Upload
said-shafie-mt-mohd
View
231
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 Contoh Karangan an 120pp
1/2
Contoh jawapan:Praktis permulaan untuk karangan berdasarkan bahan rangsangan 120
pp
TAJUK: Punca-punca berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja
isi 1: Kurang perhatian daripada ibu bapa isi 2: kesempitan hidup isi 3: mudah terpengaruh
Remaja merupakan aset terpenting negara kerana mereka akan menerajui dan mendukung
cita-cita negara pada masa depan. Kata-kata hikmat, Pemuda Tiang Negara, PemudiHarapan Bangsa membuktikan kenyataan ini. Namun, perilaku remaja pada hari inimembimbangkan pelbagai pihak. Hal ini demikiankeranabanyak remaja pada hari ini terbabit dengan
kegiatan jenayah. Sebenarnya, terdapat pelbagai punca berlakunya kegiatan
jenayah dalam kalangan remaja.
Salah satu faktor ialah golongan remaja kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan kerjaya dan kemewahan hidup semata-mata. Mereka lebih mengutamakan
kebendaan atau wang dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya , mereka terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan
sehingga tiada masa untuk bersama-samaanak mereka. Kesannya ialahanak-anak berasa tersisih dan
tertekan lalu terlibat dalampelbagaikegiatan jenayah.
Bukan semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna. Ada yang kaya dan ada yang kurang bernasib baik. Oleh itu, faktor
kesempitan hidup merupakan salah satu faktor yang menyebabkan remajaterjerumus dalam kancah
jenayah. Pada masa ini,kos sara hidup semakin meningkat. Sebagai contohnya, kos tempat tinggal, makanan,pakaian,dan barang-barang keperluan lain yang mahal amatlah membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Keadaan ini
menyebabkan golongan remaja mengambil jalan mudah seperti meragut dan mencuri bagi
mendapatkan wanguntuk menampung kos hidup.
Sesetengah remajapada hari inimudah terpengaruh dengan unsur- unsur negatif. Dasar langit
terbuka yang berlaku pada hari ini mengubah tatacara dunia komunikasi akibat perkembangan teknologi maklumat. Pelbagai bahan
lucah dan negatif yang lain mudah diperoleh melalui internet. Oleh itu, remajayang tidak mempunyai
kekuatan diriatau pegangan agama yang kukuhmudah terjerumusdalamkancah jenayah.
Kesimpulannya, remaja memerlukan perhatian khusus daripada semua
pihak.Mereka seharusnya didedahkan dengan program yang dapat membina intelek, rohani, jasmani dan emosi agar mereka dapat
menjadi insan yang berakhlak mulia. Ingatlah bahawa generasi muda merupakan pewaris
tampuk kepemimpinan masa depannegara. Jika mereka gagal dibentukdengan nilai-nilai dan kekuatan diri,
apakah yangakan terjadi?
8/2/2019 Contoh Karangan an 120pp
2/2
PRAKTIS PERMULAAN UNTUK KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN 120 PPArahan:
(1) Baca petikan, kemudian tulis tajuk petikan dan 3 isi secara ringkas
(2) garis beberapa ayat untuk pengenalan, isi 1, isi 2, isi 3 dan penutup menggunakan pensel
(3) bilang perkataan supaya tidak melebihi 120 patah perkataan
(4) Isi BORANG KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN menggunakan pen
(5) Lihat contoh yang diberi. Salin contoh jawapan tersebut
Tajuk:__________________________________________________________________
Isi 1:______________________________________________________________Isi 2:______________________________________________________________
Isi 3:______________________________________________________________
Remaja merupakan aset terpenting negara kerana mereka akan menerajui dan
mendukung cita-cita negara pada masa depan. Kata-kata hikmat, Pemuda TiangNegara,Pemudi Harapan Bangsamembuktikan kenyataan ini. Namun, perilaku remaja pada hari inimembimbangkan pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana banyak remaja pada hari ini terbabit
dengan kegiatan jenayah. Sebenarnya, terdapat pelbagai punca berlakunya kegiatan jenayah
dalam kalangan remaja.
Salah satu faktor ialah golongan remaja kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan kerjaya dan kemewahan hidup
semata-mata. Mereka lebih mengutamakan kebendaan atau wang dalam kehidupan seharian.
Sebagai contohnya, mereka terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa untuk
bersama-sama anak mereka. Kesannya ialah anak-anak berasa tersisih dan tertekan lalu
terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.
Bukan semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna. Ada yang kaya dan ada yang
kurang bernasib baik. Oleh itu, faktor kesempitan hidup merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah. Pada masa ini, kos sara hidup
semakin meningkat. Sebagai contohnya, kos tempat tinggal, makanan, pakaian,dan barang-
barang keperluan lain yang mahal amatlah membebankan golongan yang berpendapatan
rendah. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja mengambil jalan mudah seperti meragut
dan mencuri bagi mendapatkan wang untuk menampung kos hidup.
Sesetengah remaja pada hari ini mudah terpengaruh dengan unsur- unsur negatif. Dasar
langit terbuka yang berlaku pada hari ini mengubah tatacara dunia komunikasi akibatperkembangan teknologi maklumat. Pelbagai bahan lucah dan negatif yang lain mudah
diperoleh melalui internet. Oleh itu, remaja yang tidak mempunyai kekuatan diri atau
pegangan agama yang kukuh mudah terjerumus dalam kancah jenayah.
Kesimpulannya, remaja memerlukan perhatian khusus daripada semua pihak. Mereka
seharusnya didedahkan dengan program yang dapat membina intelek, rohani, jasmani dan
emosi agar mereka dapat menjadi insan yang berakhlak mulia. Ingatlah bahawa generasi muda
merupakan pewaris tampuk kepemimpinan masa depan negara. Jika mereka gagal dibentuk
dengan nilai-nilai dan kekuatan diri, apakah yang akan terjadi?