Contoh Kertas Kerja Latihan Usahawan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Kertas Kerja Latihan Usahawan

Citation preview

LATIHAN

KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M)PI1M adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PI1M yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, PI1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di PI1M tersebut.Mulai tahun 2013, pelaksanaan PI1M diperluaskan ke bandar dengan tumpuan di kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan rendah iaitu di Projek Perumahan Rakyat. Sebanyak 100 PI1M di bandar telah ditetapkan untuk dibina sepanjang tahun 2013.

Pusat Internet 1 Malaysia merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek, PI1M iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.

Selain itu, PI1M ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain PI1M memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan PI1M turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran, perniagaan dan pelbagai aplikasi atas talian.Daerah Kunak sahaja , Pusat Internet 1 Malaysia terdapat sebanyak 5 buah (PI1M Pekan Kunak, Pi1M Kg Hampilan, PI1M Kg Kadazan, Pi1M Kg Airport dan PI1M Kg Lormalong). Banyak usahawan yang telah dimajukan melalui perniagaan secara online / internet dan diantaranya adalah Puan Kabilah Hassan ( Pengusaha Rumpai laut ) , Puan Muhaini Adap ( Pengusaha Kerepek ) dan Puan Sariyaman Sabur ( Pengusaha Pelbagai Keropok ) , sila rujuk lampiran 2.PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANProgram Latihan Keusahawan PI1M ( PLKP ) merupakan kesinambungan dari Program Gets Malaysian Online ( GMBO ) iaitu website perniagaan yang mudah di selenggara oleh Newbiees atau pengguna baru. Mendapat permintaan banyak , maka Latihan Keusahawan diwujudkan dengan lebih efisien dalam perniagaan online / internet. Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciriciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing secara online atau menggunakan internet.Programprogram di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia serta dengan kerjasama agensi swasta ( CELCOM ) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM MCMC ). Program ini merangkumi taklimat & bengkel pemasaran internet selama 2 hari untuk maksimum 20 orang bagi satu sesi. Setiap satu sesi di maksimumkan 20 kerana , ingin memastikan misi PI1M sampai kepada setiap usahawan yang menyertai program ini

Flyers Latihan Keusahawan Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia

MENGAPA PERLU MEMBUKA KEDAI ONLINE ?1. Tidak memerlukan modal yang tinggi , anda tidak perlu membayar sewa kedai , lesen perniagaan , tidak perlu bayar gaji pekerja dan tidak perlu punya stok barangia sangat sesuai untuk sesiapa yang baru hendak berniaga , menarik bukan!!!!!2. Tidak memerlukan ruangan penyimpan barang malah tidak perlu untuk menyimpan stok barangan. Anda hanya perlu mempunyai gambar contoh barangan sahaja. Apabila pelanggan memesan barnagantersebut , anda boleh mendapatkan barnagan memesan barangan tersebut , anda boleh mendapatkan barnagan tersebut daripada pengedar/pembekal. Oleh yang demikian tiada masalah pembaziran kerana hanya barangan yang dipesan sahaja akan dibeli oleh anda. ( Sesuai untuk Dropship Sahaja )3. Tidak perlu mengaji pekerja, segalanya akan diuruskan secara otomatik oleh Kedai Online anda.4. Risiko mengalami kerugian adalah sangat rendah kerana tidak hanya mendapatkan barangan apabila pembeli memasukkan duit dahulu baru kita kirimkan barangan yang diminta.5. Sangat selesa dan mudah kerana boleh uruskan di dalam rumah/pejabat/dimana sahaja asalkan boleh mencapai talian internet.6. Tidak terikat dengan masa seperti berkerja di pejabat7. Kedai online anda dibuka 24 jam sehari , 365 hari dalam setahun. Maknanya walaupun anda sedang tidur tetapi kedai anda tetap dibuka.8. Sesiapa sahaja boleh berniaga : Suri Rumah tangga , Pemandu Teksi , Pengusaha Homestay , Guru , Pelajar Sekolah Menengah , Penjual Ikan , Pegawai Kerajaan/Swasta , Pegawai Pencen , Penjual Goreng Pisang , Sesiapa Sahaja!

9. Sistem pembayaran yang disediakn sangat mudah, Internet banking, Pay pal , Kad Kredit10. Pembeli sekarang lebih suka membeli dalam talian kerana menjimatkan masa serta memberi peluang kepada pembeli mendapatkan harga yang berpatutan

11. Pasaran adalah meluas/global , jadi kalau kena dengan tekniknya boleh buat duit dengan sangat mudah.TUJUANPenyusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon bantuan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Swasta mewajibkan para usahawan dalam program Latihan Keusahawan Daerah Kunak

MISISebagai pihak Pusat Internet 1 Malaysia , adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan para peserta dapat:

Menyalurkan kemahiran e-dagang terkini kepada golongan sasar

Sekurang-kurangnya keluar dari program ini semua para usahawan ada Kedai Online.

Memenuhi hasrat dan harapan masyarakat terhadap penguasaan kemahiran ICT yang bermanfaat untuk perbaiki dan perkasa tahap sosio-ekonomi terutama golongan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS )

OBJEKTIF Untuk memudahkan usahawan mendapatkan capaian pasaran yang berkesan dalam talian dan mudah memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara online. Untuk memberi kemahiran dan alat-alat yang perlu kepada peserta untuk membiasakan mereka dengan pemasaran online. Memberi persediaan untuk perniagaan IKS sedia ada kearah pasaran online dan peningkatan hasil jualan online

ANJURANPusat Internet 1 Malaysia ( PI1M ) dengan kerjasama :

Suruhan Jaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM MCMC )

CELCOM E-Buzzaar

TEMPAT PROGRAMPusat Internet 1 Malaysia Pekan Kunak , Kunak.TENAGA PENGAJARPengendali-pengendali Kursus berkenaan berasaskan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu dan pengendali adalah dari kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia yang terdiri dari pendidik dan usahawan sendiri dalam kepakaran online/internet .

GOLONGAN SASARANProgram Latihan Keusahawan yang dianjurkan oleh PI1M disasarkan kepada pengusaha Bumiputera luar bandar dalam kategori berikut :-

Terbuka kepada Bumiputera yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan. Usahawan Bumiputera yang ingin meningkatkan perniagaan Usahawan mikro dan IKS yang mempunyai perniagaan sedia ada ( produk / perkhidmatan ) dengan potensi untuk mendapatkan manafaat daripada pasaran online.

Belia yang ingin membantu mempromosikan produk/perkhidmatan milik keluarga dan memiliki pengetahuan sederhana ICT ( syarat minimum ) dengan akses pada kemudahan komputer & internet di rumah atau tempat kerja.

Pengusaha/Usahawan khususnya golongan wanita dan ibu tunggal Bumiputera luar bandar yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan/perusahaan sedia ada.

Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang menjalankan perusahaan / perniagaan dan beroperasi di luar kawasan Bandar.

Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang telah menjalankan perniagaan/perusahaan dan berminat untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pengurusan dan produk.

Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana yang masih tidak mampu mendapatkan latihan atau menghadiri kursus atas pembiayaan sendiri.

Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar dari kalangan Ahli Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Amanah Ikhtiar Mara ( AIM), TEKUN , Majlis Amanah Rakyat (MARA ) dan seumpamanya.

Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar dari kalangan Pertubuhan/Persatuan seperti Perkumpulan-perkumpulan Wanita dan Persatuan-persatuan Ibu Tunggal yang berminat.

TENTATIF PROGRAM

STRATEGI

Mengadakan kursuskursus pembudayaan keusahawan untuk bakalbakal usahawan Menganjurkan kursus kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan secara online / internet Menyediakan kursus kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan secara online / internet Meningkatkan kemahiran para usahawan secara online / internet melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan.PUBLISITI Pejabat Pembangunan Luar Bandar ( UPKR ) Kunak

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Penrusahaan Ternak Kunak Jabatan Perikanan Kunak

Jabatan Pertanian Kunak

Pejabat Kebajikan Daerah Kunak

Pejabat Belia Dan Sukan Kunak

Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( Persatuan Nelayan Kawasan Kunak )

Pertubuhan Peladang Kawasan Kunak

Ko-Nelayan Cawangan Kunak

Amanah Ikhtiar Mara Cawangan Kunak

TEKUN Cawangan Kunak

Mara Cawangan Kunak

Persatuan Wanita UMNO Cawangan Kunak

PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut , penerangan, pertanyaaan dan urusan serta surat menyurat , sila hubungi :

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PEKAN KUNAK

Attn :

FARAH LIYANA

Pengurus

Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kunak,

Unit 3 , Bangunan Sedcovest ,

91207 , Kunak , Sabah.

Tel : 010-9318382

Email : [email protected]

Latihan dan bimbingan yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dari kalangan Bumiputera serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selari dengan matlamat wawasan 2020.Diharapkan agar program yang bakal dilaksanakan akan mencapai matlamat serta natijah yang baik. Justeru kerjasama daripada semua pihak sama ada secara langsung dan tidak langsung amatlah diharapkan agar kejayaan program ini akan lebih bermakna kepada golongan sasaran. Segala jasa baik dari semua akan mendapat keberkatan dan redha dari ilahi.

RUJUKANhttp://skmm.gov.my/

https://www.facebook.com/klikdenganbijakhttps://www.facebook.com/pi1mkadazanhttps://www.facebook.com/PI1MKgLormalonghttps://www.celcom1cbc.com

https://www.nusuara.com

LAMPIRAN 1ISU-ISU SEMASA MENGENAI JUTAWAN ONLINE

LAMPIRAN 2USAHAWAN YANG BERJAYA DIBIMBING OLEH PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA

Iklan Puan Kabilah Ynag Sering Dilihat Di Kaca Televisyen

Menerima Anugerah Usahawan Online Antarabangsa 2013 di Bangkok

Anugerah Usahawan Jalur Lebar Cemerlang Ynag Disampaikan Daripada Perdana Menteri Malaysia kepada Usahawan Pusat Internet 1 Malaysia Dari Seluruh MalaysiaPERNIAGAAN INTERNET PANTAS , MUDAH & MURAH