9
Projek Internship Guru Pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam SK Desa Putra, Kajang Laporan Pelaksanaan Internship Nama : Mohd Faez Bin Zahari Uwais Al Qarni Bin Mohd Isa Program : PISMP Ambilan Januari 2011 Nama Sekolah : SK Desa Putra, Kajang Nama Projek : Sambutan Nuzul Al Quran dan Jalinan Mesra Aidilfitri Tempoh Pelaksanaan : 18 Julai 2014

contoh kertas kerja

  • Upload
    izattie

  • View
    146

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja projek internship

Citation preview

Page 1: contoh kertas kerja

Projek Internship

Guru Pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam

SK Desa Putra, Kajang

Laporan Pelaksanaan Internship

Nama : Mohd Faez Bin Zahari

Uwais Al Qarni Bin Mohd Isa

Program : PISMP Ambilan Januari 2011

Nama Sekolah : SK Desa Putra, Kajang

Nama Projek : Sambutan Nuzul Al Quran dan Jalinan Mesra

Aidilfitri

Tempoh Pelaksanaan : 18 Julai 2014

Page 2: contoh kertas kerja

Pengenalan Projek

Projek Sambutan Nuzul Al Quran dan Jalinan Mesra Aidilfitri ini merupakan

sebahagian daripada aktiviti wajib dan tahunan Panitia Pendidikan Islam Dan Bahasa

Arab SK Desa Putra.Selain menyambut dan meraikan tarikh-tarikh bersejarah dalam

Islam, sambutan ini menjadi satu aktiviti yang bercorak ilmiah dan dakwah yang mampu

memberi impak positif kepada para guru,staf sokongan, ibu bapa dan murid SK Desa

Putra.

Sambutan ini telah diadakan pada 18 Julai 2014 bertempat di dataran

perhimpuan SK Desa Putra. Kesemua warga sekolah SK Desa Putra terlibat dalam

menjayakan program ini. Ia dimulakan pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30

pagi. Tetamu jemputan pada program ini ialah Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru dan penceramah bagi sambutan Nuzul Al Quran. Alhamdulillah, projek yang

dilaksanakan berjaya dijalankan sebagaimana yang dirancang.

Objektif

Antara objektif projek yang dirancang dan dilaksana ialah :

1. Memberi pendedahan dan penghayatan tentang peristiwa Nuzul Al Quran

kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Putra

2. Membantu warga sekolah yang memerlukan dengan sumbangan berupa wang

tunai

3. Membina dan merapatkan hubungan antara warga sekolah terutama antara

pihak pentadbir, guru dan ibu bapa

Strategi Pelaksanaan

1. Projek ini telah kami pilih setelah mendapat cadangan daripada guru Pendidikan

Islam iaitu Pn Siti Zanariyah bt Sarman semasa berbual – bual tentang khidmat

dan projek yang boleh kami laksanakan bagi membantu Panitia Pendidikan Islam

Page 3: contoh kertas kerja

dan Bahasa Arab. Hal ini seterusnya telah dibincangkan dalam mesyuarat

Panitia Pendidikan Islam yang telah diadakan pada 10 Julai 2014. Hasil

perbincangan dan persetujuan semua termasuk mentor Program Internship ,

iaitu Pn Hamidah bt Johari , kami bertanggungjawab dalam memegang amanah

dalam mengurus dan menjayakan Sambutan Nuzul Al Quran dan Jalinan Mesra

Aidilfitri.

2. Pada 10 Julai 2014 juga, kami dan guru-guru Panitia Pendidikan Islam dan

Bahasa Arab telah sama-sama berbincang tentang beberapa perkara. Antara

perkara yang dibincangkan ialah :

2.1Tentatif program

2.2Tetamu jemputan

2.3Peruntukan budget

2.4Cenderahati untuk penceramah,tetamu jemputan dan murid

2.5Persiapan tempat dan susun atur

2.6Pembahagian tugas

3. Hasil perbincangan telah membawa kami kepada merangka dan menyediakan

kertas kerja Sambutan Nuzul Al Quran dan Jalinan Mesra Aidilfitri. Kami berdua

berganding bahu dalam merancang dan menyediakan kertas kerja bagi disahkan

oleh guru pembimbing, ketua jabatan dan Guru Besar SK Desa Putra. Proses

penulisan dan penyediaan kertas kerja sentiasa dirujuk kepada guru pembimbing

dan ketua jabatan bagi memastikan gaya bahasa yang digunakan sesuai selain

isi kandungan yang ditulis menepati hasrat dan objektif program yang akan

dilaksanakan.

4. Alhamdulillah, setelah menghantar dan membentang kertas kerja cadangan

projek yang akan dilaksanakan, ia mendapat persetujuan dan sokongan

daripada Guru Besar. Beberapa nasihat dan cadangan penambahbaikan telah

diberikan oleh beliau bagi memastikan program yang akan dijalankan berjalan

dengan baik. Beliau juga menyatakan hasrat bahawa beliau menginginkan

Page 4: contoh kertas kerja

segala program yang dijalankan di SK Desa Putra dibawah kelolaan guru pelatih

IPG Kampus Pendidikan Islam dilaksanakan dengan sehabis baik.

5. Apabila kelulusan telah diperoleh, semua guru yang terlibat telah diberi taklimat

ringkas oleh Guru Besar . Dalam sesi taklimat, guru-guru berbincang tentang

perkara-perkara yang perlu ada dan beberapa kelainan yang ingin dibawa

semasa program dilaksanakan.

6. Dalam tempoh yang diperuntukkan , segala persiapan telah dilaksanakan

dengan sehabis baik. Guru-guru pelatih IPG KPI dan SK Desa Putra yang

bertanggungjawab dengan bidang tugas yang telah diamanahkan telah

menjalankan tugas dengan baik. Dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara

yang besar semuanya telah disediakan dengan baik dan bagus oleh para guru.

7. Pada 18 Julai 2014, program yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.

Objektif program dilihat berjaya dicapai dengan baik sekali. Alhamdulillah.

Refleksi

Kekuatan Projek / Aktiviti

Dalam menjayakan projek yang dirancang dan dilaksana, kami melihat beberapa

kekuatan diperoleh daripadanya. Antara kekuatan projek yang dijalankan ialah ia

mengajar kami mengurus dan menjalankan sesuatu projek dengan baik. Pengurusan

projek tidak hanya sekadar di atas kertas, namun ia perlu dilakukan dan dipantau dari

semasa ke semasa. . Dalam konteks pengurusan program, kami dapat mengutip segala

pengalaman yang berguna khususnya daripada permulaan perjalanan program, iaitu

perbincangan berkumpulan, menyediakan kertas kerja, dan menyediakan bahan-bahan

sampingan untuk melicinkan pelaksanaan program pada hari kejadian Setiap bidang

tugas yang dipertanggungjawabkan juga telah kami usahakan sehabis baik. Bertanya

dan sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada yang pakar sentiasa

menjadi prinsip bagi kami. Hal ini secara tidak langsung mampu membina kesepakatan

Page 5: contoh kertas kerja

antara kami guru pelatih IPG KPI dengan guru – guru SK Desa Putra. Alhamdulillah,

projek yang diamanahkan berjaya mencapai standard dan mutu yang diharapkan oleh

pihak sekolah terutama Guru Besar dan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Seterusnya, kekuatan projek ini ialah kami memperoleh banyak pengalaman

dalam menangani cabaran yang datang dan diajar erti kerjasama yang sebenar. Kami

berdepan dengan pelbagai cabaran seperti faktor masa, dan perancangan jadual yang

kadang kala perlu sesuaikan dengan keadaan. Pengalaman daripada cabaran-cabaran

yang datang ini menjadikan kami optimis dengan kematangan untuk bergelar seorang

guru dengan jayanya. Kami akan memastikan pengalaman yang diraih ini dapat

menjadi batu loncatan kepada kami dalam usaha untuk mengumpul segala kemahiran

dalam mendepani cabaran semasa dan hadapan. Gerak kerja berkumpulan memegang

kunci nilai murni iaitu bekerjasama. Dalam banyak keadaan yang dihadapi, tatkala

susah ataupun senang, penyelesaian permasalahan secara bekerjasama akan lebih

memudahkan dan menyenangkan.

Selain itu, kekuatan projek ini ialah ia berjaya mencapai objektif yang telah

ditetapkan pada awal perancangan . Murid –murid diberi ilmu pengetahuan yang

mendalam tentang peristiwa bersejarah dalam Islam iaitu peristiwa Nuzul Al Quran.

Penyampaian ceramah yang bercorak hiburan yakni nasyid dan santai dilihat berjaya

menarik minat murid-murid untuk fokus dan hadam akan isi kandungan yang

disampaikan. Apabila disoal oleh penceramah beberapa soalan dan diminta datang ke

depan untuk menjawab soalan yang dikemukan , kebanyakan murid berjaya menjawab

soalan dengan betul. Sebagai perancang, pengurus dan pelaksana program , kami

berasa sangat berpuas hati dengan gaya dan pengisian ceramah yang disampaikan. Ia

tidak semata-mata berkaitan dengan penyampaian ilmu namun penceramah berjaya

membawa murid-murid kepada penghayatan yang lebih mendalam iaitu menggalakkan

murid-murid untuk sentiasa membaca Al Quran dan memahami isi yang terkandung di

dalamnya.

Page 6: contoh kertas kerja

Kelemahan Projek / Aktiviti

Dalam mengurus dan menjalankan Program Sambutan Nuzul Al Quran dan

Jalinan Mesra Aidilfitri ini kami telah mengesan beberapa kelemahan. Antara

kelemahan yang kami lakukan dari aspek pengurusan ialah guru-guru yang mendengar

taklimat kurang jelas tentang perjalanan majlis yang akan berlangsung. Hal ini kerana,

kami hanya membekalkan kepada guru-guru lampiran-lampiran yang berkaitan

jawatankuasa induk dan pembahagian tugas sahaja. Tentatif program tidak dibekalkan

kepada para guru sebaliknya hanya dimaklumkan secara lisan. Hal ini menimbulkan

kesulitan dan kekeliruan antara guru kerana dua majlis iaitu Sambutan Nuzul Al Quran

dan Jalinan Mesra Aidilfitri diadakan pada hari yang sama dan ditempat yang sama.

Pada masa akan datang, kami akan memastikan hal ini tidak akan berulang lagi.

Maklumat penting yang diperlukan oleh guru-guru akan kami sertakan dalam lampiran

semasa sesi pembentangan dan taklimat yang diadakan.

Seterusnya, kelemahan yang berlaku semasa majlis dijalankan ialah

penceramah jemputan mengalami kesulitan untuk tiba di sekolah pada masa yang

ditetapkan. Penceramah jemputan untuk ceramah Nuzul Al Quran tiba 10 minit lewat

berikutan mencari lokasi sekolah. Walaupun ahli jawatankuasa jemputan telah

ditugaskan, namun disebabkan salah faham dalam komunikasi, perkara seperti ini

berlaku. Hal ini akan sedaya upaya untuk hindari pada masa akan datang. Pelan

alternatif perlu disediakan seperti dengan menyediakan lebih banyak papan tanda

sekolah, membekalkan penceramah jemputan dengan peta ke sekolah dan sentiasa

berhubung dengan penceramah jemputan dari semasa ke semasa sebelum majlis

bermula.

Kesimpulan

Akhir kata, program ini telah membantu kami menguasai beberapa aspek

penting sebagai memenuhi tugasan bakal seorang guru kelak. Kami mengucapkan

terima kasih kepada guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, mentor-mentor,

guru-guru, yang banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada kami sepanjang

tempoh perkhidmatan kami di sekolah ini. Kerjasama yang diberikan banyak membantu

Page 7: contoh kertas kerja

kami yang sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung ataupun

tidak. Kami amat menghargai budi semua guru-guru di sekolah ini. Dalam tempoh

selama tiga bulan praktikum dan sebulan internship, kami dapat belajar banyak perkara

tentang keguruan yang pastinya akan berguna pada masa hadapan. Harapan untuk

program yang telah kami jalankan ini, supaya dapat memberi manfaat berguna kepada

kedua-dua belah pihak.

Page 8: contoh kertas kerja

Gambar Sambutan Nuzul Al Quran dan Jalinan Mesra Aidilfitri

Page 9: contoh kertas kerja