37
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara(3),Persiaran Utama,47800 Petaling Jaya Tajuk:Projek Explorasi Alam(Koleksi Flora dan Fauna) Tema: Nama ahli kumpulan: 1.Hiew Yi Sa(Pengerusi) 2.Neo Jun Yu(Naib Pengerusi)

Complete Doc.docx Sivik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sivik project for From 4

Citation preview

Page 1: Complete Doc.docx Sivik

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan 2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama

Damansara(3),Persiaran Utama,47800 Petaling Jaya

Tajuk:Projek Explorasi Alam(Koleksi Flora dan Fauna)

Tema:

Nama ahli kumpulan: 1.Hiew Yi Sa(Pengerusi)

2.Neo Jun Yu(Naib Pengerusi)

3.Chuah Chong Hooi(Setiausaha)

4.Nevin Ng Yang Wen(Bendahari)

Kelas: 4Orkid/2013

Nama Guru:Puan Hasniraiza Bt.Abdullah

Page 2: Complete Doc.docx Sivik
Page 3: Complete Doc.docx Sivik

ISI KANDUNGAN

No

.

Tajuk Muka Surat

1. Senarai AJK

2. Laporan Projek

Objektif

Pelaksanaan Projek

Hasil Projek

Refleksi

Penghargaan

3. Rujukan

4. Lampiran

Page 4: Complete Doc.docx Sivik

Senarai AJK

Pengerusi : Hiew Yi Sa

Naib Pengerusi : Neo Jun Yu

Setiausaha :Chuah Chong Hooi

Bendahari :Nevin Ng Yang Wen

Pembahagian Tugas :

- Pengerusi : Mengetuai kumpulan, lantik AJK, mengendali sesi mesyuarat,

pembahagian tugas, memastikan kelancaran perjalanan projek

- Naib Pengerusi : Membantu pengerusi, mengumpul senua bahan daripada semua ahli

- Setiausaha : Menaip laporan

- Bendahari : Mengutip wang, membeli peralatan untuk menyiapkan folio

Page 5: Complete Doc.docx Sivik
Page 6: Complete Doc.docx Sivik

Laporan projek

Tema: Malaysia Negara Berdaulat

Nama Projek: Koleksi flora dan fauna

Objektif:

a) Memenuhi sebahagian aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Tingkatan 4.

b) Mengenali keunikan flora dan fauna di Malaysia.

c) Memelihara dan memulihara flora dan fauna.

d) Menyedari kepentingan flora dan fauna.

e) Memelihara kestabilan ekosistem alam.

Page 7: Complete Doc.docx Sivik

Pelaksanaan Projek

i)Perancangan Tugas

A) Pembahagian Tugas

No. Nama Tugas

1 Hiew Yi Sa Mencari maklumat tentang cara menghalang

pencemaran alam serta kesan utama

pencemaran alam.

2 Neo Jun Yu Mencari maklumat tentang fenomena

pencemaran alam yang berlaku di Negara

Malaysia beserta dengan bukti.

3 Chuah Chong Hooi Mencari gambar dan nama jenis fauna dan

flora di dunia.

4 Nevin Ng Yang Wen Mencari specimen flora yang dipilih untuk

projek.

B) Huraian ringkas mesyuarat yang diadakan dan bajet..

Dalam mesyuarat yang diadakan pada 21 April 2013, kami telah bersetuju dengan senarai

AJK dan pembahagiaan tugas seperti di atas. Kami telah memilih Old Town White Coffee

pada pukul 3 hingga 5.30 petang sebagai tempat perbincangan dan pelaksanaan projek ini.

Perkara Kos

1) Sarung tangan RM8.40

2) Kertas A4 RM2.10

3) “Comb-binding” laporan RM1.70

Page 8: Complete Doc.docx Sivik

4) Plastik muka depan dan belakang laporan

projek

RM2.10

Jumlah RM14.20

ii) Sebelum amali

Kami telah berbincang tentang tempat dan masa kami berkumpul untuk melaksanakan folio

ini. Selain itu, kami juga meminjam sampel dari guru dan mendapat nasihat daripada guru.

Kami telah melantik Hiew Yi Sa sebagai pengerusi, Neo Jun Yu sebagai naib pengerusi,

Chuah Chong Hooi sebagai Setiausaha dan Nevin Ng Yang Wen sebagai Bendahari. Kami

telah memilih Old Town White Coffee pada pukul 9 hingga 11 pagi sebagai tempat

perbincangan dan pelaksanaan projek ini. Nevin Ng telah membeli bahan yang diperlukan

untuk projek ini.

iii) Semasa amali

Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini dilaksanakan pada 21 April 2013 setelah

taklimat tentang projek ini diberikan. Pada 21 April 2013, semua ahli telah berkumpul di Old

Town White Coffee untuk membincangkan sampel flora yang perlu diambil untuk projek ini.

Chuah Chong Hooi dan Nevin Ng Yang Wen telah pun pergi ke Sungai Buloh untuk mencari

sampel flora untuk lampiran ke dalam projek ini. Setiap ahli membentangkan laporan yang

perlu disiapkan oleh mereka dan ketika itu, kita telah menjawab borang refleksi yang telah

diberi oleh guru pendidikan Sivik dan Kewarganegeraan supaya kesuluruhan projek boleh

digabung. Secara keseluruhannya, projek ini telah berjalan dengan lancer bagi kumpulan

kami walaupun kami terpaksa menghadapi masalah mendapatkan masa yang sesuai untuk

Page 9: Complete Doc.docx Sivik

mengadakan mesyuarat, setiap ahli berjaya menghantarkan tugasan mereka pada masa yang

ditetapkan dan laporan ini berjaya dihasilkan.

iv) Hasil projek

Soalan 1

Tuliskan sebuah karangan tentang tiga cara menghalang pencemaran alam secara berterusan

dan huraikan tiga kesan utama pencemaran alam yang dapat dirasai oleh penduduk bumi pada

hari ini. Sertakan DUA fenomena/peristiwa pencemaran alam yang berlaku di Malaysia

berserta bukti seperti keratin akhbar/majalah/internet bagi menyokong fenomena/peristiwa

tersebut.

Pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah adalah pencemaran alam yang

wujud di dunia ini yang biasanya mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada penduduk

bumi pada hari ini.

Pencemaran udara

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida

dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di

dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama

dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-

tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan

bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti

tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.Haiwan akan terancam atau mati akibat dari

Page 10: Complete Doc.docx Sivik

pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan

dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.Contohnya, ikan tidak dapat

bernafas dengan elok dan menyebabkan pernafasan mereka tersesak.Kesan kepada tumbuhan

adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran

warna), dan pertumbuhan terbantut. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses

fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan

kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan

menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat

tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-

tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan

terancam.Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi

sebahagian daripada penduduk juga terganggu.Sektor ekonomi di Negara kita juga akan

merosot akibat kekurangan ini.Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem

pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen

dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan

mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti

nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar

seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan

keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang

penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh

pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan

kemalangan kenderaan. Kajian juga menunjukkan bahawa kadar kelahiran rakyat juga akan

merosot akibat ini.

Page 11: Complete Doc.docx Sivik

Banyak cara yang dapat mengatasi pencemaran udara. Langkah pertama ialah kita perlu

mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakan pencemaran udara berlaku

adalah daripada sikap manusia yang mementingkan kepentingan sendiri. Pemilik kilang

membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih

dan tidak mahu membazirkan duit untuk menapiskan gas-gas tersebut. Oleh itu, kita perlu

mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari pencemaran udara akan

mendatangkan banyak kesan-kesan negatif yang merosakkan alam.

Langkah pertama, ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen tentang

pencemaran udara. Tujuannya untuk menyedarkan masyarakt tentang kepentingan

memeliharan dan menjaga alam sekitar. Di samping itu, masyarakat akan didedahkan tentang

kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi alam sekitar. Kempen ini harus

diadakan sepanjang tahun supayakan masyarakat tidak akan lupa menjaga alam sekitar.

Kempen ini boleh diakan di sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga

boleh ditampar di tempat-tempat yang dapat dilihat oleh orang ramai.Langkah kedua, ialah

kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Maksud kuatkuasakan undang-

undang dan peraturan yang berkenaan ialah pihak yang melakukan pencemaran udara akan

dikenakan tindakan dari segi undang-undang. Kilang-kilang yang melepaskan asap-sap yang

mencemarkan udara tanpa menapiskan udara akan disaman. Jika kilang tersebut terus

melakukan kegiatan tersebut. Lesen perniagaan akan digantung. Orang ramai juga tidak boleh

melakukan aktiviti pembakaran dengan sesuka hati. Tujuan adalah meminimumkan

pencemaran udara ke tahap yang lebih rendah. Langkah ketiga,,perlu dijalankan melalui

peringkat antarabangsa.Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti

WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan bagi menangani

masalah pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini ibarat

cendawan tumbuh selepas hujan.Kedua-dua pertubuhan ini berfungsi sebagai pengawas

Page 12: Complete Doc.docx Sivik

pencemaran.WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak

menetapkan peraturan mengenai alam sekitar .melalui pertubuhan Greenpeace pula,ia

bertindak memberi maklumat kepada masyarakat mengenai masalah pencemaran alam sekitar

yang terjadi di dunia dan menjalankan aktiviti menunjuk perasaan jika berlaku sesuatu

pencemaran alam sekitar.Perkara ini dapat menyedarkan orang ramai agar prihatin terhadap

alam sekitar.

Pencemaran air

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap

oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan

sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai.

Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman

globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang

besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007,

alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah

yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah

sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan

meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah

sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah

sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan

menyumbang kepada pencemaran sungai. Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa

toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan

mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat

berbahaya kepada manusia dan hidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau

seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang

memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti

Page 13: Complete Doc.docx Sivik

kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai

untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air

Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke

dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik

tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan

sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang

mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu

dikikis demi kepentingan bersama. Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal.

Hal sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya

ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang

jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan

tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana

minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan

tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut

kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti

Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut

kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.

Pepatah Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada penawarnya”. Usaha untuk mengatasi

pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu

bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak

sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal

ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu

bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang

terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja

Page 14: Complete Doc.docx Sivik

tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka

tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka

yang boleh mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan

mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka

anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran

alam sekitar akan dapat diatasi.Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar.

Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran

untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui mata

pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam

sekitar secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi

tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan

isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara

tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam

sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga

alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam

Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan

gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti

alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak

sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.Perancangan dan

pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah yang dapat mengatasi masalah

pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan program 3R dalam

kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ ialah

usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat

haruslah berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan

Page 15: Complete Doc.docx Sivik

seperti petroleum dan arang batu. ‘Reuse’ pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan

buangan secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru.

Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap yang

boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan

amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual

surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan

sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat

sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu

pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.

Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar kebanyakannya berpunca

daripada pengeluaran asap ke udara dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Menyedari kesan-kesan

negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-

undang untuk menangani masalah yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang

membangun. Dengan ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mandatori lima tahun

penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-

undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan

larangan melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun

keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang diputuskan oleh

kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap hitam dan menggunakan alternatif lain

untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi

kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa pihak yang mencemarkan

alam sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam

sekitar dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.

Page 16: Complete Doc.docx Sivik

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran tanah disebabkan oleh

pembuangan bahan kimia dalam bentuk air atau pepejal atau perubahan lain dalam

persekitaran tanah alami. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah.

Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan

bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi

layu. Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu

sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan

kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk

ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan

sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar. Tanah yang

tercemar disebabkan oleh stim dari kontaminan, dan dari pencemaran sekunder dan bekalan

air dalam tanah yang mendasari. Pemetaan halaman tanah yang tercemar dan pembersihan

yang dijalankan memakan masa dan tugas-tugas yang mahal, yang memerlukan jumlah

banyak pakar pakar dari bidang geologi, hidrologi, kimia dan kemahiran komputer. Tahap

tanah yang tercemar di Amerika Utara dan Eropah Barat sangat serius. Oleh itu, banyak

negara di kawasan-kawasan tersebut memiliki kerangka undang-undang untuk mengenal

pasti dan menangani masalah persekitaran, namun ini pencemaran tanah di negara-negara

membangun memang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana preindustrian dan pembinaan

kilang-kilang yang semakin banyak. Pertumbuhan sangat besar dan berterusan dari Republik

Rakyat China sejak tahun 1970-an telah menyebabkan tanah yand tercemar semakin

meningkat. Perlindungan Persekitaran Negara Pentadbiran percaya itu menjadi ancaman bagi

persekitaran, keselamatan makanan dan pertanian yang berterusan. Menurut statistik dan

kajian saintifik, 150,000,000 batu (100,000 kilometer persegi) tanah China ditanamkan telah

Page 17: Complete Doc.docx Sivik

tercemar. Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti

pencemaran-pencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap

kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear

menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan

loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang

telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di

sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan

kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Selain itu, sampah-

sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit.

Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan

menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi

lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang

penyakit yang serius. Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa

industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan

kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-

sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang

meresap ke dalam tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan

menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai

turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga

menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya,

landasan keretapi dan lapangan terbang. Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi

tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha

pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering

berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi

mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang

Page 18: Complete Doc.docx Sivik

ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan

kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang. Satu lagi kesan

pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat

sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan

ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh

dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah.

Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan

hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah

pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat

menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan

hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu

jenis tanaman.

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk

mengatasi masalah pencemaran tanah.Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif

diri terhadap alam sekitar.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,dia akan sedar

tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Selain itu,kempen

kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam

sekitar.Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen

cintailah sungai kita,kitar semula,dan sahabat alam.Dalam kempen ini peserta akan diajar

tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya. Pendedahan media masa juga

merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanah.Pada

hari ini,media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran

semua pengguna.Oleh itu,dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran

alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.

Page 20: Complete Doc.docx Sivik

flora dan 10 jenis fauna di dunia (masukkan 2 jenis bagi setiap muka surat). Markah bonus

akan diberikan jika anda dapat menyertakan specimen bersama-sama laporan anda.

Contohnya, daun yang telah dikeringkan atau bunga yang telah diawet atau dikeraskan

(bunga yang diletakkan di dalam buku tebal). Sertakan nama setiap flora dan fauna dan

penerangan ringkas sekurang-kurangnya 5 ayat bagi setiap gambar/spesimen.

Monyet proboscis (Nasalis larvatus) atau monyet berhidung panjang, yang dikenali sebagai

bekantan yang dalam bahasa Melayu, adalah arboreal monyet Dunia Lama berwarna perang

Page 21: Complete Doc.docx Sivik

kemerahan yang endemik kepada pulau Asia tenggara Borneo. Ia tergolong dalam genus Nasalis

monotypic, walaupun langur babi ekor secara tradisinya juga telah dimasukkan dalam genus ini -.

Rawatan masih disukai oleh beberapa [3]

Monyet juga pergi dengan nama Melayu monyet belanda ("monyet Belanda"), atau bahkan orang

belanda ("Belanda"), seperti Indonesia mengatakan bahawa penjajah Belanda sering mempunyai

perut besar yang sama dan hidung.

Ini spesis monyet mudah dikenalpasti kerana hidungnya yang luar biasa besar.

Lorises perlahan adalah kumpulan beberapa spesies primat strepsirrhine yang membentuk

Nycticebus genus. Ditemui di Asia Selatan dan Asia Tenggara, mereka terdiri daripada Bangladesh

dan Timur Laut India di barat ke Filipina di sebelah timur, dan dari wilayah Yunnan di China di utara

ke pulau Jawa di selatan. Walaupun banyak klasifikasi terdahulu diiktiraf kurang spesies, sehingga

lapan kini dianggap sah: Sunda perlahan monyet loris (N. coucang), Bengal perlahan monyet loris (N.

bengalensis), monyet loris pygmy perlahan (N. pygmaeus), Javan perlahan monyet loris (N.

javanicus), Borneo perlahan monyet loris (N. menagensis), N. bancanus, N. borneanus, dan N. Kayan.

Saudara-mara kumpulan terdekat adalah lorisids lain, seperti lorises langsing, pottos, pottos palsu,

dan angwantibos. Mereka juga berkait rapat dengan lorisoids selebihnya (pelbagai jenis galago),

Page 22: Complete Doc.docx Sivik

serta lemur Madagascar. Sejarah evolusi mereka adalah tidak menentu sejak rekod fosil mereka

adalah setengah-setengah jam dan kajian molekul telah memberikan keputusan yang tidak konsisten

Ini colobine monyet Dunia Lama, yang berasal dari Asia Tenggara, mempunyai penampilan yang

sangat menarik. The douc merah shanked bersifat mempunyai kaki merah terang dan tompok merah

di sekeliling mata. Sebaliknya, douc kelabu-shanked kurang bertenaga, dengan kaki kelabu berbintik

oren dan tanda-tanda di muka. Kedua-duanya mempunyai badan kelabu Belang-Belang, tangan

hitam dan kaki dan pipi putih, walaupun bulu pipi daripada douc merah shanked adalah lebih lama.

The douc hitam shanked mempunyai kaki hitam. Kaki panjang belakang dan ekor membenarkan ini

monyet untuk menjadi hebat tangkas dalam habitat sudur mereka.

Page 23: Complete Doc.docx Sivik

The pukang cincin ekor (Lemur catta) adalah strepsirrhine primat besar dan pukang yang paling

diiktiraf kerana, ekor dikelilingi panjang hitam dan putih. Ia tergolong Lemuridae, salah satu daripada

lima keluarga pukang, dan merupakan satu-satunya ahli genus Lemur itu. Seperti semua lemur ia

adalah endemik kepada pulau Madagascar. Dikenali di dalam negara sebagai maky Malagasi ([mak ʲ]

(mendengar), dieja elefant dalam bahasa Perancis) atau Hira, ia mendiami hutan Galeri berduri

untuk gosok di kawasan selatan pulau ini. Ia adalah makan segala macam makanan dan yang paling

daratan lemur. Haiwan itu siang, menjadi aktif secara eksklusif di waktu siang.

Page 24: Complete Doc.docx Sivik

Cicak jumbai berleher (Chlamydosaurus kingii), juga dikenali sebagai cicak yg berjumbai atau naga yg

berjumbai, didapati terutamanya di utara Australia dan selatan New Guinea. Spesies ini adalah satu-

satunya ahli Chlamydosaurus genus. Namanya berasal dari jumbai yang besar di leher, yang biasanya

kekal dilipat terhadap badan biawak. Ia adalah sebahagian besarnya arboreal, menghabiskan

majoriti masa di atas pokok. Diet biawak terutamanya terdiri daripada serangga dan vertebrata kecil.

Cicak jumbai berleher adalah cicak yang agak besar, dengan purata 85 cm panjang.

Page 25: Complete Doc.docx Sivik

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin merakamkan penhargaan dan ucapan terima kasih kepada

mereka yang telah membantu kami menjalankan kajian ini.Bantuan,dorongan dan tunjuk ajar

mereka telah membolehkan kami menjalankan kajian ini dengan jayanya.

Ucapan terima kasih yang pertama ditujukan khas kepada ibu bapa kami kerana mereka

menolong menjayakan projek ini.Mereka telah memberi kebenaran kepada kami semua untuk

melaksanakan projek ini.Ucapan ini ditujukan kepada ahli keluarga kami yang lain yang

telah membantu menjayakan projek ini.

Seturusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas kami semua

kerana mereka sudi membantu mendapatkanmaklumat tentang Projek Explorasi Alam untuk

mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini.Tanpa kerjasama mereka, projek

ini sudah tentu tidak akan dapat dilakukan.

Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pekbun bunga di Sungai

Buloh kerana telah membenarkan kami semua memetik sampel bunga untuk dilampirkan

dalam projek kami.Kerjasama mereka dalam melaksanakan projek ini adalah amat dihargai.

Akhir sekali,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata

pelajaranPendidikan Svik dan Kewarganegaraan kami iaitu Cikgu Hasniraiza kerana beliau

telah memberi peluang kepada kami murid-murid untuk menghasilkan projek ini.Kami juga

ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas bimbingannya.

Page 26: Complete Doc.docx Sivik
Page 27: Complete Doc.docx Sivik

Rujukan

1. Laman web

. http://en.wikipedia.org/

. http://www.google.com/

Buku

.Kamus dewan edisi no-4

.Buku rujukan geografi success tingkatan 3

.The Forest Resource Of Malaysia daripada Raj Kumar

Page 28: Complete Doc.docx Sivik
Page 29: Complete Doc.docx Sivik