Upload
itoi
View
525
Download
21
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK MANJOI DUA 2014.
Tarikh : 22 Februari 2014Masa : 9.00 pagiTempat : Dataran Ilmu SKMDKehadiran: Ibu bapa 41 orang
Guru 34 orangJumlah 75 orang
Mesyuarat Agung PIBG SK Manjoi Dua Kali Ke-26 iaitu sesi 2014/2016 berjalan dengan lancar mengikut agenda
yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.00 pagi ibu bapa telah membuat pendaftaran walaupun pada awalnya
kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya bertambah selepas jam 9.00 pagi.
Mesyuarat Agung dimulakan bacaan doa oleh Ust. Noor Hisham b. Mokhtar diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP
PIBG En Mohd Nazri b.Mohd Noor . Diikuti dengan ucapan daripada Puan Guru Besar SK Manjoi Dua Pn Hajah
Salmah bt. Osman selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Najib selaku
Timbalan Pegawai Pelajaran Wilayah Keramat. Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 18 ini
serta melancarkan ‘Laman Sesawang’ SK Wangsa Melawati.
Seterusnya majlis berhenti rehat untuk semua tetamu termasuk vip, ibubapa dan guru-guru menjamu selera
dengan pelbagai juadah ringkas yang disediakan oleh pihak urusetia majlis. Selesai jamuan ringkas sesi cabutan
bertuah telah diadakan dengan jayanya.
Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012/2013, En Mohd Nazri b Mohd Noor
dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu persatu. Setelah selesai semua agenda, perbincangan,
soal jawab ibubapa dan Ahli jawatan kuasa PIBG 2011/2013 dengan rasminya YDP membubarkan ahli jawatan
kuasa sedia ada dan memberikan laluan kepada En Mohd Said @ Mosa untuk menjadi Pengerusi majlis. En
Mohd Said@ Mosa b Zakaria telah mengetuai proses perlantikan Ahli jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2014/2016
dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibubapa dan Guru.
En Mohd Said 2Mosa b. Zakaria diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Manjoi Dua sebagai YDP bagi tahun
2014/2016 yang akan dibantu oleh En Mior Ibrahim b Abd Hamid sebagai NYDP, Pn Puteri Nilam Puri bt Hj
Megat Yusoff selaku SETIAUSAHA dan En Mohd Kamal b. Japlawi selaku BENDAHARI. Majlis diteruskan
dengan perlantikan AJK dikalangan ibubapa dan juga AJK dari pihak Guru. Gabungan AJK baru dan lama telah
dipilih pada kali ini, semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah!
Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2016 tersebut maka sempurnalah Majlis Mesyuarat
Agung PIBG SK Wangsa Melawati kali ke-18 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG akan datang lebih meriah
dan mendapat sambutan dari kalangan ibubapa … insya allah.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
Pn Puteri Nilam Puri bt Megat Yusoff Pn Hajah Salmah bt OsmanSetiausaha PIBG 2014/2016 Guru Besar