15
LAPORAN AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN BONGEK AKTIVITI : Minggu Pusat Sumber Sekolah 2014 TARIKH : 21 – 25 Julai 2014 SASARAN : Guru-guru dan murid-murid SK Bongek RASIONAL : Program Minggu Pusat Sumber merupakan salah satu daripada program tahunan PSS. Program ini bertujuan menggalakkan penggunaan PSS dan sebahagian daripada Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat. MATLAMAT : i. Memberi pendedahan kepada peranan Pusat Sumber Sekolah. ii. Menggerakkan Pusat Sumber sebagai nadi ilmu sekolah. iii. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. OBJEKTIF : i. Mengembang dan mencungkil bakat murid. ii. Memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri melalui pertandingan. iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid. iv. Membentuk murid dan guru yang berilmu dan kreatif. v. Merupakan aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan serta penggerak aktiviti-aktiviti galakan membaca.

CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PROJEK INTERNSHIP SEM 8

Citation preview

Page 1: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

LAPORAN AKTIVITI

PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN BONGEK

AKTIVITI : Minggu Pusat Sumber Sekolah 2014

TARIKH : 21 – 25 Julai 2014

SASARAN : Guru-guru dan murid-murid SK Bongek

RASIONAL :

Program Minggu Pusat Sumber merupakan salah satu daripada program

tahunan PSS. Program ini bertujuan menggalakkan penggunaan PSS dan

sebahagian daripada Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat.

MATLAMAT :

i. Memberi pendedahan kepada peranan Pusat Sumber Sekolah.

ii. Menggerakkan Pusat Sumber sebagai nadi ilmu sekolah.

iii. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

OBJEKTIF :

i. Mengembang dan mencungkil bakat murid.

ii. Memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri melalui

pertandingan.

iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

iv. Membentuk murid dan guru yang berilmu dan kreatif.

v. Merupakan aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan serta penggerak

aktiviti-aktiviti galakan membaca.

Page 2: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

Program Minggu PSS ini dimulakan pada pukul 7.45 pagi bertempat di

Dewan Seri Budi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kebesaran

Negeri Sembilan, Sekolah dan Sekolahku Selamat. Kemudian diteruskan dengan

lafaz ikrar, bacaan doa dan laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya.

Seterusnya ialah ucapan bertema oleh guru bertugas, iaitu Pn. Zalela bt Hj.

Ahmad.

Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Perpustakaan dan Media, Pn.

Narihan bt Samuri. Selepas itu, guru besar En. Abd Rahman bin Hj. Ibrahim

memberikan ucapan dan melancarkan Minggu Pusat Sumber.

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Ucapan Pn. Narihan Samuri (Penyelaras)

Gimik pelancaran oleh murid-murid Tahun 5 Persembahan oleh murid Tahun 4

TARIKH : 21 JULAI 2014

HARI : ISNIN

AKTIVITI : MAJIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER

Page 3: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

PAMERAN BUKU BARU

Pameran buku baru diadakan bermula hari Selasa sehingga hari

Khamis di bilik ROS. Murid-murid boleh menghadiri pameran ketika waktu

terluang. Buku-buku baru ini adalah sumbangan Institut Terjemahan Negara

Malaysia (ITNM) dan Scholastic. Sumbangan buku daripada Scholastic ini

adalah rentetan daripada penyertaan sekolah dlam Read 2012 iaitu Program

Membaca Serentak 1 Malaysia.

PERTANDINGAN MENEKA JUMLAH MUKA SURAT BUKU (Terbuka)

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid dari Tahun 1 hingga

Tahun 6. Murid dikehendaki meneka jumlah muka surat buku yang diletakkan

dalam kotak lut sinar di bilik ROS. Murid perlu mengisi borang yang disediakan

dan masukkan dalam kotak yang disediakan.

NAMA:

TAHUN:

JUMLAH MUKA SURAT BUKU

TARIKH : 22 – 24 JULAI 2014

HARI : SELASA – KHAMIS

Page 4: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

KUIZ HARIAN

Kuiz harian diadakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis semasa

perhimpunan pagi sebelum masuk ke kelas. Kuiz ini melibatkan kuiz Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Dalam kuiz

Bahasa Melayu, murid diuji tentang pengetahuan simpulan bahasa. Kuiz Bahasa

Inggeris pula memerlukan murid mengeja perkataan dalam bahasa Inggeris

dengan betul. Empat soalan diberikan dalam setiap kuiz.

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK (Tahun 1)

Pertandingan tulisan cantik adalah untuk murid Tahun 1. Murid

dikehendaki menulis ayat yang diberikan dengan cantik dan kemas.

Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa Melayu di dalam kelas.

PERTANDINGAN MEMBINA PERKATAAN (Tahun 2)

Pertandingan membina perkataan ini adalah untuk murid Tahun 2.

Murid dikehendaki membina satu perkataan dari huruf A hingga Z dalam masa

30 minit. Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa Melayu di dalam kelas.

PERTANDINGAN MENTERJEMAH TULISAN RUMI KEPADA JAWI (Tahun 3)

Pertandingan menterjemah tulisan rumi kepada tulisan jawi untuk

murid Tahun 3. Murid dikehendaki menulis semula ayat dalam tulisan rumi

kepada tulisan jawi dengan betul dan kemas. Pertandingan dijalankan semasa

P&P Bahasa Arab di dalam kelas.

Page 5: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA (Tahun 4)

Pertandingan teka silang kata ini adalah untuk murid Tahun 4. Murid

diuji tentang simpulan bahasa. Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa

Melayu di dalam kelas.

PERTANDINGAN MEMBINA PERKATAAN (Tahun 5)

Pertandingan membina perkataan ini adalah untuk murid Tahun 5.

Murid dikehendaki untuk membina 30 perkataan daripada perkataan

“PERPUSTAKAAN”. Pertandingan dijalankan semasa P&P Bahasa Melayu di

dalam kelas.

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER (Prasekolah, Tahun 1 – 5)

Pertandingan mewarna ini melibatkan semua murid kecuali murid-

murid Tahun 6. Murid dikehendaki mewarna gambar yang diberi dalam masa 1

jam semasa P&P Pendidikan Seni Visual di dalam kelas.

Page 6: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

PEMINJAM BUKU TERBANYAK (Januari – Julai)

Pusat Sumber Sekolah telah memilih dua orang murid, iaitu seorang

murid Tahap 1 dan seorang murid Tahap 2 sebagai peminjam terbanyak.

Pemilihan adalah berdasarkan kekerapan peminjaman buku dari bulan Januari

hingga Julai 2014.

Peminjam terbanyak Tahap 1 (Muhd Arif Zaki) dan Tahap 2 (Faatimahtuzzahrak)

PERTANDINGAN MENULIS SKRIP KARTUN (Terbuka)

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid dari Tahun 1 hingga

Tahun 6. Borang penyertaan boleh didapati daripada guru perpustakaan .

murid dikehendaki melengkapkan skrip kartun yang bertemakan hari

kemerdekaan.

Page 7: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

PERTANDINGAN TULISAN GURU PALING CANTIK (Kategori Guru)

Pertandingan ini terbuka kepada semua guru SK Bongek. Guru-guru

dikehendaki melengkapkan ayat “Aidilfitiri tahun ini lebih bermakna kerana…”

dengan ayat yang kreatif dan tulisan yang cantik. Pertandingan ini mendapat

penyertaan yang amat menggalakkan daripada para guru.

Page 8: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

SENARAI NAMA PEMENANG

MINGGU PUSAT SUMBER 2014

BIL PERTANDINGAN TAHUN TEMPAT NAMA PEMENANG

1 Teka Jumlah Muka

Surat Buku Terbuka

1 Nur Ellysa Nabila

2 Nur Ain Zhulalila

3 Siti Nur Aisyah

4 Nor Emmy

2 Tulisan Cantik 1

1 Ainul Syafiqah

2 Nur Nafisa Insyirah

3 Nur Sakinah

3 Membina Perkataan 2

1 Alya Balqis

2 Muhammad Afiq Asyraf

3 Adif Amar Assaify

4 Menterjemah Tulisan

Rumi kepada Jawi 3

1 Ainul Safiyah

2 Laila Suffiah Azzahra

3 Mohd Arif Zaki

5 Teka Silang Kata 4

1 Nor Emmy

2 Alysa Batrisyia

3 Nurul Nafisya

6 Membina Perkataan 5

1 Nur Ellysa Nabila

2 Siti Nur Aisyah

3 Mohd Al Muaz

7 Menulis Skrip Kartun Terbuka

1 Faathimatuzzahraak

2 Alysa Batrisyia

3 Nur Ellysa Nabila

4 Nur Erina

8 Mewarna Poster Prasekolah

1 Khodijah Al-Kubra

2 Jasmine Sofea

3 Alif Badrisyah

9 Mewarna Poster 1

1 Ainul Syafiqah

2 Eryana Qistina

3 Muhd Iqffan

10 Mewarna Poster 2

1 Solehatunnisa’

2 Aishah Humaira

3 Nur Qistina Erysha

11 Mewarna Poster 3

1 Abang Putra

2 Mohd Arif Zaki

3 Hariharan

12 Mewarna Poster 4

1 Humairah Athirah

2 Faatimahtuzzahraak

3 Puteri Nabila

13 Mewarna Poster 5

1 Siti Nur Aisyah

2 Affipudin

3 Nazirul Muaz

14 Peminjam Terbanyak Tahap 1 Mohd Arif Zaki

Tahap 2 Faatimahtuzzahraak

Page 9: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

15 Memasang Puzzle Tahap 1

1

Ainul Syafiqah

Husna Nurul Iman

Hafizah

Siva Raman

2

Abang Putra

Dhia Ain Nur

Amirul

Haikal

3

Ainul Safiyah

Aisyah humaira

Gowry

Amjad

Saguhati

Nur Hidayah

Ainaa

Hafizuddin

Sharul Idham

Saguhati

Muhd Arif Zaki

Raz Khuzairil

Qistina

Salman

Saguhati

Hariharan

Laila Suffiah Azzahra

Mohd Izarul

Amar

16 Membuat Kad Ucapan

Hari Raya Tahap 2

1 Affipudin

2 Nur Ellysa Nabila

3 Nur Aisyra Natasha

Saguhati Abang Putra

Saguhati Nur Nazirah Irdina

Saguhati Faatimahtuzzahraak

17 Tulisan Guru Paling

Cantik

Kategori

Guru

1 En. Abd Rahman bin. Hj.

Ibrahim

2 Pn. Norehan bt Hj. Abd

Latif

3 Pn. Zalela bt Hj. Ahmad

4 En. Shamsul Bahari bin Abd

Razak

5 Pn. Suzana bt Muhammad

Page 10: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

SEKOLAH KEBANGSAAN BONGEK

71300 REMBAU,

NEGERI SEMBILAN

LAPORAN

MINGGU PUSAT SUMBER

2014

21 – 25 JULAI 2014

Page 11: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

Disediakan oleh : Tarikh : ……………………………..

…………………………………………..

(NARIHAN BT SAMURI)

Guru Perpustakaan dan Media

SK Bongek

ULASAN GURU BESAR

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Disahkan oleh :

…………………………………………

(ABD. RAHMAN BIN HJ.IBRAHIM)

Guru Besar

SK Bongek

Page 12: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP
Page 13: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

PROGRAM “AYUH KE PERPUSTAKAAN DESA!”

Program ini merupakan program anjuran bersama Perpustakaan Desa

Kg. Astana Raja. Dua orang wakil dari pihak Perpustakaan Desa Kg. Astana

Raja, iaitu Pn. Hanita bt Muhamad dan Pn. Wan Azizah Hanis bt Wan Aziz telah

datang ke sekolah dan menjalankan aktiviti seperti yang dipersetujui.

Program tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai

perpustakaan desa bagi mendedahkan kepada murid-murid perpustakaan

desa yang berada di sekitar mereka. Kemudia aktiviti yang dijalankan ialah

Pertandingan Memasang Puzzle bagi murid-murid Tahap 1 dan Pertandingan

Membuat Kad Ucapan Hari Raya bagi murid-murid Tahap 2.

Tetamu dari Perpustakaan Desa Kg. Astana Raja

Murid-murid Tahap 1 semasa Pertandingan Memasang Puzzle

TARIKH : 23 JULAI 2014

HARI : RABU

Page 14: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

Pemenang-pemenang Tahap 1

Murid-murid Tahap 2 semasa Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Raya

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang

Page 15: CONTOH LAPORAN AKTIVITI PROJEK INTERNSHIP

Laporan disediakan oleh:

………………………………………………….

(INA ROSYAIDA BT YAHYA)

Guru Pelatih

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka