17
1.0 Pendahuluan Terdapat ramai ahli falsafah yang membincangkan dan membentang idea- idea yang bernas berkenaan dengan Falsafah Pendidikan di serata dunia. Nama-nama mereka yang selalu meniti di bibir-bibir para ilmuwan dan ilmiah yang mengkaji dan menyelidiki tentang kehebatan dan keazaman para ahli falsafah ini untuk mencari dan membuktikan kesungguhan mereka dalam menjayakan misi dan visi mereka dalam mewujudkan system pendidikan yang berkesan pada zaman masing-masing. Socrates, Confucius, Plato, Al-Farabi, Vivekananda, Paolo Freire dan John Locke ialah nama-nama besar di dalam bidang pendidikan dan falsafah mereka dirungkai dan diguna pakai dari zaman ke zaman sehingga ke hari ini. Di dalam tugasan ini, kita akan membincangkan dua dari tokoh-tokoh falsafah ini dan membanding bezakan hujah-hujah mereka tentang Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan juga tentang peranan Guru dan Kaedah Mengajar. 2.0 Matlamat Pendidkan Matlamat pendidikan Plato berteraskan konsep Negara Ideal. Plato bermatlamatkan konsep Negara Ideal yang berteraskan keadilan dan cara mengekalkannya.. Dalam matlamat pendidikannya, Plato telah membahagikan rakyat kepada tiga kumpulan iaitu golongan hamba, golongan tukang kayu dan golongan Penjaga (Guardian). Golongan Penjaga adalah kumpulan rakyat yang mempunyai tanggungjawab untuk mentadbir dan mengetuai Negara pada masa akan datang. Manakala, bagi Al-Farabi, matlamat utama pendidikannya ialah melahirkan manusia atau individu yang sempurna. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah manusia yang dapat menguasai budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal. ‘budi mulia harus menjadi sebati dengan gaya hidup seseorang dan dia mesti sanggup bertindak. Budi mulia hendaklah diingini oleh semua dan tidak dianggap sebagai sesuatu yang membebankan.’ (Al-Farabi, Fusil mabadi’ ahl al-madina al-fadila in Kitab al-Milla, edited by Muhsin Mahdi, Beirut, Imprimerie catholique, 1968, p.24)

Completed - Plato vs Al-Farabi

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 Pendahuluan

Terdapat ramai ahli falsafah yang membincangkan dan membentang

idea-idea yang bernas berkenaan dengan Falsafah Pendidikan di serata

dunia. Nama-nama mereka yang selalu meniti di bibir-bibir para ilmuwan dan

ilmiah yang mengkaji dan menyelidiki tentang kehebatan dan keazaman

para ahli falsafah ini untuk mencari dan membuktikan kesungguhan mereka

dalam menjayakan misi dan visi mereka dalam mewujudkan system

pendidikan yang berkesan pada zaman masing-masing. Socrates, Confucius,

Plato, Al-Farabi, Vivekananda, Paolo Freire dan John Locke ialah nama-nama

besar di dalam bidang pendidikan dan falsafah mereka dirungkai dan diguna

pakai dari zaman ke zaman sehingga ke hari ini. Di dalam tugasan ini, kita

akan membincangkan dua dari tokoh-tokoh falsafah ini dan membanding

bezakan hujah-hujah mereka tentang Matlamat Pendidikan, Kurikulum dan

juga tentang peranan Guru dan Kaedah Mengajar.

2.0 Matlamat Pendidkan

Matlamat pendidikan Plato berteraskan konsep Negara Ideal. Plato

bermatlamatkan konsep Negara Ideal yang berteraskan keadilan dan cara

mengekalkannya.. Dalam matlamat pendidikannya, Plato telah

membahagikan rakyat kepada tiga kumpulan iaitu golongan hamba,

golongan tukang kayu dan golongan Penjaga (Guardian). Golongan Penjaga

adalah kumpulan rakyat yang mempunyai tanggungjawab untuk mentadbir

dan mengetuai Negara pada masa akan datang. Manakala, bagi Al-Farabi,

matlamat utama pendidikannya ialah melahirkan manusia atau individu yang

sempurna. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna (al insan al kamil)

ialah manusia yang dapat menguasai budi mulia teoretikal dan budi mulia

praktikal.

‘budi mulia harus menjadi sebati dengan gaya hidup seseorang dan dia

mesti sanggup bertindak. Budi mulia hendaklah diingini oleh semua dan

tidak dianggap sebagai sesuatu yang membebankan.’(Al-Farabi, Fusil

mabadi’ ahl al-madina al-fadila in Kitab al-Milla, edited by Muhsin Mahdi,

Beirut, Imprimerie catholique, 1968, p.24)

Pada firasat Plato, kepuasan individu adalah tidak penting melainkan

sumbangan yang boleh ditawarkan kepada negara dalam mengekalkan

konsep Negara Ideal,

‘The aim of education is not personal growth but service of the State’

(Charles Hummel,1999)

Matlamat ini berbeza dengan matlamat pendidikan Al-Farabi kerana

matlamat pendidikan Al-Farabi adalah berteraskan ilmu Al-Quran dan

Pendidikan Islam. Matlamatnya berkisar tentang penguasaan nilai,

pengetahuan, dan kemahiran dalam mencapai kebahagiaan dan

kesempurnaan dalam diri individu tersebut,

‘the cultivation of the intellect should be the highest aim of education’

(Miriam Galston, the political philosophy of Alfarabi, 1990)

Matlamat pendidikan Plato juga menggariskan matlamat pendidkannya

untuk mengekalkan status quo. Bagi Al-Farabi pula, matlamat pendidikannya

boleh tercapai dengan pembentukan suatu komuniti ideal dimana orang

tolong-menolong dan bekerjasama ke arah pencapaian kebahagiaan.

‘all work together in order to attain happiness’(Al-Farabi, Mabadi’ ahl al-

madina al-fadila Edited by Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie

catholique, 1959, p. 97)

Matlamat pendidikan Al-Farabi juga menyentuh tentang matlamat mendidik

pemimpin yang sempurna untuk mengurus masyarakat menjadi komuniti

ideal. Menurut Al-Farabi,

‘individu bukan mempelajari warisan kebudayaan negara tetapi

menguasai ilmu yang membawa kepada kematangan perasaan,

pertimbangan, pengadilan, tindakan dan memperkembangkan

pemikiran kritis.’ (Al-Farabi, Mabadi’ ahl al-madina al-fadila Edited by

Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p. 97)

Falsafah ini bertentangan dengan pendapat Plato di mana Plato mewajibkan

kanak-kanak yang belajar supaya mempelajari ilmu-ilmu warisan

kebudayaan yang ada. Dan apabila mereka mentadbir negara, mereka harus

mencuba untuk mengekalkan corak pentadbiran yang ada sedaya mungkin.

Bagi Plato, perubahan hanya membawa bencana.

‘in an ideal State, change can bring about only decadence and

corruptions’ (Laws, 797d)

Berdasarkan konsep keagamaan, Al-Farabi telah menyangkal dakwaan Plato

terhadap kriteria Negara Ideal. Al-Farabi mendakwa Negara Ideal ialah

negara yang diperintah oleh seorang Nabi-Imam. Bagi Al-Farabi, Negara

Ideal ialah Madinah yang diperintah oleh Nabi Muhammad.

‘Al-Farabi incorporoted the Platonic view, drawing a parrallel from within

the Islamic context, in that he regarded the ideal state to be ruled by

the prophet-imam, instead of the philosopher-king envisaged by Plato.

Al-Farabi argued that the ideal state was the city of Medina when it was

governed by the prophet Muhammad as its head of state, as he was in

direct communion with Allah whose law was revealed to him.’(Al-Farabi,

Al-Madina al-Fadila)

3.0 Kurikulum

Plato ialah seorang ahli falsafah yang menubuhkan The Academy dan

menjadi ketua di sana selama lebih 40 tsahun. Matlamatnya lebih menjurus

kepada menyiapkan individu dari kumpulan Penjaga untuk menjadi seorang

yang boleh memberi sumbangan kepada Negara. Maka, terhasillah

Kurikulum seperti yang tercatit di dalam (The Republic, books ii-v and vii)

dan (The Laws, book i, ii & vii). Plato menyediakan kurikulum berteraskan

konsep ‘lifelong learning’ atau pembelajaran berterusan. Menurut

pandangan Plato, sistem pelajaran diketuai oleh ‘Supervisor of Education’

atau Penyelia Pelajaran di mana beliau ialah seorang lelaki yang berumur

lebih 50 tahun, berkeluarga yang sah dan mempunyai anak lelaki dan

perempuan.

‘a man of not less than 50 years, and the father of a legitimate family,

preferably of both sexes’ (Laws 765d-e)

Di bawahnya, terdapat beberapa orang Penyelia seperti Penyelia Gimnasium

dan Penyelia Sekolah yang menjaga kehadiran dan pengadil pertandingan

sukan dan muzik.

‘He will have working under him ‘superintendentds of gymnasiums and

schools in charge of their seemly maintenance as well as of the

education given and the supervision of attendences and accomodation

for children of both sexes, together with judges of performers

contending in both musical and athletic competitions’ (Laws, 764c-d)

Plato mengambil berat soal pendidikan kanak-kanak sejak dari awal lagi.

Latihan jasmani bermula ketika dari dalam kandungan. Perempuan yang

mengandung disarankan untuk berjalan dan bergerak sebanyak mungkin

sebagai persediaan kepada bayi yang sihat. Menurut Plato, setiap gegaran,

pergerakan dan [berkomunikasi] dan tidak bercakap perkara yang bukan-

bukan kepada bayi yang belum dilahirkan.

‘every sort of shaking and stirring [communicates] health and beauty, to

say nothing of roboustness to the unborn infant’ (Laws, 789d)

Untuk peringkat Pra-sekolah, Plato menitik beratkan soal disiplin di mana ibu

bapa atau penjaga kepada kanak-kanak harus mendisiplinkan kanak-kanak

menjadi seorang yang patuh pada disiplin dan undang-undang. Menurut

Plato, kanak-kanak yang terlalu dimanja boleh menjadikan mereka cepat

marah, takut dan mudah kecewa dengan perkara kecil. Sebaliknya, disiplin

yang terlalu ketat boleh menjadikan mereka tidak bermaya, sedih lembap

dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian kelak.

‘while spoiling of children makes their temper fretful, peevish and easily

upset by mere trifles, the contrary treatment, the severe and the

unqualified tyranny which makes its victims spiritless, servile, and

sullen, renders them unfit for intercourse of domestics and civic life’

(Laws, 791c)

Pendedahan budaya adalah langkah yang penting selepas mendisiplinkan

kanak-kanak. Plato meletakkan tanggungjawab ini kepada ibu bapa dan

penjaga untuk menyampaikan cerita-cerita bertujuan untuk pembinaan

karekter dan minda.

Selain dari itu, sukan juga merupakan elemen penting untuk pembentukan

manusia yang sihat dan cerdas. Menurut Plato, kanak-kanak yang berumur

tiga hingga enam tahun perlu bermain bersama kanak-kanak yang lain di

bawah pengawasan seorang perempuan yang ditugaskan untuk tugasan

tersebut. Menurut Plato di dalam buku Laws 643b, kanak-kanak yang handal

dalam sesuatu perkara seperti orang lelakki dewasa mesti berlatih sejak dari

zaman kanak-kanak lagi.

‘he who is to be good at anything as a man must practice that thing from early childhood’ (Laws, 643b)

Pada umur enam hingga 10 tahun, kanak-kanak mula dihantar ke sekolah

untuk mempelajari ilmu membaca, menulis dan mengira. Dan pada umur 10

tahun hingga 13 tahun, kakan-kanak diajar bermain gambus atau juga

dikenali sebagai ‘lyre’. Menurut Plato, tiada ibu bapa atau pelajar yang perlu

diberi keizinan untuk memanjang atau memendekkan jangka masa ini

samada suka atau tidak suka terhadap subjek-subjek yang diajar.

‘no boy, no parents shall be permitted to extend or curtail this period

from fondness or distaste for the subjects’(Laws, 809e-810a)

Selama lapan tahun kanak-kanak tersebut diajar menulis, membaca,

mengira,dan bermain gambus. Selepas itu, kanak-kanak tersebut diajar

bersukan termasuk menunggang kuda dan latihan bersenjata. Kesemuanya

perlu diseimbangkan dengan budaya dan gimnastik pada tahap se sempurna

yang mungkin.

‘the balance between culture and gymnastics should be maintained as

perfectly as possible.’(Republic, 411 c et seq.)

Seterusnya, pada umur 18 hingga 21 tahun, kanak-kanak yang sudah

melalui pelbagai pertandingan dan peperiksaan, remaja lelaki dan

perempuan perlu menghadirkan diri untuk latihan fizikal dan latihan

ketenteraan yang ekslusif selama dua atau tiga tahun. Selepas latihan ini

berakhir, pelajar yang layak berdasarkan ujian, pertandingan dan

peperiksaan pada zaman persekolahan dan di kem ketenteraan akan layak

masuk ke pusat pengajian tinggi pada umur 21 tahun. Pada tahap ini,

mereka akan diperkenalkan dengan ilmu-ilmu falsafah asas dan pentadbiran

Negara. Plato sangat mengambil berat akan hal pendidikan dan

kemudiannya mewajibkan pendidikan ke atas semua individu sehingga ke

umur 20 tahun. Menurut Plato,

‘all this study must be presented not in the form of compulsory

instruction because a free soul ought not to pursue any study slavishly’

(Republic, 536d-e).

Plato mencadangkan pengajian tinggi ini dilakukan selama lebih 10 tahun.

Pelajar perlu menggunakan ilmu yang mereka dapat ketika di zaman

persekolahan dan di dalam kem ketenteraan. Bagi Plato, ini akan membantu

mereka memahami dan mengaplikasi apa yang mereka belajar selama ini.

Plato berkata,

‘for he who can view things in their connection as a dialectician’

(Republic,537c)

Perhatian khusus diberikan kepada empat tunggak utama dalam memahami

falsafah iaitu matematik, geometri, astronomi dan harmoni. Matematik dan

geometri dipercayai membebaskan minda dari berjaga, membiasakan diri

dengan dunia akal yang suci dan menukarkan jiwa kepada ketinggian duina

idea. Menurut Plato dalam Republicnya,

‘geometry is the knowledge of the eternal existent’ (Republic, 527b)

‘it is through geometry that one learns how to manipulate concepts’

(Republic, 510-511)

Seterusnya, pada umur lebih 30 tahun, pelajar mula mempelajari ilmu

Falsafah atau Dialektik. Selepas lima tahun mempelajari Falsafah atau

Dialetik, mereka dikerah untuk kembali ke bahagian ketenteraan atau

jawatan awam untuk berkhidmat selama 15 tahun. Mereka akan terus diuji

dengan latihan dan ujian. Dan pada umur 50 tahun, sesiapa yang telah

disahkan sebagai penjawat awam atau disahkan dalam bidang ketenteraan

akan diberi peluang untuk mentadbir Negara sehingga bersara. Seperti kata

Plato di dalam bukunya,

‘At the age of 50 those who have approved themselves altogether the

best in every task and form of knowledge’… and when they have thus

beheld the good itself they shall use it as a pattern for the right ordering

of the State’ (Republic, 540a)

Apabila mereka bersara, mereka bebas untuk menikmati ganjaran mutlak

dalam menghayati Falsafah dimana ini akan menjadi ganjaran yang tidak

ternilai.

Ini adalah kurikulum yang dicadangkan oleh Plato pada zamannya.

Seterusnya, kita akan melihat hujah-hujah Kurikulum yang dibentangkan

oleh ilmuwan Islam yang tersohor, Al-Farabi.

Dalam kurikulumnya, Al-Farabi menekankan keutamaan pembelajaran Al-

Quran dan Pengajian islam yang lain seperti fiqh(undang-undang),

qanun(undang-undang Islam), dan kalam(teologi). Dalam mempelajari

ketiga-tiga ilmu yang dianggap penting, Al-Farabi turut menyuarakan ilmu-

ilmu keduniaan yang juga dikatakan penting dalam memahami hukum alam

dan dalam mengesakan Allah. Diantara subjek-subjek yang diberi perhatian

oleh Al-Farabi termasuklah Bahasa, Logik, Matematik, Sains dan Muzik.

Penguasaan bahasa amat penting. Al-Farabi menggalakkan para pelajar

untuk menguasai bahasa-bahasa yang lain agar ilmu-ilmu yang terdapat

dalam bahasa yang berbeza dapat dikaitkan. Al-Farabi sendiri telah

menguasai beberapa bahasa lain yang membolehkannya untuk membanding

bezakan budaya dan bahasa. Menurut Al-Farabi, kemahiran tatabahasa

memudahkan pelajar untuk mengekspresi diri. Tanpa kebolehan berbahasa,

seseorang tidak akan dapat belajar dan berkembang dengan baik.

‘the sequence of learning must begin with the language and its structure

i.e. its grammar, so that the students can express himself as do the

people who speak that language, without this ability, he will not be able

to understand others nor they him, and he will not develop properly.

Mastery of the common language, the foundation for all other kinds of

knowledge, is therefore indispensable.’(Al-Farabi)

Selanjutnya, Al-Farabi memberi penekanan kepada ilmu Logik. Kita sendiri

tahu yang Al-Farabi begitu minat dan mahir tentang ilmu Logik kerana dia

banyak menghabiskan masanya menelaah buku-buku hasil tulisan Aristotle

yang bekisar tentang ilmu Logik. Menurut Al-Farabi, ilmu Logik dapat

membantu pelajar mendalami ilmu Sains dan Matematik untuk refleksi yang

waras dan teratur. Menurutnya, Matematik adalah tahap tertinggi dalam

hirarki sains teoretikal.

‘Sesiapa yang ingin mempelajari seni teoretikal mula dengan

mempelajari nombor dan diikuti dengan pengukuran dan kemudian

optiks.’ (Al-Farabi)

Al-Farabi turut menyediakan pembahagian Matematik kepada tujuh

bahagian iaitu:

1. Nombor

2. Geometri

3. Sains Perspektif

4. Astronomi

5. Muzik

6. Dinamiks

7. Mekaniks

Menurut Al-Farabi, pengajaran Matematik perlu dimulakan dengan

pengajaran Nombor kerana Nombor adalah tepat, jelas dan tidak

mengelirukan pelajar serta melatih intelek pelajar. Selain dari itu, Matematik

perlu diajar secara berperingkat-peringkat bermula dengan yang konkrit dan

boleh diukur kepada yang lebih abstrak. Bermula dengan pengiraan, diikuti

dengan geometri yang hendak diajar supaya tidak wujud ketidaktentuan.

Kemudian pelajar diajar Sains Perspektif, Astronomi, Muzik, Dinamiks dan

akhir sekali Mekaniks. Barulah pelajar boleh didedahkan kepada Sains

Semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan

sebagainya.

Seterusnya, Al-Farabi menekankan Sains sebagai satu subjek yang penting.

Al-Farabi mengklasifikasikan Sains dengan tujuan pendidikan. Menurut Al-

Farabi, pendidikan Sains adalah tidak bermakna dan tidak berguna jika

pelajar tidak dibenarkan untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan

sebenar.

‘Sains hanya berguna jika ia dapat dikaitkan dengan dunia sebenar dan

pelajar mesti diberi peluang mengaplikasikannya’.

Tujuan pengajaran Sains juga telah ditakrifkan oleh Al-Farabi untuk

mencapai beberapa objektif. Objektif pertama sebagai panduan asas dalam

pemilihan subjek. Yang kedua, sebagai panduan untuk memahami hirarki

Sains. Yang ketiga, membantu memastikan tahap sepatutnya pembelajaran

sesuatu ilmu Sains itu dan akhirnya untuk membantu pelajar menguasai

subjek-subjek yang perlu dipelajari sebelum mereka mendakwa telah

menguasai bahagian-bahgian Sains yang tertentu.

‘First, the classification was intended as a general guide for students in

the choice of subjects that would be beneficial to them. Second, the

classification enabled students to understand the hierarchy of Sciences.

Third, its various divisions and subdividsions were helpful in determining

the extent to which specialization may be legitimately pursued. Finally,

the classification informed students of the subjects they must master

before they can claim mastery in a particular field.’ (Osman Bakar,

Classification of Knowledge in Islam, 1992)

Al-Farabi tidak mengasing-asingkan ilmu Sains ini dengan Sains Islam seperti

tafsir, Hadith, shari’ah, atau tawhid. Ilmu Sains Islam sentiasa menjadi

dominasi kepada ilmu-ilmu Sains yang lain. Pada akhirnya, Al-Farabi dan

para ilmuwan Islam yang lain telah memperkenalkan dimensi baru

pengetahuan dan mengintegrasikan ilmu Sains ini dengan Sains Islam

dengan skema bersepadu.

‘What Al-Farabi and later philosophers did was to introduce new

dimensions of knowledge and integrate these with religious sciences

within a unified scheme.’ (Rosnani Hashim, 2011)

4.0 Peranan Guru dan Kaedah Mengajar

Seterusnya, kita akan meneliti dan menganalisis perbezaan dan

perbandingan antara Peranan Guru dan Kaedah Mengajar mengikut apa

yang dicadangkan oleh Plato dan apa yang dituliskan oleh Al-Farabi.

Mulanya, kita akan meneliti apa yang dicadangkan oleh Plato.

Seperti yang diketahui ramai, Plato dipengaruhi oleh corak pendidikan

gurunya, Socrates. Plato meneruskan usaha dan cara gurunya mengajar

dengan kaedah ‘question and dilaogue’ atau persoalan dan perbincangan.

Plato percaya dengan kata-kata yang diucapkan oleh Socrates,

‘Pindahan ilmu daripada guru kepada pelajar seperti pindahan air dari

cawan yang penuh ke cawan yang kosong.’- Socrates.

Menurut Plato, peranan guru sememangnya penting dan Plato mengambil

berat tentang tanggungjawab seorang guru. Bagi Plato, seorang guru patut

tahu dan fahaman tentang apa yang diajar. Peranan ini bersamaan dengan

peranan guru yang diutarakan oleh Al-Farabi.

‘Guru mesti menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang ilmu

yang hendak diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar yang

berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak

disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka.’(Al-Farabi)

Untuk itu, pada zamannya, Plato memanggil ahli-ahli Falsafah yang terkenal

pada zamannya seperti Euxoda, pakar matematik, astronomi, geografi dan

fizik untuk mengajar di ‘The Academy’-nya,

‘Plato, himself a seasoned mathematician, invited other scholars

accomplished in this discipline to teach at the academy. These included

Euxodas who was a mathematician , astronomer, geogarpher and

physician.’ (Charles Hummel, 1999)

Menurut Plato lagi, guru dan pelajar mestilah tinggal di dalam satu komuniti.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pelajar dan guru untuk menghadiri

sesi-sesi perbincangn dan persoalan. Juga, untuk mewujudkan semangat

intelektual dan suasana pembelajaran yang diingini.

‘Teachers and pupils lived there in a community atmosphere that was

enhanced by a dialectical method of teaching, in which doctrinal

presentations are followed by discussion.’ (Charles Hummel, 1999)

Selain dari itu, peranan guru juga adalah untuk membebaskan masyarakat

daripada kejahilan dan membawa individu ke jalan kebenaran. Contoh yang

terbaik ialah Analogi Gua. Analogi Gua merujuk kepada penceritaan Plato

terhadap apa yang terjadi kepada Socrates. Analogi ini menunjukkan

kejahilan masyarakat yang membunuh seorang yang berfikir di luar gua.

Plato juga menyatakan yang tugas atau peranan seorang guru ialah

mendidik seseorang menjadi orang yang terpelajar bukannya sifat

semulajadi seseorang itu. Selain itu, Plato juga meletakkan tanggungjawab

mendisiplinkan pelajar di atas bahu seorang guru. Namun begitu, Plato

menyuarakan pendapatnya dalam mendisiplinkan pelajar,

‘Guru hendaklah berhati-hati dalam mendisiplinkan pelajar kerana

kekerasan keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah

semangat, putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan

masyarakat’ (terjemahan Laws, 791c)

Pendapat ini sama dengan pendapat yang diutarakan oleh ilmuwan Islam, Al-

Farabi yang mengatakan,

‘Guru hendaklah mengelak dari memberikan hukuman yang terlalu

keras kerana ini akan membuat pelajar benci kepada guru. Sebaliknya

jika terlalu lembut,kemungkinan pelajar tidak memberi perhatian dan

menjadi malas’(Al-Farabi)

Guru juga tidak boleh mendiskriminasi di antara pelajar lelaki dan

perempuan. Jika perlu, pelajar perempuan perlu diarahkan untuk menyertai

tentera untuk berperang,

‘In the Platonic state girls, like boys, do their gymnastics in the nude adn

are expected to go to the war clad in the same armour as the

men.’(Charles Hummel, 1999)

Plato mencadangkan bahawa cerita dan puisi yang bakal digunakan oleh

seorang guru supaya di tapis terlebih dahulu supaya tidak merosakkan

minda pelajar. Akhir sekali, Plato menggalakkan para guru untuk memberi

galakan kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu Muzik dan Pendidikan

Jasmani yang dapat memperkasakan minda dan badan mereka. Plato telah

mewajibkan subjek ini di dalam Kurikulumnya,

‘Together with this literary and musical education, students of the

Platonic state engage in all sorts of sports, including horse-riding and

weapons training. The balance between culture and gymnastics should

be maintained as perfectly as possible.’(Republic, 411 c et seq.)

Menurut Al-Farabi pula, seorang guru itu perlulah seorang yang bermoral

tinggi, tidak taksub dengan harta, terdidik dengan sifat qanaah (merasa

cukup dengan apa yang ada), ingin mencari kebenaran, sukarela dan tidak

dipaksa kecuali dalam keadaan yang mendesak. Peranan guru yang

diutarakan oleh Al-Farabi telah kita bincangkan pada sesi di atas yang sama

dengan hujah Plato terhadap peranan guru.

Al-Farabi telah mengetengahkan beberapa kaedah pengajaran yang boleh

digunakan oleh para guru untuk mencapai tahap pembelajaran yang optimu.

Al-Farabi memperkenalkan Kaedah Demonstrasi dan Kaedah Memujuk.

Kaedah Demonstrasi- Guru bercakap dan sesuai untuk pengetahuan

khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan memberi pendapat.

Kaedah Memujuk- Guru bercakap dengan memberi contoh, metafora

dan iluistrasi. Pelajar digalakkan menggunakn sensori sentuhan,visual

dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu. (Al-Farabi, Falsafat

Aristutalis, edited by Muhsin Mahda, Beirut, Dar majallat al-chi’r, 1961)

Al-Farabi turut menyatakan perbezaan antra Hafalan dan Kefahaman.

‘Hafalan ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan

berkali-kali sehingga dia hafal seperti mempelajari bahasa, menghafal

Al-Quran dan lagu serta puisi. Sebaliknya, Kefahaman pula apabila

pelajar memahami maksud dan dapat menginterpretasi sesuatu bahan

tulisan.’ (Al-Farabi, Al-Burhan).

Menurut Al-Farabi,

‘Kefahaman adalah lebih baik dari konsep hafalan kerana pelajar

memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat

mengaitkan maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip

yang telah dipelajari.’ (Al-Farabi, Ajwibat masa ‘il su ‘ila ‘anha)

Oleh yang demikian, Al-Farabi menekankan betapa pentingnya guru

menerangkan konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman.

Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Al-Farabi ialah:

1. Guru bermula dengan mencari perkataan yang sama maksud

dengan konsep yang hendak diterangkan.

2. Memberi definisi konsep yang berkenaan.

3. Penerangan tentang bahagian-bahagian konsep yang berkenaan.

4. Penerangan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan.

5. Menggunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk

menjelaskan konsep berkenaan.

Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan dalam

pengajaran. Permainan pendidikan bertujuan mencetus pemikiran kreatif

dan pembelajaran aktif ddi kalangan pelajar. Selain dari itu. Al-Farabi juga

menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan peperiksaan

ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang

ilmu. Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep

dan prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris, dan skala

hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita akan merumuskan perbandingan antara

sumbangan-sumbangan kedua ahli falsafah yang hebat ini, Plato dan Al-

Farabi. Hujah-hujah mereka berkaitan dengan Matlamat Pendidikan,

Kurikulum dan Peranan guru dan Kaedah Mengajar yang dicadangkan dan

dibentangkan pada zaman mereka.

Matlamat utama Plato ialah menyediakan rakyat Greek tentang

kefahaman Negara Ideal dan cara mengekalkannya. Dengan menggunakan

medium pendidikan, Plato telah mengajar penduduk Greek untuk mewarisi

corak pentadbiran yang dilakukan saban abad demi mengekalkan Greek

sebagai Negara Ideal. Golongan Penjaga atau ‘The Guardian’ diberi

tanggungjawab untuk belajar semenjak dari dalam kandungan untuk

mendapatkan kuasa memerintah Greek pada suatu hari nanti. Namun

begitu, matlamat pendidikan Al-Farabi talah membuka lembaran baru dunia

pendidikan. Matlamatnya yang menyeru pelajar atau individu untuk

mencapai kesempurnaan kendiri memastikan falsafahnya lebih digemari dan

lebih diguna pakai sehingga ke hari ini. Al-Farabi mencadangkan

pembelajaran berasaskan ilmu keagamaan iaitu ilmu yang datang dari Allah

melalui Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad.

Selain dari itu, huraiannya tentang matlamat utama pendidikan ternyata

lebih menepati keperluan semua indivdu. Berkat hasil kajian dan

penyelidikannya, Al-Farabi telah mengubah haluan pendidikan untuk

mencapai sesuatu yang lebih dari sekadar mewarisi budaya dan formaliti

masyarakat.

Seterusnya, Kurikulum yang dicadangkan oleh Plato ialah satu

perancangan dan susun atur yang paling terperinci. Menggesa rakyat untuk

menghasilkan bayi yang sihat, cantik dan kuat adalah permulaan bagi

individu yang mantap. Seterusnya, corak pembelajaran yang tenang dan

tidak mengelirukan kanak-kanak seperti mendengar cerita dan pengenalan

kepada asas budaya Negara Ideal dapat membantu kanak-kanak

mengetahui dan memahami akan tindakan yang bakal dilakukan untuk

mencapai masa depan yang gemilang untuk negara mereka. Dengan

pembelajaran di sekolah, latihan ketenteraan, pengajian tinggi untuk yang

layak dan ilmu falsafah yang ada dapat membantu para pelajar memenuhi

kriteria individu untuk menyumbang kepada negara. Secara tidak langsung,

mereka dapat mengaplikasi ilmu-ilmu yang dipelajari sejak mereka di

bangku sekolah sehingga ke peringkat pengajian falsafah. Selepas mereka

bersara, mereka akan dapat menikmati dan meluaskan pengetahuan mereka

terhadap ilmu falsafah yang menjadi ganjaran mutlak. Sesungguhnya,

Kurikulum yang dirancang dan dilakukan dengan baik telah membantu Plato

membuktikan corak kurikulum yang diketengahkan adalah efektif. Bagi Al-

Farabi pula, kurikulum yang berasaskan Pengajian Islam amat sesuai

dipraktikkan demi membantu manusia mencapai nikmat kesempurnaan

kendiri sebagai hamba yang soleh. Al-Farabi percaya permulaan atau asas

yang kukuh akan membantu para pelajar untuk memperoleh ilmu secara

berperingkat-peringkat akan berkesan. Dimulai dengan ilmu Pengajian Islam

dan seterusnya penguasaan Bahasa. Penguasaan Bahasa akan membantu

meningkatkan kefahaman untuk belajar subjek seterusnya iaitu Logik yang

seterusnya membawa pelajar mendalami Matematik, Sains dan Muzik. Pada

akhirnya, Al-Farabi dan ilmuwan Islam yang lain telah menghasilkan satu

dimensi baru dalam Kurikulum pembelajaran yang mengintegrasikan

kesemua aspek di dalam Pengajian Isalam dan ilmu-ilmu yang lain.

Peranan guru yang dibentangkan oleh Plato dan Al-Farabi mempunyai

banyak persamaan. Peranan guru tidak lain tidak bukan untuk membantu

pelajar keluar dari kejahilan dan mencari kebenaran, mendisiplinkan pelajar

dengan cara yang sesuai, membawa pelajar mencapai ilmu dengan

pemikiran kritis dan menggalakkan pelajar untuk membantu diri sendiri demi

mencapai tahap tertinggi dalam pembelajaran. Namun begitu, kaedah yang

digunakan oleh Plato dan Al-Farabi adalah berlainan. Plato dengan cara

‘Questions and Dialogue’ atau persoalan dan perbincangan manakala Al-

Farabi denga Kaedah Demonstrasi dan Kaedah Memujuk. Al-Farabi juga lebih

bijak mengatur strategi pengajaran dengan kaedah-kaedah yang lain yang

telah kita bincangkan seperti penggunaan kata atau maksud yang sama,

memberi definisi konsep dan juga penggunaan metafora dan analogi yang

sesuai untuk konsep berkenaan. Kaedah ini terus-terusan diguna pakai oleh

ramai pendidik pada zaman ini. Jelaslah bahawa, peranan guru dan kaedah

mengajar yang mereka ketengahkan menjadi inspirasi buat guru-guru pada

masa kini dan akan datang.

Akhir sekali, walaupun kedua-dua ahli falsafah ini hidup di tempat yang

berbeza dan pada masa yang jauh antara satu sama lain, namun sumbangan

mereka terhadap dunia pendidikan dijadikan tunjang kejayaan sistem

pembelajaran di setiap pelosok dunia. Walaupun terdapat beberapa idea

yang ekstrem dan berkemungkinan tidak masuk akal, kita perlu ingat yang

ahli falsafah ini beerfikir tentang apa yang berpatutan pada masa, rencana

kehidupan dan kehendak tamadun tersebut.

RUJUKAN

amazingfilsafat.blogspot.com/2007/04/filsafat-pendidikan-al-farabi.html

Charles Hummel, (1999). Plato, PROSPECTS: the quaterly review of education

(Paris,UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no 1/2, 1994 p.

329-42.

http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Farabi

http://en.wikipedia.org/wiki/Plato

http://www.muslimphilosophy.com/farabi/

http://www.paperbackswap.com/Plato/author/

Nota Kuliah Falsafah Pendidikan Bab 1 Pengenalan kepada Falsafah, Bab 4

Al-Farabi and Ibn Sina dan Bab 5 Socrates & Plato

Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam, Kuala Lumpur: Institute

of Policy Research, 1992, p. 124.

Oxford ADVANCED LEARNER’S Dictionary Internatinal Student’s Edition,

Seventh Edition 2005(2nd impression), Oxford University Press, Longman,

Chambers, the Universities of Oxford and Lancasster and the British Library.

Rivai Bolotio, AL FARABI ANALISIS PENDIDIKAN DALAM KONSEP PENDIDIKAN

JIWA P. 1-8.

Rosnani Hashim, (2004) EDUCATIONAL DUALISM IN MALAYSIA Implications

for Theory and Practice, 5 The Islamic Philosophy of Education The Other

Press Sdn. Bhd. p. 96-104.

www.ibe.unesco,org/fileadmin/userupload/archice/publications/ThinkersPdf/

farabie.pdf