27
.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN) Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat. Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada? Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan. Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan. Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad. Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin. “Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.

contoh karangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: contoh karangan

.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.

Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?

Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.

Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.

Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.

Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.

“Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.

Page 2: contoh karangan

4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”.

Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang air.

Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.

Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.

Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.

Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.

Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.

Page 3: contoh karangan

Melengkapkan cerita: Menolong Nurul

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....

***   ***   ***   ***   ***

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan menghantarnya pulang.

Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 2 kilometer dari situ. Ini sungguh memenatkan. Namun, aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke rumah.

Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman rumahnya. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum ia beredar ke rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji tindakanku itu. Kata ayah, "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".

Page 4: contoh karangan

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....

***   ***   ***   ***   ***

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan aku, wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Mereka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri  ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar dari kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Page 5: contoh karangan

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....

***   ***   ***   ***   ***

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikalku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku cuba mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya, masih tidak jumpai. Jam tanganku sudah menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Aku berasa sangat takut kerana kawasan itu mulai sunyi.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran. Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku terus menelefon ibuku untuk memberitahu hal tersebut. Dengan tenang, ibuku memintaku jangan ke mana-mana sementara menunggu beliau datang menjemputku.

Tidak lama kemudian, ibuku pun tiba. Tanpa berlengah, aku menolong ibuku mengangkat basikal untuk dimasukkan ke dalam kereta. Kemudian, beliau memandu keretanya ke kedai membuat kunci untuk menempah kunci baru basikalku.

Aku berasa gembira setelah kunci basikal dibaiki semula. Namun, aku juga berasa sungguh sedih kerana semenjak kejadian itu, aku tidak lagi berbasikal bersama rakan-rakanku ke kelas tambahan. Ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke kelas tambahan kerana bimbang akan keselamatanku jika peristiwa seperti tersebut berulang. Sebaliknya, aku akan dihantar oleh ayah setiap kali ada kelas tambahan. Inilah akibatnya seorang yang cuai.

Page 6: contoh karangan

Berita: Banjir

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motobot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Page 7: contoh karangan

Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah

Sekolah kamu telah menganjurkan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tuliskan berita tentang kempen tersebut.

** ** ** ** **

TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.

Page 8: contoh karangan

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan - temasya sukan kali yang ke-10 - diadakan di padang sekolah

Perenggan ke-2 - sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir- khemah didirikan dan dihias- papan markah dipasang- bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3 - cuaca pagi temasya sangat baik- penonton memenuhi ruang tempat duduk- tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar- dimulakan dengan perbarisan lintas hormat- merasmikan temasya

Perenggan ke-4 - acara sukan dilangsungkan- berjalan lancar dan teratur- rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula-  larian 400 meter menjadi acara kemuncak- acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah-       Penutup   - rumah kuning johan keseluruhan- temasya tamat- hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai

** ** ** ** ** **

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Page 9: contoh karangan

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                     16 Mac 2010

..............................................................(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Page 10: contoh karangan

Laporan: Laporan Bulan Merdeka 2010

Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

            Pada 1 hingga 30 Ogos  2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara.

            Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera-bendera Jalur Gemilang ini.

            Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk ‘Warga Merdeka’. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara.

             Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato’ Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi.

             Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 kilometer. Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'.

             Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira kerana dapat menjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang diadakan telah dapat melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid kepada negara.

Laporan disediakan oleh,                                                                                       2 September 2010

.....................................(NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI)

Page 11: contoh karangan

Laporan: Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Bulan Membaca peringkat sekolah. Tuliskan laporan tentang pelancaran kempen tersebut.

***   ***   ***   ***   ***

Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

             Pada 25 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan "Kempen Bulan Membaca" peringkat sekolah. Pelancaran ini telah diadakan di dewan sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid.

             Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan perasmian daripada guru besar sekolah kami iaitu Encik Awang Satip b. Mat Salleh.

             Pada pukul 8.45 pagi, pertandingan bercerita oleh murid-murid tahap 1 telah diadakan. Pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nurul Wahida. Selepas itu, pertandingan berpidato telah diadakan yang disertai oleh murid-murid tahap 2. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi.

             Kemudian, acara melepaskan belon yang tertulis "Mari Membaca" diadakan pada pukul 10.00 pagi sebagai tanda pelancaran kempen tersebut. Selepas itu, diikuti pula dengan pertandingan kuiz yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Bagi pelajar Tahap 1, pertandingan itu dimenangi oleh Siti Hajar, manakala pelajar Tahap 2 pula ia dimenangi oleh Husain.

             Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar sekolah kami kepada para pemenang. Selepas itu, murid-murid dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.

Laporan disediakan oleh,                                                                                                     27 Julai 2009

..........................................(Shamsul b. Kamal)

Page 12: contoh karangan

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh rangka karangan.

Pendahuluan - Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun- jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan- tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun- menambahkan ilmu pengetahuan- memupuk semangat keusahawanan

Perenggan ke-2  - bertolak dengan menaiki bas- tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang- mendengar taklimat

Perenggan ke-3  - dibawa ke bahagian memproses sabun- proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi- pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas- peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra

Perenggan ke-4 - dibawa ke bahagian pembungkusan sabun- pelbagai jenis sabun sedang diproses- mesin yang canggih- diberi jamuan ringan      Penutup   - setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang- cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan- peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan

*** *** *** *** ***

Page 13: contoh karangan

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun  

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.                    Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

              Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                               25 Januari 2010

                                                                                           ..................................................(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)Setiausaha,Persatuan kemahiran Hidup

Page 14: contoh karangan

Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi.  Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.

Di samping itu, jika menggunakan  takungan air untuk memerangkap semut daripada naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2 sudu teh untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi  pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

Page 15: contoh karangan

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.  

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Page 16: contoh karangan

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.

Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Ini pasti akan membantu kita bertutur dan menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.

Page 17: contoh karangan

Biografi: Penoreh Getah

Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.

Rangka Karangan : Pendahuluan - rumahnya tidak jauh dari kebun getah                       -setiap hari dia pergi menoreh                       -pergi dengan berbasikal                      Perenggan ke-2 - memakai topi berlampu                          - dapat menoreh walaupun suasana masih gelap                          - menoreh dengan pisau getah tajam                        Perenggan ke-3 - selesai menoreh pukul 10                          - sentiasa pastikan kebunnya terjaga                        Perenggan ke-4 - menjual hasil seminggu sekali                          - mengutip getah skrap dan dikumpulkan                          - getah dijualPenutup - dapat menanggung keluarga               - menanam tanaman lain dan ternakan sebagai sampingan               - bangga dengan sikapnya yang rajin

** ** ** ** **

Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal.

Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu suluh kerana keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar lancar serta lebih banyak susu getah dapat dihasilkan.

Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke rumah, pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika perlu, dia akan menebas dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah.

Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya. Dia akan membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang berlonggok di pangkal pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu lori pembeli getah tiba.

Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaan  keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya sungguh bangga melihat kerajinan pakcik  saya mencari nafkahnya seisi keluarga.

Page 18: contoh karangan

Karangan UPSR : Cerita Lemas Di Sungai SOALAN : Kamu dan rakan kamu telah memancing di sungai. Tanpa diduga, rakan kamu telah tergelincir lalu lemas. Tulis cerita kamu selengkapnya.

Aku dan Hasan tinggal berjiran. Kami berkawan sejak kecil lagi. Hubungan kami sangat akrab. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu memancing ikan.

Pada suatu hari, aku dan Hasan merancang untuk memancing ikan di sungai berdekatan. Setelah menyiapkan semua peralatan seperti joran dan umpan, kami pun bertolak ke lokasi yang ditetapkan. Aku dan Hasan menunggang basikal untuk ke sungai yang terletak di hujung kampung kami.

Setibanya kami di lokasi, aku dapati banyak kanak-kanak sedang mandi-manda di sungai itu. Aku mencadangakan kepada Hasan supaya mencari lokasi yang lebih sesuai dan jauh daripada riuh-rendah kanak-kanak. Kami meletakkan peralatan di bawah pokok, kemudian terus melabuhkan punggung untuk memancing.

Lokasi yang kami pilih memang sesuai. Dalam beberapa minit sahaja, kami sudah berjaya memancing pelbagai jenis ikan seperti ikan talapia, ikan lampam dan ikan puyu.Oleh sebab terlalu asyik memancing, kami tidak sedari hari sudah semakin senja. Ketika bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba pancing Hasan ditarik sesuatu. Hasan cuba menarik pancingnya tetapi tidak berjaya.

Hasan masih terkial-kial menarik pancingnya. Tiba-tiba, Hasan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Dia cuba berenang ke tepi tebing tetapi tidak berjaya kerana arus deras. Aku cuba menghulurkan joranku untuk dicapai olehnya tetapi gagal. Aku segera menjerit meminta tolong apabila melihat Hasan semakin lemah.

Jeritanku didengari oleh seorang pemuda yang kebetulan memancing di lokasi berhampiran. Dia bergegas terjun ke dalam sungai dan menarik Hasan ke tepi tebing. Hasan berjaya diselamatkan. Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan. Sejak hari itu, kami berdua lebih berhati-hati apabila memancing di sungai .

Page 19: contoh karangan

Contoh Karangan - Cerita Pengalaman

Sewaktu anda pulang dari sekeloh, anda terlihat sebuah lori sampah sedang membuang sampah ke dalam sungai. Nyatakan tindakan yang anda lakukan.

     Pada hari Jumaat yang lalu, saya berbasikal pulang dari sekolah bersendirian. Tiba-

tiba, saya ternampak sebuah lori sampah sedang menuju ke arah sebatang sungai

yang terletak di hujung kampung.

     Tidak lama kemudian, lori sampah itu berhenti di tepi sungai itu. Saya cepat-cepat

bersembunyi di sebalik semak-semak untuk mengintai gerak-geri mereka. Saya

mendapati mereka sedang membuang sampah ke dalam sungai itu.

     Saya segera membuat keputusan untuk memberitahu ketua kampung. Beliau telah

membawa saya ke balai polis untuk membuat laporan. Saya memberitahu seorang

pegawai polis tentang kejadian itu.

     Setelah itu, beberapa orang pegawai polis mengejar ke tempat kejadian itu dengan

segera. Apabila kami tiba di sana, pemandu lori sampah itu dan kawan-kawannya cuba

melarikan diri tetapi tidak berjaya. Akhirnya, mereka berjaya ditangkap oleh pegawai

polis.

     Pihak polis telah mendenda mereka seebanyak RM5000 dan memberi amaran

kepada mereka supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Mereka menyesal dan

mengaku kesalahan yang mereka lakukan. Mereka juga berjanji akan membersihkan

sungai itu.

     Ketua kampung dan pengawai polis telah memuji keberanian saya. Saya berasa

sangat gembira kerana dapat mengelakkan sungai itu daripada tercemar. Selepas itu,

saya pun pulang ke rumah.

Page 20: contoh karangan

PUNCA KEMALANGAN

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita.Kemalangan jalan raya berpunca daripada pelbagai sebab.

Kemalangan jalan raya akibat sikap pemanadu yang suka cuai,leka,tidak berhati-hati dan mementingkan diri sendiri.Mereka juga sering memandu dengan cara yang berbahaya dan tidak berhemah.Terdapat pemandu yang memotong kenderaan sesuka hati terutama di selekoh atau di garisan berkembar

Selain itu,kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu yang memandu kenderaan dengan laju atau melebihi had laju.Selain itu,kemalangan jalan raya juga disebabkan sikap pemandu suka melanggar peraturan jalan raya.Kemalangan jalan raya juga,berlaku disebabkan oleh sikap pemandu yang suka berbual-bual dan bergurau senda ketika sedang memandu kereta.

Pemandu-pemandu di negara kita juga mempunyai sikap yang suka tidur lewat dan ini mengakibatkan mereka mudah tertidur,Jadi semasa memandu mereka akan hilang tumpuan dan ini boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya .

Kemalangan jalan raya juga boleh disebabkan kerosakkan jalan raya seperti tidak rata,berlubang dan lain-lain lagi.Ini menyebabkan pemandu-pemandu sering terbabas dan terlibat dalam kemalangan. Selain itu, sebelum ke mana-mana kita mestilah memeriksa kereta supaya dalam keadaan yang sempurna.Ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya, kemalangan dapat dielakkan dan dikurangkan jika semua pemandu sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika memandu.