dulu. Kau selalu bezakan aku dengan dia, kan? Bila

    aku dah cantikginikau mulalahjealous pulak!

    Ya kau memang salah orang, Ziq. Kami kenal

    gitu-gitu aje masa sekolah dulu.

    Azyan mengiakan. Dia pura-pura ketawa. Control

    Azyan control jangan sampai terkantoi dengan Haziq.

    Mati kau kalau Haziq tahu siapakah diri kau dulu. Dari data

    yang diperolehi oleh Salwa, Haziq tidak suka perempuan yangganas-ganas.

    Ya kenal gitu-gitu aje. Syakir sudah buat

    senyuman berbahayanya.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    32/140

    Coke and Sundae

    32

    Azyan benci sangat dengan senyuman itu. Ni mesti

    ada agenda tersembunyi yang dirancang dek cicak kobeng

    bermulut cabul tu. Ini tidak boleh jadi! Syakir pasti akan

    menggunakan peluang yang ada untuk mengugutnya. Azyan

    perlu buat persediaan.

    Saya balik dululahye. Bye, bye.

    Azyan start skuter kesayangannya cepat-cepat.

    Lama melayan nanti susahpulak kalau tersilap cakap.

    Bye, bye.

    Haziq melambaikan tangan pada Azyan. Siap

    dengan senyuman yang memukau hati Azyan lagi tu.

    Timbul lagi simbol love pada mata Azyan. Tak boleh

    tahan dengan senyuman Haziq tu. Lenalah malam ini tidur

    Azyan yang sedang dipanah beribu-ribu panahan cinta.

    Kau minat pada dia ke Ziq? tanya Syakir.

    Dia mencuit bahu Haziq.

    Emmm. sukalah jugak. Tapi takut nak dekat

    dengan dia. Aku dengan dia macam langit dengan bumi aje.

    Abang pun tahu Haziq gemuruh sikit dengan perempuan ni.

    Lebih-lebih lagi dengan gadis comel macam dia.

    Ooo. Syakir mengusap-usap dagunya yang licin.

    Kau lapang tak?

    Kenapa?

    Temankan aku ke kedai CD kejap. Nanti aku

    belanja kausundae.

    Sundae lagi.

    Macamlah aku ni kanak-kanak Ribena, keluh hati

    Haziq.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    33/140

    Ilya Abdullah

    33

    TERMENGAH-MENGAH Syakir berlari menuju ke pintu

    pagar. Sesak naas dia dibuatnya. Bolehpulak motornya buat

    hal di pertengahan jalan. Sudahlah dia bangun lambat pada

    hari pertama persekolahan. Tali kasut pun tak sempat nak

    ikat dah.

    Hari ini dia berlari mengalahkan orang yang

    bertanding di balapan. Apa tidaknya, anjing Mr. Chan

    mengejar dia dari belakang. Entah apa halnya pulak anjing

    sewel tu naik angin hari ini? Entah-entah anjingMr. Chan tutak dapat mengurat anjing betina cun di sebelah rumahnya

    tu. Ala anjing betina tu pun perasan lawa sebenarnya.

    Setakat bulu ciput gitu dah nak berlagak.

    Alamak, pintu pagar dah tutup! Syakir melihat jam

    di tangan. Dia sudah terlewat sepuluh minit. Mata pelajaran

    pertama pastinya sudah pun bermula. Apa lagi, Syakir brek

    mengejut.

    Kenapa awak lambat?!

    Tengkingan seorang pengawas depan matanya itu

    buat Syakir terkejut beruk. Amboi! Garang nak mampus!

    Cubalah tanya elok-elok. Ini main tengking-tengking orang

    aje! Woi! Aku budak baru la dan awak tu pulak seorang

    perempuan. Tak manis berbahasa kasar. Muka saja nampaklemah lembut. Dahlah tocang tinggi macam ekor kuda!

    Kenapa tak jawab soalan saya tadi?

    Syakir tersentak. Kemain (bukan main) garang

    pengawas di depannya ini. Muka pun serius habis.

    Pengawas lelaki di sebelahnya relaks saja.

    Siapa nama awak?

    Muhammad Syakir.

    Nama penuh! Takkan tak ada nama bapak di

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    34/140

    Coke and Sundae

    34

    belakang. Habis tu, siapapulak yang kasi nama awak tu kalau

    bukan mak bapak awak! leter gadis itu dengan suara yang

    tetap meninggi.

    Syakir sempat menjeling pada tag nama yang

    tersemat di baju gadis itu. Nur Azyan sedap nama dia tu.

    Tapi orangnya garang mengalahkan singa jantan time

    mengawan!

    Awak pekak ke? Saya tanya siapa nama penuh

    awak?!

    Dekat tag nama awak tu takde pun nama bapak

    awak? Syakir menjawab.

    Berani awak menjawab ye. Saya ulang sekali lagi!

    Siapa nama penuh awak? Itu pun kalau awak tak nak jalan

    itikroundsatu kawasan sekolah ni!

    Main ugut nampak....

    Nama saya Muhammad Syakir bin Ilyas. Puas

    hati?

    Gadis itu mencatatkan sesuatu pada buku notanya.

    Kelas awak?

    Saya tak tahu lagi.

    Gadis itu mengangkat kepalanya yang asyik

    menunduk tadi.

    Nyaris terburai ketawa Syakir apabila melihat wajah

    gadis di depan matanya itu. Ingatkan cun tadi. Rupa-rupanya

    tidak. Patutlah asyik menunduk saja.

    Macam mana awak boleh tak tahu kelas awak

    pulak?Kelihatan berbaris pendakap gigi di dalam mulut

    pengawas perempuan yang garang itu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    35/140

    Ilya Abdullah

    35

    Cepat-cepat Syakir menekup mulut. Gadis ini lebih

    dahsyat daripada Ugly Betty.

    Saya budak baru. Hari ini hari pertama saya di sini.

    So, manalah saya tahu kelas saya lagi, balas Syakir selamba.

    Hmmm. Gadis itu mendengus kecil. Zam

    kau bawa budak baru nak belajar ni jumpa pengetua.

    Okey.

    Barulah pengawas seorang tu nak bersuara.Ingatkan bisu tadi.

    First day dah lewat. Ingat, jangan lewat lagi selepas

    ini. Pagar sekolah tutup tepat pukul tujuh setengah pagi.

    Seminit pun tidak boleh terlewat. Dia berleter lagi.

    Syakir angkat kening. Bengang betul denganminah

    ni. Berlagak!

    Dia ketua pengawas sekolah. Dia tu memang tegas.

    Lebih baik jangan lawan kata-kata dia, kalau nak selamat la.

    Pengawas bernama Zam itu memberitahu.

    Patutlah.

    Ketua pengawas rupa-rupanya. Tengok mamat ni

    pun macam okey aje dengan minah tu tadi. Dah biasa

    agaknya.

    Usai melaporkan diri kepada pengetua, seorang

    guru perempuan menunjukkan kelasnya. Dalam perjalanan

    ke kelasnya, Syakir terserempak lagi dengan gadis yang

    menahan dia di pintu pagar tadi. Gadis itu kelihatan sedang

    mendenda dua orang pelajar di luar kelas.

    Nampak kecut wajah kedua-dua pelajar terbabit.Guru perempuan itu merapati Azyan. Nak tak nak

    Syakir pun terpaksa mengekori langkah guru perempuan itu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    36/140

    Coke and Sundae

    36

    Selamat pagi, cikgu, tegur Azyan apabila

    menyedari guru perempuan itu menghampirinya.

    Selamat pagi, Azyan. Awak lapang tak lepas waktu

    sekolah nanti?

    Lapang. Kenapa cikgu?

    Cikgu nak adakan mesyuarat untuk pasukan bola

    tampar kita petang ini. Awak maklumkan pada ahli yang lain

    nanti ya.

    Baik, cikgu.

    Syakir menundukkan kepala sambil terus

    membuntuti cikgu tersebut. Buat masa ini dia tidak mahu

    bertentangan muka dengan gadis itu. Hilang terusmood!

    Itulah cerita perkenalan pertama Syakir dengan

    Azyan. Pertemuan seterusnya menghangatkan lagi

    perkelahian di antara mereka.

    Syakir tersenyum sendiri bila teringat cerita semasa

    dia sekolah menengah dulu.

    Coke dan sundae tak boleh bercampur ke? soalnya

    sendiri di dalam hati.

    Along, kalau adik ngurat Kak Yan macam mana?

    Adik dahkamceng dengan dia, tau!

    Adiknya Syamil muncul mengejut di depan pintu

    bilik.

    Kus semangat! Nasib baik tak ada lemah jantung.

    Kalau tidak, mahu kojol dia kena sergah. Budak seorang ni

    kalau muncul bukan nak bagi salam dulu.

    Ngurat la. Macam mana tuisyen adik dengan dia?

    Syakir bingkas bangun dari katil. Dia menanggalkan

    t-shirt yang dipakai lalu dilontarkan ke dalam bakul pakaian.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    37/140

    Ilya Abdullah

    37

    Buat permulaan ini, okey. Dia tak tahu siapa adik

    lagi. Kenapa along nak adik masuk kelas tuisyen Kak Yan?

    Adik kan dah pandai macam along. Along nak adik intip dia

    ye. Syamil menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.

    Buat ajelah apa yang along suruh. Itu pun kalau

    adik nak along belikan adik PS3.

    Syakir kenal sangat dengan perangai Syamil. Buat

    kerja mesti ada upahnya.

    Nak, nak!

    Mata Syamil sudah terbayang-bayangkan permainan

    kesukaannya itu. Setakat ini Syakir sudah membelikan dia

    PS2 dan PSP. Dapat PS3 nanti boleh dia menunjuk pada

    kawan-kawannya nanti.Ha ha ha!

    So, apa perkembangan intipan adik setakat ni?

    Syamil laju melangkah masuk ke dalam bilik Syakir.

    Dia terus duduk di sisi abangnya itu. Kak Yan yang along

    panggil gorilla tu sekarang nak jadi lebih eminin. Nak jadi

    lemah lembut dan penuh kesusilaan. Betul ke dia dulu lebih

    maskulin dari lelaki, along? Macam tak percaya aje.

    Syamil menongkat dagu. Dia tengok Azyan itu

    memang comel. Masa mengajar pun lemah lembut aje. Takpernah garang pun. Saja aje kut Syakir mahu kelentong dia.

    Siapa yang tak mahu mengurat orang comel macam Azyan.

    Dia pun boleh jatuh hati. Nasib baik dia budak sekolah baru

    belajar.

    Feminin.

    Syakir terdiam seketika. Kemudian dia pecah

    ketawa. Patutlah pun dia nampak lain sangat sekarang ni.

    Syakir tepuk dahi. Tak terkirpulak dia.

    Amboi! Meriahnya ketawa.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    38/140

    Coke and Sundae

    38

    Adik mesti tak percaya kalau along cakap. Sekejap

    ye.

    Syakir bingkas menyelongkar laci almari bajunya.

    Sekeping gambar dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Syamil.

    Gambar siapa ni?

    Tengoklah betul-betul.

    Biar betul.

    Betullah, apa yang tak betulnya?Impossible.

    Possible.

    I dont believe it. Betul ke ni gambar Kak Yan?

    Mana along cilok (ambil) ni?

    Terkebil-kebil mata Syamil melihat gambar

    tersebut. Biar betul ni.

    Betullah! Syakir mengiakan.

    KITAlihatpulak cerita yang di sebelah sini. Muncung sedepa

    Azyan di meja makan. Mulutnya terkumat-kamit membebel.

    Encik Idris hanya diam sambil menyuap nasi di

    pinggan. Matanya tetap tajam merenung ketiga-tiga orang

    anaknya. Ada saja yang buat pasal. Sudah tahu Azyan jenis

    degil dan panas baran, masih juga mahu diusik.

    Depan rezeki tak baik masam muka, Yan, tegur

    Encik Idris. Dia jeling Anuar yang buat muka tak bersalah.

    Anuar yang paling kuat menyakat Azyan. Tetapi,

    Anuar jugak yang banyak mengajar adiknya itu jadi lebih

    gagah daripada lelaki.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    39/140

    Ilya Abdullah

    39

    Segala-galanya bermula bila suatu hari Azyan balik

    dalam keadaan yang comot dan kusut-masai ketika di tadika

    dulu. Bila ditanya, Azyan hanya diam.

    Azuan dan Anuar pergilah mengintip. Rupa-rupanya

    ada sekumpulan budak lelaki membuli Azyan. Peliknya Azyan

    sedikit pun tidak menangis atau melawan balik. Diam saja

    menurut kehendak budak-budak tersebut.

    Bila Azyan balik rumah, Azuan dan Anuar paksa

    Azyan bercakap. Si adik pun ceritalah dari A hingga Z.

    Anuar naik berang. Dia turunkan ilmu yang konon-

    kononnya tersimpan di dada. Tak sedar yang awak tu pun

    budak kecik jugak masa tu. Ajar si adik agar tahu

    mempertahankan diri dari dibuli.

    Daripada seorang budak perempuan yang hanya

    duduk diam dan tidak bersuara banyak, Azyan telah bertukarmenjadi budak perempuan yang terlebih akti. Habis

    dikerjakan budak-budak lelaki yang membulinya. Malah ada

    yang bawa mak bapak jumpa ayah mereka.

    Tiga-tiga kena balun (pukul) dengan rotan Tuan

    Mejar. Sejak itu Azyan nak jadi gagah macam abang-

    abangnya.

    Ayah pula tidak menghalang si anak perempuan jadi

    kuat. Lagi lasak, lagi bagus! Kena denda pun setara dengan

    dua abangnya. Tak perlu susah sangat lagi nak menjaga si

    anak gadis seorang itu. Sebab orang kata jaga anak gadis ni

    macam jaga sekandang lembu.

    Itu kisah asal usul Azyan menjadi lebih kuat dan

    gagah macam lelaki.

    Macam mana boleh salah target, Yan? soal si ayah

    bila si anak gadis masih dok senyap. Nasi dalam pinggan tak

    terkuis sedikit pun.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    40/140

    Coke and Sundae

    40

    Siapa suruh mamat sengal tu lalu depan rumah

    kita? Lagipun bukan Yan sengaja nak baling pasu bunga tu

    kat kepala dia. Abang Nuar yang mengelak. Azyan buka

    mulut menjawab.

    Kalau abang tak elak, kena kepala abanglah. Kesian

    anak Mak Timah Radio. Satu kepala berbalut. Macam kepala

    mumia dah, sampuk Anuar.

    Padan muka dengan dia jugak! Yan memang nak

    belasah dia pun sebab suka sangat report kat mak dia yangmulut mengalahkan radio tu. Ada hati nak Yan jadi awek dia

    konon.

    Yan!

    Encik Idris jegilkan biji mata. Tak sudah-sudah

    marahnya pada Si Fadhil tu. Dah tahu budak tu sewel sikit,

    dilayan jugak. Salah siapa? Esok pergi tengok anak terunaMak Timah Radio tu kat hospital. Minta maa kat dia.

    Buat apa? Mengabiskan minyak skuter Yan aje.

    Bukannya koma kat ICU pun. Mengada-adalah mamat sewel

    tu! Azyan membantah.

    Yan.

    Encik Idris keraskan suaranya sedikit. Azyan ni, adasaja jawapan yang diberikan.

    Ala pergilah. Bukan luak pun. Mamat tu bila

    tengok muka kau kuranglah sakit dia tu. Bukan kau tak tahu

    Mak Timah Radio pun berkenan sangat nak jadikan kau tu

    menantu dia. Menyampuk lagi abang yang seorang ni.

    Yan debik abang nanti! Azyan sudah lipat lengan

    kemejanya hingga ke paras siku.

    Yan.

    Si ayah menjeling lagi.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    41/140

    Ilya Abdullah

    41

    Azyan turunkan balik lengan kemejanya.

    Nuar pun pergi sekali dengan Yan. Dua-dua pergiminta maa dengan Fadhil. Jangan lupa bawa buah tangan

    sekali. Ini arahan. Sebarang bantahan atau surat-menyurat

    tidak akan dilayan. Muktamad!!!!

    Ayah bangkit membawa pinggan ke singki.

    Hmmm....

    Makin panjang muncung mulut Azyan. Diamemang menyampah kalau menghadap muka Fadhil yang

    selalu tersengih macam kerang busuk. Dah la masa kecil dulu

    hingus selalu meleleh kat hidung. Eee gelilah!

    Buruk betul mulut muncung-muncung gitu. Tak

    cun dah. Kalau mamat tu tengok, mesti dia reject Yan jadi

    awek dia.

    Azuan yang baru menghabiskan dua kali tambahan

    nasi dalam pinggan memberikan komen. Kelaparan sangatlah

    tu. Tak padan dengan badan yang kurus melidi.

    Eh! Kau tahu ke siapa mamat malang yang bakal

    jadi adik ipar kita tu?

    Anuar segera merapati Azuan. Cerita panas ni! Tak

    patut dilepaskan.

    Tahusesangat.

    Abang jangan nak cari pasal dengan Yanpulak!

    Lengan kemeja yang dilurutkan tadi naik semula ke

    pangkal siku. Melotot mata Azyan memandang kedua-dua

    abangnya itu. Auranya sudah makin menghampiri Azuan dan

    Anuar.Ayah! Yan jadigorilla lagi! jerit Azuan dan Anuar

    sebelum mereka dikerjakan oleh adik tersayang.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    42/140

    Coke and Sundae

    42

    Leher Azuan dan Anuar sudah dipaut oleh Azyan.

    Si ayah bercekak pinggang di depan mereka.Azuan dan Anuar sudah berpeluh satu badan. Tahu

    dah, mesti kena denda lagi.

    Tiga-tiga tekan tubi seratus kali! Perintah Tuan

    Mejar Idris.

    Dan ketiga-tiganya menganggukkan kepala,

    menurut perintah.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    43/140

    Ilya Abdullah

    43

    M

    ACAM MANAni? soal

    Mat Karan gelisah. Dia

    menggaru rambut

    kerintingnya ala-ala gaya kumpulan Alleycats tu.

    Teman-teman yang lain turut meniru aksi Mat

    Karan.

    Syakir boleh buat muka selamba sambil mengulum

    lollypop. Sedikit pun tidak secemas Mat Karan dan yang lain-

    lain.

    Masing-masing memakukan mata pada TuanPengerusi Kelab Teater mereka yanghandsome itu.

    Jika bukan kerana mulut laser Syakir, pelakon

    wanita utama mereka tidak lari. Bukan Syakir tidak tahu

    Emelda gadis yang begitu sensiti. Tidak boleh ditengking-

    tengking sikit mulalah rajuknya datang. Nak memujuk gadis

    itu bukanlah satu tugas yang mudah.Di mana mereka perlu cari pengganti Emelda?

    Tarikh pementasan hanya tinggal tiga hari lagi.

    Mat Karan mencengkam kepalanya macam pesakit

    Bab

    4

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    44/140

    Coke and Sundae

    44

    mental di hospital sakit jiwa. Mengerang kuat kawan tu

    dengan sikap sambil lewa Syakir.

    Steadylah perkara kecik aje ni, kata Syakir. Dia

    meletakkan buku skripnya di atas meja.

    Steady tengkorak engkau! Kau tahu tak

    pertunjukan teater kita tinggal tiga hari lagi? Mana kita nak

    cari pengganti si gedik tu untuk watak Tun Teja? Itulah kau,

    mulut laser sangat! Mel tu selagi kau tak pujuk, selagi itu la

    dia tak akan jejak kaki kat pentas kita ni, gerutu Mat Karan.

    Syakir ketawa kecil. Kecoh betul Naib Pengerusi

    Kelab Teater ini. Lantaklah kalau Si Emelda tu nak merajuk

    pun. Tak luak langsung la! Dia memang tak suka Emelda

    pegang watak Tun Teja. Ada ke patut Tun Teja pakaimake-up

    tebal satu inci? Tiada ciri-ciri wanita Melayu langsung. Tak

    natural. Syakir mahukan wajah asli! Yang natural! Tak perlutouch-up sana, touch-up sini. Satu babak sudah makan masa

    selama dua jam semata-semata menunggu Emelda bertouch-

    up.

    Pasal watak Tun Teja tu, kau jangan risaulah. Aku

    dah ada calon yang sesuai. Korang buat saja latihan macam

    biasa.

    Syakir bangkit dari kerusi. Lebar senyuman di

    bibirnya. Bukan susah nak cari calon untuk gantikan Si

    Emelda tu. Cik Nur Azyan binti Idris kan ada? Gadis itu

    adalah calon yang paling atas dalam senarainya. Inilah

    peluang untuk dia mengenakan Azyan.

    Kau dah ada calon? Siapa? tanya Mat Karan.

    Sekejap lagi aku bawa dia jumpa korang. Rasa-rasanya kuliah dia dah habis. Korang mesti puas hati tengok

    dia nanti. Dia jauh lebih cun daripada Emelda. Sengih

    memanjang Syakir sambil menuturkan kata-katanya.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    45/140

    Ilya Abdullah

    45

    Kau ni kalau tak cun, kau tak nak. Kita nak cari

    yang pandai berlakon, bukan harap pada rupa paras aje, desis

    Mat Karan.

    Kalau heronya handsome, heroinnya mestilah

    cun-melecun. Aku tak seleralah kalau heroin aku rupa

    tongkang pecah.

    Amboi-amboi! Habis tu, Si Emelda tu tak cun kat

    mata kau ke? Aku rasa dah cukup cun dan seksi tapi kau

    reject jugak budak tu! Kau tu yang mata keranjang!

    Syakir ketawa besar.

    Mat Karan ketap bibir. Tapi tidak dinakan

    perempuan mana tidak cair dengan bakal doktor yang konon

    handsome gilerni. Semua kualiti yang bagus ada padanya.

    Nasib baik Mat Karan ni lelaki. Kalau tidak, pasti dia pun

    boleh tangkap cintan dengan Syakir.Emelda tu memang cun tapi banyak sangat tampal

    tepung (bedak) kat muka dia tu! Kalau tak tampal mesti

    muka dia macam hantukuntilanak! Tak asli! komen Syakir.

    Cik Nur Azyan tu memiliki kecantikan yang asli.

    Bermekap pun ala kadar aje. Sedap sikit mata memandang.

    Jika Cik Nur Azyan itu pakai tudung pasti lagi ayu dan manis,

    gitu.

    Kau jangan main-main Syakir. Masa dah suntuk

    tau! celah Nani.

    Muka aku ada nampak main-main ke? Come on

    la aku, Pengerusi Kelab Teater ni. Aku tahu tanggungjawab

    aku. Kalau tak, apa gunanyakorang pilih aku jadi pengerusi.

    Syakir menepuk satu-satu bahu ahli kelab teater

    itu. Bahu ahli lelaki saja, perempuan tak.

    Ahli-ahli kelab itu saling berpandangan. Syakir

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    46/140

    Coke and Sundae

    46

    memang nampak tidak serius dan suka main-main tapi dia

    seorang ketua yang bijak mengawal situasi dan kadangkala

    mengeruhkan situasi bila dia mula membebel. Terutamanya

    dengan Emelda.

    Kami serahkan pada kau, Syakir.

    Dont worry. Aku akan buat Emelda menyesal

    kerana meletakkan jawatan dalam Kelab Teater ni. Syakir

    kenyitkan sebelah matanya. Dia berlalu keluar.

    Mat Karan dan Nani menarik naas panjang. Harap-

    harap betullah apa yang diperkatakan oleh Syakir itu. Mereka

    kesuntukan masa untuk mencari pengganti Emelda.

    Emeldajoin Kelab Teater sekadar untuk memenuhi

    tujuan utamanya iaitu memikat hati Syakir. Syakir pernah

    memberitahu Emelda yang dia sudah ada girlriend tapi

    perempuan itu macam tak aham bahasa aje lagaknya. KataEmelda, dia tidak pernah nampak pun Syakir dating dengan

    teman wanitanya itu.

    Betul juga.

    Syakir tidak pernah menunjukkan teman wanitanya

    di khalayak ramai. Sekarang mereka berada di tahun akhir.

    Bukan sahaja wajah tetapi nama teman wanita Syakir pun

    mereka tidak tahu. Berahsia betul Encik Muhammad Syakir

    ni.

    Siapalah agaknya gadis yang bakal menggantikan

    tempat Mel nanti? tanya Imah.

    Aku tak kisah siapa pun yang bakal menggantikan

    tempat Mel. Yang aku risaukan adalah Syakir. Dia kalau nak

    dapatkan sesuatu tu bukan tahu nak guna taktik yang elok-

    elok. Aku takut budak tu dipaksa. Korang bukan tak kenal

    dengan Syakir. Takde perkataan tidak dalam moto hidup

    dia, balas Nani.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    47/140

    Ilya Abdullah

    47

    Itu belum sampai bab dia naik angin. Bergegar

    satu kelab. Muka dia memang menyeramkan time dia

    mengamuk, tambah Mat Karan.

    Imah dan yang lain-lain menelan air liur.

    Budak-budak resh yang baru join kelab tersebut

    mula kegelisahan.

    Kau ni saja nak menakutkan budak-budak baru!

    Kau nak ahli kelab kita berkurangan lagi ke? Marah Nani,

    lantas menarik cuping telinga Mat Karan.

    Siapa suruh Mat Karan terlepas cakap? Nasib baik

    Syakir sudah keluar, jika tidak nahas mereka semua

    dikerjakan Syakir. Syakir tu telinga lintah! Kalau nak

    bercakap kena pandang belakang.

    TERKETAP-KETAP bibir Azyan apabila melihat kelibat

    manusia yang bertenggek di atas skuter kesayangannya itu.

    Dia memang cukup kenal susuk tubuh manusia berkenaan.

    Siapa lagi kalau bukan manusia yang bernama Muhammad

    Syakir bin Ilyas.

    Syakir buat muka poyo bila dilihat Azyan

    menghampiri.

    Azyan mencebik. Rasa macam tak percaya lelaki

    cicakkobeng depan matanya itu adalah bakal seorang doktor

    di Malaysia ini. Pada pandangan mata Azyan Syakir tidak

    ada gaya langsung menjadi seorang doktor. Lihat saja stail

    rambut dan pakaiannya. Tak sesuai betul jadi budakmedic!Paling mengejutkan Si Syakir ni ada buatpart time

    job jadi model sambilan.Hmmm Syakir memang ada pakej

    jadi model. Diahandsome! Tapi ketampanan Syakir buat

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    48/140

    Coke and Sundae

    48

    Azyan menyampah sangat. Malas nak ulang ingat cerita lama

    ni. Buat menyakitkan hati yang dah sakit nak mati ni.

    Azyan kerling Syakir dengan ekor matanya yang

    tajam. Mamat seekor ini kalau cari dia mestilah ada benda

    yang dia nak. Setahu dia, Syakir tiada kelas.

    Apa halpulak dia dok melepak kat skuter

    kesayangan aku? Kan lagi baik siapkan assignment yang

    lecturerkasi kat rumah. Sehari aku tak jumpamamat seekor

    ni, memang tak sah! Hari-hari muka dia tercongok depanmata aku! bebel Azyan di dalam hati.

    Oi! Kau nak apa,hah? Kau tahu tak punggung kau

    telah memanaskan tempat duduk skuter aku! Pantang tau!

    Azyan bersuara lantang.

    Syakir tersengih. Amboi cantiknya bahasa gorilla

    ni. Cuba bercakap dengan Encik Muhammad Syakir ni lemahlembut sikit. Baru manis dan nampak lebih eminin. Kau tau

    tak berapa lama aku tunggu kat sini? Naik kematu punggung

    aku. Kau pergi mana tadi? Setahu aku kuliah kau tamat

    sejam lebih awal.

    Eee suka-suka hati dia aje panggil aku gorilla!

    Buta ke rabun dia ni? Badan aku ni sikit punya slim! Bukan

    besar dan berbulu macamgorilla tu. Tak sesuai langsung bagi

    gelarangorilla pada aku! hati Azyan menjerit marah.

    Aku tak suruh kau tunggu aku pun! Aku lapar so,

    aku pergilah makan. Lebih baik kau turun dari skuter aku

    sebelum aku debik muka kau. Kau tentu tak nak sejarah lama

    berulang, kan?

    Azyan menayangkan buku limanya.

    Syakir ketawa. Takde benda lain ke yang Azyan nak

    tayang selain buku lima dia aje. Ingat dia seorang saja ada

    black belt? Aku pun juara silat peringkat sekolahjugak dulu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    49/140

    Ilya Abdullah

    49

    Cuma aku tak suka menunjuk-nunjuk bila dah masuk orm

    six. Malas nak akti dengan aktiviti sekolah masa tu.

    Memenatkan badan!

    Sebenarnya aku ada hal sikit nak discuss dengan

    kau. Dan aku tidak mahu dengar perkataan tidak dari mulut

    kau, tau.

    Syakir turun dari skuter Azyan.

    Azyan kerut dahi. Hal apapulak mamat ni? Bunyi

    macam nak mengugut aje. Ini yang buat aku tak sedap hati

    ni. Aku takde masa nak berbincang dengan kaulah. Tepi! Aku

    nak balik, nanti bapak aku mengamukpulak sebab anak dara

    dia balik lewat!

    Selamba Azyan menolak tubuh Syakir.

    Syakir ketap bibir. Tak boleh jadi ni! Dia mesti

    menahan Azyan dari pulang. Tidak kira dengan apa cara juasekalipun. Yan, nanti dulu!

    Syakir merentap lengan Azyan.

    Bulat mata Azyan dengan tindakan drastik Syakir

    itu. Apa pegang-pegang anak dara orang ni? Dah tak sayang

    nyawa ke?

    Azyan melenting. Meronta-ronta Azyan mintaSyakir lepaskan lengannya. Susah payah jugak dia rentap

    lengannya dari cengkaman Syakir.

    Kurang asam punya Syakir. Kuat pulak tu dia

    cengkam lengan aku!

    Syakir tersenyum nakal. Dia menghadang Azyan

    dari mendekati skuternya.Bertambah berasap kepala Azyan. Apa hal dengan

    mamat ni? Beria-ia benar tak nak bagi dia balik rumah!

    Syakir!!!!! Azyan melaung nama Syakir.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    50/140

    Coke and Sundae

    50

    Mujur tiada orang lain di tempat parkir motor tu.

    Jika tidak pastinya mereka akan jadi bahan tontonan.

    Aduh! Kau nak kasi telinga aku pekak ke? rengus

    Syakir. Kemudian dia tersenyum lagi.

    Azyan mencebirkan bibir. Getik betul tengok gaya

    poyo mamat seorang ni. Azyan paling tidak suka melihat

    senyuman Syakir. Senyuman manis Syakir tu selalunya ada

    agenda yang tersembunyi.

    Aku bukan setakat nak kau pekak. Aku nak kau

    buta sekali! Tak menyusahkan hidup aku, getus Azyan.

    Bersua dengan Syakir ni pasti akan menimbulkan

    masalah. Ada saja angkara yang disetkan dalam kepala Syakir.

    Nak tak nak, kau kenajoinjugak aku punya kelab

    teater. Syakir memberitahu tujuannya.

    Buntang mata Azyan.

    Gila! Suka-suka hati aje cicak kobeng ni paksa aku

    join kelab teaternya. Minta maa! Aku tidak berminat Encik

    Muhammad Syakir. Aku dah join kelab catur, satu group

    dengan jejaka idaman aku, Haziq.

    Hey! Apa main paksa-paksa orang ni? Aku tak

    inginlah join kelab kau tu. Geli, tau tak? Tidak ingin! Akuulang sekali lagi, tak ingin! bentak Azyan.

    Dari zaman sekolah dulu Azyan memang tidak

    sukakan teater. Geli! Tengok pelakon-pelakon teater atas

    pentas tu pun dah buat dia menyampah. Tak tahu kenapa.

    Dialog pergh! Meruntun jiwa, beb. Itu belum lagi teater

    yang bertemakan hikayat-hikayat Melayu zaman dahulu kala.

    Lagi Azyan tidak aham!

    Kan aku dah cakap tadi aku tidak mau dengar

    perkataan tidak keluar dari mulut kau. Kau mestijoin kelab

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    51/140

    Ilya Abdullah

    51

    aku! Muktamad! tegas Syakir seraya menjegilkan biji

    matanya. Wajahnya sudah berubah menjadi serius.

    Azyan tidak mahu mengalah. Dia melawan pandang

    mata Syakir dengan tajam. Aku tetap akan mengatakan

    tidak! Tidak! Tidak!

    Apa kena denganmamat ni? Nakjugak aku masuk

    kelab teater dia. Dahlah main paksa orang. Aku langgarkang,

    baru tau!

    Aku tetap akan heret kau masuk kelab teater. Kau

    mesti ganti watak heroin aku yang dah cabut lari tu. Kau

    adalah calon yang paling sesuai jadi heroin aku.

    Argh! Si Syakir sudah buat perangai gila meroyan

    dia balik! Kenapalah akujugak yang kena jadi mangsamamat

    ni? Macamlah dalam kolej ni takde pelajar perempuan lain.

    Kalau kau berani, heretlah aku! Azyan mencabar.

    Kau pegang aku lagi, siaplah kau! Aku kasi smack

    down sama engkau! Aku belasah kau cukup-cukup, Syakir!

    desis hati Azyan. Dia sudah siap pasang kuda-kuda.

    Pecah ketawa Syakir melihatkan aksi Azyan. Azyan

    ingat dia takut nak heret gadis itu ke kelab teater. Nak

    dukung pun dia boleh buat. Ala Azyan bukan berat manapun. Ringan saja.

    Aku bagi kau pilihan, Cik Nur Azyan. Kau nak

    diheret atau didukung? Kalau pada akulah kan, aku lebih

    suka dukung kau, kata Syakir.

    Dua-dua tak hingin (ingin)! Dah, dah aku nak

    balik! marah Azyan.

    Kau paksa aku macam mana sekalipun aku tidak

    akan terlibat dengan teater yang menggelikan itu! Tidak sama

    sekali!

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    52/140

    Coke and Sundae

    52

    Aku dah jumpa Pengerusi Kelab Catur kau tu. Aku

    minta dia delete nama kau dalam kelab catur. Kau akan jadi

    milik kelab teater aku.

    Ala macamlah aku tak tau, Cik Nur Azyan. Kau

    masuk kelab catur sebab ada Haziq. Kau bukannya reti main

    benda alah tu pun! Kau kena langkah mayat aku dulu.

    Kau!

    Azyan menudingkan jari telunjuk ke muka Syakir.

    Hampeh betul cicakkobeng ni. Dengki bebenordia

    pada aku dengan Haziq. Aku tidak rela dipisahkan dengan

    Haziq. Oh, tidak cinta kami baru nak berputik. Bukan

    senang aku nak dapat bersama Haziq selama ini. Pelbagai

    halangan dan rintangan aku tempuhi. Berani kau cicak

    kobeng ingin memisahkan kami! Chewah! Aku dah mula

    jiwang karatpulak!Aku bagi kau satu minit untuk berkir.

    Syakir bersandar pada skuter Azyan sambil melihat

    jam di tangan. Mengira masa la tu.

    Azyan mengeluh. Dia buat muka bosan dan

    menyampah.

    Kau suruh aku kirkan tawaran kau tu? Jawapanaku tetap sama! Tidak! Aku tak hingin masuk kelab bodoh

    kau tu, gerutu Azyan di dalam hati.

    Seminit telah berlalu.

    Azyan dan Syakir saling berbalas pandangan.

    Masing-masing tidak mahu beralah.

    Syakir mengeluh kecil lalu mengeluarkan satusampul surat berwarnapink dari poket seluarnya.

    Azyan kerut dahi. Seakan pernah dilihat surat

    dalam genggaman Syakir itu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    53/140

    Ilya Abdullah

    53

    Syakir membuka sampul surat berkenaan dan

    mengeluarkan isinya. Ke hadapan Saudara Haziq yang dekat

    di mata tapi jauh di hati. Sebenarnya tujuan saya menulis

    surat ini.

    Lantang sekali suara Syakir membaca isi surat

    tersebut.

    Mata Azyan membulat. Alamak! Surat cinta aku

    pada Haziq! Macam mana boleh jatuh ke dalam tangan cicak

    kobeng ni?! jerit hati kecilnya.

    Azyan segera mendekati Syakir, ingin merampas

    surat yang berada di dalam tangan Syakir itu.

    Tetapi Syakir lebih pantas menyembunyikan surat

    itu ke dalam poket seluarjeansnya.

    Pulangkan balik!

    Itulah lain kali kalau nak letak surat cinta tu

    tengok betul-betul nombor lokarnya. Lokar aku dengan Haziq

    berdekatan. Salah kau sebab main redah masuk, jelas Syakir

    dengan ketawa besarnya.

    Pulangkan.

    Azyan bersuara ala-ala gaya lakonan Maya Karin

    dalam lem Pontianak Harum Sundal Malam.

    Syakir gelengkan kepala. Dia tidak akan semudah

    itu memulangkan surat cinta Azyan. Azyan perlu membayar

    harganya. Mahal, tau!

    Kalau kau nak surat cinta kau ni balik, kau kena

    join kelab teater aku. Itu syarat yang paling mudah aku

    tawarkan pada kau. Tak perlu aku heret atau dukung kau. Azyan mengetap bibir. Bijak sungguh Syakir

    mengatur strategi.

    Perlukah aku lakukan pengorbanan bodoh ni? Nak

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    54/140

    Coke and Sundae

    54

    menangis, air mata tak keluar! Muhammad Syakir bin Ilyas

    aku rasa nak cekik-cekik aje leher kau. Aku nak potong-

    potong badan kau, kemudian bagi buaya dalam sungai tu

    makan.

    Sepuluh saat untuk berkir lagi sepuluh

    sembilan lapan.

    Syakir mula mengira.

    Azyan menarik naas panjang. Azyan paling benci

    diugut sebegini rupa.

    Okey, okey aku setuju join kelab teater kau,

    putus Azyan.

    Cis! Aku terkena kali ini. Syakir betul-betul nak

    balas dendam pada aku ni.

    Tak apa. Sebagai gadis yang kuat, aku mesti berani

    menyahut cabaran. Nak takut apa? Aku pernah belasah lima

    orang lelaki, takkan Syakir seorang ni aku tak terlawan?

    Syakir perlu kir dua tiga kali sebelum dia mengapa-apakan

    aku.

    Good girl. Im a very, very happy man.

    Kan aku dah cakap dah... benda yang aku nak, pasti

    aku akan dapatkan. Azyan, kau kena tunduk bawah telunjukaku. Aku tidak akan lepaskan kau kali ini. Tidak sesekali! Pada

    Haziq sekalipun!

    So, sekarang kau ikut aku ke kelab teater. Kita

    adakan latihan.

    Latihan otak kau! Aku dah setuju ni pun dah

    cukup baik. Aku nak balik rumah. Lagipun bapak aku tak kasibalik lewat-lewat petang. Aku kena ikut time table!

    Azyan mengingkari arahan Syakir sambil bercekak

    pinggang.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    55/140

    Ilya Abdullah

    55

    Tak padan badanslim, buruk lantak jugak kauye.

    Emmm apaphone numberrumah kau?

    Kau nak buat apa,mangkuk? soal Azyan.

    Aku nak callbakalmy ather-in-law. Balas Syakir

    selamba.

    Azyan menjuihkan bibir. Lambat-lambat dia

    menyerahkan nombor teleon rumahnya kepada Syakir.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    56/140

    Coke and Sundae

    56

    P

    ERKENALKAN, Cik Nur

    Azyan binti Idris...

    memerangkap Cik Tun Teja,

    kekasih hati Abang Tuah. Syakir memperkenalkan Azyan

    kepada ahli-ahli kelab teaternya.

    Terkebil-kebil mereka memandang Azyan. Betullah

    seperti yang dikatakan oleh Syakir. Azyan agak cantik dan

    comel. Tidak perlu bermekap lebih-lebih seperti Emelda.

    Masing-masing berpuas hati dengan calon pilihan Syakir.

    Azyan mencebik melihat gelagat ahli-ahli kelabteater yang mengerumuninya. Mereka memang aneh. Sama

    seperti tuan pengerusi mereka jugak. Rasa seperti manusia

    yang berada dalam kelompok makhluk asing. Rimasnya!

    Cayalah kau, Syakir! Dapat calon yang memang

    cantik. Dia ni memang sesuai pegang watak Tun Teja, puji

    Hamidi, merangkap Setiausaha Kelab Teater.

    Kan aku dah cakap, aku dahhandsome so, aku tak

    mahulah awek muka macam tongkang pecah yang bawa

    watak Tun Teja, kekasih aku tu.Korang ingat Mel saja yang

    Bab

    5

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    57/140

    Ilya Abdullah

    57

    paling lawa kat kolej kita ni? Korang silap la gerutu

    Syakir.

    Bertambah cemberut muka Azyan.

    Huh! Perasan handsome betul Si Syakir ni! Dasar

    mata keranjang! Buaya darat! Cicak kobeng! Kalau kau tak

    ugut aku mesti aku takkan join kelab orang-orang aneh

    kau ni.

    Azyan mengeluh kecil. Ikutkan hati, mahu saja dia

    belasah Syakir sampai masuk ICU macam dia belasah Fadhil,

    anak Mak Timah Radio. Seminggu jugak kawan tu ditahan

    dalam wad.

    Ini skrip kau.

    Syakir menyerahkan satu ail kepada Azyan.

    Azyan mengetap bibir. Dia rentap ail itu dari

    tangan Syakir. Sengaja dia berbuat demikian.

    Syakir tersengih.

    Kau ni Syakir, babmengayat perempuan memang

    pandai. Mat Karan menepuk-nepuk bahu teman baiknya itu.

    Syakir ketawa.

    Aku bukanmengayat. Tapi aku mengugut! Kalau

    tak ugut, jangan haraplah minah ni nak masuk kelab teater.

    Dia siap percaya bulat-bulat yang aku dapat surat cinta yang

    dia tulis untuk Haziq.

    Haziq mana pernah berahsia dari aku. Apa yang dia

    dapat pastinya dia beritahu aku dahulu. Termasuk surat cinta

    yang Azyan tinggalkan di dalam lokarnya. Malah aku sudah

    menghaal seluruh isi kandungan surat cinta Azyan untukHaziq.Pergh! Boleh tahanjugak jiwangsigorilla ni.

    Nasib kaulah, Azyan. Aku memang lelaki yang

    pantang mengalah. He he he kata orang, ikan sudah kena

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    58/140

    Coke and Sundae

    58

    pancing. Walaupun Azyan ni kuat dan cerdik, tapi otak dia ni

    slow sikit.

    Tolong sikit!

    Azyan bersuara lantang. Aku tidak berminat

    langsung denganmamat sengal ni! Kalau dia tak ugut aku

    aku tak akan berada di sini, tau! Dasar otak banyak kuman

    diternak. Main kotor!

    Dah agak dah pun. Nani bersuara.

    Kesian pula dia pada Azyan. Si Syakir kalau tak

    guna taktik kotor dia, memang tak sah. Nani tahu Syakir

    memang sukakan Azyan. Ya hanya Nani yang tahu segala

    rahsia Syakir. Itu pun secara kebetulan dia terjumpa gambar

    Azyan dalam buku nota Syakir.

    Syakir langsung tak gelabah masa tu. Dia tetap cool

    dan selamba. Malah bukan Nani yang mengugut Syakir untukmembongkarkan rahsia sebaliknya Nani pula yang diugut

    agar tidak membongkarkan rahsia. Syakir memang seorang

    lelaki yang sukar dijangkakan.

    Kau nak rahsia kau pecah pada umumye? Syakir

    berbisik pada telinga Azyan.

    Berkerut seribu dahi anak gadis itu. Kau nikanSyakir.

    Azyan mula menghayunkan penumbuknya.

    Syakir mengelak sambil ketawa berdekah-dekah.

    Suka benar dia melihat muka Azyan yang merah menahan

    marah itu. Comel.

    Jangan kau nak rapat-rapat dengan aku! Gatal!Miang keladi! Buaya! Cicakkobeng! marah Azyan. Berdebar-

    debar hatinya bila Syakir begitu rapat dengan dia tadi.

    Tercengang-cengang semua ahli kelab teater.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    59/140

    Ilya Abdullah

    59

    Terkejut beruk melihat kekuatan Azyan yang dipamerkan.

    Fuyooo! Ganas rupa-rupanya gadis yang zahirnya tampak

    lemah lembut itu. Terbeliak biji mata diorang. Azyan

    umpamagorilla yang terlepas dari kandang.

    Apa pandang-pandang?! jerkah Azyan.

    Masing-masing kecut perut, menyorok di belakang

    Syakir kecuali Nani.

    Aku terlupa nak bagitau kat korang yang aku

    tangkap gorilla ni dari kandang. Itu sebab aku kena kasi

    umpan sikit baru dapat jinakkan dia. Kalau korang nak tau

    gorilla ni sebenarnya nak jadi lebih eminin tapi dia tak dapat

    juga sekat auragorilla yang telah sebati dalam badan dia tu.

    Syakir menyilangkan tangan sambil memalit

    senyuman bangga.

    Mencuka wajah ayu Azyan. Tak guna punya Syakir!

    Umpan apa kau bagi dia?

    Soalan bodoh keluar dari bibir Mat Karan.

    Umpan ni! sahut Azyan sambil menayangkan

    penumbuknya.

    Tertelan air liur Mat Karan. Mak oi! Memang

    garang.

    Cukup!

    Syakir menjeling Azyan. Dia duduk di atas pentas.

    Dia menggoyang-goyangkan kedua belah kakinya. Tangannya

    dihala pada muka Azyan. Tiada sebarang bantahan dari

    mulut kau yang aku nak dengar. Kalau aku kata A, maka A la

    jawapannya. Ada aham?Seriusnya wajah Syakir. Sama serius sewaktu

    permusuhan pertama mereka dahulu.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    60/140

    Coke and Sundae

    60

    Tapi Azyan tak takut dengan jelingan Syakir itu.

    Aku tak suka diperintah oleh diktator! getusAzyan.

    Aku memang diktator. Macam kau perintah aku

    kat sekolah dulu.

    Syakir tersengih. Dia mengangkat-angkat

    keningnya.

    Ooo.Masing-masing memuncungkan mulut mereka.

    Lepas ini azablah mereka semua dikerjakan oleh Syakir. Apa

    tidaknya, pertunjukan pentas hanya tinggal tiga hari saja lagi.

    Kena kerja keraslah jawabnya.

    Paling teruk kena seksa, pastinya Cik Nur Azyan

    yang membawa watak utama dalam pementasan mereka.

    Boleh ke Azyan menanganinya nanti?

    Mereka memandang ke arah Azyan yang masih

    bertekak dengan Syakir.

    MURAMNYAmuka akak malam ni?Ringan saja mulut Syamil bersuara. Monyok benar

    Azyan. Ini mesti ada tak kena dengan cikgu tuisyen

    kesayangannya itu. Apa yang dia dengar dari mulut abangnya,

    Azyan sekarang sedang menjalani latihan ketat di kelab teater.

    Kesian Abang Syakir dera dialah tu.

    Akak takde moodlah malam ni, Syam. Letih! Hari-

    hari kena praktis atas pentas. Naik lenguh seluruh badan ni

    dah, adu Azyan.

    Tengok budak-budak dalam kelasnya itu mulalah

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    61/140

    Ilya Abdullah

    61

    terbayangkan muka Syakir yang seakan-akan sedang

    mentertawakan dia. Azyan hilang tumpuan. Malah anginnya

    mula jadi tidak menentu. Takut nanti jadi ribut tauan aje.

    Hampeh punya Syakir!

    Ala tak bestlah kalau akak monyok macam ni.

    Ini mesti akak bergaduh lagi denganmamat sengal tukan?

    Cicak kobeng tu memang selalu kasi akak naik

    darah. Lama-lama akak boleh kena darah tinggi, Syam.

    Tengok muka akak yang cun ni pun dah jadi cengkung, tau.Akak tak nak jadi cicakkobeng macammamat sengal tu.

    Dengan Syamil Azyan meluahkan ketidakpuasan

    hatinya. Dia tidak tahu Syamil dan Syakir punya pertalian

    darah yang takkan putus. Muhammad Syamil bin Ilyas adalah

    adik kepada Muhammad Syakir bin Ilyas. Takkan Nur Azyan

    binti Idris tak perasan kut? Kan ke muka mereka ada iras-iras?Slow betul budak Azyan ni!

    Syam ada satu penyelesaian untuk akak.

    Syamil menongkat dagu merenung wajah ayu

    Azyan. Syamil merasakan dia lebih layak berada di sisi Azyan

    berbanding abangnya, Syakir. Syakir tu tak pandai ambil hati

    perempuan. Tak pandai mengurat!

    Ye ke? Syam boleh tolong akak?

    Azyan rasa teruja. Sementelah Syamil paling rapat

    dengan Azyan di antara anak-anak murid yang lain.

    Yelah apa kata akak jadi girlriendSyam. Syam

    akan lindungi akak dari mamat sengal yang kacau akak tu.

    Nampak aje badan Syam kecik tapi Syam kuat jugak, tau.

    Bersemangat Syamil menuturkan katanya.

    Terjegil biji mata Azyan. Budak kecik ni! Ligat

    tangannya memulas telinga Syamil.

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    62/140

    Coke and Sundae

    62

    Menjerit lantang Syamil.

    Siapa ajar ni? Tak padan kecik dah miangye.Syam gurau sikit dah meradang. Tak sporting la

    akak ni.

    Syamil mencebikkan bibirnya. Melepaslah dia.

    Azyan langsung tak pandang dia sebab dia cuma budak kecik

    pada pandangan mata Azyan. Azyan memang cun, sebab

    itulah budak kecik macam dia pun boleh tersangkut. Cinta

    tak mengenal usia, beb!

    Syam gurau tak kena timelah. Saja nak bagi akak

    terkejut beruk, gerutu Azyan.

    Syamil ketawa kecil. Dalam hati kecewa, tau.

    Okeylah. Syam salah pada akak. Apa kata Syam belanja akak

    air Coke. Nak tak?

    Syamil memulakan langkahnya. Mengajak Azyan

    minum bersama. Malam pun masih muda lagi. Kedai mamak

    corner tu tidak berapa jauh dengan rumah Azyan. Keluar

    dengan budak kecik, Encik Idris misai melentik takkan

    marahlah punya sebab Azyan berdating dengan budak kecik

    saja.

    Orait. Kita tamatkan kelas awal malam ini. Azyanmenyatakan persetujuan.

    Cantik!

    WAH! Sibukjugak kedai mamak cornermalam-malam ni.

    Azyan dan Syamil memilih tempat duduk yang agak

    tersorok. Azyan ada mengajak Salwa turut serta bersama

    mereka. Tapi temannya itu menolak sebab ada assignment

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    63/140

    Ilya Abdullah

    63

    yang perlu dibereskan. Jika tidak, mengamuk sakan Encik

    Tamdan tu nanti. Malas Salwa nak bertegang urat dengan

    orang tua yang agak tiga suku sikit tu.

    Tak baik betul Salwa mengutuk Encik Tamdan.

    Dapatpoint rendah, baru dia tahu.

    Dengan Encik Tamdan, jangan main-main sangat.

    Orang tua tu straight to the point. Tak pilih kasih. Itu yang

    Azyan suka sangat dengan Encik Tamdan tu....

    Melebar senyuman Azyan melihat air Coke,

    minuman kesukaannya terhidang di depan mata. Segera dia

    menghirup air Coke yang sudah berisi di dalam gelas besar

    tu.

    Geli hati Syamil melihat gelagat Azyan. Tak nampak

    garang macam gorilla pun. Dia marah pun masih tampak

    kelembutannya. Syamil mengusap-usap dagunya. Musykil!Aik! Malam-malam makan ais krimsundae?

    Berkerut dahi Azyan melihat pesanan Syamil.

    Syam sukasundae. Abang Syam pun sukasundae.

    Sedap, kak.

    Eee akak tak suka sundae. Manislah! Eh, tadi

    Syam cakap, Syam ada abang. Tak pernah pun cerita kat akakye.

    Azyan menarik pipi Syamil.

    Syamil tersengih. Tak pernah tanya, macam mana

    nak tahu, kan?

    Adik-beradik Syam cuma dua orang aje. Dua-dua

    lelaki, kak. Pening juga abah dan mak nak layan kerenahkami dua beradik, terutamanya along. Nakal sangat, kak.

    Sekarang along masih belajar. Ambil jurusanmedic. Itu pun

    sebab abah desak. Along tu lebih suka bab-bab enjin kereta

  • 8/3/2019 Coke n Sundae

    64/140

    Coke and Sundae

    64

    ni. Dia nak jadi mekanik, buka bengkel sendiri. Tapi, abah tak

    kasi, cerita Syamil.

    Habis tu, abang Syam tak memberontak ke?

    Along t