Contoh Kertas Kerja Projek Cili

Embed Size (px)

Citation preview

PROJEK TANAMAN CILI KULAI.TEMPAT: KELUASAN TANAH: KELUASAN PROJEK: TAHUN: PERUSAHAAN OLEH: PENYELIA TANAMAN:

PENGENALAN.Cili merupakan salah satu bahan asas dalam industri pemakanan kebanyakan rakyat di asia dan di beberapa benua lain. Cili banyak digunakan dalam masakan, bahan mentah pemprosesan makanan, minuman dan sebagainya. Dengan kata lain, cili menjadi satu bahan asas dan keperluan setiap mulut dan setiap dapur. Justeru, permintaan terhadap cili menjadi semakin tinggi dan mendongak naik. Manakala harga cili di pasaran juga semakin meningkat tinggi sesuai dengan permintaan dan penawaran cili pada masa kini. Kini penanaman cili semakin berkurangan walaupun berbagai usaha dan kajian mengenainya telah dilakukan. Hal ini kerana minat masyarakat dalam bidang pertanian terutama cili semakin merosot. Kini Malaysia menjadi salah satu Negara pengimport cili dari Thailand dan juga China untuk memenuhi pasaran dan permintaan dalam Negara. Kekurangan usaha dalam memperbanyakkan tanaman ini di Malaysia memberi banyak impak dalam berbagai perkara seperti kenaikan harga, permintaan yang melebihi penawaran, dan sebagainya. Usaha penanaman cili yang dirancang ini diharapkan dapat menampung sedikit sebanyak permintaan pasaran setempat sebelum pergi lebih jauh ke pasaran yang lebih luas. Usaha ini akan dimulakan dengan modal anggaran kasar RM 20,000.00 dengan keluasan 3 ekar persegi yang mana anggaran jumlah pokok yang akan ditanam sebanyak 8,000 hingga 10,000 pokok cili kulai. Tapak perusahaan tanaman cili akan dijalankan di tanah terbiar bertempat di Kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli di lot lembaran f9-CIV lot PT 4166. Pasaran setempat yang menjadi target adalah sekitar daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kota Bharu dan Kuala Krai.

LAPORAN PERANCANGAN FASA KERJA.

FASA 1. Pada fasa pertama kerja-kerja dimulakan dengan membuat pemerhatian terhadap

kebolehupayaan untuk membangun bagi perusahaan tanaman cili. Pemerhatian dilakukan dengan cara pembacaan, info dari mereka yang berpengalaman dalam bidang ini, info dari jabatan-jabatan kerajaan, peniaga dan sebagainya. Kemudiannya akan memulakan perusahaan pada fasa seterusnya. FASA 2. Fasa kedua dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan tapak menggunakan dua jentera, pembinaan bangsal kebun, rumah semaian dan persediaan peralatan pagar elektrik serta peralatan perusahaan. Pembinaan sistem pengairan bagi mengelakkan hakisan tanah juga perlu dilakukan. Kemudiannya tapak akan dibiarkan bagi tujuan pembakaran sisa-sisa pembersihan seperti pokok dalam tempoh selama 20-30 hari. FASA 3. Setelah kerja-kerja pembersihan tapak telah selesai, kini fasa ketiga akan dimulakan dengan kerja pembajakan tanah menggunakan jentera dalam tempoh kira-kira 5 hari dan pemasangan pagar berelektrik kira-kira selama 5 hari. Penyemaian benih juga perlu dilakukan seiring dengan kerja-kerja pembajakan dimulakan. FASA 4. Fasa keempat akan dimulakan dengan kerja menyediakan batas tanaman menggunakan plastik selvershine, kemudian disusuri dengan pembinaan sistem pengairan tanaman, penebukan lubang tanaman pada plastic dan taburan baja pada lubang batas. Kerja-kerja ini dianggarkan

mengambil masa selama 3 minggu yang mana sesuai dengan bajet masa penyemaian benih tanaman pada tray semaian. FASA 5. Pada peringkat ini perusahaan boleh dimulakan dengan taburan racun serangga pada lubang tanaman dan kemudian penanaman boleh dimulakan dengan dibantu oleh beberapa orang pekerja kerana untuk menjaga keserasian pertumbuhan. Setelah siap penanaman dilakukan, pembajaan, pengairan dan pengawalan penyakit akan diperhatikan dari masa ke masa sepanjang tempoh penanaman. Jenis benih yang digunakan adalah hybrid f-1. FASA 6. Fasa ini adalah peringkat penuaian yang akan dilakukan setiap dua hari atau lebih mengikut kadar kematangan buah dan jumlah tanaman. Penuaian perlu mengikut tempoh dan teknik yang betul bagi mengelakkan pokok dari rosak dan juga demi menjaga kualiti hasil tuaian. Tenaga kerja yang lebih ramai juga diperlukan dalam membantu kerja-kerja penuaian.

KIRAAN ANGGARAN KOS PENYEDIAAN PROJEK. Keluasan tanah 3 ekar persegi yang mana mengikut jumlah sebenar tanaman cili boleh menempatkan sehingga 15,000 pokok mengikut teknik fertigasi. Tetapi disini hanya dianggarkan sebanyak 8,000 hingga 10,000 pokok sahaja sebagai permulaan mengikut teknik tanaman menggunakan batas permukaan tanah. Keluasan tanah yang diukur adalah bukaan lebar 220 kaki dan panjang 620 kaki. Kos pembersihan tanah terbiar = RM 6550.00 (Menggunakan jentolak) Kos pembajakan = RM 1000.00 (kos minyak jentera sekiranya dibantu oleh Jabatan Pertanian ) = RM 4000.00 (kos jentera sekiranya tidak mendapat bantuan) Kos pemagaran elektrik = RM 1200 Kos pengairan tanaman = RM 4500.00 (perpaipan, hos, water sprayer & tangki septik) Plastik silvershine = RM 2000.00. Upah pekerja sampingan = RM 1500.00 RM 2000.00 Kos peralatan = RM 8000.00 Kos sampingan lain = RM 1300.00 Jumlah anggaran terkumpul tanpa bantuan = RM 29,550.00

PROSES PENYEMAIAN. Antara jenis benih yang digunakan samada kulai king 8338, hybrid f-1 568, hybrid f-1 223 atau hybrid f-1 469. Proses penyemaian akan dimulakan dengan merendam benih dengan air yang dicampurkan dengan racun kulat. Seterusnya benih akan disemai di dalam tray semaian yang dimuatkan dengan media semaian lembap dan ditutup bagi mengelakkan terkena cahaya matahari. Setelah percambahan berlaku benih akan didedahkan dengan cahaya matahari di dalam rumah semaian. Anak pokok akan direndam menggunakan air tanpa baja selama berumur 10 hari dan rendaman air baja sehingga berumur 20-30 hari sebelum ditanam. Tray semaian akan dibiarkan kering bagi benih yang hendak ditanam untuk memudahkan proses mencabut anak pokok dari tray semaian. PROSES PENANAMAN. Penanaman akan dilakukan menggunakan sistem tanaman menggunakan tanah sebelum beralih kepada peringkat fertigasi untuk masa akan datang. Penanaman boleh dilakukan apabila anak pokok mencapai usia antara 20-30 hari. Setiap lubang pada batas tanaman akan akan dimuatkan dengan sepokok cili. Penanaman perlu dilakukan pada sebelah petang untuk menjaga anak pokok dari layu. Pokok yang membesar akan diikat pada tali sokongan bagi mengelakkan pokok dari rebah atau condong. Pemangkasan juga perlu dibuat bagi tujuan penjagaan pokok ke tahap maksimum, pemangkasan perlu dibuat sehingga pokok

mengeluarkan cabang Y pertama. Dahan sebelum cabang Y pertama juga akan ditinggalkan kerana mampu memberi hasil 10-15 biji cili dan ia tidak membantutkan perkembangan pokok. Jarak tanaman adalah 3x5 (ukuran kaki).

SISTEM PENGAIRAN. Sistem pegairan yang digunakan adalah pengairan menggunakan wayar di bawah plastik silvershine. Sistem ini berkesan dan mudah digunakan dan menjimatkan kos serta tenaga kerja untuk teknik tanaman seperti ini. PEMBAJAAN. Pembajaan adalah munggunakan baja organik ataupun baja kimia yang ditabur terus ke pangkal pokok di lubang batas. Teknik ini lebih menjimatkan dan memberi kesan yang memberangsangkan melalui beberapa testimoni pada pokok cili yang dibuat sebelum ini. Baja sokongan juga turut dimuatkan di dalam tangki septik. Pembajaan perlu mengikut tahap keperluan pokok bergantung pada kesuburan dalam proses dari anak pokok sehingga tuaian terakhir. KAWALAN PEROSAK TANAMAN. a) Bintik daun dan hawar pucuk. Jenis racun untuk rawatan; Amistar Grozeb 80wp Kocide 101 Score

b) Buah rosak. Jenis racun untuk rawatan; Amistar Kocide 101

-

Dithane m45 Antracol Score Mero

c) Layu pucuk pangkal dan kulat pada pangkal. Jenis racun untuk rawatan. Rizolex Zewell Monceren Alliet Previcur-n

d) Pembawa virus racun untuk rawatan; 1. kutu terip Pegasus Confidor Mesurol Dicarzol Mospilan Malathion

2. Lalat putih Applaud Pegasus Confidor

3. Hamama Microthiol sp Pegasus Trinthane Cinfidor mitec

KIRAAN ANGGARAN UPAH DAN HASIL TUAIAN. Tuaian boleh dilakukan pada umur pokok 110 hari ke atas ataupun buah telah dapat dituai sebelum tempoh tersebut. Jangka hayat pokok pula mencecah 8 hingga 10 bulan bergantung pada ketahanan dan kesuburan pokok untuk menghasilkan buah yang berkualiti. Anggaran harga untuk sekilogram cili adalah RM 5.50 dan kemungkinan harga lebih tinggi apabila dipasarkan sendiri ke pasar borong, restoran mahupun kilang sos. upah pekerja untuk mengutip hasil adalah kira-kira RM 1.00 sekilogram. A) KIRAAN ANGGARAN HASIL SEPANJANG MUSIM 10,000 pokok x 3 kilo sepokok (purata) = 30,000 kilo.

30,000 kg RM 5.50 = RM 165,000 (hasil jualan kasar) RM 165, 000 - RM 30, 000 (upah pekerja) = RM 135, 000 (hasil setelah tolak upah pekerja)

KIRAAN ANGGARAN PENDAPATAN. Hasil yang diperolehi akan dibahagikan kepada tiga individu setelah ditolak dari modal yang dikeluarkan. Individu pertama adalah pemodal dan dua lagi adalah wakil pemodal dalam menjaga kelancaran perusahaan. RM 135, 000 - RM 29, 550 (modal) = RM 105, 450 (pendapatan bersih)

RM 105, 450 3 = RM 35, 150 (pendapatan semusim setiap individu) RM 35, 150 8 (bulan) RM 4, 393. 75 (pendapatan sebulan setiap individu)

RM 4, 393. 75 30 (hari)

RM 146. 45 (pendapatan sehari setiap individu)

PERANCANGAN AKAN DATANG. Mengikut perkiraan seperti yang dirancang, hasil tuaian dan pendapatan adalah di lingkungan yang membanggakan iaitu melebihi jumlah RM 4,000.00 sebulan untuk setiap individu. Dengan jumlah pendapatan ini, wajarlah sekiranya projek tanaman ini diteruskan untuk musim yang kedua, malah menjadi satu kewajaran untuk memperbanyakkan lagi perusahaan secara lebih meluas dalam menambahkan pendapatan dan meningkatkan status hidup. Sekiranya berjaya seperti dalam perancangan, usaha ini boleh diteruskan dengan membuka lebih luas lagi kawasan penanaman dan mengusahakan berbagai jenis tanaman seperti labu madu, cili, jagung dan sayur-sayuran. Menguruskan tapak dan tanaman secara lebih sistematik juga akan ditingkatkan dengan bantuan pekerja dan teknologi dalam mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan hasil tuaian. Selain itu, pengusaha juga wajar untuk mengikuti kursus tanaman ini dalam menambahkan pengalaman dan ilmu untuk kesejahteraan dan kelestarian pada usaha yang seterusnya sehinggalah betul-betul berjaya dan terbukti dapat menjamin hidup yang lebih sempurna. Malah menjadi satu contoh kepada pengusaha lain dan pengusaha baru.

KESIMPULAN. Secara kesimpulannya, usaha untuk menjadikan pertanian adalah satu perniagaan adalah wajar untuk dipromosikan secara lebih meluas lagi kerana terbukti dapat menambahkan pendapatan melalui seliaan dan pengurusan ladang yang betul. Oleh itu, usaha yang dibuat perlu diteruskan dengan berbagai penambahbaikan ekoran dari pengalaman yang ditimba selama masa perusahaan dijalankan. Perusahaan sebegini wajar disahut oleh rakyat dan rakan-rakan yang lain kerana ianya akan menguntungkan pengusaha dan juga dapat menjamin bekalan makanan dan bahan mentah yang lebih baik pada masa yang akan datang.

AMPIRAN.