60
PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PENULISAN KARANGAN BAHASA MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 oleh: Abd. Majid bin Hashim Seman bin Salleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa ABSTRAK Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 5. Sampel kajian adalah terdiri daripada 6 orang murid, daripada 19 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat Selangor. Penyelidikan ini hanya menumpukan penggunaan kaedah peta minda untuk meningkatkan kemahiran menulis kertas 2 ( penulisan ) bahasa Malaysia dengan memfokuskan bahagian B jenis karangan naratif. Sampel kajian dipilih berdasarkan keputusan pencapaian mereka yang berada dalam gred C iaitu markah di antara 40 markah hingga 59 markah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bertujuan melatih sampel kajian melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Instrumen kajian melibatkan penggunaan ujian pra, intervensi 1, intervensi 2 dan ujian pasca. Kajian telah dijalankan dalam tempoh sebulan mengikut perancangan. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian sampel kajian dari segi markah ujian mereka. PENGENALAN Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari pada peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan 1

contoh Kertas Seminar

Embed Size (px)

Citation preview

:: reflective, thoughtful, confident, critical, self-critical, responsive, collaborative, discerning, responsible, evaluative, resolute, open-minded, tolerant, questioning, cooperative, sensitive; have the ability to research, record, discuss, be rationa

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PRESTASIPENULISAN KARANGAN BAHASA MALAYSIADALAM KALANGAN MURID TAHUN 5oleh:Abd. Majid bin Hashim

Seman bin Salleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa

ABSTRAKKajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 5. Sampel kajian adalah terdiri daripada 6 orang murid, daripada 19 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat Selangor. Penyelidikan ini hanya menumpukan penggunaan kaedah peta minda untuk meningkatkan kemahiran menulis kertas 2 ( penulisan ) bahasa Malaysia dengan memfokuskan bahagian B jenis karangan naratif. Sampel kajian dipilih berdasarkan keputusan pencapaian mereka yang berada dalam gred C iaitu markah di antara 40 markah hingga 59 markah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bertujuan melatih sampel kajian melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Instrumen kajian melibatkan penggunaan ujian pra, intervensi 1, intervensi 2 dan ujian pasca. Kajian telah dijalankan dalam tempoh sebulan mengikut perancangan. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian sampel kajian dari segi markah ujian mereka.PENGENALANBahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari pada peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.

Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkum penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan Bahasa Malaysia baku. Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah berteraskan tiga kemahiran utama bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis ( Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003 ).

Kemahiran bahasa membolehkan murid menggunakan bahasa Malaysia secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Malaysia yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Namun begitu, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan mungkin akan menjejaskan pencapaian sesebuah objektif sekiranya terdapat masalah-masalah yang timbul.

Masalah-masalah ini mungkin sekali melibatkan masalah yang berkaitan dengan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, atau Kemahiran Menulis. Hal ini timbul mungkin berpunca daripada masalah fizikal, emosi, mental atau suasana pembelajaran itu sendiri ( Azizan, 2010 ).

Pemilihan dan pengaplikasian teknik yang tepat dan sesuai dengan tahap umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid merupakan penyelesaian kepada masalah ini. Pemilihan teknik yang sesuai perlu berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran kerana penggunaan teknik yang betul dapat menarik minat murid mempelajari sesuatu ilmu baharu dengan mudah di samping dapat mengekalkan perhatian di dalam bilik darjah dan membangkitkan rasa ingin tahu murid.

ISU KAJIANHasil daripada keputusan ujian pra, menunjukkan sampel kajian berkenaan masih lemah mengemukakan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan. Oleh sebab kekurangan isi, murid-murid ini gagal untuk membuat huraian yang tepat dan berkaitan. Ada antara mereka mengemukakan isi yang kabur dan kurang jelas. Ini menyebabkan isi karangan mereka terpesong dan terkeluar daripada tajuk. Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan karangan yang baik dan seterusnya menjejaskan markah mereka.

Rajah 1: Salah Satu Hasil Kerja Ujian PraTernyata karangan yang dihasilkan hanya mempunyai tiga perenggan sahaja iaitu bahagian pendahuluan, isi karangan dan penutup. Murid ini tidak dapat mengenal pasti bahagian isi utama dan isi huraian karangan tersebut dan menggabungkannya ke dalam satu perenggan. Murid ini juga tidak tahu bagaimana hendak menbezakan isi utama dan isi huraian dan cara untuk membahagikan isi-isi tersebut. Melihat kepada isu tersebut, saya menggunakan peta minda dalam pengajaran penulisan bahasa Malaysia untuk menangani isu tersebut. Peta minda yang digunakan sangat mudah ditadbirkan kerana murid-murid dapat menyampaikan idea dalam penulisan mereka dengan cara yang mudah dan sistematik. Pada masa sama, mereka dapat melakarkan peta minda ini mengikut kreativiti mereka sendiri dan lebih mudah untuk mereka mengingati dan menghuraikan setiap isi bagi karangan yang mereka akan tulis nanti. Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang agak rendah. Pertama, murid-murid ini masih belum dapat menguasai dengan baik kemahiran mengemukakan isi-isi penting serta membuat huraian terhadap isi-isi tersebut. Kedua, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan Peta Minda terhadap peningkatan pencapaian murid dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia yang merupakan salah satu aspek pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahap Dua, Tahun empat, Tahun lima dan Tahun enam. Kajian ini dijalankan kerana didapati masih terdapat murid Tahun 5 Jaya di sekolah ini yang masih belum dapat melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi.

KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian tindakan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 Jaya Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu. Karangan enam orang murid, empat orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki, dipilih untuk tujuan analisis kajian kerana masih lemah dalam memberi isi-isi karangan berdasarkan prestasi keputusan ujian pra. Setiap murid diwakili oleh nombor dari 1 hingga 6 dengan menggunakan bukan nama sebenar. Kelas ini merupakan kelas kedua daripada dua kelas Tahun 5.TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tindakan yang telah saya laksanakan ialah dengan menggunakan Instrumen. yang terdiri daripada set soalan ujian berbentuk teks digunakan untuk mengesan pemahaman murid tentang tajuk karangan Gotong Royong Di Sekolah. Ujian ini diberikan sebagai ujian pra dan ujian pasca kajian. Ujian pra diberi pada awal kajian sebelum pengajaran formal diberikan menggunakan kaedah kajian.

Selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah peta minda, intervensi 1 dan intervensi 2 diberikan untuk menentukan perubahan di kalangan sampel kajian mengenai penguasaan mereka terhadap kaedah peta minda.Kajian rintis ini dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan item / instrumen. Menurut Chua ( 2006 ) kajian rintis merupakan kajian secara kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Ia dilakukan untuk melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan suatu kajian yang bakal dilakukan.Kajian rintis merupakan bahagian penting bagi sebuah kajian yang baik. Walau bagaimanapun, kajian rintis yang dilakukan tidak dapat memastikan kejayaan utama, tetapi boleh membantu saya mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian utama yang dijalankan.

Sebagai mengesan bagaimana responden mengemukakan idea dalam penulisan, satu set soalan ujian bersama tajuk diberikan kepada semua responden untuk dijawab tanpa membuat peta minda ( Ujian Pra ). Satu set lagi diberikan dengan membuat peta minda (Ujian Pasca ) sebelum menulis karangan menggunakan tajuk yang sama.

Sebelum menjalankan kajian, saya telah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat dan memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut. Saya juga telah berjumpa, berbincang serta meminta bantuan pensyarah penyelia. Seterusnya, saya telah menyediakan jadual pelaksanaan kajian seperti di bawah.Jadual 1.

Jadual Pelaksanaan Kajian

BilAktivitiTarikhCatatan

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal21 22 Mac 20122 hari

2Menentukan objektif kajian24 Mac 20121 hari

3Perjumpaan dengan Penyelia Menyiapkan Proposal Kajian25 Mac 20121 hari

4Merancang penyelidikan27 28 Mac 20122 hari

5Penyediaan Ujian Pra dan Ujian Pasca6 10 April 20125 hari

6Menjalankan Ujian Pra19 April 20121 hari

7Melaksanakan Tindakan19 April 14 Jun 20122 bulan

8Menjalankan Ujian Pasca14 Jun 20121 hari

9Menganalisis data selepas tindakan18 20 Julai20123 hari

10Membuat refleksi23 Julai 20121 hari

11Menulis laporan kajian tindakan25 27 Julai 20123 hari

12Pembentangan dapatan kajian04 05 Disember 20122 hari

INSTRUMEN KAJIAN Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting yang perlu dilakukan untuk memastikan dapatan dan hasil kajian adalah tepat. Untuk kajian saya ini, saya telah menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, intervensi 1 dan intervensi 2. Ujian Pra telah saya jalankan pada 19 April 2012. Melalui Ujian Pra ini, dapat mengesan tahap penguasaan murid. Murid-murid telah diuji tentang membina karangan berdasarkan tajuk yang diberi. Murid-murid mengarang berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka.. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab semua soalan ini adalah 30 minit. Hasil keputusan Ujian Pra digunakan untuk memilih responden dan untuk membuat banding beza dengan markah Ujian Pasca. ( Rujuk lampiran 1 ) Ujian Pasca ialah ujian yang dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid setelah tindakan dijalankan. Ujian Pasca ( Rujuk lampiran 2 ) telah dijalankan pada minggu kelapan iaitu pada 14 Jun 2012. Ujian Pasca ini dibuat setelah kaedah peta minda diaplikasikan kepada responden. Perbandingan markah telah dibuat antara markah Ujian Pra dengan Ujian Pasca ini. Perbezaan markah inilah yang telah dapat membuktikan keberkesanan teknik peta minda dalam meningkatkan keupayaan murid membina karangan yang lengkap.

Satu lagi instrumen yang telah saya gunakan ialah intervensi 1 dan intervensi 2 juga telah menjadi data sokongan untuk menentukan sama ada kajian tindakan saya berkesan ataupun tidak.

KEPUTUSAN KAJIAN

Pada hari pertama saya menjalankan ujian pra, murid diminta menulis satu karangan naratif dengan cara sendiri. Semasa ujian pra dijalankan, saya dapati terdapat murid menggenggam pensel dan terus mula mengarang.( Catatan Jurnal 1, 19 April 2012 )Ada segelintir murid masih terfikir-fikir apa yang harus ditulis. Ada juga murid yang berbincang dengan rakan-rakan di sebelah. ( CatatanJjurnal 2, 19 April 2012 )Apa yang menarik pada ketika itu ialah saya ternampak seorang murid mula memikir isi-isi penting dengan melukis peta minda. ( Catatan Jurnal 3, 19 April 2012 )Terdapat beberapa orang murid menjana idea dengan kaedah Point Form. ( Catatan Jurnal 4, 19 April 2012 )Ada yang tidak berbuat apa-apa sebelum mula mengarang. Mereka terus tulis apa yang ingin ditulis. Apabila saya lihat keadaan ini berlaku, saya memberi bimbingan kepada mereka yang tidak tahu apa yang hendak ditulis. ( Catatan Jurnal 5, 19 April 2012 )Pada minggu seterusnya, peta minda didedahkan dalam pengajaran mengarang karangan naratif. Didapati 60 peratus murid dapat menerima penggunaan peta minda dengan segera. Saya dapat perhatikan mereka faham dengan peta minda melalui latihan selepas itu. Selain itu, dari reaksi murid, saya dapat lihat bahawa kebanyakan daripada mereka suka dengan peta minda. Ini adalah kerana dalam kalangan mereka yang menggunakan cara sendiri untuk menjana dan mencatat isi-isi sudah mula menggunakan kaedah peta minda.Walau bagaimanapun, kaedah yang diperkenalkan perlu kerap kali diajar kepada murid supaya dapat dikuasai dengan lebih mantap. Haylock & Chockburn (1971) kurang daripada seminggu tanpa pengulangan yang kerap akan menyebabkan murid lupa mengenai apa yang mereka telah fahami dan hafal.

Jadual : 2 Langkah Membuat Peta MindaBerdasarkan jadual tersebut, murid-murid dapat merangka peta minda yang ingin mereka hasilkan.Petua Membuat Peta minda

i. Pada bahagian tengah, lukis tajuk dengan huruf besar.

ii. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama ( maksimum

tujuh cabang ).

iii. Bahagikan cabang kepada cabang kecil fakta terperinci.

iv. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat, contohnya: KAEDAH, JENIS.

v. Semua fakta di dalam huruf besar.

vi. Jangan fikir di mana hendak meletakkan cabang / fakta.

Lampiran 3, meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan tajuk karangan yang diberi.

Semasa ujian pasca diberi kepada responden, saya mengesan penggunaan peta minda oleh mereka. Selepas perbincangan, kebanyakan murid dapat menulis karangan naratif dengan menggunakan peta minda tanpa bantuan orang lain. Dari sini, saya dapat lihat ramai murid yang telah menguasai kaedah ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang masih lemah mengarang dan belum dapat menguasai kaedah tersebut. Oleh yang demikian, saya menggalakkan murid yang lain membantu mereka.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapat lihat 90 peratus daripada murid dapat menghasilkan karangan naratif dengan menggunakan peta minda dalam masa 30 minit. Dari sini, saya dapat lihat penggunaan peta minda dapat membantu murid-murid menjana idea dengan berkesan. Mereka hanya perlu sambungkan isi dengan kata hubung yang sesuai. Mereka juga berkata isi yang telah dicatat dalam peta minda jelas dan mereka tidak perlu membuang masa untuk berfikir semula idea yang mungkin tertinggal semasa mengarang. Rajah 2: Contoh carta aliran sebagai pencetus kepada penghasilan peta minda

Dari hasil kerja ujian pasca ( Rajah 3 ) yang dihantar, diperhatikan murid-murid dapat menggunakan peta minda untuk mecatat isi-isi penting dengan jelas. Ini bermakna mereka telah sedar kelebihan kaedah ini dan mula menguasainya. Selain isi yang jelas, 80 peratus daripada hasil kerja murid juga berstruktur dan mempunyai isi yang padat, tiada isi yang tertinggal yang boleh merosakkan susunan isi. Pada keseluruhannya, keputusan yang diperolehi daripada pemerhatian menunjukkan bertambah baik kualiti penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia dalam kalangan murid Tahun 5 Jaya.Rajah 3: Salah Satu Hasil Kerja Ujian Pasca

Berdasarkan Rajah 3, analisis kandungan telah saya buat pada karangan salah seorang responden untuk mengenal pasti pendahuluan, bilangan isi serta penutup yang perlu ada pada karangannya. Responden telah menulis karangan tersebut sebanyak lima perenggan iaitu bilangan isi yang telah dia senaraikan pada peta minda yang dihasilkan. Di samping itu, cara penulisan isi dan huraian karangan juga saya analisis untuk melihat kesan penggunaan peta minda pada penulisan karangan tersebut sama ada lebih tersusun dan teratur ataupun tidak.

Mohd Zamri Bin Ibrahim (2009) dalam kajiannya telah mencuba untuk mengalih perhatian pelajarnya supaya bukan sahaja dapat menguasai tajuk pengajaran yang diajar dengan baik tetapi cuba mengaplikasikan pengetahuan menggunakan peta minda dan borang grafik sebagai satu cara mencatat nota, memudahkan proses menyimpan maklumat dan mengingatkan kembali. Justeru, penggunaan peta minda diharapkan dapat membantu murid mengingati dan memahami langkah-langkah yang betul semasa menulis karangan. Rajah 3 menunjukkan hasil penulisan karangan dengan bantuan peta minda.

Rajah 4: Hasil penulisan karangan dengan bantuan peta minda.

Berdasarkan Rajah 4, responden dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dan berkesan dengan menggunakan peta minda jika dibandingkan sebelum menggunakan peta mind seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Secara langsung, kaedah ini juga mempertingkatkan kualiti pengajaran penulisan karangan naratif. Ujian Pra diberi tanpa pendedahan peta minda manakala Ujian Pasca diberi selepas pendedahan peta minda. Ujian Pra diberikan kepada responden bagi mendapatkan gambaran awal responden tentang tahap penguasaan mencari isi-isi penting semasa mengarang karangan Bahasa Malaysia. Ujian Pasca pula diberi untuk mendapatkan maklumat sejauh manakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencari isi-isi penting dalam penulisan naratif Bahasa Malaysia. Di samping itu, pemerhatian juga dijalankan sepanjang proses selepas pengaplikasian penggunaan peta minda untuk meninjau sama ada ia dapat membantu responden. Setelah saya memperolehi keputusan intervensi 1 ( Lampiran 4 ) dan intervensi 2 ( Lampiran 5 ), seperti jadual 3 yang tertera di bawah, saya sedar bahawa saya perlu memberi bimbingan yang lebih kepada murid yang kurang mahir dalam mengarang. Jadual 3: Keputusan Intervensi 1 dan Intervensi 2Bil.

Nama Murid

Tajuk / Tarikh Ujian

Intervensi 1 03 . 05 . 12Intervensi 2

24 . 05. 12Beza

MGMGM

1Alina66B64B2

2Azrul56C56C0

3Eliza67B66B-1

4Farina53C68B15

5Ikmal50C54C4

6Rosma62B60B2

Min5961

Peta minda dapat membantu murid semasa menjana idea dan menghubungkan idea-idea supaya menjadi satu karangan yang baik. Peta minda dapat mendorong murid agar nampak dengan jelas hubungan antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin disampaikan. Data yang dikumpul menunjukkan peta minda dapat membimbing murid dengan jelas tentang penyambungan idea untuk menghasilkan karangan naratif yang padat dan tersusun.

Hasil kajian yang didapati adalah selari dengan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan. Contohnya, dalam kajian lepas Chia Ying et al.( 2003 ), konsep peta minda memaparkan ciri-ciri yang mendorong penghasilan penulisan yang padat isi serta struktur teratur. Ia dapat mengatasi masalah umum yang dihadapi murid di sekolah SJK(C), iaitu murid lemah dalam penguasaan kemahiran penulisan karangan, kebanyakan murid takut mengarang. Selain itu, Zalekha binti Haji Elle ( 2005 ) dalam kajian lepas juga mengkaji tentang perkaitan antara prestasi murid dalam penulisan Bahasa Malaysia dengan penggunaan peta minda dan kata soal, murid-murid yang diberi pendedahan kepada peta minda telah dapat mengaplikasi kaedah ini dengan jayanya dan dapat menghasilkan karangan naratif yang tersusun dan kemas.

Pada masa yang sama, responden saya menunjukkan peningkatan markah yang lebih tinggi dalam penulisan naratif mereka. Hasil kajian ini adalah selari dengan beberapa dapatan kajian lepas dan juga beberapa teori yang disokong oleh pengkaji tentang kelebihan penggunaan peta minda. Oleh yang demikian, jelas bahawa peta minda dapat memberi kesan yang positif terhadap prestasi penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia murid-murid Tahun 5 Jaya di sekolah saya ini.Saya melaksanakan kajian ini. dengan mengumpul data melalui 4 siri Ujian Penulisan Bahasa Malaysia. Maklumat dalam bentuk markah dicatat dalam Borang Analisis Markah. Maklumat ini dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini dari bulan April 2012 hingga penghujung bulan Julai 2012, saya telah mengadakan 4 siri ujian. Tujuannya untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian. Saya telah mengumpul markah-markah daripada 4 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis Markah ujian seperti Jadual 3 di bawah.Jadual 4: Keputusan Ujian Pra dan Ujian PascaBil NamaUjian Pra

(%)Ujian Pasca

(%)Beza

(%)

1Alina526614

2Azrul5654-2

3Elisa546814

4Farina466216

5Ikmal406020

6Rosma587214

Min516413

Jadual 4: Analisis Markah Ujian Penulisan Bahasa MalaysiaBil.

Nama Murid

Tajuk / Tarikh Ujian

Ujian Pra 19. 04 . 12

Intervensi 1 03 . 05 . 12Intervensi 2

24 . 05. 12Ujian Pasca 14 . 06 . 12

MGMGMGMG

1Alina52C66B64B66B

2Azrul56C56C56C54C

3Eliza54C67B66B68B

4Farina46C53C68B62B

5Ikmal40C50C54C60B

6Rosma58C62B60B72B

Min51596164

PENUTUP Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tahun Lima Jaya dalam pengskoran bahagian B dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Malaysia. Kajian ini juga diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah SK Sungai Kelambu melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru Bahasa Malaysia SK. Sungai Kelambu.

Keputusan kajian ini mendapati peta minda memberi kesan positif ke atas penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia. Kajian ini dapat membuktikan bahawa murid dapat menghasilkan suatu karangan naratif yang isinya padat dan tersusun dengan peta minda. Peta minda dapat membantu murid menjana idea dan menghubungkan idea-idea supaya menjadi satu karangan yang baik. Peta minda juga mendorong murid nampak dengan jelas hubungan antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin disampaikan. Pada masa yang sama, saya berpeluang menggunakan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia. Ini merupakan satu usaha ke arah mencuba-cuba teknik yang ada ke arah peningkatan kemahiran mengajar penulisan karangan naratif Bahasa Malaysia dalam usaha membantu anak murid saya pada masa yang akan datang.

Berdasarkan maklum balas yang diberi oleh murid yang terlibat dalam kajian, didapati terdapat aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika perlaksanaan pembelajaran ini. Bagi guru-guru lain yang ingin membuat penyelidikan lain yang melibatkan aktiviti mengunakan peta minda perlu terlebih dahulu memperkenalkan peta minda bagi setiap topik kepada pelajar bermula dari awal tahun lagi.Murid-murid diberi ganjaran dan galakan yang lebih besar lagi kepada pelajar-pelajar yang kreatif dan berjaya sebagai galakan kepada mereka. Seterusnya guru haruslah menggunakan peta minda setiap kali selesai pengajaran satu sub topikagar pelajar dapat melihat dengan jelas hubungan setiap tajuk kecil. Peta minda yang terpilih di sudut-sudut tertentu di sekitar kawasan sekolah atau di dalam kelas.

Segala idea dan pengetahuan dikongsi bersama dengan rakan yang lain dan membuatkanpelajar merasa lebih yakin untuk membentangkan atau menerangkan jawapan mereka di hadapan pelajar yang lain. Diharapkan selepas ini guru-guru Bahasa Malaysia akan berusaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedahpembelajaran peta minda yang amat menarik dan menyeronokkan ini.

SENARAI RUJUKANChia - Ying, L., Yeat - Eng, C. & Fui - Tze, C. ( 2003 ). Penggunaan peta minda

dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bergambar Bahasa

Cina. Kota Kinabalu: MPG.Chua Yan Piaw. ( 2006 ). Kaedah dan statistik penyelidikan Kaedah

Penyelidikan Buku 1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M).Haylock, D., & Chockburn, A. (1971). Understanding mathematics in lower

primary years. London:Paul Chapman Publishing.Kementerian Pelajaran Malaysia. ( 2003 ). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk

landskap menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu Pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal Penyelidikan

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tahun 2009, 124-132.

Zalekha binti Haji Elle ( 2005 ). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya

dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Peta Minda dan

Kata Soal. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Kuching :

Maktab Perguruan Batu Lintang.LAMPIRAN 1Nama : _____________________________________

Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi.

Gotong-royong Di Sekolah

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

LAMPIRAN 2Nama : _____________________________________

Tulis sebuah karangan menggunakan tajuk yang diberi. Gunakan peta minda sebelum menulis karangan anda.

Gotong-royong Di Sekolah

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

LAMPIRAN 3Nama : _________________________________

Lengkapkan Peta Minda di bawah berdasarkan tajuk karangan yang diberi.

LAMPIRAN 4Nama : _____________________________________Tulis sebuah karangan menggunakan tajuk yang diberi. Gunakan peta minda sebelum menulis karangan anda.

Aku Sebuah Radio

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

LAMPIRAN 5Nama : _____________________________________

Tulis sebuah karangan menggunakan tajuk yang diberi. Gunakan peta minda sebelum menulis karangan anda.

Aku Sebuah Kereta

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Langkah Membuat Peta Minda

Berdasarkan jadual tersebut, murid-murid dapat merangka peta minda yang ingin mereka hasilkan.

Petua Membuat Peta minda

i. Pada bahagian tengah, lukis tajuk dengan huruf besar.

ii. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama ( maksimum

tujuh cabang ).

iii. Bahagikan cabang kepada cabang kecil fakta terperinci.

iv. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat, contohnya: KAEDAH, JENIS.

v. Semua fakta di dalam huruf besar.

vi. Jangan fikir di mana hendak meletakkan cabang / fakta.

LAMPIRAN 7Rancangan Pengajaran Harian Tanpa Menggunakan Peta Minda

Masa / Kelas / M. Pelajaran /TarikhKandungan / Impak

Tarikh : 15.4.1208.00 - 09.00

Tahun 5 Jaya

Bahasa Melayu

Sistem bahasa :

Kosa kata Makna perkataan

Tatabahasa Tanda baca, penanda wacana.

Pengisian Kurikulum :

Ilmu Kajian Tempatan

Nilai :

Rasional

Tema

Tajuk

FU

FS

Hasil Pembelajaran

Aktiviti

Refleksi: Penulisan Karangan

: Gotong-royong Di Sekolah: 8.5 Aras 2 (i)

: 8.4 Aras 3 (i)

: Pada akhir pengajaran dan

pembelajaran, murid dapat :

i. Menghuraikan isi dengan jelas untuk

menghasilkan perenggan yang koheran.

1. Murid bercerita tentang keluarga

masing- masing.

2. Murid membaca dan memahami tajuk

yang diberi. 3. Murid mencari dan mengumpulkan isi penting.

4. Murid menyenaraikan isi-isi penting.

5. Murid menghuraikan isi-isi penting dengan jelas.

6. Murid membina ayat dalam perenggan

untuk menghasilkan karangan yang

lengkap.

7. Guru merumuskan isi pelajaran.

:

LAMPIRAN 8

Rancangan Pengajaran Harian Menggunakan Peta MindaMasa / Kelas / M. Pelajaran /TarikhKandungan / Impak

Tarikh : 14.6.1208.00 - 09.00

Tahun 5 Jaya

Bahasa Melayu

Sistem bahasa :

Kosa kata Makna perkataan

Tatabahasa Tanda baca, penanda wacana.

Pengisian Kurikulum :

Ilmu Kajian Tempatan

Nilai :

Rasional

Tema

Tajuk

FU

FS

Hasil Pembelajaran

Aktiviti

Refleksi: Penulisan Karangan

: Gotong-royong Di Sekolah

: 8.5 Aras 2 (i)

: 8.4 Aras 3 (i)

: Pada akhir pengajaran dan

pembelajaran, murid dapat :

i. Menghuraikan isi dengan jelas untuk

menghasilkan perenggan yang

koheran.

1. Murid bercerita tentang keluarga

masing- masing.

2. Murid membaca dan memahami tajuk

yang diberi. 3. Murid mencari dan mengumpulkan isi

penting menggunakan prta minda.4. Murid menyenaraikan isi-isi penting.

5. Murid menghuraikan isi-isi penting

dengan jelas.

6. Murid membina ayat dalam

perenggan untuk menghasilkan

karangan yang lengkap.

7. Guru merumuskan isi pelajaran.

:

Berdasarkan pendapat tersebut terbukti bahawa penulisan karangan tidak boleh diambil mudah oleh guru-guru dan para pelajar. Berdasarkan pemerhatian latihan dan kertas jawapan peperiksaan dalaman didapati punca utama pelajar-pelajar gagal mendapat gred A kerana karangan yang dihasilkan tidak memenuhi kriteria pemarkahan untuk bahagian pengenalan, idea dan kesimpulan. Oleh itu, satu kaedah peta minda diperkenalkan untuk meningkatkan minat dan kualiti penulisan karangan dalam kalangan para pelajar yang tidak mencapai gred A dalam bahasa Melayu.KONTEKS KAJIANRefleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran

Jika hendak dikira pengalaman pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang lalu semasa praktikum, memang ada banyak pahit dan manisnya. Pengalaman seperti itu memang berharga untuk mematangkan lagi pemikiran saya dalam menilai kemajuan diri semasa mengajar. Kebaikan pengalaman praktikum ialah saya dapat memahami situasi yang sebenar, mengenali siapa diri saya dan bagaimana saya mendidik anak murid saya.

Berdasarkan pengalaman itu, saya berpendapat bahawa saya perlu bersikap tegas tetapi dalam pada itu, rasa sayang pada mereka dipupuk agar mereka menghormati saya. Dalam hal ini, tindakan dari segi psikologi adalah sangat penting. Akan tetapi tidak dinafikan saya turut mengalami pengalaman pahit. Namun, bagi saya tiada keburukan pengalaman pahit tersebut kerana ia boleh dijadikan suatu pengajaran untuk meningkatkan lagi prestasi saya. Semasa berada dalam kelas, saya lebih suka mengajar dengan cara berkawan, merapatkan diri dan "memasuki" dunia muridmurid saya. Dengan ini, barulah saya dapat faham apakah yang mereka inginkan dalam pelajaran. Apabila saya dapat menyesuaikan diri dengan dunia mereka, barulah mereka dapat menerima dan mengikut cara pengajaran saya. Oleh itu, seseorang guru harus pandai menggunakan psikologi dalam mendidik kerana memang lumrah dunia, kanak-kanak adalah nakal. Justeru dalam kajian ini, saya telah menggunakan teknik peta minda yang bersifat mesra murid sebagai kaedah pengajaran penulisan Bahasa Melayu Tahun 5.

Isu Keprihatinan

Saya menjalani praktikum fasa III selama tiga bulan di sebuah sekolah di Kuching dan diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas Tahun 5 Pintar yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian. Selepas beberapa minggu menjalani praktikum di sekolah tersebut, saya mendapati murid-murid dalam kelas saya mempunyai masalah dan lemah dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian untuk penulisan karangan Bahasa Melayu. Rajah 1 menunjukkan contoh karangan Azira (nama samaran), salah seorang murid Tahun 5 Pintar.

Rajah 1. Hasil kerja awal penulisan karangan Azira.

Ternyata karangan yang dihasilkan oleh Azira mempunyai tiga perenggan sahaja iaitu bahagian pendahuluan, isi karangan dan penutup. Dia tidak dapat mengenal pasti bahagian isi utama dan isi huraian karangan tersebut dan menggabungkannya ke dalam

satu perenggan. Azira tidak tahu bagaimana hendak menbezakan isi utama dan isi huraian dan cara untuk membahagikan isi-isi tersebut. Melihat kepada isu tersebut, saya menggunakan peta minda dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu untuk menangani

isu tersebut. Peta minda yang digunakan sangat mudah ditadbirkan kerana murid-murid dapat menyampaikan idea dalam penulisan mereka dengan cara yang mudah dan sistematik. Pada masa sama, mereka dapat melakarkan peta minda ini mengikut kreativiti mereka sendiri dan lebih mudah untuk mereka mengingati dan menghuraikan setiap isi bagi karangan yang mereka akan tulis nanti. Di samping aktiviti penulisan, peta minda ini juga boleh saya gunakan untuk aktivitiaktiviti lain selain daripada mengajar penulisan Bahasa Melayu.

Kemahiran penulisan karangan yang baik adalah sangat penting kerana kemahiran tersebut diperlukan semasa murid-murid saya menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun hadapan. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran tersebut, masalah akan timbul setiap kali mereka menghasilkan penulisan karangan Bahasa Melayu dan masalah ini mungkin akan menjejaskan keputusan mereka nanti. Oleh itu, dengan berpandukan peta minda sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid saya menghasilkan karangan yang lebih

baik dan berkualiti.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

meningkatkan kemahiran Azira dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5 melalui penggunaan peta minda; dan

menambah baik amalan pengajaran saya berkaitan dengan pengenalpastian isi utama dan isi huraian semasa menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5 melalui penggunaan peta minda.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

Apakah kesan penggunaan peta minda terhadap kemahiran

Azira dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5?

Sejauh manakah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ini dapat membantu dalam menambah baik amalan pengajaran saya?

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Menurut Buzan (n.d.), keupayaan berkhayal harus dipupuk untuk menghasilkan peta minda kerana melalui cara itu, orang ramai boleh memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman serta mengaktifkan fungsi kedua-dua belah otak. Keupayaan kita untuk berkhayal perlulah dipupuk dengan menghasilkan peta minda sebagai satu laluan untuk kita menyatakan perkara yang sedang kita khayalkan itu. Sementara itu, mengikut Mukerjea (1996), peta minda membolehkan seseorang itu dapat ...learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort.... yang membawa maksud penggunaan peta minda ini dapat membantu kita untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan kita tanpa merugikan terlalu banyak kertas sebagai bahan bantu serta mengurangkan usaha. Ini adalah kerana peta minda merupakan satu ringkasan kepada sesuatu teks atau petikan yang panjang dan ini juga menjadi ringkasan kepada karangan yang akan ditulis oleh murid-murid nanti. Di samping itu, terdapat kajian-kajian lepas yang pernah menggunakan alat berfikir ini seperti yang dibuat oleh Zalekha Binti Haji Elie (2005). Kaedah yang digunakan dalam kajiannya adalah untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberidengan berbantukan peta minda. Wong Pui Chze (2009) dalam penyelidikan tindakannya turut menggunakan peta minda untuk menambah baik pengajaran penulisan karangan naratif Bahasa Cina. Kajiannya turut melihat sejauh manakah peta minda membantu murid-murid Tahun 5 dalam penulisan karangan Bahasa Cina naratif.

Peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada murid. Hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda. Apabila murid-murid cuba mengaplikasikan penggunaan peta minda dalam penulisan mereka, mereka perlu mengenal pasti isi utama karangan tersebut sebelum dapat menyenaraikan isi-isi sampingan atau isi-isi huraiannya. Jadual 1 menunjukkan langkah membuat peta minda yang digunakan untuk pelaksanaan tindakan saya.

Jadual 1.

Langkah Membuat Peta Minda

Berdasarkan jadual tersebut, murid-murid dapat merangka peta minda yang ingin mereka hasilkan.

Petua Membuat Peta minda

i. Pada bahagian tengah, lukis tajuk dengan huruf besar.

ii. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (maksimum tujuh

cabang).

iii. Bahagikan cabang kepada cabang kecil fakta terperinci.

iv. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat, contohnya: KAEDAH, JENIS.

v. Semua fakta di dalam huruf besar.

vi. Jangan fikir di mana hendak meletakkan cabang / fakta.

Rajah 2 pula menunjukkan contoh carta aliran sebagai pencetus kepada penghasilan peta minda yang saya gunakan semasa pengajaran penulisan karangan.

Rajah 2. Contoh carta aliran sebagai pencetus pembinaan peta minda.

Dengan menggunakan peta minda, saya dapat menerangkan dengan lebih mudah dan jelas kepada mereka. Pertama sekali, mereka perlu mengetahui apakah tajuk karangan yang akan mereka hasilkan. Kedua ialah pengenalan kepada tajuk iaitu pendahuluan kepada perenggan. Dan yang ketiga, barulah murid-murid memasukkan isi-isi karangan. Setiap perenggan yang dihasilkan perlulah mengandungi isi utama dan juga huraian kepada isi utama tersebut. Bahagian terakhir bagi karangan dinamakan sebagai penutup iaitu rumusan atau kesimpulan kepada karangan tersebut. Jadual 2 merupakan pelaksanaan proses pengumpulan data bermula dengan pengumpulan data awal atau tinjauan awal kajian ini. Ia juga menunjukkan pelaksanaan tindakan kajian ini.

Jadual 2.

Pengumpulan Data Awal dan Tindakan Pelaksanaan

Data awalCatatan

Menyediakan tajuk karangan dan meminta murid menulis

karangan.

Melihat hasil penulisan tanpa peta mindaSudah dilaksanakan:

24 Februari 2010

Pelaksanaan TindakanCatatan

Tindakan 1

Meminta murid menulis karangan menggunakan peta minda

dengan bantuan guru.Sudah dilaksanakan

Tindakan 2

Membanding beza karangan tanpa peta minda dengan

karangan yang menggunakan peta minda.Sudah dilaksanakan

Tindakan 3

Meminta murid menghasilkan sendiri peta minda dan

menulis karangan.Sudah dilaksanakan

Saya telah membimbing Azira untuk menghasilkan karangan dengan menggunakan peta minda, bermula dengan langkah demi langkah sehingga Azira benar-benar faham.

METODOLOGI

Peserta Kajian

Saya merupakan peserta kajian ini selain daripada Azira, seorang murid perempuan murid dari kelas Tahun 5 Pintar yang sangat aktif.

Etika Penyelidikan

Sebelum kajian ini bermula, saya terlebih dahulu telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan seterusnya kebenaran secara lisan daripada Azira untuk terlibat dalam

kajian ini. Borang kebenaran penyertaan dalam kajian ini kemudian diberikan kepada Azira untuk diisi. Dia bersetuju untuk menyertai kajian ini.

Teknik Mengumpul Data

Untuk mengetahui tahap pencapaian Azira, saya telah mengumpul analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja Azira. Saya turut menemu bual Azira dan membuat pemerhatian ke atas Azira semasa dia menghasilkan karangan Bahasa Melayu.

Teknik Menganalisis Data

Analisis kandungan karangan

Analisis kandungan karangan yang dihasilkan oleh Azira diberi tumpuan dalam analisis kajian ini dan bukannya peta minda yang dihasilkan (Sila rujuk Rajah 3).

Rajah 3. Karangan Azira menggunakan peta minda.Berdasarkan Rajah 3, analisis kandungan telah saya buat pada karangan Azira untuk mengenal pasti pendahuluan, bilangan isi serta penutup yang perlu ada pada karangannya. Azira telah menulis karangan tersebut sebanyak lima perenggan iaitu bilangan isi yang telah dia senaraikan pada peta minda yang dihasilkan. Di samping itu, cara penulisan isi dan huraian karangan juga saya analisis untuk melihat kesan penggunaan peta minda pada penulisan karangan Azira sama ada lebih tersusun dan teratur ataupun tidak. Analisis kandungan temu bual. Sementara itu, untuk data hasil daripada temu bual di antara saya dengan Azira, saya membuat catatan dan menggunakannya untuk tujuan membanding beza antara pendapat saya dengan pandangan Azira. Berdasarkan hasil dapatan ini, saya merujuk kembali persoalan dan objektif kajian saya untuk lihat sama ada perkara-perkara tersebut dijawab atau

tercapai. Analisis kandungan catatan refleksiHasil pemerhatian saya yang dicatat pada catatan refleksi juga dianalisis kandungannya. Berdasarkan pemerhatian dan catatan tersebut, saya dapat melihat tahap pencapaian diri saya dan juga Azira khususnya dari segi respon Azira terhadap penggunaan peta minda.

Teknik Menyemak Data

Saya telah menemu bual Azira untuk tujuan semakan data.

REFLEKSI DAPATAN

Apakah kesan penggunaan peta minda terhadap kemahiran Azira dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5?

Pada awal kajian, saya telah meminta Azira untuk menulis karangan yang bertajuk "Gotong-royong Di Sekolah". Semasa menulis karangan tersebut, Azira tidak dapat menghuraikan isiisi karangan tersebut dengan baik. Oleh itu, saya telah memperkenalkan teknik penulisan karangan berpandukan peta minda kepada Azira.

Mohd Zamri Bin Ibrahim (2009) dalam kajiannya telah mencuba untuk mengalih perhatian pelajarnya supaya bukan sahaja dapat menguasai tajuk pengajaran yang diajar dengan baik tetapi cuba mengaplikasikan pengetahuan menggunakan peta minda dan borang grafik sebagai satu cara mencatat nota, memudahkan proses menyimpan maklumat dan mengingatkan kembali. Justeru, penggunaan peta minda diharapkan dapat membantu Azira mengingati dan memahami langkah-langkah yang betul semasa menulis karangan. Rajah 4 menunjukkan hasil penulisan karangan Azira dengan bantuan peta minda yang dihasilkannya.

Rajah 4. Hasil penulisan karangan Azira dengan peta minda

Berdasarkan Rajah 4, Azira dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dan berkesan dengan menggunakan peta minda jika dibandingkan sebelum menggunakan peta mind seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Di samping itu, temu bual saya bersama-sama dengan Azira telah mendedahkan pandangan Azira terhadap penggunaan peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Melayu seperti yang dipaparkan pada transkrip temu bual berikut.

Guru : Apakah yang Azira faham tentang peta minda?

Azira : Melukis bentuk-bentuk cikgu, lepas tu kita tulis apa yang kita fikir dalam

petak tu.

Guru : Bagaimanakah peta minda ini membantu kamu dalam penulisan Azira?

Azira : Peta minda ini membantu saya dalam mengenal pasti isi-isi untuk

setiap perenggan cikgu. (peta minda membantu dalam penulisan

karangan)

Guru : Adakah kamu rasa lebih mudah untuk kamu membezakan isi utama dan

isi huraian karangan?

Azira : Lebih mudah cikgu, sebab saya dapat merangka karangan saya

langkah demi langkah mengikut petua peta minda yang telah cikgu

berikan. (memudahkan untuk merangka karangan)

Guru : Adakah kamu rasa cara ini berkesan?

Azira :Memang berkesan cikgu, kerasa saya sudah tahu bagaimana

hendak menulis ikut perenggan. (membaiki penulisan karangan)

Guru : Apakah kebaikan penulisan berpandukan peta minda ini kepada kamu?

Azira : Banyak kebaikan cikgu, tapi yang pasti saya dapat membaiki cara

penulisan saya cikgu dan saya rasa lebih mudah untuk saya

menulis karangan dengan adanya peta minda ini cikgu.

(meningkatkan kemahiran menulis)

Guru : Bagus Azira! Cikgu harap Azira dapat membaiki tahap penggunaan

bahasa Azira dalam penulisan kerana ini dapat membantu untuk Azira

mendapat markah lebih baik.

Azira : Baiklah cikgu.

(Petikan temu bual, 28 April 2010)

Sejauh manakah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dapat membantu dalam menambah baik amalan pengajaran saya?

Penggunaan peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia ini telah banyak membantu dalam menambah baik amalan pengajaran saya. Saya telah mendapati bahawa dengan menggunakan peta minda, pengajaran untuk penulisan karangan saya menjadi lebih mudah dan sistematik. Murid-murid lebih mudah memahami tajuk yang ditulis dan juga membaiki kualiti penulisan mereka, terutamanya Azira, ke satu tahap yang lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum kajian ini dijalankan. Dengan menggunakan peta minda juga, saya mendapati bahawa murid-murid saya lebih yakin dan bersemangat untuk belajar. Peta minda dapat melatih kreativiti murid dalam menghasilkan bentuk-bentuk peta minda yang pelbagai. Saya memberikan kebebasan kepada murid untuk menghasilkan bentuk mengikut kreativiti mereka sendiri dan memudahkan pemahaman mereka terhadap karangan yang ingin dihasilkan. Pada pandangan saya sendiri sebagai seorang pengkaji yang menggunakan peta minda sebagai alat kajian saya, saya mendapati bahawa peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu murid-murid untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mereka untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

REFLEKSI KESELURUHANRefleksi dan Penilaian Tindakan Saya telah menjalankan penyelidikan tindakan berkenaan dengan penggunaan peta minda untuk menambah baik penulisan karangan Bahasa Melayu Tahun 5 Azira. Saya memilih untuk melakukan penyelidikan tindakan ini selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Azira iaitu masalah dalam penulisan karangan. Pada kertas cadangan awal saya, saya hanya menceritakan secara ringkas sahaja berkenaan dengan penyelidikan tindakan saya ini. Sesungguhnya memang banyak halangan dan dugaan yang saya hadapi semasa menjalankan penyelidikan tindakan ini. Penyelidikan tindakan ini telah banyak membantu saya dalam membaiki gaya dan mutu pengajaran saya. Melalui penyelidikan tindakan ini, saya menjadi lebih bertanggungjawab ke atas tindakan saya dan mewujudkan suasana p&p yang lebih bersemangat dan dinamik. Penyelidikan tindakan telah digunakan dalam perkembangan kurikulum berasaskan sekolah, perkembangan profesional, program kemajuan sekolah dan perkembangan perancangan sistem dan dasar pendidikan. Dengan itu, saya dapat mengenal pasti masalah saya dan merenung amalan dan ideologi saya dari perspektif yang lebih luas. Dalam penyelidikan tindakan saya ini, saya juga telah menggunakan pendekatan psikologi terhadap murid-murid saya iaitu melalui cara pengajaran saya. Saya berharap saya dapat menzahirkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui tindakan saya dalam kelas. Pembelajaran Kendiri Sesungguhnya sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu, sudah tentu saya ingin meningkatkan dan menambah baik amalan kendiri saya. Selepas menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya dapat merangka Rancangan Pengajaran Harian saya dengan menjadikan penulisan karangan menggunakan peta minda sebagai salah satu daripada sesi pengajaran saya. Semasa praktikum fasa III, saya telah memperuntukkan dua masa seminggu untuk menerapkan peta minda dalam penulisan karangan Saya telah mempelbagaikan cara pengajaran saya untuk karangan berpandukan peta minda sebagai langkah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid saya untuk penulisan karangan dari semasa ke semasa. Cadangan Kajian Lanjutan Selepas melihat kejayaan kajian yang saya laksanakan ini, saya telah terfikir untuk melanjutkan kajian saya kepada kitaran yang seterusnya. Saya masih boleh menggunakan peta minda dalam penulisan karangan. Namun, mungkin saya dapat membuat penambahbaikan dengan membuat perubahan-perubahan terhadap langkah membuat peta minda yang digunakan untuk menjadikannya lebih berkesan. Untuk kitaran kedua, saya bercadang untuk meminta murid-murid menghasilkan peta minda berpandukan karangan yang akan diberikan untuk mengukuhkan lagi kemahiran mereka. Hal ini dapat membantu mereka untuk mengenal pasti isi utama dan isi huraian yang terdapat di dalam teks karangan yang diberikan. Dengan adanya latihan yang intensif seperti ini, diharapkan Azira dan muridmurid saya yang lain dapat menguasai kemahiran menggunakan peta minda ini dengan lebih baik dan karangan yang dihasilkanlebih baik dan berkualiti.

BIBLIOGRAFI

Buzan, T. (n.d). Offical website of mind maping by Tony Buzan. Diperoleh pada 28 Februari 2010 dari http://www.ThinkBuzan.com.

Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk landskap menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal Penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tahun 2009, 124-132.

Nor Azura Binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan konsep istilah penting dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 dengan inovasi My Aura Map.

Jurnal Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.Wong Pui Chze. (2009). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif Bahasa Cina dalam kalangan murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 135-145.

Zalekha Binti Hj Elie. (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan kaedah peta minda dan kata soal. Jurnal

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 160- 166.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian tindakan ini adalah untuk:i) meningkatkan kemahiran 6 orang murid mengemukakan isi-isi penting dalam Penulisan Bahasa Malaysia, dan ii) menambah baik amalan pengajaran saya sebagai guru Penulisan Bahasa agar memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal.KUMPULAN SASARAN

INSTRUMEN KAJIANTINDAKAN

Saya telah merancang untuk melaksanakan kajian ini bermula dari awal bulan Februari 2005 hingga penghujung bulan Mei 2005. Saya telah mengenal pasti 6 orang murid untuk dijadikan subjek kajian ini. Saya melaksanakan pengajaran saya menggunakan Kaedah Peta minda dan Kata Soal. Saya memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Khamis untuk melaksanakan p&p menggunakan kaedah ini. Saya menggunakan 1 waktu (30 minit) untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu (30 minit) untuk murid-murid membuat latihan penulisan. Saya akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini.

Sehari sebelum memulakan pengajaran, saya telah memberitahu murid tentang jenis karangan dan tajuk yang akan diajar supaya mereka membaca format dan beberapa contoh karangan yang berkaitan serta membuat rujukan tentang tajuk tersebut. Dengan cara ini, murid-murid sudah ada pengetahuan tentang karangan yang akan diperbincangkan nanti.

Saya telah melaksanakan beberapa langkah p&p menggunakan kaedah ini. Langkah-langkah p&p yang saya gunakan adalah seperti berikut.

Set Induksi: Bersoal jawab tentang tajuk.

Langkah 1: Perbincangan tentang format karangan dan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal yang digunakan untuk mencatat dan mencari isi-isi penting.

Langkah 2: Perbincangan tentang perenggan pendahuluan menggunakan kata soal.

Langkah 3: Menggunakan kata soal untuk mencari isi-isi penting.

Menggunakan peta minda untuk mencatat isi-isi penting.

Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup menggunakan kata soal.

Langkah 5: Latihan penulisan.

Penutup: Rumusan tentang tajuk.

Saya memulakan langkah pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Seterusnya di dalam langkah pertama, saya berbincang dengan murid-murid tentang format karangan (untuk karangan yang berformat sahaja). Selepas itu, saya menerangkan tentang penggunaan Kaedah Peta Minda dan Kata soal (untuk pengajaran dan pembelajaran pertama kali menggunakan kaedah ini). Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk seperti anak-anak ranting yang keluar daripada satu rumpun dan digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Manakala kata soal pula digunakan untuk mengeluarkan dan menghuraikan isi serta memberi contoh yang berkaitan.

Di dalam langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perenggan pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan, murid-murid boleh menggunakan kata soal untuk menerangkan tentang tajuk atau mengemukakan isu semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang bertajuk Cara Membalas Jasa Ibu Bapa, saya telah meminta murid menggunakan kata soal siapa dan apa. Saya telah memilih subjek kajian untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Contoh soalan

: Siapakah ibu bapa?

Contoh jawapan murid: Orang yang melahir dan membesarkan kita.

Contoh soalan

: Apakah jasa ibu bapa kita?

Contoh jawapan murid: Memelihara dan memberi kita pelajaran.

Di dalam langkah ketiga, saya melatih murid-murid menggunakan kata soal yang sesuai untuk melahirkan isi-isi penting. Sebagai contoh, murid menggunakan kata soal bagaimana untuk mencari jawapan atau isi yang berkaitan dengan tajuk.

Contoh soalan

: Bagaimanakah kita membalas jasa ibu bapa kita?

Contoh jawapan murid: Belajar bersungguh-sungguh.

Sekiranya jawapan yang diberikan itu tepat dan berkaitan, maka pujian dan tepukan diberikan kepada murid berkenaan. Murid tersebut atau murid lain dikehendaki mencatat isi yang telah dikemukakan tadi pada peta minda seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.Setelah mengemukakan beberapa isi penting yang berkaitan, murid dikehendaki menggunakan kata soal yang sesuai untuk menghuraikan isi tersebut. Sebagai contoh, murid boleh menggunakan kata soal mengapa untuk membuat huraian.

Contoh soalan

: Mengapakah kita perlu belajar bersungguh-sungguh?

Contoh jawapan murid: Supaya berjaya dalam pelajaran.

Setelah menghuraikan tajuk, murid dikehendaki memberikan contoh yang berkaitan sebagai bukti huraian. Murid juga dikehendaki menggunakan kata soal yang sesuai untuk menyatakan contoh yang berkaitan.

Contoh soalan

: Apakah perasaan ibu bapa apabila kita berjaya?

Contoh jawapan Murid: Bangga dan gembira.

Rajah 2: Contoh Peta MindaSetelah mengemukakan beberapa isi penting yang berkaitan, murid dikehendaki menggunakan kata soal yang sesuai untuk menghuraikan isi tersebut. Sebagai contoh, murid boleh menggunakan kata soal mengapa untuk membuat huraian.

Contoh soalan

: Mengapakah kita perlu belajar bersungguh-sungguh?

Contoh jawapan murid: Supaya berjaya dalam pelajaran.

Setelah menghuraikan tajuk, murid dikehendaki memberikan contoh yang berkaitan sebagai bukti huraian. Murid juga dikehendaki menggunakan kata soal yang sesuai untuk menyatakan contoh yang berkaitan.

Contoh soalan

: Apakah perasaan ibu bapa apabila kita berjaya?

Contoh jawapan Murid: Bangga dan gembira.Seterusnya di dalam langkah keempat, saya membimbing murid menulis bahagian penutup menggunakan kata soal yang sesuai untuk membuat rumusan tentang tajuk. Sebagai contoh murid boleh menggunakan kata soal mengapa untuk memberi kesimpulan tentang keseluruhan isi yang telah diperbincangkan.

Contoh soalan: Mengapakah kita perlu membalas jasa ibu bapa kita?

Contoh jawapan murid: Kerana ibu bapa telah banyak berkorban kepada kita.

Untuk langkah yang terakhir, saya telah memberi latihan penulisan kepada murid-murid. Semasa membuat latihan, saya memberi bimbingan secara individu. Saya membimbing dan melatih mereka membina dan menyusun ayat dengan betul. Saya juga menggalakkan mereka menggunakan kata wacana seperti oleh itu, tambahan pula, oleh yang demikian, selain daripada itu, dan sebagainya untuk menyambung isi.

Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal bulan Februari 2005 hingga penghujung bulan Mei 2005, saya telah mengadakan 4 siri ujian. Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Malaysia.

KEPUTUSAN

Saya telah mengumpul markah-markah daripada 4 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis Markah ujian seperti Jadual 2.

Jadual 2: Analisis Markah Ujian Penulisan Bahasa Melayu

Bil.Nama MuridTarikh Ujian

24.02.05 22.03.05 28.04.05 12.05.05

MG M G M G M G

1. Alina 52 C 66 B 64 B 78 B

2. Azrul 62 B 60 B 60 B 60 B

3. Eliza 54 C 67 B 66 B 72 B

4. Farina 46 C 68 B 72 B 74 B

5. Ikmal 40 C 50 C 54 C 60 B

6. Rosma 60 B 62 B 60 B 76 B

Berdasarkan analisis markah ujian pada Jadual 2, didapati markah Alina meningkat daripada gred C dalam ujian yang pertama kepada gred B dalam ujian-ujian yang seterusnya. Azrul telah mendapat gred B dalam keempat-empat ujian walaupun markahnya menurun sedikit tetapi pencapaiannya masih konsisten. Markah Eliza telah meningkat daripada gred C dalam uijan pertama kepada gred B dalam ujian-ujian berikutnya. Farina pula menunjukkan peningkatan markah yang agak baik. Markahnya telah meningkat daripada gred C dalam ujian pertama kepada gred B dalam ketiga-tiga ujian berikutnya. Pencapaian Ikmal pula kurang memuaskan. Murid ini masih mencapai gred C dalam uijan pertama, kedua dan ketiga. Murid ini hanya mendapat gred B dalam ujian yang terakhir. Rosma juga salah seorang daripada murid-murid ini yang telah mendapat gred B dalam kesemua ujian yang diadakan itu.

Secara keseluruhannya, pencapaian beberapa orang murid ini ada menunjukkan peningkatan. Walaupun murid-murid ini belum mencapai tahap cemerlang namun mereka telah menunjukkan pencapaian yang positif.

Saya juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual tersebut.Guru: Alina, cikgu nampak keputusan ujian Penulisan kamu meningkat berbanding dengan yang sebelum ini. Adakah kamu rasa lebih mudah untuk mencari isi-isi

penting menggunakan kata soal dan peta minda?

Alina: Ya, cikgu. Saya rasa lebih mudah mencari isi-isi penting mengunakan kata soal ni.

Guru: Bagaimana pula dengan kamu Farina?

Farina: Saya pun begitu juga cikgu.

Guru: Ikmal, cikgu perhatikan pencapaian kamu kurang memuaskan berbanding dengan rakan-rakan kamu yang lain. Adakah kamu dapat menggunakan kata

soal dan peta minda untuk mencari isi-isi penting bagi karangan kamu?

Ikmal: Sikit-sikit cikgu. Saya tidak minat menulis karangan cikgu. Saya malas nak

tulis panjang-panjang.

Guru: Ikmal, walaupun kamu tidak berminat, kamu mesti berusaha bersungguh-

sungguh kerana mata pelajaran ini akan dinilai dalam UPSR kelak.

Ikmal: Baiklah, cikgu.

Guru: Eliza, kamu suka tak menggunakan kata soal dan peta minda ni?

Eliza: Suka juga cikgu.

Guru: Mengapa kamu suka Eliza?

Eliza: Senang nak cari idea.

Temubual saya dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Saya dapati penggunaan peta minda dan kata soal dapat memudahkan mereka mencari isi-isi penting. Tiga orang daripada murid yang ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan kaedah peta minda dan kata soal telah membantu mereka mencari isi-isi penting. Salah seorang daripada mereka yang ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.PENUTUP

Pada awal kajian ini, saya dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa saya memberi penerangan. Saya telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Saya sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.

Saya dapati penggunaan kaedah peta minda dan kata soal dalam kajian ini ada memberi kesan yang positif terhdap pemahaman murid-murid saya. Kaedah ini dapat mempertingkatkan markah mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya juga berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran saya telah menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding dengan kaedah yang saya gunakan sebelum ini.

Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk mencari isi-isi penting dalam Bahasa Malaysia Pemahaman. Pada persepsi saya, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mencari isi-isi penting bagi petikan pemahaman. Saya juga akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Malaysia kerana kaedah ini dapat memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan yang baik.

Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini saya dapati sebagai seorang guru, saya perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi. Saya berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk saya meneruskan lagi penyelidikan saya.

SENARAI RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan

tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan

kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran

matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.

Khairuddin Ayip. (2003). 88 Karangan UPSR Tahun 4, 5, 6. Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sazali Mat Saman. (2000). Karangan UPSR. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia

Sdn. Bhd.

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/19%20Zalekha.pdfhttp://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdfLAMPIRAN INSTRUMEN

19

_1416398894.

_1416399540.

_1416397135.