16
LAPORAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN 2015 1. SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA REDAN, MELAKA. 2. DAERAH / PPD : MELAKA TENGAH 3. NEGERI : MELAKA 4. TARIKH KEM : 2,3 & 4 OKTOBER 2015 5. TEMPAT : PADANG SK PAYA REDAN 6. TEMPAT PENGINAPAN : KHEMAH 7. BILANGAN MURID : 55 ORANG MELAYU JUMLAH L P L P 30 25 30 25 1

contoh laporan perkhemahan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkhemahan unit beruniform

Citation preview

Page 1: contoh laporan perkhemahan

LAPORAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN 2015

1. SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA REDAN, MELAKA.

2. DAERAH / PPD : MELAKA TENGAH

3. NEGERI : MELAKA

4. TARIKH KEM : 2,3 & 4 OKTOBER 2015

5. TEMPAT : PADANG SK PAYA REDAN

6. TEMPAT PENGINAPAN : KHEMAH

7. BILANGAN MURID : 55 ORANG

MELAYU JUMLAH

L P L P

30 25 30 25

1

Page 2: contoh laporan perkhemahan

8. MATLAMAT :

8.1 Melahirkan murid yang taat setia kepada agama, bangsa dan Negara serta berdaya tahan

dan berakhlak mulia.

8.2 Melahirkan murid yang bertangungjawab.

8.3 Menyerlahkan bakat terpendam dalam kalangan murid.

8.4 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang tinggi.

8.5 Untuk memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri

dengan lebih berkesan dan cekap.

9. OBJEKTIF :

9.1 Mengesan potensi diri yang positif serta mengetahui kekurangan dan kekuatan yang ada

dalam diri.

9.2 Menyedari kemampuan dan keupayaan diri sebagai murid-murid yang berguna kepada

diri sendiri, keluarga , agama, bangsa dan Negara.

9.3 Memberi peluang amali perkhemahan dengan bermatlamat membina dan

memperkukuhkan aspek disiplin, jati diri kepimpinan, kerjasama dan sikap tidak

mementingkan diri sendiri.

9.4 Menggembleng penglibatan semua guru dan pelajar dalam menyumbang tenaga dan buah

fikiran.

2

Page 3: contoh laporan perkhemahan

10. TENTATIF PROGRAM :

MASA HARI PERTAMA TINDAKAN

7.15 pg

- Pendaftaran Perkhemahan- Taklimat Peserta- Taklimat Mendirikan Khemah- Taklimat Peraturan Dan Disiplin-

En Zulqarnain B MuftahEn Zulhusni B Azmi

8.00 pagi

Aktiviti 1 : Mendirikan Khemah

Aktiviti : Ice- Breaking 1 Fasilitator

12.00 tengahari

- Makan tengahari- Solat Zohor Pn Hayati Mahat

Pn Ranizah SamianUst Masakush Musa

2.15 petang Aktiviti : Ice Breaking 2 Pn Salmah MuharamPn Sh. Salwa Sy. Mortadza

3.15 petang Aktiviti : Ice Breaking 2Pn Adreean Azreen Abd WahabPn Hazmah Sidek

4.00 petang - Minum petang- Solat Asar

Pn Noor Shahaneem Mohd ShahPn Ranizah Bt SamianUst Masakush Musa

4.30 petang Aktiviti 5 : 1M 1S En. Zulhusni Mat Azmi

6.30 petang- Makan Malam-Solat Maghrib- Solat Isyak

Pn Hayati MahatPn Ranizah SamianUstazah Salmah Muharam( Tazkirah )

8.45 malamAktiviti 6 : Latihan &Persembahan Malam Kebudayaan

Fasilitator

10.30 malam Minum Malam Pn Hayati MahatPn Ranizah Samian

11.00 malam Tidur Dan Sentri En Zakaria SemailEn Norazam MiskanUst Masakush MusaEn. Zulhusni Mat AzmiPn Sy. Salwa Sy Mortadza

3

Page 4: contoh laporan perkhemahan

Pn Adreen Azreeen Abd WahabPn Rosnita Ahmad

12.00 malam Aktiviti 7 : Burung Hantu Berjalan Malam Semua guru lelaki

HARI KEDUA

5.30 pagi - Kemas Diri- Solat subuh Ust Masakush Musa

7.00 pagi Aktiviti 8 : Senamrobik Pn Rosnita Ahmad

8.00 pagi Sarapan Pn Marzeyah YahyaPn Rosnita Ahmad

8.30 pagi

Aktiviti 9 : Pertandingan Menghias Khemah

Aktiviti 10 : Pertandingan Membuat Cekodok

Guru KumpulanJuri :En Zulqarnain MuftahEn Zulhusni Mat AzmiPn Hjh Zainab Abd SamadPn Ranizah SamianPn Syamsiah Shahdan

10.00 pagi

Minum pagi

Guru KumpulanJuri :Pn Marzeyah YahyaPn Rosnita Ahmad

11.30 pagi Aktiviti 11 : Praktikal Permainan Futsal Dan Bola Jaring

En Zulhusni Mat Azmi

1.00- 2.30 ptg- Makan tengahari- Solat Zohor Ust Masakush Musa

2.30 ptgAktiviti 12 :Tayangan Video Tentang Pemakanan Sihat En Zulqarnain Muftah

En Zulhusni Mat Azmi

4.00 ptg Gotong - Royong & Mengemas Khemah Fasilitator

5.30 ptg Minum Petang Pn Marzeyah YahyaPn Rosnita Ahmad

6.00 petang

Majlis Penutupan- Majlis Penyampaian Hadiah

Perkhemahan & Kem 1M 1S- Majlis Bersurai

Pn Hjh Zainab Abd SamadPn Marshilah IsmailEn Norazam Miskan

Makanan Bungkus :Pn Marzeyah YahyaPn Rosnita Ahmad

4

Page 5: contoh laporan perkhemahan

11. LAPORAN :

HARI PERTAMA / 18 OKTOBER 2014 ( SABTU )

Sesi Pendaftaran

Seawal jam 7.15 pagi semua murid Tahap 2 iaitu yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki berkumpul di dewan SK Paya Redan bagi menjayakan aktiviti perkhemahan sesi 2014. Murid-murid dikehendaki mendaftarkan diri di stesen yang disediakan kepada AJK Pengelola yang ditugaskan untuk sesi pendaftaran para peserta.Perkhemahan ini melibatkan seramai 55 orang murid iaitu 30 orang murid lelaki dan 25 orangmurid perempuan.

Taklimat Awal Perkhemahan

Semua murid telah diberikan kumpulan terlebih dahulu serta senarai peralatan yang perlu dibawa bersama bagi memastikan perjalanan aktiviti Perkhemahan dapat dijalankan dengan lancar.Semua murid kemudiannya diberi taklimat awal tentang perjalanan aktiviti iaitu mendirikan khemah mengikut kumpulan serta membawa barang-barang ke dalam khemah. Pelbagai ragam yang dapat dilihat semasa aktiviti ini dijalankan, terutamanya murid-murid Tahun 4 yang teruja mengikuti aktiviti Perkhemahan kerana tahun ini adalah tahun pertama berbanding murid-murid lain.

Aktiviti 1 - Mendirikan Khemah Dan Membuat Gajet

Pada jam 8.00 pagi, semua peserta Perkhemahan beredar ke tapak Perkhemahan iaitu kawasan padang SK Paya Redan. Murid -murid bertungkus-lumus untuk mendirikan khemah dalam kumpulan yang telah ditetapkan.Di samping itu, peserta-peserta perkhemahan juga perlu membuat gajet yang bersesuaian menggunakan buluh.Kemahiran ini secara tidak langsung memupuk kreativiti murid serta mengaplikasikan pembelajaran tentang ikatan serta penghasilan gajet dalam kegiatan Unit Beruniform.

5

Page 6: contoh laporan perkhemahan

Aktiviti : Ice- Breaking 1

Aktiviti ini dijalankan pada jam 9.00 pagi di Dewan Selera SK Paya Redan. Aktiviti bermula dengan penuh semangat dengan menyanyikan lagu “Yakin Boleh” secara beramai-ramai. Seterusnya, murid-murid dikehendaki berada dalam bulatan sesama ahli kumpulannya serta mengingat tiga maklumat penting setiap ahlinya iaitu nama penuh, tarikh lahir serta hobi. Kumpulan yang berjaya mengingat kesemua maklumat ahlinya dikira sebagai pemenang dan mendapat mata tertinggi. Slot kedua disusuli dengan aktiviti mencipta cogankata semangat sebagai “tagline” kumpulan masing-masing. Wakil kumpulan diminta untuk membentangkannya di hadapan.

Aktiviti : Ice Breaking 2

Selepas menikmati makan tengahari serta solat Zohor secara berjamaah di Masjid An-Nur, murid-murid dikehendaki berada dalam kumpulan yang ditetapkan di Dewan Selera SK Paya Redan untuk menjalani aktiviti Ice-Breaking 2 pada jam 2.15 petang. Dalam aktiviti ini, murid-murid diminta menjawab persoalan teka-teki yang diberikan bagi memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Di samping itu, murid-murid juga menjalankan aktiviti berbentuk senaman ringkas dengan melatih penglibatan otak kanan dan otak kiri murid. Rata-rata murid kelihatan bersemangat melakukan aktiviti dengan iringan muzik yang menyegarkan. Selain itu juga, murid-murid dilatih untuk bersikap jujur kepada diri sendiri. Bagi tujuan tersebut, sebanyak tiga stesen telah diperkenalkan iaitu stesen “ YA” , “TIDAK PERNAH” dan “ TIDAK PASTI”. Setelah mendengar soalan yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki berfikir sejenak dan memilih stesen yang bersesuaian. Contohnya bagi menjawab soalan “ Saya merupakan anak soleh/solehah”, murid-murid dikehendaki beredar ke stesen yang bersesuaian dengan dirinya.

6

Page 7: contoh laporan perkhemahan

Aktiviti : Ice Breaking 3

Selepas sesi rehat dan makan tengahari, pada jam 3.15 petang aktiviti Ice-Breaking 3 menyusul yang turut diadakan di Dewan Selera SK Paya Redan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Pn Adreen Azreen dan Pn Hazmah. Terlebih dahulu, murid dikehendaki mencipta nama kumpulan beserta dengan motto kumpulan bagi menambah semangat berpasukan diantara murid-murid. Aktiviti yang seterusnya ialah wakil ahli kumpulan diminta mengasingkan benang mengikut warna yang telah ditetapkan dalam jangkamasa yang tertentu. Sementara itu, tugas ahli kumpulan yang lain ialah menyambung potongan-potongan benang tersebut. Kumpulan yang berjaya menyambung benang yang terpanjang dianggap pemenang bagi aktiviti tersebut.Aktiviti ini berjaya memupuk semangat kerjasama serta persefahaman antara ahli dalam kumpulan dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

7

Page 8: contoh laporan perkhemahan

Aktiviti 6 :Latihan &Persembahan Malam Kebudayaan

Setelah makan malam dan solat Maghrib secara berjamaah di Masjid An-Nur, pada jam 8.45 malam, murid-murid dikehendaki membuat persiapan untuk mengadakan persembahan malam kebudayaan mengikut latihan yang dijalankan pada waktu petang sebelumnya dengan bantuan fasilitator masing-masing. Antara persembahan yang dipersembahkan seperti lakonan, nyanyian serta pentomin.Secara keseluruhannya, semua kumpulan berjaya membuat persembahan yang menghiburkan serta mempunyai mesej yang tersirat untuk disampaikan kepada penonton.

8

Page 9: contoh laporan perkhemahan

Aktiviti 7 : Burung Hantu Berjalan Malam

Pada jam 12.00 malam, murid-murid dikehendaki berkumpul di Dewan Selera SK Paya Redan untuk mendengar taklimat berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan iaitu Burung Hantu Berjalan Malam. Ketua kumpulan diminta untuk mengira bilangan ahli kumpulan sebelum aktiviti dijalankan.Kemudian, setiap murid diletakkan di beberapa ‘check-point’ yang telah di tetapkan oleh fasilitator. Apabila semua murid telah bersedia, mereka di berikan arahan untuk berdiam diri di tempat masing-masing sehingga fasilitator datang untuk menjemput mereka semula bersama ahli kumpulan yang lain. Rasional daripada aktiviti ini adalah untuk meningkatkan keyakinan di dalam diri masing-masing serta sifat mempercayai ahli kumpulan. Aktiviti berakhir pada jam 2 pagi.

HARI KEDUA: 19 SEPTEMBER 2014 (AHAD )

Aktiviti : Senamrobik

Selesai aktiviti mengemas diri dan solat subuh, pada jam 7.00 pagi murid-murid diminta untuk berkumpul di Tapak PerhimpunanSekolah bagi menjalankan aktiviti Senamrobik. Aktiviti ini yangdikelolakan oleh Pn. Rosnita Ahmad bagi sesi pemanasan badan. Peserta-peserta kelihatan seronok melakukan aktiviti ini bagi permulaan hari perkhemahan yang kedua.

Aktiviti : Pertandingan Menghias Khemah & Pertandingan Membuat Cekodok.

Aktiviti memasak merupakan satu aktiviti yang wajib pada setiap kali perkhemahan.Pada perkhemahan kali ini, pertandingan membuat cekodok telah di jalankan.Bagi melaksanakan aktiviti ini, ketua kumpulan telah di beri taklimat oleh AJK Pertandingan Memasak.Setiap kumpulan di bekalkan dengan tepung dan minyak sebagai bahan asas. Bahan-bahan yang lain seperti sos, garam, air dan lain-lain di sediakan di atas keperluan setiap kumpulan. Semasa aktiviti di jalankan, di dapati setiap kumpulan memberikan kerjasama yang baik di kalangan ahli.Mereka juga kelihatan bersemangat untuk memenangi pertandingan. Terdapat juga beberapa kumpulan yang menghadapi kesukaran untuk menghidupkan api untuk memasak. Guru yang terlibat telah Berjaya menolong kumpulan yang terbabit.Akhirnya apabila telah siap masak, peserta di kehendaki menghias cekodok yang di masak mengikut kreativiti mereka untuk di persembahkan kepada juri.Tunjuk ajar yang di berikan oleh fasilitator banyak membantu peserta untuk memberikan hasil kerja tangan yang menarik.AJK Pertandingan Memasak yang di lantik menilai hidangan yang telah di sediakan.

9

Page 10: contoh laporan perkhemahan

Aktiviti 11 : Praktikal Permainan Futsal Dan Bola Jaring

Setelah selesai minum pagi, pada jam 11.30 pagi, murid-murid dikehendaki menjalani sesi Praktikal Permainan Futsal dan Bola Jaring yang dikendalikan oleh En Zulhusni.

Aktiviti 12 :Tayangan Video Tentang Pemakanan Sihat

Setelah menikmati makan tengahari dan Solat Zohor secara berjamaah di Masjid An-Nur (berhampiran sekolah), aktiviti diteruskan lagi dengan tayangan video berkaitan pemakanan sihat tepat jam 2.30 petang.Aktiviti ini memberi info-info yang bermanfaat dalam diet pemakanan seharian kepada peserta perkhemahan.

Majlis Perasmian Penutup

Pada jam 4.30 petang, para peserta diminta untuk mengemas kawasan perkhemahan serta alatan yang digunakan sepanjang aktiviti Perkhemahan dijalankan. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah dijalankan sebelum majlis ditamatkan. Seterusnya pada jam 5.30 petang, Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan sesi 2014 ditamatkan secara rasminya oleh Guru Besar SK Paya Redan, Pn Hjh Zainab Binti Abd Samad. Penyampaian hadiah dan saguhati sebagai pembakar semangat telah diberikan kepada kumpulan yang menang dalam kategori yang dipertandingkan.Rata-rata murid berpuas hati menyertai aktiviti Perkhemahan ini walaupun mereka agak kepenatan selama dua hari berada di sekolah.

10

Page 11: contoh laporan perkhemahan

12. CADANGAN / ULASAN :

12.1 Kekuatan Perkhemahan

12.2.1 Aktiviti Perkhemahan dapat dijalankan dengan baik dan teratur.

12.1.2 Pelajar-pelajar berasa seronok dan amat berminat dan aktif mengambil bahagian

sepanjang sesi Perkhemahan berlangsung.

12.1.3 Program-program sebegini amat baik di teruskan pada masa-masa akan datang bagi

memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa peserta.

12.1.4 Para peserta memperolehi pengalaman baru seperti pengalaman asas hidup.

12.2 Kelemahan Perkhemahan12.2.1 Masa yang disediakan agak suntuk untuk guru-guru melatih murid teknik membuat gajetserta jenis ikatan yang dipraktikkan dengan betul.12.2.2 Tempat mendirikan khemah kurang sesuai kerana padang yang tidak rata menyukarkanmurid memasang khemah.12.2.3 Terdapat peralatan perkhemahan yang kurang lengkap dan perlu ditambahbaik darimasa ke semasa.12.2.4 Terdapat remaja-remaja kampung yang mengganggu aktiviti Burung Hantu BerjalanMalam. Ciri-ciri keselamatan perlu dipertingkatkan pada masa akan datang.12.2 5 Ketiadaan sesetengah guru bagi memantau aktiviti dalam kumpulan sedikit sebanyakmencacatkan aktiviti kerana murid perlu diberi bimbinganyang sewajarnya.

12.3 Cadangan Penambahbaikan Perkhemahan12.3.1 Murid harus diberi pendedahan cara dan teknik perkhemahan yang betul seperti

latihan membuat gajet serta jenis ikatan yang betul.12.3.2 Peralatan perkhemahan harus ditambah dan diperbaiki bagi memastikan aktiviti

yang dirancang berjalan lancar.12.3.3 Meningkatkan rondaan serta kawalan ketika menjalankan aktiviti di luar kawasan

sekolah bagi memastikan ciri-ciri keselamatan murid terjamin.12.3.4 Pihak sekolah hendaklah memilih tarikh perkhemahan yang sesuai supaya semua

guru dapat menghadirkan diri semasa aktiviti dijalankan.

11

Page 12: contoh laporan perkhemahan

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA REDAN,MELAKA

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN 2014

Tarikh : 18 Dan 19 September 2014Hari : Sabtu dan Ahad

Masa : 2 hari 1 malamTempat : Padang SK Paya RedanKumpulan Sasaran : Pelajar Tahap 2 ( 55 Orang )

Pengerusi : Pn Hjh Zainab Bt Abd SamadTimb.Pengerusi: Pn Rohaya Bt Ahmad

En Sabri B Abu SamahEn Suhaimi B IbrahimSetiausaha : En. Zulqarnain B Muftah ( Kem Komander)P. Setiausaha : En. Zulhusni B Mat AzmiBendahari : En Norazam B Miskan

JK Urusetia/PendaftaranPn Hazmah Bt SidekPn Salmah Bt Muharam

JK Peralatan & KhemahEn.Shahrin Azeem B ZubirEn Zakaria B SemailUst. Masakush B Musa

JK Laporan PerkhemahanPn Hazmah Bt SidekPn Noor Shahaneem Bt Mat Shah

JK Makanan/JamuanPn Hayati Bt MahatPn Rosnita Bt AhmadPn Marzeyah Bt YahyaPn Ranizah Bt Samian

JK SenamrobikPn Rosnita Bt Ahmad

JK Keselamatan Dan Kawalan MuridEn Shahreen Azeem B ZubirPn Marzeyah Bt YahyaPengawal Keselamatan Malam

12

JurugambarEn. Hairi B Said

JK Hadiah Dan CenderamataPn Adreen Azreen Bt Abd WahabPn Migawati Bt Ibrahim

Pengacara Majlis PenutupanPn Marsyilah Bt IsmailEn Norazam B Miskan

KebersihanEn Hairi B SaidPn Syarifah Salwa Bt Sy. Mortadza