Contoh Penulisan Folio Guru Baharu 2011

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penulisan Folio Guru Baharu

Citation preview

Folio Guru Baharu 2011 (Contoh Buku Log)12Jun27-31 Jun 2011

3BidangPENDAFTARAN DAN ORIENTASI JPN MELAKA

4AspekTaklimat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI).

5ObjektifPada akhir orientasi, guru dapat:

1.Pengenalan guru GSST baru kepada sejarah dan pentadbiran JPN Melaka.2. Persiapan guru GSST baru untuk memulakan perkhidmatan mereka di sekolah masing-masing.3. Pendedahan guru GSST baru kepada budaya dan persekitaran kerja di sekolah.

6Aktiviti1.Pendaftaran di SMK Bukit Baru pada pukul 8.00 pagi.2.Taklimat penempatan dan perkhidmatan GSST.3.Taklimat dijalankan oleh ketua sektor sekolah menengah, Encik Abdull Aziz4. Penyerahan surat tawaran penempatan GSST kepada guru-guru baru.

5. Melapor diri di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka pada pukul 2.30 petang dan menguruskan urusan-urusan yang diperlukan semasa melapor diri.

7PenilaianSesi pendaftaran di SMK Datuk Bendahara telah berjalan dengan lancar. Selepas mendapat surat penempatan, semua guru GSST diminta melapor diri di sekolah masing-masing pada hari yang sama.

8RumusanTaklimat yang diberikan berkaitan dengan cabaran yang bakal dihadapi oleh guru GSST di sekolah. Selain itu, maklumat tentang elaun bulanan serta tuntutan yang boleh dilakukan jika melaksanakan tugas luar sekolah. Akhir sekali, pihak PPD menekankan prosedur untuk melapor diri di sekolah serta dokumen-dokumen yang perlu diisi selepas melapor diri di sekolah.

BilKandungan OrientasiCadangan Pelaksanaan

27 Jun 2011-31 Jun 2011

1.Sesi Perkenalan dengan komuniti sekolah

Objektif:

1.Memupuk semangat kekeluargaan dengan warga sekolah SMKDatuk Bendahara.2. Memahami etika perguruan yang perlu ada dalam diri setiapguru.3. Menjalankan tugas sebagai guru dengan penuh dedikasi.

Aktiviti:1. Guru baharu bertemu dengan Pengetua, Tuan Haji Rosti bin dan beliau kemudiannya memperkenalkan guru baharu kepada Guru Penolong Kanan1, Puan Hajjah Faijah bte Salleh untuk sesi taklimat.2 Puan Hajjah Faijah memberikan penerangan tentang situasi di sekolah dan senarai warga sekolah seperti bilangan guru, kakitangan sokongan dan jumlah pelajar.3 Puan Hajjah Faijah meminta guru baru untuk menyediakan maklumat peribadi yang diperlukan oleh sekolah untuk dimasukkan kedalam system HRMIS.4. Guru dibawa ke bilik guru lelaki, dan dapat menyesuaikan diri dengan warga sekolah dan guru-guru senior berasa gembira dengan kehadiran guru baru dan mengalu-alukan kedatangan guru baru.

Rumusan:Sesi taklimat berjalan dengan lancar.

Kandungan OrientasiCadangan Pelaksanaan

2.Visi, Misi dan Matlamat sekolahObjektif:1 Pendedahan tentang visi dan misi sekolah.2 Memberikan maklum balas tentang kefahaman visi dan misisekolah.Aktiviti:1 Membuat lawatan dalam sekolah.2 Membaca dan memahami visi dan misi sekolah.3 Penerangan ringkas tentang visi dan misi sekolah.Rumusan:Pendedahan mengenai visi dan misi sekolah dapat memberi kefahaman kepada guru akan hala tuju dan matlamat sekolah, seterusnya bersedia untuk menjalankan tugas bagi merealisasikan visi dan misi sekolah.Visi:Sekolah Menengah Datuk Bendahara kearah Sekolah Berkualiti di Daerah Jasin menjelang tahun 2013.Misi:Memberi pendidikan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.Matlamat:1. Melahirkan warganegara berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.2. Mampu meneruskan tradisi Negara dan mengamalkan budaya cemerlang.3. Melahirkan warganegara yang bersyukur dan berterima kasih.4. Bersemangat patriotik dan menjaga kemakmuran Negara.

3.Mengenali persekitaran sekolahObjektif:1. Membolehkan guru-guru baru mengenali persekitaran sekolahdengan lebih baik.2. Guru-guru baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaransekolah yang baru, mengenali lokasi-lokasi organisasi sekolahdan pelajar.

Aktiviti:1. Membuat lawatan dalam sekolah.2. Guru-guru baru mencari lokasi-lokasi tertentu di sekolah.3. Penerangan ringkas tentang budaya sekolah.

Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui persekitaran sekolah, kemudahan-kemudahan yang tersedia untuk kegunaan guru-guru dan pelajar semua.

4.Persediaan mengajar dan pedagogiObjektif: 1. Mengetahui dengan lebih jelas hal-hal berkaitan dengan bidang tugas.2 Mengetahui cara pengendalian kelas yang berkesan.

Aktiviti1 Taklimat diberikan oleh guru senior yang dimulakan dengan sesi suai kepada guru-guru baharu2 Penerangan tentang GKMP serta guru-guru yang terlibat.3 Penerangan tentang proses pengendalian serta pengawalan kelasyang baik.

Rumusan:Pendedahan dan makluman dapat memberikan penjelasan lebih khusus berkaitan bidang tugas dan pengendalian kelas.

5.Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran TahunanObjektif:1 Pendedahan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran2 Membantu guru merancang dan melaksanakan pengajarandan pembelajaran secara berkesan

Aktiviti:1 Penerangan oleh guru senior mengenai Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan2 Mengumpul bahan dengan mengakses maklumat3 Perbincangan tentang strategi pengajaran yang berkesanRumusan:Melalui aktiviti ini, guru mendapat pendedahan dan makluman serta penjelasan lebih khusus berkaitan bidang tugas dan strategi pengajaran yang berkesan.1. Guru diminta untuk menyediakan Rancangan Pelajaran Harian sebelum memasuki kelas untuk mengajar manakala Rancangan Tahunan mestilah disediakan oleh guru tersebut berdasarkan kelas yang diajar. Sebagai contoh, Rancangan Pelajaran Tahunan bagi Kelas 2A, B, C, D adalah berbeza dengan Kelas 2E, F, dan G. Ini adalah penting bagi memastikan pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ini mendapat pembelajaran yang maksimum.

6.

Pengurusan Buku Rekod MengajarObjektif:

1 Memahami proses penyediaan Buku Rekod Mengajar2 Melengkapkan butir-butir dalam Buku Rekod Mengajar

Aktiviti:1 Penerangan tentang penyediaan Buku Rekod Mengajar serta kandungan yang diperlukan.2 Melengkapkan butir-butir peribadi guru

Rumusan:

Melalui aktiviti ini, guru mendapat pendedahan dan makluman serta penjelasan lebih khusus berkaitan pengurusan buku rekod mengajar.

1. Guru haruslah membuat persediaan awal iaitu menyiapkan bukurekod sebelum memasuki kelas untuk mengajar.

2. Semua guru di sekolah dikehendaki untuk menghantar bukurekod mengajar setiap Hari Jumaat untuk pemeriksaan selepastamat waktu persekolahan.

7.Organisasi sekolahObjektif:

1. Memahami maksud sebuah organisasi dan pengurusannya.2. Mengenali SMK Datuk Bendahara dari segi latar belakang,sejarah, infrastruktur dan juga pencapaian sekolah setelahberoperasi selama 50 tahun.

Aktiviti:Guru baharu mencari maklumat tentang latar belakang, sejarah, audit akademik dan pencapaian sekolah.

2. Pengetua, Tuan Haji Rosti bin. Mistam memberikan penjelasankepada guru-guru baru tentang prestasi pencapaian akademiksekolah, budaya pembelajaran sekolah dan kes-kes yang menjadi tumpuan dan cabaran kepada guru-guru baru. Contohnya, gejala ponteng sekolah yang menular di SMK Datuk Bendahara.

3. Pengetua menjelaskan serba sedikit berkenaan tenaga dalamsesebuah organisasi.

4. Sesi yang pendek bersama pengetua digunakan sepenuhnyadengan pengisian pelbagai maklumat tentang kepentinganorganisasi di SMK Datuk Bendahara. Selain itu, pengetuamenyuruh guru-guru baru untuk meninjau kawasan sekolahbertujuan untuk mengetahui tentang lokasi-lokasi kelas danbilik-bilik tertentu yang terdapat di dalam sekolah.

Rumusan:

Hasil perbincangan dan penerangan oleh Pengetua jelas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu kelompok manusia untuk mencapai matlamat yang sama. Oleh itu, tidak kiralah pelajar, guru dan juga pihak pentadbiran perlu mempunyai matlamat yang sama ke arah menuju sekolah cemerlang dan berkesan. Selain daripada itu, guru dapat mengetahui struktur organisasi pentadbiran sekolah dan dengan siapa harus dirujuk jika terdapat masalah.

8.Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulumObjektif:1 Mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan pelaksanaannya.2 Mendapat pendedahan maklumat tentang tugas-tugas gurupenasihat bagi sesebuah persatuan/kelab

Aktiviti:1 Taklimat dijalankan oleh GPK Kokurikulum, En. Karimberhubung dengan aspek-aspek yang terkandung dalambidang kokurikulum.2 Penerangan tentang hal berhubung dengan penglibatan pelajar3 Penerangan tentang peranan guru penasihat dalampersatuan/kelab/permainan.Guru juga ditanya tentang kecenderungannya didalam sukan dan permainan.Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan juga tugas-tugas guru.

9.Pengurusan ujian dan peperiksaanObjektif:1 Mengetahui hal berkaitan dengan Unit Penilaian dan Peperiksaan2 Mengetahui aspek yang perlu dilalui sebelum sesebuah peperiksaan berlangsung

Aktiviti:1 Penerangan mengenai Unit Penilaian dan Peperiksaan2 Penerangan mengenai Peperiksaan Dalaman, PeperiksaanAwam dan Peperiksaan Penilaian

Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah peperiksaan berlangsung.

_____________________(Tandatangan Guru)

________________( (Tandatangan Guru Pembimbing)

Julai1 Julai 2011-31 Julai 2011

1.Pelaksanaan sesi mentoring.Tarikh: 5 Julai 2010Masa: 8 pagi-12 tgh hariTempat: Pusat Kegiatan Guru Padang Temu, MelakaBertujuan mendedahkan kami 15 orang guru baharu tentang cara membina folio dan melaksanakan kajian tindakan, kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas dan sesi suai kenal bersama rakan seperjuangan dan guru pembimbing kami yang akan member tunjuk ajar. Guru pembimbing saya adalah Hajah Zaorah , seorang guru Bahasa Inggeris senior di SMK Datuk Bendahara.Objektif:1 Membimbing guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran2 Membimbing guru menggunakan pendekatan refleksi untuk membina keyakinan diriAktiviti:1 Penerangan daripada mentor2 Soal jawab dengan mentor. Berbincang dengan mentor atas masalah yang dihadapi dalam pengajaran.Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mentor dan mengaplikasikannya. Di samping itu, mentor juga memberi motivasi untuk guru lebih berkeyakinan apabila memasuki kelas.

2.Pendaftaran dan pertukaran muridObjektif:1 Memahami pengurusan pendaftaran dan pertukaran murid2 Mengetahui cara-cara yang harus diikuti untuk menguruskan pendaftaran dan pertukaran muridAktiviti:1 Penerangan oleh En Shamsuddin selaku PK HEM2 Bersoal jawabRumusan:Melalui aktiviti ini, guru selaku penggalas tanggungjawab kepada Puan Masyitah yang cuti bersalin dapat memahami cara pengurusan pendaftaran dan pertukaran murid dari SMKDB atau dari sekolah lain.Pelajar-pelajar yang ingin membuat pertukaran sekolah dikehendaki untuk mengisi borang bertukar sekolah dan sebab bertukar hendaklah dinyatakan.

3.Disiplin muridObjektif:1 Mengetahui maklumat berhubung hal disiplin dan pengendalian sesuatu masalah

Aktiviti:1 Penerangan dimulakan oleh En Ravi selaku Guru Disiplin SMKDB. Guru sebagai guru pengawas diberikan penerangan yang menyeluruh tentang aspek disiplin yang selalu pelajar-pelajar langgar.2 Penerangan umum berhubung dengan hal disiplin di mana sebagai guru baru, perlu memahami secara mendalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang, akta dan prosedur yang amat penting dalam arus perguruan.3 Tatacara Tindakan Disiplin bagi Kesalahan Ponteng SekolahRumusan:Melalu aktiviti ini, guru dapat pendedahan tentang pengendalian sesuatu perkara berhubung dengan masalah disiplin.

4.Panduan penyediaan laporanObjektif:1 Memahami setiap aspek perbincangan2 Mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapisepanjang pelaksanaan laporanAktiviti:1 Mengumpul maklumat2 Melakukan perbincangan3 Bersoal jawab dan berkongsi pandanganRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat membuat rumusan, memberi pandangan dan berkongsi masalah sesama guru untuk menyempurnakan laporan ini.

5.Pelaksanaan Aktiviti pengakapTarikh: 27 Julai 2011Masa: 3.00 ptg-4.30 ptgTempat: Tapak pertemuan PengakapAktiviti:1.Saya dan cikgu Atiyyah menjalankan aktiviti belalang dan belatuk kepada 80 ahli pengakap.2.Permainan ini menguji kemahiran mendengan dan melihat dengan tajam, siapa yang menangkap dan kena tangkap. Ia juga membuat ahli menjadi tangkas, satu kemahiran kinesthetic dan mereka bermain dengan gembira.3.Pelajar terkawal, tiada kemalangan berlaku didalam kawasan permainan belalang dan belatuk.

KesimpulanMelalui aktiviti ini saya belajar kawalan pelajar, cara menyampaikan penerangan dengan jelas di tempat terbuka, dan dalam jumlah pelajar yang ramai.

6.Pelaksanaan sesi mentoringTarikh: Selasa 27 Julai 2011Masa: 9.00 am-11.00 amTempat: Bilik Tayang

Keterangan1.Menjadi mentee kepada Hajah Zaorah dan melihat beliau mengajar merupakan pengalaman menarik saya hari ini.

2.Beliau mengajar kefahaman dan meringkaskan karangan kepada pelajar tingkatan 5B.3.Perkara dipelajari adalah kawalan kelas, pemilihan bahan yang sesuai dan menarik perhatian pelajar didalam kelas. P dan P dipantau oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Melaka seramai 15 orang.KesimpulanPelajar terkawal dan maklumat disampaikan dengan jelas, saya aplikasi dalam P & P.

7.Kursus Profesionalisma bersama Guru Pakar Bahasa InggerisTarikh: Rabu 28 Julai 2011Masa: 9.00 am-2.00 pmTempat: Bilik Mesyuarat SM Teknik

Keterangan:1.Menimba ilmu pengetahuan didalam Program Kecemerlangan Bersama Guru Cemerlang SM Teknik, SBPI Selandar bersama M. Paneir. Cikgu Azman, Puan Shareena dan Puan Nora member panduan cara menjawab soalan Kertas 1 dan 2 peperiksaan Bahasa Inggeris supaya pelajar under achiever boleh lulus. SPM.2.Turut hadir adalah pegawai PPD Jasin yang menyuarakan keluhan berkenaan Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah.

Kesimpulan:Maklumat yang didapati dimasukkan dalam P & P untuk penambahbaikan.

8.Mesyuarat guru-guruTarikh: Khamis 28 Julai 2011Masa: 3.00 pm-4.30 pmTempat: Bilik MesyuaratAktiviti:Mesyuarat Mengendalikan Majlis Perpisahan Pengetuan Tuan Haji Rosti bin Mistam telah diadakan untuk menghargai jasa beliau di SMK DB. Banyak maklumat diperolehi dan mengenali kawan baharu didalam majlis tersebut.Kesimpulannya, guru lama dan baharu berkongsi maklumaat dan pengalaman untuk menjayakan program.

9.Majlis Persaraan pengetuaTarikh: Jumaat 29 Julai 2011Masa: 3 ptg-6.30 ptg.Tempat: Dewan Alamanda JasinPeristiwa penting yang terjadi pada hari ini adalah majlis perpisahan Tuan Pengetua iaitu Tuan haji Rosti b Mistam, diraikan dalam upacara gilang gemilang yang dihadiri oleh rakan handai dan taulan dari sekolah-sekolah menengah seluruh Jasin dan Pejabat Pelajaran Melaka. Terdapat ucapan-ucapan penting, persembahan, majlis makan petang dan penyerahan hadiah kepada pengetua.Kesimpulannya ialah guru baharu dapat mencurahkan idea dan tenaga didalam persembahan yang dianjurkan oleh Puan Hajjah Zaorah bte Ibrahim, selaku komiti persembahan dalam majlis itu.

_______________(Tandatangan Guru)_________________(Tandatangan Guru Pembimbing)

3.PengajaranIsnin 3/8/11Objektif:1 Membimbing guru mengaplikasi teori kepada amalan sebenar di bilik darjah.2 Guru pembimbing memberi tunjuk ajar kepada sayaAktiviti:1 Penerangan daripada mentor2 Bertukar-tukar pandangan antara guru dan mentor3. Saya bertanya tentang cara untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang berminat dalam Bahasa Inggeris dan ketidak sanggupan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat menggunakan teori yang dipelajari untuk diaplikasikan di bilik darjah dan bertukar-tukar pandangan dengan mentor bagaimana kesesuaian teori tersebut untuk digunakan. Saya tahu aplikasikan teori linguistic pembelajaran bahasan Chomsky dan Dewey.

4.Pengurusan dan Tugas-tugas Jawatankuasa sekolahObjektif:1 Memahami polisi dan peraturan sekolah2 Mengetahui setiap polisi dan peraturan sekolahAktiviti:1 Mengumpul maklumat2 Penerangan oleh guru disiplin iaitu En Aiman Abdul HalimRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui polisi dan peraturan yang digunapakai di sekolah untuk pelajar SMKDB.

Polisi dan peraturan sekolahObjektif:1 Membimbing guru dari segi pergaulan yang sihat2 Membimbing guru memupuk nilai profesionalisme keguruanAktiviti:1 Penerangan daripada mentor2 Bersoal jawab dengan mentorRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat memahami cara pergaulan dengan guru-guru lain selain cuba untuk bertanya guru-guru berpengalaman jika mempunyai masalah.

Pelaksanaan sesi mentoringObjektif:1. Membimbing guru untuk menyediakan bahan dan latihan yang sesuai untuk murid mengikut tahap kesediaan mereka menerima maklumat.2. Membantu guru untuk mengajar pelajar membuat karangan dengan lebih berkesan.Aktiviti:1. Sesi berbincang diantara mentor dan guru.Rumusan:Guru dapat memberi latihan yang lebih sesuai kepada pelajar dan Berjaya mengetahui cara yang sesuai untuk mengajar pelajar membuat karangan.

(Takwim Sekolah/ Jadual Organisasi PPD Jasin, JPN Melaka & KPM)

____________________ _________________(Tandatangan Guru) (Tandatangan Fasilitator)

BilKandungan OrientasiCadangan Pelaksanaan

1.Pengurusan dan prosedur kewangan sekolahObjektif:1 Mengetahui aspek berhubung etika sebagai penjawat awam2 Mengetahui hal-hal berhubung dengan pengurusan kewangan di sekolah.Aktiviti:1 Penerangan diberikan oleh En. mengenai peranan sebagai penjawat awam.2 Penerangan mengenai kelebihan yang diperolehi sepertipinjaman dan tindakan yang akan diambil sekiranyamelebihi kadar pinjaman yang telah ditetapkan3 Etika berpaiakan dan Kehadiran ke sekolahRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui pengurusan dan prosedur kewangan sekolah dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh guru.

1.Pengurusan kerja rumahObjektif:1 Mengetahui prosedur-prosedur pengurusan kerja rumah yang tepat2 Memahami pengurusan kerja rumahAktiviti:1 Penerangan2 Berkongsi maklumat dan pandanganRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui pengurusan penghantaran kerja rumah pelajar untuk diperiksa dan disemak oleh GKMP.

2.Pelaksanaan sesi mentoringObjektif:Membimbing guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris Untuk Kelas Peralihan dan 5 G. Aktiviti:Guru bertanya kepada mentor tentang cara yang berkesan untuk mengajar pelajar-palajar.Rumusan:Guru dapat mengetahui cara yang berkesan untuk mengajar pelajar.

Majlis Send Off Pengetua

Tarikh: Jumaat, 9 Ogos 2011Masa: 9 pagi-11 pagiTempat: Tapak perhimpunan SMK DB

Saya menjadi Komiti untuk Majlis Send Off Pengetua Tuan Haji Rosti bin Mistam.Pada majlis yang berlangsung di dataran perhimpunan ini, telah diadakan majlis persaraan pengetua, dan saya bersama-sama Cikgu Linda ditugaskan menjadi pengacara majlis, untuk mengendalikan perjalanan majlis.

Majlis berjalan dengan sempurna dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, ketua-ketua sektor dan jemputan yang lain.

September 2011

1

Mengenali Organisasi PPD, JPN dan KPMPPD Jasin

JPN MELAKA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM/ MOE)Khamis, 1/9/11Objektif:1 Memahami struktur organisasi pentadbiran PPD.2 Mengetahui peranan setiap bahagian pentadbiran PPD.

Aktiviti:1Saya bersama-sama kira-kira 50 orang guru baharu telah hadir ke satu program untuk guru-guru baharu di sekitar daerah Jasin. Dalam kursus itu, kami mendengar taklimat dari Pengarah PPD Jasin iaitu Encik Yusof, penerangan oleh Kaunseling, Encik MatSah.2Aktiviti pada hari itu adalah mengenali diri sendiri dan juga PPD Jasin. Kami juga mendapat kenalan baharu dan mengumpul maklumat berkaitan pentadbiran PPD dengan mengakses maklumat.2 Mengumpul maklumat tambahan daripada guru-guru lain.3 Mengetahui lokasi PPD Jasin yang baharu beroperasi.

Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru mendapat pendedahan awal mengenai struktur organisasi pentadbiran PPD Jasin dan mengetahui peranan setiap bahagian untuk dirujuk jika terdapat masalah.

Pejabat Pelajaran Daerah Jasin (PPDJ) mula beroperasi pada 1hb Jun 1985 iaitu dengan perlantikan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Jasin sebagai merangkap Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, manakala Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jasin pula merangkap sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jasin.

Guru juga mendapat kenalan yang sama-sama baharu menyertai KPM dan bertitik tolak dari hari itu, kami sentiasa berhubung untuk mengetahui perkembangan folio masing-masing.

VISI:Pengurusan dan pembangunan pendidikan berkualiti peringkat daerah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI:Meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti dalam pengurusan dan pembangunan pendidikan di peringkat daerah.Lampiran: Organisasi PPD Jasin.

Objektif:1 Memahami struktur organisasi pentadbiran JPN.2 Mengetahui peranan setiap bahagian pentadbiran JPN.

Aktiviti:1 Mengumpul maklumat berkaitan pentadbiran JPN dengan mengakses maklumat.2 Mengumpul maklumat tambahan daripada guru-guru lain.3 Mengetahui lokasi JPN Melaka.

Rumusan:Melalui aktiviti yang dijalankan, guru dapat mengetahui struktur pentadbiran JPN Melaka dan peranan setiap bahagian pentadbiran.

FUNGSI

Mengurus sumber-sumber pendidikan di peringkat negeri merangkumi aspek-aspek sumber manusia, kewangan, perkhidmatan, fizikal dan maklumat.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan di bidangkurikulum, kokurikulum dan pembentukan serta perkembangansahsiah yang murni.

2. Mempertingkatkan mutu pengurusan di pelbagai peringkatsupaya cekap dan berkesan melalui pendekatan pelbagaifalsafah dan prinsip pengurusan yang baik dan sesuai denganiklim pendidikan.

3. Mempertingkatkan kecintaan kepada ilmu dan membaca supaya ianya menjadi budaya guru dan pelajar.

4. Mempertingkatkan profesionalisme semua Pegawai, Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-guru dan kakitangan dalam bidang pengurusan, ilmu dan kemahiran.

5. Mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan Islam dikalangan pelajar Islam dan mempertingkatkan perlakuanbermoral di kalangan pelajar bukan Islam.

6. Menjalin perpaduan serta ikatan kasih mesra demimempertingkatkan kerjasama antara jabatan, sekolah, pelajardan masyarakat seluruhnya.

VISIKe arah meningkatkan kualiti pengurusan dan kecemerlangan prestasi pendidikan di bidang Kurikulum, Kokurikulum, Pembentukan dan Perkembangan Sahsiah Pelajar.

Jumaat, 2/9/11MISI :Melaksanakan pengurusan perkhidmatan pelajaran yang berkualiti berteraskan Prinsip Perkhidmatan Awam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan.Membentuk insan yang seimbang dan cemerlang melalui program kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Objektif:1 Memahami struktur organisasi pentadbiran KPM.2 Mengetahui peranan setiap bahagian pentadbiran KPM.

Aktiviti:1 Mengumpul maklumat berkaitan pentadbiran KPM dengan mengakses maklumat.2 Mengumpul maklumat tambahan daripada guru-guru lain.3 Mengetahui lokasi KPM.

Rumusan:Melalui aktiviti yang dijalankan, guru dapat mengetahui struktur pentadbiran KPM dan peranan setiap bahagian pentadbiran tersebut.

MATLAMATMelahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

VISISekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

MISIMembangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

9.Kemudahan Perkhidmatan (urusan pelantikan, gaji dsbnya)Objektif:1 Memahami prosedur-prosedur bagi urusan perlantikan guru.2 Mengetahui kemudahan-kemudahan yang layak diterima oleh guru

Aktiviti:1 Penerangan oleh Encik Karim bin Mt Yazam tentang urusan perlantikan guru.2 Penerangan diteruskan dengan kemudahan-kemudahan yanglayak diterima oleh guru dan syarat-syarat yang dikenakan.

Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui prosedur-prosedur yang harus diikuti oleh guru bagi urusan perlantikan dan gaji. Penyediaan dokumen juga penting bagi memastikan kelangsungan sesuatu proses.

10.Pelaksanaan sesi mentoring (Bil.1)Objektif:1 Membimbing guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran2 Membimbing guru menggunakan pendekatan refleksi untuk membina keyakinan diriAktiviti:1 Penerangan daripada mentor2 Soal jawab dengan mentor. Berbincang dengan mentor atas masalah yang dihadapi dalam pengajaran.Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mentor dan mengaplikasikannya. Di samping itu, mentor juga memberi motivasi untuk guru lebih berkeyakinan apabila memasuki kelas.

1.Pekeliling/ Dasar/ Program/ Aktiviti KPM dan Perintah AmRabu, 7/10/11Objektif:1 Pendedahan tentang Dasar/Program/Aktiviti KPM2 Memberikan maklumbalas tentang kefahaman dasar KPM3 Pendedahan tentang pekeliling KPM

Aktiviti:Kami guru baharu digalakkan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, Portal PPD Jasin dan Portal lain seperti badan beruniform yang dipegangnya. Saya selalu melayari blogs-blogs ahli pengakap yang lain untuk mengetahuio perkembangan mereka, terutama pengakap di sekolah menengah daerah Jasin. Saya juga membaca dan memahami pekeliling, dasar, program dan aktiviti KPM.2 Penerangan ringkas tentang dasar dan pekeliling KPM.3 Perbincangan dan maklumbalas berkaitan dasar, program,aktiviti dan pekeliling KPM.

Rumusan:Pendedahan mengenai pekeliling yang merangkumi dasar/program/aktiviti KPM dapat memberi kefahaman kepada guru akan hala tuju dan matlamat KPM, seterusnya bersedia untuk menjalankan tugas bagi merealisasikannya. Saya juga diberitahu bahawa maklumat yang disediakan akan lebih mudah didapati apabila kita sendiri mengakses maklumat tersebut di Internet, seperti surat-surat pekeliling, tawaran berkursus, tarikh-tarikh penting dan mengenai gaji, dan jangan menunggu sekolah untuk menyediakan untuk kita.

2.Organisasi PIBGJumaat, 9/9/11Objektif:1 Mengetahui struktur organisasi PIBG sekolah2 Memahami matlamat PIBG dan pengurusannyaAktiviti:1 Mendapatkan penerangan mengenai struktur pentadbiran PIBG dan mengumpul maklumat mengenai aktiviti PIBG SMk Datuki Bendahara. Setakat ini PIBG telah mengambil inisiatif untuk memanggil ibu bapa yang anaknya akan menduduki peperiksaan SPM 2011. Dengan cara ini guru melibatkan diri dengan berbincang tentang hala tuju anak mereka dan bagaimana untuk mendapat A didalam subjek yang diambil.Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui peranan PIBG di sekolah dan aktiviti yang dijalankan untuk merapatkan jurang antara PIBG dan sekolah.

3.Budaya kerja dan takwim sekolah12,13 dan 14/9/11Objektif:1 Pendedahan tentang persekitaran sekolah2 Mengenalpasti budaya sekolah, kawasan sekolah dankemudahan-kemudahan yang tersedia di sekolah.Aktiviti:1 Membuat lawatan dalam sekolah dengan berjumpa sendiri warga sekolah seperti pekerja, kerani dan sesiapa yang ada.2 Penerangan ringkas tentang budaya sekolah.Rumusan:Melalui aktiviti ini, saya mengetahui persekitaran sekolah, kemudahan-kemudahan yang tersedia untuk kegunaan guru-guru dan pelajar semua. Saya juga mendapat tahu tentang bilik-bilik dan kelas yang kadang-kadang tidak pernah diketahui seperti bilik tayang yang mempunyai prasarana overhead projektor yang boleh meningkatkan mutu pengajaran saya.

4.Pelaksanaan mentoring (Bil.15/9/11Objektif:1 Membimbing guru mengaplikasi teori kepada amalan sebenar di bilik darjah.2 Memberi motivasi kepada guruAktiviti:1 Penerangan daripada mentor2 Bertukar-tukar pandangan antara guru dan mentor3. Guru bertanya tentang cara untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang berminat dalam Bahasa Inggeris dan Ketidak sanggupan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat menggunakan teori yang dipelajari untuk diaplikasikan di bilik darjah dan bertukar-tukar pandangan dengan mentor bagaimana kesesuaian teori tersebut untuk digunakan.

1.Pengurusan dan Tugas-tugas Jawatankuasa sekolahRabu, 15/9/11Objektif:1 Memahami polisi dan peraturan sekolah2 Mengetahui setiap polisi dan peraturan sekolahAktiviti:1 Mengumpul maklumat2 Penerangan oleh guru disiplin iaitu En Aiman Abdul HalimRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui polisi dan peraturan yang digunapakai di sekolah untuk pelajar SMKDB.

1.Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulumObjektif:1 Mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan pelaksanaannya.2 Mendapat pendedahan maklumat tentang tugas-tugas gurupenasihat bagi sesebuah persatuan/kelabAktiviti:1 Taklimat dijalankan oleh GPK Kokurikulum, En. Jais Darsoberhubung dengan aspek-aspek yang terkandung dalambidang kokurikulum.2 Penerangan tentang hal berhubung dengan penglibatan pelajar3 Penerangan tentang peranan guru penasihat dalampersatuan/kelab/permainanRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan juga tugas-tugas guru.

(Takwim Sekolah/ Jadual Organisasi PPD Jasin, JPN Melaka & KPM)

____________________ _________________(Tandatangan Guru) (Tandatangan Fasilitator)Bulan Kedua

Oktober 2011

BilKandungan OrientasiCadangan Pelaksanaan

(BULAN KEDUA)Minggu Pertama 25/10- 29/10/2010

1.Pengurusan dan prosedur kewangan sekolah25 Oktober 2010Objektif:1 Mengetahui aspek berhubung etika sebagai penjawat awam2 Mengetahui hal-hal berhubung dengan pengurusan kewangan di sekolah.Aktiviti:1 Penerangan diberikan oleh En. Hj Nordin Hj Zam Zam mengenai peranan sebagai penjawat awam.2 Penerangan mengenai kelebihan yang diperolehi sepertipinjaman dan tindakan yang akan diambil sekiranyamelebihi kadar pinjaman yang telah ditetapkan3 Etika berpaiakan dan Kehadiran ke sekolahRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui pengurusan dan prosedur kewangan sekolah dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh guru.

Minggu Kedua 1/11- 5/11/2010

1.Pengurusan kerja rumah2 November 2010Objektif:1 Mengetahui prosedur-prosedur pengurusan kerja rumah yang tepat2 Memahami pengurusan kerja rumahAktiviti:1 Penerangan2 Berkongsi maklumat dan pandanganRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui pengurusan penghantaran kerja rumah pelajar untuk diperiksa dan disemak oleh GKMP.

2.Pelaksanaan sesi mentoring (Bil.3 dan 6)5 Oktober 2011Objektif:Membimbing guru dalam pengajaran literature Tingkatan 1,2, dan 4.Aktiviti:Guru bertanya kepada mentor tentang cara yang berkesan untuk megajar pelajar-palajar.Rumusan:Guru dapat mengetahui cara yang berkesan untuk mengajar pelajar.

LAPORAN PROGRAM ORIENTASIGURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST)

BILPERKARAKETERANGAN

1Tarikh:11 Novemb

2Masa:9.00 11.00 pagi

3Bidang:-

4Aspek:Kursus Pengurusan Profesionalisme Pendidikan Guru-Guru Sekolah Menengah Negeri Melaka Siri 2 (7-10 November 2010)

5Objektif:1 Meningkatkan kemahiran pengurusan profesionalisme keguruan guru-guru baru berkhidmat

2 Motivasi diri untuk melengkapkan diri guru-guru baru dengan budaya persekitaran sekolah

6Aktiviti:1 Penerangan oleh fasilitator-fasilitator mengenai pengurusan profesionalisme keguruan2 Berkongsi maklumat dan pandangan

7Penilaian:Maklum balas secara lisan

8Rumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat pendedahan cara meningkatkan kemahiran pengurusan profesionalisme keguruan bagi guru-guru baru berkhidmat dan motivasi diri.

Kursus Profesionalisme Pendidikan Guru-Guru Sekolah Menengah Negeri Melaka Siri 2______________________________________________________________________________Minggu Ketiga 8/11- 12/11/2010

2.Disiplin murid12 November 2010Objektif:1 Mengetahui maklumat berhubung hal disiplin dan pengendalian sesuatu masalahAktiviti:1 Penerangan dimulakan oleh En Aiman Abdul Halim selaku Guru Disiplin SMKDB2 Penerangan umum berhubung dengan hal disiplin di mana sebagai guru baru, perlu memahami secara mendalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang, akta dan prosedur yang amat penting dalam arus perguruan.3 Tatacara Tindakan Disiplin bagi Kesalahan Ponteng SekolahRumusan:Melalu aktiviti ini, guru dapat pendedahan tentang pengendalian sesuatu perkara berhubung dengan masalah disiplin.

3.Pelaksanaan sesi mentoring (Bil.7)

Minggu Keempat 15/11- 19/11/2010

1.Refleksi, perbincangan dengan guru-guru permulaan16 November 2010Objektif:1 Memahami setiap aspek perbincangan2 Mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapisepanjang pelaksanaan laporanAktiviti:1 Mengumpul maklumat2 Melakukan perbincangan3 Bersoal jawab dan berkongsi pandanganRumusan:Melalui aktiviti ini, guru dapat membuat rumusan, memberi pandangan dan berkongsi masalah sesama guru untuk menyempurnakan laporan ini.

____________________ _________________(Tandatangan Guru) (Tandatangan Fasilitator)CUTI AKHIR TAHUN

Oktober 2011BILPERKARAMAJLIS MOHON RESTU PMR 2011

1Tarikh:3/10/11

2Masa:8.30-9.30 pagi

3Bidang:Pengurusan dan Pentadbiran

4Aspek:Perkembangan potensi diri dan kerjaya guru

5Objektif:Hubungan Sosial dengan Pelajar

6Aktiviti:Pada hari ini, guru-guru dan pelajar tingkatan 3 bermaaf-maafan dan memohon restu dari guru SMKDB. Guru mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan pelajar supaya terang hati dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan yakin dan tepat. Pelajar mengharapkan supaya ilmu yang dipelajari itu direstui dan diberkati oleh guru yang mengajar, dan meminta maaf diatas dosa silam.

7Penilaian:Laporan dan makluman guru

BILPERKARAMAJLIS MOHON RESTU PMR 2011

1Tarikh:13/10/11

2Masa:3.00-4.30 petang

3Bidang:Pengurusan dan Pentadbiran

4Aspek:Maklumat

5Objektif:Mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti sekolah

6Aktiviti:Pada hari ini, guru-guru menghadiri mesyuarat guru bersama pihak pentadbir sekolah, dan guru mendapat maklumat tentant aktivit untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR kelas. Guru diingatkan supaya menjalankan kerja dengan dedikasi dan teratur dan jangan membelakangkan sekolah dalam apa jua hal.

7Penilaian:Laporan dan makluman guru

BILPERKARAPENCERAPAN OLEH GURU PEMBIMBING

1Tarikh:20/10/11

2Masa:7.40 am 8.20 am

3Bidang:Pengajaran dan Pembelajaran

4Aspek:Akademik

5Objektif:Mendapatkan maklum balas dari guru pembimbing.

6Aktiviti:Pada hari ini saya dicerap oleh guru pembimbing iaitu hajjah Zaorah bte Haji Ibrahim untuk kelas 5G. Saya mendapat tunjuk ajar cara buat kelas orientasikan pelajar dan peperiksaan.

7Penilaian:Guru diberikan tunjuk ajar

BILPERKARAREHEARSAL UNTUK HARI ANUGERAH

1Tarikh:21/10/11

2Masa:7.40 am 9.00 am

3Bidang:Pengurusan

4Aspek:Akademik

5Objektif:Mendapat gambaran jelas tentang hari anugerah ko kurikulum.

6Aktiviti:Pada hari ini saya mengendalikan rehearsal untuk hari anugerah. Ada guru yang lain hadir ke event tersebut mengendalikan pelajar yang mendapat anugerah.

7Penilaian:Guru diberikan tunjuk ajar.

BILPERKARAMENJADI MC UNTUK HARI ANUGERAH

1Tarikh:24/10/11

2Masa:7.40 am 9.00 am

3Bidang:Pengurusan

4Aspek:Ko kurikulum

5Objektif:Mengendalikan majlis hari anugerah ko kurikulum.

6Aktiviti:Pada hari ini saya mengendalikan hari anugerah ko kurikulum. Ada guru yang lain seperti cikgu Roshaniza dan Rohana hadir ke majlis tersebut mengendalikan pelajar yang mendapat anugerah. Tugasan saya ia membuka majlis dan memanggil nama-nama penerima anugerah ko kurikulum. Saya juga bertugas membina ayat-ayat yang menyuntik semangat dan minat pelajar untuk turut aktif dalam kegiatan ko kurikulum untuk tahun 2012. Saya belajar untuk mengawal suara, perasaan supaya tidak berbunyi gemuruh, kaal ayat-ayat dan harus baca nama dengan sebutan yang tepat.

7Penilaian:Majlis berjalan dengan lancar

BILPERKARAHADIR MESYARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

1Tarikh:24/10/11

2Masa:3.00 pm-4.30 pm

3Bidang:Akademik

4Aspek:Bahasa Inggeris

5Objektif:Memulakan tugas untuk menyediakan bahan untuk tahun 2012.

6Aktiviti:Pada hari ini saya hadir kali pertama untuk mesyuarat Panitia Guru Bahasa Inggeris. Mesyuarat tersebut membincangkan pelan strategik untuk mencapai matlamat Jabatan iaitu meningkatkan pengasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Guru-guru yang dilantik diingatkan supaya hadir ke program LAWAD yang diadakan setiap Khamis.

7Penilaian:Saya mendapat tugasan untuk tahun hadapan iaitu 2012, dan bersedia mengajar kelas-kelas menengah rendah dan Peralihan.

November 2012

BILPERKARAHADIR KE MAJLIS MAKAN AKHIR TAHUN 2011

1Tarikh:2/11/11

2Masa:2.30 PM-4.30 PM

3Bidang:Sosial

4Aspek:Majlis sosial

5Objektif:Meraikan guru-guru yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2011.

6Aktiviti:Kami meraikan guru yang menerima hadiah diatas komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2011. Selepas itu, kami makan bersama-sama.

7Penilaian:

BILPERKARAKURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPENGADILAN BOLASEPAK ANJURAN MSSM

1Tarikh:8-10/11/11

2Masa:8 pagi-11 malam

3Bidang:Ko kurikulum

4Aspek:Sukan

5Objektif:Layak menjadi pengadil untuk pertandingan bola sepak

6Aktiviti:Saya menjalani latihan dan kelas teori untuk mengetahui undang-undang bolasepak didalam padang. Latihan dijalankan secara praktikal, cara menjadilinesmandan pengadil tengah. Kami didedahkan kepada pelbagai praktikal iaitu cara mengadili pemain yang offside dan udang-undang yang tidak difahami oleh penonton yang menimbulkan pergaduhan. Latihan dijalankan di padang sekolah Victoria Institution Kuala Lumpur. Kami menjalani teori asas undang-undang dari 1 hingga 12 yang menjelaskan tentang aspek padang dan tanggungjawab berat seorang pengadil.

7Penilaian:Setiap pengadil mampu kejar bola, dan beri isyaratflagyang tepat untuk setiap kesalahan atau pergerakan dalam padang.

Pengenalan kepada program orientasi

Kumpulan kami yang pertama menapat tugasan menyediakan folio dan kajian tindakan dan setelah mendengar dan melihat contoh kajian tindakan, maka kami bertekad untuk menyediakan tindakan untuk memajukan lagi tahap prestasi di sekolah kami. Golongan guru seperti kami bukanlah baru keluar dari Universiti, kami dahulunya menjadi guru ganti, guru sandaran tak terlatih, guru GSTT dan setelah mendapat peluang, menjadi guru GST itu kami rebut secepet mungkin. Kami berusaha mengenali dan mempelajari budaya dan selok belok cara melaksanakan kerja disini.

Pewujudan blogs untuk Bahasa InggerisSaya telah berusaha untuk menubuhkan sebuah blogs khas untuk menyalurkan maklumat perkembangan saya semasa saya didalam bulan-bulan praktikum. Bukan mudah untuk membina sebuah blog tanpa apa-apa asas, tetapi saya berusaha untuk mempelajari cara membina sebuah blog khas untuk Bahasa Inggeris dan kepada guru-guru umumnya. Baru saya tahu bahawa untuk mengekalkan blog akademik didalam Bahasa Inggeris, saya harus menjadi seorang penulis artikel. Itu sahaja cara untuk memasukkan bahan-bahan yang asli dan segar, yang datang dari pemgamatan dan bacaan saya. Saya menulis dan mencatat setiap hari untuk menghasilkan artikel bahasa Inggeris yang asli, selainnya yang saya garap dari bahan-bahan lain adalah sampingan sahaja. Didalam blog saya terdapat Rancangan-rancangan Pengajaran Harian untuk tingkatan 4 dan 5. Saya memasukkan jurnal praktikum saya, iaitu jurnal yang dihantar kepada guru pembimbing saya Puan hajjah Zaorah bte hj Ibrahim, selain dari mencetaknya sahaja, saya mengongsikan kepada pembaca di Internet, semoga menjadi iktibar kepada guru-guru baharu. Ada juga artikel dan kajian untuk Matematik sekolah menengah. Saya tidak mahu mengehadkan ilmu saya kepada Inggeris sahaja, malah tokoh bahasa Barat dan Malaysia mengambil tahu berkenaa perkembangan dunia ekonomi, politik dan subjek yang lain, yang tiada kaitan dengan pengkhususan mereka. Oleh itu saya kemaskinikan jurnal entri saya untuk tatapan diri sendiri dan juga untuk kawan-kawan seperjuangan. Didalam blog saya juga terdapat gambar foto aktiviti yang telah disertai seperti acara rasmi Pengakap. Blog saya juga menyediakan pautan untuk surat-surat dari Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, dan juga pautan kepada PPD, KPM dan SAPS, iaitu sistem pemarkahan wajib diisikan oleh semua guru. Ada juga topik surat-sura tdari PPD jasin, jika diklik, ia akan membawa pelayar ke helaian surat tersebut. Blog saya bernama m6hakimi.blogspot.com

Dahulu kami sama-sama terpilih menghadiri temudiga guru kementeriakn di Shah Alam dan merasa beruntung terpilih dari ribuan graduan di luar sama.dan sama dihantar di sekolah Melaka. Asal-usul petempatan saya ini panjang juga cerita.

Apabila saya menelefpon KPM di Putrajaya, mer, beritahu tempat kosong ada di Sabah atau Kelantan.

Berkenaan Pengakap, hobi saya ialah membuat aksesori ada lambang pengakap. Saya membuat aksesori menggunakan kain untuk digunakan didalam hisup seharian. Selalunya ahli pengakap suka mengumpul lencana dan mereka bertukar-tukar lencana sesama ahli pengakap dari negeri-negeri lain. Tidak banyak ahli yang suka hasilkan gadget sendiri dan bertukar-tukar gadget. Perbuatan ini seperti barter, yang mana kita mementingkan persaudaraan pengakap dan tidak membuat jual beli antara ahli pengakap. Saya suka hasilkan beg-beg dan alas dari kain terbuang yang saya cari dari kedai tukang jahit. Kadang-kala saya beli sendiri, apabila saya hendak jahit kopiah. Apabila ada acara pengakap, saya akan pakai atau gunakannya. Kini saya mempunyai sebuah mesin jahit tetapi dahulu beg saya jahit tangan sahaja. Jahitan lebih cepat dan kemas, lebih berkeyakinan juga. Jumlah hasil juga bertambah. Saya menjahit scarf international sendiri, yang berwarna ungu muda dan rasa bangga apabila dipakai pada majlis rasmi sekolah.Berikut adalah contoh aksesori yang telah dihasilkan, alatan ini dihasilkan sewaktu saya masih belajar menjahit, jadi saiznya tidak standard. Alatan ini boleh digunakan dan boleh diajar kepada pelajar cara melakukannya. Pada waktu jambori, saya habiskan waktu terluang menjahit tangan aksesori yang berguna. Guru penasihat tidak banyak kerja, hanya masak dan pastikan pelajar ambil bahagian didalam aktiviti yang diadakan.

Ini adalah papan kenyataan untuk pengakap kelana

Posted by88 Red_Armyat11:10 PMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookReactions:

Labels:Guru KPM BaharuNo comments :Post a CommentNewer PostOlder PostHomeSubscribe to:Post Comments ( Atom )There was an error in this gadgetLABELS 3 GEMILANG 2014( 1 ) Assignment OUM( 34 ) Cara Urus Diri dalam kelas( 8 ) Cerpen( 4 ) Contoh Laporan di Sekolah( 19 ) Fasting( 6 ) Go online( 8 ) Guru KPM Baharu( 41 ) How to teach( 2 ) http://ppdjasin.edu.my/( 1 ) Islam( 9 ) Jalan-jalan( 7 ) Jurnal seorang Guru baharu ..( 1 ) Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris( 3 ) Lesson Plans( 23 ) MRSM Life ...( 35 ) Pengakap Jasin( 19 ) Petua( 2 ) SAPS( 1 ) Selamatkan Alam Sekitar( 3 ) Undang-undang( 2 ) Uruskan kelas anda( 33 ) water filter( 1 ) Writing Stuffz( 10 )There was an error in this gadgetThere was an error in this gadgetTOTAL PAGEVIEWS369615DEMI MASA ...CER TEST BANDWIDTH SPEED UOLZ !READ THESE AND BE MERRY !BERITA TERHANGATS !CikguEnglish10-year-old uncle of abused Orang Asli girl threatenedFree Malaysia TodayAli had previously paid Andak a visit following a police report she had lodged against the three teachers,CikguArif,CikguSaki andCikguTalib from SK Kuala Betis, in an attempt to coerce her into withdrawing her report. He also implied that he had...Orang Asli student beaten up by three male teachersFree Malaysia TodayThe Standard 4 student, Siti Nur Azdilia, from Sekolah Kebangsaan Kuala Betis was tied up then beaten by three teachers identified asCikguSaki,CikguArif andCikguSalib on June 15. The victim's aunt said that her face and arms were bruised, while...Islam mudah jangan dipermudahSinarharianCikgusidek baba. 26 Jun 2015.CikguSidek Baba. < 1 / 1 >. MENJADI Muslim adalah suatu perkara yang mudah. Berasaskan lafaz syahadah seseorang boleh menjadi Muslim. Manifestasi daripada syahadah terbina dengan ibadah, mematuhi syariah untuk...Remy jadiCikguDaudUtusan MalaysiaJika Remy mesra di sapaCikguDaud, manakala Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof pula lebih senang dipanggil mummy oleh dua anak kecil itu . Mengiyakan apa yang dijelaskan Remy sebelum itu, kata Roszaliza memang dalam fasa masih...powered by

VIDEO SKJP ..ARKIB 2014( 1 ) 2013( 49 ) 2012( 133 ) 2011( 97 ) December( 2 ) November( 10 ) HBMT2203 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR THREE Linda's Mathematics Assignment in Bahasa Chemistry questions (in Bahasa) Definition of tenses Linda's Divide Assignment English Assignment ! Folio Guru Baharu 2011 (Contoh Buku Log) Folio Guru Baharu 2011 (Contoh Buku Log) My first action research ! My Research Paper ! October( 14 ) September( 9 ) August( 18 ) July( 1 ) June( 13 ) May( 3 ) March( 6 ) February( 15 ) January( 6 ) 2010( 108 )SEARCH THIS BLOGTop of Form

Bottom of FormSHARE ITPOS FOFILER http://ict-kpm.azurewebsites.net/ untuk menjalani UJIAN KOMPETENSI ICT dan Tips Untuk menjawab.DIWAJIBKAN ! UJIAN KOMPETENSI ICT PERLU DILENGKAPKAN OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, SENANG CERITA ADALAH SEMUA GURU SEKOLAH ME... Sample for exam paper English form 1 Paper 2 Mid Term 2012, here's for you guys !SECTION A : GUIDED WRITING [ 25 marks ] Your School has just finished the annual uniformed body camping. Write a letter to your fri... (with answer scheme) English paper 2 Form 4SECTION A : DIRECTED WRITING [ 35 marks ] Your school is looking for ways to encourage the reading habit and has asked suggestions... https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp Sistem Pengurusan Sekolah Tips Cara Copy and Paste.Cara termudah untuk key in nombor ic dll ialah dengan membuka APDM: http://sekolahmalaysia.com/ dan kita akan dapat details pelajar-... kemaskini maklumat murid dalam APDM http://sekolahmalaysia.com/index.phpMakluman Kepada Semua (diambil dari laman web http://sekolahmalaysia.com/index.php) Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga... Sample surat mohon sumbangan____________________________ MRSM Tun Ghafar Baba 77000 Jasin, Melaka. Tarikh: 21 April 2010... english form 4 february lesson plans !DAILY LESSON PLAN CLASS 4K 4E 4R 4N DATE 24.2.10 ... Folio Guru Baharu 2011 (Contoh Buku Log)1 2 Jun 27-31 Jun 2011 3 Bidang PENDAFTARAN DAN ORIENTASI JPN MELAKA 4 Aspek Taklimat penempatan Guru ... Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)here is the link to the website: http://saps.moe.gov.my/access-denied.php http://saps.moe.gov.my/access-denied.php http://saps.moe.gov.... 3 kosa kataIsmail Dahaman (2007) mengatakan bahawa usaha perancangan korpus bahasa termasuklah aktiviti pengayaan kosa kata umum dan ilmu melalu...PENGIKUTS ,THANK YOU !

Powered byBlogger.