12
TEMPAT : Pusat Ekuin, UTM Skudai. TARIKH : 02 Jun 2010 HARI : Rabu MASA : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari BILANGAN YANG TERIBAT : i. 18 orang murid ii. 6 orang guru iii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid BILANGAN KESELURUHAN : 25 orang AKTIVIT I : i. Menunggang kuda ii. Melawat sekitar UTM, Skudai 1. PENGENALAN Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitu menunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan. Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini. 2. KELEBIHAN PROGRAM

CONTOH LAPORAN AKTIVITI

  • Upload
    adiyu

  • View
    52.361

  • Download
    23

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

TEMPAT : Pusat Ekuin, UTM Skudai.

TARIKH : 02 Jun 2010

HARI : Rabu

MASA : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

BILANGAN YANG TERIBAT : i. 18 orang murid

ii. 6 orang guru

iii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid

BILANGAN KESELURUHAN : 25 orang

AKTIVITI : i. Menunggang kuda

ii. Melawat sekitar UTM, Skudai

1. PENGENALAN

Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitu menunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan. Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini.

2. KELEBIHAN PROGRAM

Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :-

i. Murid sangat seronok dan teruja dapat menunggang kuda.ii. Murid dapat menimba pengalaman baru serta menambahkan ilmu pengetahuan.

iii. Murid dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan baru serta orang awam.iv. Meningkatkan keberanian serta keyakinan murid terhadap diri mereka sendiri.v. Murid dapat melihat dan mengenal haiwan secara lebih dekat dan realiti.

Page 2: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

3. KELEMAHAN PROGRAM

i. Kawalan Murid

Disebabkan jamuan makanan disediakan pada jam 10.30 pagi maka ada beberapa orang murid tidak dapat mengawal emosi kerana lapar. Namun, guru-guru dapat mengawal dengan baik dengan memberi murid-murid makanan dan minuman yang dibawa oleh guru dari rumah.

ii. Terapi

Ada beberapa orang murid tidak dapat memberanikan diri untuk menunggang kuda. Mereka kelihatan takut dan menangis apabila disuruh untuk menunggang kuda. Terapi kuda untuk murid-murid ini boleh dikira berjaya kerana dapat memupuk sifat berani dalam diri murid apabila guru berjaya memujuk murid untuk menyentuh dan mengusap badan kuda.

iii. Kuantiti Kuda

Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin tidak mencukupi kerana mereka menyediakan 4 ekor kuda sahaja sedangkan terdapat 4 buah sekolah lagi yang menyertai program ini iaitu SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah. Maka, murid-murid tidak puas bermain dan menunggang kuda.

iv. Masa Disebabkan kuantiti kuda yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan menunggang kepada 5 buah sekolah maka masa yang ditetapkan oleh pihak Ekuin untuk menunggang adalah terhad iaitu sekitar 5 minit untuk 1 pusingan.

4. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM

i. Membuat T-shirt seragam untuk guru dan murid bagi untuk kegunaan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah agar mudah bagi para guru untuk mengenal pasti murid-murid mereka.

ii. Membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan murid dalam kelaparan.iii. Membuat latihan awal sebelum menunggang kuda sebenar seperti mengenal dan menyentuh

haiwan terlebih dahulu. iv. Meningkatkan kawalan untuk mengawal murid-murid ketika mengadakan program luar bilik

darjah.

Page 3: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

5. KOS SEBENAR

BIL BIL PERKARA KOS (RM)

1 Pakej (Tiket, fasilitator, makanan dan minuman)

RM 15.00 x 25 orang 375.00

2 Pengangkutan RM 4 x 25 orang 100.00

JUMLAH 370.00

6. PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi murid-murid pendidikan khas kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai realiti kehidupan masyarakat normal di luar sana. Selain mengenal pengangkutan darat dan haiwan-haiwan, murid-murid juga dapat bergaul dengan orang awam dan melihat situasi sebenar pada tempat yang dilawati. Oleh yang demikian, program ini seharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

……………………………………………..

( Pn Adibah Binti Md. Yunos )

Guru Pendidikan Integrasi

……………………………………………….

( En Adanan Bin Ramli )

GPK Pendidikan Khas Integrasi

…………………………………………………

( En Chua Lay Kah )

Guru Besar

Page 4: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

SJK ( C ) Kulai 2 SJK ( C ) Kulai 2 SJK ( C ) Kulai 2

LAMPIRAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

~~ TERAPI KUDA ~~

Page 5: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

SENARAI NAMA MURID

BIL NAMA MURID KATEGORI

1 Lee Jia Lok Sindrom Down

2 Liew Kit Wei Sindrom Down

3 Goh Jun Wen Autisme

4 Fong Chin Ann Autisme

5 Loo Yi Chun Autisme

6 Tai Fei Huang Autisme

7 Tai Teng Da Autisme

8 Chew Sheng Yu Autisme

9 Chia Sheng Fu Hiperaktif

10 Chan Shu Perng Autisme

11 Hang Jing Torng Autisme

12 Law Hew Xuan Cerebral Pulsy

13 Leong Jia Yang Autisme

14 Loh Shi Min Terencat Akal Ringan

15 How En Qi Autisme

16 Sia Hui Xin Sindrom Down

17 Tan Yi Peng Sindrom Down

18 Vincent Tan Hiperaktif

SENARAI NAMA GURU DAN PPM

BIL NAMA GURU DAN PPM

1 EN ADANAN BIN RAMLI

2 PN TAI CHOK HAU

3 PN KAMSIAH BINTI ISHAK

4 PN HAFIDA BINTI ABDUL RAHMAN

5 PN NUR AZURA BINTI YUSOP

6 PN. ADIBAH BINTI MD YUNOS

Page 6: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

7 PN SAHRAH BINTI DAHLAN ( PPM )

GAMBAR AKTIVITI SEMASA MENAIKI KERETAPI DAN MELAWAT ZOO JOHOR

Bersama dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Bersama En. Azam, Pengurus Pusat Ekuin UTM

Page 7: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

Aku seekor kuda.. Mengenal dan menyentuh kuda

Memakai topi keselamatan Meletakkan kaki dengan betul

Menaiki kuda Menunggang kuda

Page 8: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

Mari menunggang kuda..

Page 9: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

VIDEO SEPANJANG AKTIVITI TERAPI KUDA

RESIT BAYARAN

i. Resit bayaran kepada Pihak Ekuin untuk pakej - Tiket, fasilitator, makanan dan minuman.

No resit : 8016 - 8020

ii. Resit pengangkutan

No resit : 17556, 17557, 17558 dan 53462.

*rujuk muka surat sebelah