32
  1 www.akademicikgutim.com PANITIA EKONOMI, PERDAGANGAN DAN PRINSIP PERAKAUNAN SMK ST PETER BUNDU Mata Pelajaran: Prinsip Perakaunan Guru Mata Pelajaran: Tim Ken Kiat Terdapat 4 isu utama yang telah dikenal pasti: a. Pelajar tidak membuat ulang kaji secara konsisten b. Pelajar tidak dapat mengakses kepada guru ketika mengh  adapi masalah menjawab soalan latihan akaun di luar waktu sekolah c. Pelajar lemah dalam menjaw ab soalan ber unsurkan KBAT d. Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio tugasan projek gred A

Contoh Pelan Strategik Prinsip Perakaunan Cikgu Tim 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pelan strategik Prinsip Perakaunan Cikgu Tim diedarkan sebagai contoh rujukan kepada rakan-rakan guru. Sila berikan pandangan, komen dan cadangan untuk membaiki pelan strategik ini.Anda bolehlah meninggalkan mesej di www.akademicikgutim.com

Citation preview

  • 1 www.akademicikgutim.com

    PANITIA EKONOMI, PERDAGANGAN DAN PRINSIP PERAKAUNAN

    SMK ST PETER BUNDU

    Mata Pelajaran: Prinsip Perakaunan

    Guru Mata Pelajaran: Tim Ken Kiat

    Terdapat 4 isu utama yang telah dikenal pasti:

    a. Pelajar tidak membuat ulangkaji secara konsisten b. Pelajar tidak dapat mengakses kepada guru ketika menghadapi masalah menjawab soalan latihan akaun di luar waktu

    sekolah c. Pelajar lemah dalam menjawab soalan berunsurkan KBAT d. Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio tugasan projek gred A

  • 2 www.akademicikgutim.com

    Isu Pertama : Pelajar tidak membuat ulangkaji secara konsisten

    1. Punca Isu:

    a. Pelajar jarang membuat ulangkaji di rumah dan pada waktu cuti. b. Pelajar hanya akan belajar atau membuat ulangkaji seminggu sebelum ujian atau peperiksaan bermula.

    2. Kesan Kepada Isu:

    a. Pelajar tidak dapat membuat ulangkaji secara menyeluruh pada saat-saat akhir sebelum ujian atau peperiksaan b. Pelajar selalu lupa-lupa khasnya tentang format akaun, formula pengiraan dan cara membuat analisa soalan. c. Pelajar mudah mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dalam latihan akaun ketika menjawab ujian atau

    peperiksaan

    3. Intervensi Potensi:

    a. Menyediakan soalan latihan ringkas harian b. Menguji tahap penguasaan pelajar selepas habis setiap topik c. Mendorong pelajar membuat rujukan nota bagi soalan-soalan mudah d. Menyelesaikan masalah pembelajaran akaun yang dihadapi oleh pelajar

    4. Keutamaan Intervensi:

    Intervensi Potensi d

    Intervensi Potensi a

    Intervensi Potensi c

    Intervensi Potensi d

    Isu #1

    Mudah

    Impak Tinggi

  • 3 www.akademicikgutim.com

    Keutamaan Intervensi: i. Menyelesaikan masalah pembelajaran akaun yang dihadapi oleh pelajar ii. Menyediakan soalan latihan ringkas harian iii. Mendorong pelajar membuat rujukan nota bagi soalan-soalan mudah iv. Menguji tahap penguasaan pelajar selepas habis setiap topik

    5. Bagaimana Intervensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:

    Intervensi Keterangan

    Menyelesaikan masalah pembelajaran akaun yang dihadapi oleh pelajar

    Kelas intensif akan diadakan pada setiap hari Jumaat bermula dari 16 Januari 2015 di sekolah. Pada setiap sesi IEF, satu masalah pembelajaran akaun yang dihadapi oleh pelajar akan dijadikan fokus. Pelbagai latih tubi akan dijalankan untuk membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran tersebut. Dengan ini, masalah besar setiap minggu akan dapat diselesaikan tanpa menghadapi kekangan masa dan tempat.

    Menyediakan soalan latihan harian Satu tugasan ringkas akan diberikan kepada setiap pelajar pada setiap hari, sama ada soalan daripada kertas 1 ataupun daripada kertas 2. Setiap tugasan perlu disiapkan dan perlu dihantar untuk semakan guru. Pelajar yang tidak menghantar mana-mana tugasan akan dikenakan dendaan yang telah dipersetujui lebih awal. Dengan ini, setiap hari pelajar berpeluang untuk get-in-touch dengan soalan akaun dan secara tidak langsung akan membantu mereka mengumpul pengalaman menjawab pelbagai variasi soalan akaun.

    Mendorong pelajar membuat rujukan nota bagi soalan-soalan mudah

    Dalam soalan SPM sebenar, ada soalan mudah, sederhana dan sukar. Guru akan mewajibkan pelajar untuk memberikan jawapan yang betul bagi semua soalan mudah dan soalan sederhana terpilih. Dendaan akan dikenakan jika SWB pelajar salah. Dengan ini, pelajar akan terdorong untuk membuat rujukan nota supaya mengelakkan dendaan lantaran salah menjawab SWB.

    Menguji tahap penguasaan pelajar selepas habis setiap topik

    Terdapat beberapa topik penting mesti dikuasai oleh semua pelajar sebelum boleh menghadapi soalan KBAT. Penilaian bagi topik-topik ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar selalu mengulangkaji topik-topik ini dan untuk membantu pelajar mengingat format dan prinsip akaun yang penting.

  • 4 www.akademicikgutim.com

    Dengan ini, pelajar akan membuat ulangkaji untuk menghadapi MLE yang akan diadakan mengikut tarikh-tarikh yang telah dipersetujui.

    6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini:

    a. Guru perlu mengambil masa yang agak panjang untuk menyemak kerja pelajar; b. Banyak masa dan wang diperlukan untuk menyediakan soalan latihan; c. Sesetengah pelajar akan berasa stress kerana beban kerja yang banyak; d. Sesetengah pelajar menghadapi masalah pengangkutan untuk balik dari Kelas Intensif Jumaat.

    7. Manfaat Kepada Murid Dan Guru:

    a. Majoriti pelajar akan membuat ulangkaji (secara tidak langsung) ketika menjawab SWB dan 1H1S; b. Pelajar akan didorong untuk belajar secara konsisten; c. Guru akan dapat memastikan konsep-konsep penting dikuasai dengan baik oleh pelajar.

  • 5 www.akademicikgutim.com

    PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN SMK. ST. PETER BUNDU, TAHUN 2015

    ISU STRATEGIK:

    Pelajar tidak membuat ulangkaji secara konsisten

    Matlamat Strategik

    Objektif

    Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

    TOV (Pep.Akhir

    Tahun 2014)

    SPM 2014

    KPI SPM 2015

    Intervensi/Inisiatif

    Mendorong murid melakukan ulangkaji / pembelajaran kendiri secara konsisten

    Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus

    ii.GPS iii.Bilangan : A +

    A A-

    % Lulus

    GPS

    % % %

    100%

    2.81

    3.70%

    29.63%

    22.22%

    100% 5.44

    0

    0

    3.70%

  • 6 www.akademicikgutim.com

    PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Mendorong murid melakukan ulangkaji / pembelajaran kendiri secara konsisten

    Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu semasa

    Bil Projek Tanggung jawab

    Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan Kontigensi

    01 Kelas Intensif Jumaat

    Guru Mata Pelajaran

    Sepanjang tahun bermula 16 Januari 2015

    Tiada Kualiti jawapan murid meningkat

    Murid tingkatan 5

    Kelas tambahan waktu cuti sekolah

  • 7 www.akademicikgutim.com

    PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Mendorong murid melakukan ulangkaji / pembelajaran kendiri secara konsisten

    Nama Projek Kelas Intensif Jumaat

    Objektif J. Pendek 80% murid mampu mencapai sekurang-kurangnya gred C dalam ujian

    formatif

    J. Panjang 80% murid mampu mencapai sekurang-kurangnya gred C dalam SPM

    Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan kontigensi/Status

    1

    Menganalisis dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan kualiti jawapan peperiksaan akhir tahun 2014

    Guru mata pelajaran Oktober 2014

    2

    Berbincang dalam mesyuarat panitia pertama 2015 untuk sesi sumbang saran tentang aktiviti PdP dalam kelas intensif

    Guru mata pelajaran Januari 2015

    3 Mengadakan kelas intensif Jumaat

    Guru mata pelajaran 16 Januari 2015 - SPM Mengadakan kelas tambahan pada waktu cuti sekolah

    4 Menilai perkembangan murid melalui hasil kerja murid dan ujian formatif

    Guru mata pelajaran 16 Januari 2015 - SPM

    Pemantauan

    Penilaian

  • 8 www.akademicikgutim.com

    Penambahbaikan

    Kekangan

  • 9 www.akademicikgutim.com

    Isu Kedua : Pelajar tidak dapat mengakses kepada guru ketika menghadapi masalah menjawab soalan latihan akaun di luar waktu sekolah

    1. Punca Isu:

    a. Ketika pelajar membuat ulangkaji atau membuat latihan di rumah, sering kali mereka akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan

    b. Dalam keadaan tiada rakan berbincang dan tiada bimbingan guru, pelajar tidak dapat meneruskan kerja kerana tidak faham

    c. Ada pelajar yang mengemukakan soalan kepada rakan dengan SMS, tetapi ini memakan kredit handphone dan ada limitasi dari segi keberkesanan komunikasi (sukar diterangkan soalan/jawapan kepada rakan dgn SMS)

    2. Kesan Kepada Isu:

    a. Soalan pelajar tidak mendapat bimbingan segera daripada rakan dan guru menyebabkan mereka berasa malas untuk meneruskan kerja kerana tidak tahu jawapan mereka betul atau salah

    b. Pelajar berasa keseorangan dan berasa tiada orang lain dapat membantu c. Komunikasi antara pelajar dengan guru selepas sekolah tidak wujud dan menyebabkan pekongsian maklumat tidak

    berlaku

    3. Intervensi Potensi

    a. Mengadakan kelas ekstra di luar hari persekolahan b. Mewujudkan kumpulan chat atas talian c. Menyertakan jawapan berkualiti bagi setiap soalan berbentuk SPM d. Memuatnaik pelbagai bahan pembelajaran akaun di blog guru

  • 10 www.akademicikgutim.com

    4. Keutamaan Intervensi:

    Keutamaan Intervensi: i. Mewujudkan kumpulan chat atas talian ii. Mengadakan kelas ekstra di luar hari persekolahan iii. Menyertakan jawapan berkualiti bagi setiap soalan berbentuk SPM iv. Memuatnaik pelbagai bahan pembelajaran akaun di blog guru

    5. Bagaimana Interbvensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:

    Intervensi Keterangan

    Mewujudkan kumpulan chat atas talian (sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut)

    Satu group pembelajaran dibuat dengan aplikasi Telegram. Semua pelajar yang ada telefon pintar / tablet akan dijemput menjadi member. Setiap kali pelajar menghadapi masalah akaun, dia boleh mengambil gambar soalan untuk dikemukakan di group. Guru dan rakan lain akan memberikan maklum balas. Member lain pula juga dapat membaca soalan dan balasan rakan mereka. Dengan ini, pelajar akan mempeoleh maklum balas pada kadar segera daripada guru atau daripada rakan lain. Komunikasi antara guru dengan pelajar dapat dipanjangkan di luar waktu sekolah.

    Mengadakan kelas ekstra di luar hari Pelajar-pelajar akan dijemput untuk menyertai study group di perpustakaan, di

    Intervensi Potensi a

    Intervensi Potensi b

    Intervensi Potensi d

    Intervensi Potensi c

    Isu #3

    Mudah

    Impak Tinggi

  • 11 www.akademicikgutim.com

    persekolahan rumah guru atau di rumah rakan pada hujung minggu. Guru boleh menyertai study group atau sekadar menyediakan tempat dan bahan. Dalam keadaan yang tidak formal, pelajar akan dapat belajar dengan lebih selesa bersama dengan rakan sekelas. Pelajar boleh membincangkan SWB dan 1H1S dalam study group. Dengan ini, pembelajaran tidak terhad di sekolah dan tidak terhad pada hari persekolahan sahaja.

    Menyertakan jawapan berkualiti bagi setiap soalan berbentuk SPM

    Setiap soalan latihan yang diberikan kepada pelajar akan disertakan jawapan contoh. Ini akan memudahkan pelajar mengkaji cara penyelesaian suatu soalan latihan secara kendiri. Setiap kali pelajar berasa keliru tentang kehendak soalan, mereka bolehlah merujuk jawapan untuk mengatasi kekeliruan mereka. Jawapan boleh diberikan sebelum atau selepas latihan pelajar disemak. Semua jawapan akan difailkan atau disusun dalam buku nota masing-masing untuk memudahkan rujukan masa depan. Dengan ini, pelajar akan berasa lebih yakin untuk menjawab soalan latihan akaun atau membuat pembetulan akaun di rumah kerana ada jawapan contoh sebagai rujukan.

    Memuatnaik pelbagai bahan pembelajaran di blog guru

    Kuasa viral media sosial seperti Facebook dan YouTube masih lagi digunakan dalam membantu pembelajaran akaun di luar waktu sekolah. Bagi pelajar yang menggunakan Facebook, komunikasi antara guru dengan pelajar dapat dipanjangkan selepas waktu sekolah. Bagi konsep atau soalan yang sukar, guru akan membuat video akaun untuk menerangkan prosedur penting dalam penyediaan akaun dan pelajar boleh mengakses video dari masa ke masa. Kuiz interaktif atas talian turut disediakan bagi pelajar yang ingin menguji penguasaan akaun. Dengan ini, satu lagi lembaran dibuka untuk membolehkan pelajar menggunakan internet dan smartphone untuk membantu dalam pembelajaran.

    6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini: a. Data plan diperlukan untuk mengakses internet (kos telefon meningkat) b. Bukan semua pelajar ada smartphone

  • 12 www.akademicikgutim.com

    7. Manfaat Kepada Murid Dan Pelajar a. Pembelajaran akaun dapat dipanjangkan di luar waktu sekolah tanpa kekangan masa dan tempat b. Perkongsian ilmu antara guru dan pelajar berlaku dengan mudah

    PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN

  • 13 www.akademicikgutim.com

    SMK. ST. PETER BUNDU, TAHUN 2015

    ISU STRATEGIK: Pelajar tidak dapat mengakses kepada guru ketika menghadapi masalah menjawab soalan latihan akaun di luar waktu

    sekolah

    Matlamat Strategik

    Objektif

    Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

    TOV (Pep.Akhir

    Tahun 2014)

    SPM 2014

    KPI SPM 2015

    Intervensi/Inisiatif

    Memanjangkan tempoh masa bimbingan guru di luar waktu sekolah melalui kuasa viral media sosial dan juga kemudahcapaian internet di kalangan murid

    Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus

    ii.GPS iii.Bilangan : A +

    A A-

    % Lulus

    GPS

    % % %

    100%

    2.81

    3.70%

    29.63%

    22.22%

    100% 5.44

    0

    0

    3.70%

    a. Mewujudkan kumpulan chat atas talian b. Mengadakan kelas ekstra di luar hari persekolahan c. Menyertakan jawapan berkualiti bagi setiap soalan berbentuk SPM d. Memuatnaik pelbagai bahan pembelajaran akaun di blog guru

  • 14 www.akademicikgutim.com

    PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Memanjangkan tempoh masa bimbingan guru di luar waktu sekolah melalui kuasa viral media sosial dan juga kemudahcapaian internet di kalangan murid

    Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu semasa

    Bil Projek Tanggung jawab

    Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan Kontigensi

    01 MyTelegram SPM 2015

    Guru Mata Pelajaran

    Sepanjang tahun

    Tiada Kerja akaun murid dapat disiapkan dan dihantar untuk semakan Kualiti jawapan ujian formatif dan ujian sumatif baik

    Murid tingkatan 5

    Menggunakan Facebook Group ataupun Whatsapp Group

  • 15 www.akademicikgutim.com

    PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Memanjangkan tempoh masa bimbingan guru di luar waktu sekolah melalui kuasa viral media sosial dan juga kemudahcapaian internet di kalangan murid

    Nama Projek MyTelegram SPM 2015

    Objektif

    J. Pendek 80% murid mendapat bimbingan segera daripada guru ketika membuat latihan atau ketika membuat ulangkaji di luar waktu sekolah

    J. Panjang 80% murid memperoleh gred C dan ke atas dalam ujian, peperiksaan dan SPM

    Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan kontigensi/Status

    1

    Menilai keberkesanan pelbagai aplikasi social-chat dalam menyokong PdP

    Guru mata pelajaran Disember 2014 Merujuk apps review yang ada di laman web

    2 Mengumpul nombor telefon bimbit murid

    Guru mata pelajaran Januari 2015

    3

    Membina MyTelegram SPM 2015 dan menjemput murid masuk ke group

    Guru mata pelajaran Januari 2015

    4

    Menerangkan peraturan penggunaan MyTelegram SPM 2015 kepada murid

    Guru mata pelajaran Januari 2015

    5

    Menggunakan MyTelegram SPM 2015 untuk menyokong pembelajaran murid di luar waktu PdP

    Guru mata pelajaran Januari SPM 2015 Jika Telegram server down, penggantinya ialah Whatsapp

    Pemantauan

  • 16 www.akademicikgutim.com

    Penilaian

    Penambahbaikan

    Kekangan

  • 17 www.akademicikgutim.com

    Isu Ketiga : Pelajar lemah dalam menjawab soalan berunsurkan KBAT

    1. Punca Isu:

    a. Asas perakaunan pelajar kurang mantap b. Persediaan SPM pelajar terlalu terikat kepada bentuk-bentuk soalan yang lazim dijumpai dalam buku-buku latihan

    dan kertas-kertas model SPM c. Pelajar kurang meneroka dan mengkaji pelbagai variasi soalan perakaunan di rumah atau ketika dalam study group

    2. Kesan Kepada Isu:

    a. Pelajar akan gagal menggunakan pengetahuan dan kemahiran perakaunan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan soalan KBAT (walaupun sebenarnya suatu soalan KBAT itu adalah mudah diselesaikan)

    b. Pelajar kurang peka dan gagal mengesan perangkap yang tersembunyi dalam kehendak soalan dan dalam data-data yang diberikan dalam soalan menyebabkan kehilangan markah yang banyak

    c. Pelajar akan berasa kurang yakin berhadapan dengan bentuk soalan yang tidak biasa dijumpai ketika dalam peperiksaan menyebabkan banyak masa terbuang di suatu soalan

    3. Intervensi Potensi:

    a. Mendedahkan pelajar tentang pelbagai perangkap soalan SPM b. Memantapkan asas-asas perakaunan c. Mewujudkan pemahaman yang betul mengenai KBAT dalam Prinsip Perakaunan di kalangan pelajar d. Menggalakkan pelajar untuk mewujudkan buku koleksi soalan KBAT peribadi

  • 18 www.akademicikgutim.com

    4. Keutamaan Intervensi:

    Keutamaan Intervensi: i. Mendedahkan pelajar tentang pelbagai perangkap soalan SPM

    ii. Menggalakkan pelajar untuk mewujudkan buku koleksi soalan KBAT peribadi iii. Memantapkan asas-asas perakaunan iv. Mewujudkan pemahaman yang betul mengenai KBAT dalam Prinsip Perakaunan di kalangan pelajar

    5. Bagaimana Intervensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:

    Intervensi Keterangan

    Mendedahkan pelajar tentang pelbagai perangkap soalan SPM

    Setiap tahun, soalan 2 dan soalan 3 SPM Prinsip Perakaunan kertas 2 mengandungi banyak perangkap yang boleh menyebabkan pelajar memberikan jawapan yang salah. Tugas guru adalah memberi pendedahan kepada pelajar tentang perangkap yang menjadi kegemaran penggubal soalan. Selain itu, guru juga akan melatih pelajar agar peka dan cekap untuk mengesan pelbagai perangkap perakaunan melalui pelbagai variasi soalan latihan. Dengan ini, pelajar dijangkakan akan lebih cermat dan cekap untuk mengesan perangkap soalan dan mampu meminimumkan risiko kehilangan markah.

    Menggalakkan pelajar untuk Guru akan mewajibkan pelajar untuk mewujudkan satu buku koleksi khas

    Intervensi Potensi d

    Intervensi Potensi a

    Intervensi Potensi c

    Intervensi Potensi b

    Isu #3

    Mudah

    Impak Tinggi

  • 19 www.akademicikgutim.com

    mewujudkan buku koleksi soalan KBAT peribadi

    untuk mengumpul pelbagai soalan KBAT. Setiap soalan dalam koleksi ini disertaikan jawapan yang betul dan berkualiti. Selepas itu, pelajar digalakkan supaya selalu membaca buku koleksi HOTS tersebut agar tidak mudah lupa. Dengan ini, pelajar akan dapat menyimpan semua soalan KBAT yang pernah dijawab dan lama-kelamaan pelajar akan semakin biasa dengan bentuk-bentuk soalan KBAT dan cekap menangani soalan KBAT.

    Memantapkan asas-asas perakaunan Untuk menjawab soalan KBAT, asas perakaunan yang kukuh dan mantap adalah perlu misalnya konsep debit & kredit, format penyata kewangan, cara mengimbang akaun, dan sebagainya. Semua soalan KBAT merupakan unjuran daripada konsep atau pengetahuan perakaunan yang asas. Untuk membantu mengukuhkan asas perakaunan pelajar, beberapa strategi tahun-tahun lepas perlu digunakan semula seperti Nota Q&A yang diperkaya dengan slide baru, Kuiz Elektronik dan Kuiz Interaktif. Dengan ini, dijangkakan pelajar akan membina asas perakaunan yang kukuh dan membantu dalam menjawab soalan KBAT.

    Mewujudkan pemahaman yang betul mengenai KBAT dalam Prinsip Perakaunan di kalangan pelajar

    Pelajar masa kini masih lagi sangat terikat kepada skema pemarkahan SPM tahun lepas dan soalan-soalan ramalan SPM. Sedangkan LPM sekarang tidak menetapkan skema pemarkahan yang sama dan penggubal soalan SPM mengeluarkan soalan-soalan yang bercanggah dengan ramalan soalan di pasaran. Tugas guru di sini adalah menerapkan pemikiran yang betul tentang KBAT, iaitu:

    KBAT bukan bermaksud soalan sukar, tetapi soalan biasa yang diolah kepada bentuk soalan yang memerlukan pemikiran;

    KBAT bukan khas untuk dijawab oleh pelajar pandai sahaja, sebaliknya KBAT memerlukan pelajar betul-betul memahami kehendak soalan dan memerlukan sedikit pemikiran kritis dan kreatif untuk memberikan jawapan betul;

    KBAT bukanlah sesuatu yang lazim dijumpai dalam buku, tetapi bukan juga sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan pelajaran kita.

    Pemahaman yang betul tentang KBAT perlu diterapkan dalam PdP seharian. Dengan ini, pelajar akan mengurangkan kebergantungan kepada skema

  • 20 www.akademicikgutim.com

    pemarkahan SPM tahun lepas dan kepada soalan-soalan ramalan, sebaliknya pelajar akan mula betul-betul membuat persediaan untuk menghadapi KBAT dan melakukan 3 intervensi di atas dengan lebih baik.

    6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini: a. Guru perlu lebih bersedia melayan persoalan daripada pelajar ketika mereka mencuba soalan KBAT; b. Kehadiran penuh dalam setip sesi PdP adalah perlu; intervensi tidak akan berjaya jika terdapat pelajar yang selalu tidak

    hadir;

    7. Manfaat Kepada Murid Dan Guru: a. Berbekalkan pengetahuan tentang KBAT yang betul, pelajar dan guru mampu merancang strategi yang betul untuk

    menghadapi soalan KBAT dalam SPM; b. Guru tidak seharusnya mengajar berdasarkan skema pemarkahan SPM tahun lepas semata-mata kerana peraturan

    pemarkahan adalah berbeza-beza dari tahun ke tahun dan peraturan pemarkahan yang sudah lepas tidak patut dijadikan bahan pengajaran yang muktamad untuk mencapai kecemerlangan pada SPM akan datang (LPM tidak mahu melihat guru mengajar pelajar berdasarkan peraturan pemarkahan);

    c. Pelajar dan guru tidak lagi tertumpu pada soalan ramalan, sebaliknya tumpuan diberikan kepada semua topik dalam sukatan pelajaran.

  • 21 www.akademicikgutim.com

    PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN SMK. ST. PETER BUNDU, TAHUN 2015

    ISU STRATEGIK: Pelajar Lemah Dalam Menjawab Soalan Berunsurkan KBAT

    Matlamat Strategik

    Objektif

    Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

    TOV (Pep.Akhir

    Tahun 2014)

    SPM 2014

    KPI SPM 2015

    Intervensi/Inisiatif

    Meningkatkan kompetensi pelajar dalam memahami kehendak soalan KBAT dan teknik menjawab soalan KBAT yang berkesan

    Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus

    ii.GPS iii.Bilangan : A +

    A A-

    % Lulus

    GPS

    % % %

    100%

    2.81

    3.70%

    29.63%

    22.22%

    100% 5.44

    0

    0

    3.70%

    i. The Trap Sniper ii. Personal HOTS Collection iii. Ground Up iv. Expect The Unexpected

  • 22 www.akademicikgutim.com

    PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Meningkatkan kompetensi pelajar dalam memahami kehendak soalan KBAT dan teknik menjawab soalan KBAT yang berkesan

    Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu semasa

    Bil Projek Tanggung jawab

    Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan Kontigensi

    01 Modul Skil Praktis Prinsip Perakaunan

    Guru Mata Pelajaran

    Sepanjang tahun

    Tiada Kualiti analisa soalan murid Kualiti penyata kewangan yang disediakan oleh murid Kualiti belanjawan murid

    Murid tingkatan 5

    Menggunakan buku kerja jenama lain yang berkualiti dari segi soalan dan jawapan

  • 23 www.akademicikgutim.com

    PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Meningkatkan kompetensi pelajar dalam memahami kehendak soalan KBAT dan teknik menjawab soalan KBAT yang berkesan

    Nama Projek Modul Skil Praktis Prinsip Perakaunan

    Objektif

    J. Pendek 60% murid mampu mengesan perangkap dalam soalan KBAT dengan baik dan mampu menjawab dengan betul

    J. Panjang 60% murid mampu menjawab soalan KBAT dengan yakin dan mampu membimbing rakan-rakan lain untuk menjawab soalan KBAT

    Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan kontigensi/Status

    1

    Pemilihan buku modul yang mempunyai kuantiti soalan KBAT yang banyak dan kualiti jawapan KBAT yang mantap

    Guru mata pelajaran Disember 2014 Guru mengubahsuai soalan-soalan sedia ada menjadi soalan KBAT

    2

    Meminta pelajar menyediakan buku koleksi KBAT dan cuba membudayakan pelajar supaya rajin membaca buku koleksi KBAT

    Guru mata pelajaran Sebelum mula menggunakan Modul Skil Praktis Prinsip Perakaunan

    Guru menyediakan handouts kolekasi KBAT untuk memperkaya koleksi KBAT pelajar

    3

    Menggunakan soalan latihan KBAT dalam Modul Skil Praktis Prinsip Perakaunan dalam PdP dan dalam kelas intensif

    Guru mata pelajaran Bulan Februari 2015 - SPM

    Mendapatkan soalan percubaan/kertas ramalan di internet

    4 Mencetak modul mengikut bab

    Pembantu Am Pejabat Februari 2015 - SPM Mencetak di luar jika perlu dengan

  • 24 www.akademicikgutim.com

    menggunakan dana kelas

    Pemantauan

    Penilaian

    Penambahbaikan

    Kekangan

  • 25 www.akademicikgutim.com

    Isu Keempat : Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio tugasan projek gred A

    1. Punca Isu:

    a. Pelajar tiada pengalaman menggunakan Microsoft Excel b. Folio akaun yang dihasilkan tidak menepati kriteria untuk mendapat skor A c. Pelajar membuat dan menghantar folio pada saat-saat akhir d. Sesetengah pelajar tidak memiliki laptop / printer di rumah

    2. Kesan Kepada Isu:

    a. Folio tugasan projek pelajar tidak dapat memperoleh markah yang cemerlang b. Akaun-akaun yang disediakan dalam folio banyak mengandungi kesilapan c. Pelajar gagal menghantar folio pada tarikh yang telah ditetapkan

    3. Intervensi Potensi:

    a. Mengadakan sesi bimbingan intensif tugasan projek b. Menyediakan video-video tutorial langkah demi langkah c. Menggunakan aplikasi atas talian untuk membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah teknikal komputer dan

    Microsoft Excel secara jarak jauh d. Mengadakan kelas bimbingan petang selama 7 8 minggu

  • 26 www.akademicikgutim.com

    4. Keutamaan Intervensi:

    Keutamaan Intervensi: i. Mengadakan sesi bimbingan intensif tugasan projek ii. Mengadakan kelas bimbingan petang selama 7 8 minggu iii. Menyediakan video-video tutorial langkah demi langkah iv. Menggunakan aplikasi atas talian untuk membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah teknikal komputer dan

    Microsoft Excel secara jarak jauh

    5. Bagaimana Intervensi Ini Dapat Menyelesaikan Masalah:

    Intervensi Keterangan

    Mengadakan sesi bimbingan intensif tugasan projek (sila rujuk lampiran untuk maklumat terperinci)

    Sesi bimbingan intensif selama 2 hari 1 malam di dalam bilik Chrome Book sekolah. Guru akan memberikan bimbingan tentang penggunaan Microsoft Excel untuk menghasilkan folio tugasan projek yang bertaraf gred A. Pelajar pula akan mengikuti 7 slot bimbingan yang merangkumi semua aspek yang perlu ada dalam folio. Pada slot terakhir, semua pelajar akan mencetak folio masing-masing dan menghantar kepada guru sebelum tamat perkampungan. Dengan ini, tempoh pelaksanaan tugasan projek yang pada asalnya 2 bulan kini

    Intervensi Potensi d

    Intervensi Potensi a

    Intervensi Potensi c

    Intervensi Potensi b

    Isu #4

    Mudah

    Impak Tinggi

  • 27 www.akademicikgutim.com

    dapat disingkatkan kepada 2 hari sahaja dan folio dapat dihasilkan dalam suasana yang kondusif dan pada kos minima. Sekaligus tabiat membuat folio pada saat akhir turut tidak wujud.

    Mengadakan kelas bimbingan petang selama 7 8 minggu

    Pelajar dan guru akan stay back di sekolah pada setiap petang Jumaat (selama 7 - 8 minggu) untuk sesi bimbingan. Pada setiap minggu, satu aspek tugasan projek akan diberikan tumpuan. Selepas 7 kali sesi bimbingan, pelajar akan dapat menyiapkan folio dan menghantar sebelum tarikh tutup. Dengan ini, pelajar dapat menyiapkan folio dalam masa 7 minggu mengikut kelajuan masing-masing.

    Menyediakan video-video tutorial langkah demi langkah

    Satu siri video tutorial untuk tugasan projek akan dihasilkan oleh guru dan dimuat naik ke YouTube. Link kepada video-video akan disebarkan kepada pelajar melalui MyTelegram. Dalam setiap video, tutorial langkah demi langkah ditunjukkan dengan jelas. Pelajar boleh download, boleh pause dan boleh rewind mengikut keperluan masing-masing. Ini adalah berkesan khasnya untuk bahagian yang sukar dan lmelibatkan banyak langkah. Dengan ini, pelajar akan menjadikan video ini sebagai rujukan ketika membuat folio di rumah.

    Menggunakan aplikasi atas talian untuk membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah teknikal komputer dan Microsoft Excel secara jarak jauh

    TeamViewer merupakan satu perisian atas talian yang membolehkan guru menggunakan laptop pelajar secara jarak jauh. Kedua-dua guru dan pelajar mestilah install TeamViewer di laptop. Apabila pelajar menghadapi masalah yang sukar diselesaikan, misalnya tidak pandai membaiki link Microsoft Excel yang rosak, maka guru akan menggunakan laptopnya untuk mengakses laptop pelajar berkenaan, dan guru dapat menggunakan laptop pelajar secara jarak jauh seperti laptop sendiri. Ini amat berkesan untuk membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah teknikal yang di luar kemampuan pelajar.

    6. Apakah Isu-isu Yang Timbul Daripada Intervensi Ini: a. Kos untuk mengadakan perkampungan adalah tinggi dan pelajar akan kepenatan b. Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran komputer, ICT dan Microsoft Excel yang mantap supaya dapat

    memberikan bimbingan yang berkualiti

  • 28 www.akademicikgutim.com

    7. Manfaat Kepada Murid Dan Guru: a. Folio yang berkualiti dapat dihasilkan oleh pelajar b. Membolehkan pelajar memperoleh markah melebihi 18%

  • 29 www.akademicikgutim.com

    PERANCANGAN STRATEGIK PRINSIP PERAKAUNAN SMK. ST. PETER BUNDU, TAHUN 2015

    ISU STRATEGIK: Pelajar kurang cekap untuk menghasilkan folio tugasan projek gred A

    Matlamat Strategik

    Objektif

    Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

    TOV (Pep.Akhir

    Tahun 2014)

    SPM 2014

    KPI SPM 2015

    Intervensi/Inisiatif

    Meningkatkan kecekapan pelajar menghasilkan folio tugasan projek gred A

    Pencapaian SPM yang meningkat: i.% Lulus

    ii.GPS iii.Bilangan : A +

    A A-

    % Lulus

    GPS

    % % %

    100%

    2.81

    3.70%

    29.63%

    22.22%

    100% 5.44

    0

    0

    3.70%

    i. Perkampungan Tugasan Projek ii. Klinik Tugasan Projek iii. YouTube Channel iv. TeamViewer

  • 30 www.akademicikgutim.com

    PELAN TAKTIKAL PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Meningkatkan kecekapan pelajar menghasilkan folio tugasan projek gred A

    Intervensi/Inisiatif i. Membuat modul kerja soalan isu-isu semasa

    Bil Projek Tanggung jawab

    Pelaksanaan Kos/sumber Indikator Output Sasaran Pelan Kontigensi

    01 Perkampungan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan (3756/3)

    Guru Mata Pelajaran

    17 Apr 18 Apr 2015

    RM550 Kualiti folio tugasan projek pelajar

    Murid tingkatan 5

    Klinik Tugasan Projek

  • 31 www.akademicikgutim.com

    PELAN OPERASI PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2015 SMK. ST. PETER BUNDU

    Matlamat Strategik:

    Meningkatkan kecekapan pelajar menghasilkan folio tugasan projek gred A

    Nama Projek Perkampungan Tugasan Projek Prinsip Perakaunan (3756/3)

    Objektif J. Pendek 100% pelajar memperoleh 18% ke atas bagi folio tugasan projek

    J. Panjang Mengekalkan 100% lulus dalam SPM

    Langkah Proses Kerja Tanggung jawab Tempoh Pelan kontigensi/Status

    1

    Sumbang saran bersama pelajar melalui MyTelegram untuk mengetahui maklum balas pelajar tentang tugasan projek tingkatan 4

    Guru mata pelajaran Januari 2015 Meminta pendapat daripada guru cemerlang seperti Cikgu Sila, Cikgu Azlan dan Cikgu Narzuki

    2 Mendraf kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat panitia

    Ketua Bidang VOTEK Semua ahli panitia

    Februari 2015

    3 Memohon kelulusan daripada pengetua

    Ketua panitia dan setiausaha panitia

    Bulan March 2015

    4 Memanggil mesyuarat AJK dan mula membuat persediaan

    Semua AJK Perkampungan

    March 16 April 2015

    5 Pelaksanaan Perkampungan Tugasan Projek

    Semua AJK Perkampungan

    17 Apr 18 Apr 2015

    7 Mesyuarat post mortem dan laporan aktiviti

    Semua AJK Perkampungan

    Dalam masa seminggu selepas tamat perkampungan

    Pemantauan

  • 32 www.akademicikgutim.com

    Penilaian

    Penambahbaikan

    Kekangan