Congkak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

congkak

Citation preview

CONGKAK

CONGKAK

berasal daripada dunia Afrika atau Arabbukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Sejarah congkakPENGENALANPermainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Papan congkak mengandungi 10/14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

CongkakBatu kecilPeralatan

GuliCARA-CARA BERMAIN CONGKAKDua (2) orang pemain akan berhadapan menggunakan satu papan congkak yang mengandungi empat belas rumah anak dan dua rumah ibu. Pada papan pertama kedua-dua pemain memulakan permainan secara serentak.Memulakan permainan dengan mengambil semua buah dari mana-mana rumah anak dan menapak dari kanan ke kiri.Memasukan buah satu demi satu ke dalam setiap rumah dengan mengelilingi kampong rumah papan congkak.Genggaman tangan hendaklah secara tengadah. Boleh memintas lawan tetapi melangkau rumah anakadalah ditegah. Apabila tiba di rumah ibu sendiri hendaklah memasukkan satu biji buah tetapi tidak di rumah ibu lawan. Buah yang termasuk ke dalam rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.Buah terakhir masuk ke rumah yang akan diisi mestilah dilepaskan dari genggaman dahulu sebelum mengambil buah-buah yang lain.Peserta mati giliran jalan jika buah akhir masuk kemanamana rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.

KESALAHAN Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan buah/guli ke rumah ibu atau rumah anak. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak. Berfikir melebihi lima (5) saat. Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa buah/guli yang baru atau memasukkan buah/guli di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

PENENTUAN KEMENANGAN a. Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli di rumah anak) tiap papan. Pemenang ialah pemain yang memenangi dua (2) papan/pusingan, atau b. Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sama atau dibuang gelanggang. c. Pemenang adalah pasukan yang mengalahkan dua/tiga pemain pasukan lawan.

Peraturan permainanBerikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Video: cara-cara bermain congkak

Sekian, Terima Kasih 12