Upload
tarmizie-a-ghani
View
383
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
1/30
KERJA KURSUS GEOGRAFI
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2012
PERNIAGAAN RUNCIT DI USJ 10, UEP SUBANG JAYA ,
SELANGOR DARUL EHSAN.
NAMA: .
KELAS:
GURU PENILAI: .
1
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
2/30
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
KAWASAN KAJIAN 4
KAEDAH KAJIAN 7
DAPATAN KAJIAN 8
2
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
3/30
RUMUSAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya Mohd Aniq Bin Razak, pelajar Tingkatan 3 Bakti
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih
kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya
membuat Kajian Geografi Tempatan (KGT).
3
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
4/30
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima
kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13
iaitu Puan Hajah Siti Salmiah Bt. Yaakob kerana memberi
sokongan kepada saya menjalankan kajian ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn.
Rahmah dan Encik Razak kerana membantu saya menyediakan
bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini
dan mengizinkan saya menemu bual reponden di kawasan
kajian.
Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih
kepada guru Geografi saya, Pn. Santi Bt. Dapari kerana telah
meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbing
dengan begitu dedikasi.
Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu
Zainal, Branden dan Mahilan. Mereka telah memberi maklumat
yang amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga4
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
5/30
menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya
membuat kajian ini.
Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan
kepada semua responden yang telah sudi ditemu bual. Bantuan
yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan
menghargai selama-lamanya.
PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib
untuk lulus subjek Geografi dalam Penilian Menengah Rendah.
Kajian ini memerlukan murid turun ke lapangan untuk
mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan
laporan yang lengkap.
Saya memilih tajuk kajian iaitu Perniagaan Runcit Di USJ
10, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan sebagai tajuk
5
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
6/30
kajian kerja kursus Geografi. Saya memilih tajuk ini kerana
perniagaan runcit ( pasar sari) yang dibuka setiap pagi Ahad di
kawasan tersebut menyumbang peranan yang penting kepada
penduduk sekitar. Selain itu, kawasan kajian kerana kawasan ini
berhampiran sekolah saya iaitu SMK USJ 13 yang jaraknya
hanya 0.7 km. Tambahan pula, ramai rakan saya juga tinggal di
kawasan tersebut dan memudahkan saya untuk mendapatkan
maklumat untuk dapatan kajian.
Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu
meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan
menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut;
6
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
7/30
1. Mentakrifkan konsep perniagaan runcit.
2. Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan perniagaan
runcit di USJ 10, Subang Jaya.
3. Menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian.
4. Menyenaraikan dan menjelaskan kesan negatif perniagaan
runcit.
5. Mencadangkan dan menghuraikan langkah mengurangkan
kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.
6. Memupuk nilai bersyukur dan meningkatkan semangat
bekerjasama untuk mengatasi kesan perniagaan runcit di
USJ 10, Subang Jaya.
7
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
8/30
KAWASAN KAJIAN
Kawasan yang saya kaji bernama USJ 10, UEP Subang.
Kawasan ini terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran
Subang Jaya. Kawasan ini berkeluasan kira-kira 0.25 km persegi
dan dimajukan sebagai pusat perniagaan seperti kedai perabot,
klinik, restoran, bank dan butik.
Kawasan USJ pada asalnya merupakan ladang kelapa sawit
yang dikenali sebagai Estet Seafield. Kawasan ini kemudian
dimajukan sebagai kawasan perniagaan pada tahun 1990 untuk
menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah akibat
8
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
9/30
perkembangan kawasan perindustiandi Sungai Way dan
kepadatan penduduk di Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan USJ
10 berkembang sebagai pusat perniagaan kerana pertambahan
penduduk di taman-taman yang behampiran seperti di USJ 9,
USJ 11, dan USJ 6. Sila rujuk peta 1. Kawasan perniagaan
runcit iaitu pasar sari yang dibuka pada setiap pagi Ahad terletak
di Barat USJ 10. Sila rujuk peta lakar 1.
Kawasan ini terletak di Selatan daerah Petaling Jaya dan
Barat Daya Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan USJ 9 terletak
di tengah-tengah zon UEP Subang Jaya iaitu di Utara USJ 13 ,
Timur USJ 11 dan Barat USJ 8. Sila rujuk peta 1. Kawasan ini
hanya terletak 10 km daripada Bandar raya Shah Alam dan 10
km daripada Bandar Puchong. Kawasan ini juga terletak 35 km
daripada Bandaraya Kuala Lumpur dan boleh dihubungi 40
9
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
10/30
minit melalui Lebuh Raya Persekutuan dan 20 minit melalui
Lebuh Raya Pantai Baru (NPE).
10
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
11/30
11
PETUNJUK:
U
Kawasan USJ 10
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
12/30
PETA 1: Kedudukan kawasan kajian dalam zon UEP Subang
Jaya
12
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
13/30
PETA LAKAR 1: Kawasan USJ 10 UEP Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kajian
ini ialah ;
1. Pemerhatian
Saya telah memperhatikan bentuk muka bumi kawasan
kajian.Saya juga telah memperhatikan jens barangan yang
dijual di Pasar Sari.13
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
14/30
2. Temu bual
Saya telah menemu bual 3 orang penduduk di kawasan
kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kesan
perniagaan runcit . Sila rujuk lampiran
3. Rujukan
Saya telah membuat rujukan melalui intternet untuk
mendapatkan maklumat tentang latar belakang kawasan
kajian. Sila rujuk lampiran
4. Soal Selidik
Saya telah membuat membuat soal selidik terhadap 20
orang responden dengan menggunakan borang soal selidik.
Sila rujuk lampiran
14
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
15/30
DAPATAN KAJIAN
Konsep Perniagaan Runcit
Perniagaan runcit ialah perniagaan secara kecil-kecilan
yang menjual barangan keperluan harian kepada pengguna
terakhir. Perniagaan runcit seperti gerai, pasar malam, pasar
tani, pasar minggu, dan pasar mini biasanya dijalankan oleh
individu dan dibantu oleh ahli keluarga. Antara barangan yang
dujual ialah makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan
kraftangan, pakaian, ikan dan daging.
Kepentingan Perniagaan Runcit Di USJ 10, UEP Subang
Jaya ,
Selangor Darul Ehsan
Kepentingan perniagaan runcit di USJ 10, UEP Subang Jaya
ialah seperti berikut:
15
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
16/30
1. Menyediakan Barangan Yang Segar
Melalui pemerhatian, saya dapati barangan yang dijual di
pasar sari di kawasan tersebut seperti sayur dan ikan serta buah-
buahan dijual dalam keadaan yang segar. Daging ayam dan
lembu juga dijual segar. Melalaui temu bual dengan
beliau lebih suka membeli barangan
basah di pasar sari ini kerana barangan yang dijual di pasaraya
berdekatan tidak segar dan daging dijual dalam keadaan beku.
2. Menjimatkan kos pengguna
Melalui temu bual, encik .
menyatakan barangan yang dijual seperti ikan daging, makanan
dan pakaian dijual dengan harga yang lebih murah berbanding
pasaraya berdekatan. Oleh itu, kemudahan pasar sari ini telah
dapat menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban
kerana kos sara hidup di bandar sememangnya tinggi.
16
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
17/30
3. Menyediakan Peluang Pekerjaan
Pasar sari ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk berhampiran. Melalui temu bual dengan salah
seorang peniaga,., beliau tinggal di USJ 16,
sudah lebih 3 tahun berniaga sebagai penjual air di pasar
tersebut. Oleh itu, peluang pekerjaan tersebut telah memberi
pendapatan tetap kepadanya untuk menyara keluarga.Peluang
pekarjaan yang ditawarkan sudah pastinya dapat mengurangkan
kadar pengangguran penduduk di kawasan berhampiran.
4. Memudahkan Penduduk Tempatan Membeli Barangan
Keperluan
Melalui soal selidik, sebanyak % responden
menyatakan kewujudan pasar sari tersebut memudahkan
mereka membeli barang kerana kedudukannya yang
berhampiran dengan rumah mereka. Pelanggan tetap pasar sari
17
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
18/30
ini ialah penduduk di USJ 9, USJ 11, USJ6 dan USJ13. Mereka
lebih suka membeli barangan basah dan kering kerana
lokasinya yang dekat berbanding pasaraya lain seperti Maidin
atau Carrfour yang terletak lebih kurang 3 km dan perlu
menempuh kesesakan jalan raya. Saya selaku penduduk di USJ
13 berasa bersyukur kerana kewujudan pasar sari di USJ 10
dapat memudahkan urusan dan memberi manfaat kepada
penduduk di kawasan perhampiran.
Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Pasar Malam Di
Bandar Kuala Berang.
Faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di
Bandar Kuala Berang ialah seperti berikut :
1. Faktor Governan/ kerajaan.
18
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
19/30
Faktor governan telah menggalakkan kewujudan pasar
malam di Bandar Kuala Berang. Hal ini demikian kerana Majlis
Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah menyediakan tapak
yang sesuai untuk pasar ini. Tapak tersebut pada asalnya ialah
pakir kenderaan dan padang bola sepak telah disewakan kepada
peniaga pasar malam. Pasar ini hanya dibuka pada petang Rabu
sahaja. Kemudahan tapak pasar yang luas telah menggalakkan
peniaga-peniaga menyewa tapak pasar tersebut.
2. Pertambahan penduduk
Jumlah penduduk dibandar Kuala Berang telah bertambah
kerana kawasan tersebut sememangnya kawasan perumahan.
Melalui rujukan dari internet jumlah penduduk di Bandar Kuala
Berang telah mencapai 5 800 orang pada tahun 2011. Oleh
itu, jumlah penduduk kampung kampung yang berhampiran
Bandar Kuala Berang dianggarkan 12 700 orang. Jumlah
19
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
20/30
penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan
pasaran barangan yang dijual di pasar malam tersebut.
Permintaan terhadap barangan harian juga akan meningkat.
3. Darjah Ketersampaian
Darjah ketersampaian yang tinggi di kawasan tersebut telah
menggalakkan kewujudan pasar malam. Pasar malam tesebut
sangat mudah dihubungi dengan menggunakan jalan raya. Jalan
raya sistem sehala dua hala telah memudahkan penduduk
berhampiran pergi ke pasar malam untuk membeli barangan
keperluan.
4. Kesesuaian Waktu Berniaga
Melalui temu bual dengan Encik .(sila tulis nama sesiapa
sahaja), beliau suka pergi ke pasar malam tersebut
kerana masanya yang sesuai pada petang hari Rabu.. Hal ini
demikian kerana pada pagi hari biasa mereka sibuk bekerja dan20
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
21/30
keadaan jalan raya agak sesak. Masa petang yang sesuai
menyebabkan pasar malam menjadi pilihan penduduk
berhampiran untuk membeli barangan keperluan. Saya juga
bersukur kerana kewujudan pasar malam pada masa yang sesuai
telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan
keperluan.
21
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
22/30
Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam Di Bandar Kuala
Berang.
Kewujudan perniagaan runcit telah mendatangkan kesan
negatif kepada alam sekitar dan penduduk sekitar seperti
berikut:
1. Persaingan Dengan Kedai Runcit Tempatan
Kewujudan pasar malam telah memberikan persaingan
kepada kedai runcit tempatan di kawasan tersebut dan
kawasan berhampiran. Di kawasan Bandar Kuala Berang
22
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
23/30
memang sudah ada kedai buah-buahan dan terdapat kedai
runcit dan gerai gerai di tepi jalan. Oleh itu, tumpuan
penduduk pada petang hari Rabu ke pasar malam
menyebabkan jualan mereka pada hari tersebut terjejas.
2. Harga Tanpa kawalan
Masalah yang sering dihadapi oleh pembeli ialah penjual
tidak meletakkan harga pada barangan yang dijual. Keadaan
ini menyebabkan ada pengguna tertipu kerana barangan yang
dibeli lebih mahal daripada yang sepatutnya. Contohnya,
sayur-sayuran yang dijual di pasar malam lebih mahal
berbanding yang dijual di pasaraya Mydin. Ada juga peniaga
yang memberikan alasan harga barang meningkat kerana
faktor cuaca seperti musim hujan dan musim tengkujuh.
3. Barangan Tidak Berkualiti
23
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
24/30
Melalui soal selidik sebanyak 30 orang responden,
menyatakan barangan yang dijual di pasar tersebut tidak
berkualiti. Contohnya, ada buah-buahan yang dijual murah
tetapi sudah rosak. Pakaian juga ada yang tiruan dan jahitannya
tidak berkualiti. Oleh itu, sudah pasti pembeli tidak puas hati
dan rasa tertipu.
4. Kesesakan lalu lintas.
Kesesakan lalu lintas kerap berlaku di sekitar pasar malam
kerana ada pembeli yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu
jalan. Hal ini demikian kerana sikap mereka yang
mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan kereta di
kawasan parkir yang disediakan atau di taman perumahan yang
berhampiran. Keadaan ini menyebabkan aliran trafik dalam
Bandar Kuala Berang menuju ke lampu isyarat Majlis Daerah
24
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
25/30
Kuala Berang menjadi perlahan. Saya sebagai penduduk
berhampiran sedar dan perlu lebih bertanggungjawab untuk
mengurangkan kesesakan jalan raya.
Peta minda menunjukkan kesan perniagaan runcit di
Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
25
KESAN PERNIAGAAN
RUNCIT BANDAR KUALA
BERANG
KESESAKAN LALU LINTAS HARGA TANPA KAWALAN
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
26/30
Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan
Runcit Di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan
runcit adalah seperti berikut:
1.Kuatkuasa Undang-undang
Pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)
hendaklah bertindak tegas dengan mengenakan kompauan
kepada pemilik kederaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan.
Selaian itu, kenderaan tersebut hendaklah ditarik segera
26
BARANGAN TIDAK BERKUALITIPERSAINGAN DENGAN KEDAI
RUNCIT TEMPATAN
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
27/30
supaya pemiliknya sedar dan tahu tindakan mereka itu
mennyuasahkan orang ramai. Tindakan tegas MDHT akan
dapat mengatasi kesesakan jalan raya terutamanaya pada
setiap petang Rabu.
1. Pengawalan Kawalan Harga
Pegawai MDHT hendaklah memeriksa dan memantau
peniaga supaya meletakkan tanda harga pada setiap barang
yang dijual. Sekiranya ada peniaga yang tidak meletakkan
harga barang atau menjual barang lebih mahal daripada di
tempat lain, mereka perlu mengambil tindakan yang tegas.
Cadangan tindakan yang perlu dilakukan ialah amaran,
pembatalan lesen dan kompauan.
2. Peranan Dan Pemantauan Persatuan Penduduk
Persatuan penduduk seperti kejiranan hendaklah
bekerjasama memantau keadaan dan masalah yang27
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
28/30
diwujudkan oleh pasar sari. Mereka perlu menyediakan
kemudahan kepada penduduk untuk menyalurkan setiap
aduan tentang pasar sari seperti Faceboook. Setiap aduan
yang diterima perlu disiasat agar tiada peniaga yang menjual
makanan yang sudah rosak atau barang yang dujual mahal
tetapi tidak berkualiti. Oleh itu, saya sedar amalan
bekerjasama dan muafakat antara penduduk dapat mengatasi
masalah yang berlaku di kawasan kejiranan masing-masing.
3. Pemeriksaan Kesihatan Kepada Peniaga
Pihak MPSJ dan pegawai kesihatan hendaklah
bekerjasama memantau setiap peniaga makanan dan
pekerjanya mempunyai sijil telah menerima
suntikan.. Lankah ini adalah untuk mengelakkan
berlakunya masalah keracunan makanan, taun dan perebakan
penyakit hipetitis A yang boleh merebak melalui makanan.
28
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
29/30
Pekerja yang tiada sijil akuan suntikan perlu diarahkan untuk
mendapatkan suntikan terlebih dahulu. Pemantauan dan
pemeriksaan kesihatan dari masa ke masa akan mengatasi
masalah perebakan wabak penyakit.
RUMUSAN
Sebagai rumusan, saya dapati pasar sari yang terdapat di
UDJ 10 telah memberikan banyak faedah kepada penduduk
seperti mudah mendapat barangan keperluan, harganya yang
murah dan segar. Antara faktor perkembangan pasar sari ialah
governan, permintaan yang tingi daripada penduduk yang
senakin bertambah dan darjah ketersampaian yang tinggi. Walau
bagaimanapun pasar sari ini mendatangkan kesan negatif seperti
kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan barangan yang29
7/31/2019 CONTOH PERNIAGAAN RUNCIT
30/30
dijual tidak berkualiti. Oleh itu, beberapa usaha perlu
dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengurangkan kesan
negatif perniagaan runcit. Antaranya, menguatkuasakan undang-
undang dan pemantauan oleh persatuan penduduk dari masa ke
masa.
Saya bersyukur kerana pasar sari di USJ 10 telah meberi
banyak faedah kepada penduduk sekitar. Walaupun ada kesan
negatif tetapi dengan adanya budaya kerjasama dan muafakat
setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan
30